✼┊e p i s o d e 3 1 ˎˊ˗
Hai semua! Wah lama gila hani tak update. Last update masa GFriend tak disband lagi. Hmm 😿
Ha oke, mari kita jangan bersenduw di sini. Chapter ni dan tiga chapter akan datang hani akan ceritakan keadaan korang bersama si tercinta sebelum hani update epilog nanti. Ya, epilog. Nak habes dah applyfic ni 😊 nampak tak berapa sukanya hani 😊😊😊
Ha lepastu, ingat tak hani pernah cakap yang ada surprise untuk siapa yang komen banyak ? Ha ni lah surprise nya! Tak ingat sudah ngeh.
Hani kira semua benda yang korang komen dari part 1 sampailah ke chapter sebelum ni ( intro - episode 30 ). Rajin betul hani kan muahhaha tapi buat hw malas pula hiks
Lepastu bilangan komen korang tu, hani darabkan dengan 2 dan hani tulis solo scene korang ni dengan jumlah yang dah didarab tu ! Tak faham sudah hani tak kisah.
Ha sebelum hani lupa, siapa yang komen banyak banyak dalam chapter ni hani akan cepuk kepala dia ! Kita nak enjoy enjoy santai je eceh. Kalau korang selesa komen ha silalah tapi jangan banyak sangat sebab komen korang dah takkan dikira lagi huhuhu nanti hani pula rasa bersalah sebab korang komen banyak sangat
Oke dah cukup membebel. Enjoy !
📌 Mihun (Choco x Sehun)
Comment: 1,250 comments
Solo scene: 2,500 words hik
"Hai Choco! Choco choco choco choco chocolate!"
"Hani, Hani memalukan Hyeongjun. Hai Choco!"
Masuk sahaja Choco ke dalam kafe itu, terus dia disapa dengan Hani dan Hyeongjun yang sedang terduduk di atas sebuah meja. Sempat Choco lihat pelanggan yang lain memandang mereka berdua disebabkan Hani yang tiber je menyanyi sebuah lagu kanak-kanak.
"Yow," sapa Choco. Dia mengatur langkah ke arah mereka berdua lalu melabuhkan bontot di atas kerusi berhadapan mereka.
"Yah, kenapa asyik pakai baju hitam je? Dah macam takde baju lain je!" Hani mengerutkan dahi melihat baju yang dipakai Choco. Choco menjegilkan mata. Wah wah, pantang betul kalau ada orang complain pasal baju dia!
"Eh, suka hati akulah. Sibuk je!" kata Choco. Hani mengecilkan mata. Dalam diam, tongkat sakti dicapai.
"Hani, dia dah nak sampai," Hyeongjun terus menarik Hani berdiri. Dia tersenyum pada Choco manakala Hani sudah menayang riak tidak puas hati. Tak sempat nak tukar baju Choco!
"Kitorang pergi dulu."
"Pergilah," halau Choco. Sempat dia menjelirkan lidah ke arah Hani. Hani ingin membalas, namun Hyeongjun terlebih dahulu mengheretnya keluar dari kafe itu.
Malam ni, Choco ada date dengan seorang jantan! Choco pun tak tahu siapa sebab Hani yang carikan gitew. Jadi di sinilah dia sekarang, menunggu kedatangan si lelaki.
Choco mengambil telefon pintar di dalam poket sementara menunggu kedatangan lelaki itu. Tekan sahaja butang 'ON', terus terpapar wajah Jaehyun yang dijadikan wallpaper.
"Uish—" Choco laju memejam matanya, tidak mahu mencemarkan matanya melihat manusia itu. Haih, tak semena-mena dia teringat akan memorinya bersama Jaehyun dahulu.
Nasib juga dia dah move on. Choco terdiam seketika. Kenapa dia couple dengan jantan tu dulu eh?
Tapi kalau difikirkan balik, memang Choco tak dapat nafikan yang dia tertarik dengan rupa dan personaliti Jaehyun rawr. Biasanya orang yang ada rupa ni takde personaliti, tapi tidak dengan Jaehyun.
Choco termenung seketika. Jaehyun hensem. Jaehyun tinggi. Jaehyun suka apa yang dia suka, gaming. Jaehyun sweet. Jaehyun baik. Dan yang paling penting sekali, Jaehyun sexy aumms.
Hm, kalau lelaki yang datang satgi ada semua ciri-ciri ni, dia akan pertimbangkan. Tapi markah akan ditolak sebab lambat nau dia nak datang!
Sementara menunggu lelaki itu, Choco berkeputusan untuk bermain game Candy Crush. Wah dah lama tak main game.
Sekarang ni Choco sedang menyambung rekodnya yang tersekat di level 5555. Apak susah level ni. Choco sebagai seorang yang pro gamer pun masih tak mampu nak bereskan.
Sedang Choco ralit bermain game, tiba-tiba sahaja mejanya diketuk oleh seseorang. Spontan kepala Choco dongakkan ke atas lalu kelihatanlah seorang jejaka yang sungguh tampan lagi menawan wah indahnya ciptaan Tuhan.
"Woi."
Setelah lama Choco terpaku dengan ketampanan lelaki di hadapannya, barulah dia ditarik semula ke dunia realiti apabila lelaki itu bersuara. Membulat matanya sejurus mengecam wajah lelaki itu.
"SEHUN?!"
Kuat dan jelas suaranya kedengaran di dalam kafe itu. Kesemua pelanggan bahkan pekerja di situ melihat ke arah Choco. Sehun juga sudah membulatkan mata.
"KENAPA KAU ADA KAT SINI?!"
"Weh senyaplah sikit," Sehun menjegilkan mata ke arah Choco. Choco menutup mulutnya yang ternganga. Jarinya ditunding ke arah Sehun.
"KAU KE LELAKI YANG HANI HANTAR UNTUK DATE DENGAN AKU—"
"Joesonghabnida. Joesonghabnida," Sepantas kilat Sehun menekup mulut Choco lalu menundukkan badannya ke sekeliling. Dia melabuhkan punggung di hadapan Choco.
"Suara kau memang tak boleh kuat lagi ke?" perli Sehun. Terkelip-kelip Choco memandang ke arah Sehun.
"EH BOLEH JE—"
"Yahhhshshshsh—" Pantas Sehun menekup semula mulut Choco. Choco menayang wajah cemberut. Tadi dia yang tanya sangat.
"Btw, ye. Akulah lelaki tu. Tak expect kan?" ujar Sehun lalu rambutnya diflip ke belakang. Choco memandang Sehun atas bawah. Erk, macam gila je...
"Eh," saat itu Choco terpandang telefonnya di atas meja. Nampaknya dia sudah mati kerana melebihi masa. Sehun lah ni kacau line! Sehun melirik ke arah telefon Choco.
"Candy Crush?" soalnya. Choco mengangkat kepala memandang Sehun. Keningnya diangkat. Baiklah, masa untuk berlagak.
"Hooh. Level 5555. Disebabkan aku terlebih pro, jadinya aku dah berjaya sampai level ni. Ha jeles tak? Ko ado?" soal Choco sambil mengembangkan hidungnya. Bukannya kagum, Sehun malahan sekadar menjawab "Oh."
"Woi, impress lah sikit. Reaction macam kau dah pass je level ni," ujar Choco dengan wajah yang masam mencuka. Sehun memandang Choco. Keningnya diangkat.
"Kalau aku cakap aku dah pass?"
"Fikir aku percaya?"
Sehun menayang wajah kerek. Telefon pintar Choco diambilnya lalu dia menekan butang Restart. Level 5555 itu dimainkan dengan Choco yang setia memerhati. Sekejap sahaja, level itu mampu dilepasinya. Membulat mata Choco terkejut.
"Sejak bila kau pandai main Candy Crush?" soal Choco. Telefon pintarnya diambil semula. "Bukan game ni je. Kau cakaplah game apa pun. Semuanya aku pro," ujar Sehun. Hidungnya dicuit, tanda berbangga. Choco masih lagi membulatkan mata terkejut.
"Heol. Tak tahu pula aku kau pandai main game. Weh, jom gaming bila-bila," ajak Choco. Sehun menganggukkan kepala.
"On. Dah, jom,"
"Pergi mana?" soal Choco apabila Sehun mula berdiri dari duduknya. Telefon pintar disimpan di dalam poket lalu dia turut berdiri. Saat itu, barulah dia tersedar betapa tingginya Sehun.
"Apak tinggi," ujar Choco. Kepalanya perlu didongak untuk memandang wajah Sehun disebabkan oleh ketinggiannya yang hanya separas bahu Sehun.
"Apak pendek," balas Sehun sambil tersenyum sinis. Choco menayang wajah cemberut. Tidak sempat ingin menumbuk Sehun, lelaki itu terlebih dahulu menarik tangannya dan berjalan laju keluar dari kafe itu.
"Eh laju-laju nak ke man—"
"Sebelum kau tanya, cuba kau tengok semula kafe tu," ujar Sehun. Choco mengerutkan dahi lalu memusingkan kepalanya memandang kafe itu semula.
"Takde pape pu—"
Ternganga mulut Choco melihat kesemua perempuan di dalam kafe itu sedang melihat ke arah mereka. Atau lebih tepat, ke arah Sehun. Kesemuanya sudah tersengih ke telinga dan ada yang tersipu-sipu malu. Tidak cukup dengan itu, ada juga lelaki yang turut memberi mini heart kepada Sehun. Eh kunyit—
Choco lupa pula dia sedang bersama dengan seorang model ulzzang sekarang ni.
"Weh, sejak bila diorang semua pandang kau do?" soal Choco. Seram betul kena pandang macam tu. Dia memusingkan badan memandang Sehun, namun tiba-tiba sahaja Sehun ghaib dari situ.
Berkerut dahi Choco. Main cak cak pula jantan ni. Dia melihat sekeliling lalu kelibat Sehun kelihatan di kedai Tealove yang berada tidak jauh dari situ.
"Eh suka hati je tinggal orang. Tahulah kaki panjang," rungut Choco. Dia berlari anak menuju ke arah Sehun. Nampaknya lelaki itu telah memesan minuman.
"Woi, kau tinggal aku?" soal Choco, bahu Sehun ditepuknya. Sehun kelihatan tidak terganggu, dihulurkan minuman yang baru dibeli kepada Choco.
"Disebabkan aku baik, aku belanja,"
"Wah, bubble tea!" Teruja Choco jadinya apabila minum yang Sehun hulur itu adalah minuman kegemarannya. Terus Choco menyedut minuman itu. Uwaa, sedapnya!
"Macam mana kau tahu aku suka bubble tea? Hani bagitahu eh?" soal Choco. Sehun mengangkat bahu. Bubble tea miliknya disedut.
"Entah. Aku beli apa yang aku suka je " ujarnya. Membulat mulut Choco. "Kau suka bubble tea?" soal Choco. Sehun menganggukkan kepala. Terangguk kepala Choco. Wah, sama.
Eh kejap.
Choco kembali terimbas akan saat di mana dia sedang menunggu Sehun di kafe tadi. Dia ada cakap kalau lelaki yang date dengan dia malam ni ada ciri-ciri yang Choco nyatakan, dia akan pertimbangkan. Dan ciri-cirinya ialah handsome, tinggi, suka apa yang dia suka, sweet, baik, dan sexy uhuk.
Chock memandang ke arah Sehun. Handsome tu handsome lah, kalau tak takkan Choco terpana bila nampak dia mula-mula tadi eceh. Selamani Choco tengok Sehun melalui perspektif sebuah patung dan takdelah nampak Sehun hensem sangat huhuhu.
Tinggi? Wah ini jangan dibuat main, memang jantan ni tinggi. Entah apa yang dia makan sampai jadi tinggi macam ni.
Sehun pun suka apa yang dia suka. Choco suka gaming, Sehun pun! Choco suka bubble tea, Sehun pun!
Oyemji!
"Yah! Mengaku sekarang! Kau stalk aku kan?" tuduh Choco secara tiba-tiba. Berkerut dahi Sehun jadinya. Apa tiber sangat ni?
"Kau fikir aku ada masa ke nak stalk kau?"
"Tulah," ujar Choco. Bubble tea disedut. "Habistu macam mana kau tahu ideal type aku? Kau stalk aku kan! Lepastu kau cuba fit dalam ciri-ciri tu kan?" tebak Choco. Makin berkerut dahi Sehun jadinya. Apa minah ni mengarut?
"Seolma..." Terlopong mulut Choco apabila satu teori muncul di kepala. Jarinya ditunding ke arah Sehun.
"Kau suka aku ke?"
Keadaan menjadi senyap seketika. Choco kekal menunding jari ke arah Sehun dengan wajah terkejut manakala Sehun pula hanya diam memandang wajah Choco. Pekerja Tealove yang sedang memerhati mereka pun menggaru bontot sebentar. Kenapa semua jadi mannequin pulak ni?
"Ye kan? Kan? Kau suka aku kan?" soal Choco lagi. Sehun tidak menjawab, dia kekal mendiamkan diri dan memandang wajah Choco.
"Eih jawablah! Janganlah pandang aku macam aku baru je tumbuh misai!"
"Sebenarnya..." Sehun membuka mulut. Tangannya diangkat lalu ditunjuk di atas bibirnya.
"Kau memang tumbuh misai pun."
"Hah?!" soal Choco. Terus bibirnya disentuh dengan laju.
"Mana? Mana misai?!"
Sehun mengangkat tangannya lalu mengelap air teh yang melekat di hujung bibir Choco. Kaku terus Choco apabila sentuhan lembut Sehun dirasainya. Pekerja yang menguap melihat drama mereka tadi pun sudah terjerit kecil disebabkan momen manis itu.
"Dah takde," ujar Sehun. Bubble tea miliknya disedut lalu Sehun berjalan pergi, meninggalkan Choco yang masih terkaku. Choco membatu terus di situ. Pipinya mula berona merah.
Apa tu?!
"Cik, semoga berjaya dalam hubungan cik," pekerja Tealove yang bernama Monday itu menegur. Apabila ditegur, barulah Choco tersedar ke alam nyata. Dia memandang ke arah Monday dengan wajah blurnya.
"Nae?"
"Lelaki tadi tu. Dia suka cik. Saya boleh nampak," ujar Monday lalu tersenyum manis. Eleh, siapa je yang tak nampak. Jelas kemain kot. Choco mengerdipkan matanya beberapa kali ke arah Monday.
"Oh. Okay," Choco memusingkan badannya. Dia memandang ke hadapan di mana kelibat Sehun sudah berjalan jauh. Tak semena-mena kejadian tadi mula bermain di minda.
Choco tak dapat nafikan Sehun sweet. Okay, dia pass satu lagi ciri.
"Yah! Tunggulah!" jerit Choco. Dia berlari anak menuju ke arah Sehun yang hampir sudah tidak kelihatan bayang. Laju betul dia berjalan. Mesti nak flex kaki panjang. Tak pun jalan laju sebab malu pft.
"Lambat," ujar Sehun apabila Choco tiba di sisinya. "Tch," Choco berdecit kecil lalu menghirup bubble tea. Dia yang tinggal orang, memanglah Choco lambat sampai. Mereka berdua berjalan beriringan di malam hari itu. Tidak berkata apa-apa. Mungkin masih malu dengan kejadian tadi ataupun memang tak tahu nak cakap apa.
"Eh stop stop!" Choco pantas mendepakan lengannya menyebabkan Sehun memberhentikan jalannya. Telefon pintar Choco ambil dari dalam poket lalu dihulur ke arah Sehun.
"Apa?" soal Sehun sambil mengangkat kening. Nak minta nombor ke acane? Choco mencapai tangan Sehun lalu meletakkan telefon pintarnya di atas tangan Sehun.
"Ambik gambar aku,"
Choco membuang bubble tea miliknya ke dalam tong sampah bersebelahan Sehun. Dia berdiri sedikit jauh di hadapan Sehun lalu mula berposing. Sehun pula hanya menurut sahaja. Telefon pintar Choco dipegang dengan satu tangan.
Choco mula tersenyum ke arah kamera, namun senyumannya pudar apabila angin kuat meluru ke arahnya, menyebabkan rambutnya habis menutupi wajahnya. Berkerut dahi Choco cuba menghalang angin tersebut.
"K, tiga,"
Gambar diambil.
"Yahhhh!" rungut Choco tidak puas hati. "Sabarlah dulu! Tak nampak ke aku tengah struggle ni?!"
"Tak," balas Sehun selamba lalu bubble tea miliknya dihirup. Choco mendengus kasar. Dia mendekati Sehun dengan kaki yang dihentak ke atas tanah.
"Hish kau ni! Lain kali pegang telefon dua tangan! Kalau tak hasil dia bergegar nanti!" bebel Choco lagi. Sebagai seorang photographer, cara Sehun mengambil gambarnya tadi memang gagal!
"Nah," ujar Sehun, gambar itu ditekan lalu disua ke arah Choco.
"Ha, kan dah cakap—"
Terhenti mulut Choco dari berbicara apabila melihat gambar itu. Terus dia mengambil telefonnya dari tangan Sehun dan menatap gambar itu lagi.
"Cantiknya!" puji Choco kuat. Gambar yang diambil Sehun sama taraf dengan photographer profesional. Angle dia cantik, tak senget dan tak bergegar macam sangkaan Choco. Di dalam gambar itu juga Choco kelihatan indah dengan rambutnya yang ditiup angin. Nampak cantik lagi-lagi dengan lighting yang elok.
"Heol. Kau..." Hampir sahaja Choco menangis terharu di situ. Seumur hidup dia, orang asyik suruh dia ambil gambar untuk mereka. Tapi bila dia suruh orang, gambar dia buruk dan tak secantik gambar orang lain yang dia ambilkan! Jaehyun dulu pun tak pandai ambil gambar.
"Apa?" soal Sehun. Bubble tea yang sudah habis dibuang.
"Aku nak gambar juga."
"Eo, eo," Choco masih lagi menatap gambar yang Sehun ambil dengan tidak percaya. Oh, selama ini memang dia nak sangat ada boyfriend yang pandai ambil gambar. Choco melirik ke arah Sehun yang sedang berposing.
Ah apa-apa jelah! Sehun masih tak cukup dua kriteria iaitu baik dan sheksi. Choco pasti dia takkan pass dua kriteria ni!
"Okay, satu, dua, tiga!"
Lama juga mereka berphotoshoot sehingga tidak sedar akan awan hitam yang semakin mendekat. Sedar-sedar sahaja ada titisan air yang menitik di tangan Choco yang sedang memegang telefon pintarnya.
"Eo?" soal Choco. Dia mendongak ke atas lalu beberapa titis air menitik ke wajahnya. "Oit, cepatlah," Sehun yang kini sedang berposing gaya sakit mata tengok matahari bersuara. Macam gila je buat gaya tu pada tengah malam ni.
Tapi biarlah. Sehun nak Choco ambil gambar dia banyak-banyak. Bukan sebab nak gambar banyak, tapi Sehun hanya ingin melihat wajah Choco alahai tersengih guwe menaip. Bila Choco ambil gambar dia, wajah Choco nampak serius dan comel je ehek. Alasan kedua dia ialah dia sengaja nak penuhkan storage fon Choco.
"Nak hujan lah," ujar Choco. Saat itu juga setitik hujan menitik masuk ke dalam mata Sehun yang kebetulan sedang mendongak ke atas. Berkerut dahi lelaki itu. Tak guna hujan!
Tidak sempat mahu berbincang apa yang perlu dilakukan, tiba-tiba sahaja hujan yang rintik itu menjadi lebat secara tiba-tiba. Cuak Choco dan Sehun jadinya. Cepat-cepat Choco menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket. Tiber je hujan. Dahlah tak bawa payung!
"Yah, jom lah lari!" Sehun mencapai tangan Choco lalu mereka berdua berlari laju mencari tempat perlindungan. Malang bagi mereka kerana tiada tempat perlindungan langsung yang kelihatan. Sudahlah baju mereka sudah basah. Yang ada hanyalah pokok-pokok di sekeliling, tetapi orang gila je yang akan berteduh di bawah pokok di saat hujan lebat yang berguruh ini.
BAM!
Bunyi guruh kedengaran kuat. Terhinjut bahu mereka berdua terkejut. Lantas mereka berdua meneruskan larian. Saat itu juga, Choco terlihat sebuah cahaya putih memancar tepat di hadapannya.
"EOMMA!" Dek terkejut melihat kilat secara real life itu, Choco langsung mencangkung di situ. Terlepas pegangan tangan Sehun pada tangannya.
BAMMM!
Guruh berdentum kuat. Choco spontan menekup telinganya dengan tangan. Tidak dihiraukan fakta bahawa dia sedang bercangkung di tengah hujan lebat saat ini.
Huwaa, Choco benci kilat!
Sedang Choco berada di dalam mod takut dengan pancaran kilat yang bersambung-sambung itu, tiba-tiba satu tangan menarik dirinya berlari dari situ. Seperti dalam slow motion, Choco mengangkat kepala memandang si penyelamat.
Sehun.
Sehun menarik Choco sehinggalah mereka tiba di sebuah perhentian bas tidak jauh dari situ. Tercungap-cungap mereka mengambil nafas. Choco terdiam seketika.
Sehun memang selalu baik macam ni ke?
"Kau michin ke pabo?" soal Sehun. Choco terdiam seketika. Dia menoleh ke arah Sehun.
"Kenapa kau—"
Dan sekali lagi, seketul Choco terpana dengan pemandangan di hadapannya. Kelihatan Sehun sedang meraup rambut basahnya ke belakang. Selepas itu, baju basahnya dikibaskan sedikit. Ternganga teruks Choco melihat. Omona...
Dengan ini, Choco rasmikan Sehun pass semua ciri lelaki idaman dia!
"Yah!" panggil Choco. Sehun memandang ke arah Choco dengan kening terangkat. Choco menarik nafas dalam.
"Jom couple!"
Yang lain next next next chapter ngeh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro