Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 3 ˎˊ ˗

📌 Location : Tepi Jalan Tunku Abdul Hani

Di tepi jalan Tunku Abdul Hani, kelihatan sebuah khemah dipasang. Sepanduk besar yang diletak di situ ditulis dengan beberapa bait perkataan.

'Taken meh try, single lari jauh-jauh'

Kelihatan banyak couple yang beratur untuk mendapatkan nombor masing-masing. Siapa tahu ini apa?

Hek, cabutan bertuah!

Sempena hari jadi dia, Manager Kedai Gucci Gucci telah menganjurkan sebuah cabutan bertuah di hari yang panas ini. Pasangan yang bertuah akan berhoneymoon ke beberapa tempat dengan free.

Di dalam line yang panjang tersebut, dapat kita cam beberapa muka yang kita kenal. Anna dan Mingyu, Hee dan Yoongi, Sya dan Jinyoung, Yeon dan Taeyong, Daeun dan Sunwoo, Eunrim dan Namjoon, Nayun dan Yuvin, Choco dan Jaehyun, serta Hyein dan Chenle semuanya beratur di dalam line tersebut. Gila ramai appliers Hani fuh. Mereka pun nak cuba nasib jugak.

Akhirnya setelah dua jam mereka bertungkus lumus mendapatkan nombor masing-masing, mereka berjaya. Semua appliers membuat hal masing-masing. Ada yang asyik mengadu panas lah sakit kaki lah, ada yang asyik bermanja dengan pakwe, ngade ye mereka.

"Test test. Oh yeah, sekarang, mari kita umumkan nombor-nombor bertuah yang akan kami pilih untuk bercuti ke... Dum dum dum dum," Seorang lelaki yang memegang mic bersuara lantang dan ceria. Kertas di tangannya dipandang dengan teruja.

"Cepatlah announce tu! Panaih woi panaih!" Satu suara menjerit.

"Hareudang hareudang hareudang, panas panas panas..." Satu suara menyampuk pula eh eh.

"Baiklah. Uhurm. Kami telah memilih 9 nombor bertuah kerana Manager Gucci kata 9 tu nombor malang dia ahak. Kita lihat siapa yang malang sangat dapat nombor ni. Nombor-nombor yang terpilih ialahhhhhhh..." Serentak bunyi gendang dimainkan.

Dumdumdumdumdumdumdum

"Nombor 19, 29, 39, 49, 59, 69, 79, 89, dan 99! Hohoho"

Sejurus nombor-nombor itu diumumkan, kelihatan ramai juga couple yang bengang sebab nombor diorang tak terpilih. Dah penat-penat beratur tengah panas tapi cis. Pilih nombor yang ada 9 je. Apakah.

"Menyesal aku beratur,"

"Dah ah. Jom boikot Gucci lepas ni,"

"Boikot ah boikot. Ada nampak muka aku ni cam kesah ke?" Lelaki itu menayangkan wajah cemberut. "Baiklah, siapa yang bengang tu boleh blah. Kepada siapa yang dapat nombor-nombor tadi, boleh tampil ke depan."

Dengan itu sembilan kapel telah tampil ke hadapan dengan bangga. Terkembang kempis hidung diorang menaiki stage yang yang berapa nampak macam stage tu. Kesembilan couple itu ialah...

NaMin, YoonHee, JinSya, TaeYeon, EunWoo, NamRim, YunVin, JaeCo, HyeLe. Malas Hani nak type nama sorang sorang ngih

Lelaki yang menjadi MC tadi memperkenalkan dirinya. "Apa khabar semua? Nama saya Byun Baekhyun agugugugu tapi saya tak byun eh. Panggil Baekhyun je and siapa panggil Byun akan kena cincang. Saya ditugaskan untuk guide korang semua japgi. Ha nah baca ni," Baekhyun memberi mereka sekeping kertas seorang.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Trip by Gucci Manager on 7 June 2020

Destination:

Honey Funfair
Honey Beach
Honey Homestay
Honey Cinema
Honey Restaurant

Days of Trip: 2 days and 1 night

Any expenditure used will be fully paid by Gucci Manager since he is a generous man.

Transportations are not prepared. Use your own.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

Terpampang riak teruja di muka semua peserta yang mendapat nombor malang itu. "Ada masalah? Kalau takde bagus, sekarang pergi isi–" Terhenti omongan Baekhyun apabila seorang peserta mengangkat tangan.

"Kenapa mesti 7 Jun? Aku kena broadcast berita harian hari tu. Eh tak, setiap hari aku kena baca berita," Mingyu berkata-kata. Anna di sebelahnya sudah mencebik. Well Anna free je, since takde manager pantau boleh lah dia ponteng ohok.

"Eh saya pun ada klien yang nak kena photoshoot hari tu," sambung Hee pula. Terus semua orang memeriksa jadual masing-masing.

"Saya ada shooting drama While You Were Dancing," kata Sya.

"Hurm aku ada latihan archery," kata Taeyong pula.

"Kitorang ada class Addmath. Teringin nak ponteng tapi tulah professor boleh tahan garunk," kata Sunwoo. Daeun di sebelahnya menggangguk sambil menyumbat potato chips ke dalam mulut.

"Saya kena pantau pekerja," kata Eunrim. Anna hanya memandang Eunrim uhurm dah jatuh cinta ke.

"Aku kena layan betina– eh silap, kena layan CEO yang nak bekerjasama buat projek," kata Yuvin. Fuh hampir tersasul. Nasib baik orang kat situ pekak pekak belaka.

"Aku ada flight ke Malaysia. Takleh cancel," kata Jaehyun pula.

"Um saya pun kena train beberapa swimmer dari luar negara," kata Hyein.

Baekhyun hanya memandang ke arah mereka semua dengan sebelah mata. "Jangan risau. Sekarang korang dah boleh pergi," kata Byun dan memetik jari. Serentak bunyi notification telefon semua orang berbunyi.

Mereka semua memeriksa fon masing-masing. Semuanya dapat mesej daripada Manager / Professor masing-masing yang mengatakan diorang boleh cuti selama 3 hari bermula 7 Jun. Semua memandang Baekhyun dengan riak yang sukar ditafsirkan.

"Ha dah takde hal kan? Isi nombor fon memasing and blah sana," Baekhyun mengipas mukanya dengan kipas mak nyah. Fuh, dia ni pun sama spesies dengan Hani ke apa.

📌 Location : Jalan Tun Abdul Hani

Hani yang sedang berjalan-jalan di jalan Tun Abdul Hani itu terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang familiar. Matanya dikecilkan. Selepas diteliti dengan lebih lanjut, eh rupanya itu adalah kawannya, Byun Baekhyun!

"BAEKHYUN!" Hani menjerit dengan suara garau dan terus berlari ke arahnya. Baekhyun yang sedang sibuk mengipas diri terhenti apabila satu suara garau menjerit namanya. Terteleng-teneng kepalanya memusing untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

"Oi," Hani memukul bahu Baekhyun kuat sejurus tiba di hadapannya. Baekhyun memandang Hani dengan wajah penuh tanda tanya. Tetiba datang pukul bahu orang.

"Kau siapa?" tanya Baekhyun sambil mengusap bahu. Hani tergelak besar menampakkan giginya yang terselit cili. "Ni Hani lah! Takkan tak ingat? Seratus tahun yang lepas kita ada jumpa dekat Karnival Jom Heboh!" Teruja Hani memberitahu.

Baekhyun diam memproses ayat Hani. Setengah jam kemudian barulah dia menjadi teruja dan menepuk bahu Hani kuat. "Oh oh! Hani ke! Lama nauu kita tak jumpa!" Baekhyun bersuara kuat. Terkekeh mereka berdua di situ, entah sebab gelakkan apa.

"Kenapa kau ada kat sini?" tanya Baekhyun. Kipas di tangan dihayunkan ke arah Hani apabila terlihat Hani mengelap peluh di dahi yieks. Gentle betul Byun ni.

"Saja. Jalan-jalan cari jantan hurm." Hani mengesat air mata. Tetiba jadi emo skksksks

"Oh gicheww. Alo lek ah hang ni pun. Single is cool you know? Kita patut berbangga yang kita single!" Baekhyun bersuara bangga. Hani menarik hingus. "At least kau tak kena sumpahan single macam aku. Sedih tau huks," Hani mengesat hingus dan menepuk bahu Baekhyun. Sedih sangat tu sampai hingus pun nak kena calit kat Baekhyun.

Baekhyun hanya menatap Hani sayu. Kesian juga dekat Hani. Dah lebih 1000 tahun dia terseksa tengok jantan hensem dan hots. Bila tackle terus kena reject. Apolah nasib.

"Uh by the way siapa diorang tu?" tanya Hani, mulutnya dimuncungkan ke arah segerombolan manusia yang tengah tulis something atas kertas.

"Oh, diorang peserta malang. Manager Gucci adakan trip couple and dorang terpilih," terang Baekhyun ringkas. Air boba yang berada di tangan Hani disedut.

"Loh, dah couple ke..." kata Hani perlahan. Diperhatinya satu persatu wajah lelaki yang berada di situ agagagaga.

"Hooh. Diorang tengah isi maklumat tu," Baekhyun mengipas diri. Peluh mengalir di dahinya. Uih hot nya. "Tapi time nak isi borang tu, kerusi tetiba menghilang. Terpaksalah dorang isi tertonggeng macam tu hoho," Baekhyun tergelak puas melihat para peserta malang itu isi form yang berada di atas meja secara berdiri. Meja tu lebih rendah dari dorang so nak tak nak kenalah tonggeng sikit cis.

Jelas kelihatan riak annoying and geram di muka semua peserta. Mana taknya, maklumat yang disuruh isi punyalah banyak. Ingatkan setakat minta nombor fon dorang je. Rupanya sampai ke nombor telefon mak saudara, nenek, atuk, kawan-kawan, sepupu sepapat, and classmate highschool dia minta.

"Hoho. Tapi enn lelaki tu handsome lah," kata Hani sambil tersengih. Baekhyun melihat ke arah peserta lelaki. "Yang mana?" tanya Baekhyun. "Yang tinggi tu. Fuh," Hani menunding jari ke arah Mingyu dan tersenyum gatal. Baekhyun pun dah tersenyum gatal. "Hooh do. Yang tu pula putih gila namatey," Baekhyun menunding jari ke arah Yoongi pula.

Hani tersengih kecil. "Hooh. Macam hantu aksjsksksksks. Yang tu hensem gak weh," Hani menunding jari ke arah Yuvin. Baekhyun menggangguk. "Yang tu mata dia kecil je agugugu macam orang cina," Baekhyun menunding jari ke arah Chenle.

"Yang tu seksi weh ahsjskkskskks," Hani dengan teruja menunding jari ke arah Jaehyun. "Yang tu pun weh lesung pipit dia aksjsjsjsjsjsj," Baekhyun juga sudah menunjuk-nujuk ke arah Namjoon. Mereka berdua berfangirling di situ.

"Yang tu hot jugak auchhh," Hani menunding jari ke arah Taeyong manakala Baekhyun sudah menunding jari ke arah Sunwoo. "Yang tu comel wooo" Baekhyun menayangkan wajah yang serupa dengan emoji whatsapp yang mata dia berkilat tu. Konon tergugat dengan kecomelan Sunwoo.

"Yang tu kepala kecik!" Serentak mereka berdua berkata dan menunding jari ke arah Jinyoung. Terus mereka berpandangan dan tergelak sama-sama.

"Tapi tulah semua dah taken hiks. Kalau tak boleh aku try," Hani mengesat air mata di pipi. Melihatkan lelaki yang handsome dan hot ini mengingatkan dia kepada arwah Seokjin.

Suatu masa dahulu, Seokjin merupakan seorang maharaja yang terkenal kerana ketampanannya. Tak sangka pula Seokjin boleh tersangkut dengan gadis ahli sihir yang mentah macam Hani ni. Dulu, rupa Hani dengan Mimi Peri takde beza langsung.

"Tapi kan macam tak percaya je diorang couple dengan perempuan tu semua... Uhuks," Hani memandang kesemua peserta perempuan dengan sebelah mata. "Diorang cantek ke? Bagitau guwe, Baekhyun! Aku tak boleh nak tengok kecantikan dorang sebab mata aku ni mata perempuan," Hani menepuk bahu Baekhyun. Baekhyun mengecilkan mata memandang wajah mereka.

"Biasa je aku tengok," jujur Baekhyun berkata. Hani tersengih. "Aku lagi cantik kan? Lagi layak dengan laki encem tu kan?" Sejurus itu, Baekhyun mengalihkan pandangan ke wajah Hani. Hani tersenyum manis.

"Kau pun biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan dengan dorang, dorang lagi cantik"

Kejujuran Baekhyun tidak dapat diterima oleh Hani menyebabkan kepalanya ditolak kasar oleh Hani. Hani menyedut air bobanya dan menyemburkannya kasar ke muka Baekhyun.

Fuh, marah sangat tu.

"Aduh, ada boba masuk hidung aku," Baekhyun mengorek hidung untuk mengeluarkan boba itu. "Anyway, ada cili kat gigi kau."

"Lah ye ke. Patut pun ada sorang laki pandang aku lain macam bila aku senyum kat dia," dengan kelajuan maximum, Hani mengeluarkan cili di giginya. Orang sekeliling sudah memandang jijik ke arah Hani. Tak beradab betul budak ni.

"Aku gurau je tadi. Muka kau tak cantik tapi comel gitew hokhok," Baekhyun berkata sedikit tidak ikhlas. Boba yang berjaya dikeluarkan dari hidungnya itu dimakan.

"Kan. Aku comel kan. Aku rasa macam nak rampas je semua lelaki hots tu," Hani mengeluarkan magic wand nya dan tersenyum sinis.

"Uit, lek lek. Kau tahu kan yang nombor 9 ni nombor malang Manager Gucci. Diorang pula terpilih untuk join trip ni. Kau tunggu jelah masa," kata Baekhyun tenang. "Tunggu masa untuk apo?" tanya Hani blur. Dia dah beria nak rampas laki orang ni.

"Aku yakin diorang semua clash lepas habis trip ni. Semua couple yang pernah join trip Manager Gucci akan clash lepas habis trip. Manager Gucci sengaja nak buat trip ni lagi sebab nak tengok orang clash," kata Baekhyun selamba sambil menghirup air mineral. Hani mengangguk faham dan kemudiannya tersenyum puas.

Adakah ramalan Byun Baekhyun tepat? Agugugu, kalau tepat, maknanya kita perlu serang Manager Gucci dan bukannya Haniiiiiiii.

Sorry bosan AHAHAHHAHA btw Hani nak tanya, ada ke yang terasa kalau Hani tak reply komen korang? Saja tanya, manalah tahu ada ke HEGEGEGE sebab Hani pun malas nak balas komen sorang-sorang. Tapi Hani baca je komen korang HAHAHAHA lawak duh, guwe tidak berhenti tersengih fuh rahang rasa nak tercabut dah sebab komen korang lawak sangat skskskssjsksks

Jumpa lagi nanti genk! Semoga sekolah tak buka lagi hiks.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro