Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◦𝟐𝟐◦

Hyunjae tersedar dari lenanya apabila mendengar bunyi pintu ditutup. Dia yang masih dalam keadaan mamai, menggosok matanya beberapa kali sebelum melihat Chan berjalan menuju ke katilnya. Wajah jejaka itu tidak kelihatan hinggalah dia menurunkan hoodie yang tersarung di kepala. Mata Hyunjae membulat sebaik saja menyaksikan kesan darah pada wajah Chan.

"Alah kau ni, tak payah buat muka terkejut macam tu. Maaflah kalau aku ganggu tidur kau, malam ni aku bermalam di sini. Jadi, pergilah sambung tidur semula... Aku nak mandi kejap," ujar Chan tanpa rasa bersalah. Dua helai tisu ditarik lalu mengelap darah yang mengotori wajahnya.

Baju yang disimpan dalam beg galasnya, dibawa keluar sebelum menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Hyunjae sudah resah di tempatnya namun dia juga terlalu takut untuk melakukan apa-apa. Tidak mahu membahayakan nyawanya, dia membuat keputusan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Mata dipejam manakala dua bibirnya dirapatkan. Kedua tangan menutup telinga apabila mendengar nyanyian kecil Chan yang ketika itu berada di dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, Chan selesai mandi. Pandangan terus menangkap pergerakan Hyunjae, sama ada jejaka itu mengikut arahannya atau tidak. Melihat Hyunjae berselubung dengan selimut, lesung pipitnya kelihatan kerana tersenyum sendiri. Kaki melangkah menghampiri katil Hyunjae lalu selimut putih yang sedikit berjela di atas lantai, diangkat supaya tidak kotor.

Bunyi seretan kerusi membuatkan Hyunjae menahan nafasnya. Dia berdoa di dalam hati supaya Chan tidak melakukan apa-apa padanya. Dia yang baring dalam posisi mengiring, tersentak apabila jejaka itu menepuk lengannya perlahan. Deruan nafas Chan menyentuh halwa pendengarannya. "Aku tahu kau belum tidur tapi aku tetap nak cakap benda ni..."

Rambut yang sedikit menutup wajah Hyunjae diselit ke belakang telinga sebelum menyambung katanya. "Goodnight and thank you for behaving well."

●○●○●○●○

Younghyun tiba agak lewat di lokasi kejadian oleh kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan ke situ. Dari dalam kereta, dia dapat menyaksikan seorang wanita sedang ditenangkan orang ramai. Younghyun dapat menebak yang wanita itu merupakan ahli keluarga mangsa kali ini.

Kehadirannya disambut Yunho yang lebih awal pergi ke situ. Wajah kawannya yang kelihatan agak sedih, ditatap lama. Kenapa pula Yunho memberinya reaksi begitu padanya.

"Siapa mangsa kali ni?" Soal Younghyun ingin tahu. Yunho yang tidak dapat bersuara, mencebik sebelum menyuruh lelaki itu melihat sendiri mayat yang sudah ditutup dengan plastik hitam.

Lutut kanan menyentuh tanah manakala kaki sebelah lagi menahan berat badan. Younghyun menutup deria baunya dengan lengan sementara tangan kirinya menyelak plastik hitam untuk melihat keadaan mayat. Tidak lama kemudian, Younghyun menutup semula lantas bangun dari tempatnya.

Tidak berkata apa-apa, Younghyun menendang batu-batu kecil bagi melepaskan rasa sakit hati manakala gigi diketap menahan marahnya. Wajah mayat hampir 90% rosak yang mana keadaan itu sangat menyayat hati apatah lagi mangsa pembunuhan kali ini merupakan seorang remaja lelaki.

"Aku tak sanggup nak tenangkan mak dia, Hyun. Cara budak ni dibunuh terlalu kejam," luah Yunho dengan nada sebak. Hampir saja dia menumpahkan airmatanya di situ selepas menoleh ke arah seorang wanita yang masih meraung minta dilepaskan.

Younghyun mengangguk kecil. Dia faham dengan apa yang cuba dikatakan Yunho. Dia menawarkan diri untuk menghampiri ibu kepada mangsa. Melihat saja dirinya, wanita itu terus menerpa ke arahnya lalu meraih tangannya. Dapat dia rasakan betapa sejuknya tangan wanita itu.

"Tuan, saya nak tengok anak saya..," rayunya dengan bersungguh dengan dua-dua tangan disatukan.

Younghyun memegang kedua bahu wanita itu, cuba memberi semangat. Nafas ditarik sedalamnya sebelum bersuara. "Puan, buat masa sekarang... Hanya pihak polis saja yang boleh mendekati mangsa sebab nak elakkan kehilangan sebarang bukti yang mungkin masih ada di kawasan berhampiran. Jadi, saya harap puan faham. Mayat anak puan akan dibawa ke hospital dan di sana barulah puan dibenarkan melihat anak puan."

Mendengarkan penjelasan Younghyun, wanita tadi tertunduk sambil menangis tersedu-sedan. Anggukan kecil diberikan, menandakan dia akur dengan apa yang dikatakan detektif itu.

"Saya minta maaf atas kehilangan puan," ucap Younghyun simpati sebelum melangkah menuju ke arah Yunho yang ketika itu sedang mengelap airmata.

"Aku nak kau siasat aktiviti terakhir mangsa dan dengan siapa dia berjumpa untuk mencari punca pembunuhan ni. Arahkan salah seorang dari polis menemani ibu mangsa ke hospital nanti." Younghyun memberi arahan dan Yunho mengangguk faham.

●○●○●○●○

Yongbok membuang pandangannya ke luar tingkap. Kepala sudah buntu untuk memikirkan apa pun selepas apa yang dijumpai malam tadi. Kuku mangsa yang dibersihkan malah siap dihias cantik masih terngiang-ngiang di benak kepalanya. Rambut dikusutkan bagi menghilangkan gambaran itu.

Telefon yang tidak disentuh sejak semalam, dilihat dengan pandangan tidak minat. Sekarang bukan waktunya untuk menghubungi sesiapa kerana dia belum dapat berfikir dengan baik.

"Kalau benda tu Chan simpan dalam bilik, mesti ada benda lain juga..." Yongbok lantas bangun dari tempatnya sebaik saja terlintas perkara itu.

Untuk kali ketiga, Yongbok menapak masuk ke dalam bilik kawannya untuk mencari sesuatu. Kerusi diambil lalu dia berdiri di atasnya untuk melihat barang yang diletakkan di atas almari namun tiada apa di situ. Yongbok menyusun semula kerusi di tempat asal.

Selimut yang menutup bahagian bawah katil, diselak ke atas dan beg yang selalu digunakan Chan untuk meletakkan makanan semasa bekerja dulu dijumpai. Tanpa rasa was-was, Yongbok menarik keluar beg untuk melihat isi dalamnya.

Kerutan dahi mula kelihatan sebaik saja melihat sehelai baju disimpan dalam beg tadi. Yongbok mengangkat sedikit pakaian itu sebelum dilihat secara terperinci. Oleh kerana baju itu berwarna hitam, agak sukar untuk Yongbok mengesan sesuatu hinggalah dia menyedari ada kesan darah pada baju itu pada bahagian depan.

"Chan letakkan baju yang dah dipakai dalam beg ni?" Soalnya sendirian. Dia menyelongkar lagi beg makanan itu sebelum satu playar muncung tirus ditemukan. Alat itu kelihatan sudah tidak boleh dipakai lagi kerana pada bahagian pemegangnya sudah pecah.

"Jadi, lelaki gila tu cabut kuku menggunakan benda ni? Interesting." Yongbok meletakkan semula senjata itu ke tempat asal. Baju juga dilipat dengan sempurna. Zip beg ditarik sebelum dia menolak beg itu ke bawah katil semula.

"Sorry, Younghyun. Sekarang bukan masanya lagi untuk kau dapat semua barang bukti ni," ujarnya lalu melangkah keluar dari bilik Chan.

●○●○●○●○

Younghyun dan Yunho yang baru saja tiba di balai polis, dikejutkan dengan kehadiran pegawai atasan yang mana telah melantiknya untuk mengetuai kes pembunuhan. Tidak membuang masa, mereka berdua segera menuju ke pejabat.

Suasana tegang dapat dirasai sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat. Sepasang mata memandang dua detektif itu tanpa berkalih sedikit pun.

Younghyun dan Yunho memberi tabik hormat pada pegawai kanan polis. Gerangan itu tidak memberi sebarang reaksi lantas membuka suara.

"Macam mana dengan perkembangan kes? Dah dapat jejak dalang di sebalik pembunuhan yang berlaku?" Soalan yang diajukan cukup membuatkan mereka berdua menelan air liur perlahan. 

"Buat masa ni, kami dah ada suspek cuma perlu mengumpulkan bukti untuk keluarkan waran tangkap. Kami minta maaf atas kesilapan kami hingga Tuan sendiri datang berjumpa dengan kami berdua." Younghyun memberanikan diri. Hendak harapkan Yunho, belum tentu jejaka itu akan mengeluarkan suara.

"Kalau macam tu, kenapa ambil masa yang lama untuk bertindak? Suspek sudah ada jadi, fokus saja pada dia. Saya datang ke sini bukan untuk mengarah kamu berdua dalam hal ini. Masalahnya... dalam masa 3 bulan, lebih dari 6 kes pembunuhan yang berlaku. Pihak kami terima pelbagai aduan orang awam yang risaukan keselamatan masing-masing tambahan lagi mangsa pembunuhan dibunuh secara rawak," jelas pegawai kanan polis itu.

Yunho menunduk mendengarkan kata-kata lelaki yang lebih berkuasa itu. Dia melirik sekilas sebelum memandang lantai semula.

"Sekali lagi kami minta maaf pada tuan. Kami akan berusaha lebih lagi untuk tangkap pembunuh tu," ujar Younghyun.

"Baiklah tapi semua pegawai atasan sudah membuat kesepakatan. Jika satu lagi pembunuhan berlaku, kes ini terpaksa diserahkan kepada orang lain. Jadi tolong buat yang terbaik kerana saya percayakan kamu berdua. Saya minta diri dulu." Bahu Younghyun ditepuk perlahan sebelum melangkah pergi.

Yunho menoleh ke belakang sebaik saja pintu ditutup lalu meraup wajahnya. "Hyun, macam mana ni?"

"Kita kena buktikan yang kepercayaan Tuan Song pada kita tak akan sia-sia. Jom, sambung bekerja semula. Banyak lagi kita perlu uruskan," kata Younghyun manakala Yunho mengangguk yakin.

●○●○●○●○

Chan meregangkan badannya sebaik saja membuka mata. Bahagian tengkuk diurut perlahan kerana lenguh akibat tidur dalam posisi menunduk. Hyunjae yang masih lagi lena, dipandang sekilas lalu bangun dari tempatnya menuju ke bilik air.

Selesai membasuh wajahnya, Chan mengambil tempat di kerusi yang sama manakala menatap lama wajah Hyunjae. Rasa bosan mula terasa lantas Chan memerhati wayar yang berselirat pada belakang tangan jejaka itu.

"Macam mana rasanya kalau aku cabut jarum tu? Sakit ke tak, ya?" Soalnya sendirian sambil jarinya bermain dengan tiub kecil yang menyalurkan air untuk badan Hyunjae.

Chan bangun berdiri dan benda yang menarik perhatiannya ialah ruang titisan yang terletak di antara beg IV dan tiub kecil tadi. Pengapit roller yang berfungsi untuk mengatur kadar infusi IV setiap jam dan minit, dipulas sesuka hati. Akibatnya, jumlah air yang dititiskan dari beg IV lebih banyak daripada yang ditetapkan jururawat. Chan menepuk tangan kerana berasa gembira.

"Pandai juga aku. Kalau macam ni, barulah Hyunjae cepat sembuh," pujinya sendiri. Kemudian dia menghampiri mesin yang digunakan untuk membaca denyutan jantung. Chan melihat monitor itu sebelum mendecit bosan. Tiada apa yang boleh dilakukan dengan alat itu lalu dia duduk semula di tempatnya.

Hyunjae membuka mata sebaik saja terasa lengannya ditepuk beberapa kali. Chan mula tersenyum lebar apabila kawannya sudah bangun dari tidur.

"Jaga pun... Dari tadi lagi aku tunggu kau bangun. Aku bosanlah, tak tahu nak buat apa," luah Chan.

Hyunjae tidak memberi sebarang reaksi. Dia sudah lali melayan kerenah tidak betul jejaka itu setiap hari walaupun ada masanya, rasa gerun itu ada. Jika dia tidak kuatkan diri, tidak mustahil kalau dirinya sekali terikut gila sama.

"Memandangkan kau dah bangun, jom makan? Jadi aku keluar kejap... Pergi beli makanan. Tunggu, ya?" Ujar Chan lalu melangkah pergi.

Sebaik saja Chan keluar dari wad, Hyunjae memandang beg galas milik jejaka itu sebelum tangannya laju mencapai. Zip dibuka untuk melihat isi di dalam beg itu. Matanya membulat apabila ternampak playar dengan kesan darah yang dibalut bersama baju. Dalam pada masa yang sama, Chan kembali semula ke wad. Melihat Hyunjae sedang memegang beg galasnya, pandangan matanya terus berubah.

●○●○●○●○

Yunho berdiri tidak jauh dari Younghyun yang ketika itu sedang melihat keadaan mayat Hangyeol untuk mengetahui punca kematian.

"Berdasarkan bedah siasat, mangsa tercedera teruk di bahagian wajah sepertimana yang kamu tengok. Bukan itu saja, kesan hentakan turut ditemukan pada belakang kepala. Selain dari itu, tiada anggota lain yang tercedera," terang doktor yang bertugas dalam bidang itu.

"Oleh kerana tiada kesan pergelutan, maksudnya pembunuh tu sedang Hangyeol dari arah belakang sebelum memukul bahagian wajah pula." Younghyun membuat spekulasi dan doktor itu mengangguk tanda mengiyakan.

"Sepanjang saya uruskan bedah siasat, kes kamulah paling berat. Cara pembunuhan yang dilakukan sangat tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah tiada rasa simpati langsung dalam dirinya. Contohnya seperti sekarang, mangsa baru berusia 15 tahun tetapi dia pergi dalam keadaan yang sangat mengerikan. Saya tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarganya bila melihat keadaan mangsa," ujar doktor itu.

"Doktor tahu ke senjata yang digunakan pembunuh?" Soal Younghyun ingin tahu.

"Nak kata tahu itu tidak, tapi kesan kecederaan menunjukkan pembunuh guna benda tumpul dan mungkin diperbuat daripada besi," beritahunya.

"Baiklah kalau macam tu. Kami minta diri dulu, terima kasih doktor." Younghyun meminta diri.

Chan menghidangkan beberapa keping daging bakar bersama sayuran ke dalam pinggan Hyunjae sebaik saja pulang dari restoran. Melihat hidangan yang itu, Hyunjae mula rasa was-was memandangkan dia masih dalam proses sembuh.

"Makan lah... Kenapa pandang je?" Soal Chan sebaik menyedari kelakuan Hyunjae.

"Jangan risau, aku tak letak racun pun. Pasal beg galas tadi... Aku tak ambil kisah sebab benda tu pun pernah mendarat dekat kepala kau. Jadi tak payah fikirkan sangat," ujar Chan selamba sebelum pandangannya tertumpu pada tangan Hyunjae yang kelihatan agak bengkak. Hendak kata alergik, kawannya belum menjamah hidangan yang dibeli.

"Kenapa jadi macam ni?" Soal Chan ingin tahu. Hyunjae mula resah kerana jejaka itu sudah menyedari keadaan tangannya. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikannya namun usahanya tidak berjaya.

Chan menekan bahagian bengkak sekuat hatinya yang mana membuatkan Hyunjae mengetap giginya menahan sakit. Tangan kanan mula menggenggam kuat kain cadar. Melihat kesakitan yang dialami kawannya, Chan mendapat satu idea.

"Aku tahu macam mana nak surutkan bengkak ni," kata Chan lalu tersenyum sendiri. Jarum yang dipakaikan pada tangan Hyunjae dipandang sebelum dia menarik benda tajam itu dengan sekelip mata.

Hyunjae menjerit kesakitan malangnya suara tidak kedengaran. Air mata mengalir laju seiring cecair merah yang keluar di belakang tangannya. Cadar putih mula bertukar warna, yang mana menunjukkan betapa banyaknya darah yang mengalir.

"Ops, tersalah. Sorry, Hyunjae... Aku panggil kan doktor, ya?" Chan tersenyum puas.

Tangan Hyunjae mula rasa kebas kerana tindakan semberono Chan. Dia cuba mengangkat tangannya namun tidak boleh. Mata dipejam rapat bagi menghilangkan rasa sakit. Tidak lama kemudian, Chan datang semula bersama doktor.

"Macam mana boleh jadi macam ni??" Soal doktor dengan nada terkejut melihat darah yang masih tidak berhenti mengalir. Seorang jururawat masuk bersama dulang besi pada tangannya.

"Tak tahu lah... Saya keluar beli makanan tadi, tengok-tengok dah jadi macam ni. Mungkin Hyunjae nak ke tandas lepas tu tertarik jarum dari tangan dia," bohong Chan.

"Nurse, cucuk ubat tahan sakit di lengan Hyunjae. Dah siap nanti, papah dia ke kerusi roda sebab perlu tukar cadar." Doktor itu memberi arahan.

"Kenapa tangan awak membengkak?" Tanya doktor lantas melihat kandungan air di dalam beg IV yang hampir habis. Ruang titisan diperhatikan dan barulah dia menyedari yang pengapit roller tidak ditetapkan mengikut kadar normal.

"Siapa yang pasang beg IV pada Hyunjae?" Suara doktor agak meninggi ketika bertanyakan hal itu.

Dengan perasaan berdebar, jururawat tadi mengangkat tangannya. Kenapa doktor bertanyakan hal itu pula?

"Awak tak check ke roller clamp Hyunjae sampai tangan dia bengkak macam ni??" Marah doktor manakala jururawat itu menunduk tanda maaf.

Chan yang dari tadi hanya memerhati, mengangkat kening sebaik mendengar kata-kata doktor itu.

"Ouh, sebab tu ke?" Gumamnya sendiri sebelum tersentak apabila doktor bercakap dengannya.

"Saya minta maaf atas kecuaian yang berlaku. Nasib baiklah bengkak dia belum teruk lagi. Sekali lagi saya minta maaf," ujar doktor itu dengan rasa serba salah.

"Eh tak apa... Bukannya sengaja. Jadi, Hyunjae macam mana?" Tanya Chan seraya memandang ke arah kawannya.

"Dia tak apa-apa cuma buat masa sekarang, saya tak masukkan air sebab keadaan tangan dia yang masih bengkak. Saya dah letak ubat dan cucuk painkiller. Lepas 2 jam, saya akan datang semula untuk periksa. Kalau bengkak dia dah surut, baru saya masukkan jarum semula," terang doktor manakala Chan mengangguk faham.

Sebaik saja gerangan itu meninggalkan wad, Chan menghampiri Hyunjae. "Harap kau sedarlah dengan apa yang aku cuba sampaikan. Itu baru tangan, belum aku ketuk kepala kau untuk kali kedua. Jadi ingat... Jangan berani kau buka mulut tentang apa yang kau nampak dalam beg galas tadi."

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro