[ 4 ] Air Mata=Kemajuan
Cause it lives in me
No, i could never give you peace.
Rumah studio menjadi tempat tinggal baharu bagi Munirah dan Musa. Rumah apartment dua tingkat itu sudah disiap-sediakan dengan penghawa dingin dan sofa.
Dan malam ini, Munirah tidur di atas katil seorang diri lagi.
Pil-pil ubat sudah disediakan oleh Musa dan diletakkan di atas meja katil mereka berdua.
Bilik pasangan itu tidak kosong, tidak penuh.
Satu almari, satu katil, televisyen dan sejadah yang diletakkan di atas kepala televisyen, menandakan sepanjang 2 minggu mereka berkahwin tiada siapa yang pernah menonton televisyen itu.
Tetapi ada satu saja ciri yang membuatkan bilik itu istimewa,
Kerana sekeping gambar mereka berdua yang diambil sewaktu berkahwin ditampal di satu pelosok dinding: tidak jauh dari meja yang sudah diletakkan dengan pil Munirah.
Apa tujuan hidup ya?
To what?
To grow.
To breathe.
Apa tujuan hidup ya?
Ya?
To grow and breathing.
Apa? Kenapa Tuhan ciptakan kita ya?
Kita ciptaan terhebat Dia.
Kenapa?
Tak tahu. Tapi,
Where do we all really go bila dah mati nanti?
Alam barzakh.
Yeah? You sure?
Ya.
Yes?
Sesak nafas.
Soalan-soalan yang sudah menjadi darah daging Munirah untuk ditanyakan setiap malam itu perlahan-lahan mengeluarkan segala tenaga yang dia ada.
Pil-pil ditelan dengan air.
Otot-otot di bahu kiri berasa sakit. Giginya ditekan kuat taktala mahu lelap. Soalan tidak berhenti ditanya, sudah dijawab, ulang semula sehinggalah bunyi burung kedengaran pada pukul 7 pagi esok nanti.
Mata Munirah beralih ke kanan.
Musa. Tiada.
Tidak tahu mengapa, Munirah berasa mahu berdiri dari katil. Dia bangun dan keluar ke ruang tamu. Lalu ke balkoni.
Melihat. Meratapi apa yang ada. Langit dan alam. Padahal yang ada hanya asap legam kereta dan bangunan.
Dan Musa dan Marissa di bawah parking lot kereta yang boleh dilihat dari atas.
Mereka berdua sedang duduk di atas bonet kereta, memandang ke arah langit yang sama.
Yang lainnya hanya reaksi mereka. Tertawa, memukul bahu sama-sama.
Mata Munirah tidak bergerak dari memandang ke arah mereka. Rambut panjang milik isteri Musa Atqa itu dihembus angin. Pil anti-depressant perlahan-lahan memberikan kesan ke atas dirinya sekarang.
Seakan-akan dia sedang mabuk, tinggi, tidak merasakan apa-apa. Mindanya kosong. Apa yang membezakan dirinya sebelum dan selepas memakan pil hanyalah satu,
Tanpa pil, perasaannya kosong namun kepalanya penuh.
Dengan pil, perasaannya kosong sama juga dengan kepala.
Sekarang ini, dia mahu perasaannya ada tapi kepalanya yang tiada isi.
Tetapi tiada lagi perawat untuk itu.
Bukan tiada lagi,
Memang tiada.
Munirah mamai.
Mamai sehingga dia sendiri tidak sedar Musa sudah bangun dari terus terduduk di atas bonet kereta,
Dan matanya merayau-rayau,
Sehingga menangkap kelibat isterinya sendiri di balkoni rumah, tetapi kali ini,
Isterinya tanpa tudung.
Baru Musa sedar dia tidak pernah melihat isterinya tanpa tudung. Baru sekarang. Baru sekarang dia sedar, dia sentiasa tidur di ruang tamu sehingga pagi subuh lalu hilangkan diri sehingga malam buta.
Dan tidak pernah sekali dia menjenguk kelibat di sebalik pintu bilik yang ditampal dengan gambar perkahwinan mereka.
"Musa,"
"Musa?"
"Musa!"
"Awak pandang apa?"
Marissa menoleh ke belakang tapi sempat dihalang oleh Musa, sentuhan lembut Musa Atqa terasa di wajah anak gadis berumur 23 tahun itu.
"I tengah merenung. Tu je."
"Apalah."
"Yeah."
Mata Musa kembali memandang ke arah Munirah Atira. Rabun jauh milik Musa membuatkan imej yang dilihat jelas tetapi tidaklah tajam, kerana jauh di pelosok yang dilihat,
Musa tidak mampu melihat air mata yang menitis di mata kiri milik Munirah.
Itu adalah kali pertama Munirah menitiskan air mata setelah 7 bulan.
Jikalau Doktor Zaleha ada, sudah dicatit apa yang terjadi.
Air mata dianggap sebagai kelemahan manusia.
Bagi Doktor Zaleha, ia dianggap sebagai suatu perubahan, suatu kemajuan,
Bagi seorang anak gadis yang sudah hilang rasa. Sudah tidak tahu masinnya air yang mampu dikeluarkan oleh mata.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro