[ 16 ] Kucupan, Kucupan, Kucupan
musa atqa at 6:41PM
Munirah.
Saya tak tahu awak dekat mana sekarang ni.
But i'll search for you.
Jangan lupa makan pills.
Breathe, if anything happens, just breathe
"Khawla,"
Musa memanggil nama gadis berbaju jersey hoki kuning-hijau. Khawla yang tadinya sedang sibuk menyusun susun batu di tepi tayar kereta ayah mereka, berjalan ke Musa.
"Sal?"
"I got a plan for you. Listen,"
Khawla menggaru kepala.
"I need to go back and check on my first wife. Dia sorang-sorang dekat rumah... Aku risau. Karang apa-apa jadi-"
"Cakap je lah kau syok kat dia lebih daripada Marissa, tu sebab kau nak balik." Khawla mengeluarkan pucuk rokok dari kotak Dunhill.
Asap yang dilepaskan membuatkan Musa menahan nafas.
"Lantak kau lah nak kata apa. Munirah tu tanggungjawab aku jugak. Aku nak suruh kau bawak Marissa makan dekat kedai member aku tepi pantai. Kedai dia bukak sampai 4,5 pagi.. Ajak dia keluar-"
"Kau nak tinggalkan dia senyap-senyap? Eh beruk, kau ni loser tahap ke berapa? Pengecut sangat ke nak bagitahu bini?"
Musa mendengus.
"Shut the hell up, La. Aku dah ajak dia pergi KL, aku dah minta izin, dia tak bagi. Habistu? Kau nak aku biar Muni-"
"Don't say her name, please. Menyampah sial.." Khawla mengeluarkan rokok dari bibir sebelum menyambung bicara,
"Apa-apa je la. Duit still in, eh? Aku ajak wife kau lepak sampai 5 pagi pun aku on la. Kau tak balik pun lagi bagus."
-
Marissa sudah hilang dari radar. Musa masih sibuk bersembang dengan ayahnya yang sibuk mengacau air sirap di dalam balang,
TRINGGG!
TRINGGGGG!
TRINGGGGGG!
Telefon diangkat.
"Ya? Ma?"
"No, ma... Listen, Musa nak balik tengok Mun-"
"MUSA, MUNIRAH IS IN THE WARD! AND YOU KNOW NOTHING ABOUT IT?"
PRAKK.
Bunyi kerusi ditarik kian menguat di gegendang telinga Encik Izhar, bapa dua anak itu.
"Mus? Mus? Asal ni?"
"MUNIRAH, MUNIRAH,"
Choose.
Me or Munirah?
Me or Munirah?
If it is true Marissa, then why we catch you running over Munirah?
-
Munirah.
Munirah.
Munirah.
Munirah.
Palang tombol pintu bilik 21 ditarik terus.
Nafasnya langsung tidak dapat ditangkap, perutnya kian terikat dengan perasaan apa entah, dia tidak tahu. Kepalanya serabut, suara yang satu itu kian mengulang nama Munirah tanpa henti.
Risau, risau berlebihan, gila, gila yang boleh dibawa mati.
"MUNIRAH!"
Musa Atqa berdiri di hujung sudut bilik. Lalu terkejut dengan kewujudan seorang lelaki berambut oren, berkuku kuning-
'Oh dear lord, herloknya mamat ni....'
'Insane face structure.... Jawline dia... Bunuhlah i, bunuhlah i!!'
'Suami budak tudung senget ni ke? OMG? I ada peluang...'
"Encik? Encik?"
"Yes, yes? Wife you kan ni? You are Musa?"
"Ya, saya Musa Atqa.."
"Saya yang bawak wife awak dekat sini... Terkejut i tau, dia pengsan tepi jalan... Nasib kereta i berhenti, kalau tak berhenti? Kesian wife you nanti... Mampos."
"T-Tepi jalan? Dia pengsan tepi jalan ke, encik?"
"Y-Ya-"
Melihat wajah Musa yang kian pucat dan dadanya yang tidak henti naik, turun, Shafiq menutup niat agar tidak terus menerus mengusik anak laki-laki itu.
'Macam rupa nak menangis dah mamat ni.. Lek lah, wife pengsan je pun...'
'Bukan dia kawin dua ke?'
"Saya keluar dulu la.." Shafiq keluar dari bilik, dengan persepsi sendiri.
-
Wajah Munirah ditekup dengan kedua-dua tangan.
Bibirnya yang kering diperhati. Musa seakan-akan sedang mencari ke mana hilangnya warna merah yang sentiasa ada di kedua pipi isterinya. Hilang sudah tona, hilang sudah segala apa yang telah dia jaga selama ini.
Mengapa warna hitam di bawah mata isterinya tertampak seperti lebih gelap dari sebelumnya?
Mengapa kulit bibirnya terlalu nipis sehingga terkoyak?
Mengapa tona warna wajahnya kian tertampak pudar dari sebelumnya?
Mengapa Munirah hilangkan diri?
Mengapa dia tidak ada untuk Munirah apabila wanita itu memerlukan dirinya?
Dahi Munirah dikucup.
Dikucup lagi.
Lagi.
Lagi.
Lelaki itu mencabut kasut. Dia mahu lebih dekat dengan isterinya.
Badannya terbaring namun kedua-dua tangannya kian memeluk badan Munirah Atira, kepala wanita itu didekatkan ke bibir.
Ubun-ubun wanita itu kian dicium berkali-kali.
Dan kali ini, air matanya ikut sekali,
"I am so sorry."
"I am so sorry."
"I am so sorry."
"I am so sorry, Munirah. I am so sorry. I am so, so sorry."
Air mata dan hingus turut sekali mengalir. Begitu teruk, begitu hinanya Musa untuk berada di posisi itu.
Namun, rasa tenang turut menyelebungi di dalam perut dan nadi. Rasa tenang juga turut hadir dari kepanasan yang hadir, oleh pelukannya dan Munirah-
Dan dia mahukan rasa tenang itu kekal dengannya.
Choose.
Me or Munirah?
-
"What do you think they are doing right now?"
"Entah. Lantakla. Nak buat anak ke, nak buat rumah baru dekat KL ke, nak bina hospital psikiatri untuk betina tu ke,"
"I don't care anymore. As long as im with you."
Khawla tertawa sinis.
Wajah Marissa diusap menggunakan jari telunjuknya,
"But... I have something to tell you."
"Hm?"
"I muntah non-stop petang tadi."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro