Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 4 ˎˊ ˗

📌 Location : Honey Funfair

Kelihatan 9 buah kereta terparkir di tempat parkir yang disediakan di luar funfair. Ada pelbagai jenis brand kereta di situ, ada brand Mercedez, ada Toyota, Honda, Kancil, dan sebagainya. Tanak mention siapa pemandu kereta tu, takut ada yang terasa pft.

"Ha bagus, semua dah ada kat sini eh?" tanya Baekhyun dan terus menanda kehadiran mereka pada sehelai kertas. Usai siap, Baekhyun menyimpan pen di dalam poketnya. Kertas tadi dibalingnya ke udara dan terus lesap. Terkijut semua appliers.

"Oke genk, dengar sini. Korang boleh habiskan masa dalam funfair ni selama mana yang korang nak sebab funfair ni Manager Gucci dah tempah harini untuk korang. So yeah, korang semua bebas agugugu. Lepastu nanti korang kena pergi Honey Beach, ada je ha kat belakang funfair tu. Nanti dah dekat senja pergi sana untuk tengok sunset sama-sama. Alalala sweetnya," Baekhyun membaca perjalanan mereka pada hari ini.

"Lepastu, pergi kat Honey Homestay, ada je dekat-dekat dengan pantai. Korang minta bilik and tidurlah kat sana. Esok kita sambung agi," Baekhyun menghulurkan sekeping kad kredit kepada setiap peserta. "Manager Gucci kata kalau nak beli apa-apa guna kad tu." kata Baekhyun. Gila kaya aksjskssksk

"Baiklah, saya Byun Baekhyun akan tinggalkan korang untuk berdating. Bye," Baekhyun melambai tangannya namun tiada sesiapa membalas. Dia pun dengan sedih berjalan pergi, terasa abe

📌 Honey Arcade Games

Disebabkan mereka semua satu hati satu jiwa dan satu bangsa, mereka semua berjalan ke arah Honey Arcade Games yang berada tepat di sebelah entrace funfair. Diorang tak berpakat eh nak masuk sama-sama, well they share the same braincell.

Disebabkan funfair tu diorang yang punya buat hari ini, marey kita enjoy uh yeahh

Dan dengan ini, Hani akan include beberapa gambar just in case korang curious apa benda yang diorang main huga huga semalaman Hani buat research tauu

"Wuuu Lele jom main benda ni!" Hyein yang sudah teruja mengheret Chenle ke situ. "Dalam banyak-banyak arcade game, ini yang Hyein pilih?" tanya Chenle sedikit jengkel. Hyein hanya mencebik kecil.

"Biarlah! Lagipun basketball ni mencabar tau! Jom lah try!" Hyein menarik-narik tangan Chenle. "Alaa tak nak lah," tolak Chenle. Dia nak main racing ha best lagi dari lontar-lontar bola masuk jaring ni

"Aloooo Lele, jomlah main basketball. Oh, ntah ntah Lele takut kalau main dengan Hyein kan? Hoho," Hyein tersenyum sinis. "Mana ada! Oke fine, kita main ni!" Chenle yang terasa maruahnya tercalar terus bergerak ke mesin itu dan memasukkan dua token.

Ha lupa nak cakap, diorang ada rembat token atas meja counter sebelum main game ni. Senang-senang je rembat, tak payah bayar langsung skskskks token berlambak atas counter tu. Bertuahnya lahai

Game bermula. Chenle dengan penuh semangat membaling bola-bola itu mausk ke dalam jaring. Semangat sangat tu sampai ada beberapa bola yang tersasar dan tercampak jauh dari mesin tu. Hyein yang memerhati setia mengutip bola yang bergolek melarikan diri dari mesin tu.

Di belakang Chenle pula berdiri dua pasang couple, Daeun dan Sunwoo serta Nayun dan Yuvin. Daeun hanya memerhati sambil memakan popcorn yang baru Sunwoo beli. Nayun juga memerhati sambil melompat-lompat teruja. Tak sabar nak try.

Akhirnya masa 3 minit telah tamat. Chenle berjaya meraih skor sebanyak 24 mata. Dia tersenyum bangga.

"Wuuu! Hyein pulak!" Hyein memasukkan dua token dan terus membaling bola masuk ke dalam jaring. Dia juga tidak kalah bersemangat kalau dibandingkan dengan Chenle. Sedaya upaya bola dibaling dan hampir kesemua balingannya tepat masuk ke dalam jaring. Ternganga Chenle melihatnya.

Daeun juga tergamam namun tangannya tidak henti menyuap mulutnya dan mulut Sunwoo dengan popcorn. Nayun pula sudah melompat-lompat teruja. Yuvin pula hanya berdiam diri melihat ke arah fonnya. Dia tak ambik cara pun dengan apa yang berlaku. Tengah busy chat dengan perempuan lain tu.

Masa yang diberi pun tamat. Hyein berjaya meraih sebanyak 84 mata. Hyein tersenyum kambing ke arah Chenle yang sudah terpaku. "Hoho," Hyein bersuara bangga.

Nayun yang teruja terus menarik lengan baju Yuvin perlahan. "Oppa oppa oppa oppa oppa oppa oppa jom main benda tu! Kita bekerjasama kalahkan score yang perempuan tadi dapat!" kata Nayun bersemangat. Yuvin hanya menayang riak 'malas-aku' tapi dia sudah ditarik Nayun yang sudah berdiri di hadapan mesin itu.

Nayun memasukkan dua token dan permainan terus bermula. "HIYARKKKKKK" Dengan penuh semangat Nayun membaling bola itu sambil menjerit kuat. Yuvin di sebelah pula hanya membaling bola itu malas. Sempat dia menguap kecil. Berbeza sungguh dengan Nayun di sebelahnya.

Masa pun tamat. Nayun dengan bangga melihat ke arah skor mereka. "Wuuu kita dapat 17 mata! Daebak oppa!" Nayun bersorak teruja. Yuvin menggelengkan kepala. "Dasar mangkuk ayun. 17 mata pun nak happy bagai," Yuvin bersuara.

Diorang dapat 17 mata pun sebab Nayun banyak skor. Yuvin baling bola tadi pun takde satu yang masuk jaring. Pft. Nayun yang mendengar ayat Yuvin mencebik kecil. "Oppa sedih ke sebab kita tak dapat kalahkan high score? Alo oppa, janganlah sedih sedih. Hidup ini kena positive! Hiyark!" Nayun mengusap rambut Yuvin setelah memberi kata-kata semangat itu namun Yuvin dengan pantas menepis. Nayun tergelak kecil.

"Oppa, kegagalan itu merupakan jalan kecemerlangan tau! Kita takkan tahu apa hasil yang kita dapat kalau kita tak try tadi hekhek. Janganlah sedih-sedih, nanti kita try lagi eo? Konfiden itu penting!"

Di belakang mereka pula kelihatan Daeun dan Sunwoo yang hanya memerhati dari tadi sambil makan popcorn. Kebetulan pula popcorn mereka habis ketika itu. Daeun yang mendengar kata-kata Nayun itu bagai disuntik dengan semangat untuk menang. Terus bekas popcorn yang kosong dicampaknya ke dalam tong sampah.

"Sunwoo, bak dua token. Marey kita cipta high score baru!" kata Daeun dengan penuh bersemangat. Sunwoo yang mulanya rasa pelik dengan Daeun yang tiba-tiba bersemangat kini memasukkan dua token. Entah kenapa Sunwoo pun tetiba rasa bersemangat. Agaknya dia dah berjangkit dengan virus semangat kot.

"Ayuh Daeun, ayuh!" Sunwoo bersuara. Mereka berdua saling berpandangan dan menganggukkan kepala mereka. Kemudian mereka kembali memandang ke hadapan. Wah terasa seperti mereka berada di dalam perang pula.

Permainan bermula. Berbekalkan semangat yang ada, mereka berdua membaling bola-bola itu masuk ke dalam jaring secara membuta tuli. Banyak bola yang tersasar daripada yang masuk. Tapi takpe, semangat itu penting!

Kalau dilihat, berkerut-kerut dahi Daeun cuba menyasarkan bola ke dalam jaring. Kalau tersasar, muka Daeun akan berubah frust macam muka beruk tak dapat berak. Kalau masuk pula, muka Daeun akan berubah bak muka princess yang happy apabila prince charming nya datang menjenguk wekk. Dengan ini terbuktilah bahawa Daeun ialah facial expression king. Siapa yang berani nak membantah, Hani cabar dia buat muka beruk tak dapat berak.

Akhirnya masa tamat. Mereka berdua menghela nafas penat. Sunwoo mengelap peluh yang tidak wujud di dahi. Mereka berdua tersenyum bangga melihat skor mereka.

45

Walaupun tak seberapa, tapi biarlah mereka nak bangga. At least diorang bersyukur tau. Hoho.

"Oppppaaaaaa jom try ni! Anna dah lama nak main benda ni uh yeahh," Anna mematah-matahkan jarinya sehingga berbunyi. Mingyu yang sedang sibuk membaca artikel Berita Harian itu terganggu dek bunyi itu.

"Oppaaa"

"Oppaaaa dengar tak"

"Yuhuuuu Mingyu anak Kimmm"

"OPPA!"

"Ish, bisinglah. Main lah kalau nak main," akhirnya Mingyu bersuara. Anna mencebik.

"Eyy menyampah menyampah menyampah menyampah," Anna menyinsing lengan baju. Ditenungnya punch bag (lantaklah nama dia apa HAHAHA) dengan tajam. Uih nak tertembus benda tu jadinya.

"Huga huga," Anna mengepal penumbuk. Dipandangnya punch bag itu dengan geram. Anna membayangkan wajah Mingyu di situ. Dia mengetap gigi geram dan terus menumbuk punch bag itu.

"HIYARK- ADUH SAKIT!"

Anna mengaduh sakit. Penumbuknya dipegang dan ditiup rakus sehingga terpercik air liurnya pft. Anna memandang mesin itu tajam. Boleh pula dia tersasar hingga tertumbuk bahagian mesin yang keras.

"Akh Gyu oppa sakit ahhhh siyes sakit," Anna meraung sakit. Dia menitiskan air mata di situ. Mingyu hanya memandang Anna yang terbaring di atas lantai itu sekilas. Tahu sangat dia yang girlfriend dia tu drama queen. Semut gigit pun dia dah berlakon nak mati.

Hee dan Yoongi yang dari tadi hanya memerhati tergelak kecil ke arah Anna. Kesian, dahlah tumbukan tersasar. Boyfriend tak layan pulak tu. Sadis sungguh hidup.

"Hee nak try!" kata Hee bersemangat. Dia memasukkan dua token ke dalam mesin itu dan menggenggam penumbuk. Kepalanya digerak ke kanan dan kekiri. Yoongi hanya berdiri di belakang Hee. Takut juga dia berdiri di sebelah Hee. Kalau Hee tersasar tak memasal dia pula yang jadi mangsa.

Hee bergerak ke belakang sedikit dan menumbuk punch bag itu. Skor di mesin itu bergerak-gerak dan akhirnya berhenti di angka 736. Markah yang agak tinggi bagi seorang perempuan.

"Wuuuu," Hee sudah tersengih bangga. Yoongi pula menunjukkan thumbs up kepada Hee. "Oppa, try lah. Muehehe," Hee menarik tangan Yoongi ke mesin itu. Yoongi hanya mengikut kehendak Hee kerana malas membantah. Dia bergerak ke belakang sedikit dan menumbuk punch bag itu sekuat mungkin.

Skor Yoongi terpampang di mesin itu. 730. Hee tersengih mengejek.

"Ehem. Oppa sengaja je buat-buat lembik supaya markah Hee lagi tinggi," kata Yoongi dan terus mencapai air kotaknya lalu menyedutnya. "Oh jinjja? Ke oppa memang lembik HEHEHE," Hee tak habis-habis tersengih. Yoongi sedaya upaya mengawal ekspresi mukanya agar kelihatan cold. Malu lah tu.

Sementara Hee menyakat Yoongi dan Anna terbaring meminta bantuan di atas lantai, datanglah Eunrim dan Namjoon. "Wuu, jom try yang ni," Namjoon menunjuk ke arah mesin itu dengan teruja. Tanpa berlengah, Namjoon menyinsing lengan bajunya. Otot lengannya diurut sedikit sebelum dia melepaskan tumbukan di punch bag itu.

Namjoon berjaya meraih sebanyak 812 mata. Eunrim di sebelah hanya menepuk tangan dengan ayu. "Eun nak try!" kata Eunrim teruja. Dia melangkah beberapa tapak ke belakang dari mesin itu, dan terus berlari laju ke hadapan.

Sampai di depan mesin itu, entahlah dia sengaja atau tidak, tapi langkahnya diberhentikan dan Eunrim menumbuk punch bag itu dengan agak tidak bertenaga. Namjoon hanya bertepuk tangan melihat boyfriendnya itu. Hee dan Yoongi pula sudah memandang Eunrim dengan pandangan judging.

"WOAH! 998 MATA!"

Membulat terus mata ketiga-tiga couple yang berada di situ. Anna yang kononnya dah nazak sebab tersasar tumbukan tadi terus berdiri untuk melihat skor itu. Begitu juga dengan Hee dan Yoongi yang memperendahkan kebolehan Eunrim tadi.

"Daebak lah yeojachingu oppa ni," Namjoon tersenyum bangga dan mengusap kepala Eunrim. Eunrim sudah tersengih bak kerang wangi. "Heol..." Tiga orang manusia tadi pula sudah termencarut melihat skor Eunrim. Highest score duh. Betul ke Eunrim ni manusia...

"Belok kanan! Elok-elok nanti terlanggar kereta tu! Fuh dia pintasss! Laju lagiii!"

Arahan Jaehyun bagaikan air liur yang terpercik saat kita bercakap. Hilang dibawa angin. Choco yang sedang kusyuk bermain car arcade game itu langsung tidak memperdulikan Jaehyun. Bukannya sengaja nak palau, tapi bila dah fokus main game ni, rasa macam pekak sementara.

Di sebelah kanan kerusi yang Choco duduki, kelihatan Yeon turut beracing bersama Taeyong di belakangnya. Tapi Taeyong bukan nak bagi sokongan mahupun nasihat seperti Jaehyun, dia sedang seronok mengacau Yeon. Sengaja nak bagi Yeon kalah.

Di sebelah kiri Choco pula kelihatan Sya sedang duduk terkangkang dengan mulut yang tak habis-habis mencarut sebab dia berada di last place. Jinyoung kekasihnya takde kat situ, dia terima panggilan dari pihak atasan and pergi jawab panggilan tu sekejap. Kalau Jinyoung ada, jangan harap Sya nak terkangkang and mencarut kat situ. Depan Jinyoung dia kena jadi perempuan indon terakhir.

Mereka bertiga sedang berperang secara maya. Racing car. Oh yeah.

Choco kelihatan tenang bermain. Well takde lah tenang mana. Still rasa ketegangannya tu. Tapi di antara tiga ketul perempuan tu, Choco merupakan yang paling wat lek wat pis. Dia dah ace kot bab bab game ni. Sekarang ni dia berada di tempat pertama. Syabas.

Yeon pula kelihatan tidak selesa. Mana taknya Taeyong tak habis-habis duk kacau dia. Tadi Taeyong suruh dia belok kanan and Yeon ikut cakap dia, lepastu terus kena langgar dengan lori. Hampir menangis Yeon kat situ. Nasib baik nyawa kereta dia tinggal 2. Kejar punya kejar Yeon berjaya berada di tempat kedua. Masih jauh jaraknya di antara dia dengan Choco.

Sya pula tak habis-habis mengetuk stereng kereta dan mencarut. Setiap kali kereta dia belok kanan or kiri, mesti kena langgar dengan lori atau kereta. Sekarang nyawa kereta dia dah tinggal 1. Pft, tabahlah. Tulah lenkali bagi signal. Haih takleh bayang kalau dia pandu kereta sebenar.

Dah jangan tanya macam mana kereta diorang ada nyawa. Game ni lain sikit.

"Go Choco! Go Choco! Sikit lagi!" Jaehyun bertempik kuat di telinga Choco. Choco terus menekan kuat pedal minyak di kakinya. Meluncur laju keretanya ke arah garisan penamat.

"Yeon ada nyamuk!" Taeyong menjerit dan terus menepuk bahu Yeon tanpa sebarang amaran. Yeon mendengus kecil apabila dia terlanggar kereta Sya yang berada di sebelah keretanya. Nasib baik Sya sempat mengelak. Sekarang dia berada di tempat ketiga. Taeyong hanya tergelak suka.

Sya pula susah mengepit kakinya. Mulutnya sudah bebas dari sebarang carutan apabila Jinyoung datang kemari. Amboi kau. Pedal minyak ditekan ganas oleh Sya. Sekarang ni dia dengan Yeon sedang bertarung untuk mendapatkan tempat kedua.

"OH YEAHHH! GUWE FIRSTTT!!!" Choco berteriak gembira apabila dia berjaya melepasi garisan penamat. Nak bergegar satu funfair tu jadinya. Jaehyun turut tersenyum bangga, menumpang kebahagiaan Choco.

"Ugh!" Sya menekan pedal minyak dengan lebih ganas dan kasar apabila kereta Yeon hampir melintasinya. Matanya penuh dengan api semangat. Nak rosak pedal minyak tu dikerjakan Sya.

Yeon juga tidak berputus asa. Dipijak-pijak pedal minyak itu namun tidaklah separah Sya pijak. Fuh. Mereka berdua semakin tiba dengan garisan penamat. Dan di saat Yeon ingin memintas Sya...

"Yeon! Lipas!"

Menjerit Yeon jadinya. Terus dia berlari meninggalkan seatnya dan berkepit di sebelah Taeyong. Taeyong hanya tergelak suka apabila berjaya mengacau Yeon. Seketika kemudian jeritan kegembiraan Sya kedengaran.

"Oh yeah! Second place!" jerit Sya penuh teruja. Yeon mengetap giginya sambil memandang ke arah Taeyong. "Ishhh oppa tipu!" kata Yeon sebak. Berair matanya.

Ayok apa yang kau dah buat Taeyong

Taeyong yang perasan mata Yeon berair segera memeluk Yeon erat. Lupa pula dia ada girlfriend crybaby. Aduh. "Mian Yeon! Alaa oppa saja je kacau Yeon sksksksksksj janganlah nanges eo?"

Yeon bukannya berhenti menangis mendengar ayat Taeyong, makin menangis adalah. Taeyong menggaru kepalanya yang gatal. "Alololo Jiyeon sayangg. Lek lek ah. Macam tak biasa kena kacau dengan oppa huks," Taeyong menepuk belakang Yeon perlahan.

"Tapi Yeon dah kalah! Kalau tak sebab oppa, Yeon dah dapat second place tadi! Memalukan kaum hawa je!" Yeon menjerit geram sambil mencalit hingusnya pada dada Taeyong secara senyap. Geramm.

Taeyong hanya diam mengusap kepala Yeon. Nak membalas nanti kang takut makin kuat budak ni menangis. Jadi kita biarkan Hwang Jiyeon berhenti menangis dalam dakapan Taeyong. Cia cia sila jeles.

Haluu guys agagagaga. Mohon bertabah sebab Hani rasa Hani akan cerita tentang korang kat funfair ni selama beberapa bab HAHAHAHA. Hani nak bagi korang hepi hepi dulu dengan boyfriend memasing sebelum sumpah korang jadi Thumbelina *asah magic wand*. Muehehe

Btw sorry bosan and baii HAHAHA. Jangan lupa ikut semua rules tu uhuk Hani dah dapat satu mangsa sepakan bontot Hani *senyum sinis*. Jangan ingat Hani tak perhatikan korang eh. Hani tunggu masa je ni nak jadikan dia lauk dinner HAHAHAHA habislah kamo

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro