Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊s p e c i a l c h a p t e r ˎˊ ˗

📌 Location: Pulau GFriend GFriend Yes Papa Eating CD No Papa Telling Lies No Papa Open Your Mouth halgeoyAAAAAAAA

Hani menghirup udara segar di situ. Sudah lama rasanya dia tidak bernafas. Maklumlah dah bersuri rumah kan. Ternyata menjaga 8 ekor kembar bayi tidaklah semudah yang disangka. Itulah, cakap macam-macam lagi masa minum soju minta hajat hiks.

"Mama~"

Hani memandang Hyeongni yang sedang berada di dalam pelukannya. Dia tersenyum kecil pada si cilik. Hebat betul anak Hani kan? Baru sebulan dah pandai bercakap. Ngeh, tengok kaki lah.

"Kenapa sayang? Nak papa?" soal Hani. Hidungnya digesel dengan hidung Hyeongni. Terkekeh bayi itu suka. Hani tersenyum kecil. Comel betul anak dia. Secomel dia.

"Okaylah sayang. Jom pergi kat papa eh?" ajak Hani. Hyeongni membulatkan matanya memandang Hani. Dia tersengih kecil apabila perkataan papa disebut. Hani mengusap kepala si anak sebelum mengangkat Hyeongni tinggi.

"Jom! Terbang ke-"

"Aduh!"

Akibat tidak menggunakan mata dengan betul, Hani secara tidak sengaja telah menyebabkan Hyeongni melanggar seorang lelaki. Terkelip-kelip Hyeongni memandang lelaki yang sedang mengerang sakit itu. Tak, dia bukan over tapi memang sakit. Anak Hani semuanya sekeras batu. Cubalah langgar kalau tak percaya.

"Eh! Sorry sorry," Hani laju meminta maaf. Hyeongni dipeluk. Lelaki yang memakai baju uniform sekolah itu memegang dadanya. Rasa macam dah patah tulang rusuk dia.

"Hehe. Takpe takpe," ujar lelaki itu dan tersenyum pahit. Hani membalas senyuman itu dengan satu senyuman bersalah.

"Saya pergi dulu ye," pamit lelaki bersekolah menengah tinggi itu. Hani menganggukkan kepala. Sempat dia tilik tag nama lelaki itu di bajunya. Member treasure. Nanti dia nak bayar ganti rugi!

"Aigoo. Kesian member." Hani tergeleng kecil. Dia melihat ke arah Hyeongni yang sedang memandang member yang kian menjauh. Hani tersenyum kecil. Rambut nipis Hyeongni diusapnya.

"Kenapa sayang? Hyeongni rasa bersalah juga eh?" soal Hani dan kembali memandang figura member. Kelihatan member sedang mencebikkan bibirnya ke arah seorang lelaki yang tampak lebih tua darinya. Segak berbaju kemeja.

Berkerut dahi Hani melihat wajah lelaki itu. Eh asal macam familiar. Terus Hani mencapai magic wand lalu muncul sepasang cermin mata di matanya. Almaklumlah dah beranak 8 ni mata tak elok sikit.

"Seokjin...?"

Terkesima Hani melihat seketul Kim Seokjin sedang bergelak ketawa bersama member di situ. Eh apa ni?! Sekali lagi dia melihat, takut dia berimaginasi sebab rindukan Seokjin ke. Tapi tak. Tu memang Seokjin. Boleh nampak tulisan Worldwide Handsome terpampang di wajahnya.

Hani terdiam seketika diserang pelbagai perasaan. Rasa nak menangis, rasa nak meraung, rasa nak gembira, rasa nak tackle. Akhirnya Hani sekadar tersenyum nipis.

"Alhamdulillah. Hidup lagi Seokjin eh," ujar Hani. Sepatutnya Seokjin dah tak boleh dilahirkan semula bila dah jadi korban untuk hidupkan Hyeongjun semula dulu, tapi mungkin staf kayangan tu rasa tergugat dengan kehenseman dia dan bagi dia peluang hidup semula ke? Happy je jantan tu hidup sekarang ye.

"Okaylah sayang, jom pergi ke papa," ajak Hani. Syukur, dia dah insaf dah, tak nak tackle jantan lain dah sejak kematian Hyeongjun haritu. Semua yang berlaku ada hikmahnya rakan-rakan hik. Merasakan ada sesuatu yang basah di bahunya, cepat-cepat Hani menoleh memandang Hyeongni.

Terkelip-kelip terus Hani jadinya melihat Hyeongni sudah memandang Seokjin dengan mulut yang ternganga dan air liur yang meleleh. Matanya juga membulat. Sempat Hani lihat Hyeongni menjilat bibirnya sendiri.

"Eh! Apa ni sayang?" Tetejot Hani jadinya, cepat-cepat mata Hyeongni ditutupnya. Hyeongni mengerutkan dahi dan cuba menolak tangan itu pergi manakala Hani sudah berlari anak menuju ke arah Hyeongjun. Omaigosh, Hyeongni tergoda tengok jantan hotz! Tak boleh jadi ni!

"Hyeongjun! Tadi Hani nampak-"

"Haniiiiiiiii!"

Tidak sempat Hani ingin memberitahu, Hyeongjun terlebih dahulu menyampuk. Terkedek-kedek dia berlari ke arah Hani bersama Hajun di dalam dukungannya. Berair mata dua beranak itu.

"Kenapa sayang?" soal Hani prihatin. Sempat dia lihat sekilas Hyeongni di pelukannya. Nampaknya Hyeongni sedang scan keadaan sekeliling untuk mencari jantan hotz!

"Hinggg, tadiiiii," Tersedu-sedan Hyeongjun jadinya. Tidak mampu meneruskan kata. Hajun juga sudah mula menangis. Alololo. Hani pantas mengambil Hajun dan mendukungnya dengan tangan kiri. Kuat betul Hani ya, tangan kanan ada Hyeongni, kiri ada Hajun.

"Kenapa?" soal Hani. Belakang badan Hyeongjun ditepuknya memggunakan kaki. Fuh habis tubuh Hani digunakan sepenuhnya. Ini kalau ada 6 ketul baby yang lain-

"Tadiiiiii," Hyeongjun mengelap tangisan. Nafas ditarik dan dihembus. Fuh, bertenang, bertendang...

"Ada perempuan cantik tadi, dia tanya Hajun ni adik ke. Hyeongjun cakaplah anak. Lepastu dia puji Hajun comel macam Hyeongjun. Hyeongjun tersengih lah, Hajun pun suka kena puji. Tiba-tiba perempuan tomboy sebelah akak tu kutuk kitorang. Dia kata kitorang kemik!"

Sekali lagi Hyeongjun pecah kepada tangisan, begitu juga dengan Hajun. Hyeongni sudah menekup kedua telinganya dek tidak tahan dengan tangisan Hajun. Haish, kacau dia nak cari jantan hot je!

"Ala kesian baby-baby Hani. Sini semua," Hani akhirnya menggunakan magic wandnya. Sekelip mata sahaja mereka sudah berada di tepi pantai. Hyeongni dan Hajun berada di dalam baby stroller dengan puting di mulut masing-masing. Hyeongjun pula sudah terduduk di sebelah Hani. Hani menyandarkan kepala di bahu Hyeongjun.

"Seronok betul dapat berbulan hani dengan Hyeongjun," luah Hani. Hyeongjun menarik hingus. Tangan Hani diraihnya. Wahahaha blushing guwe menaip.

"Gomawo,"

Hani tersenyum kecil. Mereka berdua diam menikmati pemandangan matahari terbenam di hadapan mata. Ah, tenangnya~ indahnya dunia~

📌 Location: Lot 999, Taman Perumahan Ketiak Kuning, Jalan Seokjin Hensem, Seoul Darul Iman.

"UWEKKKKKKKKK!"

Jikalau keadaan Hani dan Hyeongjun diwakilkan sebagai langit, keadaan di dalam rumah ini pula sebagai bumi. Sungguh tidak aman dan tenteram. Berbeza 360° dengan keadaan dua ekor tenuk yang sedang berbulan madu itu.

Mesti korang tertanya kat mana Hani campak anak dia lagi 6 ketul tu kan? Ha di sinilah mereka bersama si Thumbelina. Tahniah, lepas Thumbelina jadi babysitter pulak korang ni. Flexible betul.

"Uwekk! Uwekk!"

"Shh... Diam sayang," Yeon menepuk-nepuk paha Taeyeon yang kini berada di dalam dukungannya. Taeyong pula dari tadi lagi tak habis mengagah budak tu. Namun begitu, usaha mereka semuanya sia-sia. Taeyeon masih tetap menangis bagai nak gila!

"Uwekk! Uwekk!"

"Oppa, Yeon penat," Yeon terbaring di atas lantai. Taeyong laju sahaja mengambil Taeyeon dari pegangan Yeon. Kesian Yeon. Dah macam-macam cara diorang buat tapi Taeyeon masih lagi menangis. Sudahlah Yeon ibu mengandung. Ala baru sebulan.

"Sabar sayang. Biar oppa cuba trick ni," Taeyong memeluk Taeyeon lalu mengusap kepala bayi itu. Taeyeon yang asyik uwekk uwekk pun lama-lama menjadi senyap. Eh pandai pula kau. Kenapa tak buat dari tadi?

"Yeay," Taeyong bersorak suka. Disebabkan Taeyeon ni perangai macam Yeon, Taeyong cuba gunakan trick yang dia guna untuk pujuk Yeon. Berjaya juga.

"Jom letak dia dalam katil kat atas," ajak Yeon dan laju bangun dari baringnya. Mereka berdua berjalan laju menuju ke atas. Kena laju, kalau tak-

"Uwekk!"

Ha tengok, dia menangis lagi.

"Heemin sayang~"

Hee memanggil Heemin yang sedang berada di atas kipas. Ha ni spesies buas kemain. Entah macam mana dia ada kat atas tu. Jimin kata dia pusing je nak ambik susu, tiba-tiba dah ada atas kipas. Hee tak tahu itu fakta atau auta kerana dia berada di dalam tandas tadi.

"Tak boleh jadi ni. Chim, duduk diam. Hee nak panjat," ujar Hee. Tanpa memberi Jimin masa terus dia memanjat tubuh Jimin. Kalut Jimin memaut sofa berdekatannya. Fuh.

"Oppa, panggil dia," arah Hee sambil cuba menyeimbangkan diri. Sekejap sahaja dia sudah berdiri di atas bahu Jimin. Sekali imbas macam persembahan akrobatik.

"Heemin oh Heemin~ Sini turun~ Ala bucuk bucukk~" Jimin menurut perintah. Dia tersenyum manis supaya si bayi menjadi sejuk hati dan turun ke bawah. Namun begitu, Heemin tampak menjadi panas hati mendengar Jimin memanggilnya bucuk. Dia dah mandi lah tadi!

"WARGH!"

Heemin mengamuk, terus dia berdiri di atas kipas itu. Terjatuh terus Hee di atas sofa dek terkejut. Jimin menjerit dek ketakutan. Heemin pula tampak tidak takut dan terus menggegarkan kipas itu. Sengaja nak bagi kipas tu terjatuh dan hempap dua manusia tu. Macamlah dia kuat sangat nak jatuhkan kipas tu.

"UWEKKKKKKKK!"

Selain Yeon dan Taeyong, ada dua ketul manusia yang sedang struggle apabila bayi jagaan mereka turut menangis. Bezanya, Taeyeon tadi menangis dengan suara lembut ni. Hok ni punya suara, mak aih kuat nak hidup. Hani kat pulau tu pun boleh dengar.

"YEOLHUN DIAMLAH!" Marah Choco. Eh tak, dia tak marah. Cakap je. Tapi Yeolhun telah menyangka dirinya dimarahi. Makin kuat tangisan budak tu jadinya.

"UWEKKKKKKKKK!"

"CHOCO! KAU BUAT APA?!" Soal Sehun kuat. Maklumlah kat situ tak dengar apa-apa pun selain tangisan Yeolhun. Choco menayang wajah tenuk. Dia suruh Yeolhun senyap je!

"YEOLHUN! HA MEH SINI MAIN GAME, NAK?"

Ajaibnya, terus Yeolhun berhenti menangis. Budak itu terkekeh kecil dan mengesot ke arah mereka. Terus Sehun keluarkan telefon pintar miliknya dan membuka sebuah game masak-masak. Choco hanya memerhati dari jauh kerana dia anti dengan game tersebut huhu.

"Gamee~" Yeolhun bersuara teruja. Namun, sejurus melihat game masak-masak di skrin fon, terus dia mengamuk lagi.

"UWEKKKKKKK! NAK PUBG! UWEKKKKKKKK!"

Nampaknya Yeolhun pun anti game masak-masak.

"Aaaa~"

Sementara itu, Daeun dan Sunwoo kelihatan tenang melayan bayi jagaan mereka, Dawoo. Jikalau haritu Dawoo hanya tertidur, kali ini Dawoo hanya makan pula. Dawoo tergelak suka melihatkan Daeun membuat kapal terbang menggunakan kacang. Kacang itu kemudiannya disuap masuk ke dalam mulutnya.

Hebat kan Dawoo. Baru sebulan dah ada gigi. Tengoklah mama dia siapa.

"Alaa comel~" puji Sunwoo. Kedua pipi Dawoo yang kembung dipicitnya. Terus Dawoo menepis tangan Sunwoo dan meneruskan kunyahan. Hm apahal hani teringat baby boss pula ni.

"Okeh Dawoo, aaa~"

Dawoo membuka luas mulutnya dengan teruja. Namun begitu, tiada apa yang dirasakan masuk ke dalam mulutnya. Apabila dilihat, wajah Daeun sedang berkerut seribu sambil menggeledah plastik kacang itu.

"Kacang dah habis,"

Sunwoo laju bergerak menuju ke arah kabinet dapur di situ. Namun begitu, bungkusan kacang sudah tiada. Semuanya dah habis Dawoo makan.

"Erk..." Sunwoo berkongsi suatu pandangan risau dengan Daeun. Perlahan-lahan, mereka berdua memandang ke arah Dawoo yang semakin mencebikkan bibir.

"UWEKKKKKKKK!"

"Eun! Tolong!" Namjoon menjerit meminta tolong. Eunrim juga sudah menarik bayi jagaan mereka iaitu Eunjoon dari kepala Namjoon. Eunjoon pula langsung tidak bergerak, boleh pula ditariknya rambut Namjoon sambil tergelak suka.

"EUNNN!" Menjerit Namjoon jadinya. Keluar air mata jantannya. Hiks sakit nak mampus. Eunrim yang melihat kesakitan si suami terus menguatkan tarikannya pada badan Eunjoon. Apak kuat budak ni. Kekuatan dia hampir sama dengan Eunrim.

"ARKKK!" Makin menjerit Namjoon apabila Eunjoon turut sama menarik rambutnya. Terdorong terus tubuhnya ke belakang.

"Oppa! Sabarlah!" pujuk Eunrim. Tubuh Eunjoon ditariknya lagi. Eunjoon pula bijak menggunakan kekuatannya. Kali ini, ditarik pula kedua telinga Namjoon.

"ARGHHHHH!"

"Bertahan oppa!" ujar Eunrim dan menarik sekuat hati. Memerah habis mukanya. Sempat dia berpaut pada tangga untuk menahan dirinya. Eunjoon berteriak kecil, kepala digeleng tanda tidak mahu. Namjoon pula sudah tidak bernyawa. Botak jelah kamu.

"Bising betul. Nasib baik Jungna baik je. Kan sayang?" soal Anna. Rambut Jungna yang sudah diikat dua ditolak kecil. Membulat mata Jungna melihat rambutnya bergerak-gerak di pantulan cermin.

"Oppa, bak gincu," arah Anna. Jungkook setia mengikut arahan bakal isterinya dan menyerahkan bahan mekap itu kepada Anna. Sempat ditutup mulut yang menguap. Fuh, dahlah lusa nak kahwin. Tak memasal eyebag menebal-

"Eee! Apa ni?!" Terkejut Anna melihat bibir Jungna yang disapu gincu itu menjadi warna hitam pekat. Terus gincu itu dipandangnya. Ternyata itu bukan gincu tetapi ianya maskara!

"OPPA!" Marah Anna. Jungkook yang tersengguk automatik terduduk rapat. Anna menayang maskara itu di hadapan wajah Jungkook.

"Anna minta gincu, kenapa bagi maskara?!"

"Uh..." Jungkook melirik ke arah barangan mekap yang berterabur. Alah mata ngantuk sangat, tu yang tak nampak apa-apa. Perlahan-lahan, Jungkook menayang satu sengihan.

"Hehe tak seda-"

"Muah!"

Tertoleh kepala mereka berdua apabila Jungna bersuara gedik. Apabila dilihat, Jungna sudah mencium gincu milik Anna. Lebih teruk, habis dihisap dan digigitnya gincu itu. Membulat terus mata Anna dan Jungkook.

"JUNGNA!"

Astaghfirullah, teruk betul keadaan di dalam rumah baru Hani ya.

📌 Location: Lot 998, Taman Perumahan Ketiak Kuning, Jalan Seokjin Hensem, Seoul Darul Takzim.

"HUWAAAAA!"

Di dalam sebuah bilik yang berada di tingkat atas, kelihatan seorang gadis sedang berteriak kuat. Kawasan biliknya bersepah dan berterabur kertas-kertas kerja di merata tempat. Gadis itu menyerabutkan rambutnya.

"HUWAAAAA!"

Ini merupakan kali ke-259! Kali ke-259 dia permohonan kerja dia ditolak!

"EOMMAAAA!" Gadis itu mula menangis. Ditepuk-tepuk bantal di sebelah bagi melepaskan rasa geram. Tangisannya turut ditemani dengan tangisan para bayi dari jiran sebelah.

Kuat sungguh bayi-bayi itu menemaninya menangis. Setahu dia jiran dia dapat anak kembar 8. Sememangnya setiap hari memang dia akan mendengar bunyi tangisan mereka semua, namun kali ini tangisan tersebut terasa lain sungguh didengar.

"Hiks..." Gadis itu dengan lemah mengesot turun dari katilnya dan menuju ke arah meja belajarnya. Leptop dibuka. Sekelip mata sahaja leptop itu bercahaya, memaparkan bait-bait kata yang entah dalam bahasa apa.

"HUWAAAAA!" Gadis itu kembali meraung apabila permohonan kerjanya yang ke-260 turut ditolak. Leptop itu terus dibaling kasar ke dinding. Frust betul!

Terus gadis itu membuka laci meja. Tanpa melihat dan hanya meraba-raba, dia mencapai sebotol soju yang memang disimpan di situ. Terus soju itu dibuka dan diteguknya rakus. Huwargh!

"Bilalah permohonan kerja aku nak diterima..." ujarnya pelan. Pandangannya mula berpinar. Baiklah, dia dah rasa mabuk. Terus telefon pintar dicapai dan nombor rakannya yang bernama Sua didail.

"Anneyong Gahyeon!"

Ceria Sua menyapa di hujung talian. Gahyeon hanya mendiamkan diri, kepalanya ditunduk. Sua mengerutkan dahi melihat Gahyeon.

"Yah! Kenapa? Permohonan kerja kau tak diterima lagi ke?"

"Hiks..."

Mendengarkan tangisan rakannya, tahulah Sua bahawa tekaannya tepat sekali. Sua mengeluh kecil.

"Bertabahlah sayang. Kan aku dah suruh kau sumpah je diorang supaya diorang terima!"

"Tak boleh Sua. Kau lupa ke aku kena denda sebab terlanggar cicak terbang masa aku naik karpet Aladdin?" soal Gahyeon dan mula menangis. Wajahnya disembamkan ke atas meja. Sua menayang wajah simpati. Dia nak tolong, tapi nanti kena denda pula sebab menolong witch yang didenda.

"Kesian kau. Nak aku carikan kerja kosong ke? Aku rasa aku ternampak jawatan kosong kat Nini Peri Shop- EH GAHYEON!"

Membulat terus mata Sua melihat botol soju di tangan Gahyeon. Mulutnya yang terlopong ditutup dengan tangan.

"YAH! GAHYEON! APA BENDA YANG KAU MINUM TU?!"

Gahyeon mengangkat kepalanya memandang skrin telefon dengan dahi yang berkejut. Botol di tangan ditilik.

"Soju lah."

"YAISHSJSJSJ- WEH KAU TUNGGU SAT AKU NAK TELEPORT. JANGAN CAKAP APA-APA!"

Terus panggilan dimatikan oleh Sua. Gahyeon memerhati soju di tangan dengan mata yang dikecilkan. Terasa seperti melihat soju itu menjadi 3 botol. Berpusing-pusing pandangan matanya.

"UWEKKK!" Dari situ juga kedengaran bunyi kuat tangisan bayi jiran sebelah. Gahyeon merengus kuat mendengarkan itu. Soju itu diteguk lagi sehingga habis. Yaish, bunyi baby tu buat dia rasa nak gila. Bagilah dia ketenangan!

"I SAID SUSU PENUH KRIM~ ECEWAH, SUSU PERI DI SINI!" Sua muncul di dalam bilik itu sekelip mata. Terus dia merembat botol soju di tangan Gahyeon dan meniliknya. Tak salah lagi!

"Ah waeee?" soal Gahyeon jengkel. Dia berdecit kecil mendengar bunyi bayi yang semakin kuat. Hidung digaru. Uh, kepala terasa semakin pening~

"YAH PABO! NI SOJU MINTA HAJAT LAH! KENAPA KAU ADA BENDA NI DO?!" Soal Sua kuat. Gahyeon memandang ke arah Sua dengan dahi yang berkerut dan mata yang disepetkan.

"Solat hajat?"

"SOJU MINTA HAJAT LAH GILA! WALAUPUN KAU KENA DENDA HAJAT KAU TETAP AKAN TERCAPAI DENGAN SOJU NI! DAH SEKARANG KAU JANGAN CAKAP APA-APA!" Tutur Sua kuat. Terus dia membaling botol soju minta hajat itu ke dalam tong sampah di hujung bilik.

"Hajat aku akan tercapai?" soal Gahyeon. Dia terdiam seketika.

"Kalau aku cakap aku nak wish supaya aku diterima kerja?"

"Uish. Boleh je!" ujar Sua dan tersenyum gembira. Takdelah, dia takut Gahyeon spesies suka merepek tu yang dia suruh Gahyeon diam je. Gahyeon tersenyum senget.

"Aku... Aku pun nak persahabatan kita kekal sampai mampus!"

"Aww..." Sua menayang wajah terharu. Air mata palsu dilap. Hiks apa Gahyeon ni! Mabuk-mabuk pun sweet!

"Aku pun nak dapat boyfriend juga," ujar Gahyeon. Sua laju terlompat-lompat teruja.

"Weh, aku pun! Cepat mention nama aku!"

"Kau pun," ujar Gahyeon membuatkan Sua semakin teruja di situ. Wah, ambil kesempatan ya dia ni.

"Lepastu... Aku nak denda aku tamat esok juga!"

"Boleh boleh!" ujar Sua sambil bergolek di atas katil Gahyeon. Mindanya terbayang akan rupa bakal boyfriendnya nanti. Agaknya hot atau cold?

"Aku pun nak dress baru keluaran Gucci tu!"

"Boleh!" tungkas Sua. Dia tersengih membayangkan wajah boyfriendnya sekacak Lee Jong Suk.

"Aku pun nak jiran sebelah kena sumpah jadi kecil macam semut!"

"Boleh boleh!" jawab Sua laju sambil tersengih. Seketika kemudian mati terus senyumannya. Spontan dia terduduk tegak di atas katil itu.

"APA?!"

"Diorang bising sangat. Kalau jadi kecil aman sikit dunia," balas Gahyeon dan tersenyum senget. Dia menguap kecil sebelum terbaring di atas lantai dan mula berdengkur.

"YAH! GAHYEON! WOI! BANGUN!" Cuak Sua jadinya, terus dia melompat turun ke bawah dan menggerakkan tubuh badan Gahyeon kuat agar gadis itu terbangun dan menarik semula kata-katanya tadi. Tidak cukup dengan itu, habis dia melompat di atas tubuh Gahyeon. Namun Gahyeon tampak diam tidak bergerak dengan dengkuran yang semakin kuat.

"WOIII! MANA BOLEH MACAM NI!" Stress Sua jadinya. Boleh pula Gahyeon tidur lena lepas sumpah orang jadi semut?

"UWEKKKK!" Kedengaran sayup-sayup bunyi tangisan bayi jiran sebelah. Sua diam seketika memikirkan cara. Tak boleh jadi ni!

📌 Location: Lot 999, Taman Perumahan Ketiak Kuning, Jalan Seokjin Hensem, Seoul Bandaraya Bersejarah

"Ahh~"

Kedua belas manusia itu mengurut badan masing-masing yang sudah terasa seperti jeli. Mereka semua sudah terduduk kepenatan di atas sofa. Di atas lantai pula terdapat bayi-bayi yang sedang tidur dengan posisi berselerak. Apa-apa jelah, janji diorang tidur.

"Gila. Anak Hani gila," komen Hee. Dia menyandarkan kepala di bahu Jimin. Eh macam anak korang tak gila. Suka hati cakap anak Hani gila!

"Macam mak dia," tambah Daeun. Dia mengelap lembut calar-calar di wajah Sunwoo dengan air. Akibat kehabisan kacang, habis muka Sunwoo kena cakar. Hm.

"Kenapa Anna masih berada di sini? Lusa dah nak kahwin," ujar Anna dengan nada sendu. Tangan Jungkook diraihnya.

"Tak memasal kita yang kena jaga anak Hani," ujar Eunrim dan mengeluh kecil. Hok aloh, orang bagi pengalaman baru secara free takmoh! Mung tunggu anok mu lahir kekgi!

Mereka semua diam seketika melayan perasaan. Setelah banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi, akhirnya mereka berjaya menidurkan si bayi-bayi ganas itu. Ala biasalah tu, nama pun bayi. Tapi bayi Hani baka lain sikit. Bertabahlah.

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya kesemua mereka sudah melelapkan mata. Ala sian korang. Penat eh? Namun begitu, ada sepasang mata yang terbuka apabila dia merasakan sesuatu yang aneh dengan tubuh badannya. Apakah itu?

"WARGHHHHHHH!"

Menjerit terus Chocko jadinya sejurus dia membuka mata. Orang lain turut terjaga dek jeritan super kuat milik Choco. Tidak perlu bertanya apa berlaku, buka sahaja mata terus terpampang satu pemandangan yang kurang menyenangkan.

"WARGHHHHHH!"

Habis semua menjerit di situ apabila mendapati keadaan sekeliling menjadi besar. Eh taklah, diorang yang jadi kecil. Buktinya bayi-bayi Hani masih bersaiz besar.

Eh bukan baby pun kena sumpah ke. Tidaklah. Witch takleh sumpah witch wekk. Baby-baby Hani ada darah witch. Padan muka korang. Cakap anak Hani gila sangat.

"Apa ni? Kita jadi kecil semula?!" soal Yeon terkejut. Di saat mereka semua menjerit bagai mak nyah, tiba-tiba sahaja skrin TV terbuka di hadapan. Entah siapa yang buka, hantu kot.

Kelihatan channel TV ditukar sehinggalah ia berhenti di channel TV3. Nampaknya TV3 sedang menyiarkan berita sekarang. Berita apa kejadahnya pukul 3 pagi?

Dah jangan tengok lama-lama malu i HAHAHAHAHA

Kesemua Thumbelina memandang satu-sama lain. Tiada siapa pun yang ingin mengutarakan apa-apa. Mengapa? Kerana masing-masing tidak tahu apa yang perlu dikatakan!

Mengikut Susu Peri tadi, mereka hanya perlu berjumpa dengan mereka di rumah sebelah. Nampak simple, tetapi hakikatnya banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi! Lagi-lagi apabila bersaiz semut. Sebelum ni Hani sumpah saiz middle finger je tau. Hani baik.

Pertama, kesemua rumah di kawasan perumahan ini bertingkat 5. Dan peri tadi suruh diorang jumpa kat tingkat 5 tu juga! Sudahlah sekarang mereka berada di tingkat 3 di rumah baru Hani ini.

Kedua, mereka berpotensi untuk berjumpa dengan pelbagai jenis haiwan yang lebih besar saiznya! Ala semut kan, haiwan apa je yang lagi kecil dari semut? Ha diam. Majoriti haiwan semuanya lagi besar dari semut!

Ketiga, mereka perlu tiba di sana sebelum matahari ucap selamat tinggal pada esok hari. Walaupun sekarang pukul 3 pagi dan macam ada banyak lagi masa, tapi diorang kan ketot! Sudahlah masing-masing penat nak mampus. Pengangkutan pun takde!

Keempat, rumah Gahyeon ada hamster woo. Mungkin bunyi ia agak comel tetapi ketahuilah bahawa hamster itu merupakan kacukan daripada hamster, jerung dan harimau dan ia pantang nampak benda kecil bergerak! Pandai-pandailah imagine sendiri.

Kelima dan yang terakhir, anak Hani! Kalau diorang bangun tak ke mampus?

Taeyeon berkemungkinan akan menangis sehingga mereka pekak.

Yeolhun berkemungkinan akan menyangka mereka sebuah game dan membuat mereka bertarung.

Eunjoon berkemungkin akan menepuk mereka sehingga lenyek.

Jungna berkemungkinan akan menganggap mereka sebagai alat mekap Anna dan menghisap mereka.

Heemin berkemungkinan akan menjadi ganas, menggigit dan memijak mereka.

Paling sadis, Dawoo berkemungkinan akan terus makan mereka.

Hm nak buat macam mana, memang nasib korang semua witch perangai macam ni. Bukan perangai suka sumpah orang, tapi perangai malas nak bergerak jadinya korang lah yang kena datang jumpa diorang. Macam kes Nini Peri dulu. Hani boleh je cari korang dengan kuasa peri dia heh.

"Sabar rakan-rakan. Marilah kita pergi ke rumah sebelah sekarang juga. Bertindak segera! Kita kena cepat sebelum terlambat!" Anna bersorak suka dengan suara yang dikawal kekuatannya. Maklumlah takut baby bangun. Ngeh tadi jerit tak ingat dunia.

"Mari semua!" ajak Hee. Kini dirinya diserbu dengan semangat positif. Lagipun ini bukan kali pertama mereka disumpah menjadi Thumbelina! Mereka ada pengalaman! Kecuali si jantans.

"Mari!"

Dengan itu, mereka semua mula berarak dan turun dari sofa dengan bantuan selimut yang berlunjur di situ. Alhamdulillah. Mereka berkawad lagi menuju ke arah lif. Tahniah, pandai dah korang jaga diri. Hiks, ni nak nanges ni.

"Mama!"

Kaku terus semua Thumbelina. Perlahan-lahan, mereka semua menoleh ke arah sumber suara. Kelihatan Jungna sudah terduduk. Dia melihat sekeliling dan saat itu juga, anak matanya terpandang akan mereka. Tajam bethol mata dia ya.

"EH?!" jerit Jungna terkejut. Jeritannya berjaya membangkitkan lima ketul bayi yang lain. Serentak mereka semua memandang ke arah Thumbelina. Tidak lama kemudian tertampal satu senyuman menyeramkan di wajah si bayi. Oh no...

"LARI SEMUAAA!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro