Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[ 24 ]










Telapak tangan Munirah mengenggam tangan kanan Musa, agar dia berhenti melipat jubah ironless miliknya lalu dimasukkan ke dalam suitcase.

"M-Musa, kalau Munirah tak nak pergi, tak apa ke?"

"Munirah, we talked about this. Don't worry, okay? Doktor Esme will help you, dia akan jagakan awak untuk saya,"

"Dia akan jaga awak lebih baik dari saya, Munirah. I am sure you want to heal,"

Tudung sarung hitam dilipat, lalu disusun rapi ke dalam beg roda berwarna mejah gelap jenama BackOBornes. Lelaki itu seterusnya pergi ke tandas, menggapai satu ubat, berus gigi dan beberapa paket pad heavy wings dari laci tandas.

"Tapi Munirah tak boleh sembuh kalau Musa tak ada."

Ucap Munirah.

Dia siap memberitahu Musa bahawa dia sendiri akan mengemas bajunya sendiri tapi dia tidak faham mengapa suaminya mahu siapkan kesemuanya, sendiri.

Sepasang mata bundar milik Munirah dipandang oleh Musa. Penghawa dingin bilik mereka tiba-tiba mengeluarkan bunyi, tanda filler-nya sudah terlalu kotor.

Wajah anak gadis berambut hitam panjang itu ditatap seketika.

No, Musa.

You can't.

You gotta let her go.

"Munirah, no,"

"Musa.. Munirah tak nak..."

Anak kepada Jaiz dan Nisa itu mengetap bibir ketat-ketat. Menahan dirinya daripada mengalirkan air mata yang sudah ditakung lama di bawah kelopak kulit.



"Munirah,"

"I am really trying to help you out here. Please, make it easy."

Suara Musa Atqa mendalam.

Dan pada masa yang sama, imej Marissa berputar di dalam kepalanya. Entah mengapa, dia berasa teruja.

Gila..



-



"Are you really sending her off, Musa?"

"Yes."

"And you'll comeback to me?"

"Ya, Marissa.. Esok, saya ambil awak balik rumah baru kita, ok? Don't worry. I'll meet you soon."

"Musa... Thank you, terima kasih."

"I love you, Marissa."

Talian berakhir.


-





Munirah menarik nafas dalam kiraan tiga, tahan nafas selama tiga juga dan melepaskan nafasnya dalam kiraan empat. Matanya tidak lari dari hanya memandang ke arah pemandangan kirinya.

Mendung. Sudah masuk sebulan cuaca tidak berubah. Tidak hujan, mendung. Tidak mendung, hujan-

Telapak tangan gadis itu membasah.


Dan baru ia sedar, Musa tidak lagi mengenggam tangannya selalu, seperti biasa.

Dia ingat, lelaki itu akan sentiasa mengenggam erat tangannya sepanjang perjalanan di dalam kereta. Tangan kanan Musa akan diletakkan di atas peha Munirah, sentiasa..

Dan Munirah bersumpah, ia nampak Musa melakarkan sebuah senyuman kecil. Tertampak seperti lelaki itu sedang teringat akan sesuatu.


"I can't wait to see your improvement, Munirah... Mesti best, kan?"

"Awak akan jadi happy balik, gembira,"

"Saya excited."

Musa tersenyum, menunjukkan giginya yang rapi.







Nanti Munirah sudah happy,

Bolehlah dia pergi.

Kan?

Sama macam bunda.

Sama macam ayah.

Sama macam semua.





-

Beg roda itu diangkat keluar dari bonet lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta Rolls-Royce milik Ubait.

"I'll wait inside the car." Anak laki-laki yang hari ini berkaca mata itu masuk ke dalam keretanya semula. Dia tahu, mesti Munirah mahu mengucap sepatah dua kata.


"Mu-Musa...."






Wajah anak gadis itu memerah. Kali ini kedua-dua tangannya mengenggam, menarik helaian baju Musa Atqa dengan penuh kuat, sepenuh tenaga-

"T-Tolong Munirah please. Munirah tak-nak pergi..."

"M-Munirah janji.... Munirah makan ubat, Munirah tak skip,"

"Munirah tidur awal, Munirah janji..."

"Tolonglah Musa, tolong..."

Tona warna bibir isteri pertamanya itu sama dengan warna pipinya. Matanya kian sembap dek kerana air mata sudah lama ditakung dan akhirnya dibiarkan mengalir.

"Munirah.."

Wajahnya ditekup oleh kedua-dua telapak tangan Musa Atqa, lelaki yang tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.


Kosong.

Patutnya dia berasa sedih.



"You need to go."

"Have fun."


"Come back stronger, ok?"




"Saya call awak, setiap hari. Ok?"




"Jangan risau."













"MUNIRAH, CEPAT!"








Helaian baju Musa masih dipegang,






Musa memegang kedua-dua tangan Munirah Atira itu dan perlahan-lahan, mencabut tangannya dari menarik baju kemejanya,





"Let go, Munirah."




"I'll see you soon."














Dan jeritan, rayuan Munirah masih berdengung di dalam kepala Musa taktala kereta itu bergerak pergi.






Jauh.



Lama.









Kerana dia juga tidak tahu, ke mana kereta itu bakal membawa isterinya.




























*🍅:

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro