◦𝟏𝟎◦
Younghyun melepaskan penat di atas sofa pejabat sejurus kaki melangkah masuk. Dua tangannya diletakkan di belakang kepala sebagai alas manakala pandangan dihalakan ke arah siling bilik. Sudah hampir dua bulan kes pembunuhan terjadi namun mereka tidak menemui satu bukti pun walaupun pembunuh berada di depan mata.
"Kau rehat lah dulu. Dari semalam lagi tak tidur, sibuk uruskan kes Minseok," ujar Yunho. Dia faham betapa penatnya setelah hampir seharian mereka berdua berulang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kerusi pejabat ditarik sebelum dia melepaskan penat di situ.
"Hmm... Aku nak tidur sekejap. Lepas ni kena jumpa Chan, ada benda nak tanya dia. Kau nak ikut aku tak?" Tanya Younghyun dalam keadaan matanya tertutup. Tidak mendengar jawapan Yunho, dia membuka mata semula lantas menggeleng apabila lelaki itu sudah pun ternganga di kerusi. Younghyun tersenyum kecil lalu melelapkan mata.
●○●○●○●○
Yongbok yang sedang bersenang-senang di ruang tamu, memberi pandangan pelik sebaik saja melihat Chan berpakaian kemas. Hendak kata dia bekerja, restorannya ditutup selepas kejadian yang berlaku.
"Kau nak pergi mana? Jumpa Hyera?" Teka Yongbok lalu menghirup air.
"Eh bukanlah... Abang Hyun ajak aku jumpa sekejap. Mungkin berkaitan dengan kes Minseok," jelas Chan. Kasut yang tersusun di atas rak diambil sebelum disarungkan ke kaki.
Yongbok mencebik mendengarkan itu. Tanya orang itu orang ini, pelakunya tidak tertangkap juga. Membazir masa saja. Yongbok memusingkan badannya menghadap ke arah televisyen semula.
"Aku pergi dulu..," beritahu Chan.
"Hmm..." Yongbok menjawab manakala matanya tidak beralih dari skrin televisyen. Chan yang melihat jejaka itu sedang menonton kartun kegemarannya, tersenyum sendiri sebelum menutup pintu.
Chan mencari bayang Younghyun sebaik masuk ke dalam kafe yang diberitahu lelaki itu untuk bertemu. Sedang mencari, dia terdengar namanya dipanggil lantas mengangkat tangan apabila melihat Younghyun yang ketika itu duduk di meja belakang.
"Lama dah ke Abang Hyun tunggu?" Tanya Chan sejurus melabuhkan punggung. Beg galas kecilnya dilepaskan sebelum dia meletak di atas riba.
"Tak ada lah... Baru je sampai ni. Order lah air dulu." Buku menu dihulurkan kepada Chan.
Pelayan kafe dipanggil untuk mengambil pesanan. Selepas pekerja itu meninggalkan meja mereka, Younghyun memulakan perbualan ataupun lebih tepat, pertanyaan.
"Saya nak tanya tentang Yongbok, boleh?" Soalan itu membuatkan riak wajah Chan berubah hairan. Dia menyangka Younghyun mengajaknya bertemu untuk bercakap tentang kejadian malam semalam.
"Kenapa Abang Hyun nak tanya tentang Yongbok pula? Dia bukan ada kaitan dengan apa yang berlaku." Tanya Chan ingin tahu.
Younghyun menarik nafas seketika. Semua ini sudah dapat dijangka sejak tadi. Siapa saja yang tidak terkejut jika nama sahabat dipetik secara tiba-tiba. "Sebelum itu, saya nak minta maaf. Buat masa sekarang, semua bukti tertuju pada Yongbok. Saya tak berniat untuk buat awak terasa tapi, itu hakikatnya."
Chan diam membisu. Matanya memandang ke arah dinding kaca yang menampakkan orang lalu lalang di luar kafe. Dalam pada masa yang sama, minuman yang dipesan Chan sampai. Tanpa berkata apa-apa, dia menyedut airnya. Younghyun pula hanya membiarkan kelakuan Chan, cuba memberi lelaki itu sedikit masa.
"Apa maksud Abang Hyun yang bukti menunjuk kepada kawan baik saya?" Tanya Chan setelah mendiamkan diri. Gelas minuman diletak ke tepi, memberi perhatian dengan apa yang akan disampaikan Younghyun.
"Macam yang pernah awak cakap pada saya sebelum ni. Semua mangsa pembunuhan seperti ada kaitan dengan awak. Bermula dari pemandu teksi hinggalah Encik Kim dan semua itu terus berlaku. Semalam, Minseok... Rakan kerja yang juga kenalan awak, menjadi korban seterusnya-" Younghyun berhenti seketika.
"-Dan hasil siasatan kami, pembunuh buat semua ni atas sebab balas dendam untuk awak, Chan. Tiada orang lain selain Yongbok. Pada mulanya, Hyunjae namun dia terbukti tak bersalah. Sebagai kawan baik Yongbok, boleh awak cerita macam mana korang jadi rapat dan juga keperibadian dia," pinta Younghyun.
"Kita orang kenal sejak sekolah menengah. Semuanya bermula sejak saya tolong Yongbok dibuli pelajar lain. Dia dipinggirkan pelajar-pelajar sebab sifat dia yang pendiam dan tak kisah hal orang lain. Hari saya berpindah ke sekolah itu jugalah hari yang sama kita orang mula berkawan. Persahabatan kita orang bertambah rapat dari hari ke hari sampailah kami sama-sama kehilangan orang tersayang," cerita Chan manakala Younghyun fokus mendengar.
"Sejak kemalangan yang menimpa satu-satunya ahli keluarga yang ada... Kita orang buat keputusan untuk berhenti sekolah sebab tak tahan diejek budak lain. Saya mula bekerja sambilan di kedai serbaneka sementara Yongbok pula mencari rumah untuk disewa."
"Dia tak nak bekerja sebab selalu teringatkan mendiang abang dia yang mana meninggal semasa bekerja. Sepanjang persahabatan kita orang yang terjalin selama 6 tahun, sekalipun Yongbok tak pernah kisah pasal orang lain apatah lagi nak mengotorkan tangan dia," suara Chan kedengaran sebak.
Younghyun mula rasa bersalah bercampur keliru. Entah reaksi apa yang patut ditunjukkan ketika itu. Kisah persahabatan antara Chan dan Yongbok begitu menyentuh hati namun itu juga boleh menjadi motif untuk Yongbok bersikap begitu terlalu melindungi satu-satu sahabatnya.
"Saya minta maaf, Chan sebab buat tuduhan dengan andaian sendiri tanpa ada bukti kuat." Younghyun bersuara.
Chan menggeleng perlahan. "Abang Hyun tak salah dan saya tak ada hak untuk menghalang kerja pihak polis dalam mengesan pembunuh tu walaupun orang yang dicari ialah Yongbok sendiri."
Kata-kata Chan membuatkan Younghyun sedikit terkejut. "Maksudnya, awak tak nafikan apa yang saya beritahu tadi?"
"Seorang sahabat tak akan sanggup biarkan kawan baik dia lakukan hal yang tak elok. Salah tetap salah tapi dalam masa yang sama, saya juga percaya Yongbok tak akan buat perkara macam tu." ujar Chan seraya tersenyum tawar. Pahit untuk berkata begitu sejujurnya tetapi itulah kebenarannya.
"Terima kasih Chan sebab memahami. Saya janji takkan tersilap dan tangkap pembunuh yang sebenarnya." Younghyun meyakinkan jejaka di hadapannya.
●○●○●○●○
Hyera berasa teruja apabila kereta milik Younghyun memasuki perkarangan rumah. Sengaja dia menelefon abangnya untuk mengajak makan bersama ayah mereka pada malam itu. Kerana tidak dapat menahan sabar, dia menghampiri Younghyun yang baru saja keluar dari kereta.
"Ingatkan Abang tak balik..," ujar Hyera lantas memeluk lengan Younghyun. Mereka berdua masuk ke dalam rumah bersama-sama.
"Mestilah kena balik... Adik kesayangan ajak makan malam. Mana boleh tolak," balas Younghyun.
"Ewww... Sejak bila Abang pandai bagi ayat manis ni? Ada girlfriend, ya?? Siapa perempuan tu, cepatlah beritahu Hyera..," desak gadis itu.
"Nama dia... Jeong Yunha," beritahu Younghyun seraya tersenyum. Hyera mengerutkan dahi apabila mendengar nama itu. Seperti pernah dengar tetapi di mana?
"Mana Hyera kenal... Jeong Yunho kenal lah. Mamat kaki panjang tu." Hyera memuncungkan mulut.
"Ha ya... Dia lah girlfriend Abang. Cantik kan orangnya," tanya Younghyun dengan nada sarkastik. Adakah Hyera fikir tugasnya sebagai detektif yang menguruskan kes berat, sempat untuk mencari pasangan?
Encik Kang, ayah dua beradik itu hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat anak-anaknya. Sebelum makanan sejuk, lebih baik dia hentikan pergaduhan kecil yang terjadi. "Sudah, jom makan. Papa dah lapar ni."
Hyera menunjukkan buku lima tepat di wajah Younghyun sebelum menuju ke meja makan. Jejaka itu tergelak kerana terhibur. Padan muka, tanya lagi soalan merepek.
Lauk diletakkan ke dalam pinggan. Suasana di meja agak sepi memandangkan masing-masing menikmati hidangan yang dimasak Hyera.
"Macam mana dengan kerja kamu, Younghyun? Okey?" Encik Kang memulakan perbualan.
"Okey je, Pa." Younghyun menjawab pertanyaan ayahnya sebelum memandang Hyera yang sibuk menambah lauk. Menyedari dirinya dipandang, gadis itu mengangkat kening, menyoal tindakan Younghyun.
"Hyera... Chan tu orang macam mana? Abang tak sempat nak berbual lama pasal dia sebab kerja," soal Younghyun ingin tahu. Memandangkan dia tidak begitu rapat dengan Chan jadi dia belum mengenali hati budi lelaki itu.
"Baik gila... Caring, selalu buat lawak hambar dan annoying macam Abang." Hyera terus tertawa apabila melihat abangnya membulatkan mata mendengarkan kenyataan terakhirnya.
"Hyera, tak baik gelak macam tu depan rezeki." Serta merta gadis itu senyap apabila ditegur ayahnya.
Younghyun mengangguk perlahan kerana semua itu sama dengan sangkaannya. Nasi dikunyah sebelum dia bersuara semula.
"Kawan Chan, Hyera kenal? Yongbok nama dia." Sekali lagi Younghyun bertanya.
"Kenal tapi tak rapat sebab jumpa pun dua tiga kali macam tu je. Hyera takut nak cakap dengan dia sebab suka pandang Hyera pelik tapi, dia okey je. Buat hal sendiri dan hormat privasi orang," beritahu Hyera tanpa banyak tanya.
"Lain kali ajaklah Chan makan malam dengan kita. Dah lama Papa tak berbual dengan dia." Encik Kang mencelah perbualan antara dua beradik itu.
Hyera mengangguk laju. Senyuman terus lebar hingga ke telinga sebaik saja Encik Kang menyebut nama kekasih hatinya. Younghyun yang menyaksikan semua itu menyengetkan mulut tanda menyampah.
●○●○●○●○
Chan memeluk lututnya sambil termenung jauh. Selepas berjumpa dengan Younghyun tadi, dia belum pulang ke rumah sebaliknya terus pergi ke Sungai Han untuk menenangkan fikiran.
"Kenapa Yongbok?" Soalnya sendirian. Bintang yang kelihatan di langit dipandang lama. Kehadiran Yongbok dalam hidupnya umpama bintang yang mengindahkan langit malam. Sekalipun dia tidak pernah berasa sunyi kerana hari-harinya sentiasa ditemani jejaka itu.
Getaran telefon membuatkan lamunannya terhenti separuh jalan. Pasti Yongbok menghubunginya untuk bertanya dia ada di mana. Telefon dikeluarkan dan tekaannya salah apabila bukan Yongbok sebaliknya Hyunjae.
"Ya, kenapa call aku? Ada masalah apa-apa ke?" Ujar Chan lalu diam sebentar untuk mendengar apa yang dikatakan Hyunjae.
"Ada dekat Sungai Han ni... Kau datanglah, aku tunggu. Okey, aku letak dulu." Chan menekan butang merah pada skrin telefonnya.
Lebih kurang 20 minit menunggu, Hyunjae tiba di situ. Chan sedikit hairan kerana rakan kerjanya itu mahu berjumpa. Ada hal penting katanya untuk diberitahu. Setin air berkarbonat dihulurkan kepada Chan sebelum dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
"Apa benda yang kau nak cakap dengan aku? Macam dalam call tak boleh beritahu." Chan membuka penutup tin lalu meneguk air beberapa kali.
"Aku nak ceritakan pada kau apa yang aku nampak malam Minseok meninggal. Aku ingat nak beritahu polis tapi tak kesampaian," jelas Hyunjae.
"Okey, jadi apa yang kau nampak?" Soal Chan dalam nada serius. Matanya juga fokus memandang Hyunjae yang duduk di sisinya.
Nafas ditarik dalam sebelum dia bersedia menceritakan segalanya. "Sebenarnya... Aku sampai lebih awal dari kau dan aku dengar apa yang pembunuh cakap dengan Minseok cuma, aku tak boleh nak tolong sebab terlalu takut."
"Apa yang lelaki tak guna tu cakap? Aku nak tahu," tegas Chan.
"Setiap perbuatan akan dibalas semula. Itu saja yang aku dapat dengar tapi, aku tertanya-tanya sampai sekarang apa yang Minseok buat sampai kena bunuh macam tu sekali?" Mata Hyunjae mula bergenang dengan air mata sebaik saja mengingat semula kejadian itu.
"Sabarlah, kita tak boleh halang apa yang dah tertulis. Jadi pasal ni lah yang kau nak cakap dengan aku?" Soal Chan. Tidak mustahil ketika soal siasat semalam, Hyunjae terlalu gugup hingga tidak lepas untuk menceritakan tentang itu kepada pihak polis.
"Aku menyorok dalam bilik persalinan baju dekat belakang, jadi aku mengintai dan masa tu aku perasan ada satu benda berkilat dekat badan pembunuh tu. Tak silap aku, rantai leher silver," cerita Hyunjae semula.
"Kau nampak muka dia? Ataupun selain daripada tu? Kau sepatutnya pergi beritahu polis, bukan aku," kata Chan. Setiap maklumat sangat berguna untuk membantu penyiasatan bahkan pihak polis ada peluang untuk memberkas pembunuh itu.
Hyunjae hanya menunduk. Memang itu yang difikirkannya tetapi, dia ingin mengumpul kekuatan dengan memberitahu perkara itu kepada Chan terlebih dulu. Kalaulah dia lawan sifat penakutnya pada hari itu, sudah tentu muka penjenayah dapat dicam.
"Okey, aku faham. Kau beritahu aku dulu sebab nak ajak teman pergi balai polis kan?" Tebak Chan dan tekaannya tepat apabila Hyunjae mengangguk.
"Nak pergi sekarang ke? Aku tak kisah pun bila-bila," tanya Chan lagi.
"Maaf, Chan sebab menyusahkan. Padahal aku boleh je pergi sendiri." Hyunjae rasa serba salah.
"Tak ada apalah. Kejap, aku call Abang Hyun, nak tanya dia ada di balai tak." Chan mendail nombor Younghyun lalu telefon ditekap pada telinga menunggu jejaka itu menjawab panggilan.
"Hello, Abang Hyun... Ada dekat mana?" Hyunjae yang duduk di sebelahnya hanya menanti jawapan sementara Chan bercakap dengan Younghyun.
"Ouh yeke... Okeylah. Selamat malam." Chan mengemam mulutnya lantas menamatkan panggilan.
"Abang Hyun ada di rumah sekarang. Jadi, kita kena tunggu esok untuk beritahu tentang ni pada dia. Lagipun, esok kan pengebumian Minseok. Abang Hyun datang juga," Chan menyampaikan apa yang dikatakan Younghyun tadi.
"Hmm... kalau macam tu, tak apalah. Kita tunggu. Kau nak balik dah ke?" Hyunjae melihat jam yang tertera pada skrin telefonnya. Sudah hampir pukul 10 malam.
"Haah... Jomlah, balik sekali." Chan mengajak Hyunjae untuk pulang bersama.
Yongbok yang bersantai di ruang tamu, berpaling ke belakang apabila mendengar pintu rumah ditutup sebelum menonton kembali filem yang ditayangkan.
"Lambat balik... Pergi mana?" Soal Yongbok sementara matanya tidak beralih dari skrin televisyen.
Chan menyangkut beg galas di belakang pintu sebelum mengambil tempat di sebelah Yongbok. Sebaik saja merasai keempukan sofa serta merta Chan menyandarkan kepala.
"Pergi Sungai Han kejap lepastu Hyunjae ajak jumpa. Itu yang lewat. Dah makan?" Jelas Chan sekaligus bertanya sahabatnya.
"Dah tadi. Kenapa Hyunjae ajak jumpa pula? Bukan esok dia pergi pengebumian Minseok juga ke?" Soal Yongbok sambil mengunyah makanan ringan yang dibeli siang tadi.
"Hyunjae nak beritahu yang dia nampak pembunuh malam tu pakai rantai silver tapi tak nampak muka. Jadi, kita orang ingat nak pergi balai dan Abang Hyun pula dah balik rumah. Kesudahannya, esoklah baru Hyunjae beritahu," cerita Chan panjang lebar.
Yongbok yang ralit dengan filemnya tidak menjawab, hanya sekadar mengangguk perlahan.
"Aku masuk bilik dulu... Mengantuk." Chan bangun dari sofa seraya menguap. Kaki dilangkah menuju ke biliknya. Dia sempat menoleh belakang, memandang Yongbok sebelum menutup pintu.
Chan menggeleng kepala perlahan. Selepas melihat rantai leher yang sentiasa dipakai Yongbok, dia mula teringat apa yang diberitahu Hyunjae tadi. Kata-kata Younghyun petang tadi langsung terlintas di fikirannya.
"Takkanlah Yongbok... Pembunuh tu?" Soal Chan tidak percaya.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro