✼┊e p i s o d e 1 ˎˊ˗
📌Location : Doraemon Mall
"Hmm, pada pendapat saya, rasanya shade pink yang ni sesuai untuk bibir cik. Kalau cik nak, cik boleh try dulu,"
Pelanggan itu kelihatan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Tanpa ragu-ragu lipstick berwarna pink gelap diambil dan disapu di bibirnya. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat wajahnya terpantul di cermin.
"Wah, cantiknya! Takde lah nampak terlalu menonjol sangat. Memang sesuai sangat-sangat dengan cik," Manager kedai Memoria Makeup itu terus menerus memuji pelanggan itu. Di dadanya terdapat name tag yang tertulis Manager | Song Eunrim.
"Waa jinjja? Saya nak beli lipstick ni lah kalau macam tu. Terima kasih atas cadangan awak!" Pelanggan itu tersenyum mesra kepada Eunrim. Eunrim membalas senyuman tersebut. "Takde hal lah. Mari ikut saya ke kaunter,"
Usai menyelesaikan segala urusan pembayaran, Eunrim melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Tengkuk diurut. Fuh, boleh taham ramai customers harini. Lenguh badan nak layan. Mulut pula dah rasa nak tercabut.
Satu botol air mineral sejuk dihulur kepada Eunrim. Spontan Eunrim mendongak ke atas, wajah ceria Namjoon menyapa pandangannya.
"Eo, Namjoon oppa! Bila oppa sampai? Meh duduk sini." Bagaikan hilang segala kepenatan dan kelenguhan badan apabila si buah hati memunculkan diri wek. "Eh takpe, oppa pun baru sampai hehe." Namjoon membalas lembut namun Eunrim tetap menarik lelaki itu untuk duduk di sebelahnya. Namjoon pun turutkan sahaja.
Bukan sebab nak jaga hati Eunrim, tapi sebab Eunrim ni kuat orangnya. Dia tarik Namjoon pun Namjoon tak mampu nak tahan diri dari kena tarik. Namjoon pasrah je ada girlfriend sekuat badang ni ahuks.
"Awal pula oppa datang harini?" Eunrim membuka mulut apabila air mineral sudah diteguk. "Hehe, harini customers tak banyak mana. Bolehlah tutup cafe awal sikit memandangkan manager oppa pun tak kisah," RM membalas. Dikesatnya mulut Eunrim yang berair sedikit dek minum air tadi.
Tersengih malu Eunrim jadinya.
"Oppa, jom dating. Eun pun dah malas nak layan customers lagi. Biarlah si pekerja tu yang layan pulak ngeh diorang berehat je dari tadi mentang-mentang manager turun kedai harini," Eunrim mengadu, dikepitnya tangan Namjoon. Namjoon tergelak kecil. Terus digosoknya rambut Eunrim manja.
"Kesian future wife oppa ni. Jomlah dating, Eun pergi salin baju dulu," Namjoon berkata lembut. Eunrim tersenyum gembira.
"Okay oppa! Ha pekerja sekalian, Eunrim nak pergi dating dengan Namjoon oppa ohokhok jaga kedai elok-elok," Eunrim memberi arahan kepada pekerjanya yang sibuk stalk diorang berdua dari tadi. Sejurus itu Eunrim mengatur langkah ke bilik persalinan.
Pada masa yang sama, di kedai berhadapan dengan Memoria Makeup, kelihatan seorang perempuan sedang memerhati Eunrim dari tadi dengan mulut yang terherot sana-sini. Dah serupa orang kena sawan. Nasib cantik huh.
"Ish jelesnya. Manager kedai seberang at least seminggu sekali turun kedai and layan pelanggan. Baik-baik pulak tu layanan dia. Manager haku ni hok aloh geramnya rasa," Perempuan itu berkata geram. Di dadanya terdapat name tag yang tertulis Park Naeun.
Park Naeun atau dikenali sebagai Anna memicit span foundation di tangannya dengan agak geram. Sekelilingnya dipandang. Tak hairanlah kalau kedai tempatnya bekerja yakni Fever Makeover langsung tidak didatangi mana-mana pelanggan.
Buat apa mereka nak datang ke Fever Makeover kalau Memoria Makeup menyediakan layanan yang lebih bagus ye idok?
Sekarang pun hanya ada Anna seorang sahaja di kedai itu. Rakan sekerjanya sedang membeli minuman untuk mereka, tapi nampak gaya macam dia tak jumpa jalan balik dah. Pergi pukul 3:45 petang, sekarang dah pukul 5:00 batang mata pun tak nampak lagi. Anna pasti dia dah ponteng kerja balik rumah. Mentang-mentang manager tak ada, sesuka suki je ambil kesempatan.
"Ni ha nasib baik ada Anna yang kiyut lagikan gojes berbaik hati nak tolong jagakan kedai ni. Kalau boleh nak je aku biar kedai ni terbuka tanpa pekerja. Lantak ah kalau barang kena curi ke apa. Siapa suruh berkurung je dalam office. Entah apalah yang dia buat kat situ. Eyy geram geram!" Anna menyapu lipstick pada bibirnya dengan geram.
Ada untungnya juga kerja kat kedai makeup ni. Hari-hari Anna bermekap kat sini je, senang. Tak payah beli barang mekap hoho, free of charge. Manager bukannya nampak pun.
"Dah ah. Daripada fikir pasal perempuan bangka tu baik layan Gyu. Alololo my boyfwienddd," Sepantas kilat, Anna membuka password telefon pintarnya dan membuka aplikasi Berita Harian.
Ha ni satu lagi kelebihan. Anna pakai wifi kedai je, tak payah dia beli data hohoho jimat duit.
Berita hari ini ditekan teruja oleh Anna. Setelah bertungkus-lumus skip scene wartawan yang dia tak kenal, akhirnya Anna berjaya tiba di scene wartawan kegemarannya.
"Kim Mingyu di sini. Ya, berdasarkan pernyataan seorang saksi, suspek disyaki telah melarikan diri sejurus memukul pak cik itu. Menurut saksi lagi, suspek memakai baju hitam yang terdedah di bahagian bahunya. Katanya lagi, suspek memukul pak cik itu menggunakan sebuah batang berwarna pink dan bercorak bintang di hujungya. Suspek menggelarnya sebagai magic wand."
Anna menatap wajah Mingyu yang terpapar di skrin telefonnya. Tersengih-sengih betina tu dah macam angau dengan Mingyu. Fuh.
"Hensemnya pakwe saya skskksksksks ha bila dia nak call eh? Selalunya time time gini shift dia dah habes," Anna mengembungkan pipi, konon acah merajuk bila pakwe tak call. Dia ingat dia comel kalau kembungkan pipi, tapi realitinya urm macam monyet pun ada.
"Kim Mingyu di sini. Hari ini, Berita Harian menerima laporan tentang–"
"Anneyong hubbyyyyyy,"
Selepas Anna dipuji menyerupai monyet, terus telefonnya berbunyi minta tidak diangkat. Melihatkan nama 'Gyu Gyu Budak Giyut' terpampang di skrin telefon, cepat-cepat Anna angkat.
Noob ah Anna set ringtone suara Mingyu buat laporan kat berita harian.
📌 Location : Studio Hanek Banek
"OMG YE KE? HEHEHE OPPA NI SO CUTE LAH CHOCO SUKA CHOCO SUKA OHOK,"
"Yah Choco Kim Yeol Mi! Perlahankan suara tu sikit boleh?"
Choco menjeling tajam Manager yang menyuruhnya memperlahankan suara. Tapi nak buat cemana, suara dia memang kuat tahap satu studio boleh dengar dia tengah bergediks dengan pakwe dia.
"HA YE K," Choco membalas, suaranya sengaja dikuatkan. Perhatiannya beralih semula kepada skrin fon yang terpampang wajah Jung Jaehyun yang tersenyum nipis.
Fuh, jarang tengok Jaehyun tersenyum ni. Selalu cold je memanjang.
"Hehe oke sambung balik oppa, ada tenuk kacau tadi. Tenuk tu memang macam tu suka kacau Choco. Tau lah suara Choco ni terlalu sedap untuk didengar oleh semua orang ahuks," Choco berbisik. Fuh dia berbisik pun dah macam orang lain bercakap macam biasa, boleh bayang tak kalau dia bercakap macam biasa?
"Ouh haha," Jaehyun gelak tak ikhlas di talian HAHAHA tabahlah Jaehyun.
"Oh oppa, tengok ni! Harini Choco pakai baju hitam corak putih sebab kemarin Choco disentapkan oleh salah sorang model huks," Choco menunjuk baju hitam bercorak putihnya dengan teruja. Bukan selalu dia pakai baju kaler lain, kalau boleh dia nak je gam baju hitam kat badan dia. Jaehyun hanya tersenyum di talian. Tergugat dengan kecomelan Choco ahuks.
"Oh ye. Choco tau tak game yang baru keluar tu?" Jaehyun akhirnya bercakap. Choco mengangguk teruja.
Fuh kalau bab-bab game memang laju dia ni.
"Tau sangat oppa! Game dia tu sumpah nampak cam best gila. Choco try install semalam tapi storage fon full grr geram. Kenapalah takleh main dengan ps4." Choco mengetap gigi. Geram sangat tu.
"Oh hahaha, sian awek Jaehyun niyh. Siniyh nak peluk," Jaehyun memeluk fonnya, uih tak takut ke orang pandang tu. Choco hanya memerhati skrin fonnya yang kini memaparkan dada Jaehyun yang sheksi aumss meleleh air liur Choco.
"Choco Al Khawarizmi! Meh sini kijo, waktu rehat anda dah tamat wei tamat!"
Satu suara menghentikan lelehan air liur Choco. Choco menjeling Managernya tajam.
Amboi kau tak takot kena pecat ke.
"KACAU AH. YE KEJAP," Choco menjerit geram fuhh satu studio bergema dengan jeritan Choco. Jangan memain sama ini sajat eh silap, ini betina.
"Baidaweyh kan Choco, oppa dah main game tu kat hotel tadi hoho. Best giler um oppa pun hampir terlupa harini ada flight sebab syok sangat main," skrin fon Choco memaparkan wajah tampan Jaehyun semula. Choco menyesal sebab tak screenshot dada Jaehyun tadi hurm.
"WAH JINJJA? NANTI OPPA CALL BALIK PASTU CERITA PASAL GAME TU EH? WAH EKSAITEDNYA!" Choco menjerit teruja. Jaehyun pula tergelak sakan apabila terlihat salah seorang staff menutup telinga dengan muka berkerut bila dengan Choco menjerit.
"Okay. Tutup dulu eh, oppa nak naik plane dulu. Byeee," Jaehyun melambaikan tangan dan terus menutup talian. Tak sempat Choco nak beri ucapan penutup dia huks.
Sementara itu, di studio yang sama tetapi di tingkat dua, kelihatan seorang photographer sedang lincah mengambil gambar seorang model.
"Keciknya kepala hurm. Cuba alihkan badan ke tepi sikit. Ha cenggitu! Dah jangan gerak,"
Itulah dia, Han Jihee sedang beraksi di situ. Tekun dia mengambil gambar model berkepala kecil itu. Entah apa nama dia Hee pun dah lupa.
Ngeh, Hee tak amek tahu pun pasal nama-nama klien dia. Yang dia tahu, diorang lah punca pendapatan sahih Hee.
"Angkat sikit kepala tu. Jangan tunduk pandang bawah sangat," Hee bersuara lantang. Beberapa keping gambar diambil.
"IYA SABO LAH HOK ALOH AKU NAK AMEK CAMERA JAP"
Satu suara bergema di dalam studio. Hee kelihatan tidak terganggu dengan suara kuat itu. Well, dia memang dah sedia maklum ada hoobae yang suara dia kuat mengalahkan semua yang ada kat studio ni. Hari-hari juga suara dia berkumandang dalam studio ni. Tapi Hee tak amek tahu sangat, tengok muka hoobae tu pun tak pernah.
"Kan dah cakap jangan pandang bawah! Apa yang best sangat kat lantai putih ni? Tengok atas la woi atas!" Hee menjerit geram. Tahap kesabarannya sudah menipis.
Model itu mendongakkan kepala ke atas tapi eh eh terlebih dongak pulak. Dah macam nampak meteor jatuh dari langit. Expression muka pula nampak obvious yang dia rasa annoying dengan photographer dia ni.
"EYY GERAMNYA HAKU. YANG KO DONGAK ATAS SANGAT TU DAH KENAPA ASUSHSJSJJSJSJS GERAM GERAMMM" Serentak itu Hee menjerit geram. Hampir sahaja dibaling kamera yang dipegangnya jika salah seorang staff tidak menghalang. Dengan perasaan marah gila-gila, Hee melangkah keluar dari studio.
Ayork habislah. Mood Hee ni bukan boleh bawa bincang. Tengok tu, tadi elok-elok baik sekarang dah macam king kong. Takpe, dia kan perempuan, perempuan kan selalu betul eh tiber.
Setibanya di bangku depan studio, Hee meraup muka. Terus fon dicapai dan contact 'Abe Gula' ditekan. Setelah beberapa 'tut' kedengaran akhirnya talian berjaya disambungkan.
"Nae? Kenapa ni Hee?" Di talian sebelah kedengaran suara seorang lelaki yang menggunakan nada rendah. Fuh kedengaran seksi.
"Yoongi oppa. Hee tengah geram ni. Nyanyi sikit. Oppa je yang dapat hiburkan hati Hee," Hee mencebik. Eyy fikir comellah.
Min Yoongi hanya terdiam di talian sebelah. Speechless sebenarnya HAHAHA Hee dah tahu dia tak pandai nyanyi tapi suruh gak dia nyanyi.
"Oppa?" Hee bersuara.
"Maybe I, I can never fly
Jeogi jeo kkoccipdeulcheoreom
Nalgael dan geotcheoreomeun an dwae"
"Pft," Hee menahan tawa apabila suara Yoongi crack banyak kali. Sampai memerah mukanya menahan tawa. Nak jaga hati bf punya pasal.
"Ha gelak ah gelak. Dah ah nak tutup. Orang busy ni," Talian terus dimatikan. Terhambur tawa Hee. Aduhai, sebab ni lah dia sayang sangat kat Yoongi. Even though emotionless and cold, tapi Yoongi lah satu-satunya manusia yang berjaya pulihkan mood dia jadi hepi semula.
Namun, adakah anda pasti Yoongi adalah satu-satunya manusia yang boleh mengubah mood anda?
Hi semua HAHAHAHA chapter ni intro pasal empat ketul ni je. Yang lain tunggu next chapter eh. Hani takut jadi terlebih panjang pastu bosan hek. Next chapter malam ni auu huga huga
Baidaweyh sorry kalau bosan hiks. Ala macam korang tetau Hani ni noob ahusk. And mohon bertabah sebab Hani akan buat cerita ni panjang namatey HOHOHO berepisod, macam sinetron indonesia oh yeah mereputlah korang tunggu love interest muncul 🌚 hani harap korang still setia lah vomment um mana tahu tahun depan ke baru complete hiks 👉👈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro