Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◦𝟐𝟓◦

Mata Yongbok membulat sebaik saja mendengar Hyunjae memanggilnya. Barang yang disusun segera ditinggalkan lantas mengambil tempat di hujung katil Hyunjae.

"Sejak bila kau boleh bercakap?" Soal Yongbok ingin tahu.

"Dua hari lepas tapi aku pilih untuk rahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa pun termasuk doktor yang merawat aku. Bukan apa, segala perkembangan.. doktor akan beritahu pada Chan dan aku tak nak dia tahu. Kau orang pertama yang tahu tentang ni," jelas Hyunjae seraya mengemam bibirnya.

Yongbok memegang kedua bahu jejaka itu. "Kau buat perkara yang betul, Hyunjae. Sekarang ni, kita perlu beritahu perkara ni pada Younghyun. Dengan keterangan kau saja boleh digunakan untuk menangkap Chan."

"A-aku tak yakin tentang tu. Macam mana kalau Chan dapat tahu yang aku dah boleh bercakap semula? Kau tahu kan dia akan buat apa saja untuk rahsiakan hal ni?" Hyunjae menggeleng perlahan. Dia belum bersedia dengan perkara yang mungkin akan berlaku pada dirinya setelah apa yang Chan lakukan padanya sebelum ini.

Yongbok diam sejenak memikirkan cara sebelum anak matanya menatap wajah Hyunjae. "Kalau macam tu, teruskan berdiam diri sampai aku selesaikan semua ni. Boleh kan?"

Riak wajah Hyunjae ketika itu kelihatan seperti keliru. "Maksud kau apa?"

"Hal ni hanya aku dengan Chan saja yang tahu. Jadi, sementara itu aku nak kau terus berpura-pura walau orang tu doktor sekali pun," pesan Yongbok dan Hyunjae mengangguk faham.

"Erm... Yongbok, aku nak minta maaf dengan kau sebab salah anggap kau pembunuh." Hyunjae mengungkapkan perasaan serba salahnya. Pandangan juga dihalakan ke arah tingkap, malu untuk bersemuka dengan jejaka di hadapannya.

"Aku faham... Kalau aku dekat tempat kau pun, mungkin aku akan fikir benda yang sama. Niat aku malam tu hanya nak beri kau amaran saja tapi tak sangka pula kau salah faham. Mesti sebab rantai yang aku pakai, bukan? Chan ada beritahu aku tentang tu dan lepas dapat tahu, aku dapat rasakan yang kau dalam bahaya." Yongbok menjelaskan salah faham yang berlaku di antara mereka.

"Lagipun, aku dah biasa dianggap sebagai pembunuh dengan personaliti aku yang tak pandai bersosial dengan orang luar. Jadi, tak payah rasa bersalah dan tumpukan saja pada kesihatan kau..," sambungnya lagi seraya menguntumkan senyuman yang kelihatan ikhlas di mata Hyunjae.

"Terima kasih, Yongbok," ucap Hyunjae.


Yongbok keluar sebentar dari wad untuk membaca mesej yang dihantar Chan. Riak wajahnya berubah apabila melihat gambar Hyera yang tidak sedarkan diri. Belum sempat membalas pesanan, dia menerima satu panggilan dari lelaki itu lalu terus jarinya menekan butang hijau.

"Macam mana? Kau masih marahkan aku lagi?"

"Apa yang kau buat ni, Chan? Kan aku dah beri kau amaran supaya jangan libatkan orang yang tak ada kaitan dengan accident tu!" Marah Yongbok separuh berbisik. Kakinya menendang dinding bagi melampiaskan rasa marahnya.

"Ada aku kisah? Ini cara aku, jadi kau ikut saja. Cepat datang ke sini... kita perlu sambut kedatangan 'tetamu kehormat' yang dinantikan, sama-sama. Bye."

Yongbok meramas rambutnya hingga kusut masai. Nampaknya, Chan sudah tidak boleh dihalang lagi. Tiada cara lain lagi selain melaporkan hal itu kepada Younghyun. Dia tidak mahu kerana Chan, orang yang tidak bersalah kehilangan nyawa. Kaki terus melangkah laju meninggalkan bangunan itu.

●○●○●○●○

Younghyun terkejut mendengar kekecohan yang berlaku di luar pejabat. Tidak sempat dia hendak menjenguk, pintu pejabat dikuak luas sebelum Yongbok menerjah masuk. Dua orang pegawai polis yang menghalang Yongbok masuk, turut ada di situ untuk mengheret jejaka itu keluar.

"Younghyun, aku ada benda penting nak cakap dengan kau," ujar Yongbok dengan nada terdesak. Melihat reaksi Yongbok yang serius itu, Younghyun mengarahkan dua orang polis tadi untuk meninggalkan pejabat.

"Apa dia? Aku kena balik ni." Younghyun melihat jam tangannya sebelum memeluk tubuh.

"Hyera dalam bahaya... Kau perlu selamatkan dia sekarang," beritahu Yongbok yang mana membuatkan Younghyun menghampirinya untuk bertanya lebih lanjut. Baru dua langkah kakinya menapak, telefon pintarnya berdering dan nama Sehoon yang terpapar di skrin menambahkan lagi rasa cemasnya.

"Hello, kenapa Sehoon? Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Younghun sementara matanya memandang wajah Yongbok.

"Aku kehilangan Hyera sebaik tiba di satu simpang dan sekarang ni aku masih cari jejak dia, aku minta maaf."

"Apa maksud kau?? Nyawa adik kau dalam bahaya sekarang ni, tahu tak?? Aku nak kau call team kita dan cari Hyera sampai dapat, faham??" Younghyun menamatkan panggilan sebelum jarinya meleret skrin telefon mencari sesuatu.

Alat pengesan yang dimuat naik dalam telefon Hyera juga sudah dipadamkan. Tempat terakhir ialah di sebuah bakeri sebelum aplikasi itu tidak lagi berfungsi. Yunho yang baru tiba, sedikit terkejut melihat Yongbok ada di situ. Melihat wajah yang kawannya, Yunho dapat merasakan sesuatu sedang berlaku.

"Chan ada hantar gambar dekat aku tapi, tempat terlalu gelap untuk aku kenal pasti dekat mana diorang berada," ujar Yongbok lantas menunjuk gambar yang dihantar Chan melalui mesej sebentar tadi.

"Hyera kena culik? Macam mana??" Soal Yunho yang agak ketinggalan.

"Itu tak penting. Sekarang ni, kita perlu tahu tempat dalam gambar ni," ujar Younghyun.

Untuk kali kedua, telefonnya berdering namun kali ini pemanggil bukanlah Sehoon sebaliknya Chan. Pembesar suara dibuka sebaik saja butang hijau ditekan.

"Hai Abang Hyun... Buat apa tu? Tengah risaukan Hyera, ya? Hehe, don't worry. Dia tengah tidur ni, nyenyak betul."

Younghyun mengetap giginya sebelum menjawab. "Beritahu aku dekat mana kau sekarang! Apa yang kau nak buat dengan Hyera?? Tak puas hati dengan aku, kan?? Kenapa libatkan Hyera dalam hal ni??"

"Shh... Janganlah jerit-jerit. Nanti Hyera bangun macam mana? Abang Hyun nak ke saya tidurkan dia selama-lamanya? Pasal tempat... Carilah sendiri. Polis kan? Mesti cekap punya. Hahaha!"

"Aku tak main-main, Chan. Baik kau lepaskan adik aku sekarang. Kau sentuh sikit pun, aku tak akan teragak-agak untuk bunuh kau." Younghyun memberi amaran namun tindakan itu menyakitkan lagi hatinya apabila Chan terus mentertawakannya.

"Mana ada main-main. Ingat aku budak kecil? Jangan risau sebab Hyera hanya dijadikan umpan. So, datang cepat dan jangan lupa bawa sekali pasukan kau sekali. Baru meriah."

Tut! Panggilan ditamatkan tanpa sempat Younghyun membalas apa-apa. Barang di atas meja dibuang ke lantai sebelum menendang meja pejabatnya.

"Yongbok, beri aku tengok gambar tu sekali lagi," pinta Younghyun. Tidak membantah, jejaka itu menghulurkan telefonnya.

Gambar Hyera yang diikat pada sebuah kerusi, dibesarkan untuk melihat apa-apa yang mungkin dirakam dalam gambar. Kemudian Younghyun ternampak sebilah gunting dan pengering rambut yang tersusun di atas meja.

"Dekat rumah ke ni?" Tanya Yunho sebaik saja melihat gambar itu. Younghyun menggeleng, menafikan tekaan Yunho.

"Aku tahu dekat mana tempat ni."

●○●○●○●○

Hyera mengerutkan wajahnya apabila kelopak mata terasa begitu berat untuk dibuka. Denyutan yang masih terasa, membuatnya sukar untuk bergerak tambahan lagi badannya diikat kemas pada sebuah kerusi. Sebaik saja teringatkan kejadian sebelum dia tidak sedarkan diri, Hyera mula cemas lantas cuba melepaskan dirinya.

Gadis itu memerhati keadaan sekeliling dan barulah perasan yang sekarang dia berada di dalam salun rambut yang pernah menjadi tempat kerjanya dulu. Suasana yang gelap menambahkan lagi rasa takut. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan yang menerangi ruang salun, Hyera ternampak wajah Chan yang terpantul melalui cermin. Kelihatan jejaka itu sedang tersenyum lebar dan menghampirinya dari arah belakang.

"Eh, dah bangun. Awak nak style rambut macam mana? Wavy hair ataupun bob cut?" Tanya Chan dengan lagak seperti seorang penggaya rambut profesional. Gunting di atas meja, diambil.

"Chan... Lepaskan saya... Saya janji tak akan beritahu sesiapa pasal ni," rayu Hyera bersungguh. Ketika itu, dia hanya mampu menangis kerana tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mempertahankan dirinya.

Chan mencekak pinggang seraya memandang Hyera dengan pandangan tajam. Lain yang ditanya, lain pula jawapan yang diberikan gadis itu. Tidak mengasari Hyera, Chan meletakkan semula gunting ke atas meja lalu mengelus lembut rambut Hyera.

"Honey, that's not what I asked. Okeylah, biar saya yang pilihkan style rambut yang sesuai dengan bentuk muka awak. Hmm.. kalau macam ni tak sesuai lah, kurang cantik," Chan mencebik tidak puas hati.

Keluhan perlahan dilepaskan sambil memikirkan sesuatu. Penggulung rambut dikeluarkan dari laci sebelum alat itu menyentuh hujung rambut Hyera. Senyuman puas mula terukir apabila hasilnya sama seperti yang diharapkan. Klip rambut yang dihadiahkan pada gadis itu turut dipakaikan.

"Jangan takut, ya? Sebelum ni kan awak buat macam ni pada rambut saya jadi, saya nak balas balik. Tak sangka pula menjadi walaupun ni kali pertama saya guna benda ni," ujar Chan seperti tiada apa yang berlaku sedangkan Hyera tidak berkata apa-apa selain mengalirkan airmata ketakutan.

"Okey, dah siap... It's look perfect, Honey. Saya dah call Younghyun waktu awak tidur tadi, suruh dia datang ke sini. Entahlah kenapa dia ambil masa yang lama untuk sampai. Padahal bukan jauh mana pun," rungut Chan seraya melihat jam tangannya. 15 minit sudah berlalu namun seorang pun masih belum menampakkan bayang termasuk Yongbok.

"Kenapa awak buat macam ni, Chan? Apa yang jadikan awak berubah macam ni sekali?" Hyera bersuara. Dia perlu tahu sebab jejaka itu memperlakukannya begitu.

Chan tertawa kecil mendengar soalan Hyera. Sebuah kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung. Kedudukan mereka ketika ini saling berpandangan antara satu sama lain.

"Mana ada aku berubah. Ini memang diri aku yang sebenar, tak faham lagi ke? Tadi kau tanya kenapa aku buat macam ni kan? Jadi, biar aku beritahu kau semuanya yang mungkin dirahsiakan dari pengetahuan korang dua beradik selama ini..," ujar Chan.

"... Semuanya bermula sejak aku kehilangan ayah aku. Kau tahu sebab apa ayah aku mati? Tahu tak??" Chan meninggikan suaranya apabila Hyera tidak memberi sebarang respon. Dengan perasaan gerun, gadis itu menggeleng laju yang mana membuatkan Chan mengangguk kecil.

"Bagus.. lain kali aku tanya, sila jawab ya, Kang Hyera. Okey, kita sambung semula. Sampai mana tadi?" Dagu runcingnya diraut perlahan.

"Ha, dah ingat. Ayah aku mati, satu hal... Apa yang lagi menyakitkan hati aku, orang yang langgar ayah aku dengan abang Yongbok... Papa kau, Hyera. Biar aku ulang sekali lagi, Papa kau," beritahu Chan sambil mengetap giginya menahan geram.

Mata gadis itu membulat tanda tidak percaya dengan apa yang diberitahu Chan. Kepala digeleng perlahan, menafikan kata-kata jejaka di hadapannya manakala Chan menunjukkan reaksi menyampah.

"Dah agak ini reaksi kau. Sampai hati tak percayakan aku sedangkan aku dah beri macam-macam pada kau termasuk klip rambut yang aku buat sendiri," ungkap Chan dengan nada kecewa.

"Ouh ya, mesti kau tak tahu kan yang aku gunakan kuku manusia untuk hasilkan klip rambut. Agak leceh sebab kena asah, lekatkan dengan gam dan warnakan kuku tu. But it's okay sebab hasil dia memuaskan," beritahu Chan selamba.

"Kuku manusia?" Soal Hyera tidak percaya manakala Chan pula mengangguk tanda mengiyakan.

"Yup... kreatif kan aku?" Chan memujinya dirinya dengan bangga lalu tertawa kecil sementara Hyera tergamam di tempatnya.

Telefon pintar kepunyaan Hyera, dibuka sebelum dia mendail nombor Encik Kang. Chan tidak mahu menunggu lebih lama lagi di situ dan ingin menyelesaikan semuanya sekarang juga. Pembesar suara dibuka supaya dia dapat mendengar sekali apa yang dikatakan Encik Kang.

"Suruh Papa kau datang sini." Chan memberi arahan dan Hyera hanya mampu mengangguk faham.

"Hello, Hyera?? Hyera ada dekat mana sekarang??"

Chan merenung wajah Hyera yang tidak menjawab soalan ayahnya. "Papa... Kalau nak anak Papa selamat, saya nak Papa datang ke tempat kerja Hyera sekarang juga. Ada hal sikit nak berbincang dengan Papa ni," ujar Chan memandangkan Hyera mengambil masa yang lama untuk bersuara.

"Chan?? Apa yang kamu buat ni??"

Mulut jejaka itu bergerak-gerak, mengejek Encik Kang. Bebola mata diputarkan tanda menyampah. "Datang cepat atau kau akan menyesal." Chan melemparkan telefon ke lantai sebaik saja panggilan ditamatkan.

"Dah buat salah lepastu berlagak bodoh," marah Chan sebelum dia menyedari sesuatu. Kedua lesung pipit mula kelihatan di sudut bibirnya apabila mendengar suara Younghyun dari luar. Tanpa melengahkan masa, Chan menampal plaster pada mulut Hyera sebelum menarik kerusi, di mana gadis itu diikat ke bilik belakang.

Lampu suluh dihalakan ke arah pintu salun dan Yongbok mendapati pintu itu tidak dikunci. "Younghyun, kita nak masuk terus ke?"

Younghyun yang mendengar soalan itu, mengangguk perlahan. Belum sempat tangan menolak dedaun pintu, Chan terlebih dulu membukanya dari dalam.

"Buat apa lagi berdiri dekat luar ni? Jemput masuk," pelawa Chan seraya mempersilakan Younghyun melangkah masuk.

Dengan rasa terpaksa, detektif itu hanya melayan saja kehendak Chan selagi tiada kekerasan yang digunakan. Pintu salun ditutup sebelum Chan mengambil tempat di salah satu kerusi yang ada lalu menyilangkan kakinya.

"Mana Hyera?" Soal Younghyun.

"Ada... Tapi kita kena tunggu seorang lagi sampai, baru aku lepaskan dia. Okey?" Ujar Chan sebelum mengenyit mata ke arah Yongbok. Menyaksikan itu, tahulah Yongbok siapa yang dimaksudkan sahabatnya.

Tidak lama menunggu, sebuah kereta berhenti di hadapan salun dan seorang lelaki menapak masuk.

"Papa buat apa dekat sini?" Tanya Younghyun sebaik saja Encik Kang menampakkan diri.

Tidak menjawab soalan anak sulungnya, Encik Kang terus menyerang Chan lantas menarik kolar baju jejaka itu. "Mana anak perempuan aku?"

Berang diperlakukan kasar, Chan menumbuk wajah Encik Kang sebelum menolak badan lelaki yang lebih tua itu hingga terjatuh ke belakang. Younghyun yang ingin membantu ayahnya, perlahan-lahan mengundur ke belakang apabila Chan mengacukan gunting ke arah Encik Kang.

"Chan, lepaskan ayah aku! Dia tak ada kaitan dalam masalah kita!" Marah Younghyun tanpa mengetahui perkara sebenar.

Lengan Chan sudah memaut leher Encik Kang, yang membuatkan lelaki itu sukar untuk bernafas. "Lelaki tak guna ni dah bunuh ayah aku. Jadi, kau masih rasa yang dia tak ada kaitan dalam hal ni?? Macam mana aku tengok ayah aku kena langgar depan mata aku sendiri, macam itu juga aku nak kau tengok Papa kau mati."

"Yongbok! Tolong buat sesuatu!" Younghyun meminta bantuan. Hanya jejaka itu sahaja yang mampu menenangkan Chan ketika ini. Yongbok mengangguk faham sebelum menghampiri Chan.

"Ka-kau belot??" Soal Younghyun tidak percaya apabila pemuda itu menukar tempat dengan Chan. "Aku dah pesan sebelum ni, jangan percayakan aku."

"Abang!" Jerit Hyera sebaik saja Chan membawanya keluar dari bilik belakang. Gadis itu memandang Younghyun sebelum menoleh ke arah ayahnya.

"Sekali lagi kau melangkah, aku tak teragak-agak untuk bunuh Hyera sekali," ugut Chan apabila Younghyun cuba menghampiri mereka berdua.

"Yongbok, tunggu apa lagi? Bunuh lelaki tak guna tu sekarang, biar anak-anak dia tengok ayah kesayangan diorang dibunuh depan mata. Ada pesanan terakhir?" Sempat Chan bertanya pada Encik Kang.

Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan ketika itu. Mata redup Encik Kang menatap sayu wajah anak-anaknya seraya cuba tersenyum. "Maafkan Papa..."

Gunting pada tangan Yongbok diangkat tinggi, bersedia untuk mencabut nyawa lelaki tua itu. Hyera memejamkan matanya, tidak sanggup menyaksikan perbuatan ngeri yang akan menimpa ayahnya.

Suara batuk Encik Kang membuatkan Chan tercengang di tempatnya apabila melihat lelaki itu dilepaskan Yongbok manakala gunting dicampak ke tepi.

"Bukan ini caranya, Chan. Apa keadaan sekalipun, aku tak akan jadi pembunuh macam kau," kata Yongbok. Encik Kang segera menuju ke arah Younghyun manakala Hyera pula masih dalam pegangan Chan.

"Aku sayangkan kau, Chan... Aku tak nak apa-apa berlaku pada kau. Serahkan diri, semuanya dah berakhir sekarang," pujuk Yongbok. Hanya dengan cara itu saja dia dapat melembutkan hati sahabatnya.

Mendengarkan kata-kata Yongbok, Chan melepaskan Hyera lalu perlahan-lahan menghampiri jejaka itu. Dalam kesempatan yang ada, Younghyun menghantar ayah dan adiknya ke kereta.

Airmatanya mula bergenang apabila melihat Yongbok menangis sambil menatap wajahnya. Chan melutut di hadapan Yongbok lalu menyeka cecair jernih yang mengalir di pipi kawan baiknya. Dia memeluk erat tubuh jejaka yang selalu bersamanya sebelum membisikkan sesuatu.

"Malangnya aku tak ada perasaan tu." Yongbok menarik nafas terkejut apabila Chan menusuk dadanya menggunakan sebilah gunting. Darah mula membasahi pakaiannya sebelum dia rebah ke lantai.

Bang! Satu das tembakan tepat mengenai pinggang Chan. Tidak dapat mengimbangkan badannya, jejaka itu akhirnya tersembam bersebelahan dengan Yongbok dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Younghyun menyimpan semula pistolnya ke dalam sarung sebelum dia menghampiri Yongbok yang tercedera teruk.

"Yongbok... Yongbok..," panggil Younghyun seraya menampar perlahan pipinya.

Itulah perkara terakhir yang didengari jejaka itu sebelum keduanya mata tertutup rapat lalu menghela nafas perlahan.

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro