Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 2 5 ˎˊ˗

📌 NaKook
(sesungguhnya kita semua adalah penakook pft tibah)

"Ugh ugh,"

Anna mengerutkan dahi. Tidurnya terganggu apabila dirinya terasa seperti tidak boleh bergerak.

"Ehmhmhmh–"

Anna cuba untuk duduk namun tidak mampu. Seolah-olah ada sesuatu yang berat menindih dirinya.

"Aarkjsmgmgsnf–"

Berkerut-kerut dahi gadis itu cuba menggerakkan badannya, namun tidak mampu. Anna menghembus nafas cuak. Degupan jantungnya semakin laju.

Pada saat itu, mindanya tiba-tiba sahaja teringat akan sesuatu.

Sleep paralysis...

Bahasa Melayu, kena tindih...

Oh my god.

"To–Tolong–"

Dengan suara seraknya Anna cuba bersuara meminta pertolongan. Uh tak sangka jadi kecil pun boleh kena tindih. Selama ni dia saiz normal tak pernah pun kena. Atau, rumah Jimin yang memang–

Anna menghembus nafas. Rasa nak nangis dek terlalu takut. Dia cuba menggerakkan jari tangan dan jari kakinya. Fuh boleh.

Nafas dalam ditarik. Sekali lagi Anna cuba menggerakkan badannya namun tidak mampu. Dia mula berasa sukar untuk bernafas. Berat mak aih–

Cit cit cit cit

Terkaku terus Anna apabila satu bunyi asing kedengaran. Perlahan-lahan, dia memberanikan diri untuk membuka mata. Melihatkan 'benda' yang sedang menindihnya, nak saja dia termuntah disebabkan wajah buruknya dan bau busuknya.

Jangan muntah Anna, terasa benda tu nanti (○゚ε゚○)

"T–T–Tikus–" Tergagap Anna jadinya. Membulat matanya melihat seekor tikus sedang tertidur nyenyak di atas badannya.

"Ottokae?" gumam Anna perlahan. Bibirnya digigit. Dia lenguh, nak bangun, tapi nanti tikus ni terbangun pula lepastu gigit dia AAAA–

Eh tikus boleh makan orang ke?

Ah, kalau lipas boleh makan diorang, kenapa tidak tikus?

Anna cuba menggerakkan kepalanya memandang tepi, di mana seekor Jeon Jungkook sedang terbaring di atas katil.

"J–Jungkook!"

"Yah!"

"Jungkook bangun!"

"Tolong!"

Dengan hanya berbisik, Anna cuba mengejutkan Jungkook. Macamlah anak bujang tu nak bangun mendengarkan bisikan dia yang halus dan lembut tu. Anna mengeluh perlahan.

Cit cit

Meremang bulu roma Anna mendengar bunyi itu. Takut-takut dia memandang kembali ke arah tikus di atas badannya.

Tikus itu kelihatan seperti sedang mengalami mimpi ngeri. Dahinya berkerut– jap tikus ada dahi ke? Tikus itu kemudiannya menggerakkan badannya. Laju sahaja Anna mengambil peluang untuk menggolekkan badannya ke tepi, namun tidak berjaya kerana kakinya tidak sempat melarikan diri.

"Huff huff," Anna menghembus nafas berat. Kakinya yang masih ditindih oleh si tikus dipandang.

"Okay okay. Fuh," Anna cuba bertenang. Wajah tikus itu dipandang. "Tikus ni tidur mati kan? Ah apa-apa jelah," gumam Anna sendirian. Nafas ditarik sebelum dia dengan berhati-hati menarik kakinya daripada tindihan si tikus durjana.

"Ah beratnya. Tikus ni makan batu ke apa. Tak reti nak diet?" lancang mulut Anna mengutuk tikus obesiti itu. Kakinya masih lagi ditarik namun kekuatan Anna tidak mampu menandingi berat si tikus.

"Ah jebal..." Anna menggigit bibir. Jungkook dipandang lagi.

"Yah!"

"Bangunlah!"

Anna merengus geram. Wajah Jungkook yang masih lena dibuai mimpi dipandangnya tajam. 

"YAH! TAK RETI NAK BANGUN KE!"

Dek rasa terlalu geram dengan anak bujang yang terlebih pekak dan tak reti nak bangun tu, Anna secara tidak sengaja melepaskan geramnya dengan menjerit. Kelihatan Jungkook mengerutkan dahinya buat seketika sebelum mengubah posisi baringnya dan kembali tidur.

"Eh jantan ni mencabar kesabaran betul," gumam Anna perlahan. Nafas ditarik dalam. 

Cit cit

Terhenti terus pergerakan Anna mendengar bunyi itu. Niatnya ingin menjerit sehingga tekak tercabut terpaksa dikuburkan. Beban di kaki Anna menghilang secara tiba-tiba. Dengan perlahan, Anna menoleh kepalanya ke arah tikus yang menindihnya sebentar tadi.

CITTTTT

"AHHHH!"

Anna mengeluarkan jeritan hipersonic menggunakan suara high-pitch nya. Kalah bunyi dolphin fuh. Disebabkan frekuensi yang terlalu tinggi, tikus yang baru sahaja mengaum tadi terbaring di atas meja itu dengan kedua tangannya menutup telinganya.

Melihat tikus itu mengalami masalah pendengaran buat seketika, Anna laju sahaja mengambil peluang itu untuk lari dari situ. Dia berlari dan berlari, sesekali kepala ditoleh untuk memandang si tikus.

"AH OMMA!" 

Anna menjerit kecil apabila kakinya tersadung jam tangan Jungkook yang berada di atas meja itu. Dia terjelopok jatuh di situ. Membulat matanya apabila mendapati dia berada di hujung meja. Sekiranya dia tidak tersadung jam itu, pasti dia akan berlari tanpa memandang ke hadapan dan akhirnya jatuh dari meja itu.

CIT CIT

Anna menoleh ke belakang. Kelihatan tikus itu sudah bangkit dan sedang mengejar dirinya. Cemas Anna jadinya. Kiri kanan dipandang, cuba mencari sebarang benda yang boleh dijadikan senjata. Tanpa berfikir panjang, lantas diambil sebatang pen yang tidak berada jauh dari situ.

CIT CIT CIT

"YAH! PERGI! JANGAN DEKAT!" 

Anna menghalakan pen itu ke arah tikus sejurus dia menekan butang yang ada di situ. Tikus itu mengaum apabila diugut sebegitu. Bagaikan tidak takut dibunuh, ia berjalan beberapa tapak ke hadapan sambil berbunyi.

CIT CIT CIT CIT

"YAH BERHENTI! BERHENTI SEKARANG!" Anna menjadi gelisah. Dia melangkah beberapa tapak ke belakang sehinggalah dia berhenti kerana tiada ruang lagi di situ. Jikalau dia berundur lagi, dia akan terjatuh dari meja. Tikus di hadapan dipandang.

CIT CIT CIT

Tikus itu dengan beraninya masih berjalan ke hadapan. Anna yang berada di hujung tanduk hanya mempu mengacu hujung mata pen itu ke arah si tikus bersama ugutan.

"J-JANGAN DEKAT! KALAU TAK AKU CUCUK KAU NANTI! PERGI KAU SANA! PERGI– OMO!"

Tikus itu laju sahaja menepis pen Anna ke tepi. Terlopong mulut Anna. Tikus itu dipandangnya takut, manakala si tikus sudah menayang senyuman psychopath. Bibirnya dijilat.

"MIANHAE HUWAAAA TOLONG LEPASKAN SAYA! ALA SAYA GURAU JE TADI RILEK BRO! TOKSEY SERIOUS SANGAT HUWAAA MIAN JANGANLAH MAKAN SAYA LAGI AT LEAST BAGILAH SAYA JADI NORMAL DULU AND KAHWIN DAPAT ANAK HA LEPASTU NAK MAKAN MAKANLAH HUWAAAAA"

Anna terus sahaja melutut di hadapan tikus itu dengan kedua tangannya dicantumkan bersama. Bersungguh dia meminta agar dilepaskan, namun tikus itu hanya memerhati dengan senyuman yang masih tidak memudar.

"Mianhae..." Apabila merasakan tiada apa berlaku, Anna perlahan-lahan memberhentikan ucapannya. Tikus itu dipandang takut-takut. Hairan apabila tikus itu hanya diam tidak melakukan sebarang tindakan.

"Y-Yah," panggil Anna perlahan. Tikus yang asalnya meniup kukunya dengan diva mengangkat kepala apabila Anna bersuara. Tangannya diregangkan.

"Dah habis?" soal si tikus. Membulat mata Anna terkejut. Matanya digosok. Dia tak mimpi kan? Tikus tu bercakap...?

"Sekarang..."

Tikus itu menayang sebuah senyuman sebelum wajahnya bertukar serius.

"AKU AKAN MAKAN KAU! YEAY LAPO!"

"AAAA JUNGKOOK TOLONG!"

Tikus itu melompat ganas ke atas Anna, sekaligus menindih badan manusia ketot itu. Anna meronta-ronta minta dilepaskan. Badan si tikus ditumbuk dengan padu supaya dia dilepaskan.

"Eh kau diam boleh tak?" si tikus bersuara geram. Ia tidak dapat fokus apabila mangsanya asyik bergerak-gerak dan tak reti duduk diam. Sedar tidak sedar, mereka berdua semakin bergerak ke tepi meja, sedikit sahaja lagi mereka akan terjatuh–

"AAAAAAAA"

"CIT CITTTTTTTTTTT"

Akhirnya terjatuhlah dua ketul makhluk dari meja itu. Masing-masing menjerit bagai nak tercabut anak tekak.

Nasib menyebelahi Anna kerana dia laju sahaja disambut oleh seorang manusia yang baik hati, manakala si tikus dengan sadisnya terjatuh sehinggalah badannya menghempap lantai. 

Tetapi jangan risau, si tikus itu berjaya mendarat dengan kakinya di atas lantai. Laju sahaja ia melarikan diri apabila perasan akan kehadiran seorang manusia di sana.

"AAAAAAAAAAAAAAAAA–"

"Kau boleh senyap tak?"

Laju Anna membuka matanya apabila mendengar suara seorang jantan yang serak-serak basah, suara baru bangun tidur aums. Dia menghembus nafas lega apabila wajah anak Jeon terpapar di hadapannya.

"Fuh. Mana tikus tadi?" tanya Anna. Jungkook melihat sekilas ke bawah sebelum duduk di atas katil dan meletakkan Anna di atas meja.

"Dah lari," balas Jungkook singkat. Mulutnya yang terbuka luas akibat menguap ditutup.

"Oh. Bila awak bangun?" soal Anna. Jungkook menatap wajah Anna dengan mata yang sedikit sepet, barangkali mengantuk.

"Dari first time kau panggil nama aku. Aku dah terbangun, saja je nak tonton drama free depan mata hoho."

"Oh."  balas Anna singkat. Jungkook mengangkat sebelah kening. Ingatkan patung ni nak marah, tapi 'oh' je yang dia dapat?

"Gwaenchana? Kau ada cedera mana-mana ke?" soal Jungkook prihatin. Tangan kecil Anna dicapainya dan dibelek. Membulat matanya melihat baju di bahagian lengan Anna sudah terkoyak, kesan cakaran tikus jelas kelihatan.

"Yah, tikus tu cakar kau," ujar Jungkook, jelas kedengaran di tona suaranya bahawa dia cemas. Laju sahaja laci meja itu dibuka, first-aid dikeluarkan.

"Hiks Jungkook,"

Pergerakan Jungkook terhenti apabila namanya dipanggil Anna. Dia melihat ke arah Anna, di mana gadis itu sudah menitiskan air mata.

"Museoweo..."

Jungkook menggigit bibir. Tanpa sebarang kata, tangan Anna dicapainya dan disapu dengan ubat antibiotik. Tangisan Anna yang mengganggu fokusnya cuba dihiraukan, namun dia tetap mendengar tangisan gadis itu.

Ha rasa bersalah lah tu sebab tak tolong Anna dari awal. Dasar juon.

"Dah siap. Ada luka kat mana-mana lagi ke?" soal Jungkook sejurus tangan kecil Anna dibalut dengan penuh kasih sayang eceh. Anna sekadar menggelengkan kepala, namun tangisannya masih tidak berhenti.

"Berhentilah menangis eo? Aku kan ada kat sini..." Wajah Anna diangkat memandangnya. Tangisan di pipi Anna diusap lembut oleh Jungkook. Satu senyuman dihadiahkan.

"Hiks– kenapa awak ta–tak tolong sa–saya le–lebih awal– tsk. Sa–saya takut tsk ti–tikus tu ma–makan s–s–saya tsk–" Tersedu-sedan Anna cuba berbicara. Jungkook tersenyum bersalah.

"Sorry, aku–"

Tak sempat Jungkook menghabiskan ayat, Anna terlebih dahulu rebah di situ. Jungkook laju menangkap gadis itu agar dia tidak terjatuh. Pipinya ditepuk perlahan.

"Anna, bangun," Jungkook meletakkan jarinya di lubang hidung Anna. Alhamdulillah masih bernafas. Jungkook memandang wajah pucat Anna. Rambutnya yang menutupi wajahnya diselak.

Tersengih seko-seko hani taip benda ni hm. Takpe, nanti hani nak buat scene 'suwit nak mati tahap yang membaca ni semua kena diabetes' dengan hyeongjun uwu. Nantikan kemunculan kami!

"Aigoo, mesti dia pengsan sebab takut sangat ni," ujar Jungkook dan tersenyum kecil. Anna dibaringkan buat seketika di atas meja, manakala Jungkook mengemas katil itu sedikit. 

Setelah itu, Anna diangkat dan dibaringkan di atas kati. Jungkook kemudiannya membaringkan diri di sebelah Anna. Tubuh kecil Anna diselimutkan Jungkook.

"Mianhae..." ujar Jungkook perlahan. Dia tersenyum kecil sebelum menarik tali lampu mejanya, menutup lampu tersebut. 

Aigoo aigoo!

📌 HyeongNi
(anggap je ni hari ketiga korang stay kat sana. Imagine lah sendiri sweet moment korang dengan l.i masing-masing, hani pun dah kekeringan idea + senduw melihat sweet scene korang uhuhuks jadi berilah kami ruang untuk bersawit seketika HAHAHAHAHGA)

Kring kring

"HOO NINI PERI IN YOUR AREAH! Selamat datang– Eo Hani,"

Hyeongjun laju mendapatkan Hani yang baru sahaja masuk ke dalam Nini Peri Shop itu. Hani meletakkan kunci penyapu terbangnya di atas meja. Punggung dilabuh di atas kerusi dan dia mengeluh kecil.

"Hani Hani. Ottae, jadi tak Hyeongjun tiru suara Hani? HOO NINI PERI IN YOUR AREAH!" Hyeongjun mula mengajuk suara Hani yang high-pitched. Walaupun suara dia kedengaran seperti mak nyah apabila melakukan slogan utama Hani itu, namun Hani dengan longlainya mengangkat thumbs up tanpa langsung memandang ke arah wajah comel Hyeongjun.

Hyeongjun tersenyum nipis apabila diberi thumbs up sebegitu. Fuh, penat dia berlatih lepas Hani suruh dia buat benda pelik macam tu. Katanya, dia serahkan Hyeongjun jaga Nini Peri Shop buat sementara. Dia busy sikit akhir-akhir ni, selalu ke sana ke mari nak cari patung-patung tu.

Kesian betul peri tu. Ramai orang yang ambil kesempatan di dalam kesempitan dia. Kalau nak tahu, ramai orang yang telah melakukan fake report tentang si Thumbelina. Ada yang cakap kat Pulau Jeju lah, kat tandas awam lah, kat loji kumbahan lah, dan macam-macam lagi. Hani dengan bengapnya percaya akan semua tu dan pergi melancong ke seluruh dunia. Hasilnya, tenaga habis, tapi patung tak dapat. Apalah nasib.

"Junnie. Hani rasa, kalini apa yang budak Felix tu report betullah. Hani ada tunjuk gambar diorang kat pekerja kedai Kim's Doll Shop, and dia cakap patung tu dah terjual," adu Hani. Kepala diletakkan di atas meja. Ada juga kepala dia meletup nanti kang. Serabut betul.

Hyeongjun tersenyum pahit melihat keadaan si girlfriend terchenta. Kepala Hani diusap perlahan.

"Hani tak try call pembeli tu ke? Kat sesetengah kedai, kita kena tulis nombor phone and nama kalau nak beli barang," tanya Hyeongjun lembut. Hani mengangkat kepala memandang Hyeongjun. Mulutnya dicebik.

"Dah. Pekerja tu ada minta nombor phone diorang sebab dia takut diorang nak pulangkan semula Thumbelina suatu hari nanti. Yelah patung tu mahal. Kalau bankrup boleh refund balik. Hani dah call nombor yang tentera, tapi..."

"Tapi...?" soal Hyeongjun. Hani menarik hingus. Hiks hiks.

"Tapi orang lain yang jawab! Pekerja tu kata abe hotz yang beli tapi bila Hani call nombor diorang, nenek tua yang angkat! Bukan tu je, ada buruh, pekerja sampah, hakak gangster, baby 4 bulan dan student yang rude nak mampos. Nampak sangat diorang letak nombor phone fake!"

Hani mula melepaskan tangisannya di situ dan mengaum bagai anak ayam kehilangan kepala. Hyeongjun menggaru kepala, tidak tahu mahu berbuat apa di dalam situasi itu. Dengan kekok, dia hanya mengusap rambut Hani sahaja.

"Gwaenchana gwaenchana! Jangan mengalah tau Hani! Hyeongjun pasti nanti Hani dapat jumpa patung-patung tu. Don't give up!" Hyeongjun cuba memberi kata-kata semangat. Hani yang awalnya meraung bagai nak mati mula beransur tenang mendengar kata-kata itu.

Hm, sebenarnya dia bukan nangis sebab si patung tu. Dia nangis sebab tak dapat nombor abe hotz. Huwaa melepaslah dia tak boleh nak tackle diorang! Kenapa diorang letak nombor palsu! Urgh!

Dah, shh. Tak boleh cakap kuat-kuat, nanti Hyeongjun terdengar lepastu dia merajuk dua ribu alaf.

"Haih. Ni semua salah Hani. Kalau Hani tak sumpah diorang haritu..." Hani termenung sendirian memikirkan nasibnya yang sungguh malang. Eh eh, malang lagi nasib si patung tu. Tapi at least diorang dapat jumpa abe hotz.

"Janganlah macam tu Hani. No sedih sedih, eo?" Hyeongjun tersenyum, cuba menenangkan hati gundah gulana Hani. Tak solat macam ni lah jadinya– astaghfirullah. Bertaubat semua.

Kring kring!

"Eo ada orang. Hani duduk sini tenangkan diri dulu ye? Biar Hyeongjun layan pelanggan tu," ujar Hyeongjun lalu satu senyuman comel diberi kepada Hani. Uwu cair Hani jadinya.

"HOO NINI PERI IN YOUR AREAH! Selamat datang, maaf suara tak berapa elok harini. Saya Junnie Peri, bakal suami Nini Peri. Apa yang boleh saya bantu?"

"Oh, hai Junnie Peri. Saya datang nak panjangkan leher saya. Ada posyen panjangkan leher?"

"Sekejap ya, biar Junnie cari."

Perbualan di antara Hyeongjun dan pelanggan itu kian menghilang dari pendengaran Hani kerana peri itu sudah tersesat di dunia khayalannya eceh. Mindanya kembali teringat akan momen di mana dia mabuk dan menyumpah seranah si patung itu.

"Kalau boleh aku nak sumpah semua perempuan tadi tu jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha!"

Hani memandang ke arah jari tengahnya yang kecil molek itu. Satu keluhan dilepaskan. Eyy dia ni buat masalah betul lah.

"Ni semua salah Jihoon. Kalau dia halang aku betul-betul, aku takkan masuk dalam funfair tu," Itu dia seketul Nini Peri dengan rasa tidak bersalahnya menyalahkan kesalahannya ke atas orang lain yang mempunyai tiada kesalahan atau tidak bersalah dalam hal salah yang dilakukan oleh Hani sedangkan sudah terang lagikan benderang bahawa Hani yang salah di dalam hal salah ini, ya dia yang salah, bersalah lagikan dipersalahkan. Uyeah.

"Seokjin opppaaaa! Kembalilah hidup sayangku!"

Berkerut dahi Hani apabila suaranya kembali bergema di dalam kepala. Menegak terus badannya apabila mendengar nama yang tidak asing itu. Kepalanya diketuk beberapa kali.

Dia... Ada wish benda lain ke masa mabuk? Maksudnya bukan wish appliers jadi Thumbelina je?

Hani mengerutkan dahi, cuba mengingat semula apa yang dia berleter pada hari kejadian.

"Kalau boleh aku nak sumpah semua perempuan tadi tu jadi kecil sekecil middle finger aku ni ha!"

"Seokjin opppaaaa! Kembalilah hidup sayangku! Hani terseksa di sini ksjkshhskshjshsks,"

"Bila jodoh aku nak sampai ni? Nak kahwen woii nak kahwennnnnnnn!"

Melopong mulut Hani. Nampaknya, dia wish tiga perkara ni masa minum soju tunaikan hajat tu.

"Wish yang pertama... Diorang dah jadi Thumbelina," gumam Hani sendirian. Dia menoleh ke tepi memandang Hyeongjun yang sedang beramah mesra dengan pelanggannya.

"Wish yang ketiga, jodoh aku pun dah sampai," gumam Hani dengan konfiden bahawa Hyeongjun itu jodohnya. Dah tahu pun sibuk lagi nak tackle jantan lain, ish ish.

"Kalau macam tu... Wish yang kedua.. "

Berair mata Hani apabila mengingatkan momen-momennya bersama lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi buah hatinya suatu masa dahulu...

"Seokjin opppaaaa! Kembalilah hidup sayangku!"

Hani menitiskan air mata mengingat kenangan bersama lelaki yang dicintainya itu...

"Oppa, Hani nak bagi pickupline ni. Oppa jawab 'tak tahu' tau."

"Baiklah maduku."

"Oppa tahu tak apa beza oppa dengan Hani?"

"Um ala susahnya. Tak tahulah sayang."

"Hehe bezanya, oppa lelaki, Hani perempuan. Sweet tak? Hani ciplak dari gugel."

"Sweet nak mampos sayang. Oppa rasa macam dah kena kencing manis."

"HEHE OPPA NI LAWAKLAH!"

"Seok–Seokjin oppa..." Hani menarik hingus.

"Oppa! Jom kita naik sampan tu!"

"Okay sayang."

"Wah ada babi laut! First time Hani nampak babi laut tau!"

"Iye sayang? Noob betul baby ni."

"Noob tu apa oppa?"

"Noob tu comel."

"EHE GOMAWO OPPA!"

"Adakah... Oppa akan kembali hidup..." Hani mengesat air matanya.

"UHUK UHUK OHOK UHUK OHOKS HUKS HAKS AHAK OHOK UHUK!"

"Oppa, oppa okay tak ni? Asyik batuk macam orang nak meninggal je dari tadi."

"Hani sayang. Hani kena tabahkan diri tau. Oppa... Disahkan menghidap penyakit Spiderman..."

"Uyoo penyakit apa tu oppa? First time dengar,"

"Ada labah-labah gigit oppa semalam..."

"Maksudnya lepas ni oppa boleh terbang lah? Macam Spiderman?"

"Tak sayang. Oppa... UHUK UHUK AHAK OHOK UHUKS AHAK ADOI AHSUK OJOKSHSKHOKS KOK KOK– Oppa dah tak lama..."

"Oppa..."

Hani memejam matanya erat. Memori beberapa abad yang lalu kembali menjengah fikiran. Di mana dia boleh sahaja mengubati penyakit Spiderman yang dihidapi oleh Seokjin, namun dia tidak melakukannya kerana takut identitinya sebagai seekor witch akan terbongkar, lalu Seokjin meninggalkannya... Oh tidak...

"Oppa, jangan mati lagi! Hani nak bagitahu something ni hiks,"

"Ha–Hani sebenarnya seorang ahli sihir huwaa! Hani tahu oppa akan terkejut, Hani takut kalau oppa tinggalkan Hani kalau Hani jujur. Maafkan Hani oppa, Hani boleh je sembuhkan oppa selama ni. Tapi Hani takut oppa tahu identiti Hani. Mianhae!"

"Mianhae oppa! Hani tahu Hani tak berguna. Hiks pergilah dengan tenang. Hani tak sanggup tengok oppa menggelupur lagi. Maafkan Hani! Saranghae oppa!"

"Saranghae oppaaaaaaaa!!!!"

KPRAKK

"HUWAAAAAA"

"Saranghae Seokjin oppa..."

Hani membuka mata. Kain lap meja dicapai dan dihembus segala hingus ke situ.

Adakah... Seokjin akan kembali hidup...?

Hani kembali teresak apabila mengingatkan lelaki itu. Magic wand yang berada di atas meja dilihat.

Dia yang bunuh Seokjin... Dengan magic wand itu! Dia boleh sembuhkan Seokjin tapi dia tak buat!

Betapa dia rasa bersalah terhadap lelaki yang pernah menjadi raja Korea Selatan pada suatu masa dahulu. Dia rasa sungguh bersalah... Walaupun dia telah diseksa kerana telah membunuh Raja Seokjin pada zaman Goryeo dahulu, namun rasa bersalah itu masih tidak hilang.

Kalau Seokjin hidup...

Dia nak minta maaf atas segalanya...

Dah asal jiwang sangat ni? Asalnya nak buat suwit muwit dengan Hyeongjun. Hm tak apalah. Bagi Seokjin sedikit screen time #seokjinworldwidehandsome #seokjintampan #stanseokni

Hai anuck anuck !

Um dulu hani ada cakap yang tak payah komen banyak banyak kan? Hoho. Korang lupakan jelah apa yang hani cakap dulu !

Asalnya memang hani tak nak korang patahkan jari korang dengan komen banyak banyak hiks. Hani ingat lepas hani suruh camtu semua bagos tak komen sepatah habuk pun kat af ni. Tapi hee pula terlebih nakal dan rajin pergi komen banyak banyak huwa !

Jadi kalau korang nak komen banyak banyak ha komen jelah. Tak nak sudah. Meh hani bagi spoiler; nanti akan ada surprise untuk manusia yang komen banyak ehek :D

Bai saranghae ! 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro