Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i s o d e 1 1 ˎˊ˗

📌 Location : Dalam beg Ighene

Sya meraba sekeliling. Peluh di dahi dilap.

Dia tak suka tempat gelap. Dalam beg Irene ni pula gelap dia tak boleh bawa bincang. Gelap segelap hati yang sedang membaca ni.

"K-Korang kat manaaa..." Selain dia, ada seorang lagi manusia yang sedang cuak berada di dalam kegelapan ini, Nayun. Anna meraba sekeliling dan tersentuh sesuatu. Merasakan tekstur yang seperti rambut, Anna meraba figura yang baru dia sentuh itu.

"Eh awak! Awak yang ada fon tu, cuba buka flashlight," Hyein yang berotak kancil mengutarakan ideanya. Sya yang baru teringat akan kewujudan fonnya terus mengeluarkannya dari poket.

"Saya baru sedar, kita tak tahu pun nama masing-masing kan..." kata Eunrim perlahan. Kemudian kelihatan satu cahaya yang membutakan mata tidak jauh darinya.

"Yeay cahaya!" Gembira Nayun melihat flashlight dari telefon kurang pintar Sya itu. Tanpa disuruh, dia mendekati Sya bersama appliers lain, berkumpul bersama berdekatan sumber cahaya.

Anna yang meraba tadi pula terus terkejut beruk melihat objek yang dirabanya itu ialah Wendy, patung Irene. Wendy yang sama saiz dengannya tersenyum manis ke arah Anna. Terus Anna pecut ke arah appliers lain, takut melihat wajah friendly Wendy.

"Anneyong semua, saya Yeon! Hwang Jiyeon!" Yeon memulakan bicara dan menghulurkan tangannya sambil tersenyum. Tetapi tiada siapa yang menyambut tangannya itu. Melihatkan wajah Yeon yang nak menangis, Hyein pun menyambut tangan Yeon dengan baik hati.

"Saya Shin Hyejin. Panggil Hyein je," kata Hyein pula. Dia tersenyum comel ke arah semua appliers.

"Sya," kata Sya pendek. Malas nak kenalkan diri panjang-panjang, dia pasti manusia lain dah tahu nama dia since dia ni pelakon terkenal eceh.

"Saya Im Nayun! Hikhokhikhok," Nayun tersenyum gembira dan melambaikan tangannya teruja. 

"Heeeeee," kata Hee sambil meleretkan suaranya. Sempat kepalanya dicepuk Sya sebab annoying. Hee menjeling Sya tidak puas hati.

"Guwe Park Naeun tapi panggil Anna je sebab dia kiyot agugugugugugu," Anna mula berfangirling sambil menepuk Daeun di sebelahnya. Terbangun terus Daeun. 

"Song Eunrim," kata Eunrim ringkas dan tersenyum ayu. Alalala

"Yo yo Choco in ur areah!" kata Choco pula dengan volume yang agak perlahan. Daeun menguap kecil sebelum memperkenalkan dirinya. "Jung Daeun."

Sesi memperkenalkan diri mereka terganggu seketika apabila kereta yang Irene naiki melanggar laju sebuah bonggol. Beg yang menempatkan mereka semua terjatuh ke bawah. Menjerit semua akibat terkejut.

"Ish papa, janganlah laju sangat. Sakit bontot Irene," Suara Irene mengadu kedengaran. Begnya yang terjatuh dicapai semula dan diletakkan di sisinya.

"Mian sayang. Ni adik kamu Yeri nak cepat sampai ke kedai mainan tu," suara seorang lelaki berumur pula kedengaran. Mereka hanya diam memasang telinga.

"Kedai mainan? Yeay, nak beli kawan-kawan untuk Wendy!" kata Irene teruja. Selepas itu, suasana di dalam kereta itu diisi dengan bunyi radio disusuli dengan gelak tawa Irene dan seorang perempuan kecil, mungkin Yeri adik Irene.

"Okay guys. Kita kena fikir plan untuk escape," Eunrim mengambil peranan sebagai seorang ketua yang tidak rasmi. Dipandangnya satu persatu wajah appliers lain dengan riak 'bagilah-idea-woi'

Krukk krekkk

Tiba-tiba kedengaran bunyi perut berbunyi. Serentak semua menoleh ke arah Daeun yang sedang mengusap perutnya sambil tersengih. "Lapar lah geng," Daeun mencebik kecil.

"Aik. Bukan pagi tadi dah sumbat potato chips ke? Siap makan gula-gula getah lagi," Yeon mengerutkan dahi. Teringat lagi yang Daeun makan sampai tak muat nak lepas lubang pintu tu.

"Tapi, Anna pun lapar agugugugu," Anna berguling-guling di situ. Tiada yang membantah sebab diorang pun lapar juga ha. Dari pagi tadi tak makan apa-apa.

"Sekarang pukul berapa?" tanya Hyein pada Sya. Sya mengeluh kecil sebelum menjawab. "3 petang,"

"Mak aih!" Terkejut Choco mendengar jawapan itu. Sekejapnya masa berlalu. Eh, ke lama? Dari pagi sampai petang tapi dah berapa episode Hani dah type ni ha. Banyak sungguh cabaran pada hari pertama. 

"Tapi seriouslah, laparrrrrrr," Hee turut join Anna berguling kerana lapar. Nayun yang turut lapar tanpa segan silu menjerit.

"IGHENE! KAMI LAPAR!"

Zzap!

Terus semua appliers patung dengan posisi yang tidak senonoh kerana tidak bersedia apabila zip beg dibuka oleh Irene.

Tanpa banyak berkata-kata, Irene mencampakkan beberapa keping biskut oreo ke dalam begnya yang gelap itu. Oh, Sya sempat tutup flashlight sebelum beg tu kena buka.

"Korang lapar eh? Irene dengar korang menjerit tadi hoho, makanlah biskut ni and duduk elok-elok tau! Nanti kita nak jumpa kawan baru Wendy," usai menghabiskan ayatnya, terus Irene menutup zip begnya semula.

Apalagi, terus manusia ketot itu melahap biskut oreo yang dibaling Irene tadi. Masing-masing takde yang berebut disebabkan oleh saiz biskut itu yang lagi besar dari mereka. Irene membaling 5 biskut kesemuanya, satu biskut dimakan oleh dua orang.

Kecuali Daeun yang tengah lahap biskut tu sorang-sorang.

📌 Location : uNkNOwN

"Dah gais, mari bincang plan untuk escape," Eunrin kembali mengumpulkan manusia ketot. Semua sibuk menggosok perut mereka kerana terlebih kenyang makan biskut oreo.

"No idea," kata Sya ringkas. Dia melayari aplikasi Wattpad di fonnya yang sedang mengeluarkan cahaya lampu suluh itu. Stalk account dh4n1s jap. Nak join applyfic Thumbelina, macam berkait je dengan keadaan sekarang.

"Lepas je kereta ni berhenti, kita ikut Irene keluar!" kata Anna bersemangat. Mulutnya yang tersisa serbuk oreo dilap.

"Lepastu? Kalau dia tinggal beg dalam kereta macam mana? Kalau dia bawa kita keluar pun, tak ke orang pelik tengok patung berjalan? Ada juga yang humban kita dalam tong sampah nanti. Cetek betul otak kau ni," kata Hee panjang lebar diakhiri dengan kutukan kepada Anna.

Tercebik Yeon menahan tangis. Hee cakap otak Anna cetek, tapi dia pula yang terasa afufufufu

"Nayun rasa dia dah berhenti lah!" Teruja Nayun berkata apabila dia mendengar suara Irene menjerit teruja. Kemudian, kedengaran suara lelaki berumur tadi. "Dah sampai, jom turun!"

Semua appliers sudah bersedia untuk keluar namun terbantut niat mereka apabila merasakan beg yang mereka duduki itu diangkat dan dipeluk erat. Mesti Irene bawa sekali beg dia.

"Jom cari kawan untuk Wendy!"

Keadaan menjadi sunyi seketika di dalam beg. Tak lama kemudian mereka dapat merasakan Irene meletakkan begnya di atas suatu permukaan yang agak keras.

Zip beg dibuka.

"Duduk sini diam diam! Jangan lari okay!" Irene sempat memberi arahan kepada mereka. Dia tertawa kecil sebelum berlari ke arah Yeri, meninggalkan begnya yang terbuka luas di atas meja.

"Ini peluang kita!" jerit Daeun teruja. "Marey gais, kita escape dari beg ni!" Choco menjerit teruja. Hyein mengeluarkan kepalanya dari beg galas Irene dengan berhati-hati. Kemudian kepalanya dimasukkan semula ke dalam beg dan dia mengangguk, tanda line clear.

"Tak ramai orang kat kedai petang ni. Ikut saya dan dengar arahan saya elok-elok!" Hyein meregangkan tangan, secara tidak rasmi memberi arahan sebagai ketua ekspedisi mereka ini. Semua mengangguk dan melakukan tabik spring.

"Aye aye captain!"

Hyein yang berada di hadapan keluar dari beg itu perlahan-lahan diikuti dengan appliers yang lain. Kepalanya memerhati sekeliling dengan tajam, cuba memerhatikan gerak-geri manusia yang berada di dalam kedai ini. Nampaknya hanya ada ayah Irene, Irene dan Yeri, serta seorang pekerja yang tertidur di kaunter.

Setelah berjaya keluar dari beg, Hyein berjalan ke hadapan sambil kepalanya melihat sekeliling untuk memastikan line clear. Secara tiba-tiba tangannya ditarik Yeon yang berada di belakangnya. Hyein memberi wajah hairan. Apa main tarik tarik ni.

"T-Tu," terketar-ketar jari Yeon menunjuk ke bawah. Hyein turut memandang ke bawah dan terlihatlah satu jurang yang amat tinggi memandangkan mereka berada di atas meja sekarang ni. Setapak lagi Hyein melangkah dan dia akan jatuh ke bawah. Kalau Yeon tak tahan tadi alamatnya patahlah tulang Hyein sekarang.

"Hey! Apa main pijak-pijak ni!"

"Pijak amende tet, tak sengaja lah,"

"Pin! Pin! Nayun nak lalu!"

"Bisingnya korang ni,"

"AKH!"

Semua appliers terjatuh bagai domino apabila Choco yang berada di belakang sekali terpijak Daeun yang sedang tidur dan jatuh menghempap orang depan. Orang depannya menghempap orang depannya dan begitulah seterusnya. Hyein yang berada di hadapan sekali terdorong apabila Yeon turut jatuh dan menolaknya secara tidak sengaja.

"HYEIN HATI HATI!"

Kuat suara Choco bersuara. Namun terlambat, Hyein sudah pun terjatuh dari meja ini.

Tergamam semua appliers melihat adegan yang terjadi di hadapan mata mereka. Serentak semuanya memandang ke arah Choco.

"Kau! Kau bunuh Hyein!" jerit Hee kuat. Teresak dia menangis di situ. Anna dan Yeon juga sudah menangis menyaksikan kematian Hyein.

"Bukan aku! Aku terpijak Daeun lah!" Choco mempertahankan dirinya. Daeun yang terbangun akibat kena pijak tadi mengerutkan dahi. "Aku? Aku tidur je..." suara Daeun semakin mengendur. Yelah, salah dia juga tidur tak kena tempat.

"Kau! Ni semua salah kau!" Sya menjerit geram. Wajah Daeun ditundingnya dengan jari. Geram.

"Korang..." Eunrim bersuara, fokus semua appliers kini tertumpu ke arah Eunrim.

"Hyein ada kat situ ha, tak mati lagi," selamba Eunrim bersuara. Membulat mata appliers yang lain. Selaju yang mungkin mereka semua menuju ke arah Eunrim dan melihat ke bawah meja.

Benarlah, di situ kelihatan Hyein sedang tersenyum happy sambil memaut tali beg galas Irene yang tergantung. Dengan senang dia meluncur ke bawah dan berjaya memijak lantai tanpa sebarang kecederaan.

"Tet punya orang," Sya sudah mencarut kecil melihat Hyein. Nayun tergelak gembira. Teruja melihat Hyein masih hidup. Baru je tadi dia nak tolak Daeun ke bawah.

Hyein melambai ke arah mereka semua,menggamit mereka turun ke bawah. Manusia ketot di atas meja turun dengan berhati-hati dengan memaut pada tali beg galas Irene. Eunrim yang mengetuai manusia ketot itu berjaya turun ke bawah dengan selamat diikuti dengan Nayun, Choco, Daeun, Anna, Sya, Yeon, dan Hee.

"Yeay berjaya!" Nayun menjerit gembira dan high-5 bersama Hee di sebelahnya. "Lama beno Ighene shopping," kata Choco lega. Yeon mengangguk. Pekerja tu pun tido mati.

"Dah jom cepat cepat," Eunrim berjalan laju ke arah sebuah tong sampah yang berdekatan sambil menoleh ke sana sini untuk memastikan line clear. Yang lain turut berbuat demikian. Tak lama kemudian semua appliers berjaya menyorok di sebalik tong sampah itu.

Mereka perlu mencari tempat perlindungan supaya tidak dilihat oleh sesiapa.

"Lepastu apa?" tanya Anna. Keningnya diangkat.

"Kita cari Nini Peri Shop lah," kata Daeun sambil mengerutkan dahi. Takkan nak duduk saje je. Duhh

Anna menepuk dahinya sendiri. Lupa pula.

"Tet,"

Semua mata memandang ke arah Sya yang sudah mencarut sambil matanya tak lepas memandang fon. "Asal?" tanya Hee sambil menutup hidung. Bau busuk sampah semakin berleluasa.

Tanpa banyak cakap, Sya menghalakan skrin telefonnya ke arah mereka semua. Di situ terpampang lokasi mereka semua di peta. Membulat mata mereka membaca lokasi mereka yang tentera di situ.

"IRENE BAWA KITA KE BUSAN?!" Choco menjerit kuat. Semua appliers menutup telinga mendengar jeritan terkijut Choco itu.

"Eh, patung?"

Ah sudah, semua appliers sudah kekal dengan posisi menutup telinga masing-masing. Lepas Ighene, seorang mak cik tua pula yang menghampiri mereka.

"Aigoo... Mesti budak-budak yang buang ni..." mak cik tua itu membongkok dan mengutip satu persatu appliers. Kedengaran bunyi tulangnya setiap kali dia membongkok.

"Aduhduh," mak cik itu mengusap tulang belakang. Dia meletakkan semua appliers itu ke dalam bakul trolinya. Bau clorox yang kuat menyapa hidung mereka semua. Mungkin mak cik ni mak cik cleaner kot.

"Budak-budak ni pun, nak buang masukkanlah ke tempatnya yang betul. Ish ish ish," mak cik cleaner itu membuka penutup tong sampah. Para appliers sudah cuak. Takut kalau mak cik itu membuang mereka ke dalam–

Belum sempat Hani nak habis type, mak cik itu sudahpun mencampak mereka semua ke dalam tong sampah itu. Ceit, tadi bukan kemain baik kutip diorang satu persatu. Mak cik itu menutup kembali tong sampah itu bersama senyuman di muka.

Dan para appliers sekali lagi terjebak di dalam kegelapan. Cuma kalini sekali pakej dengan bau busuk.

"ANDWAE!" Anna menjerit kuat. Diketuk-ketuknya penutup tong sampah yang berada di atas kepalanya itu. Sampah dalam tong tu dah penuh so dia boleh sentuh penutup tong tu. Appliers lain tak sampai sebab diorang pendek pft.

"Dasar mak cik! Ugh!" Hee menyepak kuat sampah di kakinya. "Genk jangan menyerah! Jom kita cuba tolak penutup tong sampah ni," Nayun bersuara agak cemas. Dia kan tak suka gelap.

Sya pula sudah desperate untuk menyalakan flashlight namun entah macam mana fon dia boleh off. Struggle Sya cuba turn on semula telefonnya.

"Anna! Angkat saya!" Hyein memberi arahan dan terus melompat ke atas Anna. Anna hampir terjatuh pada awalnya namun sempat Daeun menahan badan Anna. Wuuuu bangga Daeun.

"Hiyarkkkkkkk!" Hyein menolak penutup tong itu dengan segala kudratnya. Eunrim yang teringat akan superpowernya terus melompat naik ke atas badan Choco. Choco juga hampir terjatuh pada awalnya dan Daeun sekali lagi berjaya menahan badan Choco.

"HIYARK!" Eunrim menjerit penuh bersemangat. Kedua gadis itu bergabung tenaga menolak objek di atas kepala. Kelihatan penutup tong itu bergerak sedikit.

Sementara itu, Hee pula sudah sesat berjalan ke sana sini di dalam tong yang gelap gelita itu.

"Oi! Mana korang duh," Hee tak habis habis meraba sekeliling namun dia masih belum dapat mengenal pasti mereka di mana. Dia dah dengar suara mereka berhiyark hiyark tu tapi tulah, hanya dinding tong yang Hee jumpa afufuhuh.

"Ajsjushsjsjsjdhjdhsjs," Yeon pula sudah menangis di situ. Jangan tanya dia menangis sebab apa. Ada banyak kemungkinan dia menangis. Mungkin dia teringat akan Taeyong. Atau mungkin dia takut tak boleh nak keluar. Mungkin juga dia terseksa dengan bau sampah yang dah serupa bau ketiak Hani ni.

Nayun di sebelah tak henti menepuk bahu Yeon perlahan sambil memberi kata-kata motivasi yang dia dengar masa pergi kem pemuliharaan akhlak.

"Sabar Yeon. Cuba bayangkan Yeon balik rumah nanti ada banyak selipar tersusun kat luar. Bila Yeon masuk rumah, semua orang tengah baca Yaasiin. Di tengah-tengah ruangan, Yeon nampak sekujur tubuh terbaring dengan selimut putih meliliti badannya,"

Makin meraung Yeon menangis di situ. Ayork Nayun. I dunno i dunno.

"Tet punya fon. Aku sumpah kau jadi lipas kang baru tau. Geram seyhh. Kau dah tak boleh nak buka flashlight ni kenapa? Minta kaki? Brand Oppa memang tet. Next time aku nak beli brand Huawoi takpun brand Samseng." Sya membebel kecil apabila flashlight nya gagal dibuka.

Mendengarkan kutukan Sya kepadanya, telefon Sya berasa kecil hati dan flashlight terus dihidupkan. Sya tersenyum sinis. Ha ada pun flashlight. Nak kena maki dulu baru boleh.

Terus Sya menghalakan flashlight itu ke arah mereka yang sedang menolak penutup tong itu. Hee yang tersesat tadi pun sudah berjaya berkumpul bersama mereka semua dengan kehadiran cahaya itu.

"AKSJJSJSJSJSSHSJ," Namun secara tiba-tiba Hee meracau dan terus berlari ke hujung tong, malangnya kakinya tersadung Daeun dan mereka berdua pun jatuh. Disebabkan Daeun jatuh dan tiada siapa menahan badan Anna dan Choco, maka terjatuhlah dua orang gadis itu bersama Eunrim dan Hyein yang berada di atas. Penutup tong yang hampir mereka baling ke luar tadi menutupi tong itu semula.

Sya mendengus geram. Muka Hee yang penuh ketakutan itu dipandang.

"Wahh lek lek lek lek lek gais lek segala yang berlaku ini ada jalan penyelesaiannya," Melihatkan wajah godzilla Sya, terus Nayun berlari ke arah Sya dan menggosok bahunya perlahan, ingin menenangkannya. Yeon pula ditinggalkan keseorangan di situ.

"Awak kenapa Heeeeeeeeee?" tanya Eunrim, suara dileretkan panjang. Dia tengah taham geram tu.

Hee hanya menayang wajah penuh ketakutannya. Mulutnya terbuka untuk mengatakan sesuatu namun tak terkeluar pula ayat tu.

"Apa Hee? Apaaaaaaaa?" Anna terus meluru ke arah Hee dan menggoncang bahunya kuat agar Hee tersedar dari sampukan ini.

"AAARRRRHHHHHHH!"

Semua tumpuan beralih kepada Yeon apabila jeritan kuat itu kedengaran. Yeon sedang berlari jauh ke hujung tong dan melepasi mereka semua. Melihatkan Yeon yang berlari bagai angsa dikejar katak itu, mereka konpius seketika.

Sya bertindak menyuluh flashlightnya ke arah tempat Nayun tinggalkan Yeon tadi. Apabila melihat benda yang mengejar Yeon di situ, terus mereka turut sama menjerit dan join Yeon lari.

Kenapa? Kerana di dalam tong sampah yang gelap dan busuk itu, datanglah seekor haiwan yang comel lagikan kiyut auchh tergugat jantung Hani, mengejar mereka semua.

"LIPASSSSSSSSSS"

HAHAJAHAHAHA seronok seksa korang ahuks. Sorry sangat-sangat sebab lama tak hapdet hiks. Sorry hambarrrr Hani rasa ayat hani makin lama makin teruk huwaaaaaaa. Mian tau semuaaaaa uhuks.

Happy vomment! Seperti yang hani cakap sebelum ni, siapa vomment banyak, maka banyaklah part dia hehe. Lepas ni jangan marah hani or complain part korang sikitlah, dialog sikitlah sedangkan korang tak komen langsung bila hani update huhu terasa kiteww
╯へ╰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro