Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝘏𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘙𝘦𝘦𝘭 ┊ 𝘉𝘶𝘵𝘵𝘦𝘳𝘧𝘭𝘺

𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐨𝐥𝐝.

𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮 𝓟𝓪𝓻𝓽 𝓵𝓵𝓵 : 𝓑𝓾𝓽𝓽𝓮𝓻𝓯𝓵𝔂

╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗

Violet Kim

╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝

" Maaf sebab terpaksa cancel date kita harini. "

Wonwoo tersenyum kecil apabila mendengar suara kesal tunangnya di talian yang satu lagi. Matanya pula sedang fokus memandang ke hadapan, maklumlah tengah memandulah katakan.

Tapi jangan salah anggap pula satu tangan Wonwoo memegang telefon. Oh hello, tolonglah. Sesungguhnya sekeping Jeon Wonwoo ini masih sayangkan nyawanya dan masih mahu bernafas di atas muka bumi ini di samping ingin mempunyai cahaya mata dengan si pilihan hati. Maka sudah pastinya dia tidak akan berani untuk membuat sesuatu yang boleh mengancam nyawanya.

Der, dunia dah canggih sekarang. Dengan alat yang rupanya seperti earphone tanpa wayar yang diletakkan ditelinganya, Wonwoo tidak perlu merepotkan diri untuk memegang telefon dan meletakkannya dekat pada telinga untuk menjawab panggilan si kesayangan. Benda yang mudah lebih elok jangan disusahkan tak gitu ?

" Tak apa. Tak payah nak rasa bersalah pun. Lebih - lebih lagi awak kata nak belajar untuk test minggu depan kan ? Utamakan pelajaran awak dulu, lain hari pun kita masih boleh jumpa. "

Wonwoo bersuara lembut, cuba menenangkan hati Violet yang kedengaran masih merasa bersalah kerana membatalkan temu janji mereka di saat - saat akhir. Tipulah kalau Wonwoo cakap kalau dia tak rasa apa - apa pun tentang hal tersebut. Hei, dia pun manusia jugak apa.

Sejujurnya dia memang rasa agak terkilan dan kecewa pada mulanya, namun perasaan itu cepat - cepat ditepis. Dia tak boleh bersikap egois tentang masa yang diluangkan oleh tunangnya untuk mereka berdua. Dia sedar yang Violet juga sibuk dengan urusan peribadinya. Tambahan pula apabila gadis manis itu telah berada di tahun akhir pengajiannya. Makin kuranglah waktu untuk Wonwoo ingin bermanja dan mengusik pemilik mutlak hati kecilnya.

Termasuk hari ini, sudah dua minggu Wonwoo tidak bertemu dengan kesayangannya itu. Rasa rindu itu tak usahlah dibincangkan. Memang perasaan rindu itu membuak - buak dan sesungguhnya saat ini yang Wonwoo mahu hanyalah pelukan hangat dari sang kekasih walaupun hanya untuk sebentar, cukup untuk menghilangkan perasaan yang tidak enak yang menganggu fikirannya akhir - akhir ini.

Tapi, Wonwoo juga faham yang dia perlu bersikap matang. Violet bukan sengaja mengelak atau membuat alasan untuk tidak bertemu dengannya, tapi semua ini untuk kebaikan masa depan tunangnya juga. Dia mahu tunangnya bahagia dengan sijil keputusan yang akan digengamnya kelak dan dia tidak mahu menjadi punca kegagalan Violet kerana sikapnya yang mementingkan diri.

Violet hanya perlukan masa untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. Jadi layakkah Wonwoo untuk membantahnya ? Wonwoo mahu menjadi teman lelaki yang memahami dan bersikap matang, maka diiyakan sahaja semua kata - kata yang keluar dari mulut Violet.

Violet pasti tak akan cuba untuk mensiakan - siakan kepercayaan yang diberinya selama ini, betul kan ?

" Wonie saya hang up dulu ya. Dah sampai depan perpustakaan ni. Yeji mesti dah tunggu saya. Bawa kereta tu baik - baik ya. Bye - bye cintanya Violet. "

Wonwoo tersedak air liur sendiri apabila mendengar kata - kata manis yang tiba - tiba sahaja dilontarkan Violet. Dadanya diurut perlahan untuk mengembalikan jantung kepada detak yang normal. Oh sesungguhnya perkara ini memang tidak sihat untuk hatinya yang penuh cinta ini.

Kereta diparkir berhadapan dengan cafe kegemarannya. Singgah sekejap untuk membeli kopi yang boleh menenangkan hatinya yang mula tidak keruan ini.

Namun apabila melangkah masuk ke dalam cafe tersebut, Wonwoo mengerutkan dahi licin mulusnya apabila melihat bayangan yang cukup familiar sedang sibuk melihat menu yang tertera dihadapannya.

" Yeji ? " Lambat - lambat kakinya melangkah menuju ke arah kaunter cafe tersebut. Dalam hati begitu berharap itu bukan orang yang disangkanya.

" Eh, Wonwoo ? Violet mana ? "

Yeji yang terkejut disapa teman lelaki kawan baiknya itu melihat lelaki itu dari atas ke bawah sebelum mata melilau - lilau mencari keberadaan si empunya nama.

Wonwoo menelan air liur yang dirasakan perit. Jangan cakap, Violet menipunya ?

" Dia cakap yang kau ajak dia belajar kat library. "

" Bila masa pula aku cakap macam tu- "

Belum sempat Yeji menghabiskan kata - katanya, Wonwoo sudah pun berjalan menuju ke pintu keluar dengan langkah yang cepat, meninggalkan gadis itu terpinga - pinga sendirian.

" What the cake just happened ? "

Yeji menghentakkan kaki dengan geram apabila tidak membaca situasi yang sedang dilalunya. Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluarnya, berniat untuk mengirim mesej kepada Violet untuk bertanya apa yang terjadi. Namun niatnya tergendala apabila melihat paparan pada skrin telefonnya.

One Unread Message.

Dan ya, Yeji mempunyai bad feeling tentang mesej ni.

From : Stupid Violetaaa

Babe tolong cover aku kalau Wonwoo tanya aku kat mana kalau kau terjumpa dia eh. Aku nak keluar dengan Sehun ni.

Yeji memandang figura seorang Jeon Wonwoo yang sudah masuk ke dalam kereta dan mesej yang dikirim kawan baiknya itu silih berganti. Selepas dapat memproses apa yang telah berlaku, Yeji menepuk dahinya kuat sebelum membuat muka ngeri apabila membayangkan perang dunia yang akan berlaku sebentar lagi.

Ah, sudah.

╔═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╗

Park Seulrin

╚═══*.·:·.☽✧ ✦ ✧☾.·:·.*═══╝

" Penat sangat ke main bola keranjang tu sampai buat muka macam nak meninggal besok ni. "

Chanyeol dengan tidak tahu malunya segera merebahkan kepala dengan manja di atas paha Seulrin yang duduk di atas bangku berdekatan dengan gelanggang bola keranjang. Memang kebiasaan Seulrin untuk pergi ke tempat itu ketika kelas petangnya tamat. Kalau tak datang, merajuk pula si budak galah ni sampai tahap nak je Seulrin lempar cendol tepat ke mukanya.

Merajuk lelaki ni memang tak boleh bawa main. Lagi - lagi rajuk selembar Park Chanyeol yang memakan masa yang lama untuk memujuknya. Memang memerlukan nilai kesabaran yang terlalu tinggi. Dan disebabkan Seulrin tidak dikurniakan sifat semurni itu, maka dengan berat hatinya dia iyakan sahaja permintaan Chanyeol yang ingin mereka pulang bersama - sama setiap kali Seulrin ada kelas di petang hari.

" Takdelah penat sangat. Aku penat bila terpaksa kejar cinta kau yang semakin hari semakin jauh untuk dicapai tu. "

Sempat juga Chanyeol bersandiwara sebentar dengan mata yang tertutup. Oh, selain bermain bola keranjang, hobi Chanyeol yang lainnya sudah pastilah mengusik Park Seulrin yang baginya sangat comel apabila membuat muka reda untuk melayan perangainya yang sesungguhnya boleh tahan lahanatnya.

Seulrin mencebik sebelum mulut pemuda yang sedap - sedap menjadikan pahanya sebagai bantal itu dicubit dengan kekuatan semaksima yang mungkin. Membuatkan pemuda tinggi lampai itu tanpa sengaja menampar muka cantik Seulrin berkat tindakan refleksnya akibat kesakitan melampau yang dirasakan secara tiba - tiba sebentar tadi.

" Chanyeollie pabo ! Kalau ada bekas tapak tangan kau dekat muka aku, aku tak akan datang tournament kau nanti kau tunggu. "

Dengan kekesalan yang melampau, Seulrin segera mengangkat kaki meninggalkan gelanggang bola keranjang itu selepas menolak badan Chanyeol agar segera menjauhinya. Chanyeol yang masih terkebil - kebil di tempat kejadian menggelengkan kepala sebelum membuka langkah mengekori langkah kaki Seulrin yang sudah jauh dihadapan.

" Seul janganlah marah titew. Janji lepas ni dah tak buat lagi dah ! "

Pinggang Seulrin dipeluknya erat dan dagunya disandarkan pada bahu gadis itu. Seulrin pada mulanya melarang, namun seketika tersenyum sendiri dalam diam.

Langkah kakinya tetap diteruskan walaupun dengan bersusah payah. Maklumlah kerja mengheret badan tinggi lampai Park Chanyeol yang sudah melekat dengannya seperti koala itu bukanlah sesuatu yang mudah dan sesungguhnya amatlah membebankan. Tapi entah kenapa, hati seorang Park Seulrin begitu senang untuk melakukannya.

Namun tanpa mereka sedari, seorang gadis yang sedari tadi menjadi ' nyamuk ' semasa drama hindustan mereka berlansung sedang memandang ke arah mereka dengan tatapan yang begitu tajam dan mendalam sekali. Aura gelap juga sudah menyelebungi dari setiap sudutnya.

" Aku ingat tadi ada kaca yang pecah, kuat pula tu bunyinya. Rupanya tu bunyi hati seseorang yang retak. Dunia betul. "

Entah dari mananya datang seseorang dengan nametag Kim Yerim ini, tiba - tiba sahaja duduk di sebelah Kim Chaewon, yang masih memasang wajah cemberut melihat sweet moments Chanrin walaupun pasangan itu tidak lagi ada di hadapan mata. Chaewon memandang sekilas kearah Yerim sebelum menompang dagu, sepertinya memikirkan masa hadapan yang sepertinya sudah kelam akibat seorang gadis bernama Park Seulrin.

" Yeri, Chanyeol sunbae dengan Seulrin sunbae tu, pasangan kekasih ke ? "

Walaupun berat hati mahu bertanya dan takut untuk mengetahui kebenaran yang menyakitkan itu, Chaewon mengagahkan diri juga untuk bertanya. Mana tahu, mungkin takdir berpihak padanya. Mungkin sangkaannya tentang mereka berdua selama ini meleset ? Chaewon sejujurnya masih menyimpan harapan, walaupun harapan itu adalah 99.9 % agak mustahil apabila melihat kemesraan di antara dua mempelai yang dicemburukannya itu.

Yeri berfikir sejenak sebelum tersenyum. " Yup, mereka memang sepasang kekasih, tapi- "

Entah kenapa, sepertinya Yeri sengaja untuk tidak menghabiskan kata - katanya. Mungkin berniat mahu mengusik gadis yang sudah benar - benar hilang seri pada wajahnya itu. Wajah penuh pengharapan dengan efek - efek cahaya matahari di petang hari yang sebentar tadi dipasang Chaewon sudah musnah dan hancur berkecai.

Chaewon mengeluh sebelum memandang ke bawah. Cuba menahan perasaan untuk tidak terlalu kecewa dan rasa ingin menangis yang semakin menguasai diri. Bro, crush kau dah dirembat orang kot. Siapa je tak sedih. Lagi - lagi apabila girlfriend dia lebih lawa 10 kali ganda dari kau, memang rasa nak meraunglah dibuatnya. Self-esteem pun memang dah menurun dengan mendadak ke paras negatif.

Yeri cuba menahan gelak apabila melihat perubahan wajah Chaewon yang sudah seperti hilang tujuan hidup. Bahu Chaewon segera ditepuk sebelum dia menghadiahkan gadis yang sedang berduka lara itu dengan berita yang mampu menghidupkan kembali harapannya yang tidak seberapa itu. Kononnya.

" Tapi mereka dah break up 3 tahun dulu dan tak ada sesiapa tahu apa yang menjadi penyebabnya. "

╭┉┉┅┄┄┈•◦ೋ•◦🌹•◦ೋ

PROLOGUE FOR THE TRUTH UNTOLD PART lll :
COMPLETE.

•◦ೋ•◦🌹•◦ೋ•┈┄┄┅┉┉╯

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro