✼┊e p i s o d e 3 8 ˎˊ˗
📌 Location: Restoran Terkangkang
Mereka semua menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut dengan posisi mempertahankan diri masing-masing.
"Mana? Mana makhluk tu?!"
"Sebelum dia bunuh Choco, Choco nak bunuh dia dulu!"
"Keluarlah wahai makhluk durjana!"
"Yaishhshshrdjjfmfkdkkd!"
"Hiyark! Hiyark!"
"Arghhhhh!"
Bising terus suasana apabila mereka semua menjerit bagai nak terkeluar anak tekak masing-masing sejurus masuk ke dalam. Kanan kiri dipandang. Eh, kosong je bilik.
"Apa ni?" soal Anna. Main sorok-sorok pula. Fikir diorang nak cari? Heh.
"K–Korang," Alhamdulillah, di antara mereka berdua belas, ada juga yang mempunyai pandangan mata yang tajam dan berjaya menempatkan di mana orang yang mereka cari. Mereka semua menoleh ke arah Sunwoo yang sedang terketar-ketar menunjukkan ke suatu arah. Terteleng kepala semua ke arah itu.
"ASTAGHFIRULLAH!"
"AAAAAAAAAA!"
"WARGHHH!"
"ASTAGA!"
"TETTTTTTT!"
"EOMMMAAAA!"
Sekali lagi mereka semua menjerit terkejut melihat seekor cicak. Tak, tak tipu. Memang diorang nampak seekor cicak yang melekat kat siling tu. Memanglah biasa je. Yang jadi tak biasa tu apabila cicak tu berkepala Hani si Nini Peri!
Tahniah kepada siapa yang teka betul. Ha nah 💋❤
"Haluu rakan-rakan," Hani bersuara dengan suara garaunya. Eh, sama macam suara garau tadi! Dia menayang satu sengihan ngeri ke arah mereka semua. Meremang bulu roma semua yang melihat.
"Hani? Kamu kah itu?" soal Anna penuh dramatik. Daeun di sebelah sudah memegang kuat botol airnya. Kalau Hani mengganas, dia akan terus ruqyahkan Hani. Hani tersengih hingga ke telinga. Ni pun tak tipu, memang bibir dia tersenyum sampai ke telinga.
"Eung! Hani ada surprise untuk korang!"
"Surprise apa anakku?" soal Eunrim. Hani yang berbadan cicak pun dah merupakan suatu surprise untuk diorang, ni ada lagi surprise? Entah macam manalah diorang terkejut nanti.
Hani tersengih kecil. Magic wandnya dicapai dengan tangan cicaknya itu dan dihayun. Satu kepulan asap berwarna pink muncul. Terbatuk-batuk semua yang berada di situ. Sedar-sedar sahaja Hani si cicak sudah tidak melekat lagi di siling.
"Mana Hani?" soal Yeon sambil terbatuk kecil. Matanya dikecilkan sambil memandang sekeliling. Choco yang terlihat Hani langsung sahaja memukul bahu Yeon di sebelahnya.
"Weh, tu Hani!"
Mereka semua terpaling ke belakang apabila Choco menunding jarinya ke situ. Sekali lagi mereka semua mengucap melihat Hani yang sudah tampil dengan gagah dan megah di atas meja. Runtuh meja tu karang. Hani mengembangkan hidungnya bangga sambil mengekalkan gaya Awang Kenit itu.
"Surprise! Tengok perut Hani. Dah 5 bulan tau!"
Ternyata itulah surprise sebenar Hani. Mereka semua menundukkan kepala memandang perut Hani. Jelaslah kelihatan perut Hani sudah membulat dan memboyot namun masih comel. Hani kan sentiasa comel.
"Hani mengandung?!" soal Daeun dengan perasaan bercampur. Ada perasaan hepi sebab yeay diorang nak dapat anak buah! Ada perasaan nak tergelak juga dia melihat perut Hani. Maklumlah, first time nampak orang mengandung real life. Noob betul Daeun.
"Weh, siapa ayah dia?" soal Hee terkejut. Mendengarkan soalan itu, kesemua manusia di situ turut gelabah.
Weh mana tak gelabahnya. Haritu kan Hyeongjun dah hm tanak cakap. Siap menangis meraung lagi! Majlis perkahwinan Hani pun terpaksa dibatalkan dengan begitu sahaja. Oh sadisnya hidup ini.
Ha tiber Hani muncul cakap dia dah mengandung. Tak ke pelik? Oh adakah Hani curang dengan arwah Hyeongjun? Hani dah berkenan dengan jantan lain pula?!
"Yah! Bukanlah!" Hani laju menafikan tanggapan mereka. Maklumlah dia boleh baca semua fikiran diorang. Lepastu apa yang tentera hanyalah tanggapan buruk terhadapnya. Cis, Hani bukannya teruk sangat nak curang dengan Hyeongjun! Walaupun... Hyeongjun dah takde :(
"Habistu?" soal mereka serentak amboi serentak eh, sejak bila korang in sync pula ni? Hani tersenyum lalu berdehem kecil.
"Perkenalkan, suami baharu Hani. Keluarlah sayang rawr!"
Cis, tadi bukan main defend diri dia 😪
"Hai!"
Terhinjut bahu semua apabila mendengar satu suara garau dari belakang. Fuh garau, dari suara pun boleh tahu yang dia seksi. Bagaikan slow motion, mereka semua menoleh ke belakang, ingin melihat gerangan suami baharu Hani. Dah macan iklan Pantene pula bila rambut diorang mula berterbangan. Hm jap lain macam je ayat dia.
Hamek kau, bukan main dahsyat lagi suami baharu Hani. Kalah semua jantan kat situ. Hek, tengok hidung lah!
"Gila!" ujar Choco terkejut. Hampir sahaja dia terdorong ke belakang. Sehun cepat-cepat menangkap Choco agar gadis itu tidak terjatuh. Riak jengkel ditayang.
"Oh my," Eunrim juga sudah terpana melihat suami baharu Hani. Namjoon langsung sahaja menoleh melihat Eunrim. Apa Eunrim? Apa dia?!
Yeon sendiri pun sudah terkelip-kelip melihat suami baharu Hani. Taeyong cuak menjeling Yeon beberapa kali. Haish, takut juga Yeon berubah hati tiba-tiba!
"Wow," Hee juga sudah tidak dapat menahan diri dari memuji ciptaan Tuhan itu. Terus sahaja Hee menekup mulutnya apabila menyedari hal itu. Jimin di sebelah diliriknya takut-takut. Nasib juga Jimin tak dengar. Kalau tak merajuk lagi macam haritu heh.
"Omo," Anna pula sudah berdarah hidung di situ. Tak tipu eh, hidung dia berdarah sungguh! Cepat-cepat Jungkook merembat tisu di atas meja dan menghulurkannya kepada Anna. Rasa cemburu cuba ditahan. Boleh pula hidung Anna berdarah time suami baharu Hani ni muncul!
"Wah," Hani menayang wajah kambing melihat semua reaksi mereka terhadap suami baharunya. Ini menunjukkan bahawa mereka semua pun kaki jantan macam dia cis. Cuma diorang tak seteruk Hani ngeh.
"Dah siap usha suami baharu Hani?" soal Hani. Dia melompat turun dari meja dan terus ke pangkuan suami baharunya. Fuh, senang sahaja suami baharu Hani menangkap Hani. Mestilah, dengan badan yang berketak-ketak tu, apa je yang tak mampu diangkatnya?
"Belum!" jawab kesemua Thumbelina sebelum dicepuk boyfriend masing-masing. Amek kau. Hani tergelak kecil. Dia turun dari dukungan si abe dan berdehem kecil.
"Usha lah lagi. Sebelum Hani tukar dia ke rupa asal."
"Hah?" Kesemua manusia sudah menayang wajah tenuk. Hani mengambil tongkat magiknya dan menghayunkannya ke arah suami baharunya. Sekelip mata, jantan berbadan berketak-ketak itu sudah bertukar menjadi seorang budak lelaki pelajar universiti. Mereka semua mengecilkan mata. Eh, Hyeongjun!
"Anneyong!" ujar Hyeongjun lalu tersengih. Membulat mata semua. Ada yang sudah ternganga. Ada yang sudah menggosok mata beberapa kali. Tak cukup dengan mata, ada juga golongan yang menggosok bontot mereka. Ada yang sudah mengerutkan dahi menjadi seribu. Akhir sekali, ada yang sudah terkelip-kelip melihat Hyeongjun.
"Ketahikan apakah ini?!" soal Anna kuat. Ajaibnya, darah yang mengalir di hidungnya terus sahaja terhenti. Eh kau. Hyeongjun pun hot eh! Mengalirlah lagi darah tu!
"Apa korang ingat Hani kejam sangat ke nak curang dengan Hyeongjun? Hah?!" soal Hani, sedikit hampa melihat reaksi mereka semua. Eceh hampa ye. Padahal tadi Hani yang tersengih suka tengok reaksi diorang. Bangga sebab bukan dia satu-satunya makhluk yang terpana bila nampak jantan hot rawr
"Haah," balas Yeon pelan. Hani menjegilkan mata ke arah Yeon yang kini sudah berhi-5 dengan Taeyong. Tersengih tidak bersalah sepasang kekasih yang akan bertukar status menjadi suami isteri tidak lama lagi itu.
"Tapi macam mana? Bukan Hyeongjun dah..." Eunrim memperlahankan suara. Serius lah, haritu dia sendiri nampak Hyeongjun innalillah depan mata dia! Hani pun dha menangis meraung Hyeongjun my baby Hani janji takkan usha jantan hot lagilah apalah.
"Hani..." panggil Hee. Boleh nampak aura-aura hitam di sekelilingnya. Hani menelan liur. Fikiran Hee dibacanya. Oh, Hee ingat Hani prank diorang haritu! Patutlah seram semacam!
"Eh tak! Hani tak prank! Sumpah sumpah!" Hani mengangkat tangannya tanda bersumpah. Sumpah sumpah kang tersumpah orang pula. Mereka semua memandang Hani dengan sebelah mata. Tak percayakan Hani!
"Habistu? Hyeongjun mati hidup balik?" soal Choco sambil mengembangkan hidung. Hani menggaru kepala. Kalau dia jawab 'ya' agak-agak manusia ni percaya tak? Ah, mestilah tak percaya.
"Urm... Yes."
Jadi Hani ambil tindakan bijak dan menjawab dalam bahasa Inggeris. Cis.
"Tipu! Penipu! Pendusta! Penipuan! Antonim kepada jujur!" Daeun menyerang Hani dengan bertalu-talu. Hani memegang dada, tanda terasa dengan kata-kata Daeun. Hm sejak bergaul dengan Hyeongjun terus terpengaruh jadi spesies yang sama.
"Auch. Mana ada! Ha meh Hani cerita dulu. Sila duduk. Duduk duduk," arah Hani. Mereka semua pun kembali bertenang dan mengambil tempat masing-masing di meja yang panjang itu. Muat ye. Pandai Hani cari bilik.
"Alkisahnya begini..." ujar Hani pembuka bicara. Suasana menjadi sunyi seketika. Eh betina ni lambat pula nak start. Baru sahaja Hee ingin menengking, tiba-tiba kedengaran bunyi esak tangisan Hani. Ayokk Hani menangis.
"Hani..." panggil Hyeongjun. Dia mengusap belakang badan Hani. Hani pula langsung memeluk Hyeongjun dan sambung menangis. Terlekat habis hingusnya di baju Hyeongjun. Takpelah Hyeongjun tak kisah.
"Biar Hyeongjun ceritakan," ujar Hyeongjun lalu tersenyum kecil. Kesian baby dapat sikit je dialog. Hyeongjun menarik nafas dalam lalu membuka ceritanya.
"Alkisahnya begini..."
Mari melompat ke 5 bulan yang lepas
📌 Location: Dewan Beristeri Empat
5 bulan yang lalu...
"Hiks..."
Hani sudah seperti mayat hidup di sebelah mayat yang tidak bernyawa. Tubuh Hyeongjun dipandangnya kosong dengan maskara yang sudah hancur dan mengalir di pipi. Rambut pun dah serabai. Sekali imbas macam pendamping Hyeongjun je.
"Hani..."
Hani menoleh ke tepi apabila dirinya dipanggil. Kelihatan Sya dan boyfriendnya Taehyun sudah menatap sayu kepada Hani. Ingat dia? Meh Hani ingatkan. Genk genk Thumbelina yang terkorban kena culik oleh Hanek Banek. Nasib baik Hani sempat selamatkan diorang dan tukarkan diorang jadi normal semula hikhok
Hani tersenyum pahit. Mestilah pahit sebab manisnya ada pada Hyeongjun. Sya menggaru kepala. Awkward lah pula.
"Err... Takziah,"
"Hiks," Hani menarik hingus. Dia hanya diam memandang mayat Hyeongjun manakala pasangan sejoli itu sudah melarikan diri dari situ. Tiba pula dua pasangan sejoli yang lain. Nayun dan Yohan bersama Hyein dan Renjun!
Alhamdulillah, kesemua Thumbelina dah taken belaka. Acah je Hani dulu cakap diorang akan mati dalam keadaan single. Last last Hyeongjun yang mati dalam keadaan single. Kesimpulannya, kurma itu wujud dan boleh dimakan.
"Hani! Jangan sedih-sedih!" ujar Nayun si pemberi semangat. Sekotak tisu dihulur kepada Hani. Lemah sahaja Hani menyambutnya.
"Hey, hidup ini mesti diteruskan. Jadikan kematian Hyeongjun satu semangat untuk Hani bangkit!" ujar Hyein dengan suara anime miliknya. Mendengar perkataan kematian Hyeongjun, langsung Hani pecah ke dalam tangisan. Ayokk
"Eh Hani! Ayok apa yang Hyein buat?" soal Nayun terkejut. Hyein terkelip-kelip memandang Hani. Ala dia ada salah cakap ke? Cepat-cepat dia merembat lengan Renjun dan terus cabut lari dari situ. Eh engko.
"Don't cry cry lah. Nayun datang sini nak jumpa dengan yang lain tapi eh diorang dah berambus dah. Elok betul perangai," puji Nayun ikhlas. Ha betullah tu, dia datang nak jumpa semua. Rindu mak aih. Berapa abad tak jumpa. Tiber diorang semua dah lari dah lepas nampak Hyeongjun mati. Siapa diorang tu? Ha koranglah!
Hani sekadar mendiamkan diri. Ngeh dia tak kisah pun diorang nak berambus ke nak lari ke nak jadi Thumbelina semula ke nak apa ke. Tapi Hyeongjun...! Huwaa!
"Nayun pergi dulu eh. Kawan Hani dah sampai tu. Babai!" ujar Nayun lalu tersenyum comel. Dia merangkul lengan Yohan dan berjalan pergi dari sini. Tidak lama kemudian muncul seorang gadis cantik sahabat Hani. Ha teka.
"Maduku!" panggil Yerin. Dia terus teleport dan memeluk tubuh Hani. Fuh lepas nangis beberapa jam terus kurus badan Hani. Lepasni kalau nak kurus rajin-rajinkanlah menangis. Sekian ajaran sesat dari Hani.
"Yennieeeeee," panggil Hani dan terus meraung. Ditepuk-tepuk kuat tubuh Yerin yang pernah dia sumpah menjadi seekor monyet dahulu. Nasib baik juga suami Yerin, si Taehyung merupakan wizard kelas atasan dan mampu menukar isterinya menjadi normal semula. Tanjat Yerin bila bangun pagi muka dah berubah hiks. Tak guna Hani.
"Hyeo—Hyeong—Hyeongjun..." Tergagap Hani cuba berbicara. Yerin menganggukkan kepala tanda faham. Kepala diusap. Tak perlu beritahulah Hani. Yerin nampak segalanya dari awal lagi. Dia pun siap bet dengan Taehyung yang perkahwinan ni akan gagal sebab Hani tu asyik tengok Wonho je ha! Tapi tak pula dia expect perkahwinan Hani akan gagal sebegini. Takziah hiks.
"Tabah Hani. Nangislah lagi. Menangis semahunya. Yerin setia jadi kain lap hingus Hani,"
"Huwaaaaaa!"
Apabila disuruh makinlah Hani meraung di situ. Hingusnya dikesat dengan agresif di baju Yerin. Seketika Yerin berasa menyesal dengan pilihannya. Taehyung yang berada tidak jauh juga sudah menayang wajah simpati melihat isterinya dirosakkan oleh Hani hm.
Setelah beberapa jam Hani meraung, akhirnya gadis itu kembali reda. Hujan yang berhenti beberapa jam yang lalu mula memunculkan diri kembali. Nasib baik tak lebat mana. Yerin mengangkat kepala memandang atap dewan yang halimunan. Nampaknya dah malam. Lama juga Hani duduk sini tak bergerak.
"Hani okay?" soal Yerin. Hani diam tidak menjawab. Dia sekadar menyandarkan kepala beratnya di bahu Yerin. Yerin menepuk-nepuk belakang badan Hani. Bagus Yerin ni, kawan mithali.
"Woof woof!"
Tiba-tiba muncul seekor anjing hitam di pintu dewan. Bergema suara anjing itu di dalam dewan yang sudah kosong itu. Anjing tersebut menjelirkan lidahnya dan berlari anak menuju ke pentas. Hampir sahaja dia tergelincir dek baru sahaja meredah hujan tadi.
"Anjing siapa tu?" soal Yerin. Macam tiber je ada anjing masuk dewan. Hani tampak tidak terganggu dan laju sahaja menjawab.
"Anjing Hyeongjun," Hani pernah nampak anjing tu kat laman rumah Hyeongjun masa nak ajak Hyeongjun dating. Anjing tu pun pandang Hani je. Meremang bulu ketiak Hani. Dahla warna hitam. Anjing hitam memang seram. Tapi entah namanya Hani pun tak tahu.
Anjing hitam itu melompat ke atas pentas. Dia mula mendekati tubuh Hyeongjun dan dihidu mayat itu. Tak semena-mena tangisan Hani keluar. Oh anjing. Mesti dia sedih sebab tuan dia dah mati kan? Huwaaa!
Usai menghidu aroma wangi Hyeongjun, anjing itu terdiam seketika. Dia terduduk diam di situ dan hanya memandang ke arah Hani. Hani membalas pandangan sayu anjing itu.
"Oh anjing. Maafkan mama. Mama gagal jaga papa kamu. Meh sini peluk sayang. Kita sendu sama-sama," Hani mendepakan tangannya. Anjing itu seperti faham maksud Hani dan terus melompat ke dalam pelukan Hani. Hani memeluk anjing itu erat. Air matanya mengalir setitik. Oh hangatnya anjing ni. Teringat aroma Seokjin ex Hani hiks.
Eh lupa anjing haram lah. Ha biarlah. Ini hanyalah sebuah fiksyen. Hm menyesal pula tak buat dia jadi alpaca.
Yerin pula sedari tadi hanya berkerut dahi melihat anjing itu. Eh kenapa rasa macam ada aura-aura familiar gitu? Yerin memerhati anjing itu atas bawah. Dia pernah nampak ke anjing tu?
Setelah beberapa ketika Yerin scan anjing itu atas bawah depan belakang kiri kanan, terus bahu Hani ditepuknya kuat.
"Oh my god! Hani! Kau tak kenal ke anjing tu?" soal Yerin kuat dek terkejut. Hani mengerutkan dahi. Dipandangnya anjing dalam dakapannya. Anjing itu sudah menjelirkan lidah. Eh apo main jelir jelir?!
"Ni anjing Hyeongjun," balas Hani. Yerin menggeleng kepalanya laju. Rantai yang berada di leher anjing itu dirembatnya. Tanjat anjing itu jadinya. Eh apeni!
"Tengok! Seokjin!" ujar Yerin sambil menunjukkan tulisan yang tertulis di ramtai itu. Membulat mata Hani mendengar nama itu. Sepantas kilat rantai itu dirembatnya. Betullah! Seokjin! Nama anjing ni Seokjin?!
"Kebetulan sungguh. Dari mana Hyeongjun terfikir nak bagi nama dia Seokjin?" soal Hani. Kepala anjir Seokjin diusapnya.
"Yah! Tu Seokjin betullah!" jerit Yerin apabila dilihatnya Hani terlalu lembab. Hani mengerutkan dahi. Wajah Seokjin dipandang.
Seokjin?
"Eeee kau tak rasa ke! Aroma dia? Vibe dia? Rasa dia? Aku first time tengok dah boleh rasa aura dad jokes dia weh!" ujar Yerin penuh semangat. Ya, dia pernah juga berjumpa Seokjin dahulu. Jin lah yang memperkenalkan Taehyung padanya dahulu. Tak sangka pula hidup Jin tak lama dek diserang penyakit Spiderman. Hm.
"Jin?" soal Hani. Seokjin dipandang. Sayu sahaja anjing itu memandang Hani. Lah terasa ke sebab Hani tak tahu dia siapa. Pandangan Hani meredup. Ceh macam manalah meredup tu ye.
"Seokjin oppa..." Mata Hani mula berair. Anjing Seokjin itu bersuara pelan.
"Meow..."
"Adakah itu kamu? Oh Seokjin!" Hani terus memeluk erat tubuh anjing itu. Seokjin juga sudah memeluk tubuh Hani juga. Mengalir air mata anjing itu. Anjing pun boleh menangis eh!
"Oppa! Akhirnya oppa hidup semula! Hajat Hani dikabulkan!" ujar Hani lalu mengusap kepala Seokjin. Alhamdulillah, kini ketiga-tiga hajatnya sudah dikabulkan. Nampak tak, dengan soju minta hajat, yang mati pun boleh hidup semula!
Eh dah tu hidupkanlah semula Hyeongjun!
Oh tidak, tidak sesenang itu. Lihatlah, Seokjin yang dahulunya manusia pun hidup semula sebagai seekor anjing. Bagaimana pula dengan Hyeongjun nanti? Rosak masa depan anak-anak Hani huhu.
"Hani rindu oppa!" ujar Hani. Terus dia mencapai tongkat magiknya lalu dihayunkannya. Dah jangan fikir bukan-bukan, Hani sumpah Seokjin boleh bercakap bahasa manusia je. Biar Hani faham apa yang Seokjin cakap. Mana tahu anjing tu nak sumpah seranah Hani ke sebab Hani tetak kepala dia dulu hm.
"Hani!" ujar anjing Seokjin. Hani menangis teresak-esak. Oh suara itu. Sungguh mirip dengan suara Seokjin dahulu!
Sedap-sedap je diorang reunion depan mayat Hyeongjun ni.
"Hani. Oppa nak minta Hani buat sesuatu..."
"Apa dia oppa? Katakanlah. Hani akan kabulkan!" ujar Hani, tongkat magik dipegang erat. Seokjin terdiam seketika. Mayat Hyeongjun dipandang.
"Korbankan oppa demi Hyeongjun!"
"Apaaa?!" soal Hani kuat dek terkejut. Telinganya dikorek. Dia tak salah dengar kan? Yerin di sebelah juga sudah terkejut beruk.
"Oppa tahu, dulu Hani pernah cuba korbankan nyawa Hani untuk hidupkan oppa semula kan?" soal Seokjin. Hani menundukkan kepala. Ha betullah tu. Tapi tak berjaya sebab dia seekor witch. Kena korbankan manusia untuk hidupkan manusia!
"Sekarang, oppa nak Hani korbankan oppa untuk selamatkan Hyeongjun. Hyeongjun masih boleh diselamatkan. Oppa nampak roh dia tersekat kat atap dewan ni," ujar Seokjin lalu memandang ke atas. Hani dan Yerin turut berbuat demikian, namun tiada apa yang dilihatnya. Ala haiwan kan boleh nampak hantu. Huuu~
Hani teresak kecil. Oh sungguh dia bersyukur Hyeongjun seorang yang pabo. Kalau dia bijak, mesti roh dia akan keluar ikut pintu. Nak juga terbang ke atas. Kan dah kena block. Apa-apa pun roh dia masih berada di situ! Hyeongjun masih ada peluang untuk diselamatkan!
"Ta—Tapi, oppa..." ujar Hani sadis. Dia tahu, siapa sahaja yang dikorbankan tidak akan dilahirkan semula. Ceh padahal kehidupan ni hanya sekali seumur hidup. Seokjin menganggukkan kepala.
"Gwaenchana. Oppa sanggup mati demi Hyeongjun. Hyeongjun baik budaknya. Dia yang kutip oppa kat tempat pelupusan sampah. Dia yang suap oppa tom yam pedas buatan dia. Lagipun budak tu cintakan Hani. Oppa sanggup," ujar Seokjin panjang lebar. Makin berair mata Hani jadinya. Terus tubuh Seokjun dipeluk. Oh sayangku!
"Tapi, oppa nak Hani janji dengan oppa," ujar Seokjin. Hani menganggukkan kepala. Hani sanggup janji apa pun!
"Janji dengan oppa yang Hani akan setia dengan Hyeongjun," ujar Seokjin ikhlas sambil memandang tepat ke anak mata Hani. Hani menggigit bibir. Ha menyesal kamo. Terus kepala Hani anggukkan.
"Hani janji!"
"Macam ni lah ucuk oppa," ujar Seokjin sambil mengusap kepala Hani. Hani tercebik menahan tangisan apabila kaki anjing itu mengusap kepalanya. Haih, entah apa yang anjing tu pijak sewaktu berlari ke sini. Lepastu usap kepala dia pula. Takpelah, Hani relakan...
"Yerin, mari mulakan ritual," ujar Seokjin. Yerin menganggukkan kepala. Dia faham yang Hani takkan mampu jalankan ritual ni sebab Hani kan sayang Seokjin. Dengan sukarela, Yerin duduk di hadapan Seokjin. Kaki Seokjin dipegang manakala sebelah lagi tangannya memegang tangan Hyeongjun.
Hani menjarakkan dirinya. Dia hanya memerhati dari jauh sambil teresak menangis. Yerin menarik nafas dalam.
"E wah e wah eh wau bule~
E wau bule teraju tigo~
E wah eh wah eh wau bule~
E wau bule teraju tigo~"
Hujan semakin melebat. Kilat mula memancar-mancar. Hani terjerit kecil apabila guruh berdentum kuat. Serentak dengan itu, lampu di dewan itu terpadam, menyebabkan keadaan menjadi gelap segelap hati Hani.
"Yerin?" soal Hani. Apa pun dia tidak nampak sekarang. Yerin diam tidak membalas.
Tiba-tiba sahaja muncul satu cahaya merah di hadapan Hani. Berkerut dahi Hani jadinya. Cahaya merah itu berasal dari mayat Hyeongjun! Apak ah, Hyeongjun bercahaya! Hani hanya kekal memerhati Yerin yang menutup mata dan terkerut-kerut dahinya. Kenapa tu kak.
"Hyeongjun..." panggil Hani. Kelibat Seokjin sudah tidak kelihatan. Pasti dia sudah berjaya dikorbankan. Kesian Seokjin. Hani memerhati mayat Hyeongjun.
"Hiks..."
Cahaya merah itu tiba-tiba sahaja terpadam. Tidak lama kemudian, lampu dewan kembali terpasang. Hani pantas memandang ke arah Yerin. Eh, mana Hyeongjun?! Hyeongjun hilang!
"Hani,"
Terus Hani menolehkan kepalanya 180° ke belakang apabila dipanggil. Ternyata Hyeongjun sudah berdiri di belakang Hani bersama senyuman manis dan air mata yang mengalir di pipi. Terus Hani mencebikkan bibirnya ingin menahan tangis.
"Hyeongjun!"
Weh panjang nau HAHAHHA takpelah, bagi hani berfeeling jadi main character sat ahaks
Btw minggu depan hani exam tau. Minggu depan depan hani update semula ehek
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro