Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◦𝟐𝟏◦

"Kau dah lupa ke yang kita janji untuk balas dendam sama-sama?" Soal Chan tidak puas hati.

Mendengarkan perkataan balas dendam, bibir Yongbok mula bergetar  lantas menepis tangan Chan yang memegang garfu. Dalam kesempatan yang ada, dia menolak badan Chan untuk melepaskan dirinya. Buku lima digenggam kuat namun dia masih dapat menahan diri dari melayangkan tumbukan pada wajah lelaki di hadapannya. Sepasang mata hitamnya menatap dalam wajah Chan.

"Tak payah tanya apa hubungan aku dengan Younghyun sedangkan kau dah sedia tahu dan kau tak perlu nak ingatkan aku tentang balas dendam sebab aku bukan budak tadika. Kau tak tahu apa rancangan aku jadi, duduk diam. Fokus saja pada kawan kau yang seorang lagi dan jangan masuk campur. Aku tahu apa yang aku buat," jawab Yongbok sekaligus memberi amaran kepada Chan. Hanya itu saja caranya supaya dirinya tidak menjadi mangsa. Lengan yang menahan pergerakan lelaki itu dilepaskan sejurus habis bicara.

"Waa... That's what I like. Sebenarnya aku nak tengok reaksi kau macam mana dan dengan apa yang kau balas tadi, aku percayakan kau dan tak akan masuk campur asalkan rancangan kita berjalan." Bahu Yongbok ditepuk perlahan seraya membetulkan kolar baju jejaka itu.

"Jadi Younghyun dah tahu kau adik kepada kawan baik dia?" Soal Chan ingin tahu. Menurut tanggapannya, kebenaran itu sudah pun terbongkar.

"Stop pretending, Chan. Kau suka tanya soalan yang kau sendiri tahu jawapan dia. Tadi kau ajak aku makan, kan? Jom makan... Aku dah lapar," ujar Yongbok acuh tidak acuh lalu menarik kerusi. Makanan yang dibeli Chan dijamah seperti tiada apa yang berlaku walaupun dia hampir saja kehilangan anggota penglihatannya.

"Aku nak pastikan saja. Maaf kalau aku buat kau marah tadi, serius aku tak ada niat pun." Chan cuba menjernihkan keadaan di antara mereka berdua.

"Just eat," tegas Yongbok sambil mulutnya mengunyah makanan yang disuap ke dalam mulut. Bertindak dingin merupakan keputusan yang bijak apabila berhadapan dengan jejaka itu.

Chan tersengih sebelum mengangguk kecil. Garfu yang terpelanting ke lantai tadi, diletak ke dalam sinki dan dia mengambil garfu yang lain sebagai ganti. Sempat dia melirik ke arah Yongbok lalu mengukirkan senyuman kecil apabila melihat wajah dingin yang selalu dipamerkan sahabatnya.

●○●○●○●○

Younghyun mencampak telefonnya ke atas sofa kerana Yongbok tidak menjawab panggilan yang dibuatnya. Dia perlu memujuk kembali jejaka itu supaya bekerjasama dengan mereka. Kini satu-satunya harapan kelihatan semakin tipis.

"Pandai pula campak atas sofa. Kenapa tak campak atas lantai terus? Aku masih tak puas hati dengan kau sekarang ni, Hyun," marah Yunho sebelum menjeling kecil. Penat-penat dia memberi amaran, kawannya semudah itu saja mengabaikannya dengan memukul Yongbok.

"Aku tak boleh sabar bila dia mula kaitkan Hyera. Nak buat macam mana lagi?" Younghyun membela dirinya.

"Ya aku faham tapi sekurang-kurangnya bersabarlah. Dia tak ada masalah pun datang sini nak beritahu maklumat, kau cari pasal. Tak fahamlah aku dengan kau ni, Hyun. Bukan ke Yongbok adik kepada kawan baik kau? Jadi mestilah kau kenal personaliti dia macam mana," soal Yunho yang sudah penat memikirkan semua itu.

"Dah, aku mengaku yang aku salah. Aku dah minta maaf pun pada dia..." Younghyun akhirnya mengalah dengan leteran Yunho yang tiada kesudahan itu.

Bunyi notifikasi telefon Younghyun mengalihkan perhatian mereka. Telefon yang dicampak ke atas sofa tadi segera dicapai untuk membaca pesanan yang baru masuk. Yunho menjenguk dari atas, ingin melihat apa yang dihantar.

"Yongbok beritahu aku, nanti dia beritahu dekat mana nak berjumpa. Dia ada pesan supaya peka dengan keadaan sekeliling. Chan dah mula rasa syak pada dia." beritahu Younghyun.

"Fuh, nasib baik Yongbok tak merajuk lama." Yunho menarik nafas lega.

●○●○●○●○

Tepat pukul 1.30 petang, Chan tiba di hospital selepas menyelesaikan beberapa kerja di rumah. Senyuman ramah diberikan setiap kali terserempak dengan petugas di situ. Yongbok yang berada di belakangnya, tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Mereka berdua melangkah keluar sebaik saja lif berhenti di tingkat 4. Polis yang setia berjaga di luar wad Hyunjae, menundukkan sedikit kepala melihat Chan dan Yongbok melepasi mereka. Ucapan terima kasih diberikan apabila Chan menghulurkan minuman untuk setiap seorang pegawai yang berkhidmat.

Hyunjae yang baru keluar dari tandas, memandang ke arah pintu yang dibuka dari luar. Bayang Chan membuatnya sedikit gugup lalu meneruskan langkahnya menuju ke katil. Yongbok hanya memerhatikan tindak tanduk Hyunjae yang kelihatan biasa baginya.

"Hyunjae, kau dah makan tengahari ni?" Soal Chan mesra. Jejaka itu hanya mengangguk kecil sebelum mengangkat kedua kakinya ke atas katil.

"Lupa nak beritahu kau. Buat masa ni Hyunjae tak boleh bercakap lagi. Sebab tu dia angguk je bila aku tanya dia," jelas Chan apabila melihat reaksi Yongbok yang sedikit keliru itu.

"Ouh... Semoga cepat sembuh," ucap Yongbok. Matanya memerhati keadaan sekeliling manakala Chan pula sudah mengambil tempat di kerusi pelawat.

Hyunjae tersenyum tawar mendengar ucapan yang diberikan Yongbok, lelaki yang disalah sangka sebagai pembunuh Minseok. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya sejak awal kehadiran jejaka itu hingga tidak mampu untuk bertentang mata.

Chan yang sedang mengemas meja yang agak bersepah, ternampak kuku Hyunjae yang tidak dipotong. Tanpa berkata apa-apa, pengetip kuku kecil dikeluarkan dari beg galasnya. Tangan menarik lembut jari Hyunjae yang mana menyebabkan jejaka itu menepis tangan Chan secara spontan.

"Kenapa? Aku nak tolong kau je, kuku dah panjang tu. Mari sini tangan," kata Chan. Mahu tidak mahu, Hyunjae terpaksa akur dengan apa yang dikatakan Chan. Pandangan dihala ke arah tingkap untuk mengalih perhatiannya.

Yongbok yang memahami perasaan Hyunjae, memikirkan cara sebelum membuka suara. "Biarlah dia buat sendiri. Kau ni, jaga macam Hyunjae tu budak kecil. Setakat potong kuku tak kan lah tak boleh."

Chan menghentikan tindakannya lantas berpaling ke belakang. "Hyunjae kan kawan aku... Apa salahnya kalau tolong. Kalau kau dekat tempat dia, aku akan buat benda yang sama. Lagipun, aku mahir kot dalam hal ni." Senyuman penuh tersirat terukir di wajahnya.

Yongbok menjeling kerana faham dengan maksud yang cuba disampaikan Chan. Matanya memandang Hyunjae pula dan kelihatan jejaka itu menggeleng perlahan menandakan keadaannya baik-baik saja.

"Chan, aku keluar jap. Nanti aku datang balik," beritahu Yongbok lalu terus keluar dari bilik itu tanpa sempat sahabatnya menjawab.

"Yongbok memang macam tu, cepat koyak. Cakap sikit melenting... Itu sebab aku suka dengan perangai dia. Jadi, kau kena contohi Yongbok kalau nak kekal berkawan dengan aku, okey?" Ujarnya manakala matanya fokus mengetip kuku Hyunjae. Kepala diangkat lalu wajahnya memandang tepat Hyunjae sebelum satu senyuman diukirkan.


Telefon pintar yang dipegang ketika itu dilihat sekilas lantas jarinya menekan ikon untuk membuat panggilan. Tidak lama kemudian, kedengaran suara orang dihubunginya.

"Aku sekarang dekat hospital. Mungkin on the way balik dari sini, aku akan set tempat untuk berjumpa. Okey, apa-apa masalah aku beritahu semula. Aku letak dulu." Yongbok mengemam mulutnya seraya telefon terus disimpan ke dalam saku seluar.

Langkahnya terhenti apabila terserempak dengan Minhwa, budak lelaki yang pernah berbual dengannya di kolam ikan. Pada mulanya dia tidak mengambil kisah namun apabila melihat Minhwa seperti menghampirinya, Yongbok sedikit hairan. Riak wajah kanak-kanak itu ceria dan seperti ingin memberitahunya sesuatu tetapi tidak sempat apabila ibunya memanggil yang mana membuatkan budak lelaki itu berpatah semula.

"Kenapa dengan Minhwa?" Soalnya sendirian. Selalunya kanak-kanak sebaya Minhwa akan ketakutan selepas apa yang dilakukannya ketika di kolam ikan tidak lama dulu. Malas membuang masa dengan memikirkan hal itu, Yongbok meneruskan langkah menuju ke wad Hyunjae.

●○●○●○●○

Younghyun memberi izin untuk gerangan di luar menapak masuk ke dalam pejabatnya. Selepas mereka bertiga membuat persetujuan, akhirnya Yongbok memilih untuk bertemu di balai kerana lebih selamat berbanding berjumpa di tempat awam.

Hoodie yang disarung pada kepala, diturunkan sebaik saja mengambil tempat. Yunho yang memandang Yongbok cepat-cepat menoleh ke arah lain apabila jejaka itu melihatnya dengan pandangan tajam. Dia berdehem perlahan lalu tersengih.

"Apa yang kau jumpa kali ni?" Soal Younghyun bagi memulakan perbualan.

"Semalam kan dah beritahu kau, yang aku tak jumpa apa-apa dalam bilik Chan dan hampir saja tertangkap. Lupa?" Tanya Yongbok dengan nada sinis.

"Aku tahu pasal tu.. hari ni pula apa yang kau dapat? Kau beritahu tadi kau pergi ke hospital kan? Macam mana dengan keadaan Hyunjae?" Younghyun membuat keputusan untuk mengabaikan sindiran Yongbok kerana tidak mahu kesilapan yang sama berulang.

"Hmm, okey je. Chan pun layan dia dengan baik... Aku nak berjumpa korang hari ni sebab nak tanya sesuatu. Kan Younghyun suruh aku cari sebarang bukti tapi boleh jelaskan dengan terperinci tak? Maksudnya barang yang boleh membuktikan Chan tu pembunuh," jelas Yongbok.

"Setiap mangsa pembunuhan akan kehilangan kedua kuku bagi jari tengah. Kalau tak mustahil, mungkin Chan ada menyimpan kuku semua mangsa dekat mana-mana. Boleh kau cari benda tu?" Soal Yunho yang sejak tadi hanya mendiamkan diri manakala Younghyun mengangguk setuju.

"Kuku?" Yongbok meminta kepastian lalu mengerut dahi tanda hairan. Dalam banyak-banyak anggota badan, hanya kuku saja yang diambil Chan? Tindakan Chan agak ringan berbanding psikopat lain, yang mana akan memotong salah satu anggota badan mangsa. Dia tergelak kecil ketika memikirkan itu.

Yunho memandang Younghyun sebelum mengangkat kedua keningnya, menyoal tindakan Yongbok yang tiba-tiba tertawa itu. "Macam mana, boleh tak kau carikan bukti yang kita orang beritahu tadi?"

"Aku akan cuba. Itupun kalau Chan bawa balik rumah. Siapa tahu apa yang dibuatnya dengan kesemua kuku mangsa, entah-entah jual ke salun kecantikan," balas pemuda itu dengan nada sarkastik.

"Hmm, Yongbok. Terima kasih sebab teruskan rancangan kita walaupun aku beri kau layanan tak sewajarnya," ujar Younghyun. Dia berkata demikian selepas dipaksa Yunho sementara menunggu Yongbok tiba sebentar tadi.

"Sama-sama tapi aku ada satu perkara nak cakap. Jangan terlalu percayakan aku sebab kau tak kenal siapa aku sebenarnya," kata Yongbok yang membuatkan kedua detektif itu tercengang di tempat masing-masing.

"Maksud kau?" Younghyun meminta kepastian. Dia sudah tidak sedap hati apabila Yongbok tiba-tiba berkata begitu.

"Hahaha... Aku cakap macam tu supaya korang tak berharap sepenuhnya pada aku dan percayakan diri sendiri untuk selesaikan kes ni. Okeylah, aku minta diri dulu." Yongbok sempat tersenyum kecil sebelum meninggalkan pejabat.

Younghyun mengalihkan pandangan ke arah Yunho. "Tengok? Macam mana aku nak percaya kalau dia sendiri buat aku syak pada dia. Yang penting, sekarang ni aku dah mula rasa tak sedap hati untuk teruskan rancangan ni. Buatnya Yongbok beritahu Chan?"

"Betul lah apa yang dia cakap tadi. Percayakan diri sendiri. Tak ada apanya. Percayalah." Tidak seperti kawannya, Yunho membuat keputusan untuk mengambil positif kata-kata Yongbok sebentar tadi.

●○●○●○●○

Chan menghirup udara petang di taman yang dikunjungi dengan Hyera semalam. Mata dipejam, membiarkan angin menyapa lembut wajahnya. Terdengar suara riuh rendah datang dari satu arah, perlahan-lahan kelopak matanya dibuka.

Kelihatan beberapa orang remaja lelaki berkumpul di satu tempat. Basikal yang dibiarkan atas tanah tanpa memarkirnya dengan elok, dipandang sekilas lalu tersenyum apabila tekaannya tepat. Telefon dibawa keluar sebelum melihat gambar Hyera yang diambilnya semalam. Selepas mengenal pasti wajah remaja yang hampir melanggarnya semalam, Chan menghampiri tempat mereka melepak.

Kehadirannya disambut dengan pandangan aneh oleh remaja-remaja di situ. Mana tidaknya, itu kali pertama seseorang datang mendekati mereka. Budak lelaki yang hampir melanggarnya semalam, bangun untuk menyapa Chan.

"Abang cari siapa?" Soalnya dengan nada selamba. Tiada langsung rasa hormat pada Chan yang terang-terangan lebih tua darinya.

"Cari adab. Aku datang sini nak beri teguran... Kalau dah buat satu kesilapan, minta maaf bukan pergi macam tu je," ujar Chan dengan riak serius.

Suasana senyap untuk seketika waktu sebelum remaja-remaja itu mentertawakannya secara serentak. Wajah Chan pula sama seperti tadi, tidak berubah sedikit pun.

"Wei, jomlah kita pergi dari sini. Dia ni entah siapa, muncul-muncul beri syarahan percuma pula. Mak ayah kita pun tak kisah apa yang kita buat, lelaki gila ni siapa?" Kata budak itu lalu mengajak kawan-kawannya yang lain meninggalkan Chan.

Melihat sekumpulan remaja itu sudah menjauh, Chan meraut dagunya seraya tertawa sendiri. "Lelaki gila? Nampaknya aku kena tunjuk maksud gila yang sebenar. Tunggu kau..."

●○●○●○●○

Waktu sudah menunjukkan pukul 8 malam namun Chan masih belum menampakkan bayangnya. Bosan selepas hampir 2 jam menonton televisyen, Yongbok bangun pergi ke biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk sementara pandangan dihadapkan ke arah siling putih biliknya. Tidak sempat beberapa minit, dia bangun semula.

Rantai leher yang tersimpan di dalam laci, diambil. Gambarnya bersama Minhyuk yang diambil 6 tahun lepas ditatap lama. Wajah gembira abangnya membuatkan dirinya berasa sebak. Sungguh dia merindukan gelak tawa lelaki yang bergelar abang itu. Dia menyesal kerana tidak berada di samping Minhyuk ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. Demi menyelamatkan orang lain, abangnya turut menjadi mangsa. Pada mulanya, dia sangat marah pada lelaki yang dibantu Minhyuk namun perasaannya berubah apabila mendapat tahu orang yang ingin diselamatkan Minhyuk ialah ayah Chan sendiri. Sejak daripada itulah mereka berpakat untuk mencari pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

"Yongbok janji akan tuntut keadilan untuk Abang walaupun semuanya dah terlambat," gumamnya sendiri. Memikirkan soal balas dendam, Yongbok mengeluh perlahan. Sejujurnya dia tidak menyangka Chan akan bertindak sejauh itu. Membunuh seorang pun, dianggap kejam apatah lagi sahabatnya yang membunuh lebih ramai dari itu.

Yongbok keluar dari biliknya untuk mencari bukti seperti yang diberitahu Younghyun siang tadi. Sebelum masuk ke dalam bilik Chan, dia mengunci pintu rumah terlebih dulu sebagai langkah berjaga-jaga. Oleh disebabkan semua penjuru bilik Chan sudah diperiksa, Yongbok terus menuju ke kabinet kecil di sebelah katil. Laci terakhir ditarik dan satu kotak kecil, dijumpai.

Penutup kotak dibuka sebelum dua keningnya bertaut antara satu sama lain. Isi di dalam kotak diambil untuk dilihat secara dekat. Sebaik saja mendapat tahu yang dipegangnya merupakan kuku manusia, Yongbok mencampak kotak itu tanpa sengaja. Jantungnya berdegup kencang sehingga tidak mampu bergerak dari tempatnya.



Chan bersembunyi di sebalik pohon besar sambil memerhatikan remaja yang memperlekehkannya tadi. Dia mengekori langkah remaja itu sejak petang lagi kerana tidak mahu kehilangan jejak. Dia ingin memberi pengajaran yang sewajarnya. Jika menggunakan cara baik tidak boleh diterima, terpaksalah Chan menggunakan cara terakhir.

"Hangyeol! Esok petang jangan lupa!" Laung salah seorang dari kawannya.

Paku yang dibeli, ditaburkan atas jalan sebaik saja budak-budak yang lain melepasi lorong itu sebelum kembali ke tempat persembunyiannya.

Hangyeol terpaksa pulang seorang diri kerana perlu membetulkan rantai basikalnya yang tertanggal. Kebetulan itu, membuatkan Chan tersenyum menang. Tidak perlu dia bersusah payah memandangkan Hangyeol sedang bersendirian. Tunggu masa saja untuk budak itu termasuk dalam perangkap dan semuanya akan berjalan lancar.

"Yes! Elok pun!" Remaja itu bersorak sendiri sebelum memulakan kayuhan tanpa mengetahui nasib yang akan menimpanya.

Oleh kerana keadaan jalan yang agak gelap, Hangyeol tidak nampak paku yang bertaburan di atas jalan lalu terkena tayar basikalnya dan hampir saja dia terbabas ke dalam semak samun. Bengang dengan tayar basikalnya yang sudah pancit, Hangyeol menendang basikalnya seraya mengeluarkan kata-kata kesat. Melihatkan itu, Chan memulakan rancangannya lalu menghampiri remaja itu.

Hangyeol menarik nafas lega apabila ada orang lalu di kawasan itu jadi perasaan takutnya sedikit berkurang. Lelaki yang berpakaian serba hitam itu dipandang hairan kerana hanya mendiamkan diri walaupun berdiri di hadapannya.

"Minta maaf..," ujar Chan dengan intonasi suaranya yang mendatar.

"Abang ni kenapa? Mabuk?" Soal Hangyeol sarkastik. Jika tidak mahu membantu, beredar sajalah dari situ. Tidak menghiraukan kehadiran Chan, remaja itu mencangkung untuk melihat keadaan tayarnya tanpa menyedari senjata yang sudah dipegang Chan.

Mata Hangyeol terbeliak apabila satu hentakan mengenai belakang kepalanya. Tangan mula memegang bahagian dipukul sebelum rebah ke tanah. Chan memberi pandangan kosong ke arah remaja itu lantas menyerang wajah Hangyeol pula. Darah yang terpercik pada wajah membuatkannya tersenyum girang.

"Minta..." Chan memukul dahi remaja itu.

"Maaf..." Kali ini dia menyasarkan bahagian pipi pula sebelum muncung playar dicucuk hingga menembusi kulit wajah.

Hangyeol tidak mampu berkata apa-apa kerana menahan sakit yang teramat sangat. Pukulan demi pukulan mengenai kepalanya hinggalah remaja itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Chan tersenyum puas apabila mangsanya sudah pun tewas. Wajah Hangyeol yang berlumuran darah itu ditatap lama sebelum Chan bangun dari tempatnya.

"Baru kau tahu aku memang gila," ujarnya.

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro