Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⊰ 04 ⊱




"Halahhhh, mana kejadah parking kosong ni woi?! Penat dah pusing-pusing ni ha! Kang kering tangki minyak kereta aku gini!"

Suara lantang milik Hwang Eunbi yang sedang dalam kesebalan itu cukup untuk mengisi setiap sudut di dalam keretanya itu.

"Yang hari ni pun apa hal banyak sangat entah kereta? Bawak sekali dengan moyang ke benda? Serbu segala salasilah ke?" bebel Sinbi sebal sambil menilik setiap satu tapak parkir yang dilepasi keretanya yang bergerak perlahan itu. Sememangnya sudah hampir 15 minit dia sedang meninjau tapak parkir kosong dari aras 1 pusat beli belah.

Manakala, seorang Jung Yerin di sebelah yang hanya reda mendengar hamburan kesal Sinbi itu sejak tadi hanya mampu merengus perlahan.

"Dah la, Sinbi oii. Balik je lahhh" cadang Yerin kesal sambil memandang Sinbi di sebelah yang sedang tertoleh-toleh mencari parkir.

"Ehh, tak bolehhh! Kau gila aku dah sampai sini, nak balik macam tu je? Lagipun aku tak boleh lepaskan peluang nak borong merch murah dekat cafe tu!" tukas Sinbi langsung dengan berkerasnya.

Yerin langsung merengus sebal.

"Tapi, dah kalau macam ni jadinya, kau nak pusing dekat parking ni sampai naik atas bumbung mall ke?" tutur Yerin geram.

"Tak, kita tak boleh menyerah lagi, Rin. Kita boleh jumpa! Kita boleh jumpa jugak satu parking kosong!" respon Sinbi dengan semangatnya.

Yerin lagi-lagi merengus sebal. Dia menyandarkan tubuhnya ke badan bangku dengan sebalnya. Matanya masih meliar ke luar tingkap.

"Parking dekat OKU punya la, Bi" saran Yerin senada tatkala matanya terarah pada papan tanda kecil yang terpacak di atas tembok.

"Ha, iye la. Nanti kena saman, kau bayar eh" balas Sinbi bersahaja seraya mengerling sekilas Yerin di sebelah.

"Kenapa nak kena saman pulak?" soal Yerin dengan dahi berkerut.

"Eh, gila. Ada yang cacat ke dalam kereta ni, bangang?" tukas Sinbi sebal seraya merenung tajam rakannya itu.

"Kau. " jawab Yerin ringkas seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah seorang Hwang Eunbi.

"–cacat otak." sambung Yerin selamba sebelum kembali menyandarkan tubuhnya pada badan bangku kereta.

"Eh eh, perempuan ni! Ada jugak yang betul-betul kurang upaya nanti!" hambur Sinbi kesal seraya mengacah mahu mencepuk kepala rakannya itu. Sudahlah dia sedang stres mencari parkir dari tadi, si Yerin ini pula cari pasal.

Yerin langsung terkekeh perlahan. Dia kembali menegakkan tubuhnya lalu bahu Sinbi ditepuk perlahan.

"Rilek. Jangan stress-stress. Apa kata kita parking dalam mall je?" cadang Yerin bersahaja.

"Tak kelakar, Rin" balas Sinbi tanpa nada sambil matanya tetap meliar ke setiap sudut tapak parkir kereta. Tangannya pun setia memegang stereng.

"Oh ye? Okey." respon Yerin senada sebelum melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

"Kau turun la dulu" arah Sinbi ringkas seraya menghentikan keretanya.

Pantas Yerin menoleh memandang Sinbi semula apabila mendengar arahan rakannya itu.

"Eh? Apa pulakkk? Takkan sebab aku hambar sikit je kau nak halau aku keluar dari kereta, Hwang Eunbi?!" bentak Yerin dengan penuh dramatik.

"Tak la, bangang. Kau keluar je la dulu. Aku nak cari parking" tukas Sinbi jengkel.

Yerin langsung berdecit perlahan.

"Lah, macam la aku turun dulu terus kau jumpa parking kosong nanti" ujar Yerin sarkastik.

"Ye" balas Sinbi senada.

"Oh. " respon Yerin acuh tak acuh.

"Dah, cepat la turun. Kau masuk dulu. Nanti aku dah masuk, aku call kau" tutur Sinbi berpesan.

"Eh,kauuu. Tak nak aku masuk dulu! Kalau ada orang culik aku ke apa ke macam mana?" hambur Yerin bersungguh.

"Tak ada orang teringin nak culik perempuan macam kau la, gila! Dah, keluar sana!" tukas Sinbi kesal.

"Setan lo" hambur Yerin yang juga tak kalahnya kesal sebelum langsung menggalas kasar beg sandangnya ke bahu. Dicerlung tajam rakannya itu lalu lantas keluar dari kereta.

"Sialan lo" balas Sinbi langsung. Ditatap jengkel figura rakannya itu.

Yerin pula hanya mengatur langkahnya ke pintu masuk aras tiga pusat membeli belah yang gah besar itu. Tali beg sandang setia digenggam sambil kaki pun kekal melangkah ke pintu gelangsar automatik di depan sana. Tak lupa juga bibirnya yang terkumat-kamit mengutuk rakannya itu.

"Hak alah. Kalau tak kerana dia heret aku datang sini, aku dekat rumah dah boleh golek-golek atas katil sambil tengok Netflix la"

"Ni semua sebab nak beli barang si KimTae dia tu. Susah betul ada kawan fan payah mati artis ni. Keluar itu nak beli, keluar ini nak beli. Kalau tak heret aku sekali tak apa jugak. Ini tak pepasal aku kena hadap sekali. Apa yang best sangat entah si KimTae tu"

"Menyampah je aku ha. Nasib kawan je"

Satu rengusan perlahan dilepaskan. Mulutnya berhenti membebel sendiri tika figuranya kini berdiri di hadapan pintu lif. Butang lif ditekan lalu dia mengundur selangkah ke belakang, menunggu pintu lif tersebut terbuka. Sambil itu, dia meliarkan matanya ke sekeliling.

Ting!

Bunyi ringkas namun lantang itu langsung membuatkan Yerin menoleh memandang ke arah lif kembali. Pintu perlahan terbuka luas.

Baru saja kakinya berura untuk melangkah, drastik dia beku sepenuhnya tatkala matanya terarah pada figura yang statik berdiri di dalam perut lif lurus di hadapannya. Dia benar-benar terkaku. Matanya tidak berkelip, lidahnya kelu dan kakinya kaku.

Gerangan itu. Jeon Wonwoo. Lelaki yang pernah menghuni di hatinya masa dahulu.

"Cik? Tak nak masuk ke?"

Salah seorang pemuda di dalam lif tersebut menegur Yerin yang seperti dibekukan itu.

"Eo-Eoh, Eoh. Sorry." respon Yerin langsung dan cepat-cepat mengatur langkahnya masuk ke dalam lif. Biarpun sebenarnya dia sangat-sangat tak mahu berada di dalam lif tersebut.

"Tingkat berapa?" soal pemuda tadi kepada Yerin bagi membantu gadis itu menekan butang angka pada dinding lif itu. Memandangkan dia berdiri berdekatan itu.

"Eoh, 1" jawab Yerin ringkas sejurus saja dia memutar tubuhnya menghadap hadapan. Dia memilih untuk berdiri di belakang pemuda tadi saja. Memang tidaklah dia mahu berdiri tepat di samping Jeon Wonwoo itu. Never!

Pemuda itu pun mengangguk sebelum menekan butang angka 1 di hadapannya itu.

"Kamsahamnida" ucap Yerin langsung kepada pemuda tersebut. Dia hanya mendapat anggukan kecil dari lelaki tersebut.

Setelah itu, pintu lif pun tertutup kembali dengan rapat. Pengangkutan itu pun bergerak naik ke atas, aras 4.

Yerin pula hanya berdiri statik di situ sambil mengunci mulutnya. Di dalam hati sudah tidak henti menyumpah seranah soal betapa malangnya hari ini. Boleh pula dia terserempak dengan bekas teman lelakinya di sini. Patutnya dia lari saja tadi! Bodoh punya Jung Yerin!

Ting!

Lif tiba di aras empat. Yerin yang sedang menunduk memandang hujung kasut sandalnya itu kini mengetap bibir. Mata dipejam sambil jauh di sudut hati sedang mengharapkan sesuatu.

"Please, please keluar. Please. Tolonglah keluar. Keluar lah, keluar lah. Tolonglah. Tolonglah keluar. Keluar,please. Please. Keluarlah."

Ya, itulah harapan paling terdesak pernah dia panjatkan. Dia tidak akan betah jika harus berada di dalam lif yang sama dengan seorang Jeon Wonwoo itu.

Yerin mencelikkan matanya lalu mengangkat kepalanya perlahan. Matanya langsung menyaksikan pemuda di hadapannya tadi mengatur langkah untuk keluar dari lif.

"Eh,nak pergi mana?" soal Yerin spontan dengan mata yang agak membuntang.

Pemuda lelaki itu pun memusingkan tubuhnya apabila mendengar suara lantang Yerin itu.

"Hah?" responnya bingung dengan dahi yang berkerut. Dia memandang wajah terkejut Yerin itu.

Sedar akan tindak refleksnya, Yerin langsung terkedu sebentar.

"Eo-Eoh, aniyo. Joseonghamnida" balas Yerin kekok sebelum menundukkan sedikit kepalanya tanda minta maaf. Tidak lupa juga senyuman janggalnya.

Pemuda itu pun hanya mengangguk kecil sebelum memusingkan tubuhnya. Dalam keadaan bingung, dia menghayun juga langkahnya menjauhi lif itu.

Maka, tinggallah seorang Jung Yerin yang sedang dikuasai rasa bodoh yang melampau bersama Jeon Wonwoo di dinding lif sebelah kirinya. Lelaki itu hanya menatap Yerin lama tanpa berkata apa-apa.

Merasakan dirinya ditenung dari sisi, Yerin lantas memusingkan sedikit tubuhnya ke sisi dan rambut panjangnya dibuat sebagai pelindung sisi wajahnya.

Wonwoo yang seraya tadi hanya berdiri di hujung sana kini memilih untuk mengatur langkahnya ke arah Yerin. Dia bukannya apa, sepertinya dia terasa tidak asing melihat wajah polos itu. Tatkala berhasil berdiri di samping gadis itu, dia berdehem perlahan.

Yerin yang sedang sedaya upaya berbuat biasa itu tersentak saat mendengar deheman itu. Dia juga merasakan adanya figura tinggi lampai di sebelahnya tika itu. Terasa terhenti denyut jantungnya buat seketika.

Shit. Jantan ni apa pasal?

"Um–"

Belum sempat lelaki itu bersuara, Yerin lantas bergerak ke depan lalu menekan butang aras 3. Maaf, dia sememangnya sudah tidak mampu setempat dengan bekas kekasihnya itu buat masa yang lebih lama lagi. Baik dia berambus sebelum lelaki itu sedar soal keberadaannya itu. Panjang cerita nanti.

Ting!

Pintu lif terbuka luas. Lantas saja Yerin bergegas keluar dari situ sambil menutup sedikit wajahnya dengan rambutnya itu. Jalan pun menunduk saja, melulu ke hadapan.

Buk.

"Aduh" rintih Yerin spontan apabila dia tidak sengaja 'menanduk' dada bidang satu figura. Sekaligus menghentikan langkahnya.

"Sorry, sorry–"

"Lah, kau lagi?"

Yerin mengangkat wajahnya. Tatkala melihat wajah lelaki di hadapannya itu, lantas saja dia mengguling bola matanya jengkel.

"Sorry, tak sengaja. Ok bye" seloroh Yerin lalu bergegas untuk pergi.

"Eh,kejap,kejap" tukas Taehyung seraya menyambar lengan gadis itu.

"Tak ada kejap,kejap. Aku kena pergi. Bye" ujar Yerin setelah meloloskan lengannya dari pegangan lelaki itu. Dia betul-betul nak hilang dari situ sebelum bekas kekasihnya itu menyedari keberadaannya di sana.

Yerin merengus kesal apabila lelaki itu kini menghalang laluannya pula. Apa masalah jantan ni?!

"Dah apahal pulak rushing sangat nak pergi ni? Cinderella ke?" soal Taehyung hairan sambil melihat keadaan Yerin itu.

"Biar la kalau aku Fiona pun. Tak payah sibuk. Aku memang kena pergi. Tak payah nak melambatkan aku" balas Yerin senafas dengan cerlungan tajam. Lalu, dia menolak tubuh itu ke tepi namun tidak terlalu berganjak.

"Tak, kau tu tadi macam baru lepas merompak–"

Gerangan yang berada di dalam lif tiba-tiba berdehem kuat. Dia sudah muak melihat situasi konyol di hadapannya.

Mendengar deheman itu, Yerin refleks memegang lengan Taehyung. Baru saja dia mahu beredar tadi, dah terbantut bila dengar deheman itu pula. Dia kaku dengan posisi membelakangi lif tersebut. Taehyung  pula memandang gerangan di dalam lif itu.

"Nak masuk ke tak?" soal Wonwoo sambil menekan satu butang bagi mengekalkan pintu lif itu terus terbuka.

"Oh ye, sorry sorry" respon Taehyung  langsung. Lupa pula dia nak guna lif.

"Lepas tangan aku,Fiona. Aku nak masuk lif"  ujar Taehyung bersahaja sambil melirik Yerin yang masih memegang lengannya itu. Sudah kaku macam patung saja sambil merenung dinding kosong di hadapan.

"O-Oh, sorry. Tak sengaja" balas Yerin langsung tatkala menyedari tindakannya itu. Cepat-cepat dia melepaskan lengan lelaki itu.

Taehyung hanya berdecit sebelum mengatur langkahnya ke dalam lif.

Tatkala pintu lif sudah tertutup rapat, Yerin langsung menepuk-nepuk dahinya kesal. Dia meraup rambut depannya ke belakang.

"Ey Jeon Wonwoo! Apahal kau nak kena muncul depan aku pulak hari ni? Tak pernah-pernah sebelum ni kita berselisih pun! "

"Malang gila hari ni! Ni semua salah Sinbi setan tu"

━━━━━━━━━━━━━━━    
【 The Truth】
: 04
━━━━━━━━━━━━━━━

  

"Dia dah balik sini ke? "

"Tapi, bukan ke next year baru dia habis study? "

"Cuti sem ke? Adu, kalau cuti sem pun tak payah balik sini! Duduk la Ireland tu! South Korea ni untuk aku je"

"Sengaja nak ganggu ketenteraman aku kan? Ish "

"Ah, molla! " laung Yerin kesal setelah bermacam-macam monolog menyerang fikirannya. Sudu yang digunakan untuk mengacau bancuhan air coklatnya itu diletakkan ke dalam sinki. Langkah diatur ke meja makan di belakang.

"Wehhh, serius lahh? "

"Kenapa?" soal Yerin penasaran seraya melabuhkan punggungnya ke atas bangku meja makan berhadapan Sinbi. Mug berisi air coklat hangat diletakkan ke atas meja.

"Ni, kau tengok la. Datuk bandar kita kena tangkap dengan polis! Kes dadah nyah! " jelas Sinbi bersungguh dalam ketidakpercayaan sejurus menayang skrin telefonnya ke arah Yerin di hadapan.

"Oh, dah tahu." balas Yerin tenang lalu selamba menyisip air coklat hangat buatannya itu.

Langsung berkerut dahi Sinbi tatkala mendengar jawapan tenang rakannya itu.

"Hah? Kau dah tahu? Macam mana?" soal Sinbi hairan seraya perlahan menurunkan telefonnya ke atas meja.

"Kau ke yang tangkap dia?!" tebak Sinbi langsung.

"Tak ada lah. Aku kebetulan ada dekat tempat kejadian" tukas Yerin tenang.

"Ouu, memang betul la ye dia buat kerja gitu?" soal Sinbi.

Yerin sekadar mengangguk.

Ting!

Yerin langsung menjauhkan bibirnya dari mugnya apabila mendapati telefonnya itu menerima sekeping mesej. Dia pun meletakkan mugnya itu ke atas meja lalu telefon pintarnya yang sedang menyala itu diraih. Dia menilik mesej yang diterimanya itu.

You have new message from group chat 'Anak-Anak Balai Daehong'

» Ketua Kim : Semua, sila ambil perhatian tentang notis ni. Esok balai kita akan menerima beberapa pegawai detektif dari balai Gwangju yang dipindahkan ke balai kita. Harap kamu semua boleh beri kerjasama yang baik kepada mereka seperti sebelum ini. Terima kasih.

"Apa yang berkerut sangat dahi kau tu,Rin?" tegur Sinbi hairan.

"Tak,ni. Ketua aku bagitahu esok ada detektif dari balai Gwangju transfer dekat balai aku" jelas Yerin sambil matanya kekal menatap skrin telefon.

"Uwau. Lelaki ke perempuan?" seloroh Sinbi.

"Tak bagitahu pulak yang tu" ujar Yerin sambil menilik setiap mesej yang membalas notis ketuanya itu.

"Habis, apa yang kau kerutkan tadi?" soal Sinbi hairan.

"Tak,aku pelik la. Kenapa diorang ni kena transfer dekat balai kitorang pula? Mesti ada sebab. Low performance ke?" jelas Yerin yang juga bingung.

"Kalau sebab low performance, mampus kau nak hadap diorang nanti,Rin" ujar Sinbi langsung.

"Kalau gitu, aku harap aku takkan bekerjasama dengan diorang. Cukup la tuhan hantar kau untuk uji aku"

"K"

HA VOTE ;)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro