Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 1 7 ˎˊ˗

📌 Location : Kim's Doll Shop

"Alamak alamak, ada orang datang, patung semua!"

Arahan yang diberikan oleh komander Anna dipatuhi oleh semua appliers. Kelihatan seorang wanita bersama anak perempuannya yang mungkin berada dalam lingkungan 5 tahun melihat ke arah appliers di balik kaca dari luar.

"Wah, cantiknya diorang," puji budak perempuan itu. Terkembang hidung semua appliers menahan malu. Ecewah kau.

"Jennie nak ke?" tanya wanita itu. Jennie mengangguk laju. Bercahaya matanya sejurus soalan itu diutarakan.

"Boleh ke? Nak nak nak!" balas Jennie teruja. Patung itu dilihatnya sambil tersenyum lebar.

Appliers hanya mampu mengekalkan senyuman palsu masing-masing melihat adegan itu.

"Boleh je," wanita itu tergelak kecil melihat gelagat anaknya itu. Namun, hilang terus gelak dan senyumannya sejurus menilik harga yang terpampang di hujung kanan kotak halimunan yang menempatkan Candy House itu.

"Gila. RM500 sepatung?" tanya wanita itu terkejut. Duit yang berkepak di dalam dompetnya ditilik. Kalau darab 9, total yang perlu dibayar ialah RM4500. Gila!

"Apa yang gila mama?" tanya Jennie. Wajah kecil yang polos itu ditekup oleh ibunya.

"Jennie sayang, mama rasa kita tak boleh beli lah patung ni. Mahal sangat. Mian tau sayang," Wanita itu nengusap kepala Jennie. Jennie menayang wajah cemberut namun beberapa saat kemudian wajahnya terus bertukar ceria.

"Gwaenchana. Mama jom pergi kat anjing tu!" ajak Jennie teruja dan terus berlari anak menuju ke arah seekor anjing yang baru dilihatnya. Wanita itu tersenyum lega. Selamat duit untuk buat shopping nanti.

Para appliers sudah bersorak teruja melihatkan wanita itu tidak berjaya membeli mereka. Sejurus wanita itu beredar dari situ, terus mereka semua berjimba sesama sendiri.

"Yeay!"

"Nampaknya, bagus juga kita jadi patung ni. Harga kita mahal. Takdelah orang nak beli nanti," Sya bersuara. Appliers yang lain mengangguk laju, mengiyakan apa yang Sya katakan.

"Tapi, tak bagus juga. Sampai bila kita nak ada dalam benda ni?"

Soalan Hyein berjaya membuatkan semua terdiam. Ha jawab jawab.

"Apa-apa jelah. Daeun lapar, bai," Daeun mengundurkan diri dari mereka dan bergegas menuju ke Candy House. Dinding Candy House digigitnya rakus.

"Nak ikut!" Yeon menjerit kecil dan turut berlari join Daeun makan. Appliers yang lain hanya memerhati.

"Nanti kita nak kencing berak kat mana eh?" tanya Choco. Dari tadi lagi dia duk fikir benda ni. Diorang asyik melahap Candy House tu, takkanlah selamanya diorang akan tak kencing dan berak macam sekarang ni? Nanti ada juga yang nak melepas.

"Weh hooh. Mati lah kalau kita kencing berak. Kat dalam ni mana ada tandas," Hee juga sudah cemas mendengarkan soalan Choco. Tadi dia ada terasa nak berak. Nasib baik kentut je keluar.

"Erm, Nayun, awak okay tak tu?"

Sejurus soalan itu diutarakan oleh Eunrim, semua mata terus melihat ke arah Nayun yang sedang memegang perutnya erat sambil dahinya berkerut-kerut. Peluh juga mereciks hawau di dahinya. Nayun membalas pandangan appliers dengan wajah sayu.

"Nak..."

"Nak apa?" potong Sya laju.

"Nak..."

"Nak apa? Cakap jelah," potong Sya lagi. Choco yang sudah geram menepuk lengan Sya perlahan.

"Nak..."

"Nayun, jangan cakap sepatah-sepatah plis," tegas Hee berbicara. Ayok nanti Nayun buat mood dia swing. Ayok tatayok.

"Nak... Be..."

"Be apa? Belon? Beca? Bebi? Pft-" Anna menyampuk dan tergelak kecil dengan lawaknya sendiri. Semua appliers memandang Anna tajam. Boleh pula dia main-main.

Nayun menggeleng laju. Perutnya dipegang lebih ketat apabila ia terasa memulas. Dah tak tahan!

"Habistu apa? Katakan Nayun, katakan," Daeun mencelah dari jauh. Nayun bersuara aneh. Jangan tanya dia bersuara macam mana.

"Nak... Nak... Nak... Be..."

Tergagap Nayun jadinya. Dia pun tak tahu apa masalah dia sampai nak tergagap ni.

"Nak berak ke?" tebak Hyein. Terus semua appliers memandang wajah Nayun, masing-masing ingin mendengar respons Nayun. Melihatkan Nayun mengangguk laju, terus semua berubah resah.

"Alamak. Nak berak kat mana?" tanya Yeon cemas. Melihat wajah Nayun yang berkerut sepuluh juta itu membuatkannya bertambah risau. Haih, nak je dia gantikan posisi Nayun sekarang. Kesian tengok Nayun menderita pft.

"Dah tak tahan sangat ke?" tanya Eunrim cemas. Nayun mengangguk laju. Makin bising semua appliers.

"Weh. Nak berak kat mana?"

"Kalau berak kat sini takpe ke?"

"Macam mana kalau tetiba ada pelanggan masuk masa Nayun berak?"

"Takpun Chuu ngan Umji yang datang?"

"Cepat fikirr nanti Nayun tercirit dalam seluar!"

"Tapi Nayun pakai dress lah."

"Aish. Berak je lah mana-mana pun!" Bentak Sya geram. Tak dapat dinafikan bahawa dia pun tengah cuak sekarang ni. Tu yang main tibai je ayat.

"Ha! Pergi jelah kat hujung tu," Hyein menunding jari ke arah hujung kotak, di mana kedudukannya agak tersorok dari pandangan manusia yang lalu lalang di hadapan kedai. Namun ianya sangat jelas jika dilihat dari dalam kedai. Mari berharap takde orang dalam kedai harini.

"Teman Nayun!" Sempat Nayun menarik tangan Hyein dan Sya sebelum dia berlari menuju ke arah yang ditunjukkan Hyein tadi. Kentutnya berdesup-desup keluar tanpa malu sewaktu dia berlari. Appliers yang lain menutup hidung masing-masing. Bau marshmellow.

"Hati-hati!" sempat Eunrim berpesan. "Okay, kita kat sini berjaga supaya takde pelanggan eh. Pastikan Nayun dapat berak dengan tenang dan aman sentosa di sana," Choco meletakkan tangannya di dada sewaktu mengucapkan bait-bait ayat itu. Anna yang memerhati turut sama melakukan perkara yang sama. "Arwah baik orangnya," kata Anna dan mengesat air mata. Bersendulah dua makhluk itu tanpa sebab hm. Rindu pakwe lah tu. Eh silap, ex. Ha tu dah bold kasi sedar sikit.

"Tapi lawak lah. Nayun tak banyak makan pun. Yang banyak makannya Daeun. Kenapa Nayun pula yang first nak terberak eh?" Hee menoleh ke arah Daeun yang sedari tadi hanya melahap lantai di sini. Maklumlah, semua benda kat sini diperbuat daripada manisan. Kalau appliers tu manisan rasanya dah lama Daeun lahap diorang semua.

"Ngeh. Ini Daeun lah," kata Daeun bangga dan sambung mengorek cili di giginya. Tak guna betul manusia yang cipta lantai ni. Ada ke patut dia letak cili ngeh. Berapi sekejap mulut Daeun tadi.

"Kalau ada orang datang nak buat apa?" tanya Yeon. Masing-masing saling berpandangan.

"Err..."

Speechless semua jadinya. Meh biar Hani jawab. Buat tak tahu ngehe *smirk kat tiga ketul manusia yang ada kat corner tu*

"Dah dah jangan dicakap. Nanti kang ada orang datang betul," Hee bersuara. Choco mengangguk laju. "Hooh do. Masin betul mulut aku tadi hoho. Baru tanya nak kencing berak kat mana lepastu Nayun terus nak terberak," kata Choco bangga. Bangga sangatlah tu bila Nayun nak terberak?

"Nayun! Lambat lagi ke?" Eunrim menguatkan suaranya agar manusia di belakang dapat mendengar. Tak lama kemudian kedengaran suara Sya membalas.

"Haah! Taik keras!"

"Aik, dah kenapa Sya pula yang jawab?" tanya Yeon hairan. Daeun di sebelahnya sudah memasang riak ( ́◞ิ౪◟ิ‵)

"Kenapa?" tanya Yeon. Lain macam je dia tengok muka Daeun tu. Seram jadinya.

"Hoho, jangan-jangan Sya usya Nayun berak enn?" tuduh Daeun dan tergelak besar menampakkan cili di mulutnya. Anna yang melihat terus mengambil gumpalan gula-gula kapas dan membalingnya masuk ke dalam mulut Daeun. Innalillah tersasar.

"Ha fitnah fitnah. Cuba fikir positif. Mana tahu Sya tolong terankan untuk Nayun ke hagagaga," Anna tergelak dengan lawaknya. Namun melihatkan tiada siapa yang turut sama tergelak, tawa Anna semakin mengendur.

"Hambar Anna. Hambar," Hee bersuara malas. "Hambar Anna? Oh dia tu yang penyanyi American terkenal tu kan!" Anna kembali tergelak besar dengan 'lawak'nya. Appliers yang lain hanya memalaukan Anna. Padan muka.

"Buuu hambar," Daeun memberi thumbs down kepada Anna diikuti Choco. "Buuuu," sorak Choco. Gumpalan lantai yang lembut itu dibalingnya ke arah Anna. Sempat Anna mengelak dan menjelirkan lidah ke arah Choco.

"Ah sksjksjksjsk,"

"Dah kenapa pula tu?" Eunrim menayang wajah pelik apabila mendengar suara Hyein yang berbunyi agak pelik pft. Hee menggelengkan kepalanya. "Pelik-pelik betul budak zaman sekarang ni," katanya. Yeon yang mendengar mengangguk laju.

"Haah kan," sokongnya. Amboi, tak sedar diri tu sama umur dengan 'budak zaman sekarang'

"Weh weh, patung!" kalut Choco bersuara apabila terlihat kelibat dua orang manusia memerhati mereka dari cermin luar kedai. Terhenti segala perbuatan mereka.

"Kenapa Banek?" seorang perempuan bertanya kepada lelaki di sebelahnya. Dia turut mengikuti jejak lelaki itu memerhati patung di dalam kedai itu.

"Cantik," balas Banek. Perempuan itu mengangkat kening. Wajah semua patung dipandangnya sekali lagi. "Cis. Hanek lagi cantik," kata perempuan itu dan tersenyum bangga.

"Lepastu, kalau diorang cantek pun kenap-" terhenti ayat Hanek apabila melihat Banek menjilat bibirnya sambil mata tidak lepas memandang patung-patung tersebut. Fahamlah Hanek apa yang Banek inginkan.

"Ugh, seriously Banek?" tanya Hanek jengkel. Banek menoleh ke kiri kanan. Di dalam kedai itu juga ditinjaunya.

"Jom masuk. Banek rasa tak ada orang," Banek menarik tangan Hanek masuk ke dalam kedai itu.

"Weh. Diorang nak buat apa do?" tanya Daeun cemas. Dari dalam, mereka boleh mendengar dengan jelas apa yang dibualkan oleh dua orang manusia yang berwajah serupa itu. Kembar mungkin.

"Ayat lelaki tu seram. Macam mana kalau dia nak..." Anna meleretkan suaranya. Dia memeluk tubuhnya yang sudah bergetar teruks itu. Uih agaknya apa yang Anna nak cakap eh?

"Diorang datang."

Hanek dan Banek menghampiri kotak kaca yang menempatkan mereka semua.

"Banek nak berapa?" tanya Hanek. Wajah kembarnya dipandang.

"Um um," Mata Banek meliar melihat semua patung di dalam kotak kaca itu. Bagaikan terlihat sesuatu yang mengejutkan, membulat terus mata Banek secara tiba-tiba.

"Wae?" tanya Hanek aneh. Banek terus mengalihkan badannya ke arah Hanek, membelakangi kotak kaca itu.

"Pa-Patung tu bergerak," kata Banek sambil tergagap. Hanek mengangkat kening mendengarnya. Para appliers yang lain membulatkan mata tahap bebola mata masing-masing dah nak tercabut keluar dari soket dek terlalu terkejut.

"Oh tet," Terkeluar terus carutan dari mulut Hee. Takkanlah diorang ternampak...

"WARGHHH PATUNG TU BERGER-"

"Diamlah tet!"

Banek menekup mulut Hanek apabila Hanek menjerit kuat. Tak lama selepas itu, jeritan beberapa orang pula kedengaran.

"AAAAA ADA ORANG!"

"TET! KENAPA TAK BAGI WARNING?"

"SEKEJAP, NAYUN NAK CEBOK PUNGGUNG!"

Para appliers yang sedang mematung berpandangan sesama sendiri. Lupa pula nak bagi warning yang ada orang datang. Maksudnya, mesti Hanek dan Banek dah nampak...

"AARGHHHH"

Terteleng kepala para appliers melihat ke arah jeritan nyaring serupa anime itu. Melopong mulut masing-masing melihat Hyein yang sudah diangkat oleh Banek.

"Lepas! Lepas!" jerit Hyein cemas. Banek menilik Hyein depan belakang.
"Heol..." Hanek di sebelah Banek sudah speechless.

"Yang ni okay juga," kata Banek. Tanpa amaran, Hyein dibaling ke arah Hanek. Menjerit gadis ketot itu apabila dibaling sebegitu rupa. Nasib baik Hanek berjaya tangkap, kalau tak alamatnya Hyein akan disahkan meninggal kerana jatuh dibaling Banek.

"Lepaskan dia lah!" Sya memberanikan dirinya untuk menjerit ke arah gergasi itu namun lain pula yang jadinya apabila dia turut diangkat oleh Banek keluar daripada kotak kaca itu.

"Tet! Lepaskan akulah jantan! Kau boleh ambil Hyein tapi jangan ambil aku!" Sya meronta-ronta ingin dilepaskan. Banek tergelak jahat.

"Kau pun nampak sedap," kata Banek, Sya dibaling ke arah Hanek seperti Hyein. Hanek dapat mengangkapnya dengan jaya buat kali kedua hoho.

"Hyein? Sya?"

Perhatian Banek tertumpu kepada Nayun yang sedang berjalan ke arah appliers yang lain dengan wajah blur. Appliers yang lain terus membulatkan mata mereka sebagai signal kepada Nayun, namun budak riang itu tidak mampu mengerti apa-apa haih.

"Kenapa- AAAAAAAAAAAAAA"

Terkeluar jeritan dolphin Nayun apabila dirinya diangkat oleh Banek. Dengan cemas Nayun mengepit kakinya.

"Apa main angkat-angkat ni? Nayun baru lepas berak, tak basuh tadi!" marah Nayun namun Banek langsung tidak terganggu dengan kata-kata itu.

"Kau pun sedap. Malam ni korang akan menjadi santapan aku muahaha," Banek tergelak besar. Di sisi lain, Hanek sudah tergeleng melihat perangai kembarnya itu.

"Yah! Lepaskan diorang!" Hee memberanikan dirinya untuk menjerit. Bahu Banek dan Hanek terangkat seketika dek terkejut dengan suara itu. Sangka mereka terdapat hanya 3 patung bernyawa saja.

"Lepaskan diorang!" Yeon turut sama memberanikan dirinya. Banek tergelak besar. Kerja antagonis memang selalu gelak je enn.

"Nampaknya ada banyak lagi patung ni. Tapi takpe, aku akan ambil 3 je sebab rasanya perut aku akan kenyang malam ni," Banek menjilat bibir sambil mengangkat kening ke arah tiga patung yang berada di tangannya dan Hanek.

Menggigil teruk Sya, Hyein dan Nayun mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Banek itu. Appliers yang lain juga sudah membulat mata mendengar. Banek nak makan diorang?!

"Yah, kau nak buat apa hah?" Choco menjerit lantang. Terhinjut bahu Hanek dan Banek mendengar suara itu. Fuh kecil kecil cili padi Choco ni.

"Kuatnya suara kau. By the way, aku nak masak diorang untuk dinner malam ni lah. Duh, slow betul korang ni," Banek menjelirkan lidahnya ke arah patung yang bersisa.

"Eww ada cili melekat kat lidah," Anna menunjukkan wajah jijik apabila terlihat beberapa helai cili melekat di lidah Banek. Sah dia baru lepas makan aiskrim cili. Banek terus memasukkan lidahnya kembali selepas mendengar ayat Anna. Dia berdehem kecil.

"Takde kerja ke duh nak makan patung?" tanya Daeun sambil memeluk tubuh. Sedap ke makan patung? Satgi dia nak test gigit Hee. Kalau sedap, dia akan teruskan untuk makan semua kawan dia.

"Memang takde kerja pun budak ni. Tapi tu memang makanan dia. Nak buat macam mana?" Hanek bersuara setelah lama mendiamkan diri. Semua patung terus melihat ke arah Banek versi perempuan itu.

"Hah? Makanan dia?" tanya Eunrim blur. Bukan dia sorang saja blur, semua patung di sana sudah menayang wajah konpius masing-masing. Hanek pun hampir tergugat dengan kecomelan diorang fuh.

"Yep. He's a canibal, suka makan daging manusia," terang Hanek selamba. Melopong besar mulut semua appliers yang mendengarnya. Tanjat gegirl.

"Tapi, kitorang patung!" Nayun membantah, sambil cuba melepaskan diri dari genggaman Banek. Gelek kanan gelek kiri. Namun Banek semakin mengetatkan genggaman. Terhenti terus pergerakan Nayun. Tak boleh bernafas!

"Memang korang patung. Tapi korang berbau macam manusia," Banek tergelak jahat buat kali ke berapa entah. Tergamam semua appliers mendengar. Lupa diri tu manusia uhuk.

"Ha dah lah. Hanek jom pergi. Nanti owner kedai datang," Banek memasukkan Nayun ke dalam sebuah beg guni. Hanek turut memasukkan Hyein dan Sya ke dalamnya. Menjerit appliers yang lain meminta mereka bertiga dilepaskan.

"Yah! Lepaskan diorang!"

"Khinzir betul! Kenapa ambik tiga jek?"

"Entah, ambek lah semua! Biar mati sama-sama gitew. Kan sweet,"

"Eii kanibal, lepaskan diorang lah!"

"Dasar Banek! Eii nama pun dah macam apa tah,"

"Ambiklah Yeon, Yeon sanggup ganti tempat diorang supaya diorang selamat hiks!"

Malang sekali bagi mereka berenam kerana walau mereka menjerit sehingga peparu terkeluar pun, Hanek dan Banek hanya terus berjalan keluar dari kedai. Hanek ada menoleh dan memberi mereka tatapan simpati namun dia langsung tidak membantu hm.

Di luar kedai, sempat Banek menayang senyuman sinis kepada patung yang lain sebelum berjalan balik ke rumah. Keenam gadis yang tersisa menjerit kesal. Ada yang dah menangis. Siapa je tak menangis bile kawan kena culik lepastu akan kena makan dengan si penculik? Seram bak hang.

📌 Location : Nini Peri Shop

"Mimpi ngeri, mimpi ngeri!"

Hani terduduk dari posisi baringnya dengan laju. Disebabkan dia sedang terbaring di atas peha Hyeongjun, ketika dia terduduk laju, kepalanya terhantuk kepala Hyeongjun yang sedari tadi asyik memerhatinya. Bunyi yang kuat terhasil.

"Aduh! Sakitnya!" Hyeongjun memegang dahi. Tercebik-cebik bibirnya. Hani yang cemas terus menilik dahi Hyeongjun.

"Eh sorry sorry! Hyeongjun okay tak? Alalalalala tak sengaja sjskskskshsjsjsj," Hani menyelak rambut yang menutupi dahi Hyeongjun dan meniup dahi Hyeongjun yang memerah itu.

"Dah okay ke?" tanya Hani. Hyeongjun tersengih kejam.

"Tak okay. Sakit sangat!" bersungguh Hyeongjun menjerit. Makin bertambah risau Hani jadinya. Dahi Hyeongjun yang kemerahan diusapnya penuh kasih sayang.

"Omo ottokae! Mian tau huwaa!" Berair mata Hani jadinya. Hidung dia yang tidak berhingus pun tiba-tiba berhingus. Terkejut Hyeongjun jadinya. Ingat nak main-main je.

"Eh Hani janganlah nangis! Hyeongjun gurau je. Tak sakit dah, tak sakit dah." Kali ini giliran Hyeongjun pula yang cemas melihat keadaan Hani. Hani teresak kecil. Wajah Hyeongjun dipandangnya.

"Hyeongjun, sakit," adu Hani. Hyeongjun mengangguk laju. "Ye, ye. Hani sakit kat mana? Dahi ke?" tanya Hyeongjun. Hani menggeleng laju. Air matanya mengalir di pipi.

"Sakit kat sini hiks. Hyeongjun kiss lah."

Terdiam Hyeongjun jadinya apabila Hani menunding jari ke arah bibirnya. Memerah pipi Hyeongjun. Apeni abe tak bersedia lagi.

"Woi."

Terhenti babak suwit mereka apabila disampuk oleh seekor koala. Hani menjeling tajam tiga ekor haiwan di dalam sangkar itu.

"Elok elok sikit. Hyeongjun tu budak bawah umur," selamba kucing Taeyong itu berkata. Koala Namjoon di sebelahnya mengangguk.

"Hooh. Nak buat tunggulah first night nanti," kata Sunwoo si rakun. Makin memerah muka Hyeongjun fuh. Hani tergelak miang.

"Dah dah senyap. Tarik balik suara tu kang! Ha Hyeongjun, tau tak Hani mimpi apa tadi?" Hani mencebikkan bibirnya ke arah Hyeongjun. Hyeongjun tersenyum kekok dengan wajah merahnya.

"Mimpi ngeri kan? Hyeongjun dengar Hani sebut mimpi ngeri tadi," tebak Hyeongjun. Hani menyedut hingus.

"Haah! Hani mimpi tiga manusia ketot kena culik dengan sepupu Hani yang kanibal tu haih," adu Hani. Hyeongjun mengusap kepala Hani.

"Ala takpe. Tu mimpi je. Hani jangan takut-takut tau! Hyeongjun ada kat sini!" ujar lelaki comel itu. Bersorak haiwan-haiwan di dalam kandang itu.

"Wuuuu"

"Hyeongjun boyfie mithali!"

"Kepuk kepak kepuk kepak!"

Hani mengangguk kecil. Sebenarnya dia tak takut pun ngeh. Risau pun tak sebenarnya. Kalau boleh dia nak biar je manusia ketot tu kena makan. Aman sikit hidup.

Tapi tulah, bila difikirkan balik, diorang dah berada di bawah tanggungjawab Hani. Sebab Hani yang sumpah diorang jadi kecil. Hani jugaklah yang menyusahkan hidup diorang fuh dah pahal minah ni tetiba jiwang ni.

Hani menggigit bibirnya. Rasa bersalah. Sudahlah semua mimpi yang dia dapat akan jadi nyata. Hani menilik jam dinding. Pukul 4:50 petang.

"Hyeongjun, jom teman Hani pergi rumah Hanek Banek."

Tadaa! Setelah berabad Hani tak update akhirnya Hani kembali lagi bersama satu chapter yang hambar hiks.

Sorry kepada Sya dan Hyein, Hani buang awak sebab awak berdua tak respon active check kat episode 16. So Hani anggap yang korang memang tak berminat untuk teruskan huhu.

Sya ada vote, tapi langsung tak cakap apa-apa. Hyein ada inform tukar username baru-baru ni, and bila Hani cakap nak buang dia, dia kata dia redha je huhu. Nayun pula tak nak teruskan sebab dia takut susahkan Hani huwaa.

Jadi wujudnya chapter ini adalah untuk membuang appliers ini hehe. Haih tetiba rasa kejam hm. Kalau korang tengah baca ni, Hani nak minta maaf tau sebab buang korang. Thanks sebab sapot Hani selama ni yeet.

Untuk yang lain, jangan buat hal juga kalau tak nak kena culik dengan Banek HAHAHA

Oh ye, anyone yang akan hiatus since maybe ada yang akan start bersekolah or dia asrama ke? Jangan lupa inform Hani eh! Don't worry, Hani takkan buang korang kalau korang hiatus hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro