✼┊e p i s o d e 1 2 ˎˊ˗
📌 Location: Tong sampah wangi
Menggigil semua appliers melihat serangga berkaki lapan di hadapan mereka. Mereka semua sudah berkepit sesama sendiri di hujung tong sampah itu.
Tapi tong sampah bentuk silinder, mana ada hujung.
Bak kata Hani, ketahuilah tiada apa yang logik apabila bersama Hani hoho
Terasa lutut mereka menjadi jelly jelly saat melihat beberapa ekor lipas lain di belakang seekor lipas ini. Oh, adakah mereka semua akan mati dimakan oleh lipas?
"Akhirnya, aku dapat makanan lain selain sampah," para appliers bagaikan dapat mendengar suara lipas itu. Lipas di hadapan mereka tergelak jahat diikuti lipas-lipas lain di belakangnya.
"sksksksksksksksks,"
Pernah dengar lipas gelak? Ha camtu lah bunyi diorang gelak. Tak caya sudah, Hani hari-hari dengar lipas jiran sebelah gelak hurm sampai terbawa masuk mimpi.
Lipas-lipas itu semakin mendekati mereka. Para appliers sudah menitiskan air mata dan memberi pelukan ketat sesama sendiri.
"Maafkan aku, aku tahu aku ada banyak buat silap kat korang skjsksjsjs,"
"Hiks, jangan lupa lawat kubur Anna nanti ye,"
"Janganlah cakap macam tu! Tapi Nayun pun takut lipas..."
"Tak sangka nyawa kita akan berakhir di mulut seekor lipas,"
Mereka semua menahan nafas apabila lipas itu berada di hadapan muka mereka dengan bau busuknya. Hari-hari makan sampah, tak gosok gigi pastu duduk dekat pula dengan diorang. Nak kena lipas ni.
Keadaan yang tidak begitu gelap membolehkan mereka melihat sesungut lipas itu bergerak-gerak. Sesungguhnya mereka semua masih boleh melihat kerana Sya terjatuhkan fon masa berlari dengan flashlight yang masih terbuka.
PAK!
Tanjat semua appliers apabila segumpal sampah dibaling tepat ke muka lipas itu. Semua memandang ke tepi dan kelihatan Hee dengan wajah jijik menahan geli. Maklumlah baru lepas sentuh sampah.
"Hee? Adakah itu kamu?!" jerit Anna terkejut.
"Ergh, lipas tu bau busuk sangat..." Hee berkata jujur. Dia tak tahan sungguh dengan bau lipas tu tadi. Dahla dia anti dengan lipas. Kebetulan pula lipas tu berwarna pink, ha makinlah Hee rasa benci kat lipas tu.
Lipas pink itu turut tergamam selepas dirinya dibaling dengan sampah. Dia menoleh ke belakang memandang konco-konconya dan mengganggukkan kepala, memberi signal untuk membelasah appliers.
Konco-konco lipas itu mengangguk laju dan bergerak ke arah mereka sambil berteriak kuat. "AAAARK"
"WEH APA KITA NAK BUAT NI" Choco menjerit kuat akibat panik. Semua yang berada di situ menutup telinga, termasuk lipas-lipas itu.
"GRAB SAMPAH BERDEKATAN KORANG AND CAMPAK KAT LIPAS TUUUUU" Jerit Hee lantang, lantas semua appliers grab apa yang berdekatan dan mencampakkannya ke arah lipas-lipas itu. Alhamdulillah, banyak yang tersasar.
Baiklah marey kita pergi genre action. Mood action Hani semakin membuak lepas tengok cerita Barbie In Spy Squad.
"SQWERKKK" Lipas-lipas itu menjerit ganas. Para appliers berasa agak takut namun tetap diteruskan jua aktiviti yang nampak macam sia-sia itu.
Melihatkan lipas-lipas yang semakin mendekat ke arah benteng mereka, cepat-cepat Hee mengeluarkan arahan.
"LARI SEMUAAAA! JANGAN LARI KE ARAH YANG SAMA, BERPECAH GAIS BERPECAH!"
Agaknya Hee pun baru lepas habis tengok cerita action sebab konpiden dia tu takleh bawak bincang. Dia tak tahu ke dalam tu ada berpuluh ekor lipas, atau mungkin beratus? Dah dah buat senyap jelah, nanti mood dia swing.
Para appliers berlari ke sana-sini tanpa tujuan sambil menjerit kuat. Sekali pandang macam orang gila. Banyak kali pandang macam orang crazy.
Ada beberapa lipas yang bertembung sesama sendiri dan terjatuh di situ, pengsan mungkin. Bukan saja haiwan, manusia yang diberikan akal ini pun ada yang terlanggar sesama sendiri.
"AH" Kuat Choco menjerit apabila dia berlanggar dengan Eunrim dan entah macam mana boleh tersadung Daeun. Ngeh, kat chap lepas pun dah tersadung Daeun. Kalini Daeun wat kambek.
Kawasan di situ sedikit gelap kerana seekor lipas yang pengsan menindih fon Sya sekaligus menutup cahaya flashlight.
Disebabkan gelap, Yeon yang berlari berdekatan situ tidak boleh melihat dengan jelas dan tersadung Daeun. Refleks Yeon tertarik tangan Anna yang dipimpinnya menyebabkan Anna turut terjatuh.
"Tet!" Sya turut terjatuh apabila terpijak badan Yeon. Nayun yang dari tadi hanya mengekori Sya turut terjatuh terpijak badan Yeon. Uih agaknya apa khabar Yeon sekarang.
"Apa yang korang buat kat situ ramai-ramaiiiii?" Hyein melontarkan soalan dan terus berlari ke arah mereka yang kelihatan berkumpul itu. Lipas-lipas yang mengejarnya turut sama mengekorinya ke sana.
Lipas itu cuba menyerang Nayun dengan sesunggutnya namun Hee tampil bagai seekor hero menyelamatkan Nayun dengan menyepak muka lipas itu. Terus lipas pink itu terdorong ke belakang dan menindih konco-konconya.
Hee ada purple belt dalam taikwando. Jangan main-main.
"JANGAN DEKAT!" Hee menjerit lantang sambil mengacukan sebuah klip kertas yang baru dia jumpa tadi ke arah lipas pink itu. Dia berdiri teguh di hadapan appliers yang lain, cuba melindungi mereka dengan sebatang klip kertas.
Aww inilah Hee yang kita mahukan!
Di saat Hee berangan menjadi sebatang hero dan appliers lain sudah memandang Hee dengan sinar harapan di mata mereka, lipas pink itu mengambil kesempatan dengan menghayunkan ekornya ke arah Hee. Hee yang tidak bersedia terus tercampak jauh.
"HEEEEEE!" Anna menjerit penuh dramatik. Dia berdiri untuk berlari ke arah Hee namun terhenti apabila seekor tubuh melompat ke arah tubuh panjangnya.
Ingatkan lipas, eh rupanya Nayun.
"Tolong Nayun tolak penutup ni sama-sama!" Nayun menyuruh dan semua appliers tiada yang membantah. Terus mereka semua pair up, Hyein menggendong Yeon, dan Sya menggendong Choco walaupun sedikit tidak rela. Nayun, Yeon dan Choco mengeluarkan kudrat jantan mereka di dalam diri dan menolak penutup tong itu.
Penutup tong itu bergerak sedikit. Tanpa mengalah, mereka semua menolaknya lagi.
Eunrim turut ingin menggunakan kekuatannya, namun lipas-lipas di hadapannya tidak henti tersengih menunjukkan gigi. Terpaksa dia perhati lipas seram ni bersama Daeun ha. Daeun tidak henti memasang riak jijik, annoying dan geliiiii wek. Dia rasa lipas ni satu spesies abang jat. Kaler pun pink.
"Nyah kamu! Nyah!" Daeun meludah gula-gula getah yang dia makan ke arah lipas itu, tepat terkena mulutnya. Terus Daeun rasa nak muntah melihat lipas itu menelan gula-gula itu. Oh, adakah lipas itu baru sahaja menelan liurnya?
"SQWEURKK!!!!"
Lipas itu kelihatan marah selepas menelan gula-gula getah Daeun. Eunrim sudah berasa cuak. Daeun pula tidak henti membebel. "Eh kau ni, aku dah bagi bubblegum pun nak mengamok lagi? Dasar lipas tak kenang budi! Aku baru je belanja air liur aku! Takde orang pernah rasa tau! Limited edition!"
Tak sempat bebelan Daeun habis, Eunrim terlebih dahulu menutup mulut Daeun dengan tangannya. Eunrim perasan yang lipas tu macam lebih mengamuk dengar Daeun membebel.
Daeun segera menepis tangan Eunrim dan menggosok mulutnya kasar. Eww, bau sampah!
Lipas itu mendekati mereka berdua dan cuba untuk menghayunkan ekornya. Eunrim dan Daeun melindungi diri mereka sendiri namun hero mereka datang menyelamat lagi.
"HIYARKKK"
Hee berjaya menghadiahkan sebuah sepakan di perut lipas itu. Jatuh terlentang lipas itu jadinya. Eunrim dan Daeun tersenyum lega melihat Hee yang kembali hidup.
"Hee, ada–"
"Pergi tolong diorang cepat! Eunrim, diorang perlukan awak!"
Belum sempat Daeun nak tegur ada sampah melekat kat lubang hidung Hee, Hee memotongnya dengan mengucapkan ayat yang dia rembat di dalam movie.
Eunrim menarik tangan Daeun dan terus memanjat badan Daeun.
"Sikit lagi weh!"
Sementara itu, Yeon, Choco dan Nayun sudah lenguh tangan menolak penutup tong dari tadi. Tolakan mereka semakin lemah. Hyein, Sya dan Anna yang menggendong turut rasa lenguh bahu menggendong anak-anak gajah itu.
Di saat genting itu, muncullah juara arm-wrestling yang dinanti-nantikan kehadirannya. Tanpa berlengah, Eunrim menolak penutup tong sampah itu dengan segala kudrat yang dia ada. Berbekalkan 998 mata semasa bermain punch archade, penutup tong itu tercampak ke luar.
Melihatkan cahaya matahari menyapa pandangan mereka, terus lipas-lipas itu berlari ke bahagian bawah tong sampah dan melindungi diri dari cahaya matahari tersebut. Para appliers bersorak lega.
"HIP HIP HOOREEYYY"
📌 Location: entahlah nak
Mungkin nasib mereka baik hari ini, di bawah tong sampah itu kelihatan gumpalan beberapa helai daeun eh silap, daun. Melihatkan daun yang empuk itu, para appliers terus melompat dari tong sampah ke atas daun itu. Alhamdulillah tiada siapa yang mengalami kecederaan semasa dan selepas melompat.
"Ahhhh..." Yeon berbaring di atas daun itu dan menutup matanya. Tangan dan kaki digerak-gerakkan seperti yang dia selalu buat semasa salji turun. Daeun juga baring di atas daun itu dan terus tertidur.
"Woi, carilah cover dulu," terus Choco bersuara memarahi mereka. Anak matanya dialihkan ke arah manusia yang sedang lalu-lalang. Nasib baik takde siapa yang perasan akan kehadiran mereka.
"Eh tu mak cik cleaner tadi!" Semua kepala menoleh ke arah tunjukan Nayun dan benarlah, di situ terdapat mak cik cleaner tadi bersama penyapu di tangannya, sedang menyapu daeun-daeun kering dan menuju ke arah mereka.
"Lari semua! Nanti dia sapu kita sekali!" Terkontang-kanting para appliers berlari mengikuti Eunrim. Eunrim pun taktau nak pergi mana sebenarnya, dia lari ikut suka hati je. Nasib amat baik akan mereka kerana Eunrim terjumpa satu objek yang sangat berguna dalam situasi mereka sekarang. Tanpa sedar, dia menghentikan larian dan tersenyum lega ke arah objek itu.
"Aduh!"
"Yah!"
"Ah!"
"Kenapa stop?"
Disebabkan Eunrim yang berada di hadapan sekali berhenti, terus semua appliers berlanggar sesama sendiri sebab diorang lari tak guna mata hoho. Tanpa banyak bicara Eunrim terus menunding jari ke arah objek yang baru dijumpainya. Bersinar mata semua appliers.
"KERETA MAINAN!"
Mereka semua bergerak mendekati tiga buah kereta mainan yang baru dijumpai di situ. Kalau korang tertanya, tadi mereka berada di dalam tong sampah berhadapan kedai mainan yang Irene masuk tadi. Lepastu, sekarang mereka berjaya lari ke tepi bangunan kedai mainan itu dan terjumpalah kereta mainan yang mungkin dibuang atau tercicir. Tak faham sudah.
"Cun!" Choco menjerit teruja. Badan kereta tanpa atap itu diusapnya lembut. Kereta jenama Honey duh. Dia teringin nak naik benda ni real-life tapi apakan daya dia hanyalah sebatang chocolate yang tiada duit.
"Sekarang, siapa nak pandu kereta ni?" Hee melontarkan soalan. Terus Choco mengangkat tangannya laju. "Uih aku kempunan gila dowh nak naik benda ni. Tak pernah tengok dalam real-life. Walaupun ini cuma mainan, eh ada guwe kesah?" Choco mendebik dadanya yakin bahawa dia tidak akan accident semasa memandu kereta ini.
"Pasti eh? Kau ada lesen memandu ke?" tanya Sya agak ragu. Sebab tengok muka Choco ni tak nampak cam orang yang boleh memandu pft. Keselamatan mereka lebih penting dari kempunan Choco.
Choco mengangguk yakin. Dia melompat teruja ke seat pemandu yang kosong. "Aku dah biasa main dalam game, selalu menang hoho. So semua system kereta ni aku dah hafal," dengan bangga Choco bersuara.
"Sekarang, siapa nak join–" Tak sempat Yeon menghabiskan ayatnya, Daeun dan Sya sudah terlebih dahulu melompat masuk ke seat penumpang. Yeon mengeluh kesal. Baru je nak join Choco. Tulah sapa suruh tanya dulu sebelum bertindak.
"Choco, pandu leklok. Aku nak makan," kata Daeun dan terus menyumbat mulutnya dengan sisa roti yang dia jumpa dalam tong sampah tadi. Choco mengangguk sambil cuba menahan rasa geli. Sya pula hanya diam menilik fonnya yang sudah bersalut sampah. Sempat pula dia grab fon sebelum lompat keluar tong sampah tadi. Sayang sangat dekat fon.
"Siapa nak pandu lagi dua ni?" tanya Eunrim. Tiada siapa yang mengangkat tangan. Mungkin sebab masing-masing takde lesen memandu lagi kot. Namun tak lama kemudian, Hyein mengangkat tangannya.
"Saya nak try. Nampak mencabar sebab saya tak pernah naik kereta sebelum ni ohoho," Hyein melompat ke seat pemandu.
Appliers yang tersisa, Eunrin, Yeon, Hee, Anna dan Nayun pada awalnya berasa ragu. Namun akhirnya Eunrim dan Yeon pun join Hyein naik kereta tu.
Memang diorang tak yakin dengan Hyein tapi diorang lagi tak takin dengan Hee, Anna dan Nayun tu ha. Jadi diorang mengambil langkah yang selamat dengan join Hyein. Lagipun Hyein boleh tahan apa hoho.
Kini Nayun, Anna dan Hee berpandangan sesama sendiri. Hanya tinggal sebuah lagi kereta dan mereka tiada pilihan lain.
Persoalan sekarang, siapa nak mandu?
"Meh la suruh aku pandu kalau nak kena tanam," kata Hee selamba. Dia memang tak pandai pandu ha, samalah juga dengan dua ekor tenuk tu. "Nayun takde lesen lah," Nayun cuba mengelak. Melihatkan dua orang manusia yang malas pandu tu, Anna acah-acah mengeluh. "Takpe lah, biar Anna yang pandu. Sebelum ni Anna pernah pandu juga lepastu termasuk dalam longkang. Terus Anna trauma nak pandu lagi tapi demi korang, Anna sanggup."
Membulat mata Nayun mendengar. Terus badan Hee ditolak Nayun ke arah seat pemandu dan tangan Anna ditariknya ke seat penumpang. "Hehe Hee pandu jelah. Nayun kurang yakin dengan Anna," Nayun tersengih ke arah Hee yang sudah terkejut beruk apabila dirinya ditolak ke seat pemandu. Anna tersenyum dalam diam. Berjaya!
"Weh, aku tak pandai do!" cemas Hee melihat stereng di hadapannya. Choco memandu keretanya bergerak ke tepi Hee dengan senang. Pro dah ni. "Lek brotha, tekan spedal kanan je kalau nak gerak. Makin kuat tekanan tu makin laju kereta ni jadi. Nak berhenti tekan spedal kiri. Stereng tu kawal leklok. Jangan jadi macam Hyein kat belakang tu."
Hee, Anna dan Nayun menoleh. Kelihatan kereta Hyein sedang berpusing-pusing dengan laju di situ, sehinggakan tayar keretanya meningalkan kesan bulatan berwarna hitam di atas jalan. Tak faham sudah.
Menjerit histeria Eunrim dan Yeon di belakang. Eh tadi diorang juga yang 'yakin dengan Hyein'.
"Ready?" tanya Choco sambil menghisap rokok. Hyein memandu kereta ke sebelah kereta Choco dan mengangguk yakin, manakala Eunrim dan Yeon di belakangnya sudah menggigil trauma. Hee mengangguk tidak yakin, Anna dan Nayun di belakangnya elok bertepuk tampar. Sya dan Daeun di belakang Choco hanya wat lek wat pis layan fon and layan makanan.
"Set..."
Pegangan pada stereng dikuatkan. Choco tersenyum ke arah Hyein yang teruja dan Hee yang ketakutan.
"Go!"
Bagaikan racing di dalam game, Choco laju melintasi mereka semua. Hyein berada di belakang Choco dengan jarak yang tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Kereta Hee pula sudah kejap gerak lepastu stop mengejut, gerak laju pastu stop mengejut. Terkencing Anna kat belakang.
"Go Hee! Pintas diorang! Go!" Nayun melompat-lompat di atas seat penumpang memberi semangat. Hee menarik nafas dalam. Tangisannya ditahan. Ah sudah, mood cengeng datang menjenguk.
"U can do it Hee! U can do it!"
Suara sorakan Nayun bergema di dalam otak Hee saat dia cuba menenangkan diri. Bagai mendapat satu semangat baru, Hee membuka matanya dan spedal ditekan laju, stereng juga dikawal dengan baik. Terjatuh Nayun yang sedang melompat, nasib baik Anna sempat sambut.
Vroooom
Sementara itu, kereta mainan milik Choco bergerak laju meninggalkan yang lain. Terpisat-pisat Hyein cuba mengejar. Yeon di belakang Hyein terus menjerit kuat dengan harapan Choco akan mendengar. "Choco, ni bukan racing game lah! Perlahan sikit! Uhuk–" kerana buka mulut luas sangat, butir-butir pasir termasuk ke dalam mulut Yeon. Terbatuk terus Yeon kat situ. Rasa macam tertelan batu.
Eunrim berdiri megah di seat belakang Hyein. Tangannya berpaut pada rambut Hyein dan rambut Yeon untuk menahannya dari jatuh. "Woi Choco, ni bukan racing! Toksey laju ngat ah wei!" Hilang keayuan Eunrim apabila dia menjerit dengan suara jantannya.
Daeun yang sedang makan mendengar suara seksi Eunrim dan terus mengarahkan Choco untuk memperlahankan kelajuan. Choco tidak membantah dan tersengih ke arah Hyein yang memandu dengan rambut serabai akibat ditarik Eunrim tadi
"Mana Hee?" jerit Choco agak kuat. Baru nak perasan ke. Semua appliers menoleh ke belakang, yang kelihatan hanyalah debu-debu pasir yang berterbangan sebab diorang pandu laju sangat. Tak nampak langsung kelibat kereta Hee.
"Heol," Hyein berkata perlahan. Choco menghentikan keretanya diikuti Hyein. "Kita tunggu Hee lah. Apalah nasib budak tu," kata Choco. Hyein bersetuju.
"Apalah nasib budak tu," Yeon meng copy paste ayat Choco. Eunrim mengangguk. "Dibuatnya kalau mood Hee tiba-tiba swing masa tengah memandu. Boleh accident diorang," kata Eunrim
Sedang yang lain sibuk buat apa entah, Daeun bagai terdengar jeritan yang samar-samar. Dia mengerutkan dahi untuk mendengar dengan lebih jelas. Jeritan itu semakin lama semakin jelas, seperti sedang menghampiri mereka.
"Gila, tu dorang ke?" nampaknya Sya juga terdengar jeritan itu. Semua sudah mengerutkan dahi mendengar jeritan yang semakin lama semakin kuat itu.
"aaaaaaaAAAAAAAAAAAAA"
VROOOOM
Sepantas kilat, kereta milik Hee meluncur laju melepasi mereka. Ternganga semua. Tanpa berlengah Choco dan Hyein mengejar kereta Hee. Ni brek putus ke apa.
"AAAAAAAAAAA"
Nayun dan Anna dibelakang menjerit histeria. Tak dihiraukan butir-butir pasir yang dah termasuk dalam mulut diorang tu. Hee juga sudah menjadi panik melihat keretanya yang bergerak laju. Mood cengengnya datang kembali menyebabkan air matanya terus megalir di situ.
"Hee, take control!" Choco cuba menenangkan Hee yang dah serupa apa dah tu. Hee menggeleng cemas. "Tak boleh!" jerit Hee kuat. Memang betul, sekarang dia tak pijak spedal kanan pun. Sedaya upaya dia pijak spedal kiri kuat-kuat. Patutnya dah berhenti tapi kereta ni degil nak bergerak. Mungkin sebab wayar brek tercabut? Sebab tu kereta ni dibuang afufufu.
"Heol..." Hyein sudah speechless mendengar ayat Hee. Teringin pula dia berada di dalam situasi mencabar itu.
"Hee, langgar jelah pape pun!" Anna menjerit pasrah. Nayun di sebelah mengangguk laju selaju yang mungkin.
"Pasti ke?" tanya Hee takut-takut. Stereng dipegang kemas. Pokok di sebelah kanannya dipandang takut.
Gila, ini gila!
Terus Hee belok ke kanan untuk melanggar pokok itu namun ada dua batang berwarna hijau cerah tiba-tiba muncul di situ dan menghalang pergerakannya. Dengan cuak Hee menekan kuat spedal kirinya sampai tercabut. Terhenti terus kereta Hee kat situ. Hampir terlanggar batang tu.
Kereta Choco dan Hyein yang mengekori juga brek mengejut melihat batang itu. Tercekik Daeun yang tengah makan. Sya hampir tercampak fon. Yeon dan Eunrim sudah berpelukan.
Berasa hairan, mereka semua mendongak ke atas untuk memastikan batang apo ni. Kaki budak ke?
Dan terpampanglah wajah seorang budak lelaki yang tersenyum ngeri ke arah mereka semua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro