Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 3 6 ˎˊ˗

5 bulan kemudian...

📌 Mamee Monster University

Zzt zzt

Serentak telefon pintar mereka berdua berbunyi. Mujur sahaja telah dipasang silent mode. Sunwoo menoleh ke tepi, memandang ke arah Daeun yang masih tertidur dengan buku yang diangkat sebagai penghadang di hadapan.

"Baiklah pelajar sekalian. Kita beralih kepada kisah hidup seekor peri ini. Mengikut lagenda, dia telah disumpah menjadi single buat selamanya setelah dia membunuh teman lelaki dia sendiri yang merupakan seorang Raja Goryeo."

Perlahan-lahan, Sunwoo mengangkat buku teksnya supaya turut menjadi penghalang agar pensyarah Bae tidak dapat melihatnya. Walaupun cara ini agak jelas, namun masih boleh dipakai di dalam kelas pensyarah Bae kerana pensyarah Bae merupakan seorang yang noob.

Sunwoo mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket. Kelihatan dia telah menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

RM0 PKP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, rantaian keluarga kita semua tidak seharusnya diputuskan. Oleh itu, silalah pergi ke Restoran Terkangkang pada jam 3:00 petang nanti. Sila mati.

Terangkat kening Sunwoo membaca. Lantas telefon pintar Daeun yang berada di atas meja dibuka. Uyoo Sunwoo tahu password Daeun. Kahwen jelah korang.

Daeun juga mendapat mesej yang sama daripada nombor yang sama. Sunwoo menggaru kepala yang tidak gatal. Kepalanya ligat berteka-teki. Mungkinkah ahli keluarganya yang tidak rapat dengannya telah memberi mesej ini? Atau, ahli keluarga Daeun?

"Nugu? Omma ke yang hantar ke Daeun? Tapi takkan omma nak hantar kat aku juga," gumam Sunwoo sendirian.

"Jadi sekarang, semua bangun. Sebelum kelas tamat, saya nak semua jawab soalan. Yang mana dah jawab boleh terus balik. Jawapan benar sahaja diterima."

Memasam terus wajah Sunwoo mendengar ayat pensyarah Bae itu. Bukan dia sahaja, kesemua orang di dalam kelas itu sudah murung kesemuanya. Dengan tidak rela, masing-masing mengangkat bontot dari kerusi mereka.

"Daeun sayang. Bangun bangun," Sunwoo menggerakkan bahu Daeun bagi mengejutkannya, namun Daeun hanya menggeliat kecil. Eh dia ni. Laju Sunwoo membisikkan sesuatu ke telinga Daeun.

"Kalau Daeun tak bangun Sunwoo kiss,"

Automatik mata Daeun terbuka luas. Laju sahaja dia berdiri tegak. Memerah mukanya memandang Sunwoo.

"Ah mwoya?" tanya Daeun dengan nada kesal, padahal sedang cuba menyembunyikan rasa dugeun dugeunnya hoho. Sunwoo sekadar tersenyum nipis melihat karenah Daeun tadi. Comel!

Lalu dia pun semakin lupa akan mesej pelik yang mereka terima.

📌 Memoria Makeup Shop

"...dan untuk kulit cik, saya cadangkan ambil warna shade yang gelap sedikit. Jangan ambil warna shade yang cerah sebab dia akan nampak tak sepadan dengan kulit cik."

Kting!

Eunrim yang sedang sibuk melayan seorang pelanggan itu terhenti seketika apabila telefon di poketnya berbunyi. Dia tersenyum buat seketika apabila mengenangkan si buah hati.

"Sekejap ye cik. Saya ada terima mesej daripada seseorang. Nyamuk-ah," Eunrim menggamit Kim Nyamuk, salah seorang pekerjanya. Nyamuk laju sahaja menghentikan pekerjaannya apabila dipanggil oleh Manager.

"Tolong layankan pelanggan ni sekejap," arah Eunrim sambil tersenyum manis. Selepas itu Eunrim membawa dirinya masuk ke dalam stor kedai itu. Tak elok pula kalau orang nampak Manager main telefon kat luar. Nanti dikatanya curi tulang lah, apa lah.

Telefon pintar yang berada di dalam poket diambil. Senyumannya yang tertampal perlahan-lahan menghilang apabila dia menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Sangkanya Namjoon yang menghantar mesej kepadanya.

RM0 PKP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, rantaian keluarga kita semua tidak seharusnya diputuskan. Oleh itu, silalah pergi ke Restoran Terkangkang pada jam 3:00 petang nanti. Sila mati.

"Eo?"

Berkerut dahi Eunrim membaca mesej itu. Tanpa berlengah, dia segera membuka ruangan chat Namjoon.

Namjoon Oppa 💘

Oppa, busy tak ?

Sementara menunggu pesanannya dibalas, Eunrim kembali membaca pesanan mesej tadi.

Namjoon Oppa 💘

Oppa dah menyelinap
masuk tandas ni
Call lah

Eunrim tersenyum nipis. Namjoon ni tahu-tahu je dia nak call. Laju bertindak. Terus Eunrim menekan punat menelefon dan meletakkan telefon itu ke telinganya. Tidak lama dia menunggu, Namjoon sudah pun berada di talian sebelah.

"Anneyong Eun~"

"Eo oppa," balas Eunrim. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Um, Eun nak tanya. Oppa ada terima mesej pelik tak?" tanya Eunrim terus ke titik utama. Sememangnya dia seorang yang malas berbasa-basi.

"Mesej pelik? Um, tak pasti lah. Tapi oppa ada dapat mesej dari nombor unknown. Baru je tadi."

"Yang RM0 tu kan?" tebak Eunrim.

"Haah."

Eunrim menganggukkan kepala. Keadaan menjadi senyap buat seketika.

"Eun rasa pelik eh dengan mesej tu?"

Eunrim mencebik perlahan. Seperti yang dijangka, Namjoon memang mengenali dirinya.

"Eung."

"Nado, tapi oppa rasa tu prank je kot. Apa-apa pun nanti kita check lah. Eun free je kan petang ni?"

"Eo, free," balas Eunrim. Bibirnya menguntum sebuah senyuman.

"Ah oppa, Eun lupa nak cerita semalam..."

Lalu mereka berdua semakin lupa akan mesej yang mereka terima.

📌 Studio Hanek Banek

"Okay dah. Kita berehat seketika bersama Kut Kut."

Hee menghembus nafas lega. Kamera yang dipegangnya laju sahaja diletakkan di atas meja. Tangannya diregang. Huwaa penat!

Hee memandang sekeliling. Melihatkan semua orang sedang sibuk dengan kerja masing-masing, Hee dengan senyap-senyap cuba menyelinap pergi dari situ. Vending machine ditujui.

"Encik Park, mari monitor dulu hasil yang telah Cik Han ambilkan tadi," seorang staf menggamit Encik Park, model tangkapan gambar sebentar tadi. Encik Park sekadar tersenyum kepada staf tersebut. Nak gugur jantung staf itu–

"Gwaenchana. Saya nak pergi beli air sekejap," kata Encik Park bersama senyuman yang masih tidak hilang, ditambah pula dengan pakej eyesmile. Semua staf perempuan di situ sudah meroyan dengan kehenseman model itu. Oh indahnya ciptaan Tuhan~

"Encik Park, saya ada belikan air untuk encik. Tapi saya tak tahu selera encik. Encik pilihlah, ada iced americano, iced chocolate, black–"

"Gwaenchana. Saya tak rasa nak minum pula semua tu," laju Encik Park memotong. Dia berjalan pergi dari kawasan itu namun laju staf perempuan yang tentera nama Bae Sikal menarik tangannya.

"Kalau macam tu, encik bagitahu encik nak minum apa. Biar saya belikan–"

"Tak apa. Saya nak minum dengan girlfriend saya."

Berubah terus riak semua staf perempuan di situ lagi-lagi Bae Sikal. Sikal tersenyum kekok dan melepaskan pegangan tangannya. Ala, melepaslah pula.

Encik Park pula terus beredar dari kawasan itu dan menuju ke vending machine. Di sebuah bangku berdekatan vending machine itu, kelihatan Hee sedang terduduk di situ sambil menikmati air kotak berperisa epal dan bermain dengan telefon pintarnya.

Encik Park mengukir sebuah senyuman. Kakinya diatur menuju ke bangku itu. Namun dia terhenti apabila telefonnya berbunyi. Lantas diambil telefon dari poket.

RM0 PKP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, rantaian keluarga kita semua tidak seharusnya diputuskan. Oleh itu, silalah pergi ke Restoran Terkangkang pada jam 3:00 petang nanti. Sila mati.

Berkerut dahi Encik Park membaca mesej aneh itu. Namun dia sekadar mengangkat bahu dan kembali menyimpan telefonnya ke dalam poket. Hee ditujui.

"Eo, hai Encik Park."

Hee menyimpan telefon pintarnya sebaik Encik Park tiba di hadapannya. Satu sengihan ditayang. Encik Park tergelak kecil melihat wajah comel Hee. Tempat kosong di sebelah Hee didudukinya.

Iya, dia lah tu. Park Jimin.

Hee menghulur sekotak air kotak yang juga berperisa epal kepada Jimin. Jimin tersenyum petak. Huluran itu disambutnya. Kedua-duanya diam memandang ke hadapan sambil menyedut air masing-masing.

Tak boleh sweet sangat, nanti sasaeng nampak.

Lalu mereka berdua semakin lupa akan mesej pelik yang mereka terima.

📌 Rexona Archery Stadium

"MOON PELUH! MOON PELUH!"

Keadaan di dalam Rexona Archery Stadium riuh-rendah dengan pelbagai sorakan penonton yang ada di sana. Masing-masing sakan bersorak kepada atlet memanah pilihan mereka.

Di antara ribuan penonton itu, kelihatan seketul Hwang Jiyeon turut sakan bersorak kepada si pencuri hati.

"GO TAEYONG! LEE TAEYONG! LEE TAEYONG!"

Yeon menjerit sekuat tenaga. Bersungguh dia bersorak sejak saat pertama dia menjejakkan kaki di sini. Sekeliling dipandang.

"MOON PELUH! MOON PELUH!"

Yeon mencebik perlahan. Tak kira walau kuat mana dia sorak nama Taeyong, suara sorakan penyokong Moon Peluh tetap mendominasi.

"Aish jinjja! Mana fans Taeyong yang lain? Aku sorang je ke yang ada kat sini?" bentak Yeon ganas. Tekaknya diurut. Uh, comfirm esok takde suara terus ni.

"MOON PELUH! AAAAA PELUH OPPA!"

Kelihatan wajah Moon Peluh di skrin besar yang membuatkan sorakan semakin kuat. Peluh tersenyum manis ke arah kamera yang merakamnya dengan wajahnya yang berpeluh-peluh. Matanya dikelipkan.

"UWAAAAAA"

"PELUH OPPA SARANGHAE!"

"OPPA MARRY ME"

"PELUH DIA MENGANCAMS AAAA"

"Eeee," Yeon menayang wajah tenuk melihat wajah Peluh. Taeyong lagi hensem! Dengan rasa panas di dalam hati, Yeon memulas penutup botol mineralnya. Air itu diteguk rakus oleh Yeon.

"AAAA TAEYONG OPPA!"

"UHUK UHUK!"

Tersedak terus Yeon apabila wajah Peluh yang berada di skrin berganti kepada wajah Taeyong juga sedang berpeluh. Walaupun peluh di wajah Taeyong tidak sebanyak peluh di wajah Peluh, namun ia cukup membuatkan dia tampak sheksi dan membuatkan Yeon tercekik di skala enam.

"Cik, okay tak?" seorang lelaki yang duduk di sebelah Yeon bertanya. Kesian tengok Yeon tiber je tercekik. Yeon menganggukkan kepala dan tersenyum kekok ke arah lelaki itu.

"Hehe, okay. Dun wori."

"BAIKLAH SEKARANG TIBA MASA UNTUK TEMBAKAN YANG TERAKHIR. SETAKAT INI, PELUH DAN TAEYONG KEDUA-DUANYA MENDAPAT MARKAH YANG SERI. SHOOT YANG TERAKHIR INI AKAN MENENTUKAN SIAPA PEMENANGNYA!"

"WOOOOOOOO"

Semua penonton mula bersorak bagai nak gila, Yeon juga tidak terkecuali. Namun jeritannya terpaksa dihentikan apabila telefon yang berada di dalam poketnya bergetar.

"Ala kacaulah," rungut Yeon perlahan. Dengan hanya melihat home screen, dapat Yeon baca satu mesej yang dihantar oleh sebuah nombor yang tidak dikenali.

RM0 PKP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, rantaian keluarga kita semua tidak seharusnya diputuskan. Oleh itu, silalah pergi ke Restoran Terkangkang pada jam 3:00 petang nanti. Sila mati.

"DAN ITU DIA, PELUH BERJAYA MENDAPATKAN 9 MATA!"

"PELUH PELUH PELUH PELUH!"

"AH BWOYA, PELUH DAPAT 9 MATA?" Yeon menjerit terkejut. Perhatiannya kembali teralih kepada perlawanan sengit di hadapan mata.

Lalu dia pun semakin terlupa akan mesej pelik yang dia terima.

📌 Hospital Katak Lenyek

"Macam mana boleh cedera ni?"

Di dalam bilik milik seorang doktor bernama Jeon Jungkook, kelihatan dua ekor manusia sedang berduaan di dalam bilik tersebut. Dah jangan fikir bukan-bukan. Bawa bertaubat.

"Ala hm. Anjir tolak saya," ujar Anna perlahan. Mulutnya dicebikkan. Hingus ditarik. Drama sat.

"Anjing? Macam mana anjing boleh tolak awak yang besar ni?" soal Jungkook. Dia menjarakkan diri dengan Anna usai balutan mata Anna selesai dibalut. Wajah Anna dipandang.

Elelele lepas kapel terus guna saya-awak eh Juon ni.

"Tak, bukan anjing. Tapi Anjir. Pekerja baru Eunrim," kata Anna lagi. Jungkook mengangkat kening. Unik betul nama.

"Saya tengah curi-curi pakai maskara. Tiber je dia datang and fangirling cakap pakwe pelanggan yang datang tu hensem. Yang tu okay lagi, lepastu dia pergi tolak tangan saya sebab lelaki tu senyum kat dia. Habis tercucuk maskara," ujar Anna. Nada suaranya semakin mengendur.

Jungkook menayang wajah simpati. Tapi apa yang boleh kita harap? Nama Anjir, perangainya pun pastilah seperti anjir. 

"Lepastu hiks, saya tanjat lah kan. Sebab terkejut sangat, saya dengan paniknya berlari dari kedai tu. Anjir ada jerit 'Anna, lari straight jangan belok!' lepastu saya ikut cakap dia. Then saya dengar bunyi lori, dan saya pun hampir dilanggar uhuks–"

"Tapi ada seorang lelaki ni. Dia selamatkan saya dari kena langgar. Dia tolak saya ke tepi dan kitorang berpandangan sesama sendiri. Aww– Tapi laju je saya tampar dia. Sebab saya sedar diri saya dah ada boyfriend!"

Jungkook sekadar mendengar celoteh isterinya– eh tersasul, teman wanitanya sambil mengemas semula barang-barang di atas mejanya. Pada masa itu juga telefonnya yang berada di atas meja berbunyi.

"Ye ye je awak ni," kata Jungkook dan tergelak kecil dengan karenah Anna itu. Tahu sangat yang Anna ni drama queen. Mesej yang baru sahaja dia dapat dibaca.

RM0 PKP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, rantaian keluarga kita semua tidak seharusnya diputuskan. Oleh itu, silalah pergi ke Restoran Terkangkang pada jam 3:00 petang nanti. Sila mati.

"Iye betul!" Bersungguh Anna mengiyakan. Telefonnya yang berbunyi pada masa yang sama dilihat sekilas.

"Cis, siapa yang berani prank beta ni?" kata Anna sendirian. Telefonnya disimpan dan lengan Jungkook laju sahaja dipaut.

"Kookie, dating jom."

"Awak lupa ke boyfriend awak ni doktor? Saya ada surgery lepas ni. Pergilah dating dengan orang lain,"

"ALAA KOOK SAYA NAK AWAKK"

Lalu mereka pun semakin lupa akan mesej pelik yang mereka terima.

📌 Studio Hanek Banek

"Weh, dengar kata model yang kau dapat harini handsome do. Betul ke?"

Choco yang sedang mengikat rambutnya melihat ke tepi. Wajah rakan sekerjanya, Kang Keli, dilihat sekilas.

"Entahlah," balas Choco ringkas. Kali ini suaranya tidak lagi sekuat suaranya yang dahulu. Choco sudah pandai mengawal volume suaranya!

"Eh kau ni. Tak sporting ah. Kau pernah tengok muka dia kan? Roger lah hensem tak hensem. Aku nak tackle ni, cuba nasib," kata Keli. Choco mengambil kameranya yang sudah ditukar sim card oleh seorang staf.

"Keli, kenapa kita mesti pandang rupa untuk mendapatkan sesuatu? Penting sangat ke rupa kita semua? Bak kata mat saleh, don't judge a cover by its book. Kita mestilah sedar diri. Adakah diri kita cukup cantik untuk mendapatkan yang handsome?"

Setepek Choco beri. Nampaknya Choco sudah semakin taubat lepas berkapel dengan Sehun. Keli memegang dada. Auch sis terasa. Mendalam betul kata-kata Choco.

"Dia handsome, model tu memang handsome. Tapi cantikkah kau untuk bercouple dengan model sehensem Oh Sehun? Jika rupa kau sudah cantik, bagaimana pula dengan hati–"

"Baiklah Choco. Berhenti. Aku dah insaf. Shsjshjshssbsjsjsjhsgsh–" Keli laju melarikan diri dari situ. Choco hanya melihat kelibat rakannya itu menjauh. Dia tersenyum ikhlas.

"BY THE WAY SEHUN TU BOYFRIEND AKU!"

Sempat Choco menjerit. Lantak Keli nak dengar ke tak. Dia memusingkan badan ke belakang sambil tergelak kecil, suka bethol mengusik Keli. Namun dia ibarat terkena instant kifarah apabila dahi mulusnya terlanggar dengan dinding yang kerasnya ya Ampun–

"ADOI!" Choco mengaduh kuat. Habis satu studio memandang ke arah dia. Pembetulan, mereka. Choco memandang ke atas, anak matanya bertemu dengan seorang lelaki yang baru sahaja dilanggarnya.

"Uyoo abe hensem. Hai beruk," Choco menayang senyuman innocent dan melambaikan tangannya di hadapan model yang baru sahaja dilanggarnya itu. Model bernama Sehun itu mengeluh perlahan.

"Kau–"

Ting!

Tak sempat ingin menghabiskan ayat, serentak telefon bimbit mereka berdua berbunyi. Masing-masing membuka telefon pintar mereka, di mana mereka telah menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali.

RM0 PKP: Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, rantaian keluarga kita semua tidak seharusnya diputuskan. Oleh itu, silalah pergi ke Restoran Terkangkang pada jam 3:00 petang nanti. Sila mati.

"Fuyoo apak ganas. Sila mati bhai. Kalau nak aku mati, meh la bunuh aku sendiri. Tak payah nak sila sila," Choco berkata sendirian. Telefonnya kembali disimpan. Wajah Sehun dipandang.

"Ha, apa tadi?"

Sehun turut menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket. Tangannya disilangkan ke badan.

"Kau baru reveal pasal hubungan kita ke tadi?"

"Hooh," balas Choco selamba. Sehun memejam mata. Sabo bang, sabo. Fuh, boleh botak kepala dia melayan Choco–

"HAI SEMUA! SAYA CHOCO, INI BAKAL SUAMI SAYA, SEHUN! Cepat, cakap 'betul betul betul'!"

"Aish–"

Lalu mereka pun semakin lupa akan mesej pelik yang mereka terima.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro