◦𝟐𝟑◦
Yongbok mencari bayang Younghyun sebaik tiba di tempat yang dijanjikan. Telefon dikeluarkan dari saku baju lalu mendail nombor jejaka itu untuk membuat panggilan. Beberapa saat kemudian, dia menamatkan panggilan lalu meneruskan langkah menuju ke tempat yang dikatakan Younghyun dalam panggilan.
"Kenapa kau hilangkan diri semalam? Seharian kita orang tunggu panggilan dari kau," tanya Younghyun sejurus pemuda itu menampakkan batang hidung.
"Mana ada hilang cuma aku tak ada mood nak bercakap dengan orang." Yongbok menjuihkan bibir serentak mengangkat bahunya dengan selamba.
"Jadi, kau ada jumpa apa yang kita orang suruh cari? Ataupun benda yang boleh dijadikan bahan bukti?" Giliran Yunho pula mengajukan soalan. Selepas menerima kehadiran pegawai kanan polis, mereka agak terdesak sebelum satu lagi pembunuhan terjadi.
Yongbok menyandarkan badan pada kerusi dengan tangan disilangkan. Air yang sedia ada di atas meja, dicapai lalu disedut. Gelas diletakkan semula ke tempatnya selepas menghilangkan dahaga. "Tak ada dan aku rasa Chan tak letak barang penting macam tu dalam rumah."
Younghyun hanya memerhati tingkah laku Yongbok yang agak berbeza. Cara percakapannya kembali seperti awal perjumpaan mereka, lain daripada kelmarin seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu. Yunho memandang kawannya yang tidak berkata apa-apa.
"Aku balik dulu sebab aku dah beritahu semuanya yang korang nak tahu." Yongbok menolak kerusi sebelum mengangkat punggungnya.
"Baiklah kalau macam tu. Terima kasih atas maklumat tadi. Apa-apa, call je aku," pesan Younghyun yang mana membuatkan Yunho sedikit hairan. Selalunya lelaki itu akan bertanya lebih lanjut tetapi sekarang dia hanya akur saja. Adakah kedua jejaka ini merancang sesuatu tanpa pengetahuannya?
Younghyun duduk semula selepas memastikan Yongbok keluar dari tempat itu. "Kau sedar tak apa yang aku perasan pada budak tu?"
"Cara percakapan dia berbeza sikit. Kan?" Yunho meminta kepastian dan Younghyun mengangguk. Fikirnya, dia saja yang menyedari hal itu.
"Satu lagi aku pelik... Kenapa kau biar je dia balik? Kan selalunya kau akan tanya lagi ataupun minta dia buat sesuatu. Ke korang ada berpakat apa-apa?" Tanya Yunho ingin tahu.
"Kau tak ingat ke apa yang dia beritahu kita kelmarin? Jangan terlalu percayakan dia sebab kita juga tak kenal personaliti dia yang sebenar." Younghyun mengingatkan kawannya semula. Itulah Yunho, sekali percaya pada seseorang, dengan harapan sekali diberikan.
"Berdasarkan pemerhatian akulah... Yongbok ni macam sosiopat. Faham tak apa maksud aku?" Younghyun menoleh ke arah Yunho dan berdasarkan reaksi jejaka itu jelas menunjukkan yang Yunho tidak faham.
"Maksud kau, yang Yongbok ni sama dengan Chan?" Soal Yunho dengan kedua tangannya bergerak-gerak seolah-olah memberi gambaran.
"Lain... Sosiopat, dia tak akan ambil tahu hal orang lain. Nampak macam berbahaya tapi sebenarnya tak. Seteruk-teruk perangai sosiopat, dia masih ada rasa simpati untuk beberapa situasi dan dia jadi macam tu berdasarkan suasana sekeliling. Chan dengan Yongbok duduk serumah sejak sekolah lagi, kemungkinan dia jadi macam tu sebab Chan? Itu pada pandangan akulah," jelas Younghyun.
Yunho menggeleng kepalanya seraya menongkat dagu. "Elok lah... Seorang sosiopat, seorang lagi psikopat."
●○●○●○●○
Chan sedikit terkejut apabila Yongbok datang ke hospital. Dengan senyuman lebar, dia menghampiri sahabatnya.
"Datang dari mana?" Tanya Chan sambil memandang cara pemakaian Yongbok. Sama saja seperti sebelum ini.
"Rumah. Tak tahu nak buat apa, itulah aku datang sini," bohongnya. Chan mengangguk kecil. Yongbok mengekalkan riak bersahaja lalu melangkah menuju ke katil Hyunjae untuk memastikan jejaka itu dalam keadaan baik-baik saja.
"Kau dah makan?" Soal Yongbok dan dibalas dengan anggukan kecil dari Hyunjae beserta senyuman kelat. Melihat responnya, mata Yongbok mencari sebarang kecederaan pada badan Hyunjae dan balutan di tangan lelaki itu dipandang.
"Kenapa dengan tangan Hyunjae?" Tanya Yongbok seraya memusingkan kepala ke belakang. Chan yang sedang bermain telefonnya mengangkat kepala apabila mendengar soalan sahabatnya.
"Dia tertarik jarum dari tangan dia semalam. Itu yang luka tapi tak ada apa-apa yang teruk pun," beritahu Chan selamba manakala pandangannya fokus pada skrin telefon.
Yongbok memandang semula ke arah Hyunjae untuk meminta kepastian. Telefon dikeluarkan lantas jarinya menaip sesuatu sebelum dia menunjukkan skrin kepada Hyunjae untuk jejaka itu membacanya. Hyunjae melirik ke arah Chan terlebih dulu lalu menggeleng perlahan, menidakkan apa yang diberitahu Chan sebentar tadi.
Tangan Hyunjae yang berbalut dengan bandage, diraih untuk melihat secara dekat. "Masih sakit lagi ke?" Tanya Yongbok namun intonasi suaranya biasa saja.
Gerun dengan pertanyaan itu, Hyunjae segera menggeleng lantas menarik semula tangannya dari pegangan Yongbok. Soalan yang diberikan sama dengan soalan Chan semalam sebelum dia menarik jarum dari tangannya.
"Harap lain kali kau lebih berhati-hati," kata Yongbok dengan makna yang tersirat. Hyunjae mengangguk faham.
"Kau buat apa? Dari tadi lagi aku tengok kau khusyuk sangat dengan telefon," tanya Yongbok.
"Aku chat dengan Hyera. Dia beritahu yang Papa ajak aku makan malam dengan family sekali sempena birthday Abang Hyun nanti," beritahu Chan.
Mendengarkan hal itu, Yongbok segera menarik tangan Chan keluar dari wad. Hyunjae sedikit hairan dengan kelakuan Yongbok yang tergesa-gesa itu. Sebelum ini, jejaka itu bersikap tenang walaupun apa saja yang berlaku.
"Maksudnya, malam tu kita akan balas dendam pada orang tua tak guna yang dah bunuh abang aku dengan ayah kau?" Tanya Yongbok resah. Tidak selesa melihat tingkah sahabatnya, Chan menolak badan Yongbok menjauhinya.
"Chill, Yongbok. Bagilah aku beramah mesra dengan bakal ayah mentua aku. Kau ni, tak boleh tunggu aku nak happy dulu," ungkap Chan sambil membetulkan kolar bajunya.
Yongbok terdiam apabila Chan berkata begitu. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah manakala tangannya sudah menggenggam buku lima. "Apa maksud kau? Kita dah janji nak balas dendam sama-sama. Ini saja peluang yang ada."
Chan mengukirkan senyuman lalu mengusutkan rambut Yongbok seperti yang selalu dilakukan sebelum ini. Nampaknya, Yongbok masih belum faham dengan rancangannya.
"Okey macam ni lah. Kan sebelum ni kau ada rancangan sendiri jadi, samalah juga dengan aku. Pasal balas dendam, semuanya aku dah rancang dengan baik sekali dan aku tak akan tinggalkan kau di belakang. Bawa bersabar, ya? Jangan tunjuk sangat perangai gelabah kau, aku tak suka. Kau sendiri tahu kan apa yang aku akan buat kalau aku kurang berkenan dalam satu perkara?" Ujar Chan yang lebih kepada memberi amaran lalu mengangkat kaki. Baru beberapa langkah, Chan berpaling ke belakang.
"Lupa nak beritahu kau, malam ni aku balik rumah." beritahunya sebelum meneruskan langkah. Yongbok hanya mempamerkan pandangan kosong tanpa berkata apa-apa.
●○●○●○●○
Hyera melambaikan tangannya sebaik saja ternampak Chan di kalangan orang ramai yang lalu-lalang di situ.
"I miss you..," luah Hyera lantas memeluk tubuh teman lelakinya. Chan tertawa kecil dengan kerenah manja gadis itu lantas mengusap belakang kepala Hyera. "Me too, Honey."
"Apa yang awak cakap dengan Papa sampai Papa ajak saya dinner sekali?" Tanya Chan sejurus pelukan dileraikan. Mendengar soalan teman lelakinya, Hyera tersengih menampakkan barisan giginya.
"Mana ada cakap apa-apa cuma saya selalu cerita dekat Papa tentang awak. Itu yang dia suruh ajak awak sekali dinner sebab dah lama tak berbual. Awak bukan nak datang rumah Papa." Hyera menggulingkan bola matanya.
"Alololo, bukan tak nak datang tapi awak sendiri tahu kan saya tak ada masa. Ini pun sebab Hyunjae dah sembuh sikit, itu yang saya setuju nak keluar dengan awak. Janganlah merajuk, hmm?" Chan mengelipkan matanya beberapa kali yang mana mencetus tawa Hyera.
"Ya lah... Mengada betul. Dah jom pergi beli hadiah untuk Abang. Awak tolong pilihkan sebab awak kan lelaki, jadi awak memahami sikit macam mana citarasa seorang lelaki," ujar Hyera. Tangannya pula memegang tangan Chan sambil melangkah.
"Anything for you," balas Chan.
Kaki mengorak langkah manakala mata memandang sekeliling pusat beli belah mencari kedai yang menjual barangan sesuai untuk dijadikan hadiah. Pandangan Chan tertumpu pada sebuah kedai lalu dia menarik tangan Hyera menuju ke sana sekali.
Wajah Hyera jelas kelihatan keliru apabila menapak masuk ke dalam kedai itu lalu menoleh ke arah Chan yang sudah pun melangkah terlebih dulu.
"Awak buat apa masuk dalam kedai mainan ni?" Tanya Hyera yang sedikit keliru.
"Cari hadiah untuk Abang Hyun lah. Kan awak minta tolong saya?" Ujar Chan sambil memilih mainan yang diasingkan mengikut kategori itu. Puas mencari, akhirnya dia menjumpai barang yang ingin dibeli lalu menghulurkan mainan itu kepada Hyera.
"Ish! Sayang ni... Main-main lah!" Marah Hyera manja lantas memukul lengan Chan perlahan sedangkan lelaki itu hanya tertawa kerana terhibur.
"Sesuai apa dengan Abang Hyun. Dia kan polis? Belikan lah set pistol mainan ni untuk dia. Lengkap dengan peluru lagi, boleh dia practice tembak-tembak orang," seloroh Chan
Hyera meletakkan semula kotak mainan tadi ke tempat asalnya. "Jangan merepek, Chan. Saya yang suruh Abang tembak awak nanti. Dah jom pergi tempat lain." Gadis itu menolak badan Chan yang berdiri di hadapannya ketika itu tanpa menyedari pergerakan mereka berdua diperhatikan dari jauh.
Sehoon menekan earbud yang dipakainya sebelum bersuara. "Diorang ada di Bendix Mall. Semuanya nampak dalam keadaan baik, tiada yang mencurigakan."
Jejaka itu diam sejenak mendengar apa yang dikatakan Younghyun lalu meletakkan panggilan. Kaki mula mengorak langkah untuk mengekori pasangan tadi seperti yang diarahkan seniornya.
●○●○●○●○
Yunho masuk ke dalam pejabat bersama sebuah fail di tangannya sebelum menghulurkan salinan kertas itu pada Younghyun.
"Baru aku tahu yang ayah kandung Chan terkorban dalam kemalangan yang sama dengan Minhyuk 6 tahun lepas," kata Yunho.
"Siapa pemandu yang terlibat? Tak ada tertulis apa-apa maklumat tentang dia dalam ni." Younghyun terus menyelak helaian kertas untuk membaca selebihnya.
"Kes langgar lari. Sampai sekarang belum tahu siapa pemandu tu sebab jejak dia hilang macam tu je. Sama ada pemandu tu beri rasuah ataupun dia terlalu bijak untuk handle benda ni," tambah Yunho.
Younghyun meraut dagunya mendengar penjelasan Yunho. Kes langgar lari yang melibatkan keluarga Chan dan Yongbok namun kedua sahabat itu tidak melakukan apa-apa untuk menuntut keadilan atas kemalangan yang menimpa ahli keluarga mereka. Satu perkara terlintas di fikirannya ketika itu.
"Yunho, kau yakin ke apa yang tertulis dalam fail ni lengkap? Tak ada yang kau terlepas pandang?" Tanya Younghyun meminta kepastian dan kawannya menggeleng.
"Kau tak hairan ke kenapa diorang tak tuntut hak dekat mahkamah?" Soal Younghyun lagi.
"Pelik tu pelik tapi aku rasa sebab masa accident tu berlaku, diorang kan masih sekolah menengah tambahan pula tiada ahli keluarga yang lain untuk tolong. Mungkin itu alasan kenapa diorang tak tuntut keadilan walaupun kehilangan satu-satunya ahli keluarga. Kau tahu kan undang-undang negara kita macam mana? Kurang duit, kuranglah perhatian." Yunho memberi pendapatnya tentang hal itu.
"Entahlah... Aku dapat rasakan yang Chan dengan Yongbok ada rancang sesuatu. Memanglah kejadian tu dah 6 tahun berlalu tapi masih belum terlambat untuk diorang buka balik kes tu." Younghyun masih belum berpuas hati. Dia mengeluh perlahan.
"Jawapan aku sama je... Nak tahu, tanya dia sendiri," kata Yunho.
●○●○●○●○
Yongbok menjeling dalam diam sebaik saja Chan menapak masuk ke dalam rumah. Baru saja dia hendak menelefon Younghyun tetapi niat terpaksa dibatalkan.
"Dah makan?" Tanya Chan bila melihat sahabatnya sedang berehat di ruang tamu.
Yongbok hanya menggeleng, tidak mengeluarkan suara. Rasa sakit hatinya masih ada selepas Chan memberi amaran kepadanya di hospital tadi. Jadi, lebih baik dia hanya mendiamkan diri.
Melihat jawapan jejaka itu, Chan menghampiri Yongbok selepas menyangkut beg galasnya di belakang pintu. Tempat kosong di sebelah Yongbok menjadi tempatnya melabuhkan punggung. Baru saja Chan mahu membuka mulut, Yongbok terlebih dulu menjauhkan dirinya dan menguatkan lagi suara televisyen. Bengang dengan layanan yang diberikan, Chan merampas alat kawalan jauh dari tangan Yongbok lalu melemparkan benda kecil itu ke arah televisyen. Akibatnya, skrin pecah dan tidak mengeluarkan gambar lagi.
"Kau ingat aku kisah ke? Bukan aku pun yang beli benda tu," ujar Yongbok dengan bersahaja. Satu tamparan hinggap di wajahnya sebelum baju yang tersarung pada badan, direntap kasar.
"Kau cakap sekarang apa yang kau tak puas hati?? Kau jangan nak cabar kesabaran aku!" Marah Chan hingga urat dahinya kelihatan.
Yongbok tertawa perlahan sebelum riak wajahnya menegang semula. "Ingat aku takut? Bukannya aku bermakna lagi pun dalam hidup kau. Tadi kau cakap nak happy kan? Sila lah." Sengaja jejaka itu memarakkan lagi api kemarahan sahabatnya.
"Aku tak faham dengan kau, Yongbok. Kenapa kau sengaja buat aku guna kekerasan pada kau?" Tanya Chan kehairanan.
"Aku lagi tak faham dengan kau yang bunuh semua orang tak bersalah. Apa yang kau dapat dengan buat semua tu? Kenapa kau tak tumpukan saja pada rancangan kita?" Kini Yongbok pula meminta jawapan setelah lama memendam semuanya sendiri.
Tidak mahu menyakiti Yongbok, Chan menendang meja kopi di hadapannya. Rambut diramas kasar sebelum menoleh semula ke arah kawan baiknya.
"Sampai hati kau cakap macam tu. Selama ni, aku siasat sendiri siapa 'binatang' yang dah bunuh satu-satunya keluarga kita. Aku sanggup pura-pura bercinta dengan Hyera untuk mudahkan rancangan kita, Yongbok. Setiap kali aku nampak muka orang tua tak guna tu, setiap kali itu juga aku tahan diri aku supaya tak bunuh dia masa tu juga walaupun lelaki tu dah langgar ayah aku dengan abang kau depan mata aku sendiri," luah Chan. Cecair jernih mula bergenang di tubir matanya.
"Salah ke kalau aku suruh kau tunggu dulu? Kita dah berkawan lama, Yongbok. Semuanya kita lalui sama-sama tanpa bantuan sesiapa pun," sambungnya lagi.
"Kau tak jawab lagi soalan aku, Chan. Kenapa kau bunuh orang-orang yang tak ada kaitan dengan rancangan kita? Aku nak tahu alasan kau sekarang juga," desak Yongbok.
Chan tersenyum kecil lalu mengelap airmatanya yang hampir saja mengalir. "Ouh, tentang tu. Kau mesti dah tahu kan sebabnya. Kalau tak, kau tak akan bongkar barang aku dalam bilik..."
"... Entahlah, lepas apa yang terjadi pada ayah aku... Satu benda je aku harapkan. Orang yang langgar tu datang minta maaf atas kesalahan yang dia buat. Malangnya harapan aku hilang macam tu je. Sejak dari itu, aku paling pantang dengan orang yang tak pandai minta maaf dan bunuhlah jalan penyelesaian yang ada. Jadi, salah siapa yang buat aku macam ni? Mestilah orang tua tak guna tu. Begitulah jawapannya... Puas hati?" Chan melepaskan penat di atas sofa.
"Memang sah kau ni gila." Itu saja yang mampu diungkapkan Yongbok saat ini. Malas melanjutkan lagi perkara itu, Yongbok membuat keputusan untuk meninggalkan ruang tamu.
Dengar saja perkataan gila, Chan mengetap giginya sebelum bingkas bangun dari sofa. Mata melilau mencari senjata yang akan digunakan. Serpihan kaca skrin televisyen yang pecah tadi terus diambil sebelum menerpa ke arah sahabatnya. Tidak memberi sebarang amaran, tangan yang memegang senjata itu terus diacukan ke arah Yongbok.
Ssap! Darah mula mengalir lalu menitik ke atas lantai sebelum Chan memandang wajah Yongbok yang sudah kemerahan menahan sakit. Serpihan kaca yang dijadikan senjata itu serta merta dilepaskan dari pegangan tangan.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro