◦𝟏𝟕◦
6 tahun sebelumnya
Minhyuk menyarungkan kasut seraya melihat jam di tangannya. Masih belum terlambat untuk dia pergi ke tempat kerja yang tidak jauh dari rumahnya. Selepas menamatkan zaman persekolahan, dia membuat keputusan untuk bekerja secara sambilan supaya dapat menyara hidupnya bersama Yongbok.
"Yongbok! Abang nak pergi kerja dah ni! Jangan lupa kunci pintu!" Laungnya dari luar. Nampak gaya, adiknya masih tidur oleh kerana tiada sebarang sahutan. Maklumlah, hari cuti kerana selalunya waktu sebegitu Yongbok sudah bangun. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia berpatah semula untuk mengunci pintu dari dalam.
Bibir mula mengukirkan senyuman apabila melihat pemanggil yang sangat ditunggunya. Ibu jari segera menekan butang hijau untuk menjawab panggilan.
"Younghyun! Macam mana kau dekat sana?" Soalnya dengan nada ceria. Sahabat yang selalu bersama kini berada di perantauan namun itu tidak menghalang mereka berdua dari terus berhubung walaupun berbeza waktu.
"Aku okey... On the way ke tempat kerja. Ingat pesan aku, belajar elok-elok. Jangan sia-siakan peluang yang ada," nasihat Minhyuk lalu tertawa sendiri mendengar jawapan kawannya.
Jika tiada masalah kewangan, sudah tentu dia dapat bersama-sama Younghyun di Kanada tetapi itu semua hanyalah mimpi yang terpaksa dilupakan. Meskipun begitu, Minhyuk tetap gembira kerana sekurang-kurangnya Younghyun dapat merealisasikan impiannya.
Setelah beberapa minit berbual di telefon, Minhyuk terpaksa menamatkan panggilan memandangkan sudah sampai ke tempatnya bekerja. Sementara pelanggan belum ada, Minhyuk menambah beberapa stok makanan di rak. Selesai melakukan itu, barulah dia duduk di kaunter sambil menunggu pelanggan.
"Selamat datang..," ramahnya apabila seorang lelaki melangkah masuk. Gerangan itu terus menuju ke arah belakang, di mana pelbagai minuman ditempatkan. Membiarkan saja pelanggan memilih barangan yang hendak dibeli, Minhyuk menunggu di kaunter.
Lelaki tadi mengambil sebungkus roti berkrim dan sebotol air mineral. Dengan perasaan teragak-agak, dia menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.
Menyedari tingkah laku pelanggannya yang kelihatan aneh, Minhyuk memberanikan dirinya untuk bertanya, kalau-kalau lelaki itu perlukan bantuan. Rasa simpati mula menyerbu dirinya sebaik mendapat tahu pelanggannya tidak mempunyai wang yang mencukupi.
"Tak apalah, saya belanja pakcik." Minhyuk memulangkan semula duit lelaki itu.
"Terima kasih, nak." Hanya itu saja yang mampu dikatakannya. Hendak menolak, dia memikirkan anaknya yang belum makan sejak semalam.
"Sama-sama," balas Minhyuk bersertakan senyuman manis. Matanya memandang langkah lelaki yang sudah keluar dari kedai. Kerana rasa kasihan, Minhyuk mengambil dua bungkus roti lagi bersama sebotol air untuk diberikan lalu mengejar pakcik tadi.
Ketika hendak melintas ke seberang, lelaki itu terjatuh ke atas jalan raya. Minhyuk yang melihat itu segera berlari untuk membantu tanpa menyedari sebuah kereta meluru laju ke arah mereka berdua. Niat hendak menyelamatkan nyawa seorang insan bertukar kepada tragedi yang meragut dua nyawa sekaligus.
Yongbok terjaga dari tidur apabila sinaran matahari mengenai wajahnya sebelum dia menukar posisi baring kepada posisi duduk. Kaki diturunkan dari katil sambil meregangkan badan. Rantai kesayangannya yang sudah terputus dua akibat ditarik Younghyun semalam, dikeluarkan dari poket seluar.
Loket yang berbentuk hati itu dibuka. Gambarnya bersama Minhyuk ditenung lama. Malam semalam dia bermimpikan abangnya setelah lama lelaki itu tidak muncul dalam tidurnya. Dia menyimpan benda kecil tadi ke dalam laci lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Langsir ruang tamu diselak supaya cahaya matahari menerangkan isi rumah. Yongbok mengagak Chan bermalam di hospital malam tadi. Segelas air kosong diteguk beberapa kali sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Sekarang, kebenaran tentang Chan sudah diketahui pihak polis yang mana perkara itu juga merupakan satu risiko yang besar buat dirinya.
"Kenapa semua ni perlu terjadi?" Soalnya sendiri. Andaikan waktu dapat berputar kembali, sudah tentu dia akan menghalang Chan daripada terus melakukan perbuatan keji dan kehidupan mereka berdua sebagai sahabat akan menjadi lebih indah. Namun dia sedar, perkara itu tidak akan pernah berlaku walaupun hanya untuk sekali.
"Awal bangun?"
Suara yang datang dari arah belakang membuatkan Yongbok tersedar dari lamunan lalu berpaling. Gelas pada tangan diletakkan ke atas meja dengan riak wajah yang kekal bersahaja. "Aku ingat kau tidur dekat hospital. Balik pukul berapa semalam? Aku tak perasan pun."
"Entah... Kenapa, perlu tengok jam ke?" Soal Chan seraya mengangkat keningnya.
"Tak pun, aku saja je tanya. Awal bersiap, nak keluar dengan Hyera?" Yongbok meneruskan perbualan sebaik melihat Chan berpakaian agak cantik dari hari biasa.
"Haah sebab dia cuti hari ni. Itu yang Hyera ajak keluar jalan-jalan," beritahunya bersertakan senyuman manis. Yongbok hanya sekadar mengangguk. Seperti yang dirancangkan, mereka tidak akan mengganggu Chan dan Hyera memandangkan hubungan mereka dalam keadaan baik.
Chan membaca mesej yang baru masuk. Jarinya laju menaip sesuatu dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi. Melihatkan reaksi kawannya, Yongbok tahu dengan siapa Chan berbalas mesej.
"Okeylah, aku pergi dulu. Jaga rumah tau." Kunci motor yang tergantung pada dinding, dicapai. Sempat dia melambai kecil ke arah Yongbok yang masih berdiri di sebelah meja makan.
"Tsk, dasar hipokrit..." Yongbok menjeling dalam diam.
●○●○●○●○
Younghyun yang ingin bertolak ke tempat kerja, sedikit hairan bila melihat Hyera sedang menunggu di depan pagar. Seingatnya, semalam gadis itu memberitahu yang dia mendapat cuti untuk hari ini.
"Nak pergi mana?" Tanya Younghyun sementara tangannya membuka pintu kereta di bahagian pemandu.
"Keluar dengan Chan lah... Abang ni buat-buat tanya pula. Macam tak biasa je Hyera keluar pagi kalau hari cuti." Mendengar jawapan adiknya, perasaan risau hadir dalam diri walaupun dia sendiri belum pasti kebenarannya. Younghyun segera membuka langkah menuju ke arah Hyera.
"Tak payahlah keluar pagi ni, duduk rumah. Hyera cuti kan sebab nak rehat... Ambil lah peluang yang ada," tegah Younghyun.
"Lah, ini pun rehat Abang. Rehatkan fikiran. Kenapa dengan Abang pagi ni? Pelik semacam. Hyera rasa kan... Abang pun kena ambil cuti. Ya lah, pagi petang siang malam sibuk bekerja." Hyera mengusik jejaka itu.
Kehadiran Chan membuatkan perbualan dua beradik tadi tergantung tanpa sempat Younghyun menjawab. Teringatkan pesanan Yongbok, dia memilih untuk berdiam diri.
"Selamat pagi, Abang Hyun." Chan menyapa tanpa turun dari motosikal yang dibawanya. Younghyun cuba mengukirkan senyuman supaya suasana tidak canggung.
"Hyera keluar dengan Chan jadi, Abang janganlah risau. Kita orang pergi dulu, ya?" Ujar Hyera sambil memeluk lengan abangnya. Tidak mahu berfikir bukan-bukan, Younghyun mengangguk kecil lalu mengusap kepala Hyera. Sekarang dia hanya perlu ikut rancangan yang dibuat semalam.
Senyuman pada wajah adik perempuannya, sedikit sebanyak melegakan hati. Sepanjang perkenalan Hyera dengan Chan, tidak pernah sekalipun gadis itu mengadu apa-apa kepadanya selain bercerita tentang kebahagiaannya bersama Chan.
Jari menekan satu nombor sebelum telefon dilekapkan pada telinga. Tidak lama kemudian, suara orang yang ditelefon mula kedengaran. "Hello, Sehoon... Kau dah boleh mulakan kerja yang aku bagi semalam."
●○●○●○●○
Ramai orang membeli barangan di sebuah pasaraya namun itu tidak menghalang Chan dan Hyera meneruskan aktiviti mereka pada pagi itu. Sebuah troli makanan diambil sebelum Chan menolak masuk ke dalam pasaraya.
"Seriuslah awak nak luangkan masa dekat sini?" Chan meminta kepastian. Selalunya pasangan kekasih akan menghabiskan masa di pusat beli-belah, pantai atau tempat yang lebih menarik. Hyera pula beria mengajaknya ke pasaraya kerana hendak membeli barang katanya.
"Betul lah. Awak nak makan apa tengahari ni, cakap je biar saya masakkan untuk awak." tanya Hyera sambil memerhatikan barang yang tersusun rapi di atas rak.
"Waa... Kalau awak yang masak, saya nak makan nasi goreng kimchi. Boleh?" Beritahu Chan. Tidak sangka teman wanitanya menawarkan diri untuk menyediakan hidangan tengahari nanti.
Hyera mengangguk laju. Setakat nasi goreng, semudah memetik jari saja. Memandangkan menu sudah dipilih, pasangan itu menuju ke bahagian kanan pasaraya untuk mencari perencah nasi goreng sebelum ke tempat lain pula. Dua jenis sayuran, sedikit dada ayam mentah dan beberapa jenis bahan tambahan lain diletakkan ke dalam troli. Setelah menghabiskan lebih kurang setengah jam di dalam pasaraya, akhirnya tugasan membeli barang masakan selesai.
Chan membawa dua plastik barang lalu diletakkan ke dalam bakul motosikalnya sebelum membantu Hyera memakai topi keledarnya. Enjin dihidupkan sebelum dia memecut motosikal meninggalkan tempat parkir.
Yongbok sedikit tercengang sebaik saja mendapat tahu Hyera akan memasak hidangan tengahari untuk mereka. Plastik yang penuh dengan barang pada tangan Chan, diambil lalu diletakkan ke atas meja.
"Sorry tak sempat nak beritahu kau. Aku pun tak tahu yang Hyera nak masakkan untuk kita," jelas Chan. Dia pasti sahabatnya tertanya-tanya dengan kehadiran teman wanitanya ke situ.
"Ouh okey." Yongbok menjawab sepatah lalu menuju ke ruang tamu untuk menyambung ceritanya yang tergendala sebentar tadi.
Kelakuan dingin Yongbok membuatkan Hyera rasa bersalah. Dia memandang ke arah Chan yang sibuk mengasingkan barang keluar dari plastik. "Sayang... Yongbok marah ke tak beritahu dia dulu?"
"Mana ada... Awak ni macam tak kenal pula perangai dia. Jangan risau lah, Yongbok okey je. Sekarang kita nak buat apa dulu?" Chan menukar topik.
"Awak basuh sayur lepastu sejat dalam bakul. Dah siap basuh tu awak boleh join Yongbok tengok tv, selebihnya saya handle. Nah ambil ni." Hyera menghulurkan seikat daun sawi bersama kobis bunga untuk dibasuh. Tidak membantah, Chan hanya akur dengan arahan yang diberikan. Sekali sekala berehat, apa salahnya.
●○●○●○●○
Younghyun membaca sehelai kertas yang diberikan Yunho sebentar tadi. Setiap maklumat yang tertulis dibaca satu persatu sebelum kertas itu diletakkan ke atas meja.
"Lee Yongbok... Kenapa aku boleh terlepas maklumat penting macam ni?" Younghyun meraup wajahnya dengan kasar.
"Kenapa dengan Yongbok? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" Tanya Yunho dengan penuh rasa ingin tahu. Sebenarnya dari semalam lagi dia melihat Younghyun bertingkah agak berbeza di hadapan Yongbok seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.
"Yongbok sebenarnya adik kandung kepada mendiang kawan baik aku. Selama ni aku cuba untuk cari dia selepas balik dari Kanada dan tak sangka langsung orang yang aku cari, ada depan mata aku sendiri. Entahlah, aku dah tak tahu nak fikir apa sekarang ni." Younghyun menyandarkan kepalanya pada kerusi.
"Jadi apa yang kau nak ragukan lagi, Hyun? Semuanya budak tu dah jelaskan. Kau yang susah nak percayakan dia, buat sakit kepala sendiri je," bebel Yunho tidak puas hati.
"Yang kau tu, pergi percayakan dia kenapa pula? Dari semalam lagi kau sibuk sebelahkan dia," soal Younghyun pula tidak ingin mengalah.
"Aku macam kau juga masa Yongbok beritahu aku Chan pembunuh sebenar. Apa kau ingat aku ni senang terpengaruh ke? Dia cakap kat aku yang malam tu, Hyojin akan jadi mangsa seterusnya dan untuk buktikan apa yang dia cakap tu betul, Yongbok ajak aku keluar malam tu. Macam yang aku beritahu kau lah," terang Yunho panjang lebar.
"Tengok-tengok, betul dan sejak tu lah aku percayakan dia. Ha, puas hati??" sambungnya seraya mencekak pinggang.
Deringan telefon menyebabkan Younghyun tidak sempat bersuara. Melihat nama Sehoon, dia segera menjawab panggilan itu. Yunho yang berdiri di hadapan meja, mendiamkan diri memberi ruang untuk Younghyun bercakap.
"Okey bagus.. terus perhatikan dia. Apa-apa inform dekat aku." Telefon disimpan semula ke dalam saku seluar.
"Kenapa Sehoon call? Kau suruh dia perhatikan Yongbok lagi? Kan aku dah cakap bukan dia. Chan pembunuh tu." Yunho menggaru kepalanya yang tidak gatal manakala Younghyun kekal bertenang di tempatnya.
"Apa benda kau ni? Aku suruh dia perhatikan adik aku lah." Younghyun menggeleng perlahan, penat melayan kerenah kawannya. Yunho segera tersengih malu sebelum membulatkan mata.
"Maknanya kau percayakan Yongbok??"
●○●○●○●○
Selesai menjamu selera, Hyera meminta diri untuk pulang ke rumah. Tidak sedap pula berada di situ lama-lama. Beg tangan yang disangkut belakang pintu, diambil.
"Yongbok, aku hantar Hyera balik kejap," beritahu Chan walaupun kawan baiknya sedang berkurung di dalam bilik.
Pintu dibuka dari dalam sebelum Yongbok muncul di muka pintu. Hyera menelan air liurnya perlahan apabila jejaka itu memandang tepat ke arahnya.
"Terima kasih," ucap Yongbok lalu menutup semula pintu biliknya.
Hyera menoleh ke arah Chan dalam keadaan terpinga-pinga. Untuk pertama kalinya, Yongbok bercakap dengan dia yang mana membuatkan dirinya berasa teruja.
"See? Kan saya dah cakap, Yongbok tak kisah pun awak datang sini. Sekarang ni jom balik, dah petang ni." ajak Chan. Tangan yang ingin mencapai kunci motor segera ditepis teman wanitanya.
"Tak nak naik motor, nak jalan kaki," pinta Hyera sambil memuncungkan mulutnya. Chan tertawa melihat wajah lucu yang dipamerkan gadis itu lalu mengangguk setuju.
Pasangan itu berjalan sambil berpegang tangan. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa terasa sangat menyenangkan.
"Kan best kalau hari-hari macam ni... Tak payah bekerja, spend time dengan awak." Hyera memulakan perbualan.
"Kalau awak cakap macam tu, tak payahlah bekerja. Lagipun kan Abang Hyun dengan Papa ada untuk sara awak." Chan memberi cadangan. Setakat bekerja di salun rambut, gaji juga tidak seberapa.
Hyera melentokkan kepala di bahu kekasihnya. "Mengarutlah.. awak nak suruh Puan Ahn pancung kepala saya? Nak minta cuti pun bukan main susah, ini pula nak berhenti kerja, lagilah..."
Mendengarkan itu membuatkan Chan mengetap gigi namun reaksi wajahnya masih dapat dikawal. "Kenapa dia buat macam tu? Sepatutnya hak pekerja didahulukan. Dia kenalah sedar kalau awak dengan Na Ri tak bekerja dengan dia, salun rambut tu tak akan ada pun. Zaman sekarang ni, semua orang pandang gaji mana ada kerja sukarela kecuali terdesak sangat."
Mendengarkan kata-kata Chan, Hyera tersenyum sendiri. Tidak rugi dia meluahkan perasaan pada teman lelakinya. "It's okay... Saya kerja dekat situ pun sebab saya berminat walaupun bos... Erghh."
Chan tertawa mendengar keluhan teman wanitanya. Pegangan tangan dilepaskan lalu dia memeluk bahu Hyera pula sementara kepalanya ligat memikirkan cara untuk memberi pengajaran kepada manusia yang mementingkan diri sendiri itu.
●○●○●○●○
Seorang wanita berambut paras bahu keluar dari perut keretanya selepas berhenti di sebuah stesen minyak. Suasana di situ agak sunyi memandangkan sudah hampir tengah malam. Beg dompet dibawa bersama menuju ke kaunter bayaran.
Tidak sampai 5 minit, bos Hyera masuk semula ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan dia meneruskan memandu keluar dari stesen minyak. Tiba di sebuah simpang, wanita itu menarik nafas terkejut apabila sebilah pisau diacukan padanya.
"Hai, Puan Ahn... Jangan gelabah, fokus ke depan ya kalau tak nak mati awal." sapa Chan sambil tersenyum.
Wanita dikenali sebagai Ahn itu memandang cermin depan tetapi tidak dapat melihat wajah lelaki yang menyerangnya oleh kerana terlalu gelap.
"Si- siapa awak?" Soalnya ketakutan. Tangannya yang memegang stereng kereta sudah terketar-ketar.
"Kenapa tanya? Nak report polis?" Chan menyoal dengan nada sarkastik. Adakah perempuan itu menyangka semudah itu saja untuk dia beritahu identitinya.
"Sebenarnya aku datang ni sebab nak bagi pengajaran. Ya lah, aku dapat aduan yang kau tak ambil kisah pasal pekerja. Susah ke nak bertolak ansur?" Chan meminta jawapan lalu mengeratkan lagi pegangan pisau.
Puan Ahn mula teringatkan teman lelaki Hyera yang singgah di salun petang semalam. Jika betul tekaannya, apa yang Hyera beritahu kepada lelaki itu hinggakan dia bertindak sebegitu sekali.
"A-awak boyfriend Hyera??" Tebak wanita itu.
"Oops.. dah terkantoi. Jadi, terpaksalah..." Tanpa melengahkan masa lagi, pisau yang dipegangnya terus mengelar leher Puan Ahn dan dalam sekelip mata, cecair merah mula membuak keluar membasahi bajunya. Kereta yang dipandu mula hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu jalan.
Chan memegang kepalanya yang sedikit pusing kerana terhantuk pada belakang kerusi. Dalam keadaan terhuyung-hayang, dia membuka pintu untuk keluar dari situ. Sempat dia menoleh ke arah Puan Ahn yang sudah tidak bernyawa lagi sebelum tersenyum puas.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro