Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 3 0 ˎˊ˗

APAK PANJANG CHAPTER NI. JANGAN KOMEN BANYAK BANYAK KALAU TAK NAK JARI KORANG PATAH HIKSHIKS

📌 Location : Nini Peri House, tingkat ketiga Nini Peri Shop

"Ugh..."

Hani mengerutkan dahi. Perlahan-lahan matanya dibuka. Kepala dipegang. Aduh, berpusing kepala!

Dia kembali mengingat kejadian yang berlaku semalam. Menegak terus badannya apabila teringat yang dia minum soju minta hajat, buat kali kedua.

"Gosh. Aku tak minta benda pelik-pelik kan semalam?" soal Hani sendirian. Dia memandang sekeliling. Hm, dia ada dalam bilik dia sendiri. Nampaknya hanya dia sorang yang berada di sini.

"Eh..."

Oh tidak, dia tidak berkeseorangan. Di tepi katil kelihatan Hyeongjun dengan nyenyaknya tidur berbantalkan lengannya sendiri walaupun posisi tidurnya kurang selesa. Hani tersenyum seketika melihat budak itu. Eii kiyotnya!

"Oh ya! Thumbelina tu!" Hani mengetuk kepala. Hyeongjun dipandangnya. Hm nak kejutkan ke tak eh?

"Hyeongjun–"

Terhenti terus perbuatan Hani apabila dilihatnya wajah Hyeongjun kemerah-merahan. Dah macam kena belasah dengan orang. Terus sahaja soju minta hajat terpampang di minda.

Alamak! Dia ke yang belasah muka comel Hyeongjun jadi barai macam ni?

"Aduh sakitnya. Um ottokae?" soal Hani cemas. Tengok pun dah nampak sakit. Hish ni semua salah dia!

"Ngeh–" Hyeongjun terpisat-pisat bangun apabila merasakan pergerakan di sekelilingnya. Matanya digosok. Satu senyuman diberi ke arah Hani sejurus anak mata mereka bertemu.

"Anneyong Hani."

"Hyeongjun, kenapa dengan muka Hyeongjun? Hani yang buat kan? Beritahu Hani cepat!" gesa Hani. Hyeongjun tersengih kecil.

"Takdelah," balasnya ringkas. Terus kedua belah bahunya dipegang Hani.

"Jangan tipu! Hani yang buat kan? Hani tahu Hani agresif masa mabuk! Huwaa!" kata Hani. Masa dia mabuk kat pantai haritu pun habis dibelasahnya Jihoon bila lelaki itu ingin mengangkatnya pulang. Nasib juga mulut tu tak cakap apa-apa yang membawa bala.

Oh, mulut!

"Hani ada cakap apa-apa yang mengarut ke semalam?" soal Hani cuak. Mana tahu Thumbelina yang dah kecil tu disumpah jadi lebih kecil ke, ha tak ke mampus. Hyeongjun sekadar tersenyum kecil. Kepala Hani diusapnya.

"Aniyo! Kalau Hani nak tahu, semalam Hani nak ki–"

Terdiam seketika Hyeongjun. Dia berdehem kecil. Ehem. Terangkat kening Hani.

"Ki apa? Kitkat?"

"Aniyo. Semalam kan Hani pengsan, lepastu Hyeongjun angkat Hani masuk bilik," cerita Hyeongjun, sengaja diskip part yang memalukan itu. Hani mengangguk kepala, telinga setia mendengar.

"Then lepas letak Hani kat katil Hani tiber je cakap, Yerin ni monyetlah. Hyeongjun blur sekejap sebab tak kenal Yerin, tapi lepas tu baru Hyeongjun teringat kawan Hani yang kita terserempak kat loji haritu–"

"MWO? HANI CAKAP YERIN MONYET?" Sampuk Hani kuat. Cuak terus jadinya.

Hyeongjun menganggukkan kepala. "Eung! Jadi Hyeongjun cepat-cepat tampal pita pelekat kat mulut Hani supaya Hani tak mengarut benda lain pula," ujar Hyeongjun. Hani menggaru kepala.

"Habistu Yerin? Yerin bangun pagi jadi monyet ke?"

"Mungkin?" balas Hyeongjun. Eh rilek je dia ni. Ala bukan dia yang jadi monyet.

"Lepastu lepastu, masa Hyeongjun nak turun bawah semula, Hani tarik tangan Hyeongjun. Hyeongjun berhenti lah and pandang Hani. Hani pun pandang Hyeongjun. Hyeongjun baru nak berfeeling kdrama, eh tiber je Hani tampar Hyeongjun. Tanjat tau,"

"EH HANI TAMPAR HYEONGJUN KE? GWAENCHANA? SAKIT TAK?" Soal Hani kuat. Hal tentang Yerin menjadi monyet dilupakan seketika. Hyeongjun lebih penting!

Hyeongjun mencebik kecil.

"Sakit sangat! Tak sempat Hyeongjun nak brain, Hani pergi hempuk kepala Hyeongjun sampai Hyeongjun terjatuh. Lepastu Hani terkam Hyeongjun, Hani tarik rambut Hyeongjun and pukul Hyeongjun. Hani ada cakap sesuatu tapi sebab mulut dah kena selotep, Hyeongjun dengar muffles je."

Ternganga mulut Hani. Oh kesiannya Hyeongjun. Ish apa ganas sangat dia ni!

"Mianhae! Hiks Hani tak sedar!"

"Gwaenchana. Nasib baik ada salah seorang doktor dari banyak-banyak lelaki tu. Dia dah tolong rawat Hyeongjun tadi. Jungkook namanya."

Hani mengerutkan dahi seketika. Lelaki mana ni?

"Bukan semalam ada Thumbelina, Hyeongjun, dengan haiwan-haiwan tu je ke?" soal Hani. Hyeongjun menggeleng pelan.

"Aniyo! Ada lagi lelaki lain. Tapi Hani tak nampak kot, sebab Hyeongjun ikat diorang kat kerusi hoho. Mulut pun kena selotep. Siapa suruh diorang bising sangat!"

Oh begitu. Hani mengangguk faham.

"Hyeongjun! Thumbelina?" soal Hani. Seingat dia, semalam lepas minum soju minta hajat terus dia minta Thumbelina jadi normal, tepat-tepat sebelum dia blackout. Harapnya dia tak mengarut apa-apa lepas tu.

Hyeongjun tersenyum kecil. Ehehehehe.

"Hani berjaya! Sumpahan tu dah terungkai! Jom turun bawah, diorang nak berterima kasih kat Hani. Diorang pun nak dengar permohonan maaf Hani secara ikhlas. Kajja kajja!" ajak Hyeongjun.

Tangan Hani ditariknya lalu mereka berdua menuju ke tingkat dua di mana terletaknya dapur dan juga bilik mencipta posyen Nini Peri. Destinasi utama, ruang makan!

📌 Location : Ruang makan, tingkat kedua Nini Peri Shop

"HAHAHAHAHAHAHAHA"

Dari situ jelas kedengaran gelak tawa para manusia yang sedang sibuk bergurau senda. Tidak lupa juga bau makanan yang kuat menusuk rongga hidung Hani. Sebagai seekor peri yang sudah 18 jam tidak mengisi perut, Hani lapar!

"Hyeongjun. Hani malulah nak pergi sana," ujar Hani perlahan. Eleh malu malu pula dia. Hyeongjun menekup wajah Hani dan menghadiahkan sebuah senyuman.

"Tak payah malu! Hyeongjun kan ada!"

"Tapi, bukan Hyeongjun yang sumpah diorang jadi kecil. Hani segan hiks. Semua ni salah Hani," kata Hani dan menundukkan kepala. Alalala dah insaf ye ini anak. Hyeongjun tersenyum. Kepala Hani diusapnya.

"Ala rileklah Hani. Kalau Hani rasa bersalah, nanti Hani minta maaf je kat diorang betul-betul. Jangan naik angin macam semalam! Hyeongjun tahu semalam mood Hani swing sikit sebab baru lepas menjelajah balik dari seluruh negara kan," ujar Hyeongjun.

Hani mengangkat kepala memandang Hyeongjun. Satu senyuman pahit ditayang.

"Dah, jom," Hyeongjun memegang tangan Hani lalu bergerak menuju ke meja makan yang menempatkan jumlah sebanyak 13 orang di situ. 6 betina 7 jantan, termasuk Sanha. Jangan dilupakan manusia yang diculik itu ya.

"Hai korang!"

"Yow!"

"Hai Hyeongjun!"

Sepanjang perjalanan Hani hanya menundukkan kepala. Huhu malu bertentang mata dengan mangsa keadaan. Dia melabuhkan bontot di sebuah kerusi bersebelahan Hyeongjun.

"Ha nah. Makan makan. Buat macam rumah sendiri. Eh tapi ni memang rumah korang pun kan."

Hani menggigit bibir. Dia mengangkat kepala perlahan, sekadar ingin melihat sekeliling.

Kelihatan Thumbelina sedang bergelak ketawa dengan para jantan yang membawa mereka ke sini. Alhamdulillah, saiz mereka telah kembali normal. Hani menghembus nafas lega. Fuh, kurang sikit rasa bersalah.

Tapi ia tak menghilangkan rasa bersalahnya sepenuhnya!

Hani kembali menundukkan kepala apabila anak matanya bertemu dengan seorang Thumbelina yang sudah normal. Hiks.

"Hani, nah," Hyeongjun meletakkan sepinggan makanan di hadapan Hani. Hani sekadar menatap makanan itu kosong. Hyeongjun mengeluh perlahan. Apeni apeni.

"Psst. Kenapa dengan dia tu?" soal Daeun perlahan. Mulutnya memuncung ke arah Hani. Hyeongjun menggaru kepala. Hani dipandang sekilas.

"Dia rasa bersalah lah," ujar Hyeongjun sedikit perlahan agar Hani tidak dapat mendengar. Alhamdulillah berjaya sebab Hani ni pekak orangnya.

"Lah. Suruh lah dia minta maaf. Kitorang maafkan je," ujar Hee pula. Hyeongjun menganggukkan kepala. Dia mendekatkan badan dengan Hani.

"Hani tak nak makan ke?" soalnya. Hani menggeleng perlahan.

"Tak selera lah," balas Hani, masih menundukkan kepala. Hyeongjun mengeluh perlahan.

"Kalau macam tu, Hani minta maaflah cepat-cepat. Baru hilang rasa bersalah tu," kata Hyeongjun. Hani mengangkat kepala memandang Hyeongjun yang sudah mengukir sebuah senyuman.

"Hani takut nak minta maaf hiks. Kalau diorang tak maafkan macam mana?" soal Hani. Berair matanya membayangkan si Thumbelina akan membelasah dirinya sebaik dia meminta maaf. Huwaaa!

"Eip, jangan macam tu. Hani minta maaf je. Diorang akan maafkan. Diorang kan baik. Lagipun Hani tak sengaja," ujar Hyeongjun lagi. Hani menghembus nafas. Baiklah.

"Um. Korang," panggil Hani. Dipandang semula Thumbelina bergilir-gilir namun mereka semua masih galak bergurau sesama sendiri. Eh dasar. Melihatkan Hani macam nak nangis, laju Hyeongjun mengetuk garfunya pada pinggan kaca, menghasilkan suatu bunyi yang menarik perhatian semua manusia.

"Hani nak cakap something," kata Hyeongjun. Kini perhatian semua teralih ke arah Hani pula. Hani menelan liur. Fuh fuh, nervous.

"Korang. Hani nak minta maaf tau sebab sumpah korang jadi Thumbelina. Tak pepasal korang kena hadapi semua ni sebab Hani. Hani memang tak guna huhu. Maafkan Hani ye semua?" kata Hani. Wajah semua Thumbelina dipandang bersilih ganti.

"Eung! Kitorang maafkan!" balas Yeon gembira. Terdiam Hani seketika.

"Eh macam tu je? Korang maafkan? Jinjja?" soal Hani dengan nada terkejut. Ha tak expect lah tu diorang baik belaka. Yelah, semalam bukan main gangster panggil Hani.

"Ha macam tu jelah. Nak macam mana lagi?" soal Choco. Berair mata Hani jadinya. Bukan sebab terasa, tapi sebab terharu. Uhuhuhuhuks–

"HUWAAAA KORANG TERIMA KASIH HIKS HANI MINTA MAAF SANGAT SANGAT, SEMUA SALAH HANI TAPI KORANG SUDI MAAFKAN HANI HUWAAA TERHARU LAH–"

Hani sudah mula mengalirkan air mata. Eh eh dia ni. Baru sahaja Hyeongjun ingin memeluknya bagi menenangkannya, Hani terlebih dahulu berdiri dan menuju ke arah mereka semua. #hyeongjuntabah

"Aigoo janganlah nangis," Eunrim berdiri dan menepuk belakang badan Hani. Thumbelina yang lain juga semua mendekati Hani. Apeni nangis nangis, tak gentle ah witch nangis.

"HANI TERHARU HUWAA! KORANG BAIK LAH! TERHARU TAU TAK TERHARU!" Kata Hani yang masih dalam tangisan. Anna menarik nafas. Ish, tengok orang nanges dia pun nak termenangis.

"Ala! Tu kan perkara yang dah lepas. Kita chill chill je sekarang!" kata Anna. Hani mencebik. Hishshsjshush–

"SAYANG KORANG!"

Tanpa sebarang amaran, terus mereka semua dipeluk erat oleh Hani. Alololo cute je. Mereka semua kekal dalam posisi masing-masing buat beberapa saat.

"Hiks. Gomawo," kata Hani usai dia mulai stabil. Air mata dikesat lalu wajah kesemua Thumbelina dipandang. Eh apeni. Diorang bukan Thumbelina dah. Hm, ini adalah tanda-tanda bahawa applyfic ini sudah hampir berakhir.

"Aww, takde hal lah," kata Anna dan tersenyum. Hani turut tersenyum. Hehehek

"Um by the way, sorry sebab buat korang clash dengan pakwe masing-masing," kata Hani. Teringat pula dekat ex diorang. Masing-masing sudah memasang muka.

"Eh takpe. Diorang memang layak ditinggalkan," kata Hee. Choco dan Anna mengangguk, mengiyakan kata-kata Hee.

"Bethol bethol. Dengan cara ini, dapat kita lihat siapa yang betul-betul tulus untuk kitorang!" kata Choco bersemangat. Hani tersenyum senget. Dia melihat pula ke arah Eunrim, Yeon dan Daeun yang hanya mendiamkan diri. Eik, rindu pakwe ke tu?

"Oh ye! Hani ada surprise untuk korang bertiga, Eunrim, Yeon dengan Daeun! Ehehehek!" ujar Hani gembira. Terlupa sekejap tentang tiga ekor haiwan yang sudah seminggu dia simpan sebagai tebusan. Acah penculik jap.

"Uyoo. Surprise pasal apa?" soal Daeun teruja. Hani tersenyum penuh makna. "Adalah. Nama pun surprise, mana leh gitau!"

"Eh, macam mana Hani tahu nama kitorang?" tanya Eunrim pula. Seingatnya, takde lagi diorang perkenalkan diri masing-masing.

"Hm. Hani dah siasat pasal korang! Jenuh tau Hani mencari ex korang minta maklumat diri korang! Walaupun kebanyakannya bersifat kerek dan hanat, tapi Hani mampu mendapatkan maklumat diri korang and tadaa! Hani tahu nama dan muka masing-masing!" kata Hani dan tersenyum gembira.

"Hehe, jom lah kita makan dulu! Yeon tak sabar nak tengok surprise Hani," kata Yeon. Mereka semua kembali mengambil tempat dan bersembang. Masing-masing galak bergelak ketawa bagaikan sebuah keluarga.

Btw, Jungkook, Jimin, Seungyoun, Sehun, Minhee dan Kangmin ada je kat situ tapi masing-masing jadi bisu sementara agagagagaga–

📌 Location : Nini Peri Shop

"Hyeongjun, kalau ada pelanggan masuk, Junnie layan tau," pesan Hani. Hyeongjun laju melakukan tabik spring. Ayy ayy captain!

Hani mengambil sangkar yang menempatkan tiga ekor haiwan itu dan meletakkannya di atas meja. Kesemua appliers dan love interest mereka hanya memerhati, menunggu surprise Hani.

Ngeh, Hani cakap surprise untuk Yeon, Daeun dan Eunrim je tapi yang nak tengok tu semua sekali.

"Tadaa!" ujar Hani dan tersenyum gembira. Keadaan menjadi senyap buat seketika. Krik krik.

"Yeay! Haiwan baru!" Yeon bersuara, nadanya sedaya upaya dibuat teruja. Kesian tengok surprise Hani takde sambutan. Daeun dan Eunrim turun berbuat sama.

"Yeay!"

"Yaish, bukanlah," Hani menggeleng kepala. Lupa pula. Dikeluarkan tiga haiwan itu dari sangkar.

"Korang kenal tak ni siapa?" soal Hani. Tergeleng tiga gadis itu. Apa yang mereka tahu, tu kucing, rakun dan koala.

"Diorang ni, boyfriend korang!" kata Hani gembira. Dia bersorak kecil. Namun melihatkan respons yang tidak memberangsangkan dari si penerima kejutan, sorakannya mulai mengendur.

"Bwoya..." Hani mencebik kecil.

"Okay, korang ingat tak apa yang boyfriend korang cakap bila diorang nampak korang jadi kecil?" soal Hani. Ketiga-tiga gadis itu kembali terobek.

"Daeun... Sorry. Sunwoo perlukan masa. Mian sangat-sangat."

"Mian Eun. Oppa pun perlukan masa untuk berfikir. Semua benda ni takde logik langsung..."

"Mian Yeon. Oppa rasa... Oppa pun perlukan masa untuk terima semua benda ni."

Ya, perlukan masa. Semua perlukan masa. Ngeh ngeh.

"Taeyong oppa cakap dia perlukan masa. Maksudnya, haiwan ni..." Yeon meleretkan suara. Terlopong seketika mulutnya. Jangan cakap...

Hani menayang senyuman bangga. Eh bangga ye dah sumpah boyfriend orang jadi haiwan?

"Eung! Hani sumpah diorang jadi haiwan!"

Terlopong mulut semua yang berada di situ. Haiwan-haiwan di hadapan mereka dipandang terkejut. Wah, girlfriend jadi Thumbelina, boyfriend jadi haiwan. Nanti anak jadi apa ya?

"Perkenalkan, Sunwoo, Namjoon, Taeyong!" kata Hani sambil menunjuk ke arah rakun, koala dan kucing itu. Ketiga-tiga haiwan itu mendiamkan diri.

"Rawr"

"Grr"

"Meow"

"Namjoon oppa!" Eunrim lantas mengambil koala itu dan mendukungnya. Dipeluknya erat koala itu. Oh bakal suamiku. Mengapa kamu disumpah begini~

"Taeyong oppa! Huhu Yeon rindu oppa!" Yeon pula laju memeluk kucing itu. Eee comel je! Kucing Taeyong mengiau apabila dipeluk oleh girlfriendnya.

"Oh Sunwoo. Apa yang sudah kamu lakukan sehingga menjadi rakun sebegini? Bagaimana kita mahu kahwin nanti? Eomma appa Daeun takkan restu!" Daeun mengangkat rakun Sunwoo dan membalingnya ke udara. Mengaum seketika rakun itu terkejut.

Hani mencebik. Teringat terus kejadian di mana dia hampir mati.

"Kalau korang nak tahu, diorang sanggup cari korang kat Honey Homestay tahu tak! Lepastu, bila tahu Hani yang sumpah korang, diorang jumpa Hani kat sini. Bukannya nak minta pulihkan korang elok-elok, boleh pula diorang cekik Hani! Nasib baik Hyeongjun datang menyelamat, kalau tak mesti Hani dah innalillah dan korang pun menjadi Thumbelina buat selama-lamanya~"

Tergamam semua mendengar cerita itu. Fuyoo bapak ganas jantan-jantan ni.

"Oh btw, diorang acah je tu. Diorang boleh je bercakap macam manusia biasa. Dey, tak payah lah berlakon lah!" Hani mencepuk kepala rakun Sunwoo yang berdekatan dengannya. Selama ni elok je cakap macam manusia, sengaja lah tu nak berlakon sadis di hadapan orang lain.

"Ish, boyfriend Daeun!" Daeun melakukan serang balas dengan mencepuk kembali kepala Hani. Ha amek kau.

"Oppa? Cuba try test bercakap," kata Eunrim. Dia bertentang mata dengan koala Namjoon itu.

"Oppa sayang Eun,"

"Uwaa!" ujar Eunrim teruja. Namjoon tersenyum melihat Eunrim tersenyum. Alalalala

"Anneyong Yeon. Mian oppa tak cari Yeon. Oppa kena kurung kat sini," ujar Taeyong dengan sendu. Yeon menarik hingus. Kepalanya digeleng. Hiks nak nanges!

"Aniyo! Oppa dah berusaha cari Yeon kat homestay tu. Huwaa Yeon sayang oppa!" kata Yeon dan menghamburkan tangisannya. Taeyong menepuk belakang Yeon dengan tangannya yang gebu itu. Kiyotlah! Lepasni nak sumpah Hyeongjun jadi kucenk juga lah.

"Hm. Kami yang single terasa diperli," ujar Choco sendu. "Yaish Hani, cepat tukar diorang jadi manusia semula!" Hee laju menolak tubuh Hani. Hani mencebik kecil. Haloh, dia baru berniat nak lanjutkan sumpahan tu lagi sebulan.

"Cepat Hani! Anna nak tengok diorang berpelukan!" Anna menggoncang tubuh Hani apabila dia tidak berbuat apa-apa. "Eihh tepi tepi! Ha yelah Hani tukar!" kata Hani. Tongkat magik dicapai.

"AREUMDAUNJI MARYA YOU'RE MY CELEBRITYYYYY"

POOF!

Sekelip mata, haiwan-haiwan itu bertukar normal. Yeay!

"Oppa!" Eunrim laju memeluk Namjoon. Uyoo so sweet.

"Yeon, dah dah, jangan nangis," Taeyong pula mengelap air mata Yeon yang dari tadi tak habis lagi. Yeon tergelak kecil sebelum memeluk erat tubuh lelaki itu. Hm hm so sweet pt2

"Daeun!" Sunwoo tersengih. Hepi dapat badan dia dan dapat berjumpa Daeun semula. Daeun tersenyum petak.

"Hai!"

"Ala ape korang ni. Peluklah juga!" ujar Hani tidak puas hati. Ngeh tak sweet lah! Daeun dan Sunwoo saling berpandangan.

"Daeun nak peluk tak?"

"Daeun nak makanan."

"Okay. Hani, bak Sunwoo makanan," arah Sunwoo. Hani mencebik kecil. Apo!

"Eei takmoh!" ujar Hani marah, namun tetap diayun juga tongkat magiknya. Terpampang sebekas tteokbokki di tangan Sunwoo. Tersengih gembira Daeun sebelum dia disuap oleh Sunwoo. Uwuwuwuwu.

"Jeles?" soal Hani penuh makna kepada manusia yang sedang memegang status single mingle pringle. Tercebik semua manusia single apabila diperli. Huh, tahu lah dah ada Hyeongjun!

"Eleh. Kalau takde Hyeongjun awak pun akan single juga rasanya. Entah macam mana Hyeongjun boleh terpikat dengan awak. Ish ish," kata Hee dan tergeleng kecil. Eleh jeles cakaplah.

"Hooh lah. Ayok, kau bagi dia minum posyen ke apa? Sudahlah dia muda lagi. Ha berapa umur dia?" fitnah Choco. Hani menayang wajah tenuk.

"Eeee tak kuasa lah nak bagi Hyeongjun posyen. Kalau posyen berkesan, dah lama Hani bagi semua lelaki hotz dalam dunia ni minum posyen. Macam dia ni ha," tak semena-mena Sanha yang berdiri ditunjuk. Meremang terus bulu roma Sanha. Uish.

"Hmm, Hyeongjun 18 tahun,"

"Eh mudanya! Hani pula berapa tahun?" soal Anna terkijut. Apa Hyeongjun ni, muda muda dah pandai bercouple. Eleh tak sedar diri, dia dengan Hyeongjun beza dua tahun je.

Hani terdiam seketika apabila umurnya disoal. Alamak alamak, masa untuk gelabah.

"Um. Hani berapa tahun? Hani pun dah tak ingat–" Hani berpura-pura mengira umurnya, walhal sedang berusaha untuk mengelak. Fuh dia paling sensitive kalau bab bab umur ni.

"Ha dah ingat. Hani 30 tahun!" balas Hani teruja. "...tambah 2,495," gumamnya perlahan. Ha dia tak tipu umur ya!

"Apak tua 30 tahun! Hyeongjun tahu ke umur Hani?" soal Choco tanjat. Power bethol Hyeongjun ni berkapel dengan manusia yang tua 12 tahun darinya. Hani laju sahaja menekup mulut Choco. Hyeongjun yang sedang melayan pelanggan dipandang cuak.

"Yaish senyap lah sikit! Hyeongjun tak boleh tahu!" kata Hani cuak. Setakat ni rahsia umur dia masih selamat kerana Hyeongjun tidak bertanya. Kalau Hyeongjun tahu, mesti Hyeongjun dah pengsan. Itu belum dia tambah lagi dengan 2,495 tahun.

"Welk, Anna nak bagitau Hyeongjun! Biar dia clash dengan Hani lepastu Hani single. Jom Hee," Anna menarik tangan Hee dan menuju ke arah Hyeongjun, namun laju Hani menghalang. Andwae!

"Ish! Janganlah! Ha korang tak nak jadi single kan? Biar Hani tolong korang dapat boyfriend baru!" tawar Hani. Lagipun memang salah dia diorang jadi single macam ni. Mereka bertiga memandang Hani dengan penuh harapan.

"Jinjja? Betul ni?" tanya Hee. Hani menganggukkan kepala.

"Eung!" balas Hani. Lagipun dia dah nampak dah bakal-bakal suami diorang semua ehehehe. Tersengih suka tiga gadis itu.

"Nak yang handsome tau!"

"Lepastu lagi tinggi dari kitorang!"

"Nak yang berkerjaya!"

"Lepastu lepastu dia kaya!"

"Tak lupa juga dia baik!"

"Ha ye ye aduhmak bising lah korang ni, dah pergi balik sana," halau Hani.

"Oh ya! Macam mana dengan kerja kitorang? Kitorang dah kena pecat ke?" soal Hee. Riak wajahnya bertukar. Almaklumlah dah berapa hari tak pergi kerja.

Hani menayang satu senyuman.

"Don't worry! Nanti Hani settle! Sekarang, korang semua pergi balik dulu. Tata~!" Hani menolak semua manusia keluar dari kedainya. Namun begitu, sempat dia menarik tiga ekor jantan kembali masuk ke kedai.

"Ha korang bertiga jangan lari!"

Terpinga-pinga seketika mereka bertiga. Eh apeni. Diorang tak buat hal pun kan!

Atau, Hani sudah terpikat dengan ke'hot'an mereka?

"Jeon Jungkook, Park Jimin, Oh Sehun," tutur Hani. Ketiga jantan itu mengawal riak masing-masing.

"Korang kan? Majji?"

"Ya. Kenapa?" balas Jimin mewakili semua. Hani tersenyum senget.

"Ceritanya macam ni. Hani kena carikan calon boyfriend baru untuk Anna, Hee dan Choco. Diorang nak yang hensem, tinggi, berkerjaya–"

"Lepastu apa kaitan dengan kitorang?" sampuk Jungkook. Makin melebar senyuman Hani jadinya. Ehehehehe~

"Untuk pengetahuan korang, Hani ialah seorang witch. Witch ni boleh je tengok isi hati dan baca fikiran orang lain kalau dia nak,"

"So?" soal Sehun dingin. Hani menggulingkan biji mata. Ey slow bethol!

"Ish! Tak payah buat-buat tak tahu! Hani boleh baca isi hati dan fikiran korang!" kata Hani. Ketiga jantan itu masih diam. Tidak mengerti point utama Hani.

"Jeon Jungkook! Awak suka Anna kan?"

"Uhuk–" tersedak terus anak Jeon itu. Hani menunding jari ke arah Jimin pula.

"Park Jimin! Awak suka Hee kan?"

Memerah muka Jimin jadinya. Kepala ditundukkan. Alalalala malu lah kena expose.

"Ha awak Oh Sehun! Awak suka Choco kan?"

"Aku? Suka Choco? Tch, mengarut," dalih Sehun. Hani menayang wajah cipanzi.

"Yaish tak payah berdalih. Tahu lah malu! Jadi Hani nak tolong korang dapatkan cinta hati korang yang tengah frust sebab single tu. Nak Hani tolong ke tak?"

Ketiga-tiga jantan itu saling berpandangan.

HAHAHAHAHA UYI TAHNIAH SEMUA SEBAB DAH BERJAYA KEMBALI NORMAL SETELAH BERABAD KENA SUMPAHAN THUMBELINA! TAHNIAH JUGA KEPADA EUN, YEON DAN DAEUN KERANA BERJAYA GETBACK DENGAN BOYFIE MASING-MASING YEET. TAKZIAH KEPADA ANNA, HEE DAN CHOCO YANG MASIH SINGLE. JANGAN RISAU, KALAU DAH JODOH TAKKAN KEMANA CIECIECIE

OKEY BABAI, SAYANGHAE! 💜💜💜💜💜💜

NAH HANI TAG SEMUA APPLIERS, KOT KOT ADA YANG TERBUANG DARI LIBRARY KE UHUSK

S1T1_S4BR1  villetriss  chocowithluv  ENHYPENNIKI_  adriana__a  dreamrapper_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro