✼┊e p i s o d e 5 ˎˊ ˗
📌 Honey Funfair
Selepas puas bermain di dalam kawasan arcade game, kesemua mereka melangkah keluar dan menjelajah funfair ini lagi.
"Sedia semua?" seorang pekerja wanita bertanya. Ketiga-tiga couple yang terduduk di dalam bumper cars itu menggangguk.
Pekerja wanita itu menekan suatu butang yang menyebabkan kereta tersebut boleh dikawal secara manual. Sebenarnya dari tadi lagi dia chill dekat kawasan entrace funfair. Tetiba datang seorang lelaki berlesung pipit, katanya nak main bumper cars tapi taktau nak tekan butang apa.
Di dalam kawasan terletaknya kereta itu pula, kelihatan Eunrim dan Namjoon, Hyein dan Chenle serta Choco dan Jaehyun sedang berperang antara satu sama lain. Masing-masing cuba melanggar kereta masing-masing dan cuba memecahkan belon yang terletak di bontot kereta mereka.
Oh ye, sebenarnya permainan ni takde pun belon tu. Hyein suruh letak, katanya lebih mencabar.
"Hiyark!" bersungguh Choco menekan pedal minyak di kakinya dan mengejar kereta Eunrim dan Namjoon. Jaehyun di sebelah pula sudah bersedia dengan sebatang jarum. Jangan tanya dia rembat dari mana.
"Laju Eun! Laju!" Namjoon menjerit cemas apabila kereta Choco semakin mendekat. Eunrim pula mencuba sedaya upaya untuk memecut dan merapatkan jarak dengan kereta Hyein dan Chenle.
"Akh sikit lagi!" Hyein yang duduk di sebelah Chenle memanjangkan tangan untuk merembat belon Choco dan Jaehyun yang berada di depannya. Chenle yang sedang memandu pula menutup sedikit peha Hyein yang terdedah.
Gila Hyein ni. Dahla pakai seluar pendek pastu panjat kereta ni pulak. Sampai tertonggeng tonggeng dia nak dapatkan belon Choco.
Dan situasi yang berlaku sekarang, Choco kejar Eunrim, Eunrim kejar Hyein, Hyein kejar Choco.
"Alomaks! Hiyark!" Choco menekan pedal minyak lebih kuat apabila ternampak Hyein yang sedang mengganas nak dapatkan belon dia kat belakang. Jarak dia dan Eunrim semakin mendekat.
Namjoon menjadi semakin cemas apabila kereta Choco mendekat. Akhirnya time time ginilah otak Namjoon beri idea.
"Eun, langgar kereta Hyein! Jangan kejar dia, cepat belok kekiri!" Eunrim yang mendengar kata pun terus belok kekiri. Kebetulan kereta Hyein yang sedang mengejar Choco ada kat situ.
Perlanggaran berlaku. Hyein yang ada kat hood kereta itu terus tergolek jatuh dari kereta apabila keretanya dilanggar dengan kuat dari tepi. Namjoon mengambil peluang untuk mengambil belon milik Hyein yang tergantung kat belakang kereta. Lepas dapat, terus dia picit and belon tu pun pecah.
Hyein and Chenle defeated!
Eunrim terus menggerakkan kereta ke belakang apabila terlihat Jaehyun mahu mencucuk belonnya. Mujur sempat mengelak. Choco dan Eunrim yang masing-masing sedang memandu memandang tajam antara satu sama lain. Begitu juga dengan Jaehyun dan Namjoon.
Persaingan terasa sangat sengit. Di antara kekuatan dan skill, yang manakah akan menjadi pemenang?
"Dah bersedia?" pekerja perempuan itu bertanya dengan sedikit tidak ikhlas. Ingatkan lepas layan bebudak tu main bumper cars, boleh sambung rehat tapi dia panggil ke sini pula. Yelah nak buat camna, dia dibayar pun sebab kena layan pelanggan.
"Dah!" jerit manusia-manusia itu. Di dalam satu cup ada dua ketul manusia. Cup pertama terduduknya Hee dan Yoongi, cup kedua diisi oleh Nayun dan Yuvin dan cup ketiga ada Daeun dan Sunwoo. Daeun dah tertidur kat situ.
Pekerja perempuan itu menekan suatu butang dan beredar dari situ sambil menguap. Tengok Daeun tidur terus jadi mengantuk. Cup-cup yang mereka duduki berpusing perlahan. Kesemua manusia yang pasang wajah ceria, kecuali Daeun dan Yuvin. Daeun tu sebab dah tertidur, Yuvin tu sebab urm, tengah layan pompuan lain kat fon. Berapa banyak betinalah dia ada ni.
"Wuuuu," Hee bersorak kecil. Mood dia tengah baik tu. Lebar senyumannya.
"YEHEET" Nayun pun tak kurang excitednya. Sampai melompat-lompat budak tu kat situ.
Cup mereka berpusing semakin laju. Nayun yang tadinya melompat tak ingat dunia terus terduduk sebab takut tercampak ke luar. Yuvin di sebelah kusyuk menaip sesuatu. Boleh pula kau menaip ye. Hee pula sudah duduk rapat dengan Yoongi. Yoongi yang asalnya putih pucat menjadi semakin pucat. Putih nak mati. Sunwoo pula dah pegang tangan Daeun sebab takut. Daeun pula dah terbangun sebab dia ingatkan gempa bumi.
Cup mereka berpusing makin laju. Uih ni dah tahap apa dah. Dahla takde seatbelt. Nayun dah menyorok kat ketiak Yuvin. Hee pun dah peluk lengan Yoongi yang duduk keras macam batu. Daeun ngan Sunwoo dah berpelukan. Sempat Daeun sumbat satu gula-gula dalam mulut dia.
Cup berpusing makin laju tahap nak bagi diorang mati.
"EH BEBI"
Kedengaran suara Yuvin mencarut. Rupa-rupanya telefon dia dah tercampak entah ke mana. Padan muka. Nayun dan Hee dah tekup mulut sebab nak termuntah dengan kepeningan tahap ni. Yoongi pula dah muntah then muntah dia terbang dengan bebas di udara. Daeun dah tercekik gula-gula yang dia makan tadi, manakala Sunwoo dah terjerit geli sebab ada muntah hinggap kat baju dia.
Keadaan menjadi lebih terkawal apabila cup tu berpusing dengan lebih perlahan dan akhirnya berhenti. Habis cacat semua rambut dan makeup memasing. Ada yang rambut dah serupa sarang burung. Ada juga buku mata palsu yang dah tersesat kat bibir. Innalillah.
Tadi punyalah cakap dah bersedia. Hampeh.
Tetiba cup tu bergerak semula. Terus mereka semua turun dari cup tu dengan kelajuan cahaya. Takut punya pasal.
"Wuuuu daebak oppa!" Yeon menepuk tangan gembira dan terus merembat teddy bear berwarna hijau yang terdapat di kaunter Balloon and Dart itu. Taeyong hanya tersengih bangga.
Tadi dia janji nak beri hadiah kat Yeon sebab nak pujuk Yeon punya pasal. Nasib baik terjumpa game ni. Disebabkan Taeyong pro main game-game sasaran macam ni, terus dia baling dart tu and tepat terkena pada satu belon yang digantung.
Mingyu dan Jinyoung yang turut memerhatikan itu terasa dicabar. Tanpa disuruh, Jinyoung mengambil satu dart dan membalingnya ke arah belon. Malang berbau apabila tersasar. Tabahlah.
Mingyu juga tak mahu kalah. Diambil satu dart dan dibaling dengan konpiden ke arah belon. Tapi tersasar jauh adalah. Hampir terkena kepala Anna. Nasib baik Anna tinggi.
Eh macam tak kena je ayat tu. Lantak ah.
"Oppa nak yang tu!" Anna bersuara tanpa dipinta sesiapa dan menunjukkan ke arah sebuah patung arnab yang kelihatan pelik sikit. Arnab tu warna pink then arnab tu ada kening. Sebelah kening dia terangkat konon nak mengorat Anna. Pastu telinga sebelah dia terlipat.
Mingyu pun terus baling dart tu banyak banyak ke arah belon. Nasib baik ada satu dart berjaya memecahkan belon daripada 18 dart yang dia baling. Anna terus merembat anak patung tu.
Jinyoung yang jealous sebab Taeyong and Mingyu berjaya pecahkan belon terus campak beberapa dart ke arah belon itu. Kesian kat dia sebab semuanya tersasar. Yeon dan Anna hanya memberi pandangan 'kesian-mamat-ni-desperate-sangat-nak-attention'.
"Urk oppa, Sya rasa tak payah kot. Sya taknak pun anak patung tu," jujur Sya berkata. Dia tak minat benda-benda tu. Terlalu girlish iyek. Nak sentuh pun tak sanggup.
"Takpe. Biar oppa dapatkan satu anak patung untuk Sya," kata Jinyoung. Terus dia melempar semua dart yang ada di situ ke arah belon. Semua tersasar lagi. Tabah lah.
Masa pun berlalu
Yeon dan Taeyong serta Anna dan Mingyu dah beredar sebab lama sangat Jinyoung baling baling benda tu, still tak kena lagi. Sya pula sudah menguap besar. Jinyoung masih tak mengalah.
Sampai tua lah engkau target belon tu ya Jinyoung.
"OH TIDAK. AJAL GUWE SEMAKIN TIBA. SARANGHAE YEOROBUN. JANGAN LUPA JENGUK TEMPAT PERKUBURAN GUWE NANTI HIKS"
"Anna. Dah diam."
"AHSKSJSJSHSJSJ BESTNYAAA"
"Hee okay? Ada terhantuk kepala kat mana mana ke tadi?"
"HIKS HIKS HIKS SROTT SROTT"
"Udah Yeon, jangan menangis"
"WEH GILA BIAWAK BUAYA MONYET GAJAH ANJIRR KHINZIR BENDA NI GILAA AJSKSJSKS– syntax error. part ini tak boleh diterjemahkan kerana dia sedang mencarut "
"Sya mulut tu jaga sikit– AAAAAHHHHHH ANJIRRRRRR syntax error kerana dia juga sedang mencarut "
"KRAK KRUK"
"Daeun... sempat lagi dia makan?"
"ahh *jeritan ayu* "
"... Lain macam je Eunrim menjerit ni... "
"YEHEET YEEHAWWW AGAGAGAGGAGA AHAKHUKHIKTUIHPUIH"
"Patut ke aku clash dengan budak Nayun ni sekarang?"
"WUH WUH WUH WUH NYETTT NYETTTT"
"Choco shhh. Telinga oppa dah berdarah."
"WAAAAA"
"Cutenya lahai Hyein menjerit. Eip eip"
Sekian dari Hani yang dah malas nak menaip HAHAHAHAHA
📌 Location : Entrace Honey Funfair
Hani menanggalkan cermin mata hitamnya. Nampaknya tak banyak manusia dalam funfair ni. Hanya ada 9 buah kereta terparkir kat sini. Hani dengan senang hati memakai semula cermin mata hitamnya dan berjalan ke arah counter di entrace Honey Funfair.
Kalau tak ramai orang, bolehlah dia bergila-gila dalam tu. Harini dia dah plan yang dia nak luangkan masa kat funfair ni sampai dia puas. Ingatkan nak ajak Baekhyun. Kalau ajak dia takdelah lonely mana. Tapi boleh pula Baekhyun tak angkat call.
Oh lupa dia mana ada fon.
Hani mengetuk meja kaunter. Pekerja perempuan yang meletakkan kepala di situ terus bangun dan memandang Hani dengan kening terkerut. Dia baru nak tidur lepas melayan karenah manusia kat dalam, lepastu kena kacau dengan malaun ni pula.
Hani mencabut cermin mata hitamnya. Niat ingin marah pekerja tu sebab tak layan dia. Tapi terbantut niatnya apabila melihat wajah cantik pekerja itu bak seorang manusia. Terpana Hani melihatnya.
Pekerja itu macam tahu tahu je Hani tengah admire beauty dia. Terus dia berposing.
"Ha kenapa datang sini?" tanya perempuan cantik itu. Hani tersedar dari lamunan. Sempat dia melirik ke arah tag name perempuan tu.
Park Jihoon
Wah, nama dia macam Bihoon. Ini yang buat Hani lapar.
"Eherm. Saya datang nak masuk," Hani bersuara. Jihoon menaikkan kening. Apa keling sangat ayat Hani ni. Tapi takpe, dia faham. "Tak boleh," kata Jihoon dan membaringkan kepala di atas meja itu. Hani yang shook dengan jawapan itu menarik rambut Jihoon.
"Kenapa pula perempuan? Aku tahu lah aku ni tak secantik kau tapi itu tak bermakna kau boleh sesuka hati larang aku masuk macam funfair ni kau yang punya!" Itu dia, Hani sudah mula mengganas. Jihoon hanya menjeling Hani. Terus pipi Hani ditampar. Lagi shook Hani jadinya.
"Eh kau siapa hah betina? Tetiba nak tampar pipi aku–"
"Kak, lek lu kak. Saya bukan sengaja tak nak bagi unnie masuk dalam tapi Manager syarikat Gucci ada tempah funfair ni untuk harini. Sebarang visitors tak dibenarkan masuk. Yang ada kat dalam tu pun peserta yang bertuah dapat join trip manager Gucci tu ha." terang Jihoon.
Hani terdiam, cuba brain ayat Jihoon. Kemudian barulah dia faham. "Oh. Eh tapi, unnie dah plan elok elok harini unnie nak have fun kat sini! Awak tak boleh halang unnie!" Walaupun Hani terasa tua kerana digelar unnie, tapi dia halalkan jua panggilan itu. Jihoon menggeleng perlahan.
"Nak buat macam mana. Bukan luck unnie harini. Dah pergi balik," katanya dan terus meletakkan kepala di atas meja.
Hani menggigit bibir. Pantang betul dia kalau ada orang yang rosakkan plan dia. Dia pandang Jihoon yang dah tidak bergerak. Dah tidur kot. Terus Hani berjalan masuk dengan selamba.
Namun sangkaan Hani meleset. Jihoon masih hidup. Tangan Hani disambar oleh Jihoon sebelum sempat dia jejakkan kaki ke dalam funfair itu. Bila dilihatnya, Jihoon tengah pandang dia dengan pandangan 'tak-reti-bahasa-ke'.
"Kau ketepi! Jangan ganggu unnie!" Hani cuba melepaskan diri. Namun kekuatannya tidak mampu mengalahkan kekuatan Jihoon. Gila kuat perempuan ni. Hani mula mempersoalkan jantina Jihoon saat itu.
"Aduh!"
Punggung Hani bercium dengan rumput yang ada di situ. Lebih teruk lagi, Hani ditolak jatuh ke atas sebuah batu. Terkerut-kerut wajah Hani apabila rasa batu tu mencucuk bontotnya. Peritnya! Hani memandang tajam Jihoon yang menayangkan wajah innocent. Kalau dia tak dapat berak dengan lancar, dia akan cari perempuan tu dulu!
Dengan geram, Hani mengeluarkan magic wand dari poketnya. Dia merenung tajam ke arah Jihoon.
"Apa? Dah jangan berani nak masuk–"
Terhenti ayat Jihoon apabila Hani mengetuk kepalanya dengan magic wand. Terus rebah Jihoon di situ. Hani tersenyum puas. Dia memakai semula cermin mata hitamnya yang terjatuh tadi dan berjalan riang masuk ke dalam funfair itu.
Hi everyone! Ehek! Hani nak beritahu yang applyfic ni mungkin akan jadi slow upaldate lepas ni. Online class is coming to kill meyh, so Hani tak banyak luangkan masa mana kat dunia oren ni. Kalau Hani luangkan masa pun, belum tentu Hani ada mood nak update. Sorry genk ahuks.
Oh ye, af ni berjaya meraih sebanyak 1.3k comments wuuuu tepuk sila 👋👋. Hani pun tanjat bila tahu HAHAHAH. And um Hani rasa korang dah boleh stop comment banyak-banyak hiks. Eh bukannya Hani suruh stop comment terus. Tapi korang comment jelah sikit mana yang korang nak. Walaupun hani agak terasa tengok korang komen sikit ahuks tapi kesian pula korang perah otak fikir nak komen apa. So yeah. Oke baiiii! Nah lobe 💗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro