[ 15 ] Bau Yang Dia Sanjungi
"Ilaa, anak kau ni. Aku dah halau."
"Laa, betul ke apa yang kau cakap tu? Elok ja aku tengok dia tu... Aku ingat dia sewel lah, tak cukup baju ka apa...."
"Ha, ya lah. Ya lah."
Telefon pintar dimasukkan semula ke dalam poket seluar Shafiq, lelaki berkuku rapi, yang sudah diwarnakan dengan pewarna kuku berwarna kuning.
Entah mengapa, jiwa dan kepalanya terngiang-ngiang akan wajah anak bekas pemilik rumah baharunya itu.
"Aih.. Apa nak jadi with this world lah... Serabut aku." Dia mengambil kunci kereta yang terletak di atas almari kasut. Lantas, keluar dari rumah.
–
Munirah meneruskan berjalan di kaki lima.
Perutnya sudah masuk angin.
Dia tidak makan apa sejak pagi tadi.
Bibirnya kering, kepalanya serabut. Bising. Seperti biasa. Dengan suara-suara yang ada.
Anak gadis itu berjalan tetap, tiada hala yang ingin dituju—
Kerana rumah yang dianggap kediaman, sudah lagi tiada.
Apa yang dilihat sekarang oleh Munirah, adalah jalan tar, garisan cat kuning di atas jalan tar, pokok-pokok, semak-semak hutan dan beberapa rumah kediaman.
PLAP!
—
"Ilaa, anak kau ni! Pengsan tepi jalan! Aku nak bawak kereta, tiba-tiba ada makhluk tudung labuh buat scene tepi jalan!"
"You gotta be kidding me. I tak suka lah dengan you, Ilaa... I tahulah you dah tak nak dia, but please lah... be professional!"
Shafiq menghentak-hentak kaki di dalam wad Hospital Pusrawi.
"Ish. Lantak kau lah! Asal ada orang datang, kutip dia sudahlah!"
Shafiq menarik tombol pintu panjang bilik wad 21. Kelibat Munirah Atira yang sudah dipasangkan dengan drip air, diperhati.
Shafiq meratapi wajah yang kelihatan seperti tiada roh, mahupun kehidupan di dalamnya.
"I got thrown out just like you,"
"But i survived at the end of the day."
"And you will too."
--
"Choose."
Marissa melipatkan kedua-dua tangannya rapat ke dada.
"Me or Munirah?"
—
"Huh."
Munirah Atira membuka mata. Silau. Segala lampu yang ada menjadi lebih terang, membuatkan kepalanya berpusing sedikit.
Dia menoleh ke kiri. Drip air. Tangannya sudah dicucuk dan sudah dimasukkan dengan tiub air. Wad. Dia sedang berada di dalam wad sekarang...
Hidungnya membau akan sesuatu.
Bau yang amat dia kenali,
Sanjungi,
Ingati.
Dan bau itu hadir dari pemilik tangan yang dihimpap di atas badannya sekarang.
Dia menoleh ke kanan.
Musa Atqa, sedang memeluk badannya.
Anak laki-laki itu hanya disarungkan dengan baju tebal hoodie, berseluar trek dan kakinya yang berstokin putih.
Dan anak laki-laki itu sedang baring di atas katil wad, bersama dengan isteri pertamanya.
Namun di jari kelingkingnya tersarung dengan cincin perkahwinan dia dan Marissa.
..
🍅tiada apa chapter2 dia semua pendek2. satu chapter takkan cecah 1k words tp banyak chapter
🍅saya tulis santai2 je :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro