Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◦𝟒◦

Younghyun berjalan sekitar lokasi kejadian diiringi Yunho. Kemudian mereka berdua berhenti di satu tempat setelah melihat kesan seretan sepanjang 20 meter pada permukaan tanah.

"Pada pandangan aku, Jaehoon sempat larikan diri tapi pembunuh tu dapat kejar dia. Selepas dia pukul belakang kepala, pembunuh heret  Jaehoon ke dalam teksi semula... bunuh Jaehoon dan tinggalkan tanda di cermin menggunakan darah Jaehoon." Younghyun membuat spekulasi di sebalik kejadian yang berlaku.

"Satu benda yang aku tak faham dengan pembunuh ni... Kenapa dia serang pemandu teksi?" Soal Yunho tidak puas hati. Selepas melihat rekod mangsa, sekali pun Jaehoon tidak pernah mendapat sebarang aduan negatif dari semua penumpang yang pernah menaiki teksi lelaki itu.

Younghyun tersenyum. "Dah nama pun psikopat. Bukan dia pandang pun orang tu macam mana, asalkan dia puas hati... Settle."

Seorang anggota polis yang berlari kecil ke arah mereka, mengambil nafas sebelum memberitahu sesuatu. "Maaf saya mencelah. Kotak hitam teksi yang Tuan suruh periksa tadi tiada sebarang rakaman semasa pembunuhan tu berlaku kecuali video petang semalam saja yang tidak dipadamkan."

Tidak menunggu arahan, anggota polis tadi terus menunjukkan rakaman kotak hitam yang dikatakan. Video itu memaparkan kemalangan kecil yang berlaku di persimpangan lampu isyarat. Younghyun memutar kembali rakaman itu untuk melihat penunggang motosikal yang hampir dilanggar Jaehoon lalu dia berhentikan video sejurus mengecam wajah mangsa.

"Chan?" Soalnya tidak percaya.

"Kau kenal ke budak tu?" Tanya Yunho apabila mendengar Younghyun menyebut nama lelaki di dalam rakaman yang sedang dimainkan.

"Dia boyfriend Hyera," beritahu Younghyun sambil memikirkan sesuatu. Kenapa pembunuh memadam semua rekod rakaman kecuali video kemalangan di persimpangan lampu isyarat. Adakah Chan ada kaitan dengan apa yang berlaku?

Tidak berkata apa-apa, Younghyun menuju ke arah mayat yang masih belum diambil pihak ambulans. Kesan jerutan pada leher dilihat secara dekat untuk memastikan jenis tali yang digunakan pembunuh. Sekali lagi Younghyun bingung.

"Yunho, cuba kau tengok pula kesan tali tu. Aku nak tahu fikiran kau sama tak dengan aku," ujar Younghyun. Tanpa banyak soal, Yunho mengikut saja apa yang dikatakan kawannya. Selepas melihat sendiri, Yunho memandang Younghyun.

"Tali kasut..," kata mereka serentak.

●○●○●○●○

Pintu bilik Yongbok diketuk beberapa kali. Chan yang berpakaian kemas setia menunggu kawan baiknya membuka pintu namun tiada sebarang jawapan. Tombol pintu dipulas lalu Chan melangkah masuk ke dalam bilik. Bunyi pancuran air yang kedengaran menunjukkan Yongbok sedang mandi.

Chan memandang beberapa buah buku yang tersusun di atas meja sebelum dia mengambil satu novel  untuk dilihat. Helaian muka surat dibelek tanpa membaca isi yang tertulis.

"Seriuslah Yongbok baca buku macam ni," getusnya. Sebaris ayat yang menceritakan tentang pembunuhan secara terperinci cukup membuatnya meremang.

"Apa kau buat dalam bilik ni?" Buku yang dipegang Chan terjatuh kerana terkejut dengan suara Yongbok. Novel tadi diletakkan semula ke tempat asal sebelum Chan menjawab pertanyaan Yongbok.

"Tak ada apa... Aku nak keluar dengan Hyera sekejap. Takut kau cari, aku nak beritahu kau... Itu yang aku tunggu sementara kau mandi," jelas Chan.

Yongbok perasan salah satu dari novel yang sedikit teralih dari tempat asalnya sebelum memandang Chan semula. "Kau baca novel aku ke?"

"Aku tengok-tengok macam tu je, tak sanggup nak teruskan. Baca sebaris je lepastu aku letak semula. Maaf lah aku tak minta izin kau." Chan menggosok belakang kepalanya kerana rasa bersalah.

Yongbok tersenyum lalu menggeleng. "Mana ada marah... Kalau kau nak pinjam pun aku tak kisah. Best apa baca pasal bunuh-bunuh ni. Boleh buat kita lebih berjaga-jaga dengan orang sekeliling."

"Err, tak nak aku. Okeylah, aku pergi dulu. Tengoklah petang atau malam aku balik." Chan meminta diri.

●○●○●○●○

Hyera tersenyum manis apabila melihat Chan berada di luar salun rambut, tempatnya bekerja. Dia melihat jam dan tidak sangka Chan akan datang awal untuk menjemputnya. Kerana tiada pelanggan, Hyera keluar menyapa kekasih hati.

"Sayang, awalnya datang. Setengah jam lagi saya nak habis kerja," ujar Hyera.

"Biarlah, saya nak tengok awak dari luar. Pergi masuk kerja tu, kena potong gaji padan muka." Chan menghalau. Badan Hyera ditolak perlahan, menyuruh gadis itu masuk semula untuk menyambung kerja.

"Alah, bukan ada orang lagi pun. Bosan duduk dalam tu. Na Ri tengah buat rawatan rambut dekat bilik belakang, tak ada orang nak berborak," adu Hyera sambil memuncungkan mulutnya.

Chan tertawa kecil lalu memeluk bahu kekasihnya erat. Meluangkan masa dengan gadis itu dapat membuat hatinya berasa gembira. Hyera membalas pelukan teman lelakinya sebelum memandang wajah jejaka itu. Satu idea muncul di fikirannya.

"Sayang, kalau saya nak buat sesuatu boleh tak?" Tanya Hyera lalu Chan mengangkat keningnya mendengar soalan itu.




Hyera tergelak besar melihat riak wajah Chan yang kelihatan pasrah apabila rambutnya menjadi mangsa. Tangan Hyera menyisir rambut Chan sebelum digulung menggunakan penggulung rambut. Lebih menggelikan hati, Chan kelihatan seperti kanak-kanak yang dipaksa melakukan sesuatu tidak disukai.

"Awak... Rambut saya dah semulajadi ikal, kenapa pergi gulung lagi? Nak tukar jadi afro ke apa?" Rungut Chan namun dia tidak mampu melakukan apa-apa ketika itu.

"Biarlah, bukan selalu dapat main rambut awak. Sementara tunggu waktu kerja habis je, siapa suruh datang awal," balas Hyera sambil menahan tawa.

"Hmm, ya lah..." Chan mengalah.

●○●○●○●○

Younghyun menunggu doktor untuk mengesahkan kematian Ko Jaehoon. Beberapa minit menunggu di luar, doktor yang bertugas memanggil Younghyun untuk masuk ke dalam bilik mayat.

"Dia mati dalam pukul 11.45 malam semalam, lebih kurang 8 jam sebelum mayat ditemui. Macam yang Tuan boleh lihat, pukulan kuat di bahagian tengkorak kepala punca kematian. Di samping itu, mangsa kehilangan kuku jari tengah pada kedua tangan," terang doktor.

Younghyun mengangguk faham sambil memerhati kecederaan pada tubuh mayat. "Kesan jerutan pada leher tu, tali kasut bukan?"

"Ya betul," jawab doktor tadi mengiyakan kata-kata Younghyun.

"Okey, terima kasih doktor. Keluarga ada datang untuk tuntut mayat?" Soal Younghyun.

"Ada... Mereka akan datang petang ni," beritahu doktor.

●○●○●○●○

Hyera dan Chan berjalan sambil menikmati angin malam di persisiran pantai. Selepas menghabiskan masa di pusat beli-belah, Chan mengajaknya untuk mengambil udara di situ pula.

"Lama kan kita tak jalan-jalan macam ni." Hyera memulakan perbualan. Sesekali dia menyedut minuman yang dipegangnya.

"Itulah tapi nak buat macam mana. Saya sibuk bekerja... Sesekali cuti barulah dapat luangkan masa dengan awak," ujar Chan. Bekerja sebagai penghantar makanan sangatlah mencabar baginya dalam melayan  pelanggan yang bermacam-macam kerenah.

Mendengar apa yang dibicarakan Chan, Hyera menyandarkan kepalanya di bahu jejaka itu lantas memeluk erat lengan Chan. "Sebab tulah saya sayang awak... Walau busy macam mana pun, tak pernah lupa untuk tanya khabar saya. Terima kasih."

"Sama-sama... I love you more," ucap Chan lalu mengelus lembut rambut Hyera.

"Abang pun susah nak nampak muka sekarang... Kerja awal pagi balik pula tengah malam lepas dia handle kes bunuh. Nasib baik Papa datang rumah kadang-kadang." cerita Hyera. Memang itu yang selalu menjadi bualan mereka setiap kali berjumpa. Kalau Chan bercerita tentang Yongbok maka Hyera akan bercerita pula tentang keluarganya.

"Ouh, really? Hebat lah Abang Hyun sebab dapat uruskan kes besar. Janganlah sedih-sedih, semua ni untuk awak juga, kan?" Chan mengambil hati Hyera.

Gadis itu mengangguk perlahan. Betul lah apa yang dikatakan Chan. Bukan Younghyun sengaja mengabaikan dirinya. "Pagi tadi ada kes bunuh lagi. Kali ni pemandu teksi pula yang jadi mangsa. Tak faham betul dengan orang macam tu."

"Pemandu teksi? Seriuslah?" Chan bertanya. Perasaan tidak enak yang hadir segera ditepis.

"Hmm... Saya dengar Abang call pagi tadi. Kenapa?" Soal Hyera semula.

"Tak ada apa..." Chan menyimpulkan senyuman. Mungkin ini kebetulan yang sama jadi dia membuat keputusan untuk mengabaikan perasaan hairan yang hadir sebentar tadi.

●○●○●○●○

Younghyun ralit melihat beberapa rakaman di komputer ribanya. Bermula dari CCTV berhampiran kawasan restoran di mana Chan berkerja hinggalah di persimpangan lampu isyarat. Yunho yang menghampirinya turut melihat rakaman yang dipasang.

"Kenapa kau tengok boyfriend Hyera? Jangan cakap yang kau syak dia sudah." Yunho bersuara. Kadang-kadang dia sendiri tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran Younghyun.

"Aku kena siasat setiap pergerakan Chan sebab dia ada dalam rakaman. Ke mana dia pergi, dengan siapa dia berjumpa..," ujar Younghyun.

Yunho tergelak mendengarkan kata-kata kawannya. "Weh, agak-agak lah. Dia boyfriend adik kau kot, takkan kau tak percayakan dia. Kalau Hyera tahu kau buat macam ni, apa perasaan budak tu nanti."

"Adik aku takkan tahu selagi tak ada orang yang beritahu dia," ujar Younghyun seraya menjeling ke arah Yunho memandangkan hanya mereka berdua yang berada di situ.

"Aku tak cakap pun yang Chan suspek, cuma sebagai langkah berjaga-jaga. Kadang-kadang pembunuh lalu depan mata je, kita terlepas pandang tapi yang pasti bukan Chan. Semua rakaman aku dah check." Younghyun meregangkan tangannya yang terasa lenguh setelah hampir sejam dia menonton rakaman.

Saletip yang berada di atas meja, ditenung. Bentuk alat itu mengingatkannya kepada tanda yang ditinggalkan pembunuh setiap kali pembunuhan berlaku. 

"Serius, aku tak tahu apa maksud di sebalik tanda bulatan tu. Puas aku fikir tapi tetap tak dapat tangkap," Younghyun meraup wajahnya.

"Itulah... Apa yang sebenarnya pembunuh ni cuba sampaikan pada kita. Bukan tanda tu je, kuku yang dicabut pun sama. Kenapa jari tengah? Bukan jari kelingking, jari manis ke... Hairan aku. Sepanjang aku bekerja, ni kali pertama aku rasa bodoh dengan penjahat." Yunho menambah.

Younghyun tergelak. Ada-ada saja kawannya itu. "Aku lapar ni, jom makan sekali?"

"Okey."

●○●○●○●○

Seorang lelaki berbadan besar mengeluh malas apabila loceng apartmennya berbunyi namun bila teringatkan ada membuat pesanan makanan, dia bangun untuk membuka pintu.

"Kim Changsuk?" Tanya lelaki yang berdiri di depan pintu rumahnya.

"Ya, kenapa? Kau datang hantar makanan kan?" Soalnya semula lalu bungkusan pada tangan lelaki yang berdiri di hadapannya, dipandang.

"Minta maaf..," arahnya sambil menatap tepat anak mata Changsuk, membuatkan lelaki berbadan besar itu tertanya-tanya.

Tangan diseluk ke dalam saku baju, bersedia untuk mengeluarkan senjata. Dia mengetap giginya menahan marah apabila Changsuk tertawa mengejek.

"Hei, budak. Kau mabuk ke? Bagi aku makanan tu," ujar Changsuk lalu mengambil plastik makanan.

"Minta maaf!!" Jerit lelaki itu sebelum playar muncung tirus mengenai pipinya. Kerana terkejut dengan serangan yang dilakukan, Changsuk terjatuh ke belakang. Tidak membuang masa yang ada, pembunuh itu terus memukul kepala Changsuk hingga tidak sedarkan diri.

"Lembik," kutuknya lantas mengheret badan besar Changsuk ke dalam rumah. Pintu dikunci lalu langkahnya menuju ke arah laci meja untuk mencari sesuatu.





Denyutan di kepala makin terasa sebaik saja Changsuk membuka mata. Percakapannya terbatas apabila mulut ditampal menggunakan plaster manakala badan pula diikat kemas pada kerusi. Dia cuba melepaskan diri namun tidak boleh kerana kesakitan. Bau busuk yang menusuk hidung membuatkan Changsuk berpaling ke kanan. Mata membulat bila melihat beberapa makanan basi yang dihurungi lalat, terhidang di atas meja.

"Kenapa... Dah lapar ke?" Tanya lelaki yang menyerang Changsuk tadi. Makanan basi diambil kemudian pembunuh itu duduk di hadapan Changsuk dengan senyuman lebar.

"Disebabkan kau sakit, biar aku suap ya? Aku tahu yang kau lapar... Maklumlah dah lebih sejam kau pengsan tak sedarkan diri tapi, jangan risau sebab makanan ni aku dah panaskan tadi. Kau tak suka makanan sejuk kan?" Ujar pembunuh lalu tertawa kecil.

"Hmmphhh... Hmmphhh..," Changsuk bersuara malangnya tiada seorang pun yang boleh mendengar malah jiran rumah sebelah sekalipun.

"Kenapa bising ni? Lapar, ya? Kejap, aku suapkan." Makanan diceduk menggunakan sudu. Beberapa inci lagi ingin sampai ke mulut Changsuk, lelaki itu tergelak sekali lagi.

"Lupa pula nak buka plaster. Sekejap ya.. untuk pastikan kau tak menjerit, aku kena buat kau senyap dulu. Cuba teka aku nak buat apa?" Tanya pembunuh dengan nada teruja. Senjata yang sama digunakan untuk memukul kepala Changsuk, diambil.

"Tadaa!!" Ujarnya sambil menayangkan playar muncung tirus tadi. Changsuk mula meronta sebelum dia menjerit sekuat hati manakala pembunuh itu sudah tertawa puas. Kukunya ditarik secara perlahan yang membuatkan airmatanya mengalir. Urat tegang mula kelihatan di leher kerana menahan sakit yang teramat sangat.

"Okey, sekarang baru boleh makan." Plaster yang ditampal pada mulut Changsuk, ditarik. Lelaki berbadan besar itu sudah kelelahan hingga tidak mampu bersuara lagi. Rahang Changsuk dicengkam untuk memudahkan dia menyuapkan lauk nasi ke dalam mulut.

Sebaik saja makanan itu terasa di lidah, Changsuk meludah keluar yang mana tepat mengenai muka pembunuh itu. Berang wajahnya dikotori, satu penumbuk hinggap di pipi Changsuk.

"Aku dah tolong, kau buat macam ni?? Huh! menyesal aku berbaik. Nampaknya dah tak ada sebab untuk kau hidup lagi." Pembunuh yang tadinya duduk, bangun berdiri. Senjata kegemarannya digenggam kuat sebelum dihayun tepat ke arah kepala Changsuk.

"Dah mati? Kesian..," katanya apabila melihat Changsuk tidak bergerak dengan darah yang mengalir dari kepala. Kemudian dia meninggalkan apartmen sebelum penghantar makanan sebenar tiba di situ.

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro