Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 9 ˎˊ˗

📌 Location : Honey Homestay

"AHHHHHHHHH"

Jeritan betina Taeyong kedengaran di dalam bilik yang bersepah itu. Kesemua manusia ketot menutup telinga dengan tangan masing-masing untuk menyelamatkan telinga mereka. Jeritan serupa highnote Yuju itu juga berjaya membangunkan jantan lain yang terbongkang tidur.

Taeyong yang asalnya terbaring terus terduduk laju. Terjatuh Choco dan Yeon di telinganya.

"Dah kenapa hyung terjerit macam nak terberanak ni?" Namjoon bersuara dengan suara serak baru bangun tidur. Jantan yang lain menjatuhkan pandangan kepada Taeyong yang sudah terketar-ketar.

"Hyung!" Mingyu menolak perlahan bahu Taeyong namun lelaki itu kekal menggigil macam baru lepas kena sampuk. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

"Gila gamaknya,"

Sementara itu, manusia yang ketot pula hanya mampu mendiamkan diri. Mereka semua duduk rapat antara satu sama lain dan berharap agar Taeyong memberitahu tentang kewujudan mereka kepada yang lain.

"Oi Taeyoung hyung. Yuhuuu," Sunwoo melambaikan tangannya di hadapan muka Taeyong. Reaksi Taeyong kekal sama. Yuvin yang sudah mula hilang sabar terus mencepuk kepala Taeyong tanpa menghiraukan kenyataan bahawa dia lebih muda dari Taeyong.

Bagaikan tersedar dari sampukan, terus Taeyong menggelengkan kepalanya. Dia bertentang mata dengan semua jantan di dalam bilik ini.

"Ha kenapa?" Chenle yang berada di hujung bilik bertanya bagi pihak semua. Taeyong kelihatan memerhati sekeliling dengan riak takut. Seketika kemudian dia menghembus nafas lega.

Manusia ketot pula sudah tidak berhenti berdoa agar mereka dinotice.

"Fuh, diorang takde. Aku mimpi je kan tadi?" Taeyong menghela nafas dan mengutarakan soalan itu kepada Jaehyun di sebelahnya. Kening Jaehyun ternaik sebelah. "Asal tanya aku?" tanya Jaehyun sambil memasang riak annoying.

"Weh. Dia tak fikir yang dia mimpi pasal kita kan?" Choco mengutarakan soalan setelah mendengar soalan Taeyong tadi. "Rasanya dia fikir dia mimpi..." Eunrim menghela nafas. Terasa sia-sia pula usaha mereka tadi.

"Dasar jantan tak guna! Eyy nak je aku rembat dalam sungai kat belakang ni! Pakwe siapa lembab sangat tu?" Hee meramas penumbuknya. Yeon mengelap hingus dan berdehem perlahan. Pakwe dia tu.

"Tapi, kalau saya jadi dia, saya pun akan fikir ni mimpi. Tak logik langsung kot," Hyein bersuara. Mereka semua terdiam. Ada betulnya juga.

"Eip apa cakap macam tu. Dia sedarlah ni bukan mimpi. Tengok muka dia tu," Nayun menunding jari ke arah kepala Taeyong. "Apo Nayun? Muka dia pun dah jelas menunjukkan yang dia anggap kita ni mimpi. Ahuksss," Anna bersandar lemah pada Daeun yang sedang mengunyah gula-gula getah di sebelahnya.

"Eish takde pape lah hoho. Hyung dapat nightmare yang semua awek kita tetiba jadi kecil macam cerita Thumbelina ohok," Taeyong ketawa kecil sambil tangan menutup mulutnya. Cover ayu skit.

Terus dia dibaling dengan bantal oleh lelaki yang lain. "Tak guna. Kau kacau tido aku," Yoongi mendengus perlahan dan terus membaringkan kepalanya semula. Mulut tak henti memaki Taeyong sehingga dia terlena. Laju betul hang tido.

"H-Hyung, h-hyung t-tak m-m-m-mimpi d-di-diorang a-a-ada da-dalam bi-bi-bi-bilik ni k-kan?" Tergagap habis Jinyoung bertanya setelah lama mendiamkan diri. "Dah kenapa kau tergagap macam buaya ni? By the way hooh hyung mimpi gitu. Pandai kau teka hoho," sekali lagi Taeyong tergelak ayu.

Terus badan Jinyoung menggigil sepertimana badan Taeyong menggigil tadi.

"Aik, belum tengok kita pun dah menggigil teruk macam tu? Tak jantan langsung," Sya bersuara sambil tangan ligat menscroll fonnya. Yang lain mengangguk kecil, tanda bersetuju. Namun kepala Hyein ligat berteka-teki. Jangan-jangan Jinyoung dah nampak...

"HYUNG!" Jinyoung bertempik keras dan terus menghalakan jarinya ke arah suatu tempat. Kesemua manusia turut mengalihkan kepala ke arah itu. Membuntang mata mereka semula melihat sekumpulan manusia kecil berdiri di situ.

"AHHHHHHHH"

Bagaikan dejavu, jeritan betina kedengaran sekali lagi. Bezanya, jeritan kali ini lebih ramai dan lebih kuat. Yoongi yang baru tertidur pun terus terbangun dan turut sama menjerit tanpa mengetahui apa apa. Terus semua manusia ketot menutup tangan dengan telinga. Sambil ligat menutup telinga, mereka tidak henti memanjatkan kesyukuran kerana akhirnya berjaya di notice. Syabas kalian semua. Syabas.

Berkongsi hati dan jiwa yang sama, kesemua jantan terus bergerak ke hujung bilik dan berkumpul di situ bersama-sama sambil mata tidak lepas memandang takut ke arah manusia ketot itu. Dengan benda kecik pun nak takut, tak sedar ke diri dah besar?

"KORANG SIAPA?" tanya Jaehyun kuat. Membulat matanya melihat wajah kecil semua manusia ketot. "CHOCO?" Tanya Jaehyun kuat. Ni mesti sebab dah terpengaruh dengan Choco, jeritan dia pun boleh tahan kuat.

"KENAPA MUKA KORANG SAMA MACAM MUKA GIRLFRIEND KITORANG?" Chenle melontarkan soalan. Choco nenarik nafas dalam.

"BUTA KE? NI MEMANG KITORANGLAH, GIRLFRIEND KORANG! BANGUN PAGI JE TETIBA JADI KECIK MANA KITORANG TAHU!" Choco mengeluarkan jeritan terkuat yang pernah dia lakukan. Semua appliers kembali menutup telinga. The power of Choco.

"Seriouslah?" tanya Namjoon tidak percaya. Ligat kepalanya menflashback segala formula sains dan logik yang sudah dia pelajari, namun dia hanya menemui jalan buntu. "Seriouslah?" tanya Sunwoo turut mengcopy paste ayat Namjoon.

"Kau serious?" tanya Jinyoung pula. "HOR YE LAH TENGAH SERIOUS NI TAKKAN TAK NAMPAK. MATA ADA KAN, GUNALAH ELOK ELOK. LEPAS TANYA, TANYA LAGI HOK ALOH ADA JUGAK KENA LUKU PALE NI," Hee yang mula hilang sabar mengganas. Dis mengambil langkah ke arah mereka namun segera ditahan oleh Anna dan Eunrim.

"Eww seriously? Nayun?" tanya Yuvin dengan nada 'jijik'. Nayun mengangguk laju. "Maksudnya selama ni aku couple dengan patung lah?" tanyanya lagi.

Terdiam semua jadinya. Entah diam sebab soalan Yuvin yang mengarut atau sebab diorang pun fikir benda yang sama seperti Yuvin. Laju Nayun menggeleng. "Eh tak-"

"Eww jijik. Kita putus!" tanpa sebarang penjelasan, Yuvin membuat keputusan. Terus dia berlari keluar dari bilik itu. Lega sikit hatinya. Yelah selama ni dia asyik fikir alasan nak clash ngan Nayun. Alang-alang dah ada alasan ni, kena gunakan sebaiknya ye idok?

Nayun pula sudah terduduk mendengar ayat Yuvin. Segala semangat positif dalam dirinya bagaikan terbang apabila dirinya dibuang begitu saja oleh Yuvin.

"Jijik mende. Pale dia," Sya bersuara geram. Dia memandang ke arah Jinyoung dengan pandangan berharap agar tidak mengikut jejak langkah Yuvin yang gila itu. Perempuan lain juga begitu, cuba berharap agar pakwe mereka tidak mengambil jalan yang salah.

Berharap jelah mampu, sebab kita tak tahu apa yang ada di dalam isi hati masing-masing. Cia cia ayat mana hani rembat ni.

"Anna. Mian. Kita putus," Setelah lama mendiamkan diri, Mingyu turut memutuskan hubungan. Anna menggeleng perlahan. "Oppa andwae! Jangan tinggal Anna begini! Opppaaaaa!" Anna mengejar Mingyu yang sudah keluar dari bilik. Malangnya dia jatuh tersembam akibat tersadung selimut. Maklumlah penglihatan dia tak jelas disebabkan air yang bertakung di mata.

"Sya..." Jinyoung bersuara perlahan. Kusut fikirannya. "Oppa jangan macam-macam. Sya sanggup stay dengan diorang ni hanya sebab nak datang jumpa oppa ni," kata Sya. Kepalanya digeleng perlahan, cuba menepis segala tanggapan negatif dalam diri Jinyoung.

"Leleeeee pleaseee Hyein tau benda ni memang tak logik langsung difikirkan oleh akal kita yang sihat dan waras ni tapi jangan buat keputusan mendadak eo? Hyein sayang Lele, please Lele," Hyein terus menuturkan kata-kata pujukan apabila Chenle tampak ragu-ragu. Chenle menatap wajah kecil Hyein.

"Kita putus. Titik," senang sahaja Chenle memberi kata putus. Melihatkan wajah Hyein yang sudah menahan tangis, dia teringin meminta maaf namun ego di dalam diri mengatasi segalanya. Sudahnya, Chenle beredar tanpa mengucapkan kata maaf mahupun mendengar sebarang penjelasan dari Hyein.

"Oh kemon! Tolong lah kitorang jadi besar balik! Kitorang datang bukan nak minta putus!" jerit Hee geram. Wajah Yoongi yang pucat itu dipandangnya tajam. "Oppa! Jangan berani nak clash dengan Hee-"

"Hee. Mian." kata Yoongi perlahan. Terdiam terus Hee jadinya. Ceh, tadi mengamuk sangat.

"Oppa. Hee sayang oppa. Oppa tahu kan?" tanya Hee sebak. Yoongi memandang wajah Hee yang sudah merah itu, cuba mencari ketulusan cinta padanya. Tapi apa yang dia nampak, hanyalah wajah Hee yang sudah bersaiz patung itu.

Memanglah. Tengok wajah orang mestilah nampak mata, hidung, mulut, pipi, kening, kaki dan telinga. Kau expect nak nampak ketulusan kat wajah orang? Tak pernah lagi hani jumpa anggota badan bernama ketulusan. Hurm...

"Mianhae Hee," akhirnya Yoongi bersuara dan keluar dari bilik itu. Hee meroyan teruk dan terus mengganas di situ. "Andwaeeee sjhsjstshsgsjhsjdyhdjsjs Yoongi oppa waeeeeeeehshshshshdhdhd"

"Mian Sya. Youngie tak sangka Sya yang femes ni selama ni um patung? Mian tapi kita putus. Oppa tak nak couple dengan patung," Jinyoung turut memutuskan hubungannya dengan Sya. Dia juga beredar dari bilik itu, sempat melihat Sya yang sudah terduduk dengan hujung matanya.

Kini, keadaan menjadi lebih hangat dan tegang. Keempat-empat couple yang tersisa masing-masing berbalas pandangan sesama sendiri. Seorang cuba memujuk agar tidak memberi kata putus yang berunsur negatif, seorang lagi sedang berfikir dalam dilema dan ketidaklogikan ini.

Ohok, ketahuilah anda, tiada apa yang logik apabila bersama Hani.

"Choco..." Jaehyun bersuara. Choco sudah menayang riak sendu, seolah tahu apa yang Jaehyun ingin katakan.

"Mian Choco. Oppa tahu kita akan jumpa yang lebih baik. Oppa tak sanggup nak ada girlfriend yang kecil ni. Nanti cemana nak kahwen? So oppa undur diri dulu. Semoga bahagia dengan jodoh sebenar Choco, itu pun kalau ada lah," Jaehyun dengan sopan menanggalkan cincinnya di tangan dan meletakkannya di atas lantai. Terus dia beredar keluar dari situ.

Choco menatap cincin dawai itu sayu. Dia ingat lagi, masatu diorang takde duit nak beli cincin emas so diorang buat cincin sendiri pakai dawai. Jimat duit.

"Sunwoo?" panggil Daeun perlahan. Dia hanya menatap wajah Sunwoo sambil mulut ligat menguyah gula-gula getah. Sunwoo memandang Daeun dengan perasaan bersalah. Sanggup ke dia putus? Dia sayangkan Daeun. Tapi seandainya Daeun tidak boleh berubah menjadi besar, sanggup ke dia hidup dengan manusia kecil?

"Daeun... Sorry. Sunwoo perlukan masa. Mian sangat-sangat," Sunwoo bersuara sayu dan keluar dari bilik itu. Daeun sudah terbatuk mendengar ayat itu. Tercekik gula-gula getah di dalam mulutnya. Apa-apa pun, dia bersyukur sebab Sunwoo tak minta putus lagi. Just perlukan masa. Normal ah tu.

"Mian Eun. Oppa pun perlukan masa untuk berfikir. Semua benda ni takde logik langsung..." Namjoon mengeluh perlahan. Eunrim mengangguk dan tersenyum nipis. "Arraseo. Eunrim sayang oppa!" Eunrim menjerit ayu ke arah kelibat Namjoon yang sudah hilang di sebalik pintu bilik. Dia mengesat air di mata. Jujur, dia takut kalau Namjoon tinggalkan dia macam orang lain ni.

"Taeyong oppa..." Yeon pula tidak habis-habis menangis sedari tadi. Dia takut dengan ayat yang bakal keluar dari mulut Taeyong. Setelah menyaksikan beberapa couple clash, Yeon takut jika Taeyong mahu turut sama memutuskan hubungan mereka.

Taeyong berdehem kecil. "Mian Yeon. Oppa rasa... Oppa pun perlukan masa untuk terima semua benda ni. Kalau oppa dah bersedia, oppa cari Yeon eo? Kita kahwin terus, hehe," Taeyong menayang sengihan palsu dan mengambil langkah keluar dari bilik.

Teresak Yeon menangis di situ. Namun kali ini, dia tidak keseorangan. Beberapa manusia yang lain seperti Anna, Hee, Hyein, dan Nayun turut menangis bersama. Cuma diorang semua dah menangis tahap meraung. Sya, Choco dan Eunrim hanya sekadar menitiskan air mata mereka. Takdelah sampai meraung.

Daeun hanya diam meniup gula-gula getahnya di mulut menjadi bulat. Walaupun dia berasa gemuruh sebab takut Sunwoo tinggalkan dia, tapi dia percayakan Sunwoo. Hiya hiya.

Keadaan berkekalan sebegitu untuk seketika. Setelah beberapa minit berlalu, keadaan yang pada awalnya bising dengan raungan dan esakan semua manusia ketot kini sudah menjadi sunyi dan sepi. Kesemua mereka hanya duduk termenung. Yang kedengaran hanyalah bunyi hingus ditarik.

Mereka hanya diam tanpa sebarang bicara. Tak tau nak cakap apa lagi. Bangun pagi tetiba jadi kecil. Jumpa bf nak minta tolong. Lepastu putus sebab tak nak couple dengan manusia kecil? Apa salah diorang sehingga mendapat nasib begini?

RAWRR

Kedengaran bunyi enjin kereta mengaum dengan kuat. Kesemua appliers yang tidak slow itu terus membulatkan mata terkijut. Tanpa banyak soal dan tanpa melengahkan masa, semuanya terus berlari keluar dari bilik dan ke luar halaman rumah.

Mereka pasti mereka terdengar bunyi kereta tadi. Walaupun dah clash, tapi jantan jantan tu sahaja harapan mereka untuk tolong menjadi besar semula.

Manalah tau penawar kepada sumpahan ni ialah true love's kisseu ke ohok

Bersungguh-sungguh mereka semua berlari untuk mendapatkan ex masing-masing sebelum mereka semua pergi dari kawasan homestay ini. Kalau ex diorang lari, diorang dah takde siapa yang mampu diharapkan untuk membantu mereka.

Namun, disebabkan nasib mereka yang dah malang tu, sekeluarnya mereka dari pintu utama homestay ini, apa yang mereka dapati hanyalah asap kereta yang semakin menghilang.

Mereka lambat. Kesian.

"Andwae..." Anna bersuara dengan penuh hiba. Mereka semua terduduk lemah di situ, termenung memikirkan nasib part 2.

Keadaan menjadi hening dan sunyi buat beberapa minit. Tiada siapa yang mengeluarkan suara mahupun sebarang bunyi. Tapi tadi Eunrim macam ada terdengar bunyi kentut. Siapalah yang kentut tu eh.

"Sudahla. Sampai bila kita nak down macam ni?" Nayun bersuara perlahan. Dikesat air mata yang mengalir di pipi. Dia memandang kesemua wajah betina yang lain. "Jangan begini kalian! Hidup mesti ada wow! Kita kena positif!" Bagaikan disuntik satu semangat baru yang entah datang dari mana, Nayun terus berdiri dengan semangatnya.

"Hmm."

Nayun berjalan mengelilingi mereka semua. "Jangan macam ni. Kita tak boleh rely sangat dekat diorang! Kita kena buktikan yang kita pun boleh jadi besar semula tanpa bantuan diorang. Buatkan diorang merangkak minta ampun dari kita bila kita dah jadi besar balik nanti! Hoho!" Nayun bersuara penuh semangat dengan suara dolphinnya itu.

"Tunggu apo lagi semua? Mari kita bincang strategi dan destinasi kita selepas ini!" Nayun dengan yakinnya menolak badan Daeun yang sudah tertidur itu agar membentuk sebuah bulatan dengan yang lain. Betina lain hanya turutkan apa yang Nayun katakan itu, mereka semua sudah membentuk satu bulatan kecuali Sya yang hanya berdiam diri melayan fonnya.

"Apa function kita buat bulatan ni?" Yeon bertanya. Wajah Nayun yang innocent itu dipandang.

"Oh, Nayun pun tak tahu," selamba Nayun membalas dan mengambil tempat di sebelah Anna. Sempat dia mengusap belakang badan Anna yang masih mengalirkan air mata itu. Drama sangat, Yeon pun dah berhenti menangis.

"Any idea on how kita boleh jadi macam ni?" Hyein mengutarakan soalan. Teringin nak dengar pendapat orang lain. Dari tadi lagi dia fikir pasal benda tak masuk akal ni.

"Macam mana kalau masa kita tidur tu ada saintis gila yang masuk bilik kita then dia titis satu cecair formula yang baru dia buat kat atas kita lepastu kita pun jadi kecil?" tanya Yeon dengan satu nafas.

"Ugh, kita dijadikan tikus makmal? Mana saintis gila tu? Meh sini haku nak pancung kepala dia," Hee terus berdiri dan menyinsing lengan baju. Terus Hyein dan Eunrim disebelahnya menahan Hee dari menjadi agresif.

"Aigoo, tu pendapat jelah," Nayun tergelak kecil melihat kecomelan Hee. Apabila Nayun gelak, ha apalagi tergelak semua appliers kat situ.

"BAHAHAHAHAHAHA," Bagaikan hilang semua masalah, masing-masing tergelak kuat mendengar ketawa Nayun itu. Takde apa pun yang lawak, tapi gelak Nayun tu fuh merebak.

"What the tet. Tak lawak duh," Bagaikan dejavu, Sya menuturkan dialog sama apabila mereka semua tergelak bagai dunia ini milik mereka. Nayun yang tersedar akan kehadiran Sya terus bersuara. "Eh kenapa awak duduk sorang-sorang kat situ? Meh sini join kitorang!" dengan senyuman di wajah, Nayun mengalukan kedatangan Sya. Anna di sebelah ditolak perlahan untuk memberi ruang duduk kepada Sya.

"Sanggup awak Nayun! Dahla tadi kentut depan orang lepastu tolak orang semata-mata untuk dia!" Anna menunding jari telunjuk ke arah Sya dan memandang Nayun. "Awak curang dengan saya Nayun! Saya ceraikan awak dengan talak kosong! Huwaaa" Anna membawa diri jauh dari Nayun dan duduk di sebelah Choco pula. Namun Choco pantas menolak tubuh Anna ketika dia sedang mencangkung mahu duduk, menyebabkan Anna tertindih Daeun yang sedang tidur.

"Uih!" dengan cemas Anna menjauhkan diri dari Daeun. Daeun yang terbangun pula melihat sekeliling dengan mamai dan blur. Rasanya dia mimpi dia kena tindih dengan unta tadi.

"Malas aku," kata Sya dan sambung melayan fonnya. Kata-katanya membarankan seorang manusia yang sudah sedia baran tadi.

"Eh kau ni kenapa ha? Kitorang nak cari alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah ni tapi kau duk kat situ main fon wat lek wat pis eyy geram haku ha kau dating la dengan fon kau tu sampai ke tua, biar korang mati kena gigit dengan tikus,"

Hee berjaya menunjukkan bakatnya yang terpendam apabila dia rap dengan laju meluahkan segala kemarahannya itu. Eunrim di sebelahnya sudah mengusap perlahan bahu Hee yang agak panas itu. Marah sangat gamaknya.

"Bawa bertenang. Nanti bateri fon dia habis lah tu," kata Eunrim perlahan. Sesekali anak matanya menjeling Sya, takut-takut kalau Sya naik angin mendengar ayatnya.

"Eh hooh lah! Kenapa bateri fon awak tak habes lagi?" Anna dengan selamba badak merampas fon dari tangan Sya. Sya apalagi, panas jadinya. Dia cuba untuk mengambil fonnya tetapi Anna mengangkat tangannya tinggi, sama seperti pagi tadi.

"Aku ada bawa powerbank. Dah bak sini," Sya menjawab dan cuba mengambil fonnya sekali lagi, namun Anna terlebih dahulu membaling fon itu ke arah Daeun. Entah sengaja atau tidak tu.

"Aduh!" Daeun terus terbangun apabila satu objek keras menghentam kepalanya. Terjaga terus dia dari mimpi. Sekali lagi dia memandang sekeliling dengan mamai. Anna hanya menayangkan riak innocent.

"Tet," Sya mencarut dan merengus perlahan apabila melihat Eunrim sudah mencapai fonnya dan membelek-beleknya. Sempat dia scroll explore page Instagram Sya itu. Tak tahu privasi langsung.

"Korang ni tet betullah. Nilah sebab aku tanak join korang. Benci betul. Kenapa aku mesti jadi kecik bersama orang yang tet macam korang ni? Tet betul! Tet! Tet!" Sya mengeluarkan semua perkataan carut yang dia simpan ketika berada di hadapan Jinyoung selama ini.

"Uih. Dia kata kita tet. Hiks," Yeon memegang dada dan menangis di situ. Tak pernah dia kena gelar tet sebelumni. Terasa tau.

"Bagi balik fon aku, tet," Sya melangkah ganas ke arah Eunrim. Eunrim pun apa lagi, terus baling fon itu membuta tuli. Nasib baik fon itu sempat ditangkap kemas oleh Choco.

"Wuh. Dapat fon," Choco yang tidak tahu privasi itu turut sama menggeledah explore page Instagram Sya. Sya sekali lagi mengeluarkan kata-kata carut yang tidak dapat difahami oleh appliers lain. Banyak betul vocabulary carutan dia.

Tengah Choco syok scroll tengok gambo awek, tetiba matanya tertangkap satu figura yang familiar di satu post. Terus dia berhenti scroll dan scroll ke atas semula kerana terlajak scroll. Maklumlah dia scroll laju-laju tadi. Sebab orang kata kalau scroll laju-laju kat fon nanti boleh nampak wajah monyet. So Choco nak try.

Membulat terus mata Choco membaca caption post itu. Terus wajahnya diangkat memandang semua appliers dan dia berteriak kuat.

"EH GILA LAH, BETINA NI YANG SIHIR KITA JADI KECIK!"

Uih ni chap terpanjang hani pernah type. Hadiah sebab dah lama tak hapdet HAHAHA maaf kaliann

And finally, setelah berabad Hani menunggu untuk pisahkan kalian dengan boyfriend, akhirnya hari ini telah tiba MUAHAHAHAHA puas rasanya.

double update today uwu sayang korang ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro