Don't Want To Be Hurt Anymore
║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║
Aroma biji kopi yang baru dikisar berserta deretan pelbagai jenis pencuci mulut yang kelihatan mewah dan membuatkan sesiapa sahaja terliur melihatnya merupakan benda pertama menyapa pandangan mata Seulrin semasa berjalan masuk ke dalam cafe yang bertemakan old school delights itu.
" Welcome to Cream n' Sugar Cafe. May I take your order, miss ? " Barista yang bertugas di bahagian kaunter itu menyapanya dengan senyuman.
" Please give me one caffè macchiato."
Usai mendapatkan apa yang dipesannya, Seulrin segera memanjangkan tengkuk, mencari tempat duduk yang semestinya bersebelahan dengan dinding kaca. Ia sudah menjadi tempat duduk wajibnya kerana dia memang sangat suka melihat pemandangan yang ada di luar cafe tersebut disamping memerhatikan ragam manusia yang pelbagai.
Setelah mendapatkan tempat duduk yang diinginkan, dia segera mengeluarkan beberapa buah buku pelajaran dari dalam beg sandangnya. Sesungguhnya belajar sambil meminum secawan kopi panas dan diserikan lagi dengan bunyi hujan di luar tidaklah begitu buruk. Malah, hal itu membuatkan Seulrin lebih fokus untuk memahami setiap bait perkataan yang ditaip pada buku yang dibacanya.
" Wah, jodoh siapa yang rajin sangat baca buku waktu sejuk - sejuk ni. "
Sejenak fokus Seulrin terganggu apabila terdengar bunyi kerusi dihadapannya ditarik dan ditambah lagi dengan satu suara garau yang cukup familiar pada pendengaran telinganya.
" Kalau kau nak lepak dekat sini semata - mata nak usik aku, lebih baik kau blah Yeol. Aku tak ada masa nak layan ketidaksiuman kau harini. " ujar Seulrin malas sambil membuat gesture mengusir dengan menggunakan tangannya.
" Auch, garangnya jodoh orang ni. Takut kita dibuatnya. " Chanyeol segera membuat muka acah takut sambil menutup mulutnya penuh dramatis.
" Park Chanyeol. I'm serious. " Seulrin memandang Chanyeol tajam.
" Geez, janganlah pandang aku macam tu Seul. Aku janji aku tak akan kacau kau belajar, aku cuma nak hilangkan rindu dengan pandang muka berseri kau je sekarang ni. "
Chanyeol menjawab tenang sambil memperlihatkan sengihan tidak berdosanya. Seulrin hanya mampu menghela nafas kecil, mengiyakan sahaja kata - kata Chanyeol kerana tidak mahu perdebatan itu menjadi lebih panjang.
Suasana cafe agak lenggang pada ketika itu. Mungkin akibat keadaan cuaca yang tidak berapa baik membuatkan ramai orang lebih memilih untuk berkabung di dalam selimut di rumah daripada keluar melihat dunia. Memang berbeza sekali dengan dua orang figura yang masih setia berada di tempat duduk masing - masing itu ; dengan Chanyeol yang sedang khusyuk merenung Seulrin yang sedang fokus membaca buku.
Entah apa yang menarik sangat dekat muka Seulrin tu sampai direnungnya sejak dari sejam yang lepas, hanya Chanyeol sahaja yang tahu. Mungkin dia sedang sibuk mengira berapa banyak jerawat yang ada dekat muka Seulrin kot.
" Kalau difikir - fikir, aku dengan kau tu sebenarnya jodoh ya Seul ? Kita kan ada banyak persamaan. " Chanyeol menegakkan badannya namun masih dalam posisi menopang dagu.
Seulrin mengerutkan dahi apabila mendengar pertanyaan itu. " Persamaan macam apa ? "
" Sama - sama bernafas. "
Refleks, Seulrin segera menghempuk Chanyeol dengan buku yang dipegangnya sehingga membuatkan lelaki tinggi lampai itu mengadu kesakitan.
" Penat aku ada kawan baik macam kau ni kau tahu tak ? Silap haribulan ada jugak aku lelong dekat shopee ni. "
Suara tawa yang datang dari mulut Chanyeol kerana telah berjaya membuatnya Seulrin berasa annoyed dengan penuh maju jaya sebentar tadi terhenti apabila mendengar perkataan ' kawan baik ' yang keluar dari mulut Seulrin. Triggered barangkali.
" Seul... "
" Apa ? Nak kenakan aku lagi lah tu. "
Chanyeol menggaru tengkuknya yang gatal. " Tak boleh ke kita, kembali semula macam dulu ? "
" Hah ? Maksud kau ? " soal Seulrin berbasa - basi, padahal dia sudah boleh agak apa yang cuba disampaikan Chanyeol.
" Kita kembali semula jadi pasangan kekasih. I mean, aku tahu hubungan kita tak berapa baik, ah tak, sangat tak baik di masa lalu tapi mungkin sebab waktu tu kita masih tak matang soal ni. Tapi sekarang dah berbeza, kita berdua dah dewasa so maybe we can start again ? A fresh new start for both of us. "
Suasana menjadi hening buat seketika.
" And then what ? Hurting each other again and break up after that ? "
Kata - kata sinis yang keluar dari mulut Seulrin membuatkan Chanyeol tersentak. Mereka berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat sebelum sama - sama melemparkan pandangan jauh ke arah yang berlainan. Keduanya hanyut dalam lamunan panjang.
║▌│█║▌│ █║▌│█│║▌║
Aku sebenarnya ada beberapa perkara nak membebel dekat sini. Jadi izinkanlah saya meminjam waktu anda hanya sebentar untuk membaca curhatan hati saya yang tidak seberapa ini.
First, aku sebenarnya nak bagi warning awal - awal tentang karakter korang dekat dalam AF ni. Ada sesetengah, tidak, semua slot yang diisi dengan karakter korang akan membawa keperibadian yang sememangnya membuatkan anda ingin menghujat dan berkata kasar dan menghujat tanpa segan silu.
Kalau korang fikir yang karakter korang macam karakter heroin yang selalu betul, baik dan selalu mendahulukan kepentingan orang lain daripada dirinya, maaf tapi karakter macam tu tak akan pernah ada dalam AF ni. Aku nak buat satu cerita yang lebih tertumpu pada realiti hidup yang mana tak akan ada manusia yang terlepas dari kesalahan dan selalu benar dalam semua hal. Jadi aku harap tak adalah yang dapat kejutan budaya bila nampak karakter dia macam minta dibaling kuali jiran sebelah rumah.
Second, terima kasih sebab masih setia menunggu AF ni walaupun aku update memang memakan masa yang lebih lama daripada menunggu orang meminang :")
Aku memang dah rancang banyak idea untuk menulis tapi tu lah, aku ada masalah yang mana aku nak buat ayat, aku mesti nak ayat yang panjang dan berbunga - bunga. Tu belum masuk hal perfectionist aku, memang agak memakan masa yang lama lah jawabnya.
Dan yang terakhir, aku harap korang masih mampu untuk vomments dengan penuh maju jayanya sebab perjalanan kita semua masih jauh (╯_╰).
Okay aku dah penat membebel, just nak cakap have a good day everyone 🌹💛.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro