Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i l o g 2 ˎˊ ˗

📌 Location: Pasaraya Ketiak Po Po Po

Kedua manusia itu berjalan menuju ke arah supermarket yang tersergam di hadapan mata sambil berpegangan tangan. Di jari manis masing-masing tersarung sebuah cincin yang sama ececeh.

Mari bertemu Yeon dan Taeyong, pasangan suami isteri yang baru je menikah tiga minggu yang lalu!

Dan dua minggu yang lalu jugalah Yeon disahkan mengandung. Huhu, tahniah manusia. Tahniah.

Maju betul diorang kan. Thumbelina lain ada yang masih bercouple lagi!

Dan hari ini, mereka pergi ke supermarket untuk membeli barang dapur! Mari grocery shopping bersama YeonTae. Sweet kan mereka?

"Oppa, amek trolley," arah Yeon. Taeyong tanpa membantah menarik sebuah troli dan menolaknya bersama Yeon di sisi. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam pasaraya itu melalui pintu hadapan. Yelah takkan pintu belakang pula dok.

"Mari kita tengok list barang yang perlu dibeli," Yeon mengeluarkan sehelai kertas dari beg tangannya. Panjang nau kertas tu. Taeyong hampir sahaja tercekik air liur sendiri.

"Banyaknya! Tadi Yeon cakap sikit je?" soal Taeyong. Maklumlah, diorang dah pernah grocery shopping sebelum ni dan beli segala keperluan kat rumah. Maklumlah ovid kan. Takleh keluar rumah banyak kali. Tadi pun Yeon cakap cuma telur je yang dah habis.

Yeon tersengih.

"Alaa memang sikit, lepastu Yeon tambah lagi. Kita kenalah beli banyak sebagai spare! Oppa sendiri cakap jangan keluar rumah kerap sangat. Jadi alang-alang dah keluar ni kita beli semua sekaligus!"

"Yelah yelah," Taeyong pantas sahaja membalas. Yeon sekadar tersenyum puas sebelum lengan sasa Taeyong dirangkulnya.

"Destinasi pertama, mari ke kawasan biskut!"

Yeon mula mengatur langkah menuju ke rak yang menempatkan biskut-biskut, namun Taeyong laju menangkap tangan Yeon agar gadis itu berhenti.

"Kenapa biskut? Kenapa tak beli telur dulu?" soal Taeyong sambil mengangkat kening. Terkelip-kelip Yeon memandang Taeyong. Satu sengihan ditayang sebelum gadis itu memecut lari dari situ.

"Hwang Jiyeon!" panggil Taeyong kuat. Terus sahaja dia menjadi pusat perhatian orang ramai. Fuh. Taeyong tersenyum kekok sebelum turut mengejar Yeon sambil menolak troli.

"Hehehe!" Yeon tersengih ke arah Taeyong sejurus lelaki itu tiba di bahagian rak itu. Tercungap-cungap Taeyong mengambil nafas. Sempat rambut Yeon diserabutkan.

"Ah! Kenapa oppa rosakkan rambut Yeon?" soal Yeon tidak puas hati. Terus sahaja tangannya naik membaiki rambut. Gila Taeyong ni. Tiga jam Yeon hias rambut dia! Sesuka hati je Taeyong rosakkan. Tahulah botak!

"Yeon lah lari tinggal oppa! Nasib baik tak terjatuh. Kalau Yeon gugur macam mana?" soal Taeyong risau. Mana tak risaunya kalau Yeon memecut tadi. Sekelip mata hilang dari pandangan. Yeon mencebik kecil.

"Ala, baby kan baru 2 minggu,"

"Baby 2 minggu lah senang nak gugur sayang oi," ujar Taeyong lalu menggeleng kecil. Yeon membulatkan mulut. Oh gitu. Selamani tengok dalam drama tak macam tu pun. Cis, drama sesat!

"Arraseo! Lain kali Yeon lari lambat-lambat," ujar Yeon. Taeyong merangkul bahu Yeon. Sempat dikucup pipi Yeon laju.

"Eh apeni! Orang tengok lah oppa," tanjat Yeon jadinya. Cepat-cepat kepala dia alihkan ke sisi. Ada seorang gadis yang sedang memilih biskut. Tapi boleh nampak matanya jeling-jeling memandang mereka berdua. Apa yang kamu mahukan si gadis berbaju merah?

"Takpe. Biar orang tahu oppa dah berpunya," ujar Taeyong dan tersenyum manis. Sengaja dikuatkan ayatnya. Macam dia tak perasan gadis baju merah tu asyik usha dia dari tadi. Gadis itu tampak terasa dan terus bergerak menuju ke rak lain.

Berhenti genk. Jangan salahkan dia dahulu. Hani faham perasaan dia. Yelah Taeyong kan hensem. Lepastu dia pergi sinsing lengan baju dia. Wah sungguh ku lemah melihat jantan dengan lengan baju yang disinsing. Mesti gadis tu pun sama. Hiks.

"Eii," Yeon menayang wajah cemberut. Dia melihat senarai barang-barang yang sudah dicatat lalu matanya meliar melihat sekeliling.

"Ala tingginya. Oppa! Ambilkan biskut Boreo tu!" Yeon menepuk pelan lengan Taeyong lalu menunding jari ke arah biskut Boreo yang tersusun di rak atas. Taeyong terus sahaja mengambil biskut itu dengan senang dan mendabik dadanya bangga. Eceh.

"Dengan sebelah dia tu. Biskut Singa!"

"Ha lepastu biskut Lexis sebelah tu."

"Pastu biskut Jekob's tu."

"Banyaknya," komen Taeyong sambil memasukkan kesemua biskut ke dalam troli. Yeon mengerutkan dahi. Perutnya diusap.

"Janganlah cakap macam tu! Baby yang nak!"

"Arraseo arraseo," ujar Taeyong mengalah. Haih, nipis dompet dia satgi. Ceh padahal dompet memang dah nipis sebab kad kredit je berlambak. Yeon tersenyum bangga.

"Destinasi kedua! Telur! Kajja!"

Kali ini Yeon tidak lagi memecut lari, tetapi dia menyatukan tangannya dengan Taeyong dan mula berjalan beriringan menuju ke bahagian telur.

"Hmm..." Yeon menilik telur-telur yang ada.

"Oppa nak gred apa?"

"Uhh..." Taeyong menggaru kepala. Lah mana dia tahu. Akhirnya Taeyong menunding jari ke arah telur bergred C. Maklumlah telur tu paling murah. Jimat duit sikit.

"Eh kenapa? Yeon nak gred A," ujar Yeon dan terus memasukkan telur gred A ke dalam troli. Taeyong menayang wajah tenuk. Eh dia ni.

"Eii tadi Yeon juga yang tanya," ujar Taeyong. Yeon mencebik kecil.

"Mana Yeon tahu oppa nak gred C. Gred A lagi berkualiti! Biar mahal, asal berkualiti!"

Taeyong berjalan ke arah telur gred C. Satu telur diambilnya dan ditilik atas bawah depan belakang kiri kanan.

"Apa kurangnya telur—"

PRAK!

Saling berpandangan dua manusia itu dengan wajah terkejut nak mampus apabila Taeyong secara tidak sengaja melepaskan anak ayam yang tidak bersalah itu. Ha sudah.

"Oppa!" panggil Yeon sambil membulatkan matanya. Kiri kanan dipandang. Takde orang. Namun, saat itu anak matanya terpandang akan CCTV yang berada di hujung lorong itu. Cepat-cepat Yeon bergerak membelakangi CCTV itu agar jenayah Taeyong tidak dapat dilihat.

Taeyong pula laju bertindak menyepak telur itu ke bawah rak. Mungkin cengkerang telur itu sudah tidak dapat dilihat, namun kesan jenayahnya masih jelas kerana cecair telur yang masih melekat di lantai!

"Jsjsjsjsjsj—"

Taeyong dengan cuak mengeluarkan sekeping not bernilai 1000 won yang berada di dalam poketnya dan menyelitkannya di tempat telur yang sudah terkorban tadi. Cepat-cepat Taeyong menarik tangan Yeon pergi dari situ. Troli tidak lupa dibawa sekali. Sedikit jauh dari situ, mereka berdua berhenti seketika.

"Fuh fuh," Taeyong mengurut dada. Yeon tergelak kecil. Aduhai Taeyong ni. Shopping list yang berada di tangan dikoyak dua lalu diberi satu kepada Taeyong.

"Nah! Oppa cari sabun-sabun yang Yeon dah tulis ni. Yeon nak pergi bahagian dapur,"

"Alaaa, kita pergilah sama-sama. Oppa tolak troli," ujar Taeyong. Huwaa dia memang malas nak bershopping! Yeon menjegilkan mata.

"Eish. Ambil!"

"Alaa Yeonnnnn."

"Takde takde!" Yeon langsung tidak menunjukkan sebarang kompromi. Terus troli itu ditolaknya menuju ke arah bahagian bahan basah, meninggalkan Taeyong yang sudah merengek di belakang. Muahaha.

"Ayam 3 kilo, ikan yu 2 kilo, obor-obor setengah kilo. Okay, copy that!"

Sambil bergerak menuju ke sana, Yeon melihat shopping listnya. Dia melihat sekeliling. Saat itu juga anak matanya terpandang akan seorang nenek yang sedang berada di bahagian bahan kering. Nampaknya nenek itu sedang berada dalam masalah! Macam mana Yeon tahu? Yeon kan ada superpower rawr.

"Salam sejahtera ke atas kamu. Ada apa-apa yang saya boleh bantu, halmeoni?" Yeon dengan sopan menegur nenek itu sedang suara lembutnya agar warga perak itu tidak terkejut. Nenek itu tersenyum kecil. Minyak masak yang berada di rak atas ditunjuk.

"Nenek tak sampai cu."

"Ah..." Yeon menganggukkan kepala tanda faham. Ah sudah, memanglah dia lagi tinggi dari nenek ni, tapi rak tinggi tu dia mana sampai! Tadi pun minta tolong Taeyong. Nak panggil Taeyong ke?

Yeon diam seketika memikirkan cara. Tidak lama kemudian, satu idea hinggap di kepala. Hoho.

"Umm... Eh, anak halmeoni ke tu?"

Nenek itu menolehkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan oleh Yeon. Melihatkan nenek itu melihat ke arah lain, terus sahaja Yeon memanjat rak itu dan mengambil sebotol minyak masak. Kemudian dia melompat ke bawah. Sekelip mata je dia buat semua tu. Laju bethol.

"Bukan, nak," Nenek itu kembali memandang ke arah Yeon. Yeon tersenyum ke arahnya.

"Ingatkan anak halmeoni tadi. Cantik dia tu macam halmeoni. Hehe, nah minyak masak," ujar Yeon lalu botol minyak masak itu dihulurnya. Tersipu malu si nenek apabila dipuji sebegitu. Yelah, 'anak' yang ditunjuk tadi tu cantiknya seperti Yoona SNSD. Muehehe.

"Terima kasih cu,"

"Sama-sama halmeoni!" Yeon tersenyum. Dia kini menolak troli menuju ke arah bahagian basah semula. Sambil itu tak henti dia tersenyum. Suka sebab dah dapat bantu orang. Yeon baik orangnya hihi.

Tapi kalau dia tahu yang kat situ ada CCTV, mesti dia tak jadi senyum dah kan? Pft.

"Huuu... Huuu..."

Terhenti terus Yeon apabila mendengar tangisan seseorang. Jangan risau rakan-rakan, ni bukan cik ponti. Yeon menoleh ke tepi memandang bahagian rak manisan. Kelihatan seorang budak lelaki sudah duduk mencangkung di situ. Ha dah kenapa tu, nak berak ke?

"Adik, kenapa ni?" soal Yeon usai menghampiri budak itu. Budak itu mengangkat kepala memandang Yeon. Serabai habis wajahnya dengan air mata dan hingus meleleh. Tapi Yeon tak geli sebab dia dah berpengalaman. Yelah, dia pun selalu menangis kan.

"Eomma hilangggg."

Yeon menggigit bibir. Hilang pulok doh. Manusia mana yang tak reti jaga anak ni?! Sudahlah supermarket ni sebesar perut Hani. Aigoo.

"Gwaenchana. Jangan nangis. Noona tolong adik cari eomma semula, okay?" soal Yeon cuba menenangkan si budak. Budak itu bukannya makin bertenang, tetapi malah makin teruk tangisannya apabila eommanya disebut. Ek eleh.

Gelabah Yeon jadinya.

"Adik, janganlah menangis. Noona kan ada. Eo?"

Dan tangisan budak itu semakin kuat. Eh pahal do budak ni.

"Adikk..." panggil Yeon. Bibirnya diketap. Tengok budak ni nangis dia pun rasa nak nangis. Yeon mendongakkan kepala ke atas, cuba menahan tangisannya. Namun...

"HUWAAAA!"

Tanjat habis budak itu apabila Yeon menangis dengan kuat. Terhenti air matanya di kelopak mata. Kali ini Yeon pula yang menangis bagai dia yang kehilangan ibu.

"Kan noona dah suruh berhenti!" ujar Yeon dalam tangisannya. Takut-takut budak itu memandang Yeon. Tertanya seketika kenapa dia masih berada di sini?

"Hiks... Jom! Noona hantar awak pergi kaunter depan tu," ajak Yeon dan terus mencapai tangan si budak. Budak itu diam sahaja mengikuti Yeon. Sekali tengok macam budak tu pula yang pimpin Yeon pergi kaunter nak buat report agugugu.

"Noona," budak lelaki itu menyapa seorang pekerja yang bernama Tiffany sejurus mereka tiba di hadapan kaunter. Tiffany mengangkat kepala memandang mereka berdua.

"Yes?" soal Tiffany. Rambutnya diflip. Fuh, boleh rasa aura-aura American dia. Tiffany melihat mereka berdua atas bawah. Wajah risau ditayang.

"Korang berdua sesat ke?"

Maklumlah muka masing-masing dah comot dengan air mata dan hingus.

"T—Tak, tapi dia—" Tergagap Yeon cuba memberitahu dalam tangisannya. Dia menunding jari ke arah budak lelaki di sebelahnya. Apabila dilihat, budak itu turut menunding jari ke arahnya.

"Noona ni sesat."

Ehhh memandai je budak ni! Tadi dia yang menangis sangat! Tanpa sedar Yeon semakin mencebikkan bibir. Budak ni buat dia makin nak nangis!

"San-ah!"

Saat itu ibu budak yang bernama San itu datang memanggil. San laju sahaja berlari meninggalkan Yeon dan menuju ke arah ibunya. Tak guna kau San!

"Cik okay?" soal Tiffany. Yeon menggeleng kecil. Dia geleng sebab dia okay dan takde pape yang perlu dirisaukan, tapi Tiffany pula ingat dia geleng sebab dia tak okay!

"Yeon!"

Yeon terus ditarik ke dakapan Taeyong aciacia. Taeyong yang menyangka Tiffany membuat isterinya menangis terus menghadiahkannya sebuah jelingan tajam. Kesian Fany.

"Gwaenchana..." ujar Taeyong sambil mengusap belakang badan Yeon dan rambut Yeon. Yeon mengangkat kepala memandang Taeyong. Saat itu satu ciuman hinggap di dahinya. Terhenti terus tangisan Yeon jadinya. Alalalala.

📌 Location: Pusat Karaoke Aku Galok Mu Selok

"Yeay! Karok! Karok!"

Anna bersorak teruja di sisi Jungkook. Kepalanya disandarkan di lengan Jungkook.

"Oppa! Oppa patut bersyukur dapat girlfriend secantik Anna tau!" ujar Anna. Rambutnya diflip ke tepi, hampir sahaja termasuk ke dalam mata Jungkook. Jungkook mengangguk pelan. Apa-apalah sayang oi.

Mereka berdua mula berjalan beriringan masuk ke sebuah pusat karaoke di situ. Lengan Anna dikunci rapat bersama lengan Jungkook. Anna cakap kena rapat-rapat kalau tak orang tackle Anna nanti.

"Anneyong! Princess Anna of Arendelle dah sampai! Cepat bentang karpet merah!" Anna melompat ke tengah koridor. Jungkook menepuk dahi sambil mengeluh kecil. Nasib baik juga takde orang kat situ selain mereka. Cepat-cepat Jungkook menarik lengan Anna yang sedang berposing.

"Anna! Jangan lepaskan tangan kita," ujar Jungkook dan terus menyatukan tangan mereka berdua. Anna menayang wajah terharu.

"Wae? Oppa takut Anna kena culik ke?" soal Anna. Jungkook terdiam seketika.

"Err hooh,"

"Aww so sweet lah oppa!" Anna tergelak gedik lalu menepuk dada  Jungkook. Sempat diraba dada bidang itu. Fuh, keras nak mati. Kalah dada Anna—

Mereka berdua berjalan menuju ke arah kaunter. Kelihatan seorang pekerja perempuan yang sedang ralit bermain telefon pintarnya. Ha curi tulang.

"Salam sejahtera ke atas kamu," sapa Anna dengan suara deepnya. Terangkat kepala pekerja wanita itu ke atas. Membulat terus Anna melihat wajah pekerja itu.

"CHAEWON?!"

"EH ANNA!"

"EEEEEEEEEEEE!"

Mereka berdua mula membuat bunyi pelik yang berpic tinggi. Terus Chaewon melompat ganas keluar dari kaunter dan memeluk tubuh Anna. Jungkook di sebelah menayang wajah blur. Apa yang berlaku? Mengapa dengan mereka?

"Weh! Lama gila tak jumpa kau!" Chaewon membuka bicara sambil melompat masuk ke dalam kawasan kaunter kembali. Anna menganggukkan kepala tanda setuju.

"Ye do! Last aku jumpa kau single lagi,"

"Tak guna," Chaewon tergelak kecil. Gelak yang bernada ingin membunuh. Anna tersengih kecil. Lengan Jungkook dipaut.

"Oppa! Perkenalkan, ni kawan sekolah Anna, Kim Chaewon. Chae, ni Jeon Jungkook, bakal suami aku," kata Anna. Chaewon menghulurkan tangannya ingin bersalam namun Jungkook langsung tidak menyambut huluran itu. Chaewon hanya tabah sahaja. Dengan sendu, dia mengangkat tangan kirinya untuk bersalaman dengan tangan kanannya.

"Laki kau mana?" soal Anna selamba badak. Fuh soalan mengancam nyawa betul. Chaewon menayang wajah tenuk. Nasib juga dia dah berpunya, kalau tak mesti dah buka gelanggang WWE dah.

"Kat rumah," balas Chaewon. Anna tersengih seperti kerang wangi. Baru sedar soalan dia bijak. Takkanlah laki dia nak ikut Chaewon sampai ke tempat kerja ye dok?

Di saat si gadis berbicara, Jungkook di sebelah sedari tadi asyik menarik-menarik pelan hujung lengan baju Anna. Apa Anna ni sembang dengan kawan pula! Ini date Anna dengan Kook ke date Anna dengan Chaewon?

Namun begitu, diri Jungkook tidak dinotice oleh Anna. Tabahlah.

"Weh! Kau ingat tak Yoojung dengan Doyeon?" soal Chaewon secara tiba-tiba. Anna mengerutkan dahi lalu menganggukkan kepala. Ingat-ingat lupa. Dua ekor tu pun sekelas dengan dia dulu.

"Diorang..." Chaewon mula meleretkan suara. Anna spontan mendekatkan badannya dengan Chaewon apabila dilihatnya Chaewon seperti sedang mengutarakan rahsia yang besar. Mood mak cik bawang onz.

"Rupanya diorang kembar do! Long lost twins!" ujar Chaewon dengan mata membulat. Anna melopongkan mulutnya, namun tidak lama kemudian mulutnya ditutup kembali.

"Loh. Aku tahu dah,"

"Whut?!" soal Chaewon terkejut. Anna mengibas rambutnya ke belakang. Hey, ini kan Anna! Segala gosip hangat-hangat tahi cicak dia tahu!

"Jadi kau dah tau tapi tak bagitau aku?!"

"Err... Hehe," Anna tersengih menampakkan giginya yang tercalit coklat. Chaewon mencebik kecil.

"Ha cepat! Bagitau aku gosip apa lagi kau tahu!"

"Ha okay. Masih ingat Chungha budak noob dulu?"

"Ingat!"

Lalu mereka berdua mula bergosip di situ. Jungkook pula dilayan bagai tugul batu. Tabahlah Kook. Meh kat Hani meh.

"Annaaaa," panggil Jungkook. Tangan Anna ditarik-tariknya namun gadis itu kekal fokus membawang bersama Chaewon. Sekali imbas, nampak macam anak yang ajak mak dia balik tapi mak dia asyik membawang dengan jiran sebelah!

"Annaaaa,"

"Naeunnnnnn,"

"Jom lah pergiiiii,"

"Kata nak karok tadiiiii,"

"Annnaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,"

Semestinya Jungkook dipalau. Heh.

Jungkook mencebik kecil. Tangan Anna dilepaskannya tanda merajuk. Namun begitu Anna langsung tidak sedar akan perbuatannya. Siap diangkat lagi tangan tu buat garu bontot. Fuh.

"Haish," Jungkook merengus kecil. Chaewon dipandang tajam. Ha siaplah Chaewon nanti!

"Assalam— eh, Jungkook?"

Jungkook memusingkan kepalanya ke tepi apabila dipanggil. Kelihatan berdirinya Mingyu bersama aweknya di situ. Hai abe.

"Mingyu!" Tersenyum nipis Jungkook melihat rakannya. Mereka berdua bersalam gaya jantan. Suwekk.

"Macam tak percaya jumpa kau kat sini. Apa khabar?" soal Jungkook. Mingyu tersenyum nipis. Tangan aweknya diraih. Eleh Kook pun ada lah awek. Tak jeles boo.

"Khabar baik. Aku dah jumpa pengganti yang lebih baik dari dulu. Jung Chaeyeon namanya," ujar Mingyu. Chaeyeon tersenyum manis ke arah Jungkook. Jungkook tersenyum kekok. Ceh jumpa pengganti yang lebih baik konon. Kalau Anna yang cakap macam tu bolehlah. Kook kan lagi baik dari Mingyu—

"Oh. Perkenalkan ni girlfriend aku, Park Na—"

Terhenti ayat Jungkook apabila kelibat Anna tiada di situ. Eh hebat betul. Tiber je ghaib. Kiri kanan dipandang. Chaewon juga tampak diam membuat kerjanya di kaunter. Eh mana budak ni?!

"Park apa? Imagination park ke? HAHAHAHA!" Mingyu tergelak kecil dengan lawaknya. Tidak mahu memalukan si pakwe, Chaeyeon turut tergelak ayu di situ. Jungkook menggaru ketiak.

"Hmm aku pergi dulu lah,"

"K,"

Jungkook berjalan pergi dari situ. Mana pula si Anna ni lari?

"Mangkook,"

Baru beberapa tapak melangkah, dia dipanggil oleh Chaewon. Chaewon terdiam memandang Jungkook sebelum mengalihkan pandangannya ke arah sebuah bilik karaoke di situ. Oh di situ rupanya si baby menyorok. Terus Jungkook melangkah menuju ke situ.

"CHANINHAN! YEOJARAN! NAREUL YOKHAJINEUN MAAA~"

Jungkook mengintai Anna yang sedang menggila di dalam bilik. Tanpa sedar dia tersenyum senget melihat telatah Anna. Dengan perlahan-lahan, Jungkook membuka pintu dan masuk ke dalam.

"CHAMSHI NEORUL WIHAE IBYEORUL TEKHAN GOYA!"

Nampaknya Anna masih tidak menyedari kehadiran Jungkook yang kini bersandar di muka pintu. Tangisan halimunan di matanya dikesat. Hiks!

"IJINEUN MA! NAE SARANGEUL! NEONUN NE ANE ISSeoOOOOOOOOOOO!"

Ha amek, sekali dengan pakej crack Anna bagi free pada Jungkook yang sedang mendengar. Jungkook menahan tawa di situ. Anna yang sudah kepenatan terus terbaring di atas sofa. Tercungap-cungap dia mengambil nafas bagaikan baru sahaja berlari sejauh 10 km.

"Kenapa lari tadi?" soal Jungkook dan mengambil tempat di sebelah Anna. Anna menoleh memandang Jungkook dengan mulut yang memuncung sedepa.

"Ish! Ada ex!" marah Anna. Dia merengus kecil. Lepas je nampak Mingyu, terus dia menghilang menggunakan kuasa anginnya. Nasib baik diorang tak perasan. Maklumlah tak peka belaka. Tak memasal Jungkook kena chop single. Ngeh.

"Sedap suara," puji Jungkook. Separa ikhlas dan separa tidak ikhlas. Remote yang berada di situ diambil dan dia memilih lagu. Anna pula sudah mengembangkan hidung.

"Ala tadi tu crack sebab sengaja," ujar Anna memberi alasan. Jungkook berjalan mengambil sebuah lagi mikrofon yang berada di atas TV. TV eh nama dia? Apa-apa jelah.

"Lagu ni khas untuk..." Jungkook meleretkan suara, wajah Anna dipandangnya. Anna laju sahaja menayang wajah terharu.

"Oppa..."

"...Chaewon,"

"YAH!" Terus Jungkook menerima sebuah tamparan di bahunya. Jungkook tergelak suka. Bahunya diusap. Ala tak sakit pun. Remote ditekan lalu instrumental mula dimainkan.

Ha jom karok sama-sama.

"Nal seuchineun geudaeye yeoteun geu moksori... Nae ireumeul han beonman deo bulleojuseyo,"

"Omo!" Anna terus terbaring di atas sofa bagaikan terkena panahan cinta. Dada kirinya disentuh dan dilihat. Eomma, darah!

"Eoreobeorin noeul arae meomchweo seoitjiman, geudae hyanghae han georeumsshik georeogallaeyo, still with you..."

Sekali lagi Anna dipanah oleh suara manis Jungkook. Daripada terbaring di atas sofa, kini Anna terbaring di atas lantai pula. Badannya turun naik bagai terkena sawan. Jungkook hanya memalaukan Anna dan fokus menyanyi. Sekali tengok Anna kang terus tergelak. Dahla muka Anna macam katak kena lenyek kereta.

Jungkook meneruskan nyanyian. Sepanjang nyanyiannya jugalah pelbagai reaksi yang ditunjukkan Anna. Sekejap lap air mata palsu, sekejap tercungap-cungap bernafas, sekejap terbaring macam kena sawan, sekejap korek telinga nak check taik telinga yang dah cair, sekejap twerking eh ni bukan lagu sedih ke.

Akhirnya nyanyian Jungkook berjaya dihabiskan. Tengok-tengok je Anna dah mereput kan hujung sofa.

"Biskut oppa! Sedapnya suara oppa!" puji Anna. Tangannya ditepuk kuat. Bangga bethol dapat boyfriend pandai nyanyi. Lepasni Anna nak kerah Jungkook nyanyi lullaby kat dia setiap hari!

"Oppa! Jom duet!" ajak Anna. Remote dicapai dan dia mula memilih lagu. Tanpa persetujuan Jungkook, ditekan sebuah lagi bertajuk Stay With Me.

"Wow! Sedapnya suara kita!" ujar Anna teruja. Tangan Jungkook diambilnya lalu ditepuk bersama tangannya. Unik betul cara dia tepuk tangan.

"Dah, Anna nak solo pula!" Anna kembali memilih lagu. Jungkook hanya memerhati sahaja gelagat Anna. Usai sebuah lagu dipilih, terus Anna menunding jari ke arah Jungkook.

"Lagu ni! Khas untuk!" ujar Anna. Jungkook tersenyum kecil.

"Mingyu!"

"Yahhh!" Hilang terus senyuman di wajah Jungkook. Kali ini giliran Jungkook pula yang bermasam muka. Anna tergelak suka. Hohoho!

"Neoneun nae salme dashi tteun haetbit," Anna memulakan nyanyian. Tangannya dibawa menutupi matanya yang sudah terkerut-kerut menahan silau sambil memandang ke arah Jungkook. Kononnya Jungkook matahari. Sesuai dengan lirik tu.

"Eorin shijeol nae kkumdeure jaerim," kali ini Anna membuat aksi tertidur pula. Jungkook tidak dapat menahan diri langsung sahaja tersenyum. Namun begitu, sejurus melihat Anna membuka mata, terus wajah ketat ditayang.

"Moreugesseo i gamjeongi mwonji," Anna membuat pelbagai wajah untuk menunjukkan pelbagai emosi.

"Hokshi yeogido kkumsogin geonji?"

Ha dah nak skip sampai chorus.

"Take my hands now," Anna menghulurkan tangannya ke arah Jungkook. Jungkook acuh tak acuh sahaja menyambut huluran itu. Tersengih Anna jadinya.

"You are the cause of my euphoria~"

Chupp!

Anna mengucup lembut tangan Jungkook. Tersengih sendirian Anna di situ. Jungkook sudah mengemam bibirnya, masih cuba menahan senyuman.

"Ala senyum jelah! Jilat kang!" ugut Anna. Terus dijilat tangan Jungkook. Membulat terus mata Jungkook. Tangannya ditarik dan dilap pada baju Anna. Eee!

"Heh. Dah lah, bosan," ujar Anna. Dia mengambil mikrofon di tangan Jungkook dan mula bergerak menuju ke TV untuk meletakkan kembali mikrofon di situ. Dia masuk sini nak menyorok je. Tak bayar pun lagi dekat Chaewon tu. Mood dia nak karok dah terbang sebab galah Mingyu.

"Oppa, jom shopping lepas ni," ajak Anna. Mikrofon itu diletakkan di atas TV dengan senang. Alhamdulillah, berkat kaki yang panjang. TV tu boleh tahan tinggi.

"Eee jawablah!" bentak Anna, dia menoleh ke tepi ingin memandang jejaka yang hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba sahaja dirinya ditolak ke dinding. Tanjat Anna jadinya.

Tidak sempat berbuat apa-apa, Jungkook terlebih dahulu mendekatkan wajahnya dengan Anna. Anna yang kalut laju sahaja menutup matanya. Mulutnya dimuncung sedikit. Lumrah seketul Anna.

BUK BAK BIK!

Anna membuka mata apabila bunyi sesuatu terjatuh kedengaran. Wajah Jungkook dipandang dengan tertanya. Jungkook perlahan-lahan menjauhkan diri dari Anna.

"Apa? Apa?" soal Anna sambil melihat sekeliling. Dia melihat ke arah Jungkook yang sedang mengambil buku yang terjatuh ke atas lantai.

"Buku ni nak terjatuh atas Anna tadi," beritahu Jungkook. Dia menuju ke arah Anna. Sekali lagi Anna berundur ke belakang sehingga bontotnya berciuman dengan dinding. Eh rupanya Jungkook nak letak buku tu semula kat rak yang melekat di dinding atas kepala Anna.

"Lain kali hati-hati,"

Anna terdiam seketika ingin menyambungkan wayar otaknya yang terputus. Jadi, masa dia pergi letak mikrofon atas TV tu, buku kat rak atas kepala dia ni nak terjatuh? Lepastu Jungkook tolak dia ke dinding dan biarkan buku tu terjatuh atas Jungkook instead of Anna?

"Oh," ujar Anna. Dia tersenyum senget. Aish patutlah Jungkook jadi agresif tiba-tiba. Ingatkan tiber je Jungkook tergoda dengan dia lepas dengar dia nyanyi tadi.

"Ala oppa! Sweet lah! Mwoya!" Anna mula memukul angin di hadapannya. Wajahnya ditutup dengan tangan, kononnya malu. Padahal tadi dia yang muncungkan bibir— budak ni fikir nak kiss saja!

"Tch," Jungkook berdecit kecil. Rambut Anna yang sedikit serabai dibetulkan dengan lembut. Cair seketul Anna jadinya.

"Kajja," ajak Jungkook, tangan Anna diraihnya. Anna yang asyik memandang wajah kacak Jungkook terus tersengih.

"Pergi mana?"

Jungkook tersenyum kecil.

"Cari baju kahwin,"

📌 Location: Rumah si Ayu dan Suri Hatinya

Namjoon melabuhkan bontot di atas sofa. Usai kelibat Eunrim muncul bersama semangkuk popcorn dan dua gelas air pepsi, Namjoon menggamit isterinya untuk duduk bersebelahannya.

Ya isteri. Ni pun dah kahwin juga. Tahniah human.

"Hehe," Eunrim meletakkan barang-barang yang dipegangnya ke atas meja kemudian terus terduduk di sebelah Namjoon. Eunrim merapatkan badannya dengan tubuh sasa Namjoon. Selimut ditarik menyelubungi mereka berdua.

Harini, mereka berdua tak nak keluar. Mereka hanya nak tonton Netflix and chill~

"Eun nak tengok cerita apa?" soal Namjoon. Remote TV dicapai lalu dibuka aplikasi Netflix. Eunrim mengembungkan pipi.

"Entahlah. Cerita hantu boleh ke?" soal Eunrim. Namjoon mencebikkan bibir.

"Alaa. Oppa nak tengok budak-budak,"

"Aigoo," Eunrim tersenyum senget melihat gelagat Namjoon. Tahu sangat suami dia tu suka budak-budak.

Pernah sekali tu, Eunrim datang kafe Namjoon dan pesan minuman. Sambil tunggu, Eunrim jalan-jalan dulu tengok sekeliling. Tiba-tiba ada sekor budak sesat yang langgar Eunrim. Habis tumpah air yang budak tu pegang.

Bila Namjoon nampak, terus Namjoon berlari ke arah diorang berdua. Tapi bukan Eunrim dulu yang diperiksa, budak tu dulu yang Namjoon tanya okay ke tidak! Eunrim sabo je kat situ. Heh.

Namjoon menekan-nekan butang remote itu. Terpampang beberapa cerita di skrin TV. Kesemuanya bergenre family. Eunrim sekadar tersenyum sahaja sambil melihat Namjoon. Dia tak kisah pun nak tengok cerita apa.

"Cerita ni?" soal Namjoon. Eunrim mengalihkan pandangan ke arah skrin TV. Terpampang sebuah cerita bertajuk My Baby is A Witch?

Sinopsis menceritakan tentang seorang perempuan bernama Jang Man Wol yang ingin terberak namun tiba-tiba sahaja terkeluar bayi. Setelah menjaga bayi itu buat beberapa hari, Man Wol perasan akan perkara pelik yang berlaku di sekelilingnya. Contohnya, spender miliknya yang sepatutnya berada di dalam almari kini berada di dalam mangkuk tandas. Begitu juga dengan telefon bijaknya. Tiba-tiba sahaja tergantung di siling.

"Cantiknya pelakon utama dia," puji Eunrim sejurus melihat cover movie tersebut. Cantik sungguh pelakon bernama Lee Jieun yang melakonkan watak Jang Man Wol itu. Namjoon tersenyum nipis. Hidung Eunrim dicuitnya.

"Tapi Eun lagi cantik di mata oppa,"

"Ah oppaaaa," Eunrim memukul lengan Namjoon dan menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Malulah! Namjoon pula sekadar tergelak suka. Lengan yang dipukul tadi diusap. Huhu, berbisa.

"Tengok cerita ni eh?"

"Eung. Eun okay je,"

Namjoon menekan butang WATCH NOW di TV. Dia mencapai popcorn di atas meja dan mendekatkan diri dengan Eunrim. Eunrim menyandarkan kepalanya di bahu Namjoon. Mereka berdua diam memerhati skrin TV yang sudah memaparkan cerita itu.

Kelihatan Jang Man Wol sedang makan bersama bekas rakan-rakan sekelasnya di reunion itu. Man Wol sekadar tersenyum sahaja apabila dirinya disoal macam-macam. Mana taknya, orang lain semua dah kahwin. Ada yang dah ada lima enam anak! Man Wol masih single mingle hiks.

"Comelnya budak!" ujar Namjoon geram apabila wajah seorang budak lelaki dipaparkan di skrin. Polos sahaja wajah budak itu. Eunrim tersenyum kecil.

"Tapi oppa lagi comel di mata Eunrim,"

"Eip eip," Namjoon mencubit pipi Eunrim geram. Eunrim tergelak kecil. Saja usik Namjoon.

"Eyy, muka lelaki tu macam oppa!" ujar Eunrim. Jarinya ditunding ke arah wajah pelakon lelaki yang sedang dipaparkan di skrin.

"Tu pelakon baru tu kan? RM namanya," ujar Eunrim. Sebiji popcorn disua masuk ke dalam mulut. Dia takdelah kenal mana dengan pelakon ni, tapi RM ni dah banyak terima pujian. Pekerja dia pun banyak cakap tentang RM.

"Hmm... Oppa rasa oppa lagi handsome," ujar Namjoon sambil menyepetkan lagi matanya yang sudah sedia sepet itu. Eunrim tersengih. Pipi Namjoon dicubitnya. Eee baru je tadi dia guna tangan yang sama nak makan popcorn!

"Yelah. Oppa lagi handsome,"

Namjoon tersenyum puas. Mereka berdua kembali fokus pada cerita itu. Kini tiba babak di mana Jang Man Wol terkerut-kerut menahan rasa sakit perut. Man Wol meminta diri ke tandas sambil terkepit-kepit menahan kentut. Sempat juga rakan-rakannya memberi sindiran. Macam ni lah manusia zaman sekarang. Jodoh itu kan di tangan Tuhan. Heh.

Kini tiba di babak Man Wol masuk ke tandas. Man Wol meneran taiknya, namun berkerut sejuta dahinya apabila merasakan taiknya sangat keras.

"Fuh, aku makan apa sampai berak keras macam ni?" gumam Man Wol. Dia menunduk memandang taik yang keras ketung itu. Sejurus melihat taiknya, membulat habis matanya.

"AAAAAAAAA—"

PAP!

"Eo?" Berkerut dahi dua manusia yang menonton apabila skrin TV tiba-tiba sahaja berubah hitam. Blackout ke? Hm tapi aircond berfungsi je. Namjoon mengatur langkah ke arah TV. Diketuk-ketuk TV itu.

Skrin TV kembali menyala, namun apa yang terpapar di skrin hanyalah bintik-bintik berwarna kelabu dan hitam berserta bunyi statik. Ayok TV rosak.

"Aigoo," Namjoon mengeluh kecil. Dahlah sampai babak kemuncak tadi! Baru nak tengok muka baby. Eunrim yang masih berada di sofa mendongak memandang siling.

"Oppa, Eun rasa antena atas tu senget lah. Semalam kan hujan ribut," ujar Eunrim. Namjoon bercekak pinggang. Siling turut dipandang.

"Ottokae? Oppa nak tengok movie tadi,"

"Oppa naiklah atas betulkan antena," cadang Eunrim ringkas. Satu senyuman senget diberi apabila Namjoon mencebik.

"Alaa, kenapa oppa?"

"Oppa kan jantan," balas Eunrim. Gelas pepsi dicapai lalu dihirup. Makin memuncung mulut Namjoon mendengar respond Eunrim. Hmph!

"Kalau oppa mati macam mana?" soal Namjoon. Eunrim menekup mulut dan memandang Namjoon dengan wajah terkejut.

"Omo! Kalau oppa mati, oppa matilah,"

Oh yeah, Eunrim dah jadi savage!

"Cis," Namjoon memeluk tubuh manakala Eunrim sudah tersenyum puas. Muahaha. Dengan tidak rela, Namjoon pun bergerak menuju ke pintu utama.

"Oppa keluar ni,"

"Eoo, cepat sikit," ujar Eunrim lalu melambaikan tangannya teruja. Namjoon menayang wajah cemberut. Sengaja lah tu! Tergelak suka Eunrim jadinya. Gelas pepsi diletak lalu Eunrim turut membontoti Namjoon keluar dari rumah.

"Oppa naik eh?" soal Namjoon. Eunrim yang sudah berada di muka pintu menganggukkan kepalanya. Bagai seekor monyet, Namjoon pun memanjat ke atap rumahnya tanpa sebarang cedera. Eh tapi Namjoon memang monyet kan—

"Hati-hati oppa!" Namjoon dah sampai atas baru Eunrim nak suruh hati-hati. Namjoon sempat menayang penumbuk dari atas. Hm, at least Eunrim suruh juga daripada tak suruh langsung!

"Hmm..."

Namjoon memerhati antena yang sudah terpatah dua seperti sebatang dahan pokok yang terpatah dua apabila budak-budak bermain di situ. Berbekalkan nasib baiknya, Namjoon cuba membetulkan semula antena itu.

"Uish," Namjoon bersuara apabila antena itu terpatah tiga. Tidak sedar akan diri yang malang, Namjoon sekali lagi cuba membetulkan antena itu. Alhamdulillah, alhasilnya antena yang asalnya hanya patah dua kini sudah patah empat.

"Oppa! Okay tak tu?" Eunrim mendongak ke atas memandang Namjoon yang tampak blur sahaja di atas. Namjoon menundukkan kepalanya memandang Eunrim. Kepala digaru.

"Okay!" tipu Namjoon. Eunrim mengangguk kepala tanda faham. Skrin TV diintai dari luar, kot-kot dah elok ke.

"Uh..." Namjoon memandang bersilih-ganti empat batang antena di tangannya. Akhirnya dibaling sahaja antena-antena itu ke tepi. Lantaklah. Antena yang masih melekat di atap itu digerak-gerakkan.

"Eun! Tengok kot-kot TV dah elok," arah Namjoon. Eunrim memberi simbol okay dengan jarinya dan bergegas masuk ke rumah.

"Belum!" jerit Eunrim kuat. Alhamdulillah, sejak bergaul dengan Choco Eunrim dah pandai menguatkan suara. Jadi Namjoon yang berada di atap pun beh dengar. Antena itu digerakkan lagi dengan berhati-hati. Gerak ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri~

"Dah ke?"

"Belum!" sahut Eunrim. Sempat dihirup pepsi di dalam gelas sementara suaminya sedang bertarung dengan nyawa di atas. Chill betul Eunrim ni kan.

"Sekarang?"

"Belumm!" balas Eunrim lagi. TV itu dipandangnya. Nampak gaya macam takde tanda-tanda nak pulih.

Eunrim berjalan ke arah TV. Jarinya diregangkan. Baiklah, masa untuk guna superpower dia!

"Sekarang Eun?"

"Belum lagiiii," jawab Eunrim. Dalam kiraan tiga, terus TV itu diketuk kuat olehnya. Bergetar habis TV itu jadinya. Bunyi yang terhasil semakin kuat.

"Sekarangggg?"

"Belum!" sahut Eunrim. Penumbuk dikepal lalu TV itu diketuk bertalu-talu. Fuh sekali imbas macam dia mengamok je.

PAK! PUK! BAK! BUK! BEK! BIK! POK! PIK! PAK!

"Bunyi apa tu Eunnn?" soal Namjoon dari atas. Dia menunduk ingin memantau keadaan di bawah. Eunrim pula sudah tersenyum puas apabila skrin TV itu sudah kembali memaparkan wajah Jang Man Wol. Yeay!

"Eo? Takde apa-apa," balas Eunrim. Dia menuju ke muka pintu dan keluar dari rumah.

"Oppa! Turunlah! TV dah elok!" panggil Eunrim. Namjoon yang baru sahaja selesai mematahkan antena menjadi 5 terus sahaja membaling antena itu. Bagaikan seekor monyet buat sekali lagi, Namjoon dengan tergopoh-gapah turun dari atap.

"Amboi, hati-hati lah sikit turun tu. Kalau oppa mati Eun tak tanggung eh," ujar Eunrim apabila dilihatnya suaminya itu kelam-kabut. Namjoon terus sahaja terhenti di tengah jalan. Mulut dicebikkan.

"Eun ni! Memang nak oppa mati ke cane?" soal Namjoon. Eunrim tergelak kecil.

"Takdelah. Oppa tu yang cuai—"

"AAAAAAA EUNNNNN!"

Baru cakap, entah macam mana kaki Namjoon boleh terpeleset dekat situ. Namjoon yang tidak sempat berpaut pada apa-apa terus menjerit kuat apabila dirinya terjatuh ke bawah. Keluar habis suara betinanya.

"AAAAAAAAAAA!"

Namun begitu, Namjoon tidak merasa badannya berciuman dengan lantai yang keras, sebaliknya tubuh sasanya disambut erat oleh sepasang tangan. Terbuka terus mata Namjoon, hanya untuk melihat wajah Eunrim di hadapan matanya.

Gilos Eunrim. Pasangan lain lelaki yang sambut perempuan, ini terbalik dah apa kes—

"Uish, nasib baik Eun sempat sambut," ujar Eunrim lega. Tubuh Namjoon kembali diletakkan berhati-hati. Namjoon masih lagi kejung dengan situasi tadi. Apa yang sudah dia saksikan—

"Gwaenchana?" soal Eunrim. Namjoon mengangguk laju. Terus tubuh Eunrim dipeluknya.

"Huwaa! Oppa hampir mati tadi! Nasib baik Eun sempat selamatkan!"

"Iyoo," balas Eunrim. Dia tersengih kecil. "Memang tak lah Eun nak biarkan oppa mati! Anak pun takde lagi," balas Eunrim. Namjoon melepaskan pelukan. Anak matanya memandang anak mata Eunrim.

"Kalau macam tu, jom buat anak sekarang,"

"Oppa!" Refleks tangan Eunrim naik menampar lengan Namjoon. Cuak gadis itu terteleng melihat sekeliling. Eh gadis ke, Eunrim dah kahwin sjsjsjsjjs. Apa-apa pun, nasib baik takde orang kat situ.

"Appo. Cakap je huhu," kata Namjoon sendu sambil mengusap lengannya. Tabahlah Namjoon. Eunrim sekadar melihat lelaki itu dengan wajah cemberut.

"Okaylah. Eun nak sambung tengok cerita tadi. Tata~"

Eunrim berjalan masuk meninggalkan Namjoon bersendirian di luar. Namun, baru tiga tapak dia berjalan, tiba-tiba terasa dirinya dicempung oleh seseorang. Automatik Eunrim memegang baju Namjoon yang mengangkatnya agar dia tidak terjatuh.

"Kamchagiya!" kata Eunrim. Namjoon tersengih kecil. Tanpa sebarang amaran, terus dia berlari masuk ke dalam rumah. Sekali tergelincir dua-dua terus mampus kang.

"Oppaaaaa!"

Jeritan panjang Eunrim yang penuh ketakutan berakhir apabila Namjoon melemparnya ke atas sofa. Ceh melempar, kejam sangat ayat tu. Usai flex kekuatan dia, Namjoon mengambil tempat di sebelah Eunrim.

"Eii," Eunrim sudah mengecilkan matanya memandang Namjoon yang hanya beriak selamba. Muka je selamba, tapi sistem pernafasan dia dah macam orang yang berlari 5 km tanpa henti. Malas mahu berfikir panjang, akhirnya Eunrim duduk mendekat dengan Namjoon. Mangkuk berisi popcorn dicapai lalu disua ke arah Namjoon.

"Eun," panggil Namjoon. Eunrim menjawab dengan deheman kecil. Skrin TV yang sedang memaparkan babak Man Wol membuat susu tidak lepas dipandang.

"Nak kiss,"

"Eee gatal," respond Eunrim. Namjoon mencebik kecil. Wajah uwu ditayang, namun langsung tidak merembat perhatian Eunrim.

"Ngeh. Fine,"

Keadaan menjadi senyap buat seketika.

CHUP!

Terkesima Namjoon jadinya. Wajah Eunrim yang sudah memerah dilihat. Dalam diam dia tersenyum kecil elelelele.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro