𝘏𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘙𝘦𝘦𝘭 ┊ 𝘔𝘢𝘱 𝘖𝘧 𝘚𝘰𝘶𝘭
⁕ ˚♡ ⋆。˚ ˚ 。⋆ ♡˚ ⁕ ┊
✽ ⋆ ┊ . ˚ ° .┊ ⋆ ✽
˚❁ °❁
.
.
𝒲𝑒𝓁𝒸𝑜𝓂𝑒
𝐭𝐨 𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐨𝐥𝐝.
𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓽 𝓵 : 𝓜𝓪𝓹 𝓞𝓯 𝓢𝓸𝓾𝓵.
· . .*
✦ ˚ * ⋆ . *
· .
. ˚ . °
╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗
❀ Kwon Mira ❀
╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝
Mira melemparkan pandangannya ke luar jendela kereta yang sedang dipandu oleh pemandunya. Matanya fokus memandang setiap rimbunan pokok yang dapat dilihatnya sepanjang perjalanan dengan disinari cahaya mentari pagi yang sangat indah. Pun begitu, keindahan alam fauna itu lansung tidak dapat dinikmati dengan sebaiknya.
Sebaliknya, fikirannya sudah menerawang jauh entah ke mana. Fikirannya amat terganggu pada ketika itu. Sesekali dia menguap kecil sebelum melemparkan pandangannya ke luar semula. Entah kenapa, kelihatan kerut di wajahnya yang muncul sesekali tanpa sengaja membuatkan dia seperti sedang memikirkan masalah ekonomi negara yang tiada penghujungnya.
" Aku tak layak untuk kau. Aku anak seorang penjenayah. Orang pandang serong dekat kau sebab kau pilih lelaki macam aku. Aku rasa lebih baik kau cari lelaki lain yang sesuai dengan status kau. Hubungan kita ni tak akan ke mana. "
Kata - kata teman lelakinya, Lee Felix kembali terngiang - ngiang di telinga dan menghantui fikirannya. Mira mengetap bibir sebelum menutup mata untuk seketika, sepertinya mahu menghilangkan wajah penuh serius Felix ketika melontarkan kata - kata tersebut.
Namun seperti yang dijangka, usahanya tetap akan gagal dan gagal lagi jika ia melibatkan lelaki yang paling disayanginya itu. Mira mengeluh sebelum meraup wajahnya dengan penuh kesal. Kata - kata Felix semasa kali terakhir mereka berjumpa itu betul - betul membuatkan Mira hampir gila dan menjadi tak tentu arah.
" Kau tak cukup layak untuk aku hanya sebab kau anak penjenayah ? Boy, is that supposed to be joke of the year ? "
Mira berbisik sendirian sebelum menyandarkan belakang badannya pada tempat duduk penumpang kereta mewahnya. Kepalanya dipicit berkali - kali, cuba menghilangkan sakit kepala yang dirasakannya ketika ini. Teman lelaki yang tercinta nak bawa break up, siapa je tak angin satu badan. Apa ingat ni benda boleh bawa break up, buat apa setia gitu ?
" Cik, kita dah sampai. "
Aktiviti memicit kepala yang dilancarkan Mira sebentar tadi segera terhenti. Ekspresi mukanya segera berubah dari wajah raksasa yang ingin menggoncangkan seluruh bumi Korea kepada wajah seorang wanita yang sangat berkaliber. Dia juga segera mencapai kaca mata hitam berserta kot hitam yang sangat elegen di sebelahnya.
" Kau nak tau tak Felix, mungkin menurut pandangan kau, you are not good enough to me tapi bagi pandangan aku- "
Pintu di tempat duduk penumpang dibuka oleh pembantunya lalu Mira segera keluar dengan penuh keanggunan sekali. Kaca mata dan kot hitam itu dipakai untuk menonjolkan lagi karakter penuh berprestijnya. Namun, jika dilihat dengan lebih teliti, kelihatan jelas mata indahnya, dia menyembunyikan sebuah pandangan yang sukar untuk dipastikan maksudnya apabila melihat papan tanda nama syarikat besar yang terbentang luas di hadapannya.
THE DREAMS COMPANY.
" Aku yang sebenarnya tak layak untuk menagih kasih sayang dari kau. "
Dengan langkah yang berat, Mira segera masuk ke dalam pintu utama syarikat itu diiringi oleh pembantunya.
╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗
❀ Kim Hanna ❀
╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝
" Apa dia ingat benda boleh bluetick, buat apa reply ah macam tu ? Wuish, aku geram betul lah kat dia. "
Haeun memaparkan muka monyok sambil menongkat dagu. Badannya juga dirasakan lansung tidak bermaya berkat mesej yang dihantar olehnya kepada teman lelakinya tidak dibalas sehingga sekarang. Rakan baiknya, Hyuna yang berada di tepi hanya mampu menepuk - nepuk bahu rakannya, memberi semangat kepada Haeun untuk sentiasa tabah menghadapi cabaran hidup berpasangan ini.
" Kenapa boyfriend aku tak sebaik, secomel, sehensem dan se-perfect boyfriend Hanna ? Oh, kalau aku ada di tempat Hanna, mesti aku tak akan lepaskan Jungkook dari dakapan aku selamanya. "
Haeun melepaskan keluhan berat apabila melihat adegan Kim Hanna dan Jeon Jungkook, pasangan yang sangat popular di Serendipity High School dan tersweet di alam semesta ini kononnya, sedang berborak mesra dihadapan mereka tanpa segan silu. Oh, sesungguhnya pemandangan ini amat tidak sihat dan sangat digalakkan untuk dilihat oleh golongan single atau golongan yang baru sahaja bergaduh dengan cinta hati masing - masing.
" Tapi secomel - comel dan sweet Jungkook pun, kau tak perasan ke dia macam sembunyikan sesuatu dari Hanna ? "
Kata - kata Hyuna mengundang kerutan pada dahi licin mulus Haeun. " Maksud kau ? "
Hyuna dengan segera mendekatkan jaraknya dengan Haeun untuk memulakan gosip terhangatnya secara senyap - senyap. Maklumlah, kalau Hanna dengar mereka bercerita yang buruk tentang teman lelakinya, pasti akan berlaku perang dunia ketiga dibuatnya. Hanna memang cool dan sporting dalam banyak hal, tapi bila jika ia melibatkan seorang Jeon Jungkook, Hanna akan menjadi seorang yang sangat sensitif.
" Kau tak perasan ke sejak pertama kali kita kenal Jungkook, dia pasti akan pakai sesuatu or pakaian yang elakkan leher dia terdedah. Lagi yang buatkan aku curios bila baju sekolah dia pun direka khas semata - mata nak tutup bahagian leher. Kau tak rasa benda ni pelik ke ? Aku tak kisah dia nak pakai baju sekolah design apa pun memandangkan ayah dia pengetua sekolah ni but come on, kenapa mesti nak tutup leher dia ? "
Haeun yang mendengar penjelasan panjang lebar Hyuna kemudiannya mengangguk laju, tanda mengiakan kata - kata Hyuna.
" Lepas kau cakap macam tu baru aku perasan. Kalau musim sejuk aku rasa benda tu tak terlalu menghairankan tapi musim apa pun yang kita lalui, pakaian dia tetap sama, tetap pakaian yang boleh cover leher dia. Aku lansung tak pernah nampak dia pakai pakaian sekolah yang biasa. "
Hyuna mencapai jus oren yang berada dihadapannya lalu diteguk dengan laju. Sesungguhnya bergosip ini memerlukan banyak air liur untuk menabur bakti dengan penuh maju jayanya.
" See, kau pun perasan kan ? Kau tak rasa curios ke nak tahu apa yang ada disebalik semua ni ? Aku pernah dengar jugak dari kawan rapat Hanna pasal benda ni. Kau bayangkan eh, waktu Hanna tanya pasal apa yang ada dekat leher Jungkook sampai dia tak pernah tunjukkan walaupun sekali, Jungkook mesti akan ubah topik. Kau tak rasa benda ni mencurigakan ke ? Benda apa yang dia nak sangat cover dekat leher dia sampai dia tak nak tunjukkan lansung ? "
Entah kenapa, secara tiba - tiba fikiran jahat Haeun menguasai seluruh akal fikirannya. Dia tersenyum sinis lalu berbisik ke telinga Hyuna dengan berhati - hati.
" Mungkin dia nak sembunyikan love bites yang dia dapat dari perempuan lain daripada pengetahuan Hanna kot. " Serentak dengan itu, gelak tawa penuh mengejek mereka berdua kedengaran di seluruh pelusuk kantin tersebut.
" You know what Haeun, aku pun rasakan benda sama. Muka kacak macam Jungkook tu mustahil kot tak pernah curang dengan sesiapa. Entah - entah setiap hari tukar dan tidur dengan perempuan tanpa pengetahuan Hanna. Wow, such a naugthy playboy- "
Belum sempat Hyuna menghabiskan kata - katanya, kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat pada meja yang sedang digunakan mereka. Air oren yang diminum Hyuna sebentar tadi juga terpecik keluar dari gelas sebelum gelas itu jatuh dengan efek yang sangat menyedihkan ke atas lantai.
Hyuna dan Haeun memandang sesama sendiri sebelum serentak memandang satu wajah yang sangat familiar sedang berdiri tepat di hadapan mereka.
" Oh my god, Hanna ! "
Hyuna mengetap bibir manakala Haeun pula sudah melopong tidak terkata. Kecut perut mereka dibuatnya apabila melihat senyuman penuh bermakna yang dihadiahkan khas dari Kim Hanna kepada mereka dengan pandangan mata yang amat tajam.
" Kenapa berhenti ? I pun nak dengar gosip hangat yang you berdua ni cakap sejak tadi jugak. "
Pada ketika itu, Haeun dan Hyuna hanya mampu berserah kepada takdir hidup mereka.
╭┉┉┅┄┄┈•◦ೋ•◦🌹•◦ೋ
PROLOGUE FOR THE TRUTH UNTOLD PART 1 :
COMPLETE.
•◦ೋ•◦🌹•◦ೋ•┈┄┄┅┉┉╯
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro