✼┊e p i s o d e 1 5 ˎˊ˗
📌 Location : Nini Peri Shop
Terdongak kepala tiga jejaka itu memandang bangunan tinggi di hadapan mereka.
"Daebak! Tingginya!" Sunwoo sudah terlopong melihat bangunan setinggi KLCC di hadapan mata. Oke takdelah tinggi mana, diorang je over.
Bangunan setinggi dua tingkat itu dipandang berselang-seli dengan skrin telefon bijak Taeyong yang tentera sebuah alamat.
"Dah comfirm kan ni kedainya?" tanya Namjoon dan meregangkan jari. Bersedia untuk membelasah witch ini sejurus dia masuk ke dalam. Taeyong di sebelah mengangguk. Wajah Nini Peri di skrin telefonnya dipandang geram.
"Tae kira sampai tiga, kita masuk lepastu belasah Nini Peri tu eh?" kata Taeyong. Telefonnya disimpan di dalam poket. Terangguk dua jejaka di sisinya.
"Menyampah betul. Nama pun ciplak Mimi Peri," sempat Sunwoo mengutuk apabila melihat papan tanda besar yang tertulis Nini Peri Shop itu.
"Hana... Two... Tiga!"
Berlari ketiga jejaka itu masuk ke dalam Nini Peri Shop. Pintu masuk ditolak kasar oleh Namjoon yang sudah bersedia untuk menumbuk muka witch tu. Bunyi loceng yang bingit kedengaran seiring dengan langkah mereka masuk ke dalam kedai.
Nampaknya Nini Peri ni peminat setia warna pink. Bangunan di luar bercat pink gelap, di dalam pula bercatkan pink cerah. Tiga orang lelaki itu memerhati sekeliling, cuba mencari kelibat manusia yang dicari. Atau mungkin juga bukan manusia.
"Selamat datang... Oh wow, hots,"
Terteleng mereka bertiga ke arah suara perempuan yang lunak itu. Kelihatan seorang perempuan comel sedang terduduk di atas meja memandang mereka semua dengan pandangan menggoda sambil menongkat dagu.
"Hi oppa oppa sekalian. Ada apa jumpa Hani ni?" Hani mengflipkan rambutnya agar kelihatan hots. Senyumannya semakin melebar apabila mereka bertiga semakin menghampirinya dengan laju. Sangkanya mereka sudah tergoda dengannya- perasan betul minah ni
"Kau!"
Sangkaan Hani jatuh meleset apabila Namjoon berteriak keras ke arahnya dengan marah. Baru je nak meluru ke arah Hani, ada seseorang yang terlebih dahulu mara ke arah Hani dengan laju.
"KAU SUMPAH GIRLPREN AKU JADI THUMBELINA! YEONNNNN..."
Tercungap-cungap Hani cuba mengambil nafas apabila Taeyong dengan laju meluru ke arahnya dan mencekiknya dengan marah. Habis biru muka Hani jadinya. Dia memandang ke arah Sunwoo dan Namjoon dengan pandangan simpati.
Sunwoo dan Namjoon hanya diam menyaksikan aksi Taeyong yang ganas itu. Takde niat nak membantu pun.
"Akh... Ukh... Ikh... Ekh..."
Hani cuba mencapai magic wand nya yang berada di atas meja. Sunwoo yang melihat terus menjatuhkan magic wand itu dari meja. Nak je Hani mencarut, tapi tak boleh sebab cekikan Taeyong ni kuat sangat.
Berkat berlatih archery hari-hari, leher Hani hampir patah kena cekik dengan Taeyong. Urat-urat berwarna hijau timbul di lengan Taeyong yang berketul itu.
"Le-Lepas..."
Mata Hani sudah berubah menjadi warna oren seoren pakcik Wattpad. Agaknya inilah yang terjadi apabila witch kena cekik. Taeyong langsung tidak melepaskan cekikan itu, malah dikuatkan lagi. Namjoon dan Sunwoo juga hanya diam memerhati dan tersenyum jahat dalam diam. Kejam nau.
Di saat Hani sedang mengucap dua kalimah syahadah, bunyi loceng kedainya tiba-tiba berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.
"NINI PERIII SAYA NAK GIRLFRIEND, DIORANG ASYIK EJEK SAYA HUWAAAAA"
Seorang lelaki berwajah baby menerjah masuk kedai itu sambil meraung kuat. Terdiam terus dia apabila terlihat aksi yang sungguh tidak dia sangka itu. Air mata yang mengalir di pipinya juga terhenti. Namjoon dan Sunwoo melihat ke arah budak itu dengan expresi wajah terkejut babun. Taeyong yang terkejut juga tanpa sengaja melepaskan cengkamannya pada leher Hani.
Hani yang asalnya terapung terus jatuh terjelopok apabila Taeyong melepaskannya. Melihatkan semua yang masih terkejut biba itu, Hani merebut peluang yang ada untuk mengambil magic wand nya yang berada tidak jauh darinya. Terus dia hayunkan magic wand itu ke arah tiga orang jejaka hot tapi kejam itu dan berteriak kuat.
"CLICK CLACK BADABING BADABOOM SJSJSKSKKS NEORUL NAL BADABOOM GUDI AESSEO NAREUL AN HAEDO NAREUL NAMJADEURUL KONGPIGA PANG PANG PANG SKSKSK PANG PANG PARA PARA PANG PANG PANG!"
Tak sempat brain apa yang Hani jeritkan, ketiga lelaki itu terus berubah menjadi haiwan. Taeyong berubah menjadi seekor kucing, Namjoon menjadi seekor koala dan Sunwoo pula menjadi seekor racoon. Kesemua mereka bersaiz anak, comel bukan.
"Huff, huff," Hani mengambil nafasnya laju dan membetulkan kedudukan lehernya yang dah senget sebab Taeyong. Tanpa berlengah dia menghayunkan magic wand nya dan ketiga-tiga haiwan comel tadi sudah berada di dalam sebuah sangkar. Rasain lo.
"Ah, selamat datang. Maaf sebab terpaksa tengok drama tadi," Hani tersenyum ke arah budak lelaki yang masih kaku di depan pintu itu. Takut-takut dia melihat ke arah haiwan-haiwan itu dan Hani secara bersilih ganti.
"Meh la masuk, jangan risau, diorang takkan bahayakan awak," kata Hani dan duduk di kerusinya. Lelaki itu berjalan masuk dengan perlahan. Bukannya haiwan tu yang dia takutkan, tapi Hani.
"Ha meh duduk. Apa yang awak nak tadi?"
Lelaki itu mengambil tempat di hadapan Hani. Hani meniup kuku sambil memandang lelaki itu atas bawah. Comel budak ni. Tapi ideal type Hani hotz, bukan comel. Kalau budak ni datang nak meminang, Hani akan cuba pertimbangkan.
"Urm... S-Saya-"
"Stop stop. Kenalkan diri dulu," Hani memotong ayat lelaki itu. Terangguk cemas lelaki itu.
"Saya Song Hyeongjun. Umur 18, saya ialah pelajar junior di Universiti of Mamee Monster. Disebabkan saya baru masuk, saya selalu kena buli dengan senior. Minggu lepas diorang tolak saya sampai saya terbangunkan hakak gangster tu, nasib baik saya tak kena marah. Lepastu baru je tadi, diorang ejek saya sebab single. Diorang pun single juga tapi diorang balas walaupun diorang single, ramai awek seksi nak kat diorang. Lepastu diorang gelakkan saya. Huuuuu,"
Hani terangguk-angguk mendengar penjelasan Hyeongjun. Hyeongjun sudahpun menangis bercerita tentang kisah sadisnya. Sunwoo yang berada di dalam sangkar pula sudah mengangkat kening apabila nama universitinya dipetik. Sempat dia usha Hyeongjun, kot kot dia kenal ke.
"Urm baiklah. Nini Peri sedia membantu. Cuba bagitahu ideal type awak," kata Hani. Hyeongjun mengelap air mata dan menatap anak mata Hani. Tak sampai sesaat kemudian terus dia alihkan pandangan mata ke tempat lain. Tak boleh lah tatap anak mata awek cun ni lama lama.
"S-Saya takde ideal type yang tetap... Saya terima je apa yang takdir dah tetapkan untuk saya..."
Jawapan Hyeongjun buat Hani tercekik seketika. Sekali dia bagi budak ni kapel ngan mak cik cleaner, baru tahu. Melihatkan wajah innocent Hyeongjun itu, terbantut terus niat Hani ingin mengahwinkannya dengan makcik cleaner.
"Ish, menyusahkan betullah budak ni. Tau tak, Nini Peri sensitif tau cakap pasal jodoh ni!" Hani membebel kecil sambil mengeluarkan sebuah bola kristal dari laci mejanya. Hyeongjun teresak kecil apabila dibebeli Hani.
"Maaf..." katanya perlahan dan menyedut hingus. Hani menjeling Hyeongjun yang sedang menahan tangis itu. Dia mengeluh kecil dan meletakkan bola kristal di atas meja.
"Ish, nasib baik kiyut. Ha, Nini Peri nak tengok masa depan Hyeongjun ni. On tak on?" tanya Hani. Hyeongjun mengangguk laju. Terus tangan Hyeongjun dicapai Hani dan diletakkan di atas bola kristal itu.
Memerah muka Hyeongjun. Fuh, first time ada betina sentuh tangan dia. Selama ni perempuan je.
Hani turut meletakkan tangannya di atas bola kristal itu dan mengucapkan mantera.
"Hit chu wit dat trutt trutt trutt. Ah yeah ah yeah. Oh look at me now look at you. Look at me now look at you. Boombayah whiiiiiiparam param param fireeeee au!"
Tiba-tiba muncul satu bayangan kabur di bola kristal itu. Hyeongjun dan Hani memfokuskan pandangan mereka ke situ. Bayangan yang agak kabur itu menjadi semakin jelas.
Terlihatlah bayangan Hyeongjun yang sudah tua sedang bergolek-golek di atas rumput bersama seorang perempuan. Mereka berdua terus melihat tanpa berkelip. Ingin melihat wajah pendamping hidup Hyeongjun itu.
Sejurus perempuan itu menoleh, alangkah terkejutnya mereka apabila perempuan itu adalah Hani! Hyeongjun sudah memaparkan riak yang tidak difahami.
"Uih, kok guwe berada di sana," terkeluar loghat Indon Hani dek terkejut. Dia mengetuk-ngetuk bola kristal itu namun tiada apa berubah.
"Betul ke ni? Bola kristal tu tak rosak kan?" Hyeongjun bersuara dengan nada yang agak kecewa. Terus Hani menjelingnya tajam. "Apa? Tadi kata terima je apa yang takdir dah tetapkan. Eyy ada juga aku hempuk budak ni-"
Baru je nak sambung bebel, suara tangisan Hyeongjun menghentikan niat Hani. Hani mencebik besar. Takleh bawa gurau lah.
"Tok seh la nangis. Ha kejap," Hani membaling bola kristal itu ke tepi. Pecah terus bola itu. Tanjat Hyeongjun dan haiwan-haiwan yang berada di dalam sangkar itu. Hani mengeluarkan sebuah bola kristal yang baru pula.
Hani menarik nafas dalam dan mengucapkan kata-kata mantera yang lain pula.
"Sollenda me likey, me likey likey likey, me likey likey likey, dugeundugeundugeun neon joahae really really really realleh my everything my blood and tears got no fears i'm singin oh aduh tinggi ngat not dia, crack suara"
Tanpa disuruh, Hyeongjun meletakkan tangannya sendiri di atas bola kristal itu diikuti Hani. Uh, Hyeongjun taknak rasa sentuhan betina pada tangan dia lagi. Cukuplah sekali.
Kali ini, bola kristal itu memaparkan bayangan Hyeongjun di atas katil pula. Sama seperti adegan tadi, rambut Hyeongjun bertukar warna putih. Mukanya juga berkerut dengan kedutan penuaan namun dia masih kekal comel uhuks.
Di sisi katil itu terdapat seorang perempuan sedang menyuap Hyeongjun makanan, nampak macam bubur tapi bubur tu berwarna hijau. Hani dan Hyeongjun menahan nafas, takut ingin melihat wajah perempuan itu.
Sejurus perempuan itu menoleh, nak terhenti degupan jantung mereka.
Mak cik cleaner!
Dari mana tahu tu mak cik cleaner? Heol, tengok muka pun dah tahu.
Pecah terus tangisan Hyeongjun di situ. Hani terus membaling bola kristal itu ke tepi dan menggosok perlahan belakang badan Hyeongjun, cuba menenangkan budak itu.
"T-Tu masa depan Hyeongjun ke?" tanya Hyeongjun dalam esakannya. Hani mengangguk kecil.
"Iye, tu masa depan Hyeongjun kalau Hyeongjun tak masuk meminang Hani," jawab Hani. Terus kepala Hyeongjun diangkat memandang Hani. Bertentang mata makhluk sejenis itu.
"Apo?" tanya Hani. Hyeongjun menggelengkan kepalanya kecil dan sambung menangis. "Hani tak tipu eh, betul," Hani cuba mempertahankan dirinya. Memang betul dia tak tipu. Dia cuba tengok masa depan Hyeongjun kalau budak tu tak masuk meminang dia. Sebab tu mantera berbeza ha.
"Um," balas Hyeongjun perlahan. Hani masih tidak henti menepuk belakang badan Hyeongjun, sebelah tangannya lagi sedang mengusap kepala Hyeongjun. Hyeongjun ni ingatkan dia pada adik dia lah, Haha namanya. Sadisnya, Haha dah meninggal kena patuk dengan angsa beberapa dekad yang lalu. Hani ingat lagi, sebelum Haha meninggal, sempat dia berkata kepada Hani...
"Hahaha,"
"Nini Peri, maksudnya kalau saya masuk meminang Nini Peri, kita akan hidup happily ever after lah?" Hyeongjun bersuara setelah lama mendiamkan diri. "Hor," balas Hani yang sedang mengorek mata. Hyeongjun kembali mendiamkan diri.
"Nini Peri, s-s-sa-say-ya" Hyeongjun terus menampar mulutnya sendiri apabila tergagap sebegitu rupa. Memerah muka dan telinganya. Hani hanya melihatnya dengan dahi berkerut.
"Apo?" tanya Hani. Makin memerah muka Hyeongjun. Aip kau nak cakap apo tu.
"Jomkahwin,"
"HAH?" tanya Hani kuat. Telinga dikorek. Hyeongjun sudah menekup muka dengan tangan. Malu. Tiga ekor haiwan di dalam kandang pula sudah menggila.
"Tak, Hyeongjun cakap apa tadi? Tak dengar," Hani mengerutkan dahi. Taik telinga yang melekat di jari dilap di baju Hyeongjun.
"U-Uhh takde pape. Saya tanya je, kenapa Nini Peri nampak sama je kat dalam bola kristal tu? Tak menua pun..." kata Hyeongjun perlahan. Wajahnya yang memerah kembali beransur putih. Amboi, senang je hang tukar ayat eh.
Hani mengangguk kecil. Satu senyuman mengerikan terbit di bibirnya.
"Witch tak menua lah sayang. By the way, Nini Peri dengar apa yang Hyeongjun cakap tadi."
Muka Hyeongjun kembali memerah. Terus dia berdiri untuk melarikan diri dari kemaluan yang melanda, namun Hani dengan pantas menarik tangannya duduk kembali. Wajah Hyeongjun yang malu-malu dinasour itu dipandangnya dengan pandangan menggoda auch.
"So Hyeongjun, you can call meyh Honey now, aumms"
📌 Location : Jalan Seri Paduka Hani
"Aeong,"
"Aeong,"
"Aeong,"
"Iye Hyunjin. Mesti kamu tak sabar nak jumpa patung lain kan? Lek lek sudahlah. Nak sampai dah ni," Chuu yang sedang memandu kereta melirik ke arah cermin pandang belakang untuk melihat Hyunjin.
Terkejut dia melihat Hyunjin sedang mengigit sebuah patung yang elok-elok diletakkan di dalam bakul tadi. Tanpa berlengah dia memusingkan badan ke belakang. Apabila dilihat, patung-patung yang baru dijumpainya itu bersepah di seat belakang. Ada yang dah terjatuh ke bawah. Kat sebelah pintu pun ada.
"Hyunjin!" Chuu terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia melompat dari seat pemandu ke seat belakang. Bergegar teruks kereta itu. Orang yang lalu lalang kat situ sudah memandang kereta Chuu pelik.
Chuu mengutip semua patung dan meletakkannya ke dalam bakul. Bakul itu diletakkan di seat sebelah pemandu di hadapan. Chuu mencebik ke arah Hyunjin yang sudah menayang wajah tanpa ekspresi.
"Hyunjin ni memang nak kena babap kan!" jerit Chuu kuat. Faham dengan apa yang Chuu maksudkan, terus Hyunjin melompat ke hadapan untuk melarikan diri namun Chuu lebih pantas menangkap kucing itu.
"Muah muah muah muah," beberapa ciuman dihadiahkan di muka Hyunjin. Terseksa Hyunjin mencari oksigen. Setelah puas mendera kucing itu dengan ciuman bertalu-talu, Chuu mengikat Hyunjin dengan tali pinggang dan melompat ke seat hadapan.
"Aik?" Chuu menoleh ke sebelahnya, kelihatan patung-patungnya sudah tiada di dalam bakul, tetapi sudah berada di tepi pintu. Chuu tanpa berfikir banyak meletakkan mereka di dalam bakul semula, langsung tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.
📌 Location : Kim's Doll Shop
"Lalalalala lilili lulululu lolololo."
Chuu bernyanyi riang sambil melangkah masuk ke dalam kedai warisan keluarganya itu. Bakul yang berisi appliers diletakkan di atas meja cashier.
"Anneyong Umji unnie!" Chuu menyapa riang seorang perempuan yang berada di kerusi di cashier itu, Kim Yewon, merangkap kakak kandungnya. Yewon atau lebih mesra dipanggil Umji itu hanya diam memandang Chuu yang tersenyum lebar itu sambil memeluk tubuh.
"Anneyong Kim Jiwoo," balas Umji dengan nada menahan geram. Saat itu, Chuu tahu bahawa dia sudah melakukan sesuatu yang pastinya mengundang kemarahan Umji. Namun senyuman di mukanya masih tidak hilang. Maklumlah, urat muka dia dah putus masa dia bayi. Tu pasal senyum je setiap masa.
"Kenapa Chuu tak tutup suis aircond semalam? Lampu pun dibiarkan terbuka, pulak tu pintu terbuka luas." Umji membebel, mulutnya dicebikkan. Alolo, memang satu keturunan Chuu kiyut ke acaner.
"Alaa unnie, Chuu biarkan terbuka supaya gelandangan dapat masuk and bermalam kat sini," balas Chuu selamba. Dia menghenyakkan bontot ke atas kerusi berhadapan meja cashier.
"Iyelah, unnie tak kisah yang tu. Tapi kalau pencuri yang masuk macam mana? Habis semua duit kita," kata Umji. Chuu yang berwajah ceria itu dipandangnya.
"Takpe unnie, sekali sekala. Lagipun kesianlah dekat pencuri tu, dia curi pun sebab takde duit nak makan," balas Chuu lagi. Dia membetulkan rambut Anna yang berada di dalam bakul itu.
Sedari tadi, semua appliers hanya diam memasang telinga dan mata melihat aksi dua beradik ini. Disebabkan rancangan nak melarikan diri tadi gagal kerana Hyunjin, mereka hanya mampu pasrah apabila Chuu membawa mereka ke sini.
Kalau nak tahu, tadi diorang dah berpakat nak buka pintu sama-sama. Nasib baik Chuu tak kunci pintu kereta. Time nak tolak pintu keluar, boleh pulak Hyunjin mengaum kat situ.
Tanjat semua jadinya. Bertarung terus sembilan orang manusia ketot itu bersama kucing gergasi itu. Ada yang kena tendang dengan Hyunjin, kena pijak dengan Hyunjin, Hee pun sempat tunggang kucing tu. Semua tu terus berakhir apabila Hyunjin menggigit Daeun dan berbunyi 'aeong', menarik perhatian Chuu yang sedang memandu.
"Eii," Umji yang sudah tidak mampu membalas apa-apa mengurut dahi. Stress juga dapat adik terlebih innocent macam Chuu ni. Chuu hanya tersenyum manis dan menjolok lubang hidung Yeon. Nak terbersin Yeon jadinya.
"Eh, Chuu rembat kat mana patung ni?"
Umji mengambil Nayun yang berada berdekatannya. Ditiliknya manusia yang sedang berposing mencangkung seperti sedang berak itu.
Oh lupa nak bagitau, Nayun dah bangun dalam kereta tadi gais. Lepas kena pijak dengan Hyunjin terus terbangun.
"Bawah kereta Chuu. Ahjussi Lee pun tak tahu tu siapa punya so Chuu ambik jelah," terang Chuu. Umji mengangguk kecil dan mengambil Eunrim pula. Dicucuk-cucuknya pipi Eunrim.
"Lembutnya kulit diorang. By the way, Chuu tolong ambilkan cake house kat dapur tu. Bawa sekali dengan peti," arah Umji. Chuu tanpa membantah berjalan pergi ke dapur. Adik mithali ni.
Umji meletakkan Eunrim dan mencapai Sya pula. "Mesti mahal kalau nak jual ni," gumam Umji perlahan, menambah kerisauan dalam hati appliers.
Sedang Umji sibuk memicit bontot Hyein, satu bunyi yang bingit menarik perhatiannya.
"BA BA BA BA BA BA IT LOOKS LIKE A LION"
"Selamat datang!" kata Umji ceria. Terus dia bangkit dari duduknya dan tersenyum mesra ke arah seorang budak lelaki yang baru masuk ke kedai. Hyein diletakkan kembali ke dalam bakul, menindihi tubuh Choco yang kebetulan sedang berbaring.
Setelah memastikan Umji tidak melihat ke arah mereka, terus Choco menolak badan Hyein ke tepi. Sesuka hati je nak tindih orang.
"Saya nak cari patung saya," kata budak lelaki itu. Semua appliers sudah berkerut dahi mendengar suara familiar itu. Mereka tidak dapat melihat siapa budak itu kerana badan mereka membelakangi pintu utama kedai ini.
"Patung adik? Tapi semua patung kat sini dijual lah sayang, semuanya dibuat oleh omma unnie, Kim Sojung. Patung adik takde kat sini," kata Umji dengan nada ceria. Dia tunduk untuk melihat ke arah budak yang lebih pendek darinya.
"Tu patung saya." Budak itu bersuara lagi. Umji terdiam seketika. Tiba-tiba, bakul yang menempatkan para appliers itu dipusing menghadap budak itu.
"Ni ke patung adik? Sure eh?"
Membulat mata appliers melihat budak itu sedang tersenyum sinis ke arah mereka.
FELIX!
FINALLY HANI DAH JUMPA JODOH DIA SETELAH BERIBU TAHUN SINGLE. ADAKAH NASIB HYEONGJUN JUGA AKAN SAMA SEPERTI SEOKJIN DI MANA KEPALANYA DITETAK OLEH HANI MENGGUNAKAN KAPAK?
Nampaknya screentime korang berkurangan di episode ini HAHAHAHA BAGILAH CHANCE HANI NAK MENGGEDIK JUGA KBAI *baling felix*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro