𝘏𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘙𝘦𝘦𝘭 ┊ 𝘔𝘪𝘬𝘳𝘰𝘬𝘰𝘴𝘮𝘰𝘴
𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐨𝐥𝐝.
𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓽 𝓵𝓥 : 𝓜𝓲𝓴𝓻𝓸𝓴𝓸𝓼𝓶𝓸𝓼
╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗
❀ Park Hyeki ❀
╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝
Jatuh cinta itu indah,
sangat indah malah.
Namun keindahan itu,
hanya akan terjadi,
apabila kau jatuh cinta pada
orang yang sepatutnya.
Jadi, mengapa kau masih di sini ?
Kenapa kau masih mengharapkan,
orang yang tidak sepatutnya kau cintai.
Apakah kau memang tidak tahu,
atau berpura - pura tidak tahu,
bahwa orang yang kau cintai itu,
bukanlah ditakdirkan untukmu.
Hyeki tersenyum sendiri melihat sajak yang ditulisnya semasa berada di alam persekolahan satu ketika dahulu. Namun, sekiranya diperhati dengan lebih terperinci, sepertinya senyumannya itu lebih kepada senyuman mengejek yang bukannya dituju pada orang lain,
Melainkan dirinya sendiri.
Sajak pertama ditulis olehnya yang lansung tidak mempunyai jiwa untuk mendalami seni dan budaya, apa lagi menjiwai betapa indahnya bahasa kesusasteraan. Hyeki bukannya seorang yang pintar berkata - kata, apa lagi berkias - kias semasa diajak bicara.
Dia bukannya seorang gadis yang dianugerahkan kepintaran untuk mempunyai kosa kata yang luas. Bukan juga seorang yang pandai bermain kata melalui penulisan. Ayat yang dibuatnya juga sering kali ditegur cikgu kerana sering kali tunggang terbalik dan sukar untuk difahami apa yang cuba disampaikannya.
Tapi, bagaimana ya Hyeki harus menjelaskan. Mungkin sekiranya kau betul - betul menjiwai perasaan dan ingin meluahkannya melalui penulisan sajak, semuanya pasti akan berhasil. Barangkali.
Wujudnya sajak ini bukan atas sebab perintah cikgu yang meminta untuk membuat sajak yang banyak maksud tersirat disebaliknya. Namun, ada 1001 peristiwa yang terjadi sehingga mata pena Hyeki menari - nari di atas kertas, menulis sebuah sajak yang menjadi kenangan zaman persekolahannya di tahun 2010, sembilan tahun yang lalu.
Zaman persekolahan yang diisi dengan kebahagian dan gelak tawa penuh riang sebelum diganti dengan tangisan hiba yang tragis di akhir ceritanya.
Dan jika ditanya apa yang paling disesalkan Hyeki semasa zaman persekolahannya,
ia adalah apabila dia jatuh cinta pada lelaki yang dicintai teman baiknya sendiri.
Sesuai dengan isi karya sajaknya yang sampai sekarang masih tidak diberikan tajuk yang sempurna. Kerana baginya, buat apa menamakan sesuatu yang membuatkan kita teringat kepada kenangan pahit yang mengubah seluruh keindahan sebuah kehidupan ?
Hyeki hanya mahukan pasangan ideal untuk membuatkan zaman persekolahannya menjadi lebih berwarna. Tapi semuanya tidak menjadi seperti yang dirancangnya apabila dia terperangkap dalam kisah cinta tiga segi antara dirinya, kawan baiknya, Shin Ryujin dan lelaki yang cuba diraih hatinya, Yang Jeongin.
Lebih mengharukan lagi apabila seorang Park Hyeki hanyalah orang luar yang berangan mahu memegang watak utama dalam kisah tersebut.
╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗
❀ Bella Kim Eunjin ❀
╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝
" Maaf, tapi buat masa ni saya tak berminat untuk ada hubungan istimewa dengan mana - mana lelaki. "
" Tapi kenapa ? " Kim Jongin menatap Eunjin dengan pandangan sayu, sepertinya pandangan matanya mengharapkan 1001 alasan yang munasabah keluar dari mulut gadis berambut hitam ikal mayang itu ; tentang mengapa dia tanpa berfikir panjang menolak lamaran si jejaka tampan itu mentah - mentah.
" Just because. "
Usai berkata - kata, Eunjin menunduk hormat kepada seniornya itu sebelum membuka langkah meninggalkan taman sains sekolah tersebut. Sepertinya dia ingin cepat - cepat pergi tanpa sempat mendengar jawapan yang bakal diucapkan oleh lawan bicaranya itu.
" Itu adalah confession yang kelima untuk hari ni. "
Eunjin tersentak, segera melihat ke arah suara itu datang. Kelihatan seorang lelaki yang berada dalam lingkungan umurnya sedang berdiri di belakangnya, dengan kaki yang tidak menyentuh jalanan yang berturap dan bersimen itu.
Dan Eunjin hanya melihatnya dengan pandangan biasa, lansung tidak mempamerkan wajah takut mahupun terkejut. Padahal sudah jelas yang memulakan perbualan itu bukanlah seorang manusia.
" Bukan salah aku yang tak terima. it's they own fault for not being my ideal type. "
Eunjin kembali menghadap ke hadapan, menyambung langkahnya yang terhenti sebentar tadi.
" Patutlah sampai sekarang masih single. Muka lawa, tapi cerewet. " Hantu berwajah remaja itu mencebik bibir.
" I will take it as a compliment. " ujar Eunjin sarkastik. Sesekali dia cuba mencuri pandang ke arah hantu yang sudah berada di sebelahnya.
" Anyways, aku tak sangka ya hantu macam kau ni berminat nak masuk campur dalam kisah percintaan manusia. Aku ingat selama ni roh yang selalu muncul depan manusia ni sebab nak balas dendam atau nak cari tahu tentang sebab kematian diorang. Ajaib sungguh anda ni ya. "
Kata - kata yang dilontarkan oleh Eunjin tanpa sedar telah berjaya menjadi kedengaran menyebalkan pada deria pendengaran hantu yang berambut pink itu.
Dia mencebik sebelum cuba menendang batu - batu yang berada di atas jalanan, tapi berakhir tragis apabila benda tidak bernyawa itu lansung tidak bergerak dari tempat asalnya dan yang lebih mengharukan lagi, Eunjin sempat melihat perbuatan tidak masuk akalnya itu.
" Gosh, tak sangka tahap kelucuan aku dengan sesuatu hanya sebatas ini ya Jimin. "
Eunjin tertawa kecil, namun sudah cukup untuk membuatkan makhluk ghaib yang digelarnya Jimin itu tertegun seketika. Mungkin menikmati sebentar pemandangan indah dihadapannya barangkali.
" Tch, berhentilah ketawa. Kau tak tau lansung tentang penat lelah aku mengensot, menggelongsor, bertenggek atas rumah orang semata - mata nak cari orang yang sedar tentang kewujudan aku. Kau ingat aku nak sangat ke nak ambil tahu pasal kisah cinta kau ? Dah lah jual mahal, pemilih pula tu. Tak paham betul aku dengan perempuan zaman now. " Bebel Jimin menyuarakan ketidak puashatiannya.
" Jadi apa khabar dengan pencarian kau tu ? Masih sama ? "
Jimin mengangguk. " Masih tetap kau je yang boleh nampak aku. Aku dah cuba muncul beberapa kali di depan teman sekelas kau yang kau cakap ada sixth sense tu, tapi hasilnya tetap sia - sia. "
" Mungkin dia menipu kot pasal tu. " Eunjin cuba membuat andaian tapi hanya dibalas gelengan oleh Jimin.
" Aku tak rasa macam tu sebab dia boleh nampak kawan - kawan seperjuangan aku kot. Haritu si Jin cuba - cubalah nak tegur mesra. Eh tetiba dia tayang jari kelingking depan Jin. "
Eunjin mengerutkan dahi. " Pelik jugak ya masalah kau ni. Dah lah kau tak ingat apa - apa lepastu tak tahu pula apa tujuan kau ada kat sini. "
" Dan lebih pelik lagi bila kau sorang je yang boleh nampak aku. "
Eunjin hanya berdehem kecil sebagai balasan.
" Atau sebenarnya kau memang ada kena mengena dengan kematian aku ya ? " Jimin menyoal, entah kenapa pertanyaan itu tanpa sengaja meluncur laju melalui bibirnya.
Raut wajah Eunjin serta - merta berubah pucat, namun dia dengan cepat cuba mengawalnya. Dia memandang ke arah Jimin dengan pandangan datar, namun entah kenapa Jimin dapat merasakan ada sesuatu yang hendak disembunyikan disebalik tatapan tersebut.
" Itu lansung tak lucu, Jimin. Jangan cuba nak merepek petang - petang ni. "
╭┉┉┅┄┄┈•◦ೋ•◦🌹•◦ೋ
PROLOGUE FOR THE TRUTH UNTOLD PART IV :
COMPLETE.
•◦ೋ•◦🌹•◦ೋ•┈┄┄┅┉┉╯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro