⊰ 08 ⊱
VOTE TAU
"Soobin, kamu pula. Kongsikan dengan semua pasal ibu ayah kamu"
Lelaki berusia 18 tahun yang sedang menongkat dagu sambil menconteng rawak halaman buku teks pendidikan moral miliknya itu langsung mengangkat kepalanya apabila namanya disebut sang guru. Mata pun terarah pada wajah guru yang sedang berdiri di hadapan kelas sana. Tika itu, hampir semua rakan sekelasnya menoleh memandangnya.
Masih berbaki adab dan hormat kepada guru, dia pun meletakkan pensel di pegangannya itu ke atas meja. Baru saja dia mahu berdiri,
"Saem, dia nak cerita apa je? Dia mana ada mak ayah. Buka-buka mata je dia dah dekat rumah anak yatim" ujar Jiwoo sarkastik sebelum mengerling Soobin yang berselang satu meja dengannya. Tak lupa juga segaris senyuman senget ditayang sekilas.
Soobin merengus perlahan. Suara sumbang itu lagi. Malas mahu melayan lelaki itu, dia hanya meneruskan niatnya untuk berdiri.
"Lah, ye ke? Parents kamu dah tak ada, Soobin?" soal guru pendidikan moral itu dalam ketidakpercayaan. Matanya juga sedikit membuntang.
Soobin sekadar mengangguk kecil.
"Memang dia dapat malang tu dari lahir lagi, saem. " tambah Jiwoo lagi, sarkastik.
Soobin mengerling kesal rakan sekelasnya itu. Bila saja lelaki itu tahu diam dan tak cari pasal dengannya?
"Lepas tu, sekarang kamu tinggal dengan siapa, Soobin?" soal saem Ri, penasaran.
"Kakak saya." jawab Soobin senada.
Saem Ri pun mengangguk perlahan. Namun, tidak bagi si 'musuh' Choi Soobin itu, Noh Jiwoo. Dia malah tertawa mengejek.
"Saem percaya ke?" soal Jiwoo seraya memandang guru wanita di hadapan itu.
"Eoh? Maksud kamu? " respon saem Ri buntu.
Jiwoo tersenyum sumbing sebelum mengerling sekilas Soobin di tepi tingkap sana.
"Saem,dia mana ada kakak. Tak habis-habis dengan jawapan tu. Konon nak buat nampak baik. Entah perempuan yang dia tinggal sekali bertahun-tahun tu sebenarnya perempuan murah mana–"
"Eh, sial. Kau ada masalah apa?" hambur Soobin kesal sejurus saja mencengkam kolar kemeja sekolah milik Jiwoo itu. Matanya tajam menikam wajah santai itu. Kesabarannya menipis dek bicara lancang lelaki itu.
"Lah, kau asal? Salah ke apa aku cakap? Memang kau tak ada kakak kan?" balas Jiwoo bersahaja sebelum tergelak sinis perlahan.
"Aku ada kakak ke tak, ada aku ganggu kau untuk bernafas setiap hari ke, sial?" tukas Soobin penuh penekanan seraya cengkamannya pada kolar Jiwoo itu menjadi lebih kuat.
"Choi Soobin, Noh Jiwoo. Duduk!" laung saem Ri tegas dengan agak lantang, berharap dapat menegah situasi tegang antara dua pelajarnya itu.
Soobin mengerling saem Ri sekilas sebelum merengus perlahan.
"Kau better tak payah cakap sial pasal kakak aku" pesan Soobin penuh penekanan,memberi amaran sebelum melepaskan kolar baju Noh Jiwoo itu. Lalu, dia pun memusingkan tubuhnya untuk kembali ke mejanya.
"Kakak la sangat. Silap-silap kau dengan dia dah buat macam-macam dalam rumah tu." sindir Jiwoo lancang sambil merenung figura Soobin yang membelakanginya itu.
Drastik, wajah seorang Noh Jiwoo itu menerima satu tumbukan padu, layak dengan sindiran melampaunya itu. Terdorong mendadak dirinya ke belakang, merempuh bucu meja sebelum jatuh terduduk ke atas lantai.
Beberapa pelajar perempuan yang terperanjat akan situasi itu lantas menjerit kecil. Begitu juga guru wanita itu. Dia menjadi panik serta-merta.
Manakala, beberapa pelajar lelaki sudah meluru ke arah dua orang figura itu, cuba menghentikan mereka.
Jiwoo menepis kasar lengannya yang dipegang dua orang rakannya untuk membantunya berdiri. Matanya mencerlung tajam wajah merah padam Soobin yang berdiri di hadapannya itu. Dia berdecit sinis sebelum mengesat darah yang terhasil di hujung bibirnya.
Masih membuak-buak rasa berang, kolar Jiwoo ditariknya kasar hingga membuat lelaki itu berdiri. Lalu, buku lima kanan pun berura untuk dilayangkan pada wajah itu lagi.
"Choi Soobin!"
Laungan lantang saem Ri itu sedikit sebanyak menghentikan penumbuknya yang sudah sangat hampir mendarat di wajah Jiwoo. Menggeletar buku lima itu berhenti di hadapan wajah lelaki itu.
"Kau asal trigger? Eh, nak expect apa benda lagi kalau lelaki dengan perempuan yang tak ada pertalian darah apa-apa boleh tinggal sekali untuk bertahun-tahun?" soal Jiwoo sinis sambil merenung tajam wajah Soobin.
"Untuk otak sempit macam kau je sial yang cuma fikir benda tu je akan jadi!" tukas Soobin dingin.
Jiwoo tergelak kecil sebelum tersenyum senget.
"Memang itu yang akan jadi selalunya. Agak-agak 'kakak' kau tu free untuk lelaki lain jugak tak?" soal Jiwoo bersahaja dengan senyuman sumbing.
Dan bicara bersahaja itu berjaya membuatkan wajah Noh Jiwoo itu ditumbuk lagi. Dia benar-benar mencabar kesabaran Soobin itu dengan umpan berkaitan kakaknya.
"Noh Jiwoo! Choi Soobin! Cukup! "
Kali ini, laungan saem Ri diabaikan seorang Choi Soobin begitu saja. Rasa kesalnya pada lelaki itu lebih penting. Tumbukan demi tumbukan dilayang pada wajah Noh Jiwoo itu.
Hatinya begitu sakit. Bila kakaknya dipandang hina.
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:08
━━━━━━━━━━━━━━━
"Selamat pagi, pegawai Jung" sapa puan Ji ramah sebaik saja pegawai wanita itu memasuki pintu depan balai polis. Segaris senyuman diukir.
"Eoh, selamat pagi,puan" balas Yerin mesra dengan senyuman yang tidak kalah manisnya. Kaki melangkah masuk ke dalam ruangan.
Tatkala itu, matanya kebetulan terarah pada tangga di hadapan sana. Kelihatan seorang Kim Taehyung sedang menuruni tangga sambil membelek fail di tangan. Terdetik di hatinya mahu bertanya soal perkembangan kes mereka.
"Lee Haena!" laung Taehyung agak lantang dengan senyuman sejurus saja matanya lurus terarah pada seorang wanita yang baru melangkah masuk ke balai. Dia langsung melajukan langkahnya memijak tangga lalu lantas berlari anak ke arah perempuan yang bergelar Lee Haena itu.
Sedikit sebanyak terbantut niat Yerin itu. Langkah terhenti di situ. Dia memerhati Taehyung yang tampak teruja menghampiri seorang perempuan bertocang satu di sana. Pemakaian Lee Haena itu lengkap serba hitam. Juga kasut but hitam.
"Dah siapa pulak tu?" gumam Yerin sambil kekal menatap ke arah Lee Haena itu. Tepatnya menyaksikan situasi mesra antara dua orang itu. Dengan Taehyung yang langsung merangkul bahu Haena dengan erat seraya tadi sambil tergelak-gelak.
"Cak! "
"Kamchagiya!" laung Yerin spontan dengan agak lantang apabila secara mengejut satu wajah tampan muncul di hadapannya. Na Jaemin.
"Oh, terkejut eh? Sorry, sorry" seloroh Jaemin langsung seraya menegakkan kepalanya dari posisi senget barusan. Niat cuma mahu menyapa mesra pegawai itu. Maklumlah, nampak kaku saja berdiri di tepi tangga.
Yerin mengurut dadanya sebelum tersenyum kecil. Dia menggeleng perlahan tanda tiada masalah soal itu.
Jaemin tersenyum kecil sebelum berdiri di hadapan Yerin.
"Kenal saya lagi kan?" soalnya mesra dengan senyuman lebar.
"Ye, kenal. Ada apa ni?" Soal Yerin penasaran.
"Nice. Memang tak banyak lah orang lupa saya ni " seloroh Jaemin bermegah seraya membetulkan jaket biru gelapnya itu.
Yerin langsung berdecit perlahan.
"Anyway, tak ada apa pun. Saja tegur" jelas Jaemin.
Yerin sekadar mengangguk kecil.
"By the way kan, nak tanya" ujar Yerin sambil giat memerhati dua sosok di sana itu.
"Ye, apa? " jawab Jaemin penasaran.
"Perempuan tu kan, siapa eh?" soal Yerin seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah figura Haena yang membelakangi mereka di pintu utama sana.
Jaemin pun memandang ke arah yang ditunjuk Yerin itu. Lalu, mulutnya langsung melopong.
"Oh, tu? Tu detektif Lee" respon Jaemin sebelum menoleh memandang Yerin.
"Detektif Lee?" soal Yerin dengan kening yang dijongket sebelah.
Jaemin mengangguk.
"Ye, detektif Lee Haena. Dia detektif tapi lebih kepada unit khas la. Dia banyak keluar menyamar untuk cari bukti kes semua" jelas Jaemin.
"Ah.." respon Yerin mengerti.
"And, nampak kan tu? Si Kim Taehyung tu memang terlebih excited macam tu lah bila dengan detektif Lee tu. Maklumlah, 4 hari detektif Lee tu off day. Hari ni baru datang. Tu yang jadi gitu" tambah Jaemin sambil memandang ke arah Taehyung yang tampak sedang rancak berborak mesra dengan detektif anggun itu.
Yerin pun turut menyaksikan adegan itu.
"Maksudnya, dia pun transfer sekali korang la kan?" soal Yerin menebak sebelum menoleh memandang Jaemin.
"Oh, haah. Nanti pegawai Jung kenal-kenal la dengan dia"
Yerin sekadar mengangguk perlahan.
"Hai, pegawai Jung. Faham ke borak dengan beruk?" sapa Hyunjin mesra sejurus saja menghentikan langkahnya di hadapan Yerin.
Jaemin langsung menayang raut jengkelnya dengan jelingan kesal buat rakan sekerjanya itu. Yerin hanya tergelak kecil dek teguran ekstrem Hyunjin itu.
"By the way, dah makan ke,pegawai Jung?" soal Hyunjin sambil menatap tepat ke wajah mulus Yerin itu.
"Belum" jawab Yerin ringkas. Sememangnya, dia tidak sempat menjamah sarapan tadi. Cuma meneguk air kosong saja.
"Ha, elok sangat. Nah, untuk pegawai Jung kita" tutur Hyunjin ramah seraya menghulurkan beg kertas berisi roti dan minuman hangat kepada Yerin.
"Eh, serius? Terima kasih" ucap Yerin seraya menyambut huluran Hyunjin itu. Macam tahu-tahu je dia tengah lapar.
"Sama-sama" jawab Hyunjin mesra dengan senyuman sempurnanya.
Jaemin yang statik berdiri di situ hanya memerhati kosong saja tindakan rakannya itu.
"Okey la, saya pergi dulu. Banyak kerja dekat sana" pamit Yerin dengan senyuman tipis.
"Eoh, ye" balas Hyunjin dengan anggukan. Tak lupa juga bibirnya yang turut mengulum senyuman. Jaemin pula hanya menayang senyuman sambil melihat Yerin pergi.
"Woi, roti aku mana?" soal Jaemin langsung seraya menyiku lengan Hyunjin sebaik saja Yerin menjauh.
"Tu, dah kasi pegawai Jung" balas Hyunjin bersahaja sebelum menjuih bibirnya ke arah figura Yerin yang tidak jauh dari mereka.
"Eh, kauuuu! Aku yang ord–"
"Pegawai Jung, Jaemin nak cakap something" seloroh Hyunjin lantang serta-merta. Cukup membuatkan Yerin kembali menoleh.
"Eh, bodoh–"
"Apa?" soal Yerin penasaran sambil memandang dua jejaka itu.
"Ha? Eoh...selamat makan. Selamat bekerja. Selamat pagi" tutur Jaemin secara spontan sebelum mengukir senyuman kekok.
Terkebil-kebil Yerin dibuatnya tika itu dek bicara Jaemin itu. Apa masalah budak ni? Alright tak alright?
"Eoh...okey" balas Yerin dalam kebingungan sebelum memalingkan wajahnya ke hadapan semula lalu kembali melangkah.
Hyunjin langsung terkekeh perlahan sebelum menepuk-nepuk bahu Jaemin.
"Done buat kau nampak bodoh"
"Sial"
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:08
━━━━━━━━━━━━━━━
"Pipi ni. Saya rasa sakit-sakit, sengal-sengal lah, doktor. Doktor cuba check tengok" adu seorang gadis sekolah tinggi bertocang satu dengan bibir yang dicebikkan. Jari telunjuknya ditundingkan berkali-kali ke arah pipi kirinya.
Sang doktor yang bertag namakan 'Jeon Jungkook' itu memandang gadis di hadapannya itu dengan kening yang dijongket sebelah. Seolah mendiagnosis penyakit si gadis sekolah tinggi itu.
"Oh, kalau macam ni, simptom kanser ni" ujar Jungkook bersahaja setelah memerhati singkat pipi gadis di hadapannya itu. Bukannya dia tak mahu serius, tapi sudah terang-terang tiada apa-apa masalah pada pipi gadis itu. Dia sudah masak dengan situasi begini.
"EH?! kanser?!" respon gadis itu spontan dengan lantang. Spontan juga dia berdiri dengan mata yang membuntang luas.
"Ye, kanser la tu. Pipi sengal-sengal,sakit-sakit ni memang kanser. Elok buat kemoterapi sekarang la" tutur Jungkook dengan raut wajah yang kononnya memaparkan raut gelisah. Dahinya berkerut sedikit.
Gadis beruniform sekolah tinggi itu pun tergamam seketika. Lalu, perlahan-lahan tangannya naik menggaru perlahan pipinya.
"E-Eh, tak apa lah, doktor. Dah okey dah pipi ni. Tak ada sakit dah." tukas gadis itu sebelum menayang sengihan cuak. Air liur juga ditelan perlahan setelah itu.
"Tak sakit dah?" soal Jungkook dengan kening yang diangkat sebelah. Ditatap wajah gadis itu.
Pantas gadis itu menganggukkan kepalanya laju.
"Eoh. Bye, doktor. Nanti kalau saya sakit lagi, saya datang lagi ye. Anyeong!" seloroh gadis itu sekali harung sebelum lantas memutarkan tubuhnya dan beredar dari pejabat doktor tampan itu.
Jungkook langsung berdecit perlahan dek gelagat gadis itu. Kepala digelengkan kecil. Sememangnya begitulah hari-harinya ketika waktu tamat persekolahan itu. Pasti dia akan menerima lebih dari 5 orang 'pesakit' dari pelajar-pelajar perempuan sekolah tinggi seberang. Kadang orang yang sama. Macam biasalah, mengadu sakit yang aneh-aneh.
"Patient olok-olok yang ke berapa dah tu, doktor Jeon?" soal seorang doktor perempuan sarkastik sejurus saja membuka pintu pejabat milik Jeon Jungkook. Lengannya disilangkan ke dada dengan kening yang dijongket sebelah.
Jungkook yang berura untuk menulis laporan ringkas pada buku catatannya itu langsung mengangkat kepalanya tika mendengar suara itu.
"Oh, hai, princess" sapanya langsung dengan senyuman lebar. Pen pun sudah dilepaskan.
Doktor perempuan yang bertag nama 'Jung Eunha' itu lantas menggulingkan bola matanya jengkel. Dia kemudiannya menghela nafasnya perlahan.
"Termasuk yang baru keluar, dah 10 budak sekolah perempuan buat-buat sakit minta check up sini. Seriously? Banyak lagi orang lain yang betul-betul sakit perlukan check up. And, you're here, melayan budak-budak tu. Buang masa lah." hambur Eunha panjang lebar dengan kesalnya.
"And, look at you now, membebel pulak dekat sini" balas Jungkook bersahaja dan mengukirkan senyuman singkat.
"Memang patut pun. Sampai bila awak nak buang masa melayan budak-budak tu? Patient awak ramai yang nak kena check semua" ujar Eunha sebal.
"Diorang tu pun kira patient jugak" tukas Jungkook tenang.
Eunha merengus sebal.
"Patient benda? Datang hospital cuma nak mengadu sakit pipi lah, sakit hidung lah, mata lah, dahi lah. Padahal niat sebenar apa? Nak usha doktor yang konon handsome sangat ni. Diorang tu tak tahu yang doktor diorang tergilakan sangat ni sebenarnya–"
"Sebenarnya awak punya?" seloroh Jungkook selamba.
Eunha mengecilkan kedua-dua matanya, merenung protes lelaki itu yang bersikap acuh tak acuh. Mahu saja dia membaling apa-apa ke arah makhluk itu. Menyebalkan. Satu keluhan panjang dilepaskan.
"Ada lagi 5 orang budak sekolah dekat luar tu tengah tunggu angka giliran diorang. Kalau diorang tu nampak tak serius sakitnya, memang saya suruh diorang balik. Banyak lagi yang perlukan rawatan daripada diorang tu" ujar Eunha penuh penekanan.
Jungkook sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya, merespon ujaran kekasihnya itu.
"Ye, ada lagi nak cakap, doktor Jung?" soalnya dengan kening yang diangkat sebelah.
Eunha menjeling sekilas lelaki itu sebelum menurunkan lengannya ke sisi.
"Pergi tengok patient awak sana. Terperuk dalam pejabat ni dari tadi." ujar Eunha senada sebelum langsung memutarkan tubuhnya.
"Ye, okey, sayang" jawab Jungkook santai.
"Ey,'sayang, sayang'! Tempat kerja kan ni?!" bentak Eunha sebal seraya mengangkat buku lima kecilnya. Tak lupa juga matanya yang tajam menikam wajah santai Jeon Jungkook.
Jungkook hanya terkekeh perlahan saat melihat respon bengang Eunha itu yang sebenarnya menggelikan hati itu. Macam biasalah. Dia suka menjengkelkan wanita itu.
Eunha merengus sebal sebelum langsung menapak keluar dari pejabat Jungkook itu. Kaki melangkah menuju ke kaunter jururawat atau lebih tepatnya dipanggil stesen jururawat.
"Jururawat Song, pesakit katil 12 tu dah ada apa-apa perkembangan ke?" soal Eunha sejurus saja dia menghentikan langkahnya di kaunter stesen jururawat itu.
"Tak ada, doktor" balas jururawat Song seraya berdiri.
Eunha mengangguk perlahan.
"Ahli keluarga dia dah datang?" soal Eunha lagi.
"Itu pun tak ada" jawab jururawat Song sebelum mengemam bibirnya singkat.
"Oh ye? Tak apa lah. Saya pergi check dia kejap" pamit Eunha lalu langsung berganjak dari meja kaunter itu. Kaki yang berura untuk melangkah ke koridor wad itu lantas terhenti sejurus saja bahunya ditepuk dari belakang.
"Noona"
"Yah,Choi Soobin. Muka kau kenapa?" soal Eunha langsung dengan mata yang membuntang sejurus saja dia memusingkan tubuhnya. Ditilik wajah agak berantakan adiknya itu.
Soobin tidak merespon. Dia tahu,kakaknya itu bakal dapat mengagak.
"Kau..." gumam Eunha perlahan sambil meneliti wajah lebam dan luka Soobin itu. Kemudian, tangannya langsung bergerak menampar kuat lengan lelaki berusia 18 tahun itu.
"Aduh" rintih Soobin spontan seraya memegang lengannya.
"Kau bergaduh lagi kan? Eo?" tebak Eunha sambil merenung tajam wajah sempurna adiknya itu.
Soobin yang sedang menggosok-gosok perlahan lengannya itu langsung mengeluh perlahan. Dia memandang wajah serius kakaknya itu.
"Hm" balas Soobin acuh tak acuh sebelum melarikan bola matanya ke arah lain.
"Balik-balik gaduh lagi! Balik-balik muka luka tu lagi! Kau pergi sekolah belajar ke bergaduh?" hambur Eunha agak lantang dengan kesalnya. Dahinya berkerut sebal.
Soobin hanya diam. Dia sudah mengagak akan reaksi kesal Eunha itu.
"Dari hari tu lagi lah, Soobin. Asyik balik tu muka luka, lebam macam ni. Apa yang bagus sangat bergaduh tu?" tutur Eunha kesal.
"Tengok la muka tu. Luka sana sini. Eishhh" tambah Eunha sebal seraya kedua-dua tangannya naik menekup wajah adiknya itu lalu dibelek teliti. Ditolak ke kiri dan kanan wajah itu dengan tatapan bimbang.
Soobin pula hanya reda saja wajahnya dibelek-belek Eunha begitu. Sekejap ditolak ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap didongak. Menyesalnya lah menegur kakaknya itu tadi.
Eunha menghela nafasnya panjang sebelum menurunkan tangannya dari terus membelek wajah Soobin. Dia menatap tepat ke wajah itu.
"Sampai bila nak terus jadi macam ni, Choi Soobin? Kau dah 18 tahun tau. Dari awal bulan sampai tengah bulan, berapa kali je kau balik muka tak luka macam ni? Asyik-asyik luka. Asyik-asyik lebam. Tak penat ke, hah?" hambur Eunha panjang lebar dengan nada rendah namun sangat kesal. Dahinya berkerut.
"Apa function noona dia doktor kan?" seloroh Jungkook mencelah seraya merangkul bahu Soobin. Dipandang wajah lelaki 18 tahun itu sekilas sebelum dialihkan kepada Eunha.
"Yah–"
"Kakak kau ni memang hobi membebel betul la,Bin. Aku pun dah kena dulu tadi. Tak faham aku" tambah Jungkook bersahaja sambil memandang wajah Soobin di sebelah.
Eunha langsung berdecit jengkel.
"Sibuk la" omel Eunha kesal.
"Dari awak membebel dekat dia panjang lebar, baik awak ubatkan muka luka-luka budak ni" saran Jungkook tenang sebelum menepuk sekilas bahu Soobin.
"Hyung, kau lah buat. Noona busy tu. Kkaja" seloroh Soobin sebelum menoleh memandang Jungkook di sisi. Jungkook pun menoleh memandang Soobin.
Eunha pula sudah berkerut protes dahinya.
"Yah, bila masa aku–"
"Tak, tak apa, noona. Hyung, kkaja,kkaja" ujar Soobin langsung lalu lantas mengheret Jungkook, meninggalkan Eunha yang kesal. Memang tidak la dia nak sukarela tadah telinga jika kakaknya yang ubatkan.
"Heol"
VOTE TAUU MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro