◦𝟔◦
6 tahun sebelumnya,
Seorang pelajar lelaki melalui koridor kelasnya dengan sebuah buku dipeluk erat tanpa menghiraukan pandangan aneh yang diberikan pelajar lain kepadanya. Sekali dia menoleh, semua yang ada di situ akan mengelak dari bertentang mata dengannya.
"Pengecut..," ujarnya perlahan sebelum menarik kerusi yang terletak di belakang kelas. Hanya mejanya saja yang berada di situ memandangkan tiada seorang pun mahu mendekatinya apatah lagi ajak berteman. Buku yang dibawa tadi disusun di atas meja dengan rapi lalu tersenyum puas.
Tap! Satu pemadam tepat mengenai dahi. Tangan memegang tempat yang terasa sakit lantas dia memandang ke arah beberapa orang pelajar lelaki yang sedang tertawa ke arahnya. Tangan digenggam kuat manakala giginya sudah diketap kerana menahan geram.
"Weh, tengok tu! Dia marahlah! Dasar kera sumbang... Buuu!!" Ejek salah seorang dari mereka.
Baru saja dia ingin melangkah ke arah kawan sekelasnya tiba-tiba datang seorang pelajar yang berpakaian pengawas sekolah, menghalang pergerakannya. Buat kali pertama, seseorang bersuara untuk membelanya tanpa ragu-ragu.
"Dah tak ada kerja ke mengacau orang? Baik korang buat hal masing-masing sebelum saya laporkan perkara ni kepada guru disiplin." Tegas pengawas itu lalu menoleh ke arahnya. Tangan dihulurkan sebagai tanda perkenalan bersertakan senyuman mesra.
"Mulai hari ni kita kawan."
Yongbok terjaga dari mimpi lantas bangun dari pembaringannya. Memori semasa alam persekolahan berputar kembali di ingatan dan dalam pada masa yang sama, tekak mula terasa haus. Jam loceng dilirik sebelum dia turun dari katil menuju ke dapur.
Selepas meneguk beberapa kali air sejuk, Yongbok terpandang Chan yang terlena di atas sofa ruang tamu rumah mereka. Mungkin sahabatnya terlalu penat bekerja hingga terlelap di situ. Tidak menuju ke bilik, Yongbok menapak ke arah Chan, merenung lama wajah jejaka itu. Tanpa disedari, air matanya bergenang lantas mengalir perlahan di pipi. Kenangan semasa sekolah dulu membuatkan dirinya beremosi pada malam itu. Yongbok masuk ke dalam bilik dan tidak lama selepas itu, dia keluar semula bersama selimut di tangannya.
Chan bangun seraya meregangkan badan. Mata dikelip beberapa kali sambil memproses keberadaannya sekarang. Selang 2 minit, barulah Chan teringat yang dia tertidur di sofa selepas pulang dari kerja malam semalam. Melihat selimut berada di situ, Chan tersenyum sendiri. Nampaknya Yongbok tersedar di tengah malam lalu mengambilkan selimut untuknya.
"So sweet..," getusnya dan ketika itu Yongbok menampakkan dirinya. Dari segi pemakaian, tahulah Chan yang kawannya baru pulang dari berjoging.
"Aku ada beli sarapan ni," beritahu Yongbok lantas mengangkat sedikit plastik makanan yang dipegangnya.
"Okey, aku nak mandi kejap. Kau hidanglah dulu," ujar Chan lalu Yongbok mengangguk.
●○●○●○●○
Younghyun menapak masuk ke dalam balai menuju ke arah pejabat. Yunho yang melihat kehadiran jejaka itu, terus mengekori langkah Younghyun dari belakang untuk memaklumkan maklumat yang dijumpai.
"Ada apa-apa yang kau jumpa?" Soal Younghyun.
"Pasal panggilan yang kau dapat semalam, tak dapat dijejak sebab pemanggil guna telefon pakai buang." Younghyun mengangguk faham kerana dia sudah mengagak perkara itu akan berlaku.
"Aku periksa log panggilan Changsuk pada malam dia dibunuh. Tiada apa-apa meragukan sebab nombor terakhir yang telefon dia ialah dari Daebak Food, restoran Hyunjae dan Chan bekerja," lapor Yunho seraya menghulurkan salinan log panggilan Changsuk.
Younghyun menyemak senarai yang diberikan Yunho termasuk waktu panggilan dibuat. Semasa Hyunjae menelefon, jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Bermakna pembunuh datang ke apartmen sejam lebih awal dari Hyunjae untuk menyerang Changsuk.
"Semalam pakcik guard cakap yang ada lelaki datang hantar makanan. Maksudnya, pembunuh tu bawa makanan basi kemudian disumbat ke dalam mulut Changsuk secara paksa." Younghyun membuat andaian.
Yunho menggaru kepalanya kerana buntu untuk mencari motif di sebalik kelakuan pembunuh terhadap Changsuk. "Kejap, Hyun... Bukan makcik sebelah rumah ada beritahu pasal penghantar makanan ke? Kau dah tahu siapa budak yang kena tolak dengan Changsuk tu?"
Younghyun memetik jari sebaik saja Yunho mengatakan tentang itu. "Nasib baik kau ingatkan aku.. sekarang ni kita pergi ke restoran yang terima tempahan Changsuk untuk tanya siapa pengantar petang tu."
Chan terkejut dengan kehadiran Younghyun ke restoran, tempat dia bekerja. Mungkin abang kekasihnya itu mahu menemui Hyunjae untuk bertanya berkenaan pembunuhan Encik Kim semalam.
"Abang Hyun nak jumpa Hyunjae ke? Kalau ya, dia tak datang kerja hari ni," beritahunya.
"Eh bukan... Saya datang ke sini nak tanya tentang pekerja yang hantar makanan ke apartmen Kim Changsuk, sehari sebelum kejadian. Awak tahu siapa?" Terang Younghyun akan kehadirannya berkunjung ke restoran itu.
Chan terdiam sejenak. Apa pula kaitan penghantar makanan sehari sebelum kejadian? Tidak mahu melengahkan masa, Chan bersuara semula. "Erm, sayalah orang tu. Kenapa ya?"
"Bukan apa, saya dapat tahu dari jiran sebelah yang Changsuk cederakan penghantar makanan tu. Jadi saya nak pastikan siapa dan tak sangka pula orang tu awak, Chan," jelas Younghyun. Risau pula jejaka itu salah faham dengan apa yang cuba disampaikan.
Patut ke aku beritahu Abang Hyun apa yang aku rasa?
Baru saja Chan ingin bersuara namun tidak jadi disebabkan bunyi loceng pintu menandakan pelanggan masuk. Chan tersenyum kecil apabila melihat Yongbok berada di situ.
"Dah habis kerja ke?" Soal Yongbok sebelum pandangannya dihalakan ke arah dua lelaki yang berdiri di hadapan Chan. Setelah mengetahui mereka berdua merupakan detektif, barulah dia menunduk hormat.
"Ni Yongbok, housemate saya... ni Abang Hyun, abang kepada Hyera dan yang ni pula Detektif Yunho. " Chan memperkenalkan mereka bertiga.
"Ouh kalau macam tu, aku tunggu dekat luar dulu. Nanti aku masuk semula." Yongbok meminta diri, tidak mahu mengganggu perbualan mereka bertiga.
Yunho sempat melirik ke arah Yongbok yang menuju keluar. Baju berhud yang dipakai lelaki itu, sama seperti yang diberitahu pengawal keselamatan semalam hingga menghadirkan rasa curiga dalam hatinya.
"Kami minta diri dulu, ya? Maaflah mengganggu waktu kerja. Kalau ada apa-apa, telefon saya." Younghyun mengakhiri perbualan.
Yongbok sempat menyimpulkan senyuman apabila bertembung dengan dua detektif tadi. Tidak jauh dari restoran, Yunho bersuara.
"Aku bukan nak tuduh tapi, kawan Chan tu mencurigakan. Maksud aku dari segi pakaian dia, cara dia pandang..," luah Yunho.
"Aku pun.. malangnya kita kena cari bukti dulu. Setakat ni, dua mangsa ada kaitan dengan Chan dan mungkin orang terdekat ialah suspek yang dicari," ujar Younghyun.
"Kau beritahu ke dekat polis tadi?" Soal Yongbok secara tiba-tiba.
"Beritahu apa?" Chan memandang Yongbok hairan.
"Apa yang kau rasa dengan kes pembunuhan ni? Kan kau ada beritahu aku semalam." Yongbok mengingatkan kembali perkara yang dibualkan malam tadi.
Chan menggeleng. Memang perasaan dia mengatakan yang apa yang berlaku seperti ada kaitan dengan dirinya namun selepas memikirkan semula, Chan malas mengambil kisah.
"Kalau aku jadi kau, aku beritahu. Mana tahu boleh mudahkan siasatan. Mangsa bunuh pun boleh berkurang, kan?" Yongbok meyakinkan Chan.
"Kau percayakan aku? Padahal semalam kau gelak bila aku beritahu pasal ni." Chan meminta kepastian. Sungguh dia tidak faham apa yang Yongbok fikirkan sekarang ini.
Yongbok mengangguk kecil. "Siapa cakap aku tak percaya? Aku gelak semalam sebab terhibur tengok muka kau serius sangat."
Kening Chan terangkat mendengarkan itu. Tiada angin tiada ribut, wajahnya pula dipersalahkan.
"Kalau kau cakap macam tu, teman aku jumpa Abang Hyun boleh? Kalau tak nak, aku tak paksa."
"Boleh... Aku bukan ada kerja pun. Nak pergi sekarang ke?" Soal Yongbok bersungguh. Chan tergelak kecil melihat sahabatnya yang teruja itu ibarat ingin pergi ke taman permainan pula lagaknya.
●○●○●○●○
Kehadiran Chan disambut Younghyun. Tidak sangka pula Chan akan berkunjung ke balai polis secepat itu. Selepas mempersilakan jejaka itu mengambil tempat, Younghyun menyuruh salah seorang pembantu menghidangkan minuman untuk mereka berdua.
"Kenapa, Chan? Ada apa-apa yang awak nak beritahu ke?" Younghyun membuka mulut.
Chan mengemam bibirnya sebelum memberitahu maksud kehadirannya ke situ. "Sejujurnya, saya dapat rasakan pembunuhan yang berlaku kebelakangan ni... ada kaitan dengan saya. Dari pemandu teksi yang hampir langgar saya dan sekarang Encik Kim. Saya ragu-ragu nak beritahu sebenarnya, takut Abang Hyun tak percaya."
"Kalau nak tahu, bukan awak seorang je yang rasa macam tu. Saya pun fikirkan perkara yang sama. Lebih-lebih lagi lepas tengok rakaman kotak hitam teksi Ko Jaehoon. Semua video dipadamkan kecuali rakaman kemalangan yang melibatkan Chan... awak ada syak sesiapa?" Soal Younghyun.
Chan menggeleng. Sungguh dia tidak tahu siapa yang sanggup membalas dendam untuknya sedangkan dia tiada kenalan rapat selain dari Hyunjae dan Yongbok. Tidak masuk akal jika salah seorang dari mereka berdua pelakunya.
Melihat gelengan Chan, Younghyun mengeluarkan satu gambar sebelum diletakkan ke atas meja. "Tanda bulatan dalam gambar ni, awak pernah tengok sebelum dekat mana-mana?"
Kepingan gambar itu diambil untuk dilihat secara dekat. "Tak pernah... Tuan tahu ke maksud tanda ni?"
"Sayangnya, tak. Kes kali ni agak rumit untuk diselesaikan. Lebih-lebih lagi pembunuh terlalu licik. Satu bukti pun tak tertinggal di mana-mana tempat kejadian," beritahu Younghyun.
"Kalau dah tak ada apa-apa, saya minta diri dulu? Lagipun Yongbok tunggu di luar." Chan bangkit dari kerusi yang menjadi tempat duduknya.
Mendengar nama Yongbok, Younghyun menahan Chan sebelum lelaki itu melangkah pergi. "Kawan awak tu bekerja sebagai apa? Saya macam pernah nampak dia sebelum ni."
"Yongbok tak bekerja atas masalah peribadi," ujar Chan dan Younghyun mengangguk perlahan. Mungkin dia tersalah pandang ketika di restoran tadi.
"Hati-hati, Chan. Tak mustahil kalau pembunuh tu berada selangkah di belakang awak." Younghyun sempat berpesan.
"Terima kasih, Abang Hyun."
Yongbok tersengih melihat Chan yang baru keluar dari pejabat Younghyun selepas mengambil masa 20 minit. Entah apa yang dibicarakan mereka berdua hingga lama sekali berada di dalam.
"Macam mana, dia percaya tak apa yang kau beritahu?" Tanya Yongbok ingin tahu.
"Percaya dan dia suruh aku hati-hati. Kemungkinan pembunuh tu ada perhatikan aku dari jauh," ujar Chan lalu Yongbok membuat muka.
"Kalau betul pun, rasanya aku lah pembunuh tu. Ya lah, siapa lagi yang rapat dengan kau selain aku. Jadi baik kau hati-hati." Kata-kata Yongbok membuatkan Chan tersenyum pahit. Kadang-kadang kelakuan Yongbok sangat mencurigakan, seolah-olah dia tahu apa yang terjadi namun dia pasti kawan baiknya bukanlah orang sebegitu.
"Just kidding... Sekalipun aku ni pembunuh, kau tak akan termasuk dalam senarai sebab kau kawan baik aku," sambung Yongbok lantas memeluk bahu sahabatnya.
Chan memandang Yongbok sekilas sebelum bersuara. "Jangan buat perkataan tu sebagai gurauan ,Yongbok. Orang yang terdengar mungkin salah faham dengan kau walaupun kau bergurau dan aku tak suka bila kau cakap macam tu."
"Okey, sorry." Yongbok mengalah.
Yunho yang kebetulan berada di situ, mendengar segala perbualan antara Chan dan Yongbok. Kecurigaannya makin bertambah sebaik saja Yongbok berkata demikian tanpa sebarang rasa gentar. Tidak menunggu minuman yang dibelinya siap, Yunho terus menuju ke pejabat Younghyun.
Yunho berlari kecil ke arah Younghyun yang ketika itu sedang menyusun fail-fail di rak. Dalam keadaan tergesa-gesa, hampir saja dia terlanggar bucu meja.
"Younghyun, aku ada benda nak cakap dengan kau ni! Penting!" Yunho tidak lagi dapat menahan bersabar lantas menarik tangan kawannya.
"Ya Tuhan, bawa bersabar Yunho. Nanti tak pasal kau cium lantai pejabat aku," tegur Younghyun. Wajah Yunho tercedera tidak mengapa asalkan bukan lantai pejabatnya yang menjadi mangsa.
"Tadi, masa aku tengah beli air... Aku terdengar Chan berbual dengan Yongbok. Mula-mula aku tak ambil kisah sampailah aku terdengar Yongbok sebut perkataan pembunuh. Kau tau tak dia cakap apa?" Soal Yunho bersungguh seraya membulatkan matanya.
"Macam mana aku nak tahu, Yunho kalau kau tak cakap." Younghyun menggeleng seraya mengeluh kecil. Sekali datang perangai beria Yunho, beginilah jadinya. Tidak menyempat.
"Yongbok cakap pada Chan supaya berhati-hati sebab kemungkinan pembunuh tu dia... belum habis lagi, dia boleh pula cakap yang kalau betul pun dia pembunuh, Chan tak termasuk dalam senarai sebab Chan kawan baik dia... Kau rasa macam mana?" Yunho meminta pendapat selepas menceritakan apa yang didengarinya sebentar tadi.
Younghyun diam sejenak, cuba memikirkan sesuatu. Tidak mustahil apa yang diberitahu Yunho itu benar memandangkan Yongbok ialah kenalan rapat Chan. Kemungkinan dia melakukan pembunuhan sebagai balas dendam atas kelakuan buruk si mati pada kawan baiknya.
"Satu lagi, tanda bulatan yang pembunuh tinggalkan mungkin bermaksud nama keluarga dia... Oh Yongbok." Yunho menambah manakala Younghyun sudah melirik ke arah lelaki itu.
"Macam mana kau tahu nama dia Oh Yongbok?"
Yunho mengangkat bahunya. "Aku teka? Habis tu kalau bukan nama dia, apa lagi? Takkan dia lukis sebagai perhiasan."
Sekali lagi Younghyun mendiamkan diri, menggali maksud di sebalik tanda misteri itu. Dia cuba mengingat kembali bermula dengan mangsa pertama iaitu Seo Jinwoon, kes peras ugut diikuti dengan Ko Jaehoon, pemandu teksi yang hampir melanggar Chan dan kes terbaru melibatkan Kim Changsuk, pelanggan yang cederakan Chan.
"Yunho, aku rasa dah tahu apa maksud bulatan tu." Younghun akhirnya bersuara.
"Apa?"
"Setiap perbuatan yang dilakukan akan berbalik semula kepada tuan badan dan sebab dia tinggalkan lukisan tu nak menunjukkan semua yang berlaku di atas dunia akan berputar semula. Sama ada lambat atau cepat," jelas Younghyun.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro