Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

◦𝟏𝟗◦

Malam Hyunjae diserang,

Titisan air turun apabila sang awan tidak mampu lagi menahan beban namun itu bukan masalah bagi Chan meneruskan langkahnya. Dia yakin yang dia melihat Yongbok mengejar Hyunjae ke situ sebentar tadi. Mata mula melilau mencari kelibat kawan kerjanya. Selepas jejaka itu memberitahu tentang rantai yang dilihatnya semalam, dia perlu memberi Hyunjae pengajaran sebelum Yongbok membongkar rahsia sebenar.

Chan bersembunyi di sebalik dinding sebaik saja Yongbok melalui kawasan itu. Dia mengintai pergerakan Yongbok untuk mengetahui adakah sahabatnya menemui keberadaan Hyunjae. Jika tekaannya betul, dia akan melakukan apa saja supaya Yongbok tidak membuka mulut walaupun terpaksa membunuh kawan baiknya sendiri.

Senyuman jahat kelihatan apabila jejaka itu sudah melangkah pergi. Nampaknya, Yongbok bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa pada malam itu. Telefon di dalam poket seluarnya diambil sebaik saja teringat yang dia menukar kepada mod kapal terbang dalam perjalanan ke situ tadi. Dua panggilan yang tidak berjawab dari Hyunjae menghadirkan idea di kepalanya lalu dia menelefon Hyunjae semula.

Kaki mengorak langkah menuju ke arah kereta yang berhampiran tempatnya bersembunyi tadi. Dia pasti deringan telefon datang dari arah itu. "Hello, Hyunjae... Sorry lah tadi telefon aku mati. Kenapa call?"

"Ch-Chan... To-tolong aku. Ad- ada pembunuh kej-"

"Jumpa pun..," ungkap Chan dengan nada lega. Telefon yang dipegangnya sengaja tidak dimatikan lalu disimpan di poket seluar sebelum tangannya menyeluk saku baju.

Hyunjae tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa melihat Chan ada di situ. Lelaki yang sangat dipercayainya ialah pembunuh yang sebenar, bukan Yongbok. Playar muncung tirus yang dipegang Chan dipandang dan dia sudah tahu nasib yang akan menimpanya malam itu. Apatah lagi selepas dia memberitahu segala yang dilihatnya pada malam Minseok dibunuh. Airmata yang bergenang mula mengalir apabila Hyunjae memejam matanya rapat. Dengan tiga kali hentakan yang mengenai kepala, Hyunjae rebah ke tanah.

"Aku buat semua ni sebab kau dah tahu rahsia aku," ujar Chan sebelum tertawa perlahan. Darah yang ada pada senjatanya, dilap pada baju. Hyunjae yang sudah lemah itu, dipandang lama. Dia menendang perlahan badan Hyunjae untuk memastikan keadaan jejaka itu.

Chan mengambil semula telefonnya, yang mana panggilan sebentar tadi masih belum dimatikan. "Hyunjae? Hyunjae? Apa yang kau cuba beritahu ni?" Soal Chan lalu tergelak besar. Tidak menunggu lama, dia meninggalkan jejaka itu.

Suara Chan yang sayup kedengaran di corong telefon membuatkan airmatanya tidak berhenti mengalir sebelum pandangan berubah gelap sepenuhnya.


Hyunjae serta merta membuka matanya setelah melalui mimpi yang sangat panjang. Dia menguatkan dirinya dengan memusingkan sedikit kepalanya sebelum menarik nafas terkejut apabila matanya bertembung dengan mata Chan.

"Hyunjae... Kau dah sedar??" Soal Chan dengan nada gembira. Melihatkan kawannya sudah sedar, dia segera memanggil doktor yang merawat untuk memeriksa keadaan Hyunjae.

Tidak lama kemudian, Chan kembali semula bersama doktor. Kandungan oksigen, tekanan darah dan juga tindak balas yang lain, diperiksa dengan teliti.

"Awak boleh dengar suara saya?" Tanya doktor meminta kepastian. Anggukan kecil yang diberikan Hyunjae, membuatkan doktor mengangguk kecil sebelum dia menyedari sesuatu. Kelihatan Hyunjae mengalami kesukaran untuk menuturkan kata.

"Okey, tak apa.. jangan risau. Perkara macam ni biasa berlaku pada pesakit selepas mengalami koma. Saya tak nak awak paksa diri dan biarkan semuanya berlalu sendiri. Kotak suara awak tak ada masalah, jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan," terang doktor itu, menenangkan Hyunjae.

"Macam mana dengan keadaan Hyunjae, doktor?" Tanya Chan ingin tahu. Sempat dia melirik ke arah Hyunjae sebelum pandangannya ditumpukan ke arah doktor.

"Semuanya baik saja, tekanan darah sedikit tinggi. Nanti saya akan beri ubat untuk mengawal tekanan darah. Cuma seperti yang saya jelaskan, Hyunjae mengalami kesukaran untuk bercakap buat sementara waktu. Perkara ni sangat biasa berlaku apatah lagi mengalami kecederaan di bahagan kepala. Apa yang awak perlu buat ialah selalu berikan Hyunjae air suam," beritahu doktor itu.

"Dan elakkan minuman berais kerana risau berlakunya brain freeze yang mana akan memberi kesan sampingan di bahagian luka," tambah doktor lagi.

Chan mengangguk faham lalu kepalanya ditundukkan sedikit apabila doktor meminta diri. Dia menghampiri Hyunjae sebelum mengambil tempat di kerusi pelawat.

"Hyunjae, aku bersyukur sangat kau dah sedar. Lebih kurang seminggu juga kau terlantar atas katil ni. Teringin pula aku nak tahu apa yang kau mimpi sepanjang koma tapi, itulah... tak boleh bercakap pula." Chan mengeluh kecil seraya menatap wajah kawannya.

Hyunjae mengeras di tempatnya, tidak memberi sebarang reaksi. Jantungnya mula berdegup kencang apabila memori pada malam kejadian, bermain semula di fikirannya. Pandangan dihalakan ke arah lain, tidak sanggup bertentang mata dengan Chan.

"Janganlah takut. Aku serang kau hanya untuk beri amaran, sebab itu kau boleh bernafas lagi sekarang. Kalau tidak, mungkin kau dah buat reunion dengan Minseok dekat 'sana'. Jadi... Teruskan berdiam diri, ya? Kau kan kawan aku, janganlah ambil hati," ujarnya seraya tersenyum mesra.

Hyunjae mengangguk kecil, faham dengan apa yang cuba disampaikan Chan. Melihat jawapan kawannya, dia mengusap kepala jejaka itu. "Thanks, Hyunjae."

●○●○●○●○

Yunho berlari kecil menuju ke pejabat Younghyun untuk mengkhabarkan berita baik. Tidak mengetuk terlebih dulu, pintu terus dikuak secara luas yang mana membuatkan Younghyun melatah dek terkejut dengan tindakan lelaki itu. Menyedari kesilapannya, Yunho tersengih lalu membongkokkan badannya sebagai permohonan maaf.

"Aku ada berita baik untuk kau." Yunho tidak dapat menunggu lagi.

"Hyunjae, dah sedar! Polis yang berjaga di hospital, call aku tadi!" Beritahunya dengan nada teruja.

Mendengarkan khabar itu, Younghyun memaparkan riak terkejut lantas bangun dari kerusi. Nampaknya, usaha untuk menangkap Chan semakin ada harapan. Semuanya bergantung kepada keterangan yang akan diberikan Hyunjae nanti.

"Jom ke sana sekarang," ajak Younghyun tanpa berlengah lagi.



Pegawai polis yang berjaga di luar memberi tabik hormat sebaik saja Younghyun dan Yunho tiba di situ sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam wad.

Younghyun menarik nafas lega apabila Chan tiada dalam bilik itu. Kaki terus menapak menghampiri Hyunjae kelihatan sedang termenung jauh hingga tidak menyedari kehadiran mereka.

"Selamat pagi, Hyunjae." Sapaan Yunho menghentikan lamunan jejaka itu. Hyunjae sedikit terkejut apabila dua detektif berdiri di tepi katilnya.

"Macam mana keadaan awak? Masih ada rasa sakit pada bahagian kepala?" Soal Younghyun. Dia ingin berhati-hati dengan apa yang ditanyakan kerana tidak mustahil kelakuannya yang tergesa-gesa akan memudaratkan kesihatan jejaka yang masih dalam pemulihan itu.

Hyunjae hanya menggeleng kecil sebelum anak matanya dilarikan ke arah lain. Tidak sempat Younghyun membuka mulut, satu suara menyapa dari belakang yang mana membuatkan mereka berdua berpaling serentak.

"Eh Abang Hyun... Bila sampai?" Tanya Chan dengan senyuman mesra.

"Baru je... Datang dari kafe ke?" Soal Younghyun semula seraya memandang plastik yang berisi minuman pada tangan Chan. Tidak tahan dengan lakonan jejaka itu, Yunho menjeling dalam diam.

"Haah... Abang Hyun tak beritahu nak datang, kalau tak boleh saya beli lebih air tadi," ujar Chan seraya meletakkan minuman ke atas meja. Kemudian dia menghampiri Hyunjae yang hanya mendengar perbualan mereka.

"Tak apa... Kita orang datang melawat Hyunjae sebab dapat berita yang dia dah sedarkan diri. Lagipun tak lama saya singgah sini, kena uruskan hal lain pula," jawab Younghyun seraya mengetap giginya menahan geram.

"Macam mana dengan perkembangan Hyunjae? Doktor cakap apa?" Soal Younghyun ingin tahu memandangkan dia tidak dapat bertanya sendiri pada Hyunjae.

"Okey, semuanya baik-baik. Cuma buat masa sekarang, Hyunjae tak dapat bercakap lagi. Doktor kata itu perkara biasa untuk pesakit yang tercedera di bahagian kepala dan akan mengambil sedikit masa untuk bersuara semula. Saya yakin, Hyunjae boleh... Selepas apa yang dia lalui, dia masih dapat bertahan sampai sekarang," ungkap Chan sambil menepuk perlahan bahu Hyunjae, kononnya memberi semangat.

"Bertahan kepala otak kau, orang tu hampir mati..," maki Younghyun dalam hati.

"Tak apalah... Kita beri dia masa untuk sembuh. Jangan terlalu memaksa." Yunho mencelah setelah lama berdiam diri. Dia memandang Hyunjae dan rasa simpati mula hadir dalam dirinya melihat keadaan jejaka itu. Dikhianati kawan sendiri dan kini dia tidak dapat berkata apa-apa untuk membela dirinya.

Chan mengangguk tanda setuju. Tengoklah setakat mana Hyunjae dapat bertahan. Jika dia kekal berdiam diri, lebih bagus. Air suam dihulurkan pada kawannya seperti yang disuruh doktor tadi. Senyuman pahit terukir pada wajah Hyunjae sebaik menerima minuman itu.

Jam tangan dilihat sekilas sebelum Younghyun bersuara. "Okeylah... Kita orang beransur dulu. Kalau ada masa, petang nanti datang semula."

"Baiklah... Saya ada je dekat sini teman Hyunjae," ujar Chan.

Younghyun menghampiri Hyunjae lantas memegang bahu yang mana membuatkan jejaka itu memandang wajahnya. "Semoga cepat sembuh, Hyunjae."

Sebaik saja Younghyun dan Yunho meninggalkan wad, Chan tersenyum sendiri. Kepala ditoleh ke belakang untuk melihat reaksi Hyunjae. Air suam yang diberikan, diambil tanpa sempat jejaka itu meneguknya.

"Eh, dah sejuk air ni.. tak apalah, nanti aku beli yang lain. Ambil air aku dulu sebagai ganti. Nah." Minuman latte sejuk dihulurkan dengan senyuman lebar.

Mahu tidak mahu, Hyunjae terpaksa menerima kerana risau Chan akan melakukan hal yang tidak baik padanya. Lelaki itu terus memerhatinya hinggalah dia menyedut sedikit air yang diberi. Rasa ngilu mula terasa namun terpaksa ditahan.

"Good boy..," puji Chan.

●○●○●○●○

Kereta yang dipandu Younghyun memasuki tempat parkir yang dikhaskan untuk pelanggan. Yunho melihat semula nama bangunan itu bagi memastikan mereka di tempat yang betul. Anggukan kecil diberikan sebelum keluar dari perut kereta.

Pintu masuk ditolak sambil memerhati sekeliling. Pelbagai jenis kamera tersusun rapi. Seorang pekerja yang memakai baju kerja datang menyambut kedatangan mereka berdua di situ.

"Selamat datang... Encik nak beli apa?" Ramah pekerja itu.

Tidak menjawab soalan yang diberikan, Younghyun menunjukkan kad detektifnya yang mana membuatkan pekerja itu sedikit tercengang.

"Kami datang bukan untuk beli apa-apa. Saya nak tanya maklumat tentang pelanggan yang datang ke sini pada 7 Mei. Boleh, Lee Jaeyoon?" Younghyun meminta kebenaran seraya melihat tag nama yang dipakai lelaki itu.

"Saya kena tanya bos dulu kalau macam tu. Harap Tuan boleh faham dengan pekerjaan saya," beritahu Jaeyoon sebelum menggaru hujung keningnya.

"Okey... Silakan. Kami akan tunggu dekat sini," jawab Younghyun. Mendengarkan itu, Jaeyoon segera menelefon majikannya untuk bertanya. Tidak lama kemudian, Jaeyoon datang semula.

"Tuan berdua boleh ikut saya." Jaeyoon mempersilakan Younghyun dan Yunho ke kaunter.

Sebuah buku log dikeluarkan lalu diserahkan kepada Younghyun. Helaian kertas diselak hingga muka surat yang tertulis nama pelanggan pada 7 Mei ditemukan. Namun tanggapannya salah kerana tiada nama yang dicari lalu melihat muka surat sebelumnya.

"Alat pengesan ni datang dari sini, bukan?" Yunho menunjukkan satu alat bersaiz sebesar cincin yang dijumpai pada beg Ahn Sera.

"Ya, betul tu," jawabnya yakin.

"Awak cam tak pelanggan yang beli benda ni?" Tanya Younghyun bersungguh.

"Mestilah... Sebab hari tu, dia sorang je datang ke sini untuk beli alat pengesan. Pakaian dia memudahkan lagi untuk saya ingat. Masa dia datang ke sini, lelaki tu pakai hoodie berwarna kelabu. Tadi Tuan cakap 7 Mei, kan?" beritahu Jaeyoon sebelum meminta kepastian. Younghyun mengangguk tanda mengiyakan soalan pekerja itu.

"Pelanggan ni datang sebelum tarikh yang Tuan katakan. Saya tak ingat pula bila tapi lebih kurang seminggu yang lepas dan masa dia datang ke sini, 10 minit sebelum kedai ditutup," jelas Jaeyoon.

Younghyun sedikit hairan kerana seminggu yang lepas ialah waktu ketika Hyunjae diserang. Telefon dikeluarkan untuk menunjukkan gambar Chan yang diambil secara sembunyi tempoh hari. "Lelaki ni ke?"

Jaeyoon membesarkan gambar untuk melihat secara lebih dekat sebelum menggeleng. "Eh, bukan dia."

"Cuba awak tengok sekali lagi," arah Younghyun. Tidak membantah, Jaeyoon melihat untuk kali kedua namun jawapannya tetap sama.

"Pelanggan yang datang ke sini, badan dia agak kecil dari lelaki dalam gambar ni. Mata dia tajam dan suara agak garau." Jaeyoon memberitahu secara terperinci tentang pelanggannya.

"Lelaki ni ke yang awak maksudkan?" Younghyun menunjuk gambar Yongbok pula. Hanya jejaka itu saja yang terlintas di fikirannya sebaik mendengar ciri-ciri yang disebutkan.

"Ha, ya.. dialah pelanggan yang saya beritahu tadi." Jawapan yang diberikan Jaeyoon membuatkan dua detektif itu saling berpandangan antara satu sama lain.

"Yongbok?" Getus Younghyun dalam hati.

●○●○●○●○

Memandangkan Chan tiada di rumah, Yongbok mengambil peluang yang ada untuk memasuki bilik kawannya. Mana tahu dia ada menyimpan apa-apa di situ. Pintu dibuka sebesar saiz badannya lalu menapak masuk.

Almari baju dibuka dan satu persatu baju Chan diperiksa. Mana tahu lelaki itu menyembunyikan sesuatu di antara celah lipatan baju. Pencarian diteruskan namun Yongbok masih belum menemukan satu benda pun.

Dia menutup pintu almari sebelum pergi ke meja kecil yang terletak di sebelah katil. Laci ditarik, tiada apa-apa di dalamnya melainkan sikat dan berus gigi yang masih belum digunakan. Laci kedua ditarik dan sebuah kotak kecil menarik perhatiannya. Tidak melengahkan masa, penutup dibuka lalu Yongbok mengerutkan dahinya kehairanan.

Sebotol gam gajah bersaiz kecil, beberapa klip rambut, dua botol pewarna yang berlainan dilihat secara dekat. Dia menyimpan semula barang-barang itu ke dalam kotak kerana tahu Chan selalu mengisi masa lapangnya dengan membuat klip rambut untuk Hyera. Kotak diletakkan di tempat asal lalu laci ditolak perlahan.

Yongbok memandang laci terakhir sebelum merasai kehadiran seseorang. Dia menoleh lantas tersentak apabila Chan berdiri betul-betul di belakangnya. Dia terdiam sejenak sambil menelan air liur perlahan.

"Kau buat apa dekat dalam bilik aku?" Soal Chan lalu memandang laci yang hampir dibuka Yongbok sebentar tadi.

"Erm... Aku cari pengetip kuku. Aku punya tak ingat nak letak mana. Itu yang aku masuk bilik kau, ingat nak pinjam," bohong Yongbok. Nada suaranya biasa saja, tidak menunjukkan betapa berdebar jantungnya ketika itu.

"Ouh, pengetip kuku. Bukan dekat laci tu lah. Aku letak dekat ruang tamu. Semalam guna, lupa nak simpan semula. Kejap aku ambilkan." Chan menawarkan diri lalu melangkah menuju ke ruang tamu.

Yongbok melepaskan nafas yang ditahan sejak tadi. Senyuman tawar terukir di wajah apabila Chan kembali semula bersama pengepit kuku pada tangan.

"Nah," hulurnya.

"Kenapa balik? Bukan kau beritahu aku stay hospital, teman Hyunjae ke hari ni?" Tanya Yongbok bagi menghilangkan rasa gemuruhnya.

"Nak ambil baju, lupa nak bawa sekali tadi. Kau dah makan?" Soal Chan sebelum membuka almari bajunya.

"Dah... Okeylah, aku keluar dulu." Yongbok meminta diri.

Chan mengangguk kecil bersertakan senyuman lalu menoleh semula ke arah almari bajunya. Riak wajahnya serta merta berubah apabila melihat susunan baju tidak kemas seperti sebelum ini.

"Kau cari apa sebenarnya, Yongbok?" Soalnya sendiri.

◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro