[ 34 ] Panggilan Dari Munirah Atira
Munirah menarik nafas panjang sebelum menyelak selimut. Anak gadis itu menuang air dari jar ke dalam gelas lalu menelan pil yang sudah dihidangkan oleh Bu Nadin petang tadi.
Rumah pangsapuri tiga tingkat itu sudah gelap.
Ditutup sudah segala suis lampu malam ini. Tepat pada pukul 9 malam saja, Ubait akan tutup kesemua suis lampu.
Munirah memandang ke arah jam dinding biliknya sebelum memusingkan tombol pintu.
Diam, Munirah, diam.
Diam, Munirah, diam.
Ingat apa Doktor Shafikah cakap minggu lepas?
You are powerful and capable in doing things that you don't know.
Its okay to exist for no reason.
Depressed people deserve to live in this world as it is.
Kalau bukan sekarang, bila lagi.
Tombol pintu akhirnya dipusing penuh perlahan. Biarlah otak dia mabuk, separuh sewel sekalipun, dia mahu cuba juga malam ini.
Selangkah kaki keluar dari pintu,
Dua,
Tiga,
17 langkah sehingga dia muncul di muka ruang gaming Ubait di tingkat 2.
Semuanya gelap gelita.
Langsir tingkap juga hanya memaparkan bayangan betapa gelapnya langit malam.
Tangga.
Kritikal. Munirah menarik lalu menahan nafas.
Kakinya berjengket menurun tangga, kerana ada softspot yang tidak boleh ia pijak di kaki-kaki tangga itu kerana ia bakal mengeluarkan beberapa bunyi,
Nafas masih ditahan.
Satu tangga.
Dua.
Lima.
PLAM!
Allah.
Oh, bungkusan roti gardenia terjatuh dari meja makan di dapur. Tak apa.
Lapan.
Szzzzzzzzt.
Dia sekarang berada di tingkat 1.
Bilik membaca.
Dia mahu mengambil telefon pintarnya yang disimpan di dalam beg kerja Ubait. Dan beg kerja itu diletakkan di atas kerusi meja bilik membaca.
Apa yang kritikal di sini, hanyalah satu.
Bilik tidur Ubait berhadapan dengan bilik membaca.
Dalam banyak-banyak hari, hari ini adalah hari pertama Ubait terlupa mahu membawa beg kerjanya ke dalam bilik tidur.
Munirah perhati akan pergerakan lelaki itu meninggalkan beg kerjanya di dalam bilik membaca petang tadi.
PLAP,
PLAP,
PLAP.
Munirah sekarang berdiri di hadapan bilik membaca.
Dia menarik nafas,
Tombol pintu dipusing penuh perlahan.
Tolong, ya Allah.
PRAAAAAAAAP.
Berjaya.
Dia masuk ke dalam bilik membaca secepat dan perlahan yang mungkin.
Matanya menangkap beg kerja yang terletak di atas kerusi meja,
PZZZZZZZZP!
Zip beg terbuka.
Telefon merah jambu dicapai.
Masa untuk naik ke bilik semula.
Dia berjalan, perlahan ke arah pintu.
Tombol pintu ditarik dari luar, mahu menutup,
PAM!
Done.
Mata Munirah menangkap ke arah pintu keluar rumah buat seketika. Dia mahu keluar, tapi kod keluar yang dipasang, dia tidak tahu.
Mabuk, ia hampir merenung.
Munirah.
Bangun.
Dia tersedar dan lantas berlari ke anak tangga lalu kembali mengambil langkah perlahan.
-
Munirah duduk di tepi katil. Matanya membesar, membulat. Pintu bilik sudah dikunci. Adrenalin kembali mengalir di dalam segala nadi yang dia ada,
─────────────────────
☆♪munirah's phone☆♪
3:42AM
i am a fighter of Allah
You received 1912 messages from 'Musa Atqa😊'
You received 762 messages from an unknown number
((CONTACTS))
press your contact number to dial
'Musa Atqa😊'
Dial 'Musa Atqa😊'?
Munirah sekali lagi menarik nafas, lama.
"Musa... T-Tolong angkat..."
Punat dial ditekan.
PITTT....
PITTT.......
PITTT.......
PITTT........
PITT......
Tiba-tiba,
Bunyi-bunyi softspot anak-anak tangga yang tidak patut dipijak kedengaran jelas, di telinga Munirah Atira,
Telapak tangan anak gadis itu sekarang berpeluh, perutnya kembali terikat, air mata kembali mengalir di mata kanan,
M-Musa....
"MUNIRAH!"
MUSA!
PITTT.....
PITT.......
"OPEN THIS FUCKING DOOR!"
Bunyi telapak kaki Ubait kembali berlari turun ke bawah, mahu mengambil kunci bilik Munirah Atira membuatkan anak gadis itu panik,
PITT.....
PI—
"M-Munirah? Munirah? Sayang?"
PRAAAAAAAAAK!
PAM!
PAM!
"MUNIRAH! YOU FUC—"
Tangan masih memegang erat telefon walaupun Ubait sudah mula membuka pintu,
"MUSA! P-PERLIS,"
PZZZZZZZZZZT!
Suaranya teresak-esak.
"S-Sayang? Where are you? Munirah, ARE YO—"
"MUSA, PERLIS, MELATI DESA PA—"
PRAM!
Telefon pintar dicampak ke hujung bilik.
Panggilan itu tidak tamat.
Badan Munirah ditarik ke luar bilik.
"MUNIRAH?"
"Mu-n-nirah?"
"Sayang... Please...."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro