✼┊e p i s o d e 1 0 ˎˊ˗
📌 Location : Nini Peri Shop, dalam bilik Hani
Kening Hani terkerut-kerut melihat botol-botol soju yang bersepah di atas lantai itu. Kepala dipegang dan diurut.
"Aku rasa aku bukan mabuk je malam tu. Apa yang aku dah buat ek? Rasa lain macam je ni," Hani mengurut pelipisnya.
Bangun-bangun pagi je dia dapati ada botol soju bersepah atas lantai. Dia syak tu Jihoon yang sanggup pergi pantai, amek botol tu and seludup masuk bilik dia ni sebab ada nota kecil yang disertakan sekali.
"Kau ni pun, kalau nak mabuk pun jagalah kebersihan persekitaran pantai. Habis tercemar pantai tu dengan bau soju kau semalam. Entah soju jenama apalah yang kau guna sampai bau febreeze merebak kuat semalam. Habis tak tenang mak cik yang duduk kat homestay tu.
- J"
Ha siapa lagi kawan Hani yang bernama J kalau bukan Jihoon.
Tapi ada yang pelik dengan nota tu. Bau febreeze?
"Aku rasa soju mana ada bau febreeze do. Malaun mana yang pergi sembur febreeze kat botol soju haku ni?" Selepas mengurut kepala, Hani mengurut perutnya pula. Haih, pagi-pagi dah jadi bengong.
Tadi pun Hani terbangun sebab bau febreeze ha. Kuat namatey bau dia sampai Hani nak mimpi Seokjin pun tak tenang dibuatnya. Usai mengurut perut, terus Hani melutut di hadapan botol-botol soju itu dan membelek satu persatu botol.
Terhenti terus pergerakannya apabila terlihat satu botol soju yang lain dari yang lain. Terus botol itu diambil dan Hani meniliknya. Terketar terus tangan Hani.
"INIKAN SOJU MINTA HAJAT! PERISA FEBREEZE! AH SUDAH AKU DAH AGAK AKU ADA TERSUMPAH ORANG SEMALAM AYSHSHSJSHJSHSSH," Hani terus meroyan di situ. Dia pasti semalam dia cakap benda mengarut dan terus minum soju minta hajat berperisa febreeze itu. Lepastu orang lain pula yang kena tempias.
"Aduhhh aku tak ingat pape duh jsjsjsjsjsjjs." Hani mengetuk kepala berkali-kali. Well dia memang macam ni, sekali mabuk terus blackout. Memori terakhir yang dia ingat ialah masa dia hayunkan magic wand ke semua appliers and diorang pun tanya "Janji jangan tinggalkan saya walau apa yang terjadi?". Ha setakat tu jelah memori dia.
"Tak boleh jadi ni. Aku kena ingat semulaa!" Hani menjerit. Dalam kiraan tiga, terus dia mengetuk kepalanya dengan magic wand. Bagaikan berada di dalam theater film, babak semalam di mana dia sedang mabuk terus bermain di kepala.
Cemas Hani jadinya. "Eh bongok betul aku ni, yang aku dah sumpah diorang jadi middle finger aku ni dah kenapa?" Terus Hani melihat ke arah middle finger sendiri. Boleh tahan kecil. Cieh.
"Gila, kalau diorang sekarang sama saiz dengan middle finger ni, maksudnya senang lah diorang nak mati!" Hani bertambah cuak.
"Eh tapi mesti diorang minta tolong boyfriend diorang kan?"
Jeda.
"Tapi macam mana kalau boyfriend diorang putus dengan diorang sebab taknak couple dengan Thumbelina? Aduhhhh" makin serabut kepala Hani. Menyesal pula dia pergi funfair semalam.
"Aku kena bagi warning kat diornag. Mesti diorang pun bangun pagi tetiba jadi bengong macam aku ni. Ish ni semua salah Jihoon. Kalau dia halang aku betul betul, mesti aku tak masuk funfair semalam!" Selamba itik Hani menyalahkan Jihoon.
Tanpa berlengah, Hani mengayunkan magic wand ke wajahnya. Terus wajahnya yang mamai dan tercalit air liur basi tadi berganti dengan wajah yang cantik dengan makeup. Bajunya juga sudah bertukar pink dan rambutnya terikat dua.
Fonnya dicapai. Camera dibuka dan Hani mula berposing.
"Ish tak cantek ah,"
"Alaa angle dia buruk,"
"Uish bulu hidung terkeluar,"
"Nampak pendek la pula,"
Setelah beberapa jam berperang dengan gambar selfie-nya, akhirmya Hani berjaya menemukan selfie yang paling perfect. Terus dia membuka aplikasi Instagram dan meng-post gambar itu dengan caption yang panjang lebar.
Magic wand dicapai lagi.
"Ha kalini aku nak diorang baca post aku kat ig ni. Lantak ah baca pakai lutut ke apa ke, asal baca sudah," Hani mengayunkan magic wandnya. Dia membaringkan badan di atas katil.
Ah, lega dapat tahu bila dia tersumpah orang. At least perasaan lain macam tu dah hilang hoho. Mati-mati Hani ingatkan dia terculik pakwe orang ke semalam uhuk manalah tahu
📌 Location : Honey Homestay
Tanpa berkata apa-apa dengan lebih lanjut, terus Choco menyuakan skrin yang menyala itu ke arah muka semua appliers yang terus berkumpul di sebelahnya sejurus dia menjerit begitu. Membulat mata mereka semua membaca. Perasaan marah menyirap dalam badan.
10,234,567 likes
dh4n1s Mowning sayang sayang sekalian! Hani nak buat satu pengumuman pagi ni. Perhatian kepada betina yang mendapati diri korang tiba-tiba kecik, ha meh sini jumpa Hani kat Nini Peri Shop, Bangunan lot 999, Jalan Seokjin Hensem. Ada kat pusat bandar Seoul ni ha. Sesungguhnya Nini Peri yang gojes ni tak sengaja tersumpah korang sebab korang ni tantek sangat. Jangan darang nak serang pulak, eh tapi kalau hang datang serang haku takkan tukarkan kau jadi normal balik HAHAHAHA apa susah. Baik baik jalan tu, semoga berjaya sampai ke sini dalam keadaan masih bernyawa ahukshukshukshuks by the way Nini Peri Shop dibuka seperti biasa harini! Silalah datang dan hajat anda akan ditunaikan, datang nak masuk meminang pun boleh, sangat dialu-alukan. Kbai nak cari jodoh
"Hah? Setakat nak tunjuk instagram, Daeun pun ada lah. 10M followers hege," Daeun yang baru bangun tidur itu menatap mereka semua dengan wajah blur dan mamai.
"Ehek bukanlah. Baca caption dia," Nayun di sebelah bersuara apabila Daeun menjadi slow tetiba. Daeun pun membaca caption post itu. Membulat matanya.
"WEH TAK GUNA! DIA SUMPAH KITA DO SJJSJSJSJSKSKSK" Hee berteriak keras. Lengan bajunya disinsing buat kali keberapa entah. Banyak betul Hee sinsing lengan baju harini.
"GENK AMAGHI KITA SERANG DIA" Anna turut berteriak keras sambil menyinsing lengan baju. Yang lain turut sama mengikut perbuatan Hee dan Anna itu.
"AMAGHI!"
"Oops oops. Sudah kalian. Tenangkan diri anda dulu," Eunrim terus menenangkan mereka semua. Tak rilek sungguh lah mereka ni.
"Okey, nampaknya kita dah tahu destinasi seterusnya yang perlu dituju." kata Hyein dan menunjuk ke arah skrin fon Sya itu.
"Nini Peri Shop,"
"Pft," Yeon tergelak kecil mendengar nama itu. Entahlah, rasa lawak je.
"BAHAHAHAHA ASAL NAMA KEDAI DIA GITU PFT" Daeun turut tergelak kuat mendengar nama kedai Hani itu. Eh sesedap hang je gelak eh. Sumpah jadi ant-man kang.
"So apa kita tunggu lagi? Jom lah kita gerak. Aku nak settle mende ni cepat and bagi penumbuk kat witch takgune tu. Tak kuasa aku nak duduk dengan korang lama-lama," kata Sya sambil tangan ligat mengusap fonnya, seolah membuang kotoran yang terlekat apabila manusia lain pegang fon dia. Amboi.
"Oke jom! Nasib baik dia sertakan alamat sekali," Yeon mengajak mereka semua. Mereka pun terus berarak diketuai oleh Hyein yang berada di hadapan. Almaklumlah Hyein tengah seronok nak ada adventure baru ni. Choco yang berada di belakang sekali pula sudah mula bersorak diikuti yang lain.
"KE NINI PERI SHOP!"
"KE NINI PERI SHOP!"
"KITA BANTAI NINI PERI!"
"KITA BANTAI NINI PERI!"
"NINI PERI TARAK GUNA!"
"NINI PERI TARAK GUNA!"
"CHOCO BUDAK YANG COMEL!"
"CHOCO BUDAK YANG–"
Terhenti semua appliers yang hanya mengulang apa yang Choco sorakkan itu. Lain macam je sorakan last.
"Baiklah rakan-rakan. Kita sudah berjaya berada di halaman homestay ini, tempat di mana semua boyfriend kita tinggal kita semua tadi." kata Choco yang bertindak sebagai speaker.
"Uhuks," Yeon mengelap air mata yang mengalir. Tetiba teringat Taeyong bila Choco cakap macam tu. Apeni Choco janganlah mention.
Mereka berarak lagi dengan Choco yang tak henti bersorak-sorak. Perjalanan mereka terasa begitu jauh dan lama. Yelah, diorang jalan 1 m pun dah berapa langkah kena ambil. Inikan nak pergi kedai Nini Peri yang berada di pusat bandar. Manusia yang normal pun perlukan masa 30 minit untuk ke sana dengan menaiki kereta. Ha diorang ni ketot, dahla ketot lepastu jalan kaki pula.
Jalan punya jalan, akhirnya nak dekat 45 minit diorang berjalan tanpa henti.
"Weh penat penat! Nak mati dah ni! Kita rehat dulu eh," Anna yang sudah separuh bernyawa itu terus bersandar pada benda yang berada di bawah pokok. Berbulu benda ni. Anna tak tau ni apa tapi lembut je rasanya hoho. Nak tertidur dia bersandar kat situ.
"Amboi. Nak sandar gak," Daeun mengambil tempat di sebelah Anna dan terus tertidur di situ. Kan dah kata benda ni lembut sehingga boleh menggamit kita ke alam mimpi.
"Kita rehatlah kejap," Eunrim bersuara apabila kelihatan semua appliers sudah memasang riak penat namatey. Hanya Hyein yang kelihatan bertenaga lagi. Dia cergas orangnya.
Semua appliers terduduk di bawah pokok itu. Alang-alang dah jalan kat sini, diorang pun rehat kejap bawah pokok ni. Terlindung dari cahaya matahari.
"Penatnya. Lambat lagi ke nak sampai?" tanya Yeon. Dia mengipas diri dengan tangan. Berpeluh jeruk lepas berjalan lama.
"Memanglah lambat lagi. Kau expect kita nak sampai ke rumah witch tu dengan kaki yang ketot ni dalam masa 45 minit je?" kata Sya. Terdiam Yeon jadinya.
"Serious penat! Asal witch tu tak bagi je kereta mainan ke apa kat kita supaya cepat sikit sampai?" Choco bersuara lelah. "Aku syak witch tu memang sengaja nak bagi kita mati." kata Hee agak geram.
"Takpe lah kalian! Sekurang-kurangnya kita boleh exercise lepas bertahun-tahun kumpul lemak ye idok? Nayun rasa lemak perut nayun dah gugur belaka," Nayun menyelak bajunya, mendedahkan perutnya yang chubby itu. Konon bangga sebab dapat hilangkan lemak.
Melihatkan Nayun sudah menayang perut itu, Hyein turut menyelak bajunya mendedahkan perutnya yang berketak-ketak. Membulat mata manusia yang melihat. Hyein tersengih bangga. Bukan nak riak, takbur je.
"Uish! Orang lain ada six pack, awak ada twelve pack!" Eunrim bersuara teruja. Tangannya dibawa ke perut Hyein, ingin menyentuh ketulan itu. Terus Hyein menepis tangan Eunrim dan menutup semula bajunya. Eunrim hanya tersengih. Fascinating tau, Namjoon pun takde abs sebanyak tu.
GRRR
"Bunyi apa tu?" Serentak Anna dan Daeun yang tertidur itu terbangun dan menanyakan soalan yang sama apabila satu bunyi deraman kedengaran.
Yeon, Sya, Choco, Hee, Nayun, Hyein dan Eunrim yang berada di hadapan mereka berdua itu pula sudah menunjukkan riak terkejut dan takut. Masing-masing mengundurkan diri dari mereka berdua.
"Oi kenapa ni?" tanya Daeun blur. Dia memandang Anna di sebelahnya. Blur jugak. "Janganlah tinggal kitorang!" jerit Anna agak geram. Dia menarik Daeun berdiri.
"K-Korang sandar atas apa t-tu?" tanya Yeon tergagap. Berair matanya melihat objek yang berada di belakang Anna dan Daeun a.k.a benda yang disandar oleh mereka berdua tadi.
Anna dan Daeun yang tidak tahu apa-apa terus menoleh ke belakang. Membuntang mata mereka berdua, mulut mereka juga sudah terlopong terkijut.
"A-A-A-A-A-" Tergagap Anna menyuarakan nama binatang itu. Daeun yang sudah cuak terus mencapai tangan Anna dan menariknya lari.
"ANJIRRRR! LARI SEMUAAAAAA" Kuat Daeun menjerit. Apalagi, terkontang-kanting semua manusia ketot melarikan diri. Anjing yang tengah elok tertidur tadi tapi diganggu oleh Anna dan Daeun yang bersandar di atasnya terus menyalak kuat.
"MEOW MEOW MEOW!" Bunyinya kedengaran kiyut tetapi tidak. Anjir bertalam dua muka itu terus mengejar mereka semua dengan air liur yang tidak henti meleleh sedari tadi. Bersungguh manusia ketot itu melarikan diri. Dahlah anjing warna hitam, besar pulak tu. Gigi dia tajam! Menakutkan sungguh.
Mereka semua berlari selaju yang boleh. Yang berada di hadapan sekali tentulah Hyein si pemilik twelve pack itu. Daeun yang pada awalnya menarik Anna kini telah ditarik Anna apabila wanita setinggi model itu berlari laju dengan kaki panjangnya. Yang lain juga sudah berlari, dan yang berada di belakang sekali ialah Sya. Maklumlah kaki pendek. Bila jadi ketot, bertambah pendeklah kaki dia.
"Aduh! Tet!" Sempat Sya mencarut apabila dia tersadung batu yang agak besar. Terjelopok dia di situ. Sedar akan kejatuhan Sya, semua appliers berhenti berlari. Jarak di antara mereka dengan Sya agak jauh. Baru mereka nak berlari dapatkan Sya, anjing itu sudahpun berdiri di hadapan Sya dengan wajah bengis.
Sya menggeleng laju melihat anjing yang bermuka hitam itu. Dia melontarkan pandangan ke arah appliers lain yang hanya kaku berdiri di sana. "Tolong akuuuuuu" Sya bersuara perlahan.
Namun para appliers kekal kaku dan diam. Siapa je sanggup korbankan nyawa sendiri? Jadi lebih baik kita korbankan nyawa orang lain tak gitu? Uih tak baik sungguh mereka ni. Ish ish.
Sya menutup mata melihat anjing yang semakin mengganas itu. Anjing itu mendekatkan kepalanya dengan tubuh Sya dan menghidu-hidu Sya dengan hidung besarnya itu. Sya hanya diam menahan rasa geli. Kalau dia innalillah, dia sumpah Hani jadi kecil macam diorang. Biar Hani mati kena gigit dengan cicak.
Anjing itu membuka mulut, menayangkan gigi tajamnya yang berwarna oren. Yeon dan Eunrim menutup mata, tidak sanggup melihat aksi extreme itu. Anjing itu semakin mendekati tubuh ketot Sya. Bau mulut anjing itu membuat Sya loya.
"SEOKJINNNN!"
"Ada orang, cepat jadi patung semua! Jangan gerak!" Sempat Anna memberi arahan kepada mereka semua. Terus semua tidak bergerak, seolah menjadi patung. Anjing ganas tadi pun sudah mengangkat kepalanya teruja dan menoleh ke belakang, membontoti Sya.
"Woof woof! Hehehehehehe," Anjing itu menyapa seorang lelaki yang baru tiba di tempat kejadian. Daeun yang menjadi patung mengecilkan mata melihat lelaki itu. Seperti dia kenal wajah comel lelaki itu... Tapi di mana ya...
"Apa Seokjin buat kat sini?" tanya lelaki itu, diusapnya kepala anjing itu. Appliers hanya menahan gelak mendengar nama anjing itu. Entahlah, rasa nak gelak.
"Woof woof!" anjing bernama Seokjin itu menyalak teruja. Lelaki itu tergelak kecil. Acah acah faham apa yang Seokjin cakap.
"Jom balik, appa dah sediakan tom yam untuk dinner Seokjin. Mesti Seokjin lapar kan?" kepala anjir itu diusap lagi. Seokjin melompat teruja sambil mengeluarkan lidahnya. Hampir saja dia terpijak Sya di situ.
"Ha jom– Eh apeniii?"
Lelaki yang ingin beredar itu terhenti apabila terpandang sebuah patung terbaring di atas jalan dengan gaya yang agak pelik. Bukan itu saja, tak jauh darinya terdapat beberapa patung lagi yang turut mempunyai gaya yang pelik. Lelaki itu mengerutkan dahi melihat semua patung itu.
"Jiran mana yang tinggal patung kat sini?" tanyanya agak hairan. Setahunya semua jirannya dah warga emas belaka. Orang tua main patung? Cam pelik je.
Lelaki itu mengambil Sya dan meletakkannya bersama patung lain. "Kesian, mesti lonely sorang-sorang. Pergi duduk dengan genk tu," Lelaki itu tergelak kecil. Anjir Seokjin itu pun turut tergelak. Eh jap, apa kes anjing boleh gelak ni.
"Aik? Macam familiar je muka patung tu..." tanpa berkata apa-apa lagi, Daeun terus diambil oleh lelaki itu. Cuak Daeun jadinya, namun dia tetap mengekalkan gaya tertidur itu.
Lelaki itu menilik wajah kecil Daeun. Kemudian dia tergelak dan meletakkan Daeun semula.
"Muka dia sebijik dengan senior perempuan kat university tu. Eloklah, dia pun suka tidur ha. Tidur je dalam kelas. Oh ye, teringat pula kepci yang dia minta tu," lelaki itu bercakap sendirian.
Terbuka mata Daeun. Oh, baru dia ingat! Lelaki ni lelaki yang menangis kat uni haritu! Lelaki yang kiyut kiyut kena buli tu. Yang ganggu dia tido haritu. Tak ingat sudah.
Lelaki itu memusing badannya ke belakang bersama Seokjin. Baru sahaja Daeun nak panggil dia sebab nak claim kepci, lelaki itu terpijak sebuah lopak air dan menyebabkan kesemua manusia ketot itu dibasahi dengan lopak air yang memercik.
Setelah yakin lelaki itu sudah menjauh, mereka semua terus meregangkan badan dan otot. Ada yang dah lap muka sebab terkena percikan air lopak tadi. Serupa dengan kena siram dengan air bila tak bangun masa mak kejutkan.
"Weh! Laki tu lari weh! Kepci aku..." Daeun hanya mampu menahan rasa craving nya. Uhuks.
"Tak guna ah! Dia pijak lopak habis kena kita! Sjsjksksksks," Hee menjerit geram. Disepaknya butir-butir bstu kecil di hadapannya.
"Kroih! Kroih!" Anna pula sudah cuba mengeluarkan air yang termasuk dalam hidungnya. Tapi dia posing gaya sakit mata tengok matahari sambil terdongak. Lepastu ha air pun masuk hidung.
Choco sudah menolak badan Sya yang lelaki tadi tindihkan di atasnya. "Ha, nasib baik lelaki tu tolong awak tadi," kata Nayun dan tersengih ceria. Hepi apabila tiada siapa cedera.
"EH ADA BUDAK DATANG, PATUNG SEMUAAAA"
Terhenti semua pergerakan apabila Eunrim bersuara lantang. Tak lama kemudian datang seorang budak berumur dalam lingkungan 5 tahun mendekati mereka.
"Wah ada baghebi!" kata budak itu agak pelat. Dia mencangkung di hadapan mereka semua. Cuak semua appliers. Kanak kanak kan suka dengan patung? Kalau budak ni ambik diorang naya nanti.
"Alo kesiannya! Semua dah kotor!" budak itu bersuara dengan nada kasihan. Sempat dia meletakkan beg yang digalasnya dan mencari sesuatu di dalamnya.
"Hai semua! Nama saya Ighene! Ini adik saya, Wendy!" budak yang mungkin bernama Irene itu mengeluarkan sebuah patung dari beg galasnya. Kemudian patung itu dimasukkan kembali dan dia mencari sesuatu.
"Alaa daddy tak bawa sekali. Tapi kat rumah Ghene ada shower! Jom ikut Ghene balik rumah, nanti Ghene mandikan korang sampai bersih," kata Irene teruja.
Dia mencapai satu persatu badan appliers dan memasukkannya ke dalam begnya. Beg itu digalasnya dan Irene berjalan menuju ke arah sebuah kereta sambil tergelak riang.
Mampus kamu wahai appliers sekalian.
HAHAHAHA maafkan hani, sesungguhnya hani lupa nak update semalam skksksksksks. Sorry hambar, baiiiis 💩💛
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro