✼┊e p i s o d e 1 3 ˎˊ˗
📌 Location : Depan kaki budak
"Tet," Terus terkeluar kata carutan dari mulut Sya. Budak lelaki itu semakin tersenyum lebar melihat mereka semua. Senyuman yang cukup menyeramkan.
"Easy boi..." Choco cuba menjinakkan budak itu. Dengan sangat perlahan dia cuba untuk mengundurkan keretanya.
"Uuu, patung boleh bercakap!" Budak lelaki itu melompat kecil di situ. Nasib tak terpijak diorang.
"Ehek, betul tu! Saya Nayun!" Nayun melambai tangannya ke arah budak itu. Anna di sebelah dengan laju menarik tangan Nayun semula.
"Rare nya!" Budak itu menjerit teruja. Appliers yang lain dah berpeluh-peluh.
"Memang rare!" balas Nayun, kali ini mulutnya ditekup Anna pula. Hee yang berada di tempat pemandu memberi pandangan tajam ke arah Nayun.
"Rare sangat! Kena tunjuk kat kawan-kawan Felix ni!"
"Tunjuklah... eh?" Nayun bersuara hairan. Budak itu tidak mengambil masa yang lama untuk tunduk mengambil kereta yang terdekat dengannya, kereta Hee.
"LARI WOI!" Jerit Choco kuat dan terus memandu laju ke hadapan dan melintasi budak itu. Hee yang tengah cuak pun terus memandu laju ke hadapan, keretanya meluncur ke hadapan melalui celah di antara dua kaki Felix.
"Askjsjsjhjdjdhhdud."
Felix tersenyum ngeri ke arah kereta milik Hyein yang tidak bergerak. Dia mengatur langkah ke arah kereta itu.
"Cepat Hyein!" jerit Yeon cemas. Dia memegang tangan Eunrim kuat kerana cuak. Hyein pula masih cuba menekan spedal sebelah kanan namun kereta itu tetap tidak bergerak. Lepas kereta Hee rosak, kereta Hyein pula.
"Dia dah dekat!" jerit Yeon lagi, menambahkan kecuakan dalam diri. Di saat Felix menunduk untuk mengambil mereka, Eunrim dengan laju menyepak bahagian bawah kereta itu.
Ajaibnya, kereta Hyein terus memecut laju ke hadapan.
Felix mendengus kecil melihat kereta-kereta mainan yang semakin menjauh itu. Tanpa berlengah dia mengejar mereka semua.
"Where are you going?" tanya Felix dengan suara deep nya. Meremang semua appliers mendengar. Feel dia macam hantu jantan yang panggil.
Kereta Choco berada di hadapan sekali diikuti Hee dan Hyein. Secara tiba-tiba, kereta Choco berhenti secara mengejut walaupun Choco tidak menekan brek.
"What the tet?" tanya Sya. Dah elok-elok pecut tetiba berhenti tengah jalan. Choco turut terkejut, dipijak-pijaknya spedal kanan dengan harapan keretanya bergerak.
"Asal?" Sya menjengukkan kepala ke hadapan. Choco dengan cemas memberitahu "Kereta ni takleh gerak do!"
Kecemasan melanda penghuni kereta itu.
"Kenapa Choco tu?" tanya Anna apabila melihat kereta Choco di hadapan berhenti. Kereta Hee semakin mendekat dengan kereta Choco.
"Spedal tak function!"
Sempat Anna, Nayun dan Hee mendengar bebelan Choco sewaktu melintasi kereta Choco. Hyein, Yeon dan Eunrim yang berdekatan turut terdengar bebelan Choco sewaktu melintasinya.
Kini, kereta Choco berada di belakang sekali apabila kereta Hee dan Hyein berjaya melintasinya. Felix menghampiri mereka dengan tawa yang deep.
"Choco! Kau kata dah pro?" Sya mendengus geram. Dia join Choco sebab Choco kata dia pro, bukannya sebab nak terhenti tengah jalan ni! Lagi geram apabila Daeun di sebelah elok tertido je. Nak je Sya humban dia ke luar. Biar Felix gigit gigit dia.
"Gosh! Kejap kejap," mata Choco meliar melihat perbagai jenis butang dan wayar-wayar berselirat di kakinya. Dia menundukkan badan dan memerhati wayar itu satu persatu.
"Cepat do! Budak gila tu dah dekat!" Sya menguatkan suara. Felix yang sudah berada di sebelah kereta mereka mempamer riak bengang.
"Kau kata aku gila? Dasar patung! Kau tunggu nanti aku potong kau dengan pisau dapur halmeoni!" kata Felix geram. Sesuka hati je kata orang gila.
"Kau ingat aku takut lah? And aku lagi tua dari kau eh! Hormat sikit," balas Sya. Matanya dijegil ke arah Felix.
"You expect me to respect you? A doll? Eww," Felix menayang riak jijik. Sya mengepal penumbuk. "Why you speaking speaking ah? You think I kenot understand you ha? I undertand lah gila! You little boy are so stupid you know?"
"It should be 'little boy is so stupid', not 'are'. Who's the actual stupid right now?"
"Eh kau diamlah budak! English aku lulus eh masa sekolah!"
"English Felix A+"
"BISING LAH TANAH!"
Terdiam pergaduhan itu apabila Daeun menyampuk dengan jeritan yang kuat. Kenapa tanah? Sebab bila perkataan 'tanah' diterbalikkan, ianya akan jadi 'hanat'. Hanat bukan? Daeun memandang tajam ke arah Sya dan Felix. Kacau orang tidur je.
Sementara mereka melengahkan masa, Choco yang pro akhirnya terjumpa wayar berwarna purple di antara wayar-wayar yang lain. "Bingo!" kata Choco sambil tersenyum. Wayar itu ditariknya kuat.
"Lemme tell you both, you guys is stupid! Both is stupid! Daeun je genius. Donald Trump pun dah sahkan– WARGHHHHH"
Kereta Choco bergerak laju meninggalkan Felix yang berwajah cemberut itu. Daeun yang tengah bercakap tadi terus menjerit kuat akibat terkijut. Sya bertindak laju memaut kerusi kosong di hadapannya.
"Yeah berjaya!" Choco menjerit teruja dan terus mengawal stereng kereta. Cermin sisi dipandang. Terpampang kelibat Felix yang berlari laju mengejar mereka. Choco tersenyum sinis.
"Pegang kuat-kuat genk. Kita nak racing!"
📌 Location : tak jauh dari kereta Choco
"Aku rasa kereta mainan ni memang rosak lah. Sebab tu kena buang kat tepi bangunan tu," kata Hee, suaranya dikuatkan untuk memastikan kereta Hyein di sebelah dapat mendengar.
"Betul tu! Lepas Hee, Hyein and now Choco," kata Nayun. Anna mengangguk laju.
"Kesian Choco," Yeon mengeluh kecil. "Korang, perlahankan kereta jap," arah Eunrim. Serentak Hee dan Hyein memperlahankan kereta masing-masing.
Mereka semua menoleh ke belakang, namun kereta Choco langsung tidak kelihatan.
"Korang, camna kalau Choco and the gang dah kena culik dengan Felix tu?" tanya Anna agak risau. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.
"Nak patah balik ke?" tanya Hee. Stereng digenggam kuat.
"Kita stop kejap? Tunggu Choco," cadang Hyein. Hee menggeleng laju. "Tak boleh. Brek kereta ni dah patah," beritahu Hee. Membulat mata Anna dan Nayun di belakang.
"HABISTU MACAM MANA KITA NAK BERHENTI NANTI?" tanya Anna kuat, badannya dijengukkan ke hadapan untuk melihat keadaan brek di kaki Hee. Benarlah, tercabut habis spedal kiri.
"Rilek rilek. Kalau nak berhenti korang langgar lah apa-apa pun, macam tadi. Langgar pokok ke," selamba Hyein memberi cadangan.
"Eung, betul juga," kata Nayun dan menarik Anna duduk kembali. "Speed boleh kawal lagi kan Hee?" tanya Eunrim dan menerima anggukan dari Hee.
"Perlahankan kereta seperlahan yang mungkin. Kira sampai 10, kalau Choco tak muncul, kita u-turn. Okay?"
Appliers yang lain mengangguk mendengar arahan Eunrim. Mereka semua menoleh ke belakang, menanti kehadiran Choco.
"Eins, zwei, drei..."
"Cop cop! Bahasa apa tu?" Hee bersuara dengan nada konpius. Anna yang mengira secara solo tadi tersengih.
"Bahasa German!" kata Anna yakin. Nayun di sebelah sudah melopongkan mulutnya. "Daebak! Anna pandai cakap German?" tanyanya kagum. Anna mengembangkan hidung.
"Ofkos! Ini kan Anna," dengan bangga Anna flip rambutnya. Nayun menepuk tangan teruja.
"Gais, fokus," suara Eunrim menhentikan mereka semua. Yeon berdehem kecil sebelum mula mengira dalam bahasa applyfic ini ditulis
"Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh..."
Yeon mengira dengan tempo yang agak laju dek risaukan mereka. Bayangan Choco and the gang masih tidak kelihatan.
"Lapan..."
Sayup-sayup kedengaran suara enjin menderum laju.
"Sembilan..."
"aaaaaaaa" Kali ini jeritan pula yang kedengaran diikuti dengan bunyi tapak kaki gergasi. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Choco ke tu?" tanya Hee agak teruja. Tanpa sedar dia semakin bergerak ke kanan, mendekatkan keretanya dengan kereta Hyein.
"Choco!" Nayun menjerit teruja apabila kereta Choco kelihatan dari jauh. Kereta itu sedang menuju ke mari dengan laju, dikejari oleh budak Felix yang tak tahu erti mengalah tu.
"CHOCO!" Anna, Hee, Hyein, Yeon dan Eunrim turut bersorak teruja melihat kereta itu mendekati mereka.
"WOI! SEBUTLAH NAMA DAEUN SEKALI!" Suara Daeun menjerit kedengaran. Tergelak semua appliers akibat terhibur. Baru je nak cheer nama Daeun and Sya sekali, jeritan kuat Choco menarik fokus mereka.
"TEPI WOI! AKU TAKLEH KAWAL STERENG DO!"
Cemas mereka jadinya kerana kereta Choco dengan laju mendekati mereka. Hee dan Hyein bertindak memandu ke tepi sebagai pemandu, namun kereta mereka dengan ajaibnya melekat bersama.
"Heol! Asal kereta kita melekat?" tanya Hyein terkejut. Hee yang turut terkejut di sebelahnya dipandang.
"Eh hai!" Nayun dengan teruja melambaikan tangan ke arah Yeon yang berada tepat di sebelahnya. Yeon tersenyum kekok. Sempat pula Nayun nak berhai hai.
"Kenapa korang dua dekatkan kereta? Tadi Eunrim tersentuh badan kereta ni and melekat terus jari kat situ! Nasib Yeon tolong tarikkan," Eunrim bersuara marah.
"Ada orang letak gam kat kereta ni ke?" tanya Anna terkejut. Mulutnya terlopong luas.
"Ah sudah! Macam mana nak lepas ni?" Hee bersuara cemas, cermin sisi dipandang. Kereta Choco semakin mendekat.
"TEPI TEPI TEPI" Choco menjerit kuat. Hee, Hyein, Anna, Nayun, Eunrim dan Yeon sudah mengucap panjang, tahu bahawa kereta Choco bakal merempuh kereta mereka.
"TEPIIIII" Lantang suara Choco memberi arahan sebelum jeritan nyaring kedengaran.
"AAAHHHHHHHHHH"
BOOM!
Felix menghentikan larian dan mengambil nafas. Tak lama kemudian, kereta-kereta mainan yang tergolek itu dipandangnya bersama senyuman sinis di muka.
"Akhirnya, dapat pun aku tangkap manusia kecil tu!" Felix mengatur langkah ke arah kereta-kereta mainan itu. Dia menundukkan badan dan...
"FELIX YONGBOK LEE!"
Seorang wanita cantik tiba-tiba muncul dan menarik telinga Felix kuat.
"Aduh Mommy, sakittttt," Felix mengaduh kecil. Wajah ibunya dipandang, cuba meraih simpati.
"Kamu pergi mana hah? Penat omma lari kejar kamu! Tak sedar ke hari dah lewat?" tanya wanita itu lantang, telinga Felix ditariknya kuat. Memerah muka budak itu menahan sakit.
"Mian Mummy. Felix kejar patung yang boleh bercakap! Nak tangkap diorang tapi diorang– aduh!"
"Banyaklah kamu patung bercakap! Nak cakap sangat, balik nanti kamu minta maaf dengan kain batik omma ni! Punyalah omma lari kejar kamu dari rumah sampai terkoyak kain batik omma!" Wanita itu membebel, telinga Felix dipulasnya kuat. Dia mengheret tubuh kecil itu menjauh dari kawasan itu.
Keadaan menjadi sunyi selepas ketiadaan mereka berdua. Kereta mainan yang tergolek di atas jalan itu masih berasap dari tadi, manusia kecil di dalamnya masing-masing tidak menyedarkan diri.
Langit pada waktu senja itu semakin gelap. Matahari juga sudah berangkat pulang untuk mandi apabila menyedari ketiaknya berbau.
Langit yang gelap itu mengeluarkan bunyi dentuman yang agak kuat, dan tanpa amaran, titisan-titisan air turun ke bumi dengan banyak.
Titisan air itu membasahi tiga buah kereta mainan yang tersadai di atas jalan itu. Satu titisan air terjatuh ke atas pipi seorang manusia, menyebabkan dia terbangun dari pengsan.
"Ugh..."
Yeon membuka matanya. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa sengal di badan. Dia melihat sekeliling dan cuba brain apa yang berlaku, ditemani dengan bunyi kuat hujan yang mencurah.
"Korang!" Yeon menjerit kuat, cuba memanggil teman-temannya. Otaknya terus mengimbas memori di mana kereta Choco berlanggar dengan kereta Hee dan Hyein yang terlekat bersama.
Yeon cuba menggerakkan badan dan mengesot keluar dari kereta. Nampaknya kereta yang dinaikinya sudah terbalik.
"Aduh!" Sekeluarnya Yeon dari kereta, terus dia terjatuh kerana ditimpa dengan titisan air hujan yang agak besar bagi saiz sebegitu. Yeon segera berlindung di dalam kereta itu semula.
"Eun... bangun..." badan Eunrim digerak-gerakkan oleh Yeon. Nasibnya baik, kerana Eunrim berjaya terbangun dari pengsan. Mereka berdua mengejutkan Hyein dan Hyein juga terbangun.
"Mana yang lain?" tanya Hyein dengan suara agak serak. "Tak tahu..." balas Yeon.
"Auch!" serentak Yeon dan Hyein menoleh memandang Eunrim yang sudah basah. Kepala mereka berdua didongakkan ke atas pula. Terdapat lubang di atas kepala Eunrim.
"Air hujan ni menyakitkan," kata Eunrim, Yeon mengangguk setuju.
"ADUH! SAKIT! KORANG! KORANG KAT MANA?"
Satu suara yang familiar kedengaran. Terus mereka berpandangan sesama sendiri. "Jom pergi ke arah suara tu." ajak Hyein. Mereka semua berdiri, bersedia untuk berlari ke arah sebuah kereta yang tidak jauh dari mereka.
"Satu, dua, tiga, lariiiiii,"
Mereka bertiga berlari selaju yang mungkin ke arah kereta itu. Banyak kali juga terjatuh kerana ditimpa titisan air hujan itu, namun akhirnya mereka semua berjaya tiba di kereta itu.
Mereka bertiga terus berlindung di bawah kereta mainan itu. Nampaknya kereta ni tak terbalik macam kereta diorang. Kebetulan pula, mereka semua terserempak dengan Choco, Daeun dan Sya yang turut berada di bawah kereta itu.
"Hai geng!" sapa Choco sambil tersenyum lebar. Tak sangka usaha dia keluar dari kereta ni and menjerit tadi membuahkan hasil. Ada juga appliers yang datang ke mari.
"Mana Hee, Anna and Nayun?" tanya Sya. Dia memeluk tubuhnya ketat. Sejuk wo. Disebabkan kereta Choco tak terbalik and atap kereta mainan tu berlubang, Choco, Daeun dan Sya kena simbah dengan air hujan secara terus-menerus. Terus terbangun diorang dari pengsan.
"Tak tahu. Tak nampak pun," balas Eunrim. Daeun yang sedari tadi memerhati sekeliling terus menepuk bahu Choco dengan laju.
"Tu! Tu kereta diorang!" kata Daeun teruja. Terus semua appliers memandang ke arah yang Daeun tunjukkan. Kelihatan kereta Hee juga terbalik di situ. Di sebelahnya ada longkang, kalau kereta tu bergerak skit lagi mesti dah termasuk dalam longkang.
"Jauhnya!" kata Yeon agak terkejut. Ingatkan kereta Hee ada berdekatan kereta Hyein tercampak sebab diorang kan melekat sesama tadi.
Di dalam kereta itu, terdapat kelibat seseorang sedang bergerak-gerak. Membulat mata appliers yang sedang melihat.
"Weh! Kalau kereta tu jatuh dalam longkang mati diorang!" kata Choco kuat.
Tak lama kemudian terlihatlah wajah kelibat itu dengan jelas. Kelibat itu nampaknya mahu keluar tapi terhenti disebabkan hujan.
"Tu Anna kan?" tanya Hyein ingin memastikan. Daeun mengangguk, mengiyakan pertanyaan Hyein.
"Choco, jerit kat Anna supaya jangan bergerak," arah Eunrim. Choco mengangguk laju. Dia berdehem kecil sebelum berteriak kuat.
"Ehem. ANNA JANGAN BERGERAK KALAU TAK KERETA TU MASUK DALAM LONGKANG NANTI. DUDUK DIAM-DIAM."
Anna di dalam kereta itu mengangguk ketakutan. Terus kaku dia di situ. Dia ada ternampak longkang kat depan kereta tadi. Laju arusnya.
"Now what?" tanya Sya. Semua diam memikirkan strategi. Kebetulan pula, hujan semakin reda ketika itu.
"Jom pergi kereta Hee. Rasanya Hee dan Nayun masih pengsan," cadang Hyein. Terus semua mengangguk setuju. Dengan berhati-hati mereka semua berlari ke arah kereta Hee. Banyak kali juga terjatuh sebab kena hempap dengan titisan hujan yang semakin reda dan tergelincir sebab licin.
"Jangan gerak. Jangan gerak," Anna pula tidak henti mengucapkan kata-kata mantera itu. Makin cemas dia apabila kereta mereka bergerak walhal dia hanya kaku tidak bergerak. Terus Anna menoleh ke dalam kereta, kelihatan Hee di seat pemandu sedang cuba untuk duduk.
"HEE STOP! JANGAN BERGERAK!" Jerit Anna kuat menghentikan pergerakan Hee. "Kenapa?" tanya Hee sambil memegang kepala. Sakit kepalanya terhempap stereng.
"Kalau awak gerak, kereta kita akan termasuk dalam longkang sana," kata Anna dan menunjuk ke arah longkang di belakang Hee. Hee menoleh dan terlihatlah longkang dengan arus yang dahsyat itu. Dia meneguk liur takut.
Kebetulan pula appliers yang lain tiba di kereta Hee. Anna yang berasa lega terus menjerit penuh ketakutan "KORANG TOLONG KITORANG!"
Surprisingly, kereta Hee terdorong ke arah longkang itu. Menjerit Anna dan Hee akibat terkejut. Hee hampir terjatuh ke dalam longkang namun sempat berpaut pada stereng kereta. Sya secara refleks menahan badan kereta itu dari terjatuh.
Sekarang, kereta bahagian depan sudah terjunam masuk ke dalam longkang itu, manakala bahagian belakang masih selamat. Hee hampir menangis melihat longkang yang berada dekat dengannya memandangkan dia berada di kerusi hadapan.
"Tarik kereta ni!" arah Sya kuat. Terus Choco, Daeun, Yeon, Eunrim dan Hyein bergabung tenaga menarik kereta Hee. Anna sudah menangis kuat di dalam kereta.
"Anna, pegang tangan saya!" arah Eunrim. Dia kini membiarkan Choco, Sya, Daeun, Yeon dan Hyein menarik kereta itu dari terjatuh manakala dia akan cuba menarik mereka bertiga keluar dari kereta.
Anna tidak terus menyambut tangan Eunrim, malah dia menarik badan Nayun yang tidak sedarkan diri itu dan menghulurkan tangannya kepada Eunrim. Terus Eunrim menarik Nayun keluar dengan sekali cubaan.
Anna berusaha menarik Hee ke atas. Sejurus Hee berjaya naik ke atas, Eunrim menarik tangannya pula untuk mengeluarkan Hee dari kereta itu. Hee berjaya dikeluarkan dari kereta itu, yang tinggal hanyalah Anna.
Baru sahaja Anna mahu menyambut tangan Eunrim, kereta itu terdorong masuk ke dalam longkang. Sempat Anna berpaut pada kerusi pemandu. Kereta bahagian hadapan sudah terendam di dalam air longkang. Disebabkan arus deras, semakin susah para appliers mahu menarik kereta itu.
"Anna! Cepat!" jerit Eunrim cemas dan menghulurkan tangannya ke arah Anna. Anna menyambut laju.
"CEPAT! KITORANG DAH TAK BOLEH TAHAN!" Habis saja Hyein menjerit, kereta mainan itu terus terjatuh ke dalam longkang. Nasib menyebelahi mereka kerana Eunrim sempat menarik Anna keluar dari kereta.
Hujan yang reda tadi menjadi lebat semula. Titisan air hujan menghempap badan appliers.
"Heol! Kita kena cari tempat perlindungan cepat!" jerit Choco kuat sambil cuba melindungi dirinya dari serangan air hujan. Daeun yang terlihat sebuah rumah berdekatan mereka terus sahaja menjerit. "SANA!"
Terkedek-kedek semua appliers berlari menuju ke rumah itu. Sempat Eunrim menggendong Nayun yang masih tidak sedarkan diri itu sebelum turut sama berlari.
Semua appliers selamat tiba di rumah itu. Kesemua mereka terus menyorok di bawah sebuah kereta yang berada di halaman rumah, menyelamatkan diri dari titisan hujan yang berbahaya itu.
"Sejuk..." gumam Daeun sambil memeluk tubuh. Appliers yang lain juga sudah memeluk tubuh masing-masing. Tidak dihiraukan baju yang kotor dengan percikan lopak, mahupun bau busuk sampah yang masih melekat.
"Kita duduk sini dulu lah..." cadang Anna. Keadaan di luar semakin gelap kerana hari yang menginjak malam. Nayun pula masih belum tersedar. Appliers yang lain mengangguk setuju sebelum masing-masing berbaring di lantai yang sejuk itu berbantalkan lengan masing-masing. Mereka semua menggigil kesejukan di situ, ditemani dengan bunyi bingit hujan yang semakin lebat.
Hi semua! Mian, chapter ni hani membunguks sikit AHAHAHA. Hani pasti korang tak faham apa yang berlaku dalam chap ni, cukuplah korang tau yang diorang naik kereta mainan pastu accident pastu hujan pastu diorang berlindung bawah kereta yang ada di halaman rumah berdekatan.
Sorry tak best uhuhuhu oke bai, night night gais ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro