Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 8 ˎˊ ˗

📌 Location : Honey Homestay

"AHHHHHHHHH"

Jeritan high-pitched Nayun kedengaran kuat di dalam bilik itu. Terpisat-pisat semua appliers yang lain bangun.

"Pahal doh? Kacau aku tidur je," Daeun yang baru bangun menggosok mata dan menguap kecil. Setelah mata dibuka, barulah dia faham mengapa Nayun menjerit bagai seekor dolphin gila.

"WARGHH KAU SIAPA? KITA KAT MANA NI? AKU SIAPAAAAA" Choco yang turut terbangun berteriak kasar. Dipandangnya manusia sekeliling dengan riak 'ko-jelaskan-apa-yang-berlaku-sekarang-alien'

"K-Korang... Kenapa semua benda jadi besar..." Yeon memandang sekeliling dengan perasaan takut. Terus air matanya mengalir tanpa rela.

"Eh awak! Jangan nangis!" Eunrim yang terlihat Yeon terus berlari anak untuk mendapatkan Yeon. Dipeluknya tubuh Yeon dan diteluk-tepuk belakang badan Yeon perlahan. Alalala.

"Aku rasa, bukan benda lain jadi besar. Kita yang jadi kecil," Hee bersuara dan menunjuk ke arah cermin yang berada di hadapan Nayun. Terangguk-angguk Nayun di situ.

"KITA DAH JADI KECIK? KETAHIKAN APAKAH INI? AKU CUMA BERMIMPI KAN? KATAKAN AKU BERMIMPIIIIIII" Anna meracau dan terus berlari ke arah Sya yang sedang terduduk di atas lantai. Terus bahu Sya dipegang dan digoncang-goncangkan keras.

Sya menepis tangan Anna geram. "Ni bukan mimpi. Nak aku tolong tamparkan?" tanya Sya sambil mengangkat sebelah tangannya. Terus Anna menjauhkan diri dari Sya dan mendekati Nayun pula. Ish.

"Heol–" Hyein yang berasa takjub turut speechless dengan keadaan dirinya dan mereka. Bangun pagi tetiba jadi kecil. Logik apakah ini?

"Ahajhsjsjsjhsjsjsj cutenya suara dia!" Anna berfangirling bersama Nayun di sisi mendengar suara anime Hyein. Yang lain pula sudah cuak. Ada yang tengah termenung.

"Hurm laparlah pula," kata Daeun perlahan. Appliers lain terus memandangnya dengan pandangan 'kau-serius?'. Daeun hanya tersengih sebelum mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"Tadaaa! Fuh nasib baik makanan ni pun bertukar jadi kecik juga kalau tak kebulur aku," Daeun mengeluarkan seplastik potato chips berjenama RM dan membuka plastiknya. Terus potato itu disumbat ke dalam mulut. Yang lain sudah menepuk kepala melihat Daeun yang hanya ilek makan sedangkan mereka punyalah tengah cuak.

"Yippieee" selain Daeun, terdapat lagi seorang manusia yang tampak eksaited dengan diri mereka ini. Itulah dia, Hee sedang berlari ke sana ke sini sambil tergelak macam kanak-kanak riang. Jatuh kang baru tahu.

"Tapi, peliklahh. Macam mana kita boleh jadi kecik ni? Serious takde pun mana-mana hukum sains atau logik yang dapat menerangkan situasi kita ni. Hyein curious lah..." Hyein bersuara. Tangan diletak di atas dagu. Dia memang tak boleh rasa curious. Dia akan cari tahu sebab diorang jadi kecil!

"Fuh, ayat kau buat aku terasa stupid," Choco bersuara pula. Dia turut meletakkan tangannya di dagu, acah detektif. Nak juga nampak bijak macam Hyein.

"Diorang pun jadi kecil juga ke? Boyfriend kita?" tanya Yeon ingin tahu. Hingus ditarik dan air mata dikesat. "Haah lah. Apa kata kita pergi jumpa diorang?" cadang Eunrim. Dia memandang ke arah semua appliers untuk mendapat persetujuan mereka.

PAP!

Tertoleh semua kepala melihat ke arah bunyi kuat itu. Kelihatan Hee sedang terduduk di atas lantai dengan muka seperti orang berak keras. "Aduh," Hee mengaduh perlahan. Sya hanya tersenyum sinis ke arah Hee. "Ha tulah. Eksaited sangat. Larilah lagi," kata Sya dan sambung bermain fon. Hee menjeling Sya tajam.

"Eh kejap. Fonnnn?" Anna berlari mendekati Sya dan merampas fon Sya. Sya merengus kecil dan merampas semula fonnya, tapi tak mampu apabila Anna yang memang dah tinggi mengangkat fon itu tinggi di udara. #syatabahsyapendek

"Macam mana fon ni boleh jadi kecik juga?" tanya Anna pelik bercampur eksaited. "Aku selalu bawa fon kemana saja. Semalam aku simpan fon dalam poket. Dah bak sini," Sya berjaya mendapat kembali fonnya.

"Eh kalau macam tu, call lah boyfriend awak? Suruh dia datang sini dengan yang lain and jelaskan pada diorang apa dah jadi pada kita," Eunrim bersuara. Yang lain memandang ke arah Sya dengan sinar harapan di mata.

"Ishh," Sya tidak dapat membantah. Contacts ditekan dan nama 'Youngie oppa' dicari dan terus didail. Appliers yang lain sudah berdiri di sekeliling Sya membentuk satu bulatan.

Beep... Beep... Beep...

Beberapa beep kedengaran namun panggilan tidak diangkat. Terus Sya menamatkan panggilan itu kerana takut habis kredit.

"Diorang still tidur kot," teka Nayun. "Cuba call sekali lagi,"

Sya hanya menurut dan mendail nama kenalan itu lagi.

Beep... Beep...

Panggilan diangkat namun tiada suara kedengaran.

"Hello?" tanya Sya. Keadaan di talian sebelah hanya sunyi sahaja. Sah lelaki tu masih tidur.

"HELLO?"

Terus jatuh fon di tangan Sya apabila satu suara yang kuat mengalahkan suara Choco kedengaran. Kesemua mereka menutup tangan dengan telinga dan ada yang dah berlari menjauhi telefon Sya. Tak sangka suara Jinyoung boleh sekuat ni. Pecah gegendang.

Sya hanya membiarkan fonnya di lantai dan bergerak menjauhinya. Dia menjerit sedikit bagi menguatkan suaranya. "Oppa, boleh datang bilik kitorang? Mungkin oppa tak percaya tapi kitorang bangun pagi je tetiba jadi kecil!" kata Sya. Manusia di talian sebelah hanya mendiamkan diri.

"TAK DENGARLAH," sekali lagi suara Jinyoung kedengaran. Terus semua menutup telinga sekali lagi. Kenapa tetiba je suara Jinyoung jadi kuat macam ni? Ataupun diorang yang dengar macam kuat sebab telinga diorang pun dah jadi kecil?

"DATANG BILIK KITORANG!" kali ini Choco yang dah memang sah mempunyai suara yang kuat memainkan peranan. Appliers yang lain sudah menutup telinga. Fuh, boleh pekak lama lama ni.

"KENAPA SUARA SYA PERLAHAN SANGAT? APA-APA PUN OPPA KENA TINDIH DENGAN YOONGI DAN CHENLE NI. JADI OPPA INGAT NAK SAMBUNG TIDO BALIK ALANG-ALANG DAH TAKLEH GERAK NI. SYA DATANG AH SINI KALAU NAK."

Suara kuat Jinyoung kedengaran sekali lagi sebelum talian diputuskan. "Ish," Hee merengus perlahan. Geram dengan Jinyoung. Sudahlah kat tempat kerja haritu dia cari pasal, kat sini pun nak buat mood Hee swing juga.

"Nampaknya kita kena pergi bilik diorang. Sah diorang masih tidur. Jantan tu kalau tak dikejutkan Yeon rasa sampai ke tua tak bangun-bangun," Yeon bersuara. Yang lain mengangguk pasrah.

"Jom,"

Dan sederet manusia bersaizkan middle finger Hani itu berjalan menuju ke pintu bilik mereka yang kelihatan sangat besar itu. Setibanya mereka di hadapannya, semua terhenti and pandang sesama sendiri.

"Eh, kenapa ni?" tanya Hyein agak blur. Disebabkan dia bersuara, semua terus memandang ke arahnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. "Apa?" tanya Hyein lagi. Kesemua mereka terus memandang ke arah Hyein dan pintu secara bergilir-gilir.

"Oh," disebabkan Hyein tidak lambat, dia faham apa yang mereka suruh. Terus pintu itu didekatinya dan dia cuba berjalan masuk melalui lubang di bawah pintu.

Hyein dengan mudah melepasi lubang itu. Berkat dia exercise hari-hari ufufu. Yang lain sudah bersorak teruja. Terus semua beratur untuk melepasi pintu itu. Hyein yang sudah berada di luar bilik itu turut menolong menarik mereka.

"Hehe pendeknya kau,"

"Shadap u pantai," Sya menjeling Choco tajam.

"Panjangnya kau,"

"Well, Anna memang panjang pun. Sejak azali lagi Anna panjang. Baru perasan ke?" tanya Anna. Choco yang sesedap rasa memberi komen tadi terus membuat aksi nak muntah.

Kini, Anna dan Sya sudah berjaya melepasi lubang itu.

"Nayun pula!" Nayun dengan bersemangat baring di situ dengan laju sehingga terhantuk kepalanya. Tapi dia tak rasa sakit pun. Yeon yang melihat pula terasa sakit di kepala.

Kemudian, Eunrim pula terbaring ayu di situ dan mengesot di bawah lubang itu. Selepas Eunrim, Hee pula yang mengesot. Kini Nayun, Eunrim dan Hee berjaya melepasi lubang itu.

Yeon yang tak nak kena tinggal terus melepasi lubang itu. Mulanya tersekat sikit tapi nasib baik dia berjaya ditarik oleh Eunrim yang gagah perkasa di luar. Dah menangis Yeon kat situ.

Choco dan Daeun saling berpandangan. Melihatkan Daeun yang sedang makan tu, Choco pun tanpa berlengah melepasi lubang itu. Kini hanya tinggal Daeun sahaja yang berada di dalam bilik.

"Woi! Cepatlah sikit!" Sya di luar sudah bertempik. Segera Daeun mencampak plastik potato chips yang sudah kosong ke tepi dan menepuk-nepuk kedua tangannya bagi menghilangkan serbuk yang melekat. Tangan direngankan dan Daeun meluncur masuk ke dalam lubang itu.

Malang sekali kerana perut Daeun tersekat.

"Weh!" panggil Daeun cemas. Kini separuh badannya berada di luar dan kakinya pula berada di dalam bilik. Eunrim dan Hyein di luar berusaha menarik Daeun sekuat hati.

"Weh aku tak nak tersekat kat sini weh, jangan tinggal akuu," Daeun bersuara cuak. "Ha tulah, siapa suruh melantak potato chips pagi-pagi. Eloklah tu tersekat dekat perut," Hee bersuara sambil bersandar di dinding.

Yang lain juga sudah melihat tanpa ada niat ingin membantu. Yeon yang kasihan melihat Daeun nak menangis turut membantu Eunrim dan Hyein.

Prott

Nayun yang dari tadi terkerut-kerut menahan kentut akhirnya melepaskan gasnya apabila sudah tidak tahan. Kebetulan pula, Anna berada tepat di belakang Nayun. Akibat terkejut dengan bunyi dan bau yang dihasilkan, Anna menyepak bontot Nayun.

"Apa ni? Kacau je Anna nak tengok drama depan kata! Dahlah bau nasi lemak!" Anna mengerutkan dahinya dan mengelap air mata yang mengalir apabila melihat kesusahpayahan Daeun yang struggle untuk keluar tu. Nayun hanya tersengih sambil membuat peace.

"Yeayy berjaya!" Yeon bersorak teruja apabila Daeun berjaya melepasi lubang pintu itu setelah beberapa minit berjuang. Yang berjuangnya Eunrim, Hyein dan Yeon je ha. Daeun dah tertido kat situ.

"Dah habis drama? Jom pergi," ajak Sya sambil mata tidak lepas melihat ke arah fonnya. Mereka semua pun berarak ke bilik jantan yang terletak bertentangan dengan bilik mereka. Daeun yang sudah tertido diheret oleh Choco dan Hee. Tak henti-henti budak dua tu membebel yang Daeun ni berat. Macamlah diorang ringan sangat.

Setelah beberapa langkah ketot diambil, mereka kini berdiri di hadapan pintu bilik jantan yang tinggi melangit itu. Mereka semua menyelinap masuk melalui lubang pintu itu lagi, nasib baik Daeun dah tak tersekat kalini. Perut dia makin kempis kot sebab Anna ada picit-picit perut Daeun tadi, katanya nak bagi perut makin mengecil.

"Uih!" Hee menggosok kepalanya yang terhantuk. Kaki gergasi di hadapannya dipandang tajam. Choco sudah tergelak besar ke arah Hee. Tak lama kemudian dia pun turut terlanggar sebuah kaki gergasi. Tabahlah.

"Ah! Busuknya kaki dia!" jujur Yeon berkata dan menutup hidungnya. Anna yang turut terbau kaki itu terus tercungap-cungap mengambil nafas. "Udara segar! Udara segar! Ugh–" Anna terbaring di situ dengan lidah terjelir keluar. Daeun yang baru bangun sudah menayang muka annoying melihat Anna.

"Dah dah jangan merungut lagi. Tu kaki pakwe korang juga ha," Eunrim bersuara. Wah yakinnya kamu itu bukan pakwe kamu.

"So, macam mana nak kejutkan diorang?" tanya Sya. Yang lain sudah terdiam memikirkan idea.

"Suruhlah dia jerit kat telinga diorang. Suara awak kuat kan?" Hyein mengutarakan idea sambil memandang ke arah Choco. Yang lain turut berbuat sama.

"Wuuu aku bangga jadi penyelamat korang. Btw jom cari kepala diorang dulu. Nak mati aku bau kaki diorang ni," Choco bersuara. Yang lain turut mengangguk setuju.

Mereka semua pun berjalan melintasi semua rintangan di hadapan. Sedang mereka semua berjuang, tiba-tiba seorang lelaki di situ menggerakkan badannya.

"Alamak!" jerit Yeon cemas. Semua terus kaku tidak bergerak. Akhirnya lelaki itu pun memberhentikan pergerakan. Mungkin dah sambung tidur. Semua menghembus nafas lega.

"Jom sambung jalan! Rasanya kita dah ada kat bontot diorang," tebak Hyein apabila kiri dan kanan jalan mereka dipenuhi dengan uhuk benda berbonjol macam bontot. Mereka semua meneruskan perjalanan tetapi terhenti sekali lagi apabila lelaki itu bergerak lagi.

Lebih malang, lelaki yang asalnya miring itu tiba-tiba bergerak untuk membaringkan badannya. Punggungnya menghasilkan bayang-bayang yang menutup Yeon, Hee dan Eunrim di tempat landing punggungnya. Punggung itu semakin lama semakin dekat dengan mereka bertiga.

"LARIII" Jerit Eunrim lantang dan terus melarikan diri. Yeon sempat tersadung kaki sendiri namun Eunrim terus mengheret Yeon pergi.

Punggung itu landing di atas lantai. Semua menghembus nafas lega apabila tiada yang cedera. Perjalanan diteruskan.

Agak susah jadi kecil ni. Disebabkan middle finger Hani kecik kecik gemok gemok gitu, jadi saiz mereka agak kecil dari average middle finger.

"Dah sampaii!" jerit Nayun teruja dan terus menunding jari ke arah bibir munggil yang berada di hadapannya. Semua manusia ketot itu sudah bersorak teruja.

"Sekarang, tiba masa untuk kamu berjuang," Anna mengeluarkan suara jantannya. Dia menepuk bahu Choco. Choco juga sudah memandang Anna dan mereka semua dengan mata yang berkaca. Daeun sudah memasang riak annoying disertai dengan Sya.

"Choco akan berjuang untuk kalian! Afufufufufu," Choco melompat ke arah telinga yang berdekatan iaitu telinga Sunwoo. Dia menoleh ke arah wajah-wajah appliers yang lain. Andai kata dia terkorban dalam perjuangan ini– dia sedekahkan Jaehyun kepada Hani.

Choco menarik nafas dalam. Anna sudah menutup mata kerana tidak sanggup melihat adegan di hadapan mata. Nayun tidak henti melompat-lompat seperti seorang cheerlader. Eunrim mengangguk yakin ke arah Choco. Yeon sudah mengelap taik mata yang mengalir dan Hee juga sudah mengalirkan air mata. Wah jarang Hee ada mood sendu ni. Hyein hanya memerhati dengan perasaan teruja. Sya langsung tidak memberi perhatian kerana sibuk melayan Twitter. Daeun pula hanya menayang wajah annoying dengan Choco yang terlalu over itu.

"BANGUN WOIIII TOLONG KITORANGGGG" Choco berteriak keras di telinga siapa entah dia pun tak tau. Sunwoo iaitu pemilik telinga itu sudah berkerut-kerut dahi.

"Cuba jerit ke dalam telinga dia lagi," kata Daeun yang sengaja ingin Sunwoo pekak. Choco mengangguk dan mendekatkan kepala dengan lubang telinga Sunwoo.

"BANGUNNN TOLONG KITORANGGG"

"Choco lari!" jerit Eunrim cemas apabila ternampak Sunwoo mengangkat tangannya. Choco yang tidak tahu apa-apa terus melompat penuh bergaya ke arah mereka semua.

Pap!

Sunwoo menepuk telinganya sendiri dan sambung tidur. Mungkin dia ingat ada nyamuk kot.

Mereka semua mengeluh. "Kalian jangan mengeluh! Mari kita cuba dengan mangsa lain!" Nayun menjerit memberi kata-kata semangat dengan suara dolphinnya. Dia bergerak ke arah lelaki sebelah Sunwoo yakni Yoongi diikuti yang lain.

Choco melompat ganas ke telinga Yoongi.

"BANGUN WOIII TOLONG KITORANGGG" jeritnya kuat. Yoongi hanya diam dan langsung tidak bergerak.

"BANGUN WOIII TOLONG KITORANGGGG"

"Dah dah lah tu. Dia tu tak boleh dikacau kalau tengah tido," Hee bersuara. Mereka semua mengeluh lagi. Yeon sudah hampir menangis memikirkan nasib mereka.

"Jangan mengalah rakan-rakan! Kita ada 9 jantan dalam ni! Mari kita jerit kat telinga sekor sekor!" Nayun menjerit teruja.

Disebabkan kata-kata Nayun ada betulnya, mereka semua pun menaiki kepala Yoongi untuk ke mangsa seterusnya. Mereka semua bekerjasama menarik dan menolak sesama sendiri untuk ke seberang. Kaki Hyein ada termasuk ke dalam lubang hidung Yoongi. Nasib baik dia tak bangun.

Kini mereka semua berdiri megah di sebelah kepala mangsa seterusnya, Taeyong. Choco melompat agresif ke arah telinga Taeyong dan terus menjerit lagi tanpa melengahkan masa.

"BANGUN WOI TOLONG KITORANG!"

Melihatkan Taeyong yang berkerut-kerut, Choco menjadi semakin ganas. "BANGUN WOI TOLONG KITORANG!"

Yeon sudah menutup mata kerana tidak mampu melihat boyfriend sendiri dipekakkan di hadapan mata.

"Haih. Fed up jelah macam ni," Hee bersuara dengan suara yang terketar-ketar macam nak nangis. Anna hanya mengangguk lemah dan join Hee menangis. Nayun tidak henti memberi semangat. "Jangan fed up gais! Nak Nayun gigit?" dan Nayun pun menggigit tangan mereka berdua. Sungguh tidak disangka.

"Hiks... Taeyeong oppa, bangunlahhhh," Yeon sudah menangis di telinga Taeyong. Choco juga sudah terduduk lemah di telinga Taeyong sambil mengurut tekak.

"Hurmm..." Hyein hanya diam memikirkan strategi lain. Eunrim pula sudah membuang sifat ayunya dan mencakar ganas pipi Taeyong. Daeun juga dah menggigit ganas pipi Taeyong. Sya hanya diam bersandar di kepala Yoongi dan bermain fon.

"Taeyong oppaaaa hiks. Bangunnnn. Yeon perlukan oppa sekaranggggg" Yeon sudah teresak-esak menangis. Dicubitnya telinga Taeyong agar lelaki itu tersedar dari mimpi.

"Y...Yeon?"

Terhenti semua pergerakan apabila Taeyong bersuara lemah. Semua terus mengalihkan pandangan ke arah Taeyong yang terkerut-kerut dahinya.

"Oppa! Yeon kat sini! Bangunlah oppa!" Yeon memukul telinga Taeyong ganas sambil menyedut hingus. Bagaikan magic cinta aciehh, Taeyong membuka matanya perlahan dan menoleh ke arah mereka semua.

Hi genk maaf sebab lama tak update HAHAHAHAHA kbai sayang korang muah ❤❤❤❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro