Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 2 2 ˎˊ˗

📌 Location : Rumah Abe Jimeng

"Kami dah balik!"

Pintu dihempas kuat dari luar. Tak lama selepas itu, masuklah beberapa orang jejaka hensem ke dalam rumah banglo dua tingkat ini. Jelas terpancar keletihan di wajah masing-masing.

"Di mana kamu wahai barbie-barbie sekalian?" tanya Minhee seraya melihat sekeliling. Langsung tiada kelibat si kecil di mana-mana. Para jantan yang lain turut berbuat sama, mencari si patung. Masing-masing berjalan dengan penuh berhati-hati, takut-takut terpijak benda yang tidak diingini.

"Jantans, diorang ada kat sini lah!" teriak Jimin dari dapur. Berlari kesemua jantan ke dapur sejurus mendengar panggilan Jimin. Manusia ketot yang sudah tertidur di atas meja makan dipandang.

"Aww, hodohnya~" puji Jungkook dan tergelak kecil. Tangannya diangkat ke arah Anna yang sedang elok tertidur sebelum hidung Anna ditariknya ke atas.

"Eh budak ni. Tak padan dengan umur," Seungyoun menampar lengan sasa Jungkook. Tergeleng sedikit kepalanya.

"Eyy," Kangmin pula sudah tidak henti mencubit pipi Daeun. Berkerut dahi Daeun sambil cuba menepis tangan yang menganggu tidurnya. Nasib baik tak terbangun manusia tu.

"Aih, jom lah masuk bilik," ajak Sehun, badannya dipusing untuk berjalan menuju ke tangga. Namun Seungyoun pantas menarik tangan Sehun sekaligus menahannya pergi.

"Ha lepastu, patung ni nak tinggal kat sini?" tanya Seungyoun. Sehun sekadar menjeling anak-anak patung itu dan mengangkat bahu. Amboi, lepas tanggungjawab ye bang.

"Ala takkan kita nak bawa dia tidur dengan kita. Siapa yang nak beli sangat patung ni? Kangmin kan. Ha Kangmin pergi bawa diorang masuk bilik Min," arah Minhee selamba. Membulat mata Kangmin mendengar. Eh dia pula?

"Ala hyung. Tapi, um tapi..." Kangmin kekeringan idea untuk membantah arahan Minhee. Dia melihat ke arah manusia ketot di atas meja itu. Alahai, banyaknya. Bagi dia sekor dah la.

"Kesian Kangmin. Kalau kita bahagi-bahagi tak boleh ke? Sorang amek satu patung," cadang Jimin. Kesian tengok muka Kangmin, nampak macam nak nangis je budak tu.

"Betul betul. Kesian Kangmin. Ish ish, apalah Minhee hyung ni," Jungkook menepuk bahu Kangmin beberapa kali, kepala digelengkan kononnya tanda tidak menyetujui idea Minhee. Eh kau, mengaku jelah yang kau tak puas lagi buli patung tu.

Btw dalam af ni Jungkook lagi muda dari Minhee. Hani ikut umur yang korang letak kat form dulu ufufu. Ni urutan umur dia kepada sesiapa yang nak tahu.

Sehun - 27
Minhee - 23
Seungyoun, Jimin - 22
Jungkook, Kangmin - 21

Hani pun taktahu kenapa Hani bagitau korang tentang ni HAHAHA mari berbalik kepada cerita...

"Nah, pilih."

Kesemua jantans melihat ke arah Sehun apabila dia bersuara. Perhatian mereka seterusnya teralih kepada kertas yang sudah dikoyakkan kepada beberapa keping di atas meja.

"Sorang pilih satu kertas. Lepastu kena ambil patung yang tentera kat kertas tu," terang Sehun apabila melihat jantan yang lain bengong sebegitu. Mereka semua mengangguk faham.

"Oh."

Keadaan menjadi senyap buat seketika.

"KOOK NAK YANG NI"

"EH TEPI TANGAN TU, MINHEE DULU AMEK"

"Ala Minmin nak patung yang tu,"

"Harap dapat patung tu,"

"Hm sesungguhnya guwe redha je patung mana-mana"

"Kalau aku tak nak ambil aci tak?"

"Okey, hyung kira sampai tiga, semua buka ya."

Masing-masing dugeun dugeun dengan kertas di tangan. Sehun ni pun, kalau diikutkan boleh je amek patung yang diorang nak. Sibuk nak buat undian eyy.

"Yass Kook dapat patung galah. Meh sini kau," tanpa membuang masa, laju sahaja Jungkook menyambar Anna yang sedang tertidur lena di atas meja. Terpinga-pinga Anna terbangun apabila dirinya diangkat sebegitu rupa.

"Patung galah. Dengar sini. Mulai harini kau akan jadi mangsa aku MUAHAHAHAHAHAH" tutur Jungkook kejam sambil memanjat anak tangga ke biliknya. Anna yang mamai sekadar menganggukkan kepala dan meneruskan tidurnya, membiarkan Jungkook tergelak jahat seorang diri.

"Ala, patung cengeng," Minhee mencebik melihat tulisan yang tentera di kertasnya. Kalau boleh dia nak elakkan patung cengeng tu. Tak syok nanti. Buli sikit dah menangis. Huhu. Dengan penuh tidak puas hati Minhee mengambil Yeon dan membawanya masuk ke biliknya sambil membebel kecil.

"Tch, patung suara kuat." Sehun menjeling Choco yang sedang tertidur dengan mulut yang ternganga di atas meja. Dia menayang wajah jijik sebelum mengangkat Choco dengan hanya menarik baju patung itu dan diletakkan di dalam poket bajunya. Lagak macam jijik sangat nak pegang Choco.

"Patung ayu!" Seungyoun tersenyum sendirian. Hmm, dia tak kisah pun dapat patung mana-mana tapi kalau boleh dia nak Eunrim. Yelah, nama pun ayu, mestilah senang nak jaga dia yedok?

Senang, jangan buat dia marah sudah la. Kalau tak mampus hang kena tumbuk. Jangan main-main.

"Yeay! Patung kuat tido!" Kangmin bersorak kecil usai membaca tulisan yang tentera di kertasnya. Berpeluh ketiak dia nervous punya pasal. Laju pipi Daeun dicubitnya buat beberapa kali sebelum dia membawa patung itu masuk ke biliknya.

"Patung panas baran? Macam dah takde nama lain je nak letak," jantan yang terakhir pula, Jimin sudah tergeleng kecil melihat kertasnya. Hee yang tertidur di atas meja dipandangnya.

"Fuh nasib baik juga dapat awak. Hewhew," gumam Jimin sendirian. Badan Hee diambilnya dengan penuh berhati-hati dan berura-ura untuk beredar namun terhenti apabila terpandang meja makan yang berselerak dengan makanan pagi tadi.

Sekeliling dipandang. Nampaknya cuma dia seekor je yang berada di situ. Yang lain semua dah masuk bilik. Tabahlah kamu.

"Diorang memang nak suruh aku kemas semua ni. Mentang-mentang aku tuan rumah. Eyy ada juga aku halau sekor-sekor satgi."

Untuk scene solo ni, korang komen part korang pun takpe je hehe

📌 HeeMin, 6:30 a.m.
(canteklah nama ship korang, macam nama bakal anak korang–)

"Huwaa~"

Hee menguap besar. Matanya dibuka perlahan-lahan. Melihatkan dia berada di suatu bilik yang asing, Hee terus mengubah posisi baringnya kepada duduk.

"Ah sudah. Makhluk mana yang culik aku ni?" tanya Hee sendirian apabila mendapati dirinya berada di dalam sebuah bilik yang sangat asing. Wangian deodorant jantan dihidu Hee. Meremang bulu romanya memikirkan yang dia sekarang berada di dalam bilik jantan.

"Skskksks jantan mana–" belum sempat Hee menggelabah, anak matanya tertangkap akan kelibat sesuatu di tepi katil. Lantas otaknya berfungsi mengenal pasti wajah si jantan.

"Oh. Dia."

Hee diam memerhati lelaki itu membutang baju kemejanya. Dah jangan fikir bukan-bukan, ada singlet kat dalam tu!

Lelaki itu tampak tidak perasan akan Hee yang sudah terbangun. Dia mendekatkan diri dengan cermin. Wajahnya ditilik.

"Wah. Hensemnya guwe."

"Uhuk uhuk–" terbatuk Hee mendengar ayat dari lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sendirian di hadapan cermin sebelum berjalan menuju ke pintu bilik.

"Eh eh. Nak pergi mana tu?" tanya Hee. Dia berlari anak di atas katil itu.

"Yah! Tunggu!" Hee menjerit kuat apabila lelaki itu hanya selamba memulas tombol pintu dan keluar dari bilik. Hee kena palau!

"Yaish. Pekak sungguh lah! Orang panggil takkan tak dengar? Menyusahkan! Kau tunggu satgi urgh. Dahla puji diri sendiri hensem like oh my god itik peliharaan aku pun lagi hensem lah dari dia–"

Tak henti mulut Hee membebel tentang lelaki itu. Almaklumlah, nama tak tahu lagi tu yang asyik panggil lelaki tu hoho. Sambil itu Hee menggelongsor turun dari katil dengan bantuan selimut.

Inilah jantan, bangun tidur bukannya nak kemas katil. Semua berterabur.

"Aku pula yang kena kejar dia. Dahlah kaki pendek. Eyy dia ni tak reti nak fikir ke apa–"

Hee berlari anak menuju ke pintu dengan mulut yang masih tidak berhenti membebel. Tanpa berfikir panjang, manusia ketot itu menyelinap masuk di bawah lubang pintu. Nasib baik muat.

"Dia lupa ke yang dia bawa aku masuk bilik dia ha? Aku syak kalau dia ada anak, dia pun lupa kat mana dia letak anak dia. Ish ish, malang betul yang jadi isteri dia tu."

Hee meneruskan perjalanannya sehinggalah dia bertemu dengan anak tangga yang menghala ke bawah. Dari atas, dapat dia lihat jantan itu sedang memasak seorang diri. Bunyi ketang ketung kedengaran bergema di seluruh pelosok rumah. Cuma penghuni rumah je yang pekak pekak belaka, itu yang masih tertidur lena.

"Ah sudah. Tangga pulak dah." Hee menggaru kepala yang tidak gatal. Bibir digigit. Um patut ke dia turun satu persatu anak tangga? Wuish boleh tahan banyak anak tangga.

Hee menoleh ke arah pemegang tangga di sebelah. Patut ke dia panjat dan menggelongsor ke bawah? Hm, kalau terjatuh tu mati terus–

"Ala ala. Um tanak mati, safety first!" Setelah hampir beberapa minit diserang dilema, Hee akhirnya memutuskan untuk menuruni anak tangga satu persatu. Biar lelah asal selamat!

"Wah wah. Penat," Hee terduduk di atas anak tangga. Tercungap-cungap dia cuba mengambil nafas. Nampaknya banyak lagi anak tangga yang bersisa. Hee menoleh ke atas.

"Hah? Baru 3 tangga?" tanya Hee kuat dek terkejut. Baru turun 3 tangga dah penat. Hee mula mengira kesemua anak tangga. Ada 20. Hm semputlah nak.

"Ish, yang dia sibuk nak duduk kat rumah dua tingkat ni dah kenapa? Menyusahkan je!" bebel Hee lagi. Dia mula menuruni anak tangga itu lagi. Sesekali dia berhenti mengambil nafas dan berehat.

"Huff huff!"

Setelah beberapa minit yang terasa begitu lama berlalu, Hee akhirnya berjaya sampai ke anak tangga yang terakhir. Terbaring dia di atas lantai dengan nafas tercungap-cungap. Wah, pagi-pagi dah berpeluh. Boleh sihat kalau hari-hari macam ni.

"Okay sekarang, jom cari jantan tu!" Hee mengubah posisi kepada duduk. Kiri kanan dipandang. Mencari si pencuri hati– eh eh.

Hee bangkit dari duduknya. Kaki kecilnya diayun sambil matanya ligat memerhati sekeliling, ingin mencari kelibat jantan tadi. Almaklumlah jantan tu satu-satunya manusia yang dia nampak dalam rumah ni, tu yang desperate sangat nak cari dia.

"Ish dia ni pun, beli rumah sebesar alam–" bebelan Hee terhenti apabila hidungnya tertangkap bau-bauan yang sungguh enak dimakan begitu saja~ Laju kakinya berjalan menuju ke arah sumber bau itu. Perutnya sudah berbunyi kelaparan.

Hm, semalam tak sempat makan malam. Main mafia sampai tertidur petang tu. Baru sekarang bangun. Uhuhuhu.

Terhenti kaki Hee apabila terlihat akan lelaki tadi sedang terduduk di kerusi meja makan. Bau makanan yang sedap semakin kuat menusuk rongga hidung Hee.

"Yah!" panggil Hee kuat. Ala tak kisah lah jantan tu lagi tua ke apa ke, Hee lapar sekarang ni!

"Yah!" panggil Hee lebih kuat, namun lelaki itu kekal tenang menikmati sarapan paginya.

"Eh pekak betul!" teriak Hee geram. Tanpa berfikir panjang, Hee menghayunkan kakinya ke arah lelaki itu– atau lebih kepada menghentak kaki lelaki itu. Kaki putih lelaki itu ditatap Hee.

"Nak buat apa eh? Nak gigit tapi geli lah pulak. Aku bukannya semut." gumam Hee sendirian, cuba memikirkan cara untuk mendapatkan perhatian lelaki itu. Sedang dia berkira-kira untuk menarik kuat kuku kaki lelaki itu, satu suara menyentakkannya.

"Eh, awak buat apa kat situ?"

Badan Hee diangkat dan diletakkan di atas meja. Hee memandang lelaki yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

"Eh by the way kita tak berkenalan lagi kan? Park Jimin imnida!" ujar Jimin teruja, jari telunjuknya dihalakan ke arah Hee, ingin bersalaman. Hee menatap jari itu dan wajah Jimin bersilih ganti sebelum tangan kecilnya menyambut jari Jimin yang tak kalah kecilnya.

"Han Jihee."

Jimin mengangguk kecil mendengar ayat Hee.

"Cantik nama, macam nama bakal isteri saya hohoho," ujar Jimin sebelum tersengih malu. Hee membulatkan mata mendengar ayat Jimin.

"Eh boleh pula awak dengar eh? Tadi saya punyalah terjerit-jerit panggil awak dekat bilik, takde pula awak dengar. Sengaja palau ke ha? Tau tak penat tau saya nak turun tangga dengan kaki ketot ni. Lepastu saya berjalan lagi nak cari awak–"

Bebelan Hee terhenti apabila Jimin menyumbat telur hancurnya ke dalam mulutnya. Tapi disebabkan Hee ni lebih kecil, maka Jimin secara tidak sengaja menempel telur hancur itu ke muka Hee. Tertutup habis muka Hee dengan telur hancur itu.

"Eh maaf–" Jimin mengalihkan telur itu. Tergelak kecil dia melihat wajah masam Hee. Hee menjeling tajam ke arah Jimin. Nak mati lelaki ni!

"Mana yang lain?" tanya Hee. Tisu yang berada di dalam kotak di sebelahnya cuba ditarik dengan bersusah payah. Jimin yang baik hati menarikkan tisu itu untuk Hee. Hee dengan kasar mengelap wajahnya dengan tisu itu. Tak puas hati.

"Diorang still tidur lah tu. Biasalah, saya ni model. Jadual packed. Tu yang kena bangun awal daripada diorang. Makan pun sorang-sorang," ujar Jimin bernada sedih, manakala seketul Hee pula cuba menahan gelaknya mendengar pekerjaan lelaki itu.

"Awak model? Pft HAHAHAHAHA"

Tak bisa menahan, akhirnya tawanya terlepas jua. Jimin menatap Hee dengan riak ingin menangis. Apeni terasa titew.

"Wae? Lawak ke?" soal Jimin. Hee menggelengkan kepala, masih tergelak kecil. "Takdelah. Muka tu okay je. Um, tapi tinggi tu macam..."

Hee melihat Jimin atas bawah sebelum tawa terlepas sekali lagi. Jimin menayang wajah garang. Ish tinggi jangan disebut!

"Wae? Saya tinggi lah!" bentak Jimin. Semakin sakan Hee tergelak mendengar ayat itu. Jimin merengus sebelum sambung makan telur hancurnya tanpa menghiraukan Hee. Gewram!

"Tapi kalau awak berdiri dengan yang lain, awak nampak pendek HAHAHA" kata Hee lagi, masih tidak berhenti gelak. Apabila tidak menerima sebarang respons daripada Jimin, barulah tawanya beransur hilang. Hee kemudiannya diam memerhati Jimin yang enak memakan sarapannya.

"Laparnya..." ujarnya, perut yang kempis diusap perlahan. Melihatkan Jimin yang makan tak ingat dunia, Hee berlari anak ke arahnya dan duduk di atas pinggannya. Puppy eyes ditayang.

"Apa? Nak sikit?" tanya Jimin. Laju Hee mengangguk. Wajah extra kesian ditayang. Jimin tersenyum senget sebelum mengangkat sekeping bahagian telur hancur lalu disua ke arah Hee.

Apa lagi, Hee terus membuka luas mulutnya. Mata ditutup, menunggu makanan masuk ke dalam mulut. Namun, tiada apa yang dirasakan masuk ke dalam mulutnya. Hee membuka mata, hanya untuk melihat Jimin dengan gembira menyuap telur itu ke dalam mulutnya sendiri.

"Tak boleh~" kata Jimin. Lidahnya dijelir ke arah Hee. Hee menayang wajah tidak sangka. Wah wah. Kejam nau. Menyesal ejek dia pendek.

"Ala Chim. Jebal. Lapar ni. Semalam tak makan apa-apa pun. Umm lapar. Mian eo? Chim tak pendek, Chim tinggi hehe. Tinggi sangat, macam pokok kelapa. Eh tak, macam Burj Khalifa ha. Tinggi nak mati," kata Hee. Wajah penuh kasihan ditayang bagi menambah perencah rasa.

"Tu bodek ke perli?" tanya Jimin, sebelah kening diangkat. "Mestilah bodek hehe. Tak perli pun," balas Hee laju. Walhal dia memang nak perli pun. Dah pendek tu pendek jelah. Amboi.

Jimin tersenyum kecil melihat patung kecil itu sehingga terbentuk eyesmilenya. Tergamam seketika seekor Hee melihat. Pft.

"Arraseo. Nah," Jimin memotong telur itu kepada kepingan yang lebih kecil dan menyuakannya kepada Hee. Hee dengan teruja terus membuka luas mulutnya.

"Tapi..."

Telur yang asalnya disua kepada Hee dipusing ke arah Jimin. Hee menayang wajah cemberut. Ada tapi pulak dah.

"Tapi apa?" tanya Hee. Matanya tidak henti menatap ke arah telur. Telur, I'm coming!

"Tapi, saya nak awak panggil saya Chim. Boleh? Saya suka, comel je," kata Jimin lalu tersengih suka. Hee mengalihkan pandangan ke arah Jimin.

"Ish mengada. Ha yelah. Cepat-cepat, lapar ni!" Hee memberi Jimin pandangan '😒' sebelum membuka luas mulutnya. Jimin tergelak kecil. Telurnya disua ke arah Hee dan kali ini, telur itu berjaya masuk ke dalam mulut Hee. Tahniah, tahniah!

"By the way kan Hee," Jimin membuka mulut. Hee yang sedang gembira mengunyah telur itu dipandangnya.

"Kenapa muka awak merah? Malu eh?"

Tersembur telur di mulut Hee.

"MANA ADA MALU! BUAT APA SAYA NAK MALUNYA? AWAK INGAT AWAK CAKAP COMEL SAYA NAK TERUS BLUSHING LAH? HAH? DAH CEPAT SUAP, SAYA LAPAR!" Hambur Hee laju. Tergelak Jimin melihat reaksi Hee. Aigoo aigoo.

"Arraseo~"

Yang lain coming soon, mohon bersabar ye anuck-anucks ヘ( ̄▽ ̄*)ノ

Baidaweyh kan korang, boleh tak korang tolong request scene korang dengan love interest ? HAHAHA sesungguhnya hani kekeringan idea uhuks–

Komen kat bawah tau ! Kalau boleh tak nak terlebih panjang, tapi tak nak juga terlebih simple HAHA beshe beshe je tau

Siapa tak komen jangan menyesal kalau hani tak buat scene korang dengan l.i hoho. Pastikan scene tu dalam kereta tau, sebab korang tengah dalam perjalanan nak pergi rumah nini peri tu ha.

And maafkan hani kalau personality l.i korang tak sama macam apa yang korang catat kat form tu HAHAHAGAGAHAG ampunkan guwe !

Nah letak request scene kat sini !

S1T1_S4BR1  XOXOTRISS  ENHYPENNIKI_  chocowithluv  adriana__a  dreamrapper_

MUNCULLAH KALIAN SEMUA HIYARK !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro