◦𝟏𝟖◦
Younghyun termenung sambil memandang bulan yang bersinar terang dikelilingi bintang-bintang yang menambahkan keindahan langit malam. Air kopi yang masih hangat dihirup sedikit bagi memanaskan badan.
"Abang fikir masa depan ke tu? Jauh termenung," sakat Hyera sebaik saja menghampiri Younghyun.
"Banyaklah kau... Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Younghyun. Walaupun waktu masih lagi awal, sengaja dia bertanya begitu.
"Tak mengantuk macam mana nak tidur. Ish, kenapa Abang hari ni? Dari pagi tadi lagi merapu. Demam ke?" Belakang tangan menyentuh dahi Younghyun sebelum mencebik. Normal saja suhu badan abangnya.
"Hyera, ceritalah apa-apa pada Abang. Bosan." Younghyun cuba menarik minat adiknya kerana tahu gadis itu tiada cerita lain selain kisah percintaannya. Jadi bolehlah dia menggali sedikit maklumat dari Hyera.
"Hmm... Abang tahu kan yang Hyera tak ada kisah lain?" Hyera ingin mendapat kepastian lalu tersenyum apabila abangnya mengangguk.
"Pagi tadi Hyera keluar dengan Chan, kita orang pergi pasaraya sebab nak beli bahan masak. Hari ni kan cuti, jadi Hyera sajalah nak masak untuk Chan. Masa pergi rumah dia, Hyera takut sebab Yongbok macam tak suka," cerita gadis itu dengan penuh bersemangat yang mana membuatkan Younghyun tertawa perlahan.
"Kan Hyera pernah cerita dekat Abang yang Yongbok pendiam lepastu macam suspicious orangnya sampai Hyera seram nak berbual dengan dia. Tiba-tiba waktu Chan nak hantar balik, dia cakap terima kasih dekat Hyera... Abang tahu tak? Hyera teruja gila. Yang penting itu apa Hyera rasa. The end. Jangan cakap bosan kalau tak nak Hyera cubit Abang." Sempat dia memberi amaran kerana Younghyun sentiasa mengejek setiap kali mendengar kisah percintaannya.
"Mana ada bosan. Kejap, maksudnya tu first time Yongbok bercakap dengan Hyera?" Soal Younghyun semula dan adiknya mengangguk tanda mengiyakan.
"Ouh macam tu ke... Chan memang peramah ke waktu korang mula-mula kenal dulu?" Soal Younghyun dengan niatnya tersendiri.
"Sama je macam sekarang... Sikit pun tak berubah. Kenapa Abang tiba-tiba tanya?" Hyera memandang abangnya menunggu jawapan.
"Tak ada pun, saja nak tahu..." Younghyun mengerutkan dahinya apabila mendapat panggilan dari Yunho. Nalurinya dapat merasakan yang sesuatu terjadi kerana Yunho menelefon pada waktu itu.
"Ya, ada apa Yunho?" Soalnya dengan nada serius. Hyera menahan tawa menyaksikan kelainan sikap abangnya dalam hal pekerjaan.
"Accident? Apa kaitan dengan kes kit-... Okey aku bertolak sekarang." Panggilan ditamatkan.
"Hyera, Abang ada kerja ni... Jadi bersiap sekarang, Abang hantar pergi rumah Papa," arahnya. Tidak banyak soal, Hyera terus masuk ke dalam rumah untuk mengemas barang keperluannya. Dia sudah biasa kerana Younghyun sentiasa mendapat panggilan kecemasan pada waktu malam dan dia akan bermalam di rumah ayah mereka.
Jaket tebal yang tersarung pada badan, dibetulkan sebelum kakinya melangkah melepasi garisan kuning. Kelihatan Yunho ada berdekatan dengan kereta yang dilaporkan terbabas.
"Maaf aku lambat... Apa yang kau jumpa setakat ni?" Soal Younghyun seraya menjenguk untuk melihat bahagian dalam kereta. Wajahnya secara spontan berkerut sebaik saja melihat keadaan mayat wanita di tempat pemandu.
"Mangsa kali ni seorang wanita yang berusia lebih kurang awal 30-an. Itu saja maklumat dia selebihnya aku serahkan pada team kita. Berdasarkan pemerhatian aku, mangsa dibunuh sebelum kereta dia hilang kawalan kemudian merempuh tiang lampu," beritahu Yunho dengan yakin.
"Kenapa kau cakap ni kes bunuh?" Tanya Younghyun kehairanan. Bukan apa, dia tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan ataupun tidak mustahil jika dia terlepas pandang.
Lampu suluh kecil dinyalakan lalu Yunho menyuluh ke arah mayat. "Okey, kau tengok dekat sini. Memang wajah mangsa hampir 80% hancur disebabkan kaca cermin hadapan tapi, cuba kau fokuskan pada leher dia. Ada kesan kelaran yang agak dalam. Tak mungkin kesan tu datang dari serpihan kaca."
Younghyun mengambil lampu suluh dari tangan Yunho apabila menyedari sesuatu. Tanda bulatan seperti kes sebelum ini kelihatan pada tapak tangan mangsa. Kemudian dia mendapati mangsa kehilangan satu kuku untuk kedua jari tengahnya. Lebih menyakitkan hati ialah jari hantu mangsa menunjuk ke arah pintu yang mana pembunuh sengaja menujukannya kepada pihak polis yang menjumpai mayat itu.
"Psikopat tak guna tu dah mula mencabar kesabaran kita."
●○●○●○●○
Chan terus merebahkan badan ke atas sofa untuk menghilangkan rasa penat. Rasa sakit masih lagi terasa di bahagian kepala cuma tidaklah begitu ketara. Teringatkan kemalangan tadi, dia tersenyum hingga menampakkan barisan giginya.
"Bodoh... Kalau dia senyap, mesti boleh bernafas lagi," kutuknya. Pada mulanya, dia hanya ingin memberi pengajaran kepada Puan Ahn namun disebabkan perempuan itu mengenalinya, terpaksalah dia mengubah rancangan asal.
Baru saja hendak melelapkan mata, telinganya menangkap suara orang sedang bercakap lantas dia bangun dari pembaringannya. Anak mata mula melirik sekeliling, mencari punca bunyi itu dan pandangannya terhenti pada pintu bilik Yongbok.
Perlahan-lahan kaki menjejak lantai sebelum melangkah degan berhati-hati, tidak mahu kehadirannya disedari Yongbok. Tangan kanan memulas tombol lalu pintu dibuka. Kelihatan sahabatnya sedang berselubung dengan selimut. Masih belum berpuas hati, dia menapak masuk menghampiri katil Yongbok pula.
Wajah bersih Yongbok yang menghadap ke arah tingkap dijenguk untuk melihat adakah kawan baiknya sudah tidur atau belum. Selepas memastikan yang Yongbok sedang lena, Chan berdiam sejenak di tempatnya lalu merapikan selimut sahabatnya sebelum meninggalkan bilik.
Klak!
Nafas dilepaskan sebaik saja mendengar pintu biliknya ditutup. Yongbok mengambil telefon di bawah bantal seraya berpaling ke belakang. Panggilan yang tergantung sebentar tadi disambung.
"Esok aku call semula. Sekarang bukan masa yang sesuai." Yongbok menamatkan perbualan. Jantungnya masih lagi berdegup kencang kerana kehadiran Chan sebentar tadi. Nasib baik dia sempat menyedari hal itu. Kalau tidak, dirinya sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukan Chan.
Chan mengaduh sakit ketika sedang membasuh mukanya. Satu benjolan yang tidak begitu kelihatan disentuh perlahan sebelum mendengus geram.
"Ni semua salah perempuan bodoh semalam," marahnya. Kepala paip ditolak kasar lantas merenjis air yang masih tersisa di tangannya.
Pintu bilik air yang dihempas kuat mengalihkan perhatian Yongbok. Nampaknya mood Chan tidak begitu baik pada pagi itu. Teko kecil diangkat untuk menuang air teh yang dibancuhnya ke dalam cawan.
Tuala kecil disidai pada bahu lalu Chan mengambil tempat di meja makan manakala Yongbok tidak berkata apa-apa. Cawan yang berisi air teh dihulurkan kepada kawannya.
"Kenapa dengan dahi kau?" Soal Yongbok sebaik menyedari satu benjolan di wajah Chan.
"Aku terhantuk semalam," beritahu Chan acuh tidak acuh. Mendengarkan itu, Yongbok mengambil periuk lalu menadah air ke dalamnya. Sebiji telur dikeluarkan dari peti ais lalu direbus.
"Aik, bukan kau tak suka telur rebus ke?" Chan mengerutkan kening, hairan dengan kelakuan sahabatnya.
Yongbok mengangkat bahu lalu menghirup sedikit air. "Bila kau start kerja?" Dia cuba mencari topik untuk dibualkan.
"Tak tahulah... Kau rasa lepas ada kes pembunuhan, ada lagi ke orang nak makan dekat restoran tu? Aku rasa tak." Chan menyapu jem strawberi pada permukaan roti sebelum dijamah.
Yongbok tersenyum senget mendengarkan jawapan Chan. Dari mana lah jejaka itu belajar berlakon sehingga anggota polis pun boleh terpedaya. "Betul juga apa yang kau cakap tu."
Jam di dinding dipandang sekilas. Yongbok bangun dari kerusi, menutup api sebaik saja telur sudah siap direbus. Untuk menghilangkan sedikit panas, dia merendam telur tadi ke dalam air paip beberapa kali sebelum dihulurkan kepada Chan.
"Letak dekat bahagian benjol tu. Nanti surut lah," terang Yongbok lalu masuk ke dalam biliknya.
Seperti yang diarahkan sahabatnya, Chan meletakkan telur rebus itu pada bahagian benjol sambil tersenyum kerana terharu. Luaran nampak seperti tidak kisah tetapi dalaman pula sebaliknya.
"Aku keluar kejap," beritahu Yongbok dan dibalas dengan anggukan kecil.
●○●○●○●○
Pintu pejabat dibuka apabila mendapat arahan dari dalam. Younghyun mempersilakan Yongbok mengambil tempat di sofa sebelum mereka memulakan perbincangan. Yunho yang baru tiba juga melabuhkan punggung di sebelah Younghyun. Nasib baik dia tidak terlambat jadi, tidaklah dia ketinggalan sebarang info.
"Yongbok, kau boleh mulakan," beritahu Younghyun.
"Sekarang aku akan beritahu ciri-ciri khas seorang psikopat yang aku tahu," ujarnya. Younghyun dan Yunho mengangguk kecil, bersedia untuk mendengar.
"Pertama, personaliti dia mempesona dan pandai berbicara dengan ayat-ayat menyenangkan yang mana buat orang lain tertipu dengan kebaikan dia."
"Kedua, psikopat tak tahan rasa bosan. Jadi, dia akan cari kerja untuk hiburkan diri dia. Contohnya membunuh orang ataupun merompak. Sebab dia rasa perkara tu nampak menarik. Sifat psikopat juga ialah seorang pengemas dan juga teliti dalam melakukan sesuatu."
"Ketiga, perasaan menyesal tak akan pernah wujud dalam diri psikopat. Gaya kehidupan dia macam parasit. Dia sengaja bergantung pada orang dan dalam masa yang sama, dia akan memanfaatkan orang tu."
"Yang terakhir, manusia macam ni... Tak ada perasaan istimewa pada seseorang termasuk mak ayah sendiri. Bila terjadi sesuatu perkara, dia akan berpura-pura lemah supaya orang lain tak menyalahkan diri dia," terang Yongbok panjang lebar.
"Dan semua ciri-ciri tu aku tengok ada pada Chan. Itupun kalau korang nampaklah..," tambahnya lagi.
Yunho ternganga mendengarkan penjelasan Yongbok yang begitu teliti. Kemudian dia menoleh ke arah Younghyun yang masih membisu.
"Tak ada perasaan istimewa? Aku confuse pasal tu. Kalau betul, kenapa Chan boleh jatuh cinta pada Hyera dan jaga dia sebaik mungkin?" Soal Younghyun.
Senyuman sinis terukir di wajah Yongbok. "Kau percaya ke Chan ada perasaan pada adik kau? Macam aku terangkan tadi, dia memanfaatkan orang lain untuk kepentingan dia sendiri. Samalah macam aku... Kau ingat dia ikhlas berkawan dengan aku?"
Sekali lagi Younghyun terdiam. Kenapa dalam banyak-banyak orang, adik perempuannya boleh ada kaitan dengan psikopat seperti Chan? Perasaan risau mula terasa kerana memikirkan keselamatan Hyera.
"Sebab itu aku beri amaran, jangan sentuh hal yang berkaitan hubungan diorang. Lebih-lebih lagi Chan tahu yang Hyera ada kaitan dengan kau, detektif yang handle kes pembunuhan bersiri ni. Kalau tak nak perkara buruk berlaku, ikut cakap aku." Yongbok mengingatkan sekali lagi. Dia tahu apa yang difikirkan Younghyun ketika itu.
Yunho membaca mesej yang baru masuk sebelum memberitahu Younghyun. "Team kita dah jumpa latar belakang mangsa dan diorang juga ada menemui sesuatu pada barang mangsa."
Mendengar hal itu, Younghyun segera bangun dari tempatnya. Sempat dia menoleh ke arah Yongbok yang masih lagi ada di situ. "Terima kasih atas maklumat tadi. Kita orang perlu gerak sekarang jadi, kau boleh balik. Ada apa-apa... Kita jumpa lagi.
"Sama-sama." Huluran tangan Younghyun tidak disambut Yongbok yang mana membuatkan lelaki itu menarik semula tangannya.
Yunho membulatkan mata menyaksikan situasi itu. Dapat dia rasakan yang Yongbok masih belum melupakan kekerasan Younghyun padanya tempoh hari.
"Identiti mangsa pembunuhan semalam ialah Ahn Sera, berusia 30 tahun. Dia juga merupakan pemilik salun Sera's Hair yang terletak beberapa minit dari stesen Hongdae. Tinggal seorang diri di apartmen yang berhampiran salun rambutnya. Punca kematian pula disebabkan kehilangan banyak darah. Satu lagi perkara yang korang perlu tahu, alat pengesan ditemui di dalam beg tangan mangsa namun tiada sebarang cap jari dikesan," jelas Jinwoo, salah seorang dari pasukan Younghyun.
"Okey, terima kasih. Ada apa-apa lagi yang korang jumpa mengenai Ahn Sera?" Tanya Yunho minta kepastian.
Polis yang bernama Jinwoo itu menggeleng lalu meminta diri untuk menyambung tugasannya. Younghyun meramas rambutnya kasar.
"Sekarang ni, apa kaitan bos Hyera dengan Chan?" Soalnya dengan nada geram. Kes pembunuhan semakin bertambah tetapi pelakunya tidak tertangkap meskipun sudah ada depan mata.
"Aku syak mungkin Hyera ada bercerita apa-apa tentang Sera pada Chan. Ya lah, kan Yongbok beritahu yang Chan tak akan usik orang sembarangan. Dia tak ada mengadu ke dekat kau pasal kerja dia?" Yunho membuat andaian sejurus bertanya.
"Dia mengadu bos dia susah nak bagi cuti tapi, tak kan lah sebab itu je Chan nak bunuh? Tak masuk akal dan lagi satu macam mana dia boleh tahu yang Sera, pemilik salun tu. Kalau ikutkan hati aku, memang aku heret dia masuk lokap. Tak kisahlah ada bukti ke tak ada." Younghyun menggenggam buku limanya. Jika tidak dikawal, silap-silap wajah Yunho pula yang menjadi mangsa nanti.
"Satu je benda yang perlu kau pastikan. Tanya Hyera sama ada Chan pernah berjumpa Sera tak sebelum dia dibunuh," cadang Yunho.
●○●○●○●○
Hyera segera membuka pintu apabila loceng rumah ayahnya ditekan. Pasti itu Chan memandangkan dia ada menelefon teman lelakinya sebentar tadi. Berita tentang kematian majikannya yang diberitahu Na Ri, sangatlah memeranjatkan.
"Sayang..." Hyera mencebik sebaik melihat wajah Chan yang menunggu di depan pagar rumah. Cecair jernih mula bergenang di tubir matanya. Dia berlari kecil lalu memeluk tubuh Chan.
"Hyera, kenapa menangis ni?" Soal Chan dengan penuh perhatian. Belakang kepala gadis itu diusap perlahan.
"Bos saya, dah meninggal malam tadi," beritahu Hyera sambil menangis perlahan.
"Ha?? Sebab apa dia meninggal?" Tanya Chan dengan nada terkejut yang sengaja dibuat-buat. Dia meleraikan pelukan lantas memegang bahu gadis itu.
"Kita pergi ambil angin dulu? Tenangkan diri lepastu baru awak cerita pada saya, hmm?" Cadang Chan. Jarinya mengelap airmata teman wanitanya yang masih mengalir. Hyera mengangguk tanda setuju.
Selepas beberapa minit berjalan, barulah Hyera dapat menenangkan dirinya. Mereka membuat keputusan untuk berehat sebentar di sebuah bangku yang terletak di bawah pohon besar.
"Macam mana, dah okey?" Tanya Chan sambil membetulkan rambut Hyera yang agak berserabut ditiup angin petang.
"Dah... Cuma rasa sedih tu ada lagi. Ya lah, walaupun saya tak suka dia tapi, Puan Ahn bukan orang yang jahat sampai dibunuh macam tu sekali." Hyera menjelaskan puncanya bersedih di atas kematian majikannya.
"Mesti ada sebab di sebalik semua yang berlaku. Memang awak kenal dia tapi tak semestinya semua pasal dia awak tahu, kan? Kes bunuh macam ni bukannya berlaku tanpa sebab. Janganlah sedih lagi... Saya tak suka tengok awak menangis macam ni," pujuk Chan seraya memeluk bahu gadis itu.
"Okey... Sorry sebab call awak suruh datang. Menganggu je," ujar Hyera sambil mengelap airmatanya.
"Mana ada lah... I will always be here for you, Honey. Jom makan aiskrim nak, saya belanja?" Tanya Chan lalu tersenyum manis apabila Hyera mengangguk laju. Kemudian dia bangun dari bangku sebelum menghulurkan tangannya.
Kereta Younghyun mula memasuki garaj kereta. Dia pulang ke rumah ayahnya memandangkan Hyera bermalam di situ. Kasut ditanggal sebelum kaki menapak masuk. Kenderaan Encik Kang tiada menandakan dia masih belum pulang dari tempat kerja.
"Hyera?" Panggil Younghyun namun tiada sebarang sahutan. Setiap pintu bilik dibuka termasuk bilik air dan adiknya tiada di dalam rumah. Kepala mula memikirkan bermacam-macam perkara. Pintu rumah yang tidak berkunci menambahkan lagi rasa gusar. Dia menelefon Hyera, malangnya telefon gadis itu tertinggal di ruang tamu.
"Sehoon, kau tahu dekat mana adik aku?" Tanya Younghyun oleh kerana jejaka itu diberi tugas untuk perhatikan langkah Hyera.
"A-aku minta maaf, Hyun. Tempat terakhir yang aku nampak Hyera dengan Chan, dekat bangku taman dan lepas tu aku terlepas pandang."
"Apa maksud kau?? Kan aku dah amanahkan kau untuk ikut Hyera. Aku nak kau cari dia sampai jumpa. Kalau jadi apa-apa dekat adik aku, kau bertanggungjawab, Sehoon." Suaranya semakin mengeras lantas mematikan panggilan tanpa sempat Sehoon bersuara.
Hampir saja dia menangis kerana takut kehilangan Hyera apatah lagi apabila Yongbok memberitahu yang Chan hanya menggunakan Hyera. Adakah keputusannya untuk mengikut apa yang dikatakan jejaka itu ialah pilihan yang salah? Kasut yang dipakai, tidak disarung dengan betul kerana tergesa-gesa.
"Abang! Awal balik hari ni?" Suara Hyera, membuatkan Younghyun menarik nafas lega.
Melihat adiknya berpegangan tangan dengan Chan, Younghyun segera menghampiri Hyera. Wajahnya yang tegang jelas terpapar, sedikit sebanyak merisaukan Hyera.
"Kenapa muka Abang macam tu?" Soal Hyera.
"Pintu rumah tak kunci, telefon tinggal dekat rumah... Hyera boleh tanya kenapa?" Tanya Younghyun tidak puas hati. Hyera tidak tahu betapa cemas dirinya sebentar tadi.
"Sorry..." Hanya itu yang mampu dituturkan. Dia sedar kecuaiannya menyebabkan abangnya risau separuh mati.
"Saya pun minta maaf, Abang Hyun sebab saya yang ajak Hyera jalan-jalan." Chan mencelah. Younghyun sekadar mengangguk perlahan. Dia tidak boleh melepaskan perasaan marah pada Chan yang mana boleh membuatkan jejaka itu mencurigainya.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, Chan meninggalkan Hyera bersama Younghyun. Sebaik berpaling ke arah yang bertentangan, Chan tersenyum sendiri.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro