Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◦𝟓◦

Hyunjae mula resah apabila motosikalnya tiba-tiba mati di pertengahan jalan. Dia memandang sekeliling jika ada orang yang lalu untuk meminta bantuan. Oleh disebabkan tidak mahu menunggu lama, dia membuat keputusan untuk menelefon Chan. Mana tahu kawannya itu boleh menolong. Tidak lama selepas menghubungi Chan, Hyunjae menarik nafas lega sebaik saja rakan sekerjanya bersetuju untuk membantu.

Dagu ditongkat di atas motor sambil menunggu. Beg makanan yang terletak di bahagian belakang, dipandang sekilas sebelum dia mengeluh kecil. Mana tidaknya, orang yang memesan makanan itu ialah pelanggan sama yang memarahi Chan atas alasan lambat. Sekarang, dia yakin akan berdepan nasib yang sama. Lebih kurang 20 minit kemudian, Chan tiba.

"Terima kasih, Chan. Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi," ucap Hyunjae lalu menghampiri Chan.

"Tak ada apalah. Lagipun aku on the way balik masa kau call tadi. Siapa yang order makanan waktu macam ni?" Soal Chan hairan sejurus melihat jam tangannya.

Hyunjae menarik muncung. "Lelaki yang kau cerita hari tu. Dia kan pelanggan tetap jadi bos suruh aku  ambik je order walaupun waktu kerja aku dah habis. Kau tumpangkan aku, ya? Lepas siap hantar makanan... Kita datang sini balik ambil motor."

Chan tidak berkata apa-apa selain mengangguk. Lagipun jarak bangunan apartmen tidaklah jauh mana dari situ. Hyunjae mengambil plastik makanan sebelum membonceng motosikal yang dibawa Chan.



"Betul tak nak aku teman? Encik Kim dahlah jenis panas baran tak tentu pasal. Silap-silap kau pula yang kena belasah dengan dia." Chan meminta kepastian. Risau juga jika berlaku apa-apa kepada Hyunjae nanti oleh kerana dia pernah mengalami situasi itu.

"Tak apa... Dia angkat tangan, aku lari dulu. Tunggu tau!" Ujar Hyunjae lalu berlari kecil menuju ke arah lif.

Tiba di tingkat 4, Hyunjae menapak keluar dari lif. Nombor apartmen dilihat semula sebelum meneruskan langkahnya ke rumah yang bernombor 436, di mana pelanggan itu menetap.

Dua keningnya bertaut bila melihat pintu rumah dalam keadaan separuh terbuka. Air liur ditelan perlahan. "Dia dah ready awal-awal ke nak belasah aku?"

Loceng ditekan meskipun pintu dalam keadaan terbuka. Hyunjae tidak mahu pula dirinya dituduh mencuri nanti. "Encik Kim? Penghantaran makanan."

Senyap. Bukan sahaja suara bahkan sebarang bunyi langsung tidak kedengaran. Memikirkan Chan sedang menunggunya di bawah, Hyunjae memberanikan diri menolak pintu rumah. Marah atau tidak, dia tidak peduli tambahan pula masa tetap berjalan jika dia hanya menunggu di situ.

"Encik Kim? Saya mas-" Plastik makanan di tangannya serta merta terlepas dari pegangan apabila melihat mayat tuan rumah dalam keadaan sangat ngeri. Sekali lagi Hyunjae terpaku di tempatnya sebaik saja melihat kesan darah yang ada di dalam rumah itu. Tidak mahu berada di situ lebih lama, Hyunjae terus berlari keluar menuju ke tempat parkir di mana Chan menunggunya.





"Chan!!! Chan!!!" Jerit Hyunjae dalam keadaan berlari. Melihat keadaan Hyunjae dalam ketakutan, Chan terus turun dari motosikal lalu menghampiri Hyunjae.

"Weh, kenapa ni??" Soal Chan cemas. Wajah Hyunjae yang pucat lesi itu membuatkannya bertambah risau.

"En- Encik Kim.. dah mati!" Beritahu Hyunjae manakala Chan sudah tidak berkelip mata mendengar apa yang disampaikan kawannya.

●○●○●○●○

Yongbok bersiul kecil sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam saku baju yang dipakai. Batu-batu kecil di tepi jalan, ditendang perlahan sambil matanya menikmati pemandangan malam. Kelakuannya terhenti apabila telefon berdering. Melihat nama pemanggil, Yongbok terus menjawab.

"Ya, Chan. Aku ada dekat rumah," bohongnya. Keningnya terangkat sebaik saja mendengar apa yang diberitahu Chan melalui panggilan itu. Senyuman kecil mula terukir di bibir.

"Ouh, macam tu ke? Jadi kau balik lambatlah sebab ke balai polis? Haa I see... Okey, aku tak kunci pintu rumah nanti." Panggilan ditamatkan.

"Tsk, polis lembab." Yongbok tertawa sendiri sebelum terdengar bunyi anak burung kemudian dia mencari suara yang datang dari arah pokok berhampiran dengan tempatnya berdiri.

"Aww, so cute... Mana mak awak, Tweetie?" Tanya Yongbok lalu mengangkat badan haiwan kecil itu. Melihat keadaan burung yang tidak mampu bergerak, Yongbok mengagak yang ia terjatuh dari sarang dan akibat jatuhan itu, ia tercedera teruk.

"Kesiannya, sakit ke? Biar aku tolong kau hilangkan rasa tu... Thanks me later, okay?" Ujar Yongbok.

Krak! Tiada lagi suara anak burung tadi apabila Yongbok mematahkan tulang lehernya. Air mata mula bergenang bila melihat anak burung itu sudah terkulai layu di atas tapak tangannya. Yongbok mendongak ke atas untuk melihat kedudukan sarang burung di atas pokok. Oleh kerana sarang itu tidak terlalu tinggi, Yongbok meletakkan bangkai anak burung tadi ke dalam sarang ibunya semula.

"Rest in peace, Tweetie."

●○●○●○●○

Chan menenangkan Hyunjae yang masih mendiamkan diri sejak tadi. Mana tidaknya, jejaka itu menyaksikan rupa mayat yang dibunuh secara kejam dengan kedua matanya sendiri. Siapa saja yang melalui itu, pasti mengalami perkara yang sama seperti Hyunjae.

"Kau okey tak? Nak pergi hospital ke?" Tanya Chan dengan penuh perhatian. Hyunjae hanya menggeleng perlahan. Dia akui yang dirinya terkejut tetapi tidaklah sampai perlukan rawatan di hospital.

"Aku okey." Hyunjae menjawab. Kehadiran detektif yang bertugas, membuatkan kedua lelaki itu bangun berdiri.

"Chan, Hyunjae... korang kena pergi ke balai polis malam ni untuk beri keterangan. Boleh kan? Kalau rasa masih terkejut, esok pagi pun tak apa," ujar Younghyun. Keterangan saksi memang perlu dilakukan segera namun kesihatan Hyunjae lebih penting. Risau pula jika pemuda itu terkesan dengan apa yang berlaku.

"Kita orang pergi malam ni. Terima kasih, Tuan." Hyunjae bersuara.

Younghyun mengangguk perlahan sebelum pandangan dialihkan ke arah Chan yang berdiri di samping Hyunjae. "Chan, kalau ada apa-apa... Terus bagitahu saya."

"Baik, Abang Hyun."




Younghyun menutup hidungnya sejurus bau busuk menusuk rongga pernafasannya. Dia menghampiri mayat Changsuk yang terikat pada kerusi. Beberapa kesan darah yang sudah ditanda pihak forensik, diperhatikan.
Seperti kes pembunuhan sebelum ini, pembunuh tinggalkan tanda dan kuku mangsa juga hilang.

"Hyun, aku rasa pembunuh ni berbadan besar sebab dia boleh lawan dengan Changsuk. Mustahil kalau badan kecil boleh bunuh dia. Kau rasa macam mana?" Tanya Yunho.

Younghyun diam sejenak sambil matanya melihat keadaan di dalam rumah. Beberapa gambar yang tergantung pada dinding menunjukkan Kim Changsuk merupakan ahli tinju di sebuah gim.

"Entahlah, sekarang ni aku dah confuse. Macam mana rupa pembunuh sebenarnya dan alasan dia bunuh lelaki ni. Kalau sebelum ni aku kata dia target lelaki yang ada rekod jenayah, maknanya salah sebab rekod Ko Jaehoon dengan Kim Changsung bersih." Younghyun mengurut dahi perlahan. Pening dibuatnya apabila memikirkan punca setiap pembunuhan yang berlaku.

"Aku tak rasa apa yang kau cakap tu tepat. Memang betul kalau sebelum ni mangsa ada buat jenayah tapi, itu yang tertulis dalam rekod. Macam pemandu teksi kelmarin, dia hampir langgar orang dan tak bertanggungjawab. Kes Changsuk pula sekarang ni, kita kena siasat dulu," hujah Yunho panjang lebar.

Younghyun tercengang mendengarkan itu. Apa yang dibicarakan Yunho sangat tepat dalam kes sekarang ini. Mangsa yang mati ada buat kesalahan tanpa disedari orang lain. Bahu Yunho ditepuk perlahan.

"Bijak, Yunho. Pagi esok kita datang semula ke sini. Kita mulakan siasatan dari jiran-jiran yang kenal Kim Changsuk," kata Younghyun.

●○●○●○●○

Chan mengagak Yongbok sudah lena apabila rumah dalam keadaan gelap. Suis lampu ruang tamu ditekan sebelum Chan tersentak lalu memegang dada sebaik saja lampu dihidupkan.

"Yongbok! Kau ni, terkejut aku. Buat apa berdiri dalam gelap ni?" Yongbok tersengih seraya menggaru belakang kepalanya.

"Aku dengar kau balik, itu yang aku keluar nak buka lampu. Tak sangka pula bertembung. Hehe," terang Yongbok.

Chan menggeleng perlahan. Ada-ada saja Yongbok. Nasib baiklah dia tiada sebarang penyakit kronik kalau tidak mungkin nyawanya sudah melayang begitu saja.

"Macam mana dengan Hyunjae?" Tanya Yongbok ingin tahu.

"Dia okey, cuma terkejut sikit. Biasalah kan, bila tengok benda macam tu. Kau buat apa tak tidur lagi, baca buku?" Yongbok mengangguk tanda mengiyakan.

"Hmm, Yongbok... Kau dah mengantuk ke? Kalau belum, aku ingat nak berborak sikit dengan kau," jelas Chan.

"Pasal apa? Macam penting je." Melihat reaksi wajah Chan, Yongbok pasti topik yang ingin dibualkan kawannya itu perkara serius.

"Sebenarnya, aku rasa yang pembunuhan sekarang macam berkaitan dengan aku. Start dari pemandu teksi dan sekarang Encik Kim. Entah-entah, budak perempuan yang aku tengok dekat restoran hari tu pun sekali. Aku dah buang perasaan ni tapi, lepas Encik Kim mati... Perasaan tu datang balik."

Yongbok tergelak kecil secara tiba-tiba yang mana membuatkan Chan memandangnya pelik. Apa yang lucu sekarang ini hingga Yongbok ketawa begitu sekali? Menyedari reaksi Chan berubah, Yongbok berhenti ketawa sebelum berdehem perlahan.

"Sorry... Kenapa kau rasa macam tu?" Tanya Yongbok semula.

"Entahlah, aku tak ingat nak cakap apa lagipun tiba-tiba rasa mengantuk. Aku masuk dulu. Goodnight." Chan mengakhiri perbualan apabila Yongbok tidak bersungguh untuk mendengar masalahnya.

"Okey, goodnight. Esok kalau dah ingat, ceritalah kat aku, ya," ujar Yongbok selamba manakal matanya pula melirik ke arah Chan yang menuju ke bilik.

Yongbok menyandarkan kepala di sofa lalu menyilangkan kedua kakinya. Teringatkan semula kata-kata Chan tadi, dia tergelak sekali lagi.

"Memang berkaitan pun," ujarnya.

●○●○●○●○

Pagi itu, Younghyun pergi semula ke rumah Kim Changsuk bersama Yunho untuk melanjutkan siasatan. Pintu rumah sebelah diketuk sebelum seorang wanita berusia 50-an membuka pintu.

"Maaf mengganggu. Saya detektif yang bertugas dalam pembunuhan Kim Changsuk. Boleh saya ambil masa sekejap?" Younghyun meminta izin. Setelah wanita tadi bersetuju, Yunho memulakan siasatan.

"Boleh makcik beritahu tentang Changsuk? Contohnya... kehidupan  dia, keperibadian, pergaulan dia dengan jiran-jiran."

"Setahu makcik, Changsuk jenis tak bergaul sangat dengan orang dekat sini. Ya lah, siapa yang nak dekat orang macam Changsuk. Pemarah tak tentu pasal. Budak main depan koridor pun dihalaunya. Ada satu petang tu, dia tolak penghantar makanan sebab datang lambat. Makcik hanya mampu tengok je dari rumah. Kesian budak tu," cerita wanita tadi.

"Mungkin orang tu Chan.." getus Younghyun.

"Malam semalam, tak ada dengar apa-apa? Suara menjerit ataupun minta tolong?" Kali ini giliran Younghyun pula bertanya namun hampa apabila wanita itu menggeleng.

"Kalau macam tu, terima kasih Makcik. Kami pergi dulu ya." Mereka berdua meminta diri.

Sebaik melangkah keluar, kamera keselamatan yang terletak di sudut koridor menarik perhatian Younghyun lalu mereka berdua terus menuju ke pondok keselamatan untuk melihat rakaman malam semalam.




"Apa maksud pakcik tak ada rakaman?" Soal Yunho kehairanan. Tidak mungkin pembunuh masuk untuk memadamkan rakaman CCTV  memandangkan ada orang menjaga di pondok itu sepanjang hari.

"Kamera tu bukan hidup pun, sekadar untuk mengelakkan kes kecurian berlaku. Lagipun, sepanjang pakcik bekerja dekat sini, tak pernah pun ada kes terjadi apatah lagi kes berat macam ni," kata pengawal keselamatan itu.

Younghyun meramas rambutnya kasar. Jika kamera keselamatan itu berfungsi, sudah tentu pembunuh sudah dapat diberkas.

"Malam semalam, pakcik tak nampak orang yang mencurigakan masuk ke kawasan apartmen?" Soal Younghyun lagi.

Lelaki pertengahan usia itu menggeleng. "Tak ada cuma ada seorang lelaki ni datang, muda lagi orangnya. Nak hantar makanan katanya."

"Pakcik cam muka dia?"

"Nak cam mana mana, muka pun tak nampak. Dia pakai baju yang selalu budak-budak muda pakai. Yang ada sarung kepala sekali tu. Warna baju dia pula hitam." beritahunya.

Younghyun mengetap gigi menahan geram. Begitu payah sekali untuk menangkap pembunuh gila itu. Telefon yang berdering mematikan lamunan Younghyun. Dahinya berkerut melihat nombor tidak dikenali sebelum menjawab panggilan itu.

"Hello, siapa ni?" tanya Younghyun.

"Hai, susah kan nak tangkap pembunuh tu?"

Riak wajah Younghyun terus menegang sebaik saja pemanggil berkata demikian. Dia yakin orang itu ialah pembunuh yang dicarinya. Pembesar suara ditekan supaya Yunho turut mendengar apa yang dibicarakan.

"Macam mana kau boleh dapat nombor aku? Baik kau tunjukkan diri kau sekarang!" berang Younghyun.

"Carilah sendiri kalau nak tahu. Itu kan kerja polis. Banyak benda lagi yang kau tak tahu di sebalik pembunuhan tu. Hmmm, sebenarnya aku call nak beritahu tapi kau pula marah-marah. Tak jadilah. Hahahahaha!"

Tup! Panggilan ditutup tanpa sempat Younghyun bersuara. Hampir saja telefon itu dilempar ke dinding kerana sakit hati. Alat pengubah suara yang digunakan tidak mampu memudahkan siasatan.

"Yunho, aku nak kau jejak panggilan tadi. Pembunuh ni sengaja cari pasal dengan kita," arah Younghyun.

●○●○●○●○

Yongbok melihat telefon yang berada di tangan lalu tersenyum sinis. Pandangan dihalakan ke arah tingkap sambil memeluk tubuh.

"Tahu nak marah je... Tak menyabar," rungutnya. Mendengar pintu bilik dibuka, Yongbok segera menghampiri Chan.

"Kerja ke?" Soal Yongbok seperti biasa.

"Hmm..." Suara Chan kedengaran acuh tidak acuh. Mungkin masih terasa dengan kelakuan Yongbok malam tadi.

"Chan..." Panggilan itu mematikan langkah Chan lalu dia berpaling ke arah Yongbok.

"Aku minta maaf pasal semalam. Hati-hati bawa motor," ucap Yongbok sekaligus berpesan kepada kawan baiknya itu.

Chan menyimpulkan senyuman hingga kedua lesung pipitnya kelihatan. "Okey, aku pun minta maaf sebab marah kau. Pergi dulu, ya?"

Yongbok sempat melambai perlahan ke arah Chan yang sudah pun menutup pintu sebelum riak wajahnya kembali mendatar.

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro