
⊰ 07 ⊱
HA VOTE DULU
"Eh Sin, kau tak nak balik lagi ke?" soal Yena, rakan sekerja Sinbi di kafe itu. Pelik melihat wanita itu masih santai menonton Youtube dengan secawan Latte panas di sebelah. Jam sudah hampir 12 malam. Dah lepas waktu closing dah pun.
"Oh, Yen. Kejap lagi la aku balik. Tengah nak lupakan something ni" jawab Sinbi bersahaja dengan hanya memandang sekilas rakannya itu.
"Lupa benda pulak kau ni?" soal Yena bingung.
"Tak ada apa la. Kau hati-hati la balik sana. Bye" Sinbi melambai ringkas dengan senyuman.
"Ha, ye lah. Bye" Yena terima saja respon gadis itu. Dia mengatur langkah ke pintu.
"Eh, Yen"
"Ya?" Yena terbantut dari membuka pintu. Dia menoleh semula memandang sang rakan.
"Kau ada dengar tak pasal tu?" soal Sinbi.
"Pasal apa?" Yena bingung.
Sinbi memantau ke sekeliling sebelum lima jarinya diletakkan di tepi mulut, gaya mahu berbisik dari jarak jauh.
"Pembunuh bersiri" ujar Sinbi dengan nada berbisik.
"Hah?? Dekat sini ke?" soal Yena dengan mata membuntang. Terkejut tentunya.
Sinbi mengangguk laju.
"Yee. Kawan aku yang polis tu bagitahu. Tak tahu la dia gebang aku ke apa kan" tutur Sinbi dan sengih sekilas.
"Ish, kau ni. Tak pasti jangan kongsi la" bentak Yena sambil menggosok-gosok lengannya. Meremang sudah.
"Lepas tu, katanya dia aim perempuan je" tambah Sinbi dengan mata yang dijegilkan.
"Ish, bengong la kau ni! Dah la aku nak balik!" hambur Yena kesal sebelum langsung menarik pintu kaca itu.
"Hati-hati! Jangan jalan sorang-sorang! "
"Diam ah! "
Sinbi terkekeh perlahan. Dia menggeleng kecil sebelum Latte hangatnya itu disisip sedikit.
"Entah laa. Takkan la dia nak cari mangsa dekat area kedai-kedai ni kan? Itu bodoh namanya" omel Sinbi dan menyalakan kembali telefon pintarnya.
"12 nanti aku balik la. Rilek dulu" santai Sinbi. Dia kembali bersandar pada badan bangku. Matanya fokus menonton acara menarik di skrin telefon.
Tak lama setelah itu, fokus Hwang Eunbi mulai terganggu tatkala dia merasakan pergerakan yang aneh di luar kafenya. Dia sedar dari ekor matanya. Ada figura serba hitam di luar sedang mundar-mandir. Sesekali dia bersandar pada dinding kaca kafe sambil memandang orang-orang.
"Sial. Anak siapa pulak dekat luar tu?" omel Sinbi spontan. Jantungnya mulai berdegup kencang, resah. Bibirnya diketap kuat.
Menyalurkan keberanian sebanyak mungkin ke dalam diri, dia perlahan-lahan berdiri, memastikan tiada bunyi yang terhasil.
Kemudian, dia mengubah kepada posisi mencangkung. Dengan gaya berjalan itik, Sinbi berjalan ke pintu dengan jayanya. Dia mendapati figura di luar itu sedang berjalan ke pintu kafenya.
Nafas ditarik sedalamnya sebelum dia langsung berdiri. Serentak pula dengan figura itu menolak pintu kaca tersebut. Tanpa berlengah, Sinbi lantas mencapai bangku berdekatan lalu dihayun sekuat hati.
"MAMPUS KAU!!! YAKHHHH!"
"WOI WOI, NI AKU!" laung Hoseok sambil melindungi kepalanya dengan kedua tangannya. Mana tidaknya, diserang dengan bangku macam tu.
"EH?"
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:07
━━━━━━━━━━━━━━━
"Pakai la lagi macam tu lepas ni. Biar ada orang hempuk dengan bata terus kepala kau" sindir Sinbi dan mengerling sekilas lelaki di sebelahnya yang fokus memandu itu.
"Muka barai la. Baru bangun tidur" jelas Hoseok ringkas.
"Habis effort dah la tu boleh bangun dari tidur sebab nak ambik aku?" seloroh Sinbi sarkastik.
Hoseok menjeling wanita itu sekilas.
"Dah memang tu ceritanya. Kalau tak sebab kawan kau tu bising-bising dekat aku, aku tak sampai sini" respon Hoseok senada.
"K" ringkas Sinbi. Dia menyandarkan tubuhnya pada bangku kereta. Lengan disilang ke dada.
"Apa pasal dia tu menggelupur sangat? Ada orang nak bunuh aku ke?" omel Sinbi jengkel.
"Macam ya" jawab Hoseok datar.
"Ceh, siapa je nak bunuh aku? Aku ni mulia. Tak ada siapa nak musuh dengan aku" seloroh Sinbi langsung.
"Ok" ringkas Hoseok.
"Kau asal nak dry-dry dengan aku ni? Cepuk kang" hambur Sinbi geram seraya menegakkan tubuhnya langsung. Ditenung sisi wajah lelaki itu penuh jengkel.
"Dry benda? Aku tengah cuba yang terbaik ni untuk respon kau. Sumpah mengantuk gila ni" respon Hoseok.
"Haaa kau jangan nak berani-berani microsleep pulak eh. Aku nak hidup lagi ni! " seloroh Sinbi serta-merta. Digenggam tali pinggang keledar di tubuhnya itu.
"Ha, bebel la lagi"
"Hak alah kau. Tak payah nak perli-perli ah"
"Tak, kau kena bebel je cara dia sekarang ni"
"To keep me awake"
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:07
━━━━━━━━━━━━━━━
Ting tong!
Yerin yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala itu lantas terbantut seketika saat mendengar bunyi loceng rumah apart nya itu. Dahinya berkerut.
"Si anak Hwang ni buang tabiat ke balik rumah sendiri nak tekan loceng bagai? " omel Yerin jengkel seraya berjalan keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke pintu rumah.
Sebelah mata dirapatkan pada bulatan kanta kecil di pintu untuk melihat orang di luar. Lantas dia merengus jengkel sebelum membuka pintu.
"Dah apasal kau, Bi? Balik dengan ex terus lupa password rumah ke?" seloroh Yerin sejurus saja pintu rumah dibuka.
"Eh monyet, kau yang beria minta dia ni hantar aku balik sampai ke pintu kan? Tak payah nak perli sangat eh" tukas Sinbi jengkel.
"Ala, boleh je kan kau tekan je password tu. Nak juga aku datang bukakan" balas Yerin selamba.
"Bukti ni bukti. Kang kau complain macam-macam pula esok" Hoseok pula bersuara.
"Ha, betul " Sinbi mengiyakan.
"Ecey, support ex" usik Yerin dengan senyuman sumbing. Dicuit bahu Sinbi.
"Diam, sialan. Dah tepi, nak masuk" datar Sinbi seraya menolak rakannya itu ke tepi.
"Ni, tak nak bye-bye dulu ke ex nya?" seloroh Yerin seraya menoleh sekilas memandang Sinbi di dalam.
"Hanjeng la kau ni, Rin" hambur Hoseok geram.
"HAHAHAHAHA, rilek ah. Tak mau emo-emo" bahu sang sepupu ditepuk-tepuk setelah tawa besar dilepaskan tadi.
Hoseok sekadar menayang raut jengkelnya. Tangan Yerin di bahu ditolak menjauh.
"Dah, aku balik dulu" pamitnya datar dan langsung memutar tubuh.
"Okey, bye. Elok-elok turun. Kirim salam imo"
"K"
"Selamat bekerja awal pagi, cousin-ku!! "
"Stfu, Jung Yerin! "
"HAHAHAHA byeeee muahhh! "
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:07
━━━━━━━━━━━━━━━
"Seronok la kau eh dapat menganjing aku" sindir Sinbi sebelum mengambil tempat di atas sofa bersebelahan Yerin.
"Eh mestiii. Dah lama aku tunggu saat ni tau! Puas kau bahan aku dengan Wonu dulu, ha sekarang rasain looo!" hambur Yerin bersungguh.
Sinbi sekadar menggulingkan bola matanya ke atas.
"Kau dah apa pasal tengok tv memalam ni? Tak pernah-pernah" hairan Sinbi.
"Aku nak tengok ulangan berita" balas Yerin sambil menikmati jajan di dalam balang.
"Ada kes apa pulak dah? Yang kuban-kuban je la kau ni"
"Ada la. Kerja aku. Kau kalau tak nak tengok, pergi tidur sana. Jangan cakap banyak" balas Yerin dan menolak perlahan bahu Sinbi, menghalau gadis itu.
"Ala, emosi benor"
"–Dilaporkan sekurang-kurangnya 12 orang wanita mati dibunuh tragis dengan torehan hati yang dipercayai diukir menggunakan benda yang tajam pada setiap leher mangsa. Dicatatkan pada dua hari lepas, menjadikan hari ketujuh pembunuh misteri ini berjaya memburu 12 orang mangsa dalam masa cuma seminggu. Pihak polis sedang berusaha sedaya-upaya untuk–"
"Dengar tak? Nak ambik ringan lagi?" soal Yerin sambil memandang rakannya di sebelah yang sudah melopong itu.
"Dia memang aim perempuan je ke weh? " soal Sinbi dengan raut masih terpana.
"Nampak gayanya macam tu. Kitorang belum dapat confirmation lagi"
"Bapak scary la, gila" kedua-dua lengan digosok laju, meremang.
"Haa, tahu pun scary. Itu sebab la aku beria suruh si Hoseok tu hantar kau. Kita jadi perempuan ni memang jarang nak selamat" tutur Yerin.
"Habis, kau balik seorang juga kan tadi?" tukas Sinbi.
"Aku ni at least naik kereta. Kau tu kalau naik juga bas tadi, kau rasa selamat ke jalan sorang-sorang malam-malam dari stesen tu? Kalau dia tiba-tiba heret kau pergi semak lepas tu–"
"Eh, siot la kau ni! Tak payah nak takutkan aku" hambur Sinbi langsung. Makin meremang dia dibuatnya.
"Oh ha, esok kau pergi kerja naik kereta"
"Habis, kau?" soal Sinbi.
"Pandai-pandai la aku nanti. Tumpang Hoseok ke kan? " seloroh Yerin dengan kening yang digerakkan berkali-kali. Senyuman sengetnya juga tidak dilupa.
Sinbi menayang raut kosong.
"Oh, nak kena react macam mana ni? Nak kena acah-acah jealous ke?" sarkastik Sinbi.
"Ceyyy acah-acah dah move on, ceyyy"
"Sial la dia ni"
"HAHAHAHAHAHA"
HA JANGAN LUPA VOTE ♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro