Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✼┊e p i l o g 1 ˎˊ ˗

1 bulan kemudian...

📌 Location: Restoran Taik Terbakar

"Selamat datang."

Daeun dan Sunwoo tersenyum manis ke arah pekerja bernama Taemin yang menyambut kedatangan mereka. Taemin dengan ramah bertanya kepada mereka.

"Ada tempahan atau tidak?"

"Ada, atas nama Kim Sunwoo," ujar Sunwoo sambil membetulkan sutnya. Amboi segak kemain dia untuk date malam ni. Daeun pun pakai dress.

"Baiklah, sila ikut dia," ujar Taemin lalu muncul seorang lagi pekerja di sisinya bernama Minho.

"Mari rakan-rakan," ajak Minho dan menuju ke arah bilik tempahan mereka. Sunwoo dan Daeun setia membontotinya dengan tangan yang berpegangan ececehh dua ekor ni pun, sawit bethol. Tidak lama kemudian mereka tiba di bilik tempahan Sunwoo. Sempat Minho menundukkan badannya sebelum lari menyambung tugasnya yang lain.

Sunwoo menarik kerusi untuk Daeun. Ayu sahaja Daeun melabuhkan bontot di atas kerusi itu. Gentleman sungguh Sunwoo ni. Setelah duduk di kerusi berhadapan Daeun, Sunwoo tersenyum sambil melihat sekeliling.

"Cantiklah! Mesti mahal Sunwoo tempah kan?" tebak Daeun. Sekeliling mereka penuh dengan lilin. Di atas lantai ada bunga ros yang ditabur berbentuk hati. Sunwoo tersengih kecil. Buku menu dihulur kepada Daeun.

"Takdelah. Hehe," ujarnya. Cis menipu. Hakikat yang sebenar, dia tak mampu nak afford date diorang malam ni! Maklumlah masih budak uni. Tapi sebab Daeun, Sunwoo sanggup! Sanggup pinjam duit member dia yang bernama Eric. Kaya budak tu hm.

"Nak makan apa?" seorang pelayan bernama Key menyoal. Entah bila dia masuk dalam bilik ni. Sunwoo mengangkat kepala memandang Key.

"Saya nak steak dengan jus pear," ujar Sunwoo. Keningnya diangkat ke arah Daeun, mengisyaratkannya untuk order.

"Daeun?"

"Uhhhh," Daeun mula gelabah. Teringat pesan rakannya, Jiwon bahawa semasa dinner date tak boleh pesan makanan banyak-banyak! Tapi Daeun laparrrrrr

"Sama macam Sunwoo," ujar Daeun. Key mengangguk faham manakala Sunwoo sudah mengerutkan dahi.

"Eh, tu je? Daeun kenyang ke nanti?" soal Sunwoo. Macam tak kenal girlfriend dia ni. Daeun terdiam seketika. Kepala dianggukkan dengan tidak rela.

"Ada apa-apa lagi?" soal Key. Sunwoo menggeleng kepala manakala Daeun hanya diam memerhati gambar puding di buku menu itu. Oh, kelihatan seperti puding itu bergolek-golek minta dimakan-

"Baiklah, saya pergi dulu," ujar Key dan menundukkan badannya. Baru setapak melangkah, lengan bajunya direntap dari belakang. Hampir terjatuh Key jadinya.

"Eh sorry. Terkuat lah pula. Hehe. Saya nak order puding caramel, japchae, bibimbap, aiskrim vanilla, chicken chop, cheesecake, cola, kimchi dengan mentos sekali tau! Oh ye, dengan chicken noodle soup with a soda on the side. Hehe tu je babai!"

Daeun kembali menolak Key pergi. Kalut Key cuba menyeimbangkan diri sambil tangannya ligat mencatat semula pesanan Daeun tadi. Sunwoo pula sudah tersenyum lega. Alhamdulillah, ingatkan Daeun kena sampuk hantu manalah tadi.

"Um, mesti Sunwoo ingat Daeun macam vakum kan?" Daeun mula bersuara sendu. Sunwoo laju menggeleng kepala. Tangan Daeun diraihnya.

"Aniyo! Sunwoo tak kisah pun. Lagipun bukan duit Sunwoo— eh," Sunwoo laju menutup mulutnya apabila tersasul. Melihatkan Daeun masih menundukkan kepala dan tidak mendengar, Sunwoo bersuara.

"Sunwoo tak kisah pun. Daeun makanlah sampai Daeun bolat, Sunwoo tetap sayangkan Daeun! Hehe," ujar Sunwoo sambil tersengih suka. Bangga dengan ayat sendiri. Daeun yang masih tertunduk dipandang.

"Dah, jangan malu-malu. Angkat kepala Daeun! Sunwoo nak tengok muka comel girlfriend Sunwoo," arah Sunwoo. Dia tersenyum ke arah Daeun, namun punyalah ditunggu, tak angkat-angkat juga kepala Daeun tu.

"Daeun? Alaa janganlah rasa bersalah. Sunwoo okay je!" ujar Sunwoo. Memikirkan kemungkinan Daeun sedang menangis, Sunwoo bangun dan berjalan ke arah Daeun. Mana tahu budak tu period ke lepastu mood tak menentu ha.

"Sini sayang~"

Sunwoo menolak pelan dagu Daeun ke atas agar gadis itu memandangnya. Namun begitu, punah terus senyumannya apabila melihat Daeun sudah tertidur.

Eloklah tu.

"Aigoo," Sunwoo tergeleng kecil. Ala dia ni, dah lama bercouple dengan Daeun pun selalu tertipu! Dengan berhati-hati, kepala Daeun diletakkan di atas meja lalu Sunwoo kembali duduk di tempatnya. Sempat dia bermain telefon pintar sementara menunggu. Tidak lama kemudian, muncullah kelibat seorang pelayan bernama Onew yang datang membawa makanan.

"Uhh..." Onew bersuara kekok apabila dilihatnya Daeun sudah terlentok di atas meja. Makanan dah lah banyak. Nak letak mana makanan ni? Sunwoo yang melihat sekadar tersenyum nipis.

"Letak je," arah Sunwoo. Onew menggaru kepala. Makanan di dalam troli dilihat.

"Tapi..."

"Takpe, letak je. Nanti dia bangun sendiri," ujar Sunwoo. Onew mengangguk faham. Steak dicapai dan diletakkan di atas ruang yang tersisa di meja.

Sebaik sahaja aroma steak itu menyentuh deria bau Daeun, sepantas kilat gadis itu terduduk laju. Hidungnya dikembangkan.

"Wah makanan!" ujar Daeun teruja. Sunwoo sudah tersenyum suka melihat gelagat teman wanitanya. Onew juga sudah tersenyum eh kau jangan macam-macam.

"Terima kasih," ujar Sunwoo usai semua makanan selesai disusun. Ha takdelah semua. Steak dan air je yang disusun di atas meja. Makanan sampingan yang Daeun pesan semuanya berada di dalam troli. Apa kamu fikir meja tu besar sangat ke?

Onew menundukkan badannya dan berlalu pergi. Sempat dia tersenyum ke arah Daeun namun tidak dilayan kerana pandangan mata Daeun hanya kepada makanan di hadapan muahaha.

"Uwaa sedapnya!" ujar Daeun. Tengok saja dah boleh nampak kesedapan dia. Hampir meleleh air liur jadinya. Sunwoo tersenyum kecil. Steak milik Daeun diambil dan ditukar dengan steak miliknya.

"Eh kenapa?" soal Daeun blur. Apabila dilihat, rupanya Sunwoo dah potong steak dia tadi dan diberi kepada Daeun. Ala so sweet lah. Daeun tersengih malu. Garfu dicapai.

"Jom makan," ajak Sunwoo. Garfu dan pisau dipegang dengan dua tangan.

"Jal meokkesseumnida!"

Lalu mereka berdua mula melahap makanan di hadapan mata. Tak tipu, makanan kat situ semuanya sedap hingga menjilat jari perut! Kalau takde jari kat perut pun dia akan tumbuh semata-mata untuk dijilat. Dalam bahasa yang lebih mudah, makanan kat situ sangat sedap!

"Sedap!" puji Daeun. Puding caramel yang menggoda tadi diambil dan dimakan. Bersinar anak mata Daeun dek kesedapan yang dirasai. Wah sumpah sedap. Hani yang menaip ni pun rasa lapar. Grr.

"Daeun," panggil Sunwoo. Daeun mengangkat kepala memandang Sunwoo. Saat itu juga, hujung bibirnya diusap lembut oleh Sunwoo wakakaka jangan buat guwe tersengihh

"Hehe, comot," ujar Sunwoo dengan sengihan. Daeun tersenyum malu. Wajahnya ditekup. Apa Sunwoo ni! Malulah!

"Sunwoo," panggil Daeun. Sunwoo mengangkat keningnya sambil tersenyum. Daeun tersengih malu. Dicelup jarinya ke dalam cawan berisi aiskrim vanilla lalu dicalit krim itu di bibir Sunwoo. Berkerut dahi Sunwoo jadinya.

"Sunwoo pun comot!" ujar Daeun lalu tersenyum teruja. Dia bangkit dari duduknya dan menuju ke arah Sunwoo. Tersengih Sunwoo jadinya. Bersungguh betul Daeun nak lap muka dia. Ceh ayat dia lain macam je.

Namun begitu, Daeun tiba-tiba sahaja mendekatkan wajahnya dengan wajah Sunwoo. Tanjat Sunwoo jadinya. Refleks dia bergerak ke belakang.

"Eh, kenapa?" soal Sunwoo gelabah. Terkelip-kelip Daeun memandang wajah Sunwoo.

"Daeun nak hisap aiskrim tu," katanya dengan riak wajah polos. Hani syak dia berlakon innocent je ni. Saat itu, Sunwoo kembali teringat akan peristiwa di mana Daeun kiss pipi dia sebab ada sos kat situ. Hayok.

"Eh takpe takpe. Dah hilang dah," Sunwoo pantas mengambil tindakan menjilat bibirnya sendiri sekaligus menghilangkan aiskrim yang tercalit tadi. Daeun mengangguk teruja dan kembali duduk di tempatnya. Sunwoo mengurut dadanya lega. Cis!

"Assalam," muncul seorang lagi pelayan bernama Jonghyun yang masuk ke dalam bilik itu. Di tangannya terdapat sepotong kek coklat yang dihias cantik. Sesungguhnya Hani nak buat member Shinee jadi pekerja dalam chapter ni jadi anggaplah dia bangkit dari kematian buat seketika uhuks.

"Kami ada sepotong kek ekstra untuk korang berdua," ujar Jonghyun. Daeun sudah memandang kek itu dengan mata bulatnya yang bersinar manakala Sunwoo sudah tersenyum nipis. Dalam diam dia menggerakkan bibirnya ingin bertanya sesuatu kepada Jonghyun. Jonghyun yang faham akan soalan itu langsung mengangguk.

"Kamsahamnida!" ujar Daeun teruja. Jonghyun menganggukkan kepalanya dan beredar dari situ.

"Sunwoo! Kongsi eh?" soal Daeun. Sudu dicapai. Sunwoo langsung menggelengkan kepalanya.

"Daeun makanlah. Sunwoo tengok je,"

"Eii mana boleh! Daeun rasa bersalah nanti," kata Daeun. Sunwoo tersenyum manis. Kepala Daeun diusapnya.

"Gwaenchana! Tengok Daeun makan pun Sunwoo dah rasa kenyang,"

Fuh, blushing terus Daeun kat situ. Untuk menutupi rasa malunya, terus Daeun melahap kek itu dengan laju. Dah tak gigit langsung, main telan je. Nasib baik tak tercekik!

Sunwoo pula sedari tadi hanya memerhati Daeun makan bersama senyuman di pipi. Namun begitu, lama kelamaan senyuman itu semakin pudar melihatkan kek di pinggan semakin habis.

"Urk!" Kuat Daeun sendawa. Perut diusap. Alhamdulillah kenyang. Di saat Daeun bersenang lenang, Sunwoo pula sudah gelabah jadinya.

"Daeun! Daeun tak rasa sesuatu yang keras ke dalam kek tu?" soal Sunwoo cuak. Daeun mengerutkan dahi. Perut digaru.

"Uh... Ada," ujar Daeun. Sunwoo menghembus nafas lega. Fuh, cuak sekejap.

"Ha, mana benda tu?" soal Sunwoo. Daeun menggaru kepala pula.

"Daeun dah telan..."

"Apa?!" soal Sunwoo terkejut. Daeun sekadar menayang wajah polos. Memang dia tak boleh gigit benda keras tadi, tapi dia boleh telan, jadi dia telanlah. Sunwoo menepuk dahi.

"Daeun. Daeun tahu tak tu apa?"

"Entah," balas Daeun jujur. Sunwoo menggigit bibir. Dia fikir Daeun akan ludahkan benda keras tu. Lain pula jadinya.

"Tu cincin! Sunwoo suruh diorang letak sebab nak lamar Daeun jadi tunang Sunwoo,"

"APAA?!" Soal Daeun terkejut. Cuak habis jadinya. I dunno i dunno.

"Sunwoo! Cepat tolong Daeun muntahkan semula cincin tu!" ujar Daeun penuh semangat. Sunwoo terus bergerak menuju ke arah Daeun. Perut Daeun dipeluknya kuat dari belakang.

"Satu! Dua! Tiga!"

Sunwoo menekan kuat perut Daeun. Teknik yang dipelajarinya ketika ada orang tercekik. Daeun pula redha sahaja ketika itu. Sempat digaru tekaknya agar dia berasa ingin muntah.

"Lagi Sunwoo!"

"Satu! Dua! Tiga!"

"Buwerkk!"

Sunwoo terus menuju ke arah Daeun. "Kenapa? Nak muntah ke?" soal Sunwoo. Daeun menggeleng laju.

"Lagiii!"

"Satu! Dua! Tiga!"

Agak lama juga mereka berdua melakukan aktiviti itu. Namun begitu, segalanya terasa sia-sia apabila perut Daeun tidak mahu mengeluarkan isi di dalamnya. Sunwoo terduduk lemah di kerusinya. Begitu juga Daeun. Timbul penyesalan di dalam hati kerana tidak meludahkan cincin itu. Maklumlah, selamani kalau makan benda keras pun Daeun telan je. Sihat je sampai sekarang. Hm.

"Sabarlah Sunwoo. Nanti kat rumah Daeun tadah taik Daeun okay?" ujar Daeun ingin menenangkan Sunwoo. Sunwoo mengeluh kecil. Tangannya dimasukkan ke dalam poket kotnya.

"Takpelah Daeun. Sunwoo dah agak benda ni akan terjadi. Jadi Sunwoo ada plan backup," ujar Sunwoo. Eyy dia ni, dah boleh agak benda ni terjadi tapi tetap suruh pekerja restoran ni letak cincin dalam kek tu!

Sunwoo mengeluarkan sebungkus Supering dari dalam kotnya. Pek itu dikoyaknya lalu sebuah Supering diambil.

"Sudikah Daeun jadi tunang Sunwoo?" soal Sunwoo setelah dia mengubah posisi kepada melutut di hadapan Daeun. Daeun menayang wajah unbeliebubble. Air mata palsu dikesat. Hiks.

"Sudi!" ujar Daeun teruja. Sunwoo tersenyum kecil. Tangan Daeun diraihnya lembut lalu disarung Supering itu ke jari manis Daeun. Daeun memandang Supering itu dengan mata bersinar. Uwu!

"Nah. Cincin kalini boleh makan," ujar Sunwoo lalu tersengih. Supering dihulurkan kepada Daeun. Daeun tersenyum suka. Lantas Supering itu diambil dan dimakannya.

"Sunwoo," panggil Daeun. Sebiji Supering diambil dan disua ke arah Sunwoo. Sunwoo menerima suapan Daeun bersama senyuman di wajah. Terkadang Hani tertanya, tak kejung ke pipi diorang ni asyik tersenyum je?

"Daeun sayang Sunwoo!" ujar Daeun lalu tersengih. Sunwoo juga sudah tersenyum dengan kecomelan Daeun. Supering ditelan.

"Sunwoo pun!"

Mereka berdua saling berpandangan dan tersengih lebar. Sempat Daeun lirik cincin Supering yang Sunwoo sarungkan di jari manisnya.

Eii, kalau boleh nak je Daeun biar Supering tu tersarung sampai dia mati hek!

📌 Location: Tempat Parking Belakang Bangunan Yang Jual Barangan Baby

"Uwaa!"

Hee memandang bangunan di hadapannya dengan mata yang bersinar-sinar. Jimin di sebelah sudah memeluk tubuh sambil menayang wajah bangga. Mana tak bangganya kalau Hee suka tempat date pilihan dia?

"Chim! Daebak!" Hee memberi thumbs up kepada Jimin. Terlompat-lompat dia di situ dek teruja.

Kalau date pertama mereka bertempat di Bukit Sowon iaitu tempat pilihan Hee, date kali ini bertempat di Pusat Pengumpulan Salji Masam di Seoul, tempat pilihan Jimin! Kalau nak tahu, date kedua mereka bertempat di panggung wayang, date ketiga di restoran mamak, date keempat di loji kumbahan, dan seterusnya. Jangan tanya ni date keberapa.

"Chim pilih tempat ni sebab Chim nak atau sebab Hee cakap suka cabaran?" soal Hee, lengan Jimin dirangkulnya. Jimin sekadar mengangkat bahu.

"Mmm... Dua-dua?"

"Eingg," Hee tersengih suka. "Okaylah, jom masuk!"

Mereka berdua mula berarak masuk ke dalam pusat pengumpulan salji itu. Sambil itu tidak lekang senyuman dari bibir masing-masing. Bahagia betul orang taken ni ya.

"Selamat datang," seorang pekerja di kaunter yang memakai tag nama Wang Yiren menyambut kedatangan mereka berdua dengan senyuman ramah. Mereka berdua membalas senyuman tersebut.

"Nak buat apa? Ice skating? Atau main salji? Atau skiboarding? Atau sauna salji? Ataupun nak tempah bilik bersalji?"

"Oppa?" soal Hee, ingin mendengar pendapat Jimin. Jimin terdiam seketika berfikir. Wajah Hee dipandang.

"Oppa ikut Hee,"

"Betul ni?" soal Hee. Jimin menganggukkan kepala. Hee langsung sahaja tersengih lebar.

"Ice skating!"

"Naee," balas Yiren faham dan mula membuat kerjanya. Hee mendongak memandang Jimin. Eleh dongak sikit je.

"Oppa pandai ke ice skating?" soal Hee. Jimin langsung sahaja mengembangkan hidungnya. Okey, tak perlu jawab dah tahu jawapannya.

"Mestilah pandai! Hee cakap je aktiviti apa, semuanya oppa dah pernah cuba dan pandai buat!" ujar Jimin sambil mendabik dada. Hee tersenyum kejam mendengar ayat itu.

"Oppa pernah propose Hee?"

"Eh—" Gelabah terus Jimin jadinya. Hee berdecit kecil. Tch!

"Ala sayang. Rilek rilek. Satgi oppa propose eh," pujuk Jimin. Hee kekal berdecit kecil. Lepas satgi satgi. Lepas satgi satgi lagi! Inilah manusia. Menangguh je kerja.

"Satgi tu bila?"

"Eh mana leh gitau nanti tak surprise," balas Jimin. Hee mengecilkan matanya. Tubuhnya dipeluk. Kalau sampai ke sudah Jimin tak propose, alamatnya dia lah yang kena melutut depan Jimin propose jantan tu nanti.

"Baiklah encik, kos ice skating untuk empat kaki 22,018 won. Ada apa-apa nak tambah lagi?" soal Yiren. Jimin menggeleng kepala. Yiren langsung mengangguk faham dan menghulurkan Jimin sekeping resit.

"Sila ikut pekerja ni ya. Dia akan tunjukkan mana peralatan untuk ice skate," ujar Yiren. Jimin dan Hee mengangguk faham. Yiren tersenyum kecil sebelum menjerit kuat memanggil nama temannya.

"AISHA!"

Tidak lama kemudian, muncullah satu bayangan yang sungguh besar dari belakang Jimin dan Hee. Cuak mereka berdua menoleh untuk melihat apakah yang menyebabkan bayangan itu terhasil. Terlopong terus mereka apabila melihat seorang gadis yang tingginya masya-Allah.

"Anneyonghaseyo, sila ikut saya ya," tutur Aisha lembut dan tersenyum manis. Dia mengatur langkah pergi dari situ. Jimin dan Hee yang tidak mahu ketinggalan terus sahaja mengekori Aisha.

"Oppa. Tinggi gila pekerja ni," ujar Hee sambil berbisik. Kaki panjang Aisha ditilik. Kemudian kaki ketotnya pula dipandang. Ajsjsjsjsjsjsj—

"Shh. Jangan dimention sayang," balas Jimin yang turut berbisik. Tinggi Aisha tu mengalahkan tinggi dia hiks. Jimin tidak mahu maruah jantannya tercalar! Andwae!

"Ini adalah peralatannya ya. Sila duduk, biar mereka pasangkan untuk encik dan cik," ujar Aisha. Jimin dan Hee mengambil tempat di atas sofa yang disediakan. Setelah itu, muncullah dua ketul pekerja lain bernama Sihyeon dan Onda yang bertugas memakaikan kasut skate di kaki mereka berdua. Ecewah, terasa seperti dilayan menjadi anak raja buat seketika.

"Dah siap," ujar Onda sambil tersenyum. "Silalah bangun. Biar kami pimpin hingga ke sana," ujar Sihyeon pula. Mereka berdua bangun mengikut arahan lalu dipimpin menuju ke dataran ais yang berada tidak jauh dari situ. Ecewah, terasa seperti dilayan menjadi warga emas buat seketika.

Setibanya mereka di kawasan dataran ais itu, lantaklah apa nama dia i malas gugel, perlahan-lahan mereka berdiri di atas ais yang licin itu dengan bantuan pekerja lain pula yang bernama Mia dan E.U. Penghadang di tepi dipegang erat oleh mereka berdua. Setelah berjaya berdiri dengan stabil, mereka berdua ditinggalkan oleh Mia dan E.U. Sendu sangat bunyinya.

"Memang semua pekerja dalam ni perempuan ke?" Hee bersuara dengan nada tidak puas hati. Yaish, dia perhati je semua pekerja perempuan yang layan Jimin tadi. Nasib baik Jimin sedar diri dan berusaha untuk tidak melakukan sebarang sentuhan fizikal pada pekerja-pekerja tadi.

"Tabahlah Hee. Rasanya tu teknik marketing diorang," ujar Jimin. Hee mencebik kecil. Hm yelah, kalau pekerja perempuan boleh tarik ramai pelanggan kan. Dah perempuan, cantik pula tu. Tempat ni pun memang laku keras. Nasib baik mereka bijak memilih hari bekerja untuk datang ke sini. Tapi mereka tak bijak sebab ponteng kerja. Alah biarlah. Sekali sekala.

"Kajja," ajak Jimin, tangannya dihulur pada Hee. Hee laju menyambut huluran Jimin. Satu senyuman ditayang.

"Cuba Hee jalan,"

"Eo," balas Hee. Kaki diangkat. Hm bijak betul dia ni.

"Chim, beratlah kasut ni!"

"Aih," Jimin menepuk dahi. Ha salah dia juga sebab tak spesifikkan arahan dia.

"Bukan. Maksud Chim, mara ke hadapan. Hee tak payah angkat, Hee kena tolak," ajar Jimin. Untuk menunjukkan demo, Jimin melepaskan tangan Hee dan mula meluncur di situ. Terlopong mulut Hee melihat. Pandai betul laki dia.

"Wah! Okay okay!" balas Hee teruja. Terus dia menolak kakinya seperti ajaran Jimin. Namun begitu, biasalah, first time meluncur kan. Hee tersangkut-sangkut cuba meluncur. Sekejap hampir terjatuh ke belakang, sekejap hampir jatuh ke depan. Jimin terus sahaja meluncur ke arah Hee dan memegang tangan gadis itu.

"Susahlah!" bentak Hee. Jimin buat tadi nampak senang je! Jimin tergelak kecil. Kepala Hee diusapnya.

"Sabarlah sayang. Mula-mula memang rasa susah, tapi nanti Hee boleh biasakan diri," ujar Jimin memberi kata-kata semangat. Hee mencebik kecil. Hm tiber rasa malas. Patutkah dia ajak mereka pergi main salji sekarang? Boleh golek-golek.

"Jom," panggil Jimin. Tangannya dihulur dan disambut kemas oleh Hee. Dengan pegangan tangan yang erat, Jimin meluncur perlahan-lahan ke hadapan. Hee juga ikut tertarik sama.

"Hee, ikut pergerakan kaki Chim," arah Jimin. Hee langsung menurut perintah, diperhati kaki Jimin yang sedang bergerak dan diikut pergerakan ikut. Gerak kaki kanan, kaki kiri, lepastu kanan, kiri balik. Sedar tidak sedar Hee sudah pandai meluncur di situ. Hikhok.

"Uwaa!" Teruja Hee jadinya. Jimin tersengih kecil melihat wajah teruja Hee. Namun begitu, dek terlalu sakan usha wajah girlfriend sendiri, dia tidak perasan akan kehadiran seorang budak perempuan di hadapan mereka. Hee pun tak sedar juga sebab asyik tengok kaki sendiri bergerak ke kanan, ke kiri, ke kanan—

"EOMMA!" Budak itu menjerit kuat apabila melihat sepasang jantan dan betina meluncur ke arahnya. Sengaja ingin dua manusia itu disaman, budak itu langsung tidak berganjak pergi dari situ dan hanya terpekik terlolong meminta tolong. Bagus ini budak.

"Ehhh!" Alhamdulillah, seketul Jimin berjaya menyedari kehadiran budak perempuan itu. Cepat-cepat Jimin memberhentikan luncurannya sekaligus menarik Hee yang sakan meluncur di sebelahnya untuk brek secara mengejut. Sikit sahaja lagi ingin melanggar budak itu.

"Cis," budak itu berdecit kecil apabila dirinya tidak dilanggar. Halah, dia dah berangan nak jumpa Jimin dengan Hee kat mahkamah dah tadi! Saat itu juga ibunya mendapatkan dirinya.

"Swan sayang! Kamu okay ke?"

"Okay mami," balas budak bernama angsa itu. Swan diangkat oleh ibunya dan dibawa pergi dari situ. Sempat Swan menjelirkan lidahnya ke arah Jimin dan Hee. Bluwerkk!

"Fuh. Sikit lagi nak masuk penjara," Jimin menghembus nafas lega. Hee di sebelah pula masih mengecilkan mata memandang Swan yang semakin menjauh.

"Eee pahal budak tu?"

"Dah dah, tak payah kisah pasal dia. Jom teruskan. Hee dah pandai kan? Cuba luncur," arah Jimin lembut. Hee menayang wajah konfidennya dan terus meluncur ke hadapan. Namun begitu, dia hanya bergerak sedikit sahaja. Ngeh.

"Alaa Hee tak pandailah start. Cuba Chim tarik," pinta Hee. Jimin tergelak kecil. Tangan Hee diraihnya.

"Arraseo. Nanti Chim lepas ya?"

"Eung!" sahut Hee. Pegangan tangan mereka dieratkan. Tanpa kiraan, Jimin mula meluncur di situ dan menarik Hee. Hee memerhati pergerakan kaki Jimin dan mengikutnya. Sama macam tadi.

Melihatkan si gfriend sudah menyesuaikan diri, perlahan-lahan Jimin melepaskan pegangan tangan mereka. Lalu Hee dengan teruja meluncur di situ. Yeay Hee pandai!

"UWAA!" Tergelak besar Hee dek suka dengan pengalaman yang dirasainya. Sempat juga dia belok-belok di situ, acah seperti seorang ice skater profesional. Nasib tak tergolek.

"Hee jjang!" Jimin memberi thumbs up kepada Hee. Hee tergelak kecil.

"OKAASAN!"

Ah yes, budak noying kambek lagi. Bezanya, ia bukan Swan. Kali ini budak perempuan lain pula. Budak Jepun.

Hee yang mendengar jeritan dolphin budak Jepun itu langsung gelabah. Lagi gelabah apabila jarak di antara dia dengan budak tu semakin hampir. Ha budak tu pun satu, spesies sengaja nak orang kena saman.

"WARGHH!" Jerit Hee kuat. Budak itu juga sudah terpekik terlolong memanggil si ibu.

"OKAASA—"

Terhenti terus budak itu menjerit apabila Hee berjaya membelok ke kiri sekaligus mengelak sebarang pelanggaran daripada berlaku. Budak itu menayang wajah cemberut.

"Yuki!" Ibu budak bernama Yuki laju mendapatkan Yuki. Fuh, baru sekarang nak amek anak. Tadi tengok je anak dia otw kena langgar.

"CHIMMM!" Baiklah genk, kita kembali kepada Han Jihee. Kalut Hee membuat pusingan ke kanan, ke kiri, ke kanan dan ke kiri— tetapi dia langsung tidak berhenti. Mengapa?

"MACAM MANA NAK BERHENTIIIII?!"

Ha itulah sebabnya.

"Hee!" panggil Chim. Eh silap, Jimeng. Jimin meluncur laju ke arah Hee. Namun baru sahaja tiba di situ, Hee lebih sudahpun membelok ke kanan. Tak memasal Jimin terulang-alik kejar Hee. Itulah tadi tak ajar Hee brek. Padan muka.

"CHIMMM! TOLONGGGG!" Bergema satu ruangan dengan jeritan kuat Hee. Teringat pula babak di mana brek kereta dia tak berfungsi masa jadi Thumbelina dulu. Patutkah dia langgar sesuatu untuk berhenti? Hiks tapi—

"Hee! Datang sini!" arah Jimin. Akhirnya Jimin berhenti di situ. Hee laju mengikut arahan dan meluncur ke arah Jimin.

"LEPASTU?!" Soal Hee gelabah. Dah takleh berhenti, Hee hanya mampu meluncur menuju ke arah Jimin. Jimin menarik nafas dalam. Tangan didepakan.

"LANGGAR CHIM!"

"HEHHHHHH?!" Terkejut beruk Hee mendengar. Jimin menganggukkan kepalanya dengan wajah seorang perwira. Jimin sanggup badan dia lebam-lebam demi menyelamatkan si girlfriend yang sudah hilang kawalan!

"TAPI-"

"LANGGAR JE!" Potong Jimin. Hee menggeleng kepala, namun kakinya tetap dibawa menuju ke arah Jimin. Ha biar, kan Jimin dah volunteer nak sakit.

"ARGHHHHHH!"

Menjerit dua manusia itu apabila tubuh Hee merempuh tubuh Jimin yang berdiri statik di hadapan Hee. Sempat Jimin memeluk tubuh Hee sebelum mereka berdua terbang di udara. Kenalah ada effect gitew. Setelah beberapa saat terapung, mereka berdua pun bergolek-golek di atas ais yang licin itu. Keras do. Apalah nasib diorang asyik bergolek. Date haritu golek-golek juga.

"WJAJSJSJSJSJJDJJDJDJSJSKS-"

Mereka berdua kekal tergolek sehinggalah mereka terhenti. Sempat juga Jimin tercium hidung Hee. Nasib cium hidung je. Kaku terus masing-masing dengan posisi Jimin berada di atas badan Hee. Wajah mereka sangat rapat sehingga terasa bahang—

"WHAT!"

Tertoleh kepala mereka berdua ke tepi sejurus suara budak-budak kedengaran. Kelihatan Swan dan Yuki sudah memandang mereka berdua dengan wajah tidak percaya. Apa what what! Kacau line je.

"Hee okay?" Jimin turun dari tubuh Hee dan membantu girlfriendnya untuk bangkit dari baringnya. Hee mengangguk kepala. Memerah pipinya dek teringat akan kucupan Jimin di hidung comelnya tadi.

"Chim okay?" soal Hee pula. Jimin menganggukkan kepala. Badannya diregangkan seketika.

"Kiss lah lagi!" arah Swan dan Yuki. Eh kome berdua! Hee menjegilkan mata ke arah mereka manakala Jimin sudah tersenyum senget.

"Hee, jom?"

"Eee gatal!"

📌 Location: Rumah si Coklat

"CHOCO! COVER LINE!"

"CEPAT SHOOT KKURA! SHOOT!"

"WARGHHHH!"

Bersorak keriangan dua gadis itu sejurus mereka mendapat kemenangan di dalam game itu. Choco meregangkan badannya. Fuh, intense betul game tadi!

"Jom, satu round lagi," ajak Sakura. Headphone kembali dipakai. Choco laju sahaja menyambut ajakan Sakura itu. Nafas ditarik dalam. Bersedia semua, komander Choco ingin memberi arahan dengan suara lantangnya.

"LARI! LARI!"

"CHOCO SEBELAH KAU!"

"YAH SAKURA LARI CEPAT! AKU COVER LINE!"

"WEH AKU HAMPIR MAMPUS WEH!"

"WEH ENEMY WEH KEPUNG DIA!"

"HALAMAK DIA BAWA GENG PULA! LARI WEH!"

"SAKURA JANGAN TINGGAL AKU! WEH SELAMATKAN AKU!"

"SORREH CHOCO! SATGI AKU DATANG TUNTUT MAYAT KAU!"

"DASAR BUNGA SAKURA! AKU SUMPAH KAU JADI KURA-KURA!"

"WEH CHOCO! AH TIDAK! AKU DAH MATI!"

"HAHAHAHAHAH!"

Sakan Choco menggelakkan Sakura yang sudah dibunuh oleh pihak lawan. Tulah orang suruh selamatkan tadi tak nak. Kan dah terkorban dulu. Namun begitu, disebabkan Choco gelak tak ingat dunia, dia tidak perasan akan kehadiran seorang enemy dan terus ditembak mati. Kali ini giliran Sakura pula yang menggelakkan Choco.

"Tabahlah sayang," Sakura menepuk bahu Choco. Choco langsung menayang wajah ingin menangis.

"Weh, kau dah main ke game baru yang meletup tu?" soal Sakura yang tiba-tiba sahaja teringat akan game itu. Choco menggeleng.

"Belum! Aku nak main dengan Sehun nanti. Biar dia jadi orang first yang main game tu dengan aku,"

"Ceh," Sakura menarik hidungnya ke atas. "Ha, mana dia?" soal Sakura. Jam dinding ditilik. Fuh, pukul 3:30 dah. Choco cakap diorang janji pukul 3:00.

"Nanti sampailah tu," ujar Choco rilek. Bagus Choco ni. Kalau dia jenis manusia yang tak reti rilek mesti dah breakup kan. Sakura menggosok tangan. Fuh, tak sabar pula nak tengok rupa boyfriend Choco.

"Semekom!"

"Ha tu dia!" Tersengih ke telinga Choco jadinya mendengar suara abe dari luar. Dia berlari anak menuju ke arah pintu utama diikuti Sakura yang setia membontoti Choco. Pintu dibuka secara slow motion. Kalau buka laju-laju kang takut Sakura mati sebab terkena pancaran ketampanan yang berlebihan.

"Halu abe!" sapa Choco teruja usai wajah Sehun menyapa pandangannya. Sehun tersenyum manis, namun sejurus menyedari kehadiran Sakura di sebelah Choco terus riak wajahnya berubah dingin. Sakura pula sudah tidak berkelip memandang jejaka di hadapannya ini. Uyo.

"Coklat! Serious ni boyfriend kau?" soal Sakura terkejut. Choco mengembangkan hidung.

"Kenapa? Kau rasa dia tak layak dengan aku yang hebat ni? Ala rileklah. Sehun ni—"

"Tak tak tak," Sakura pantas menidakkan. "Aku rasa kau yang tak layak dengan dia sekarang ni. Kau jampi dia ke apa?"

"Eh kuajo," Choco menayang wajah tenuknya manakala Sakura sudah tergelak kecil. Suka mengusik rakannya. Tangan Sehun ditarik masuk ke dalam rumah dan dia pula keluar dari rumah Choco.

"Ha okelah. Aku pergi dulu. Sehun, jaga anak dara ni elok-elok," ujar Sakura dan melambaikan tangannya. Tanpa membalas lambaian itu, Choco menutup pintu rumahnya di hadapan wajah Sakura. Sikit lagi nak penyek hidung mancung Kkura. Ngeh.

"Kawan kau ke?" soal Sehun. Snek ringan yang dibeli tadi diletak di atas meja lalu dia melabuhkan bontot di atas sofa. Choco mengambil tempat bersebelahan Sehun.

"Eh tak. Beruk peliharaan aku tu. Kutip tepi longkang,"

"Cantik beruk kau," puji Sehun. Choco menayang riak jengkel.

"Yah, siapa girlfriend kau sekarang ni?" soal Choco sambil mencebik kecil. Sehun menoleh ke tepi memandang Choco.

"Jealous ke?" soal Sehun. Kening diangkat. Choco langsung sahaja menayang riak geli.

"Eee takde masa nak jeles!"

Sehun tersenyum kecil. Haih, comel pula girlfriend dia sekor ni. Hmm!

"Anygays, jom lah main game baru tu! Kau belum main lagi kan?" soal Choco. Sebuah ps5 dihulur kepada Sehun. Ceh Choco, main dengan kawan guna ps4, dengan boyfie guna ps5! Mentang-mentang ps5 lagi berkualiti.

"Dah," balas Sehun. Terteleng terus kepala Choco memandang Sehun.

"APA?! KAN AKU DAH CAKAP JANGAN MAIN! KENAPA KAU MA—shsjksksks!"

Sehun menekup mulut gadis itu apabila dia menjerit kuat. Uish, rasa macam nak pecah gegendang telinga. Macam ni lah kalau baru duduk dengan Choco. Lama-lama nanti biasalah. Macam Sakura tadi. Gegendang telinga dia dah lut dengan suara kuat Choco skskskksks.

"Aku gurau je. Halah," balas Sehun dan melepaskan pegangan di mulut Choco. Choco mengangkat hujung bibir. Tch, siapa suruh tipu!

"Ha okay, jom main!"

Terpampanglah halaman utama game terbaru yang sedang meletup sekarang. Game yang bertajuk Bontot Berapi. Sebut sahaja nama, semua manusia atas muka bumi ni tahu. Siapa tak tahu dia bukan manusia wekk.

"Kau tahu cara main kan?" soal Choco. Sehun mengangguk tanda faham. Senang je cara main. Kita hanya perlu kawal pemain kita untuk tembak musuh dengan bontot berapi kita! Kena hati-hati sebab kadang-kadang bontot kita boleh terbakar. Ada juga musuh yang boleh melakukan serang balas dengan menembak kita dengan bontot berair mereka.

"Kau nak main online ke?" soal Sehun. Game ni boleh main online atau offline, boleh main kat fon atau leptop atau kat playstation, boleh main ketika makan dan berak dan tidur, senang kata game ni flexible sungguh. Mestilah, pengasasnya ialah sepupu Hani yang bernama Dawn dan isterinya Hyuna. Saje berbangga sebab diorang dapat inspirasi nak cipta game ni masa Hani kentut depan diorang and bau kentut Hani macam gas kat dapur tu. Kembang hidung skit 👃

Ha berbalik pada kisah ini. Kalau nak main online kena bertanding dengan pemain yang lain all over the world. Yang ni concept dia lain sikit. Kita kena tembak diorang semua dengan bontot kita dan juga elak serangan diorang. Sambil tu kena kutip juga minyak petrol untuk marakan api bontot rawr.

"Takmohla," jawab Choco. Dia baru je lepas main online tadi. Tak nak berinteraksi dengan manusia lagi! Tuih! Sehun mengangguk faham lalu ditekan option untuk bermain secara offline.

Lantaklah salah pun. Hani mana pernah main game macam ni hiks. Main game barbie pernah la skskksks

"Okeh, get ready!" jerit Choco teruja. Mereka berdua bersedia dengan ps5 masing-masing. Dalam kiraan tiga, mereka berdua mula bergerak beriringan melepasi halangan yang ada dengan bontot berapi masing-masing.

Kalau main dua ekor ni kena bekerjasama tau!

"SEHUN! TUNDUK!" Choco mula bersuara dengan suara kuatnya. Kalut Sehun menundukkan kepalanya, kot-kot Choco nak lempang kepala dia ke apa. Alhamdulillah, disebabkan kebebalan dia, watak Sehun di dalam game itu berjaya disembelih oleh sebuah besi tajam. Tulah jalan tak guna bontot.

"EHHHHH!" Choco menjerit geram. Kalau pasangan dia dah mati, dia pun mati juga skskskskks. Sehun di sebelah dipandang dengan tajam.

"Kenapa kau tunduk betul-betul?!"

"Habistu kau suruh tunduk!" ujar Sehun mempertahankan diri. Choco meraup wajahnya geram. Sehun niiiii!

"Eee dahlah. Tak syok lah. Main online lah," cepat sahaja Choco mengalah. Kalau main online, tak kisah lah Sehun mati ke hidup ke mati hidup semula ke, ia langsung tak beri kesan pada Choco ngeh. Sehun sekadar tersengih tidak bersalah.

"Kalau kau mati, jangan cari aku!" ujar Choco geram. Sehun mengangkat bahu. Ps5 dipegang erat.

"Kau pun,"

"Tch!" Choco berdecit kecil. Dalam diam Sehun tersenyum kecil melihat gelagat Choco. Eee comel!

Dalam kiraan tiga, game pun dimulakan. Fuh ramai beno manusia kat situ. Berapa banyak orang yang tengah main game ni sekarang?

"ARGH!" Choco mengelak serangan berapi seorang manusia. Sepantas kilat, dia melancarkan serangan pada manusia itu. Terbakar terus orang itu jadinya. Ha cuba lagi nak serang Choco!

Namun begitu, nampaknya orang itu mempunyai banyak pengikut. Kelihatan ramai manusia yang datang menyerbu Choco. Tanjat Choco jadinya. Terus dia berlari menyelamatkan diri, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dia dikepung sehingga ke tebing sungai! Setapak sahaja ke belakang terus bontot berapi Choco akan musnah dicium air.

"SEHUNN!" Di saat yang genting itu barulah Choco mahu memanggil si abe. Sehun yang sedari tadi sibuk menembak musuh dengan bontotnya menoleh ke arah Choco.

"TOLONGGG!" Choco meminta tolong. Dia memandang Sehun dengan wajah meminta belas kasihan. Sehun laju sahaja mengalihkan pandangan ke arah skrinnya semula. Tak nak tengok lama-lama, nanti tergoda.

"Kalau kau mati, jangan cari aku!" Sehun mula mengajuk ayat Choco tadi. Choco mencebikkan bibir. Pengikut manusia yang dia bunuh tadi semakin menghimpit dia ke tebing sungai.

"ALA SEHUN TOLONGLAH! AKU DAH NAK MATI NI!"

"Tch," balas Sehun. Dia mengawal characternya agar menuju ke arah Choco yang sedang berada dalam kesempitan. Namun begitu, nasib sekali lagi tidak menyebelahi Choco apabila seorang pengikut telah menembak Choco dengan bontot berapinya. Akhirnya seketul coklat telah dibakar di situ.

"ANDWAEEEE!" Jerit Choco frust. Sehun yang berada di sebelah dipukul dengan rasa tidak puas hati. Fuh, kalut Sehun cuba mengelak segala serangan.

"KENAPA KAU LAMBAT?! KENAPAAAAAAA?!"

"Yaish—" Berbekalkan tenaga jantannya, Sehun berjaya menahan kedua-dua tangan Choco. Choco menayang wajah senduw. Huhuhu.

"Sebab kau aku mati! Huwaaa!"

"Rileklah," pujuk Sehun. Dia menepuk pelan belakang badan Choco yang sudah meraung, namun Choco membalas dengan menampar lelaki itu. Nasib sempat elak.

"Ha okay! Jom bekerjasama kalini," ajak Sehun. Characternya yang masih hidup dikawal untuk terjun ke dalam sungai agar dia turut mati. Bercahaya mata Choco mendengar.

"YEAY! JOM!"

Ps5 dicapai. Oh yeah, saksikan kemunculan kombo MiHun! Jikalau nampak mereka berdua, silalah larikan diri kalau tak nak terbakar hiok.

"MAREYYYY!"

Mereka berdua mula mara dengan character yang dikawal untuk saling berpegangan tangan. Eh diorang ni, dalam game pun nak bersawit. Terasa orang single.

"Tembak dia!" arah Sehun apabila seorang pemain mula bergerak membelakangi mereka, sedang bersiap sedia ingin menembak api dari bontotnya ke arah mereka berdua. Hani syak pemain tu orang single yang terasa pft. Cepat-cepat MiHun melepaskan pegangan tangan dan menembak pemain itu dari dua arah yang berlainan. Mampus pemain itu jadinya. Yeay!

"Assa!" Terus mereka berdua berhigh-5. Selepas itu mereka kembali memberi fokus pada skrin di hadapan.

"SEHUN! AMEK MINYAK TU!"

"CHOCO LARI CHOCO!"

"BERANI KAU KENTUT KAT MUKA AKU?!"

"RASAKAN TEMBAKAN API BONTOT PRECIOUSKU!"

Lawan punya lawan, akhirnya pemain yang berada di situ semakin berkurangan. Kesemua pemain juga telah bekerjasama menumpaskan mereka berdua dahulu. Namun sudah tentulah ada genk yang saling mengkhianat. Huh!

"GO SEHUN!" Akhirnya, hanya tinggal empat orang pemain yang tersisa. Nampaknya dua orang pemain lawan juga merupakan sebuah pasangan. Mari berlawan habis-habisan!

"HIYARKK!"

"CHOCO HATI-HATI!"

"WEH APAK AH AKU HAMPIR KENA TEMBAK!"

"EWW ASAL BONTOT DIA BERBULU DO"

"ARGHHH SIKIT LAGI!"

"CHOCO! TUANG MINYAK KAT BONTOT AKU!"

Hm entah apalah yang jiran Choco fikir bila dengar diorang terpekik terlolong macam ni.

"SEHUN! GO!"

"HIYARKKK!"

Dengan semangat kerjasama yang tinggi, mereka berdua berjaya menumpaskan pasangan lawan apabila Sehun menembak api kepada mereka. Terima kasih pada minyak yang sudah Choco tuang tadi, api tersebut sangat marak dan berjaya melenyapkan pasangan tersebut. Bersorak teruja mereka berdua.

"WARGHHGHH KITA MENANGGGG!"

"YEAYYY MENANG MENANGGG!"

Dek terlalu teruja, Sehun telah mengangkat Choco dan berpusing-pusing di situ. Choco juga enak berpusing di kayangan hm lain macam ayatnya. Tergelak suka kedua manusia itu.

"HAHAHAHHAhahahaha..."

Setelah beberapa minit barulah mereka tersedar akan posisi masing-masing. Cepat-cepat Sehun letakkan Choco semula sambil berdehem kecil. Wajah Choco juga sudah memerah. Ececece~

"Best lah pula. Sehun!" Choco cuba menutup rasa malunya dengan melompat ganas ke arah Sehun. Kalut Sehun menangkap Choco sambil cuba menyeimbangkan diri.

"YAH CHO—"

Innalillah, Sehun tidak berjaya menyeimbangkan diri dan terus terjatuh ke atas sofa. Choco yang berada di pegangan Sehun turut sama terjatuh. Elok pula tu dia landing atas Sehun yang sudah terbaring di atas sofa. Habis Choco tercium dahi licin Sehun.

"Uish!" Kalut terus Choco mengubah posisi. Memerah habis wajahnya. Sehun juga sudah semakin merah. Terdiam mereka berdua buat seketika.

"Aish. Jom lah gaming semula!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro