✼┊e p i s o d e 3 4 ˎˊ˗
Ketahuilah bahawa hani ada terfikir nak darab jumlah komen korang dengan 3 supaya solo scene korang banyak sikit. Tapi lepas tengok jumlah komen anna, hani terus tercekik hiks
📌 NaKook (Anna x Jungkook)
Comment: 2,754 comments
Solo scene: 5,504 words
"La di da di da, la di da di di~"
Anna menyanyi kecil sambil membuka luas matanya untuk memakaikan maskara di bulu mata. Setelah selesai, dia menyapu gincu berwarna pink cerah di bibir pula. Tidak berpuas hati dengan penampilannya, Anna mengambil lagi barangan mekap yang Hani tidak tahu apa namanya dan menyapunya ke muka. Kita biarkan dia hias wajah dia jadi badut seketika.
"Eh, Naeun!"
Anna menoleh ke belakang apabila nama lahirnya dipanggil. Kelihatan manager kedai Fever Makeover, tempat Anna bekerja sekaligus tempat dia berada sekarang ini, sudah terbongkok dengan kedua tangannya diletakkan di atas lututnya. Di hadapannya terdapat tiga buah kotak yang disusun di atas satu sama lain.
"Naeun, mari sini! Angkat kotak-kotak ni masuk bilik stor, lepastu restock semula lipstick jenama Bibir Hangus," arah Puan Seo. Peluh di dahi dilap sambil dia menarik nafas tercungap-cungap. Haih, masa muda tak nak bersenam, dah tua ni redha jelah bila badan tak cergas.
Anna menjeling Puan Seo. Wah beraninya. Aktiviti menghias wajahnya disambung lagi usai memalaukan Puan Seo.
"Yah Park Naeun!" Puan Seo sudah naik marah apabila dilihatnya satu-satunya pekerjanya memalaukannya. Terus dia mengambil pen yang disangkut pada poket baju kemejanya dan dibaling ke arah Anna.
"Ocopot!" Anna melatah apabila pen itu mendarat di kepalanya. Sudahlah dia sedang membetulkan maskara di bulu mata. Nasib tak tercucuk mata.
Anna menoleh memandang Puan Seo. Sempat gadis itu memandang Puan Seo atas bawah lalu berdecit kecil.
"Heol."
"Heol? Heol? HEOL?" Puan Seo menjegilkan mata. Eh, budak Anna ni memang minta penampar. Anna memandang Puan Seo dengan wajah jengkel.
"Manager-nim! Baru jumpa jalan nak turun kedai ke?" ujar Anna sinis. Maklumlah, Puan Seo tak pernah datang jenguk kedai sebelum ni. Pernah sekali dua je lepastu mereput dalam bilik dia tu.
"Apa?" soal Puan Seo kuat. Ha terasalah tu. Sebuah lagi pen diambil dan ingin dibaling ke arah Anna, namun Anna pantas menunjukkan tapak tangannya ke arah Puan Seo agar wanita itu berhenti. Ha jangan lempar-lempar. Anna tengah betulkan lipstick tu!
Setelah berpuas hati dengan hiasan wajahnya, Anna pun tersenyum bangga. Uwu cantiknya dia. Dia menyepahkan barangan make-up yang digunakannya tadi. Membulat mata Puan Seo melihat.
"Naeun! Kau guna produk jualan kita?!"
"Yes," balas Anna sambil tersenyum manis. Malanglah, kemanisan wajahnya tidak mampu membuat marah Puan Seo berkurangan. Padahal salah dia juga sebab tak turun kedai pantau pekerja. Pekerja curi pakai barang yang dijual selama ni pun dia tak tahu.
"Kau gila! Nak kena pecat ke—"
"Bingo!" Anna menepuk tangannya gembira. Dia berjalan ke arah Puan Seo yang sudah terdiam. "Betullah tu. Saya memang nak berhenti kerja. Pandai manager teka!"
"Kau!" Puan Seo menunding jari ke arah Anna. Anna hanya kekal menayang wajah tidak bersalah. Kedai Memoria Makeup berhadapan mereka ditunjuk dengan bibir yang memuncung.
"Nampak tak kedai kat depan tu? Ha saya nak kerja kat situ sekarang! Mereputlah manager dengan Setan kat kedai tak laku ni," selamba Anna memberitahu. Setan tu nama rakan sekerja dia. Nama yang cantik bukan? Begitu juga dengan perangainya. Tahu curi tulang je.
"Pft," Bukannya marah, Puan Seo malah tergelak kecil mendengar tutur kata Anna. Anna mengangkat kening memandang managernya.
"Kau? Nak kerja kat situ?"
"Yelah. Apa yang lawak?" soal Anna. Cepat-cepat wajahnya ditilik di cermin, kot-kot ada solekan yang tercomot. Cantik je.
"Lawak betul kau ni!" ujar Puan Seo usai tawanya mereda. Perut buncitnya diusap.
"Kau sendiri pun tahu, manager kat situ memang tegas. Nak bekerja kat situ pun kena berpengalaman. Manager kat situ idola aku tahu tak. Dia bukan sembarangan orang. Eh, kalau sesenang tu nak kerja dengan dia, aku pun takkan ada kat sini lah sekarang."
Anna menayang wajah cemberut melihat Puan Seo yang masih menggosok perutnya. Beg tangannya diambil dan disangkut pada bahu.
"Well, takziah untuk puan sebab manager kat situ kawan saya. Eunrim namanya. Banyak pahit manis kami kongsi bersama. Dia pun dah ajak saya kerja sana. Okay bye," Anna mengibas rambutnya ke arah Puan Seo lalu terus beredar pergi dari situ. Sempat dia dengar makian Puan Seo dari belakang. Eh lantak!
Dari situ, terus Anna menaiki eskalator dan menuju ke tingkat 2. Tiger Rice Shop ditujuinya. Oh, Tiger Rice Shop, bukan sekadar nasi rimau. Rawr!
"Hani!" Anna melambai gedik ke arah Hani sejurus figura itu dijumpainya. Terus dia berlari anak ke arah Hani dan Hyeongjun yang sedang terduduk bersama seorang lelaki yang sedang membelakangi dirinya.
"Hai adik Elsa!" balas Hani. Melihatkan Anna sudah datang, terus sahaja dia dan Hyeongjun berdiri. Masa untuk beredar! Anna tersengih ke arah mereka. Lelaki yang sedang terduduk itu dipandang.
"Ni ke bakal suami Anna?"
"Kalau Anna berkenan, ya," balas Hani sambil mengangkat kening. Anna memerhati lelaki itu atas bawah. Wow, tengok dari belakang, badan dia nampak sasa.
Anna menganggukkan kepala ke arah Hani dan Hyeongjun. Mereka berdua terangguk kecil lalu beredar dari restoran itu. Sempat juga Hani usha chef yang bekerja di dapur. Hensem nau!
"Ehem," Anna mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Rambutnya diselitkan malu-malu di celah telinga sambil menundukkan kepala ke bawah. Dia tersenyum manis. Kepala diangkat.
"Anneyonghaseyong— Eh,"
Terkelip-kelip Anna memandang lelaki yang sudah menayang wajah jengkel itu. Eh, Jungkook!
"Suara tu memang kena kepit eh?" soal Jungkook. Anna tersengih petak. Kakinya yang terduduk elok tadi dikangkang. Postur yang elok tadi pun sudah berubah.
"Lah, awak rupanya. Ingatkan jantan hot manalah yang Hani pilih,"
Jungkook mengangkat kening.
"Jadi kau nak cakap aku hot lah?"
"Uh," Anna terdiam seketika. Mengingati semula konteks ayatnya.
"Bolehla—"
"Haluu si adik manis!"
Tertoleh ke tepi kepala Anna dan Jungkook apabila ditegur oleh seorang pekerja kedai ini. Tersenyum manis pekerja itu ke arah mereka berdua. Di dadanya tersemat tanda nama 'Lee Seokmin'.
Anna membalas senyuman Seokmin.
"Haluu si abang pahit!"
"Ha, nak makan apa?" soal Seokmin. Tangannya bersedia memegang pen dan kertas, ingin mencatat pesanan mereka.
Jungkook dan Anna laju mencapai menu di atas meja. Fokus mereka berdua membaca menu itu sebelum Jungkook bersuara membuat pesanan.
"Steak daging—"
"JANGAN LARIII!"
Serentak kepala mereka semua tertoleh ke arah sumber suara itu. Kelihatan pemilik Tiger Rice Shop, Kwon Soonyoung sedang berlari ke sekitar kedai itu. Nampaknya dia sedang mengejar seekor lembu yang namanya... Boo Seungkwan.
Oh yeah, Booseoksoon in your areah!
"Seokmin! Tangkap dia!" lantang Soonyoung menjerit. Pisau di tangannya diangkat tinggi. Lembu Seungkwan itu berlari terkedek-kedek menyelamatkan diri.
"Tidak! Jangan korbankan lemboo!"
"Haih. Saya minta diri sekejap ye," ujar Seokmin sambil tergeleng kecil. Apron dibuka lalu terserlahlah kostum Superman yang dia pakai di dalam. Spender yang ketat itu dibetulkan.
"Hiyark! Super DK akan menyelamatkan lemboo Seungkwan!"
"Woi! Tangkap dia lah bukannya selamatkan dia!"
Makin gawat situasi itu apabila Seokmin mula mengejar Soonyoung yang sedang mengejar Seungkwan. Pelanggan yang ada hanya terpinga-pinga menyaksikan senario di depan mata. Jungkook sendiri sudah terkelip-kelip melihat drama itu.
"Kook, jom balik,"
Jungkook mengalihkan pandangan ke arah Anna. Tampaknya gadis itu sedang memandang ke suatu arah. Terus Jungkook memandang ke arah yang sama. Nampaknya di situ terdapat sepasang kekasih yang sedang bersawit-sawitan.
"Wae?" soal Jungkook ringkas. Anna mencebikkan bibir.
"Terjumpa ex lah pula. Hilang selera," ujar Anna dan terus berdiri dari situ. Matanya kekal memerhati Mingyu dan seorang perempuan yang sedang terduduk tidak jauh dari mereka. Nampaknya mereka sedang berhepi hepi ya. Tagune kamu Mingyu.
"Okey," balas Jungkook tanpa bantahan. Sempat Anna merangkul lengan Jungkook sebelum lelaki itu mengetuainya menuju ke arah kereta Jungkook di tempat parkir.
"Uyo bersihnya kereta," puji Anna sejurus masuk ke dalam kereta Jungkook. Kaya juga Juon ni. Jungkook mengembangkan hidung. Eh tengok abs lah!
"Ey tapi kan, kenapa awak setuju nak datang sini bila Hani suruh? Ke awak tak tahu juga siapa pasangan awak?" soal Anna. Yelah, dia masih ingat lagi bagaimana Jungkook buli dia masa dia jadi Thumbelina dulu. Pertemuan pertama mereka pun dimulai dengan babak Jungkook tarik rambut Anna!
Jungkook sekadar mengangkat bahu.
"Tch," Anna mencebik kecil. Rambut dikibas ke belakang.
"Fine! Tapi kalau awak nak tahu kan, saya ni annoying orangnya," ujar Anna jujur. Maklumlah, tak semua orang boleh bertahan dengan dia. Ni spesies Hee juga. Bukan spesies mood swing selalu, tapi spesies tidak digemari ramai uhuks.
"Ha lepastu saya ni banyak bercakap. Kecuali depan makanan. Tak baik bercakap depan makanan. Saya pun suka berdrama juga! Cita-cita saya nak jadi pelakon tapi ditolak sebab cantik sangat heh. Kesimpulannya, saya gedik!"
"Hmm," gumam Jungkook, kepalanya dianggukkan. Dia menoleh ke tepi memandang Anna.
"Kalau aku cakap aku suka perempuan gedik?"
"Eo?" soal Anna. Ketiak digaru. "Err baguslah tu. Taste awak unik hehe—"
Terhenti terus kata-kata Anna apabila Jungkook mendekatkan dirinya dengan Anna yang berada di seat sebelah pemandi.
"Perempuan gedik boleh tahan juga," ujar Jungkook sambil memandang tepat ke dalam anak mata Anna. Anna menelan liur. Habis dia terundur sehingga belakang badannya sudah bersentuhan dengan hujung tempat duduknya.
"A—Awak nak buat apa?" cuak Anna menyoal dalam keadaan sebegitu. Jungkook tersenyum sinis. Dia semakin mendekatkan diri dengan Anna astaghfirullah apa benda aku taip ni. Anna laju sahaja menutup mata. Tanpa sedar bibirnya dimuncung sedikit. Eh kau
"Pakaikan seatbelt."
Terbuka terus mata Anna sejurus Jungkook berkata begitu. Jungkook sudah mula duduk di tempatnya kembali. Anna melihat ke arah dirinya di mana dia sudah dipakaikan tali pinggang keledar. Wajahnya mula memerah.
Malu kamu Anna. Ha dah jom skip scene diorang sampai rumah sebab perjalanan tu hanya diisi dengan suara Anna yang sengaja bercakap banyak sebab nak cover malu dia.
"Uyo bersihnya rumah," ujar Anna sejurus masuk ke dalam rumah Jungkook. Jungkook menayang wajah cemberut. Apa Anna ingat dia kotor sangat ke? Tadi masuk kereta pun cakap benda sama.
Terus Anna mencapai tangan Jungkook dan berlari terus ke dapur. Tahu pula perempuan ni mana dapur. Di sana, mereka terus menyarung apron dan mula mengeluarkan bahan-bahan.
"Baiklah semua. Selamat datang ke rancangan Mari Memasak bersama peNaKooks! Hari ini kita nak masak kek coklat sebab harini befday si Anna yang cantik!"
"Harini birthday kau ke?" soal Jungkook ingin tahu. Anna laju memandang jejaka yang tinggi 6 cm darinya.
Tinggi betul Anna ni kan. Kalau nak tahu tinggi dia 172 cm. Sikit lagi nak sama dengan Jimin hek!
"Hey, everyday is my birthday!"
Usai berkata sedemikian, Anna mengibas rambutnya ke belakang. Berkerut dahi Juon di belakangnya apabila terkena serangan rambut Anna. Calar muka!
"Ha jom masak! Mula-mula, masukkan tepung ke dalam mangkuk dengan sukatan yang korang nak!" Anna merembat satu pek tepung dan menuangnya ke dalam mangkuk. Terbang habis serbuk tepung itu.
"Uhuk uhuk," habis terbatuk mereka berdua di dapur. Ha tulah gelojoh sangat. Anna mengibas serbuk-sebuk tepung yang beterbangan di sekelilingnya.
"Eyy pergi! Jangan rosakkan make up beta!" ujar Anna. Saat itu juga anak matanya terpandang wajah Jungkook. Terus dia pecah ke dalam tawa.
"HAHHAHAHAHAHAHHSHJSHSJJHAHHAHAHA!"
"Wae?" soal Jungkook. Berkerut dahinya cuba menahan bersin. Anna masih lagi tergelak. Wajah Jungkook ditunjuknya.
"Muka awakkk HSHSHAHAHAHAHHAHA!"
"Waeee?" soal Jungkook lagi. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan ingin mencari cermin. Mengingatkan telefonnya yang berada di poket, cepat-cepat Jungkook mengeluarkannya dan membuka aplikasi kamera.
"Mwoya ige?" soal Jungkook apabila mendapati serbuk tepung itu sudah melekat di hidung comelnya. Cepat-cepat tepung itu disapu pergi. Anna dipandang.
"Yah, lawak ke—"
Terdiam terus Jungkook apabila Anna mencalit tepung itu di dahinya. Tergelak suka Anna jadinya. Dia mencalit lagi tepung itu di pipi Jungkook.
"Uwaa HAHAHAHAH!" Anna tergelak besar. Jungkook yang tidak puas hati langsung sahaja meletakkan tapak tangannya di dalam tepung itu. Lalu tapak tangannya ditepuk pada wajah Anna.
"Ah!" Anna terjerit kecil. Nasib baik sempat tutup mata. Jungkook mengalihkan tangannya yang menutupi wajah Anna. Tergelak besar terus dia melihat wajah Anna yang sudah mempunyai cap tapak tangannya.
"Eee tak aci!" ujar Anna geram. Dia calit sikit je, apa Kook ni balas setepek? Jungkook pula laju melarikan diri apabila dilihatnya Anna ingin membalas. Anna mencebik kecil. Cis!
"Kook, sinilah tolong!" panggil Anna. Bahan-bahan di hadapannya dipandang.
"Tak nak!" jerit Jungkook yang entah dari mana. Anna menayang wajah cemberut.
"Ish sinilah! Tolong buat kek ni! Bukannya nak calit tepung lagi!" jerit Anna. Sambil itu telur dicapai lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung tadi tanpa dipecahkan. Eip, Anna ikut je resepi yang tertulis eh.
"Tak nak! Nanti kau comotkan muka aku lagi!"
"Eh dia ni," Anna mengepal penumbuk mendengar balasan Jungkook. Lengan bajunya disinsing.
Ah, dia masak sendiri jelah!
Dengan itu, Anna mencampurkan bahan-bahan untuk membuat kek coklat mengikut resepi yang dibaca.
"Masukkan sepuluh sudu besar sos cili..."
"Tiga botol minyak. Minyak apa? Jungkook ada minyak petrol je ni. Masuk jelah."
"Masukkan tahi cicak, jika tiada, boleh diganti dengan bulu hidung. Ha nasib bulu hidung Anna panjang. Gunting mana gunting?"
"Gaulkan dengan tangan. Pastikan tangan anda bersalut dengan air liur dahulu. Beres!"
"Potong tiga biji terung atau tiga ketul ayam. Eee tak suka sayur! Jadi kita masukkan ayam."
"Akhir sekali, taburkan kaki udang di atas kek. Okay!"
"Yeay, dah nak siap!" sorak Anna teruja. Oven ditujuinya. Tinggal masuk dalam oven dan siap! Anna membuka pintu oven dan memasukkan kek itu ke dalamnya tanpa mengingati fakta bahawa dia sudah memanaskan oven itu tadi.
"Aduh!" Menjerit terus Anna apabila tangannya bersentuhan dengan oven yang panas itu. Kek coklat terlepas dari pegangan. Nasib juga ia mendarat dengan baik di dalam oven itu. Cepat-cepat Anna menutup pintu oven itu dan menetapkan masa dan suhu berdasarkan resepi.
"Panassss!" Setelah itu, Anna menjerit kuat. Dia membaringkan diri di atas lantai. Jungkook yang sedari tadi hanya memerhati sudah membulatkan mata. Sepantas kilat dia berlari ke arah Anna.
"Arghh panas panas!" jerit Anna sambil tergolek-golek di atas lantai. Ya Tuhan, jari dia kena oven panas je, tapi reaksi dia tu macam jin yang dibakar lepas dengar bacaan ayat Kursi.
"Yah, kau okay tak? Apa jadi?" soal Jungkook yang baru tiba. Anna menghentikan golekan. Wajah Jungkook dipandang dengan wajah ingin menangis. Jarinya yang melecur ditunjuk.
"Kena oven. Panas!" ujar Anna lagi dan sambung bergolek lagi di atas lantai itu. Jungkook menggigit bibir. Sepantas kilat dia berlari meninggalkan Anna.
"Panas panas urgh— Aik?" Terhenti golekan Anna apabila Jungkook sudah tiada di situ. Anna mendudukkan diri. Kiri kanan dilihat.
Cis, Jungkook tinggal dia?!
"Tak guna," ujar Anna. Baru sahaja nak menyumpah seranah, tiba-tiba sahaja Jungkook kembali bersama first aid kit di tangan. Cepat-cepat Anna bergolek di atas lantai semula.
"Panassssss!"
"Sini tangan kau," panggil Jungkook. Anna bergolek ke arah Jungkook, jarinya dihulur dengan sadis. Jungkook laju sahaja melakukan kerjanya. Maaflah saya tak tahu melecur kena letak apa. Selalunya hisap je tempat melecur tu hm.
"Dah siap," ujar Jungkook usai selesai merawat. Anna yang tersengih memerhati wajah hensem Jungkook tadi terus mengubah wajahnya seperti wajah bayi yang ingin menangis.
"Hiks sakit,"
"Lain kali hati-hatilah," ujar Jungkook dingin. Acah dingin je tu, padahal dalam hati punyalah risau. Anna mengangguk lemah.
TING!
"Eh dah siap!" ujar Anna teruja. Terus dia menuju ke arah oven dan ingin membukanya. Namun, Jungkook lebih pantas menepis tangan Anna.
"Tepi. Biar aku ambil,"
"Okeh!" Anna tidak membantah, dia terus berlari ke meja makan dan duduk di situ menunggu kedatangan kek coklatnya.
"Yeay!" sorak Anna apabila kek coklatnya sudah tiba. Jungkook mengambil tempat di sebelah Anna. Kek coklat miliknya dimakan.
"Selamat menjamu selera!" ujar Anna teruja. Sudu dicapai, lalu dia terlihat jarinya yang sudah berbalut. Anna terdiam seketika merancang sesuatu. Dia tersenyum senget sebelum sudu itu dilepaskannya. Terjatuh sudu itu ke atas lantai.
"Aduh! Sakitnya! Kook saya tak larat lah pegang sudu. Tolong suapkan," pinta Anna tanpa rasa malu. Dia menayang wajah comel. Jungkook mengangkat kening.
"Bukan jari kau melecur je ke?"
"Haah. Tapi rasa macam dah patah satu tangan ni!" ujar Anna. Tangan kanannya diangkat. "Aduh aduh!"
"Haish," Jungkook merengus kecil. Anna tersengih. Mulutnya dibuka besar sebesar ikan paus. Jungkook dengan tidak rela menyuap kek coklat ke dalam mulut Anna.
"Uuu sedapnya!" puji Anna. Memanglah sedap, dia yang buat kan! Walaupun ada rasa pelik sikit. Ha biarlah. Jungkook menyuap dirinya pula. Kemudian menyuap Anna lagi. Macam tengah makan dengan baby je. Alhamdulillah kalini mulut Anna tidak lagi digunakan untuk bercakap.
Anna mengunyah kek coklat di dalam mulutnya. Wajah Jungkook dipandang. Saat itu juga anak matanya terlihat krim coklat yang tercalit di hujung bibir Jungkook.
Anna tersenyum senget. Apa ni Jungkook makan comot, macam budak-budak!
"Eherm," Anna berdehem kecil. Tangan kanannya diangkat menyapu krim itu pergi. Seperti di dalam babak-babak k-drama, mereka berdua saling berpandangan dengan romantik.
Terasa seperti dunia sedang berada di dalam slow motion. Anna tersenyum kecil. Jungkook memandang tepat ke dalam anak mata Anna. Perlahan-lahan, tangannya diangkat memegang tangan kanan Anna yang masih berada di hujung bibirnya.
"Kau cakap tangan kau patah tadi?"
"Erkk," hilang terus bayangan babak k-drama itu dari minda Anna. Anna tersengih kecil.
"Sekarang dah sembuh. Hehe!" Anna terus melarikan diri tanpa sebarang kata. Tidak sempat Jungkook ingin berbuat apa lagi.
"Yah!"
Anna berlari laju keluar dari kawasan dapur. Dia berlari masuk ke lorong kanan, kemudian lorong kiri, selepas itu lorong kanan apak besar rumah Jungkook ni. Apabila penat, Anna berhenti seketika. Kiri kanan dilihat lalu dia masuk ke dalam sebuah bilik berdekatannya.
"Uwaa!" Anna memandang sekeliling bilik itu dengan mata bersinar. Ha cuba teka tu bilik apa. Dengan teruja, Anna berlari ke arah peralatan yang berada hampir dengannya.
Bilik gym rawr!
Anna menaiki sebuah basikal lalu dikayuhnya. Sangkaannya, senang sahaja. Tetapi tidak. Nampaknya si Juon telah menetapkan kekuatan basikal itu kepada yang paling berat. Anna hanya mampu tabah tidak pandai menukar ketetapannya.
"Asbshshsjsjs—" Meroyan teruks Anna cuba mengayuh basikal. Tidak mampu meneruskan kayuhannya, Anna akhirnya turun dari basikal itu. Namun disebabkan ini pertama kali dia bersenam setelah lama tidak berbuat demikian, kakinya terasa lembik dan dia akhirnya terjatuh terus di situ.
"Aduh," Anna mengaduh kecil. Kakinya dipegang. Oh inilah akibat tidak bersenam terlalu lama. Baru buat kerja berat sikit otot dah jadi jeli!
"Ahshshhshshs. Nak cuba yang lainlah!" Tidak mahu mengalah, Anna mengesot ke arah susunan dumbell yang berada tidak jauh dari situ. Dumbell itu ditilik. Gila Juon ni. Dumbell yang paling ringan pun mempunyai berat sebanyak 10 kg.
Anna menilik lengannya. Hm, otot tu adalah tapi taklah kuat mana. Tapi takpe, kita cuba. Tak cuba tak tahu kan muehehe.
Anna mengesot ke arah dumbell seberat 10 kg itu. Tanpa bismillah, dia mengangkat dumbell itu dengan dua tangan.
"Astaghfirullah berat namatey!" Mengucap terus Anna di situ. Otot lengannya pun sudah hampir mahu mati di situ. Cepat-cepat Anna letakkan semula dumbell itu, namun nasib tidak menyebelahinya apabila jari telunjuknya tersepit dumbell itu. Haih, saya terharu dengan kelembapan dia.
"Akh! Andwae! Tolong! Tolong! Jungkook!" Menjerit terus Anna di situ. Dia melihat sekeliling yang hanya kosong dan sunyi tanpa sesiapa. Air matanya menitis setitik dua.
Adakah begini pengakhirannya? Mati di tangan sebuah dumbell seberat 10 kg?
"Hiks—" Anna mula berdrama. Hidupnya bagaikan ditayang semula di hadapan matanya. Bermula dari keluar dari rahim eomma, lepastu menjalani kehidupan kanak-kanak dan seterusnya remaja, kehidupan dewasa dan disumpah menjadi Thumbelina oleh si peri yang tidak berguna. Setelah normal, dia pergi date dengan Jungkook dan di sinilah dia sekarang.
Anna melihat jarinya yang tersepit. Terkelip-kelip matanya cuba menitiskan air mata yang berada di hujung kelopak.
"Selamat tinggal dunia."
"Yah."
Sepantas kilat Anna memusingkan kepalanya ke arah sumber suara. Kelihatan Jungkook sudah memasang wajah kerek melihat Anna berdrama dari tadi. Anna mencebik kecil melihat wajah si hero.
"Kook! Tolong! Selamatkan saya! Saya tersepit!"
"Memandailah kau," ujar Jungkook. Dia menapak masuk ke dalam bilik gym itu dan melabuhkan bontot di atas sebuah kerusi.
"Eh, betullah! Tolong saya! Saya dah nazak ni!" ujar Anna. Dia menarik nafas dengan laju, ingin menunjukkan bahawa dia sedang nazak. Jungkook sekadar memalaukan gadis itu. Telefon pintar dibuka.
Jungkook takkan tertipu lagi dengan drama Anna!
"Yaish," melihatkan respond acuh tidak acuh Jungkook, Anna pun menggolekkan dumbell itu dan membebaskan jarinya dari tindihan si dumbell kejam. Wajah Jungkook yang diam memerhati telefon pintar dipandang. Eyy Jungkook ni!
Anna melihat sekeliling. Terus sahaja dia bergerak ke arah treadmill berdekatannya. Tanpa berfikir, Anna berdiri di atas treadmill itu lalu butang ON ditekan.
Anna menekan butang START. Terus sahaja treadmill itu bergerak. Cuak Anna seketika, namun sempat dia membuat larian agar tidak ketinggalan.
"Jungkook Jungkook Jungkook Jungkook!" Makin cuak Anna jadinya apabila treadmill itu bergerak semakin laju. Tak memasal Anna kena pecut kat situ untuk tidak ketinggalan. Jungkook kekal tidak terganggu bermain telefon pintarnya. Dasar Juon.
"Jungkook! Tolong! Tolong!" sekali lagi Anna menjerit meminta tolong bagai seekor ikan yang lemas di dalam minyak panas. Treadmill itu seperti tahu Anna sedang dalam kesusahan. Namun, bukannya lagi diperlahankan tetapi malah dilajukan lagi pergerakan itu.
"Jungkook! Akh!"
Akhrinya Anna terjatuh di atas bontotnya. Bontotnya terduduk di atas treadmill yang bergerak dengan kelajuan astaghfirullah itu dan telah menyebabkan Anna terus bergolek ke belakang. Sadis betul hidup Anna.
"Oh bontotku," Anna memegang punggung. Kejung terus punggung dia.
"Jungkook help. Punggung saya tercabut," panggil Anna dengan nada yang sayu supaya anak Jeon itu terpukau. Namun tidak, Jungkook kekal memekakkan telinga sambil melayan telefon pintarnya. Husnudzon gais, mungkin dia memang pekak orangnya.
Anna mencebikkan bibir.
"Jungkook tolonglah!"
"Eyy jahatnya!"
"Jungkook!"
"Juonn!"
"Arnab!"
"Jebon!"
"Kookieee!"
"Haish," Jungkook akhirnya bersuara. Wajah Anna dipandang.
"Lembik betul kau ni,"
"Hey, tak baik kutuk orang! Macamlah awak tu kuat sangat!" Laju Anna bersuara. Fuh tercalar maruahnya. Namun dia tidak sedar yang dia sedang mencalarkan lagi maruahnya. Jungkook mengangkat keningnya. Telefon pintar disimpan lalu dia bergerak ke arah mesin dengan penarik ha entah apa nama dia i don't know man.
Jungkook menyesuaikan kedudukannya di situ. Kedua tangannya diangkat memegang penarik di atas, lalu dia terus menarik penarik itu dan menyatukan kedua tangannya dengan mudah sahaja. Timbul urat-urat di lengan ketulnya aums.
"Uish," Anna membulatkan mata terkejut melihat. Namun selepas itu terus dirinya ditampar. Eip Anna, jangan impress sangat!
"Eleh, awak letak berat sikit memanglah boleh. Cuba letak yang paling berat!" ujar Anna tidak puas hati. Dia berdiri dan melangkah mendekati Jungkook. Benda hitam di belakang mesin itu dilihat. Tertulis 5kg di situ.
"Hah 5 kilo je! Kan dah cakap," Anna tersengih bangga. Jungkook memberhentikan sesi riaknya. Dia menoleh memandang Anna dengan wajah cemberut.
"Pandailah kau. 5 kg tu untuk satu berat. Cuba kira semua ada berapa,"
"Ceh," Anna mengembangkan hidungnya cuba menahan malu. Dia bercangkung di situ dan mula mengira.
"Ichi dul telu arba'ah fünf six tujuh bā onpatu. Ala 9 je,"
Ha amek 9 bahasa terus Anna hentam. Jepun, korea, jawa, arab, german, english, melayu, cina dan tamil rawr
"Eh—" Seketika kemudian barulah Anna tersedar. Satu benda tu beratnya 5 kg. Kalau didarab dengan 9... 45 kg?!
Ternganga mulut Anna. Jadi Jungkook tarik benda tu dengan berat 45 kg semudah tu je?! Wuish, benda tu nak sama berat dengan Anna sendiri!
"Ini semua dusta! Tepi tepi! Saya nak buat juga!" Tidak mahu mengalah, Anna menolak Jungkook ke tepi lalu melabuhkan bontotnya yang tercabut tadi di atas mesin itu. Kedua tangannya diangkat. Nafas dalam ditarik.
"Hiyarkkkkkk!"
Menguning wajah Anna. Namun mesin itu langsung tidak bergerak walaupun Anna sudah menggunakan segala kekuatannya. Tabahlah Anna. Anti memang lembik.
Jungkook menutup mulutnya yang sedang menguap. Eh jangan salah faham, bukannya dia nak ejek Anna tapi dia memang tengah menguap tu.
"Lembik betul kau ni. Ntah ntah sit up pun kau tak boleh buat,"
"Apaaa?!" Tercabar teruks maruah Anna mendengar ayat itu. Oh ini memang bikin dia berapi! Pantang betul Anna dengar orang cabar dia! Sepantas kilat, Anna turun dari mesin itu dan terus berbaring di atas fitness mat di atas lantai.
"Juon! Pegang saya! Saya akan buktikan yang saya tak lembik dan akan buat sit up!"
"K," ujar Jungkook. Dia bergerak ke arah Anna lalu memegang kedua kaki Anna, menahan kaki gadis itu. Anna menarik nafas dalam. Posisinya dibetulkan.
Mari!
"Hiyarkkkkk!"
Oh nampaknya maruah dia semakin tercalar apabila dia hanya mampu bergerak sedikit sahaja. Teruk nau maruah dia tercalar. Dah berapa banyak calar ni? Kalah calar kat kereta papa Hani.
"Sat sat," Anna bersuara. Dia terbaring lemah sambil memegang perut yang terasa sakit. Apak ah. Memang susah macam ni ke sit up ni? Ke dia yang memang lembik? Oh, perut dia sengaja buat-buat lembik depan Jungkook ni!
"Kejap! Saya nak naik lagi. Hiyarkk!"
Kali ini Anna memaksa perutnya yang mengada itu dan berjaya mendudukkan separuh badannya. Setelah itu dia terbaring lagi di atas tikar. Jungkook menayang wajah 10 sen.
"Kau memang lemb—"
Terhenti terus Jungkook apabila Anna terduduk tegak dari baringnya. Bukan terhenti sebab dia terkejut dengan Anna yang boleh terduduk tegak tu, tapi sebab jarak wajah mereka yang sangat dekat.
Begini sayang WAHAHAHAHAHA
Kaku terus mereka berdua dengan posisi itu. Masing-masing diam tidak berkata apa-apa dan hanya menatap wajah masing-masing. Keadaan menjadi panas seketika. Eh kenapa. Oh patutlah panas, diorang lupa nak buka kipas.
"Awak suka saya ke?"
Ketahuilah apabila berada di dalam situasi itu, otak Anna tidak mampu berfungsi dengan betul. Eh lupa Anna mana ada otak.
"Wae?" soal Jungkook. Mereka berdua masih lagi bertatapan dalam posisi itu. Nampak tak genk, Kook tak cakap tak. Anna terdiam seketika sebelum menjawab.
"Sebab awak type saya HEGEGEGEGE,"
Sekali lagi keadaan menjadi senyap apabila Anna berhenti bersuara. Jungkook menutup matanya secara tiba-tiba dan mendekatkan wajahnya dengan Anna. Eh apeni. Anna yang tidak bersedia terus menutup matanya juga. Oke tak, dia bersedia je sebab bibir dia tengah memuncung sekarang ni.
"Tak."
Usai mendapat jawapan ikhlas dari Jungkook, terus Anna membuka matanya. Saat itu juga dia mendapat satu jentikan di dahi oleh Jungkook. Anna menayang wajah tidak percaya.
Yang Jungkook pergi datang dekat tadi kenapa?!
"Yah!" panggil Anna. Jungkook memekakkan pendengarannya lalu berjalan keluar dari bilik gym itu. Anna mengerutkan dahinya geram dan menumbuk angin di hadapan. Eee Ungkook ni!
Usai menghamburkan rasa geramnya, Anna mengambil telefon pintar di dalam poket. Terangkat keningnya melihat jam yang sudah menunjukkan waktu 8:00 malam. Sekejap nau masa berlalu. Sekejap sekejap pun berapa words dah Hani type ni ngeh.
"Wah dah malam. Mari lari dari sini,"
Disebabkan sewaktu kecil otak Anna terjatuh ke dalam longkang dan dia lupa nak kutip semula, Anna pun berdiri dan mengatur langkah menuju ke pintu utama. Ya, dia nak balik. Seorang diri. Sudahlah gelap kat luar. Tak roger Jungkook dulu!
"Bai Kook!" jerit Anna sedikit kuat sebelum keluar dari rumah besar gedabak milik Jungkook itu. Dia berjalan sambil menyanyi kecil.
"Wae yeppun nal dugo gashina? Tet tet tet tet tet, tet tet nal dugo gashina?"
Anna melihat sekeliling. Gelap betul taman perumahan ni. Memanglah semua nampak gelap je sebelum berlaku benda buruk kan? Muehehe.
Tanpa berfikir untuk mengambil teksi, Anna menyambung perjalanannya sambil karok lagu Gashina lagi. Ha sudah, kalau ada apa-apa tanggung sendiri ye anak dara. Jungkook tengah berak keras kat rumah tu.
"Sayangku~"
Ha baru cakap. Panjang umur pendek akal. Anna menoleh ke belakang apabila terasa dipanggil. Tak sedar diri tu single hm. Kelihatan seorang— eh tak, tiga ekor pak cik mabuk sedang menatap ke arah Anna dengan wajah miang.
Padan muka kau Anna. Keluar sangat malam-malam haa
"Sekor je ke?" soal seorang pak cik yang namanya Jung Taik. Dia tersengih-sengih ke arah Anna. Sebelah lagi tangannya memegang sebotol soju.
"Saya ke?" soal Anna. Tergelak ketiga-tiga pak cik itu.
"Iye kamu, si cantik. Takkanlah lelaki belakang kamu tu pula," ujar seorang lagi pak cik bernama Kwon Berak. Terus sahaja Anna menoleh ke belakang. Seram lah pula ayat pak cik tu. Dia jalan sorang-sorang je!
"Erk, ye. Saya seorang je," jawab Anna. Mendengar jawapan itu, ketiga-tiga pak cik itu pun datang mendekat.
"Nama siapa?" soal pak cik ketiga, Ha Poop. Elok sangatlah tu, Taik, Berak dan Poop. Sesuai dengan perangai masing-masing.
"Nama saya Anna yang gojes," sempat Anna memuji diri sendiri. Melihatkan kesemua pak cik semakin mendekat, Anna berundur sedikit ke belakang. Baru sekarang nak rasa takut?
"Marilah main dengan kami, Anta," ajak Taik. Berkerut dahi Anna jadinya. Bila masa nama dia jadi Anta pula?
"Pak cik pekak ke tak korek telinga? Nama saya Anna. A N N A, Anna!" ujar Anna. Rambutnya dikibas ke belakang.
"Baiklah Elsa, marilah main dengan kami," ajak Berak pula. Anna menayang wajah tidak percaya. Eh apo!
"Pak cik pun sama! Elsa tu kakak saya! Saya Anna!"
"Marilah!" Poop mencapai tangan Anna dan menariknya ke arah mereka. Terjerit kecil Anna jadinya. Terus dia menampar pipi Poop.
"Aduh!" aduh Poop. Anna terus sahaja membuka kedua kasut tingginya.
"Jangan berani-berani sentuh tangan Anna yang mulus ni dengan tangan pak cik yang kotor! Terimalah balasan Anna! Hiyark!" Anna terus membaling kedua kasut tingginya ke arah mereka dan berlari laju meninggalkan kawasan itu dengan berkaki ayam. Sesekali dia menoleh ke belakang, mana tahu pak cik tu kejar ke.
"ARGHHHH TOLONG TOLONG TOLONG TOLONG!"
Anna berlari membuta tuli. Disebabkan dia berlari memandang ke belakang dan langsung tidak terfikir untuk memandang ke hadapan, dia tidak sedar yang dia sedang berlari menuju ke arah sebuah sungai.
"UWARK!"
Menjerit terus Anna apabila dia tergelincir dan terhumban jatuh. Anna memejam matanya erat, bersedia untuk jatuh ke dalam sungai. Namun begitu, dia langsung tidak merasakan dirinya dalam kesakitan. Cepat-cepat Anna membuka matanya untuk melihat sekiranya dia terbang.
"Eh biskut!" ujar Anna teruja sejurus wajah Jungkook menyapa penglihatannya. Tercungap-cungap Jungkook mengambil nafas. Eh bayangkanlah, keluar je dia dari tandas, Anna dah hilang. Punyalah laju dia lari keliling taman perumahan nak cari Anna punya pasal. Lepastu nampak Anna kena kacau and belum sempat nak jadi hero, Anna dah lari dulu.
Jungkook pun apa lagi, kejarlah Anna sampai sini. Sudahlah bontot dia sakit lagi sebab berak keras tadi. Bila nampak Anna lari ke arah sungai, cepat-cepat Jungkook tukar laluan dan guna jalan pintas. Hasilnya, dia berjaya tangkap Anna sebelum gadis ni terhumban masuk sungai.
"Kook saya takut tadi tau!" Anna menghembus nafas lega. Dada Jungkook ditumbuknya kuat tanpa memikirkan akibat perbuatannya. Ha meh Hani bagitau akibatnya. Jungkook yang tidak bersedia pun akhirnya tidak mampu menyeimbangkan diri dan bergerak sedikit belakang. Setelah itu, kakinya secara tidak sengaja telah tergelincir lalu dia terjatuh ke dalam sungai. Anna yang berada di dalam dakapan Jungkook pun termasuk sekali. Tahniah. Tahniah.
"WAAAAA!" Menjerit Anna jadinya. Bukan jeritan teruja, tetapi jeritan penuh ketakutan. Timbul tenggelam kepalanya di dalam air.
"TOLONG! SHSHSHHSJS JUNGKOOSHSHJSJSJSJS TOLONGGG BSJSJSJSJSJ!" Nak mati Anna jadinya apabila air termasuk ke dalam kerongkongnya saat dia meminta tolong. Cemas secemas cemasnya. Anna tak pandai berenang!
"Anna."
"KOOK SNJSJSJSJSJ TOLONGGG SHSHJSJS"
"Anna, sungai ni cetek je."
Anna bagaikan ditampar realiti apabila Jungkook berkata sedemikian. Langsung sahaja gadis itu menoleh ke sebelah melihat Jungkook yang sudah berdiri dengan air sungai yang separas pehanya.
"Oh."
Anna pun berdiri di situ. Halah dia lupa nak guna kaki tadi. Bijak betul.
"Ala Kook! Kaki saya rasa macam dah patah!"
Anna terduduk di situ. Jangan risau, dia tak tenggelam lagi. Jungkook meraup rambut basahnya. Uuu seksi.
"Lepastu?" soal Jungkook. Anna mencebikkan bibir. Kedua tangannya dihulur ke arah Jungkook.
"Dukung!"
"Yaish," Jungkook merengus kecil. Anna kekal menayang aegyonya namun Jungkook lebih bijak mengalihkan pandangannya agar tidak terpukau.
"Alaa Kook dukunglah! Dahlah saya takde kasut ni. Awak nak saya terluka ke berjalan—"
"Fine," balas Jungkook laju. Dia bercangkung di hadapan Anna. Laju sahaja Anna melompat ke belakang lelaki itu. Yeay piggyback. Sudahlah basah. Heh.
"Ha jom. Rumah saya kat sana. Bergerak, kuda! Yeehaw!"
"Mbekkkk," Jungkook sekadar mengikuti sahaja jejak langkah Anna. Dia mula naik ke tebing sungai dan berjalan menuju ke rumah Anna bersama Anna yang menjadi GPS. Ala rumah Anna pun dekat-dekat situ je.
"Jungkook, jom kapel. Saya suka awak," Dalam perjalanan, selamba sahaja Anna mengutarakan bait-bait cintanya huhu konpiden betul. Jungkook berdecit kecil.
"Tapi aku tak suka kau."
"Tak kisah," ujar Anna. Dia nak couple sebab dia suka Jungkook! Lantaklah Kook nak suka dia ke tak. Jungkook mendiamkan diri seketika. Dia tersenyum kecil sebelum menjawab pelan.
"Hmm."
"Eh, umur awak berapa eh?" soal Anna. Selama ni dia layan Jungkook ni macam kawan sebaya dia je. Jungkook terdiam seketika. Dia terlompat kecil ingin membetulkan kedudukan Anna yang semakin melorot jatuh.
"21,"
"Lah tua rupanya. Nak kena panggil oppa lah ni?" soal Anna sambil mengorek hidung. Jungkook mengerutkan dahi. Ayat dia tu macam Jungkook ni dah tua sangat je.
"Jungkook oppa~"
"Tak nak aku," potong Jungkook laju. Anna tergelak kecil. Bahu Jungkook ditampar pelan. Oke sebenarnya dia sengaja lap taik hidung kat baju Jungkook.
"Ha okelah. Jungkook."
"Yah," panggil Jungkook. Anna menyandarkan kepala di bahu Jungkook sambil mengetatkan pelukan pada tubuhnya.
"Apo?"
"Tak hormat orang tua betul," ujar Jungkook. Anna mengerutkan dahi.
"Apo?"
"Panggil aku oppa," arah Jungkook. Anna mengerutkan dahi.
"Tadi kata tak nak?"
"Tapi kau kena hormat orang yang lagi tua," ujar Jungkook. Eceh dia ni. Anna menganggukkan kepala. Dia tersenyum senget.
"Arraseo. Jungkook oppa~"
"Tch," Jungkook berdecit kecil, namun di wajahnya sudah tertampal sebuah senyuman. Harapkan Anna tak nampak je.
"Ha tu rumah saya. Go kuda!"
"Mbekkk," Jungkook berlari anak menuju ke sebuah rumah yang ditunjuk oleh Anna. Usai tiba di hadapan rumah, Anna melompat turun dari tubuh Jungkook.
"Weee~"
"Dah, cepat masuk dalam," ujar Jungkook. Anna menganggukkan kepala. Dia memusingkan badan ke belakang namun terhenti. Cepat-cepat dia memandang Jungkook semula.
"Oppa! Saya tertinggal sesuatu!"
"Apa dia?" ujar Jungkook. Terangkat kening dia melihat reaksi Anna yang cuak itu. Anna menggigit bibir.
"Goodbye kiss!"
Usai berkata begitu, terus Anna mencium pipi Jungkook.
"Saranghae oppa!"
Tanpa berkata apa-apa lagi, terus Anna berlari masuk ke dalam rumahnya. Kaku seketika seketul Jungkook di situ. Apa... Apa yang terjadi?!
Jungkook menggeleng pelan. Dia memusingkan badan dan berjalan pergi dari rumah Anna. Apabila sudah jauh sedikit dari rumah Anna, terus lelaki itu terlompat gembira.
"AHSHSHSH OMAIGOD DIA KISS KSKSKSKSKS!"
Aigoo, Jungkook, Jungkook...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro