⊰ 03 ⊱
"Tae? Yah, Tae! Kalau kau still ada dengan aku, tolong hembus–"
"Yah, hantar team. Aku rasa patut sekarang" tutur Taehyung perlahan sambil menekan earpiece di telinga kirinya itu. Matanya kekal menatap tepat ke sepasang mata cantik milik Jung Yerin yang kekal tampak bingung itu.
"Mwo? Sekarang? Kau agak-agak lah! Dua orang budak dia baru keluar tadi cari kau! "
"Ye, sebab tu lah. Hantar je la team. Aku tahu la nak buat apa" balas Taehyung perlahan. Matanya tetap saja terarah pada Yerin.
"Okey. Aku suruh Seungchol hyung arah semua gerak atas nanti"
"Eoh. Sekarang." ujar Taehyung ringkas. Nada suaranya tetap dikawal, masih berhati-hati. Risau kalau-kalau dua orang lelaki bertubuh tegap yang merupakan pengawal peribadi datuk bandar itu masih berada di luar.
"Ye"
Lalu, komunikasinya dengan Jaemin pun terhenti di situ. Taehyung membetulkan ringkas earpiece di telinganya itu sebelum kembali memandang wajah Yerin di depan.
Taehyung pun menurunkan tangannya dari terus menekup mulut Yerin. Kemudian, dia menjauhkan tubuhnya dari wanita itu.
"Kau–"
"Ini je ke modal kau dengan peremp–ahdbdjsjshsj"
"Jangan bising. Please" pinta Taehyung dengan penekanan. Nadanya kekal perlahan.
Yerin lantas menolak tangan lelaki itu dari mulutnya.
"Apa benda kau tengah buat ni? " bentak Yerin bingung dengan nada yang masih dikawal. Matanya kemudian tertancap pada alat kecil di dalam telinga lelaki tersebut.
"Special agent? " tebak Yerin langsung.
"Dengar. Duduk sini diam-diam. Jangan pergi mana-mana. Maksud aku, jangan keluar dari sini selagi aku tak datang" pesan Taehyung bernada rendah sambil menatap tepat ke wajah penasaran Yerin.
Yerin berdecit. Tangan disilang ke dada.
"Kau ingat aku budak-budak–"
"Aku minta benda simple je. Bagi kerjasama" tukas Taehyung dengan penekanan, kian kesal dengan perangai wanita itu.
Yerin merengus perlahan dan memilih untuk akur saja. Meski dia masih tak dapat proses mengapa dia lagi-lagi berjumpa lelaki di hadapannya ini. Cukuplah mulutnya ditekup tiba-tiba oleh lelaki yang sama dia bertemu semalam. Dua hari ini asyik kena tekup mulut saja.
"Fine"
Taehyung mengangguk perlahan lalu langsung menolak perlahan tubuh Yerin ke tepi dan dia pun membuka pintu ruangan tangga kecemasan itu. Kepalanya dijengukkan sedikit ke luar, memandang ke kiri dan kanan lalu perlahan menapak keluar setelah memastikan keadaan aman.
Kaki menapak perlahan ke arah gerbang ruangan kolam renang peribadi itu. Dapat dia lihat di gerbang itu sudah dikawal dua orang pengawal peribadi yang bertubuh tegap itu. Dua orang lelaki itu hanya berdiri tegak di situ sambil memandang lurus ke hadapan. Sepertinya, dua figura tersebut tidak menyedari dirinya.
Jadi, rancangan ringkas seorang Kim Taehyung ini adalah untuk 'menghapuskan' dua orang pengawal peribadi itu dahulu sementara menanti ketibaan pasukan anggota muncul. Lagipun, sepertinya dia memang cuma perlu merebahkan mereka itu saja kerana mereka saja yang masih sedar. Tidak seperti di dalam, yang mungkin sudah ke bulan.
Taehyung masih melangkah dengan langkah perlahan, merancang untuk menyerang mengejut seorang dari pengawal peribadi itu.
Manakala seorang Jung Yerin di dalam ruangan tangga kecemasan itu masih cuba memikirkan tentang apa yang sedang berlaku.
Siapa lelaki itu sebenarnya?
Melihat dari caranya, sepertinya sedang menyelesaikan sesuatu misi. Dia juga menyedari gajet kecil yang berada di telinga lelaki itu. Alat berhubung dengan orang yang berjarak jauh. Selalunya kalau macam ni...
"Dia spy ke?" tebak Yerin langsung. Selalunya betul lah perisik bertingkah begitu. Dari segi gerak-geri sehingga cara pemakaian yang serba gelap. Tidak lupa juga topi yang menutup separa wajah itu.
"Tzztt, tzztt! Tzztt!
Terhinjut bahu Yerin apabila telefon pintarnya tiba-tiba saja berdering dalam mod getaran. Pantas saja dia menyeluk poket seluar pendeknya lalu objek itu dikeluarkan. Tanpa berlengah, panggilan itu lantas dijawab.
"Apa lagi,setan?"
"Woi, kau kenapa tadi tiba-tiba putus macam tu je call nya? "
"Orang culik"
"Ya tuhannn, finally! Dah lama aku–"
Beep.
Yerin langsung memutuskan panggilannya dengan Seoyun itu tanpa menunggu respon sepupunya itu. Telefon pun dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dia lantas melekapkan telinganya ke pintu di hadapannya itu. Sepertinya dia mendengar bunyi dengusan bersama bunyi sesuatu dihempas. Derapan pantas tapak kasut pun didengarinya tadi.
"Apa benda pulak tu?" gumamnya bingung dengan kerutan di dahi. Telinganya kekal dilekapkan pada pintu, masih mahu mengesahkan bunyi-bunyi tersebut. Sepertinya bunyi pergelutan.
Dek rasa penasaran yang membuak-buak, Yerin pun membuka perlahan-lahan pintu itu. Kemudian, kepalanya dijengukkan sedikit ke luar. Membuntang drastik matanya apabila menyaksikan pergelutan tiga orang lelaki di luar itu. Dan salah satu darinya merupakan lelaki tadi. Kim Taehyung.
Melihat Taehyung yang tampak seperti dalam kesukaran melawan dua orang lelaki bertubuh tegap itu sendirian, membuatkan sang saksi pula yang bimbang. Yerin lantas menutup pintu semula.
Dia berfikir sepantas mungkin untuk apa yang patut dia lakukan. Keras berdiri di dalam ruangan itu atau membantu lelaki tersebut. Baginya tiada masalah sebenarnya untuk dia sertai pergelutan itu sekali memandangkan dia pun ada asas seni pertahankan diri.
Tambah pula sudah setahun lebih dia bertugas sebagai pegawai polis. Rasa takut itu sudah hampir tiada dalam kamus hidupnya.
Tapi, dalam situasi ini, patutkah dia 'beraksi' juga?
"Mampuslah" omel Yerin membuat kata putus sebelum langsung membuka pintu ruangan tangga itu.
Harap tindakannya ini tidak merisikokan pekerjaannya lah.
Yerin berlari anak ke arah seorang konco yang ligat bergelut dengan Taehyung itu. Tangannya lincah menyambar sepucuk pistol yang terselit di seluar lelaki tegap itu. Lalu dihempuk kepala figura tersebut dengan senjata itu.
"Yah, kau buat apa?! Aku suruh kau stay je kan dalam tu!" soal Taehyung drastik yang menoleh memandang Yerin di belakang tatkala melihat tindakan gadis itu. Matanya sempat melirik ke arah lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"Panas dalam tu" balas Yerin senada sebelum bergelut dengan lelaki tegap lain yang meluru ke arahnya.
"Alasan kejadah–"
"Settle kan la cepat. Aku nak balik ni" ujar Yerin sambil bergelut dengan figura tegap yang menyerangnya itu. Dia masih dapat mengawalnya.
"Ye,sabar la. Aku dah panggil orang. Kau tak payah masuk campur" balas Taehyung sambil sesekali mengerling ke arah Yerin yang sedang cuba menewaskan seorang konco itu. Dia juga sedang bergelut.
"Tak payah. Ingat kau seorang je boleh pukul orang?" tukas Yerin senada sebelum menghentak kepala lelaki berhadapannya itu menggunakan baton panjang hitam milik lelaki itu. Dia menjeling sekilas Taehyung.
"Ikut kau la. Degil nak mampus" gumam Taehyung kesal. Sempat dia menekan earpiece di dalam telinganya itu untuk berkomunikasi sebelum diserang lagi.
"Jae, team dah naik ke belum? Tolong la cepat sikit bergerak tu"
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:03
━━━━━━━━━━━━━━━
"Jalan! " herdik salah seorang anggota polis dengan lantangnya sambil mendorong seorang lelaki yang berada di luar kesedaran.
"Kasi kena satu kali la,bos~" balas lelaki itu meleret sambil tersengih-sengih tidak jelas kepada anggota polis itu. Kepala pun sesekali menggesel pada bahunya sendiri dengan mata terpejam.
Bola mata Yerin bergerak perlahan, memerhati setiap satu figura yang diberkas anggota polis itu. Ramai juga yang diberkas termasuk satu gerangan yang tidak disangkanya, datuk bandar Seoul, Lee Sung Ki. Jadi, sebenarnya, situasi tadi adalah usaha polis untuk menyerang hendap puak-puak itu. Dia pula terpinga-pinga tika itu. Tidak pernah terfikir pun ada parti yang sedang dijalankan di kolam renang sana.
"Kau nak pergi mana tadi? Balik kan? Pergi lah" tutur Taehyung yang seraya tadi berdiri di sebelah Yerin, memerhati gadis itu yang ralit melihat situasi di hadapannya itu.
Yerin pun menoleh memandang Taehyung yang sedang bersandar pada dinding kaki lima dengan lengan yang disilangkan ke dada itu. Tatapan lelaki itu hanya kosong.
"Kau officer?" soal Yerin penasaran. Nadanya kekal datar.
"Almost there" balas Taehyung ringkas sebelum menegakkan tubuhnya dari terus bersandar pada dinding itu. Lengan yang disilangkan ke dada itu pun diturunkan ke sisi. Dia kemudiannya mengorak langkahnya ke ruangan kolam renang peribadi itu. .
Yerin menggulingkan bola matanya malas.
"Dia ingat aku ni nak main teka-teki dengan dia? " omel Yerin jengkel sambil memerhati lelaki itu beredar.
Kaki Taehyung melangkah masuk ke dalam ruang kolam renang yang luas itu. Di sekeliling kolam itu terdapatnya halaman luas yang dihiasi pokok bunga dan rumput hijau di samping. Dia menghampiri meja panjang yang sudah tunggang-langgang dengan makanan dan botol-botol wain di atas. Tak lupa juga pek dadah yang berceramuk di sana.
Sehelai plastik lut sinar pun dikeluarkan dari poket jaket biru gelapnya. Kemudian, tangannya bergerak meraih penyepit makanan yang berada berhampiran lalu dikepit satu pek dadah itu dan dimasukkan ke dalam plastik di tangan kirinya. Sebagai bahan bukti laporan kesnya nanti.
Selesai saja itu,Taehyung pun memutar tubuhnya untuk beredar. Dan, matanya pun terarah pada figura Yerin yang berjalan melepasi gerbang ruangan itu.
"Eh, kau. Kejap" laung Taehyung agak lantang seraya berlari anak ke gerbang.
Yerin pun menghentikan langkahnya apabila menyedari hal itu. Dia memusingkan tubuhnya sambil memandang Taehyung yang melangkah menghampirinya itu.
"Apa? " sahut Yerin ringkas.
"Tak, just nak tanya something. Harap kau tak kisah la" tutur Taehyung senada sejurus saja menghentikan langkahnya di hadapan Yerin.
Yerin pun berkerut tika mendengar bicara seorang Kim Taehyung itu. Jika dilihat di wajah sempurna itu, terlakar raut serius di wajahnya.
"Apa benda?" soal Yerin penasaran sambil menatap wajah Taehyung, menanti bicara lelaki itu.
"Kau nampak cekap je settle konco-konco tadi. By any chance, kau somehow belajar martial arts?" soal Taehyung menebak.
"Kalau ya, kenapa?" balas Yerin datar. Keningnya diangkat sebelah.
"Kalau ya, no wonder. Boleh tahan juga kau tadi"
Taehyung berdehem perlahan sebelum memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket jaketnya.
"Tahu" respon Yerin senada sebelum mengulum senyuman singkat dan kembali kepada raut datarnya.
Taehyung lantas berdecit.
"Could be more better than you actually" sambung Yerin bermegah dengan bersahaja.
"Heol, melebih megah pulak dia ni" gumam Taehyung langsung, jengkel.
"Annoying kan? Jadi, sama-samalah kita doa agar tak berjumpa lagi next time. I might dying of annoyance too" tutur Yerin senada sebelum beredar.
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
: 03
━━━━━━━━━━━━━━━
"Morning" sapa Yerin ringkas seraya berjalan longlai keluar dari bilik tidurnya. Dia menguap kecil sambil menapak ke ruang tamu.
Sinbi yang sedang ligat menonton televisyen sambil bersila di atas lantai itu langsung menoleh belakang tatkala mendengar suara serak rakannya itu.
"Eoh, Rin. Lewat kau bangun hari ni" tegur Sinbi sambil memandang Yerin yang sedang menghampiri sofa di belakangnya itu.
"Manfaatkan off day, of course" jelas Yerin mendatar seraya melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
"Oh, off day ke hari ni?"
"Yea" respon Yerin ringkas sebelum menyalakan gajetnya.
"Lahh,tak cakap. Kalau tak, memang aku dah ajak kau–"
"Ya, sebab tu aku tak cakap. Tak payah nak ajak-ajak sangat. Bagi aku mereput dekat rumah je, Hwang Eunbi" tukas Yerin serta-merta.
Sinbi berdecit.
"Heol, bosan betul hidup kau ni"
Yerin hanya menayang raut jengkel. Bola matanya digulingkan menyampah sebelum menyibukkan dirinya dengan menatap skrin telefon pintarnya.
"WOI, DAH START,DAH START!" laung Sinbi lantang dengan terujanya.
"Yaish, kamchagiyaa!" bentak Yerin kesal yang sememangnya tersangat terperanjat dek jeritan Sinbi itu. Mujur tidak tercampak telefon pintarnya itu ke merata arah.
Sinbi hanya mengabaikan saja bentakan rakannya itu di belakang. Dia sudah tersengih-sengih menatap skrin televisyen sambil memeluk erat bantal kecil.
"Ommoooo! Dia pakai hoodieee! Aish, pakai gitu pun helok!" hambur Sinbi nyaring sebelum menggigit hujung bantal di dalam dakapannya itu.
Yerin pula sudah sangat masak dengan perangai rakannya itu. Dia pun menekup telinga kirinya sambil jemari kanan tetap menekan skrin telefon.
"Baik, hari ni kita bersama KimTae ya. Sila sapa penonton di rumah, KimTae ssi"
"Ne, anyeonghaseyo. KimTae imnida"
"YAISH, JANGAN SENYUM GITU!" laung Sinbi drastik sebelum menghempuk berkali-kali bantal dalam dakapannya barusan itu ke lantai.
"Hwang Eunbi, bising lah!" bentak Yerin geram.
"Mampus lah!" balas Sinbi langsung sebelum kembali tersenyum saat melihat artis kesayangannya itu di kaca televisyen.
Yerin merengus kasar dan cuba menenangkan kembali dirinya dengan menghadap telefonnya seperti tadi.
"Baiklah, KimTae ssi. Sebelum kita mulakan segmen utama kita, saya ada satu perkara nak ajukan kepada kamu. Mewakili netizen-netizen yang sememangnya nak tahu pasal perkara ni" ujar sang penemu bual dengan lancarnya sambil memandang wajah tampan penyanyi solo di sebelahnya itu.
KimTae pula hanya mengangguk perlahan sambil memfokuskan matanya pada wanita di sisinya itu.
"Jadi, macam yang kamu tahu, tindakan kamu dua hari lepas di lapangan terbang Incheon dah menjadi sangat tular dan menjadi perbualan netizen dan peminat-peminat kamu di media sosial."
"Macam kita tahu, sememangnya tindakan kamu yang menolong peminat-peminat dalam keadaan macam tu dah menjadi perkara biasa. Tapi, yang menjadi perbualan hangat apabila kamu berkelakuan agak berbeza dari rakaman yang sebelum ni kepada peminat tersebut. Nampak macam lebih istimewa dan ada lebih macam tu" ujaran panjang lebar itu diakhiri dengan tawa halus.
KimTae pula langsung tersenyum kecil saat mendengar bicara terakhir wanita penemu bual tersebut.
"Jadi, soalan saya di sini, mungkin kamu ada apa-apa sebab istimewa tentang tindakan kamu kepada peminat tersebut? Atau, cuma spekulasi peminat dan netizen saja?"
KimTae memandang sekilas penemu bual tersebut sebelum dia memalingkan wajahnya ke hadapan. Bibirnya masih mengukir senyuman kecil lalu perlahan dia mendekatkan mikrofon di pegangannya itu menghampiri mulut.
"Eoh...macam mana nak cakap eh?" ujarnya buntu sebelum tergelak kecil. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Tampak janggal. Penemu bual dan kru-kru penggambaran pun turut tertawa perlahan.
KimTae tersenyum kecil sambil menggaru perlahan dagunya. Masih memikirkan tentang jawapan bagi soalan itu.
"Yah, Yah, Rin. KimTae nak cakap pasal kau ni woi!" tutur Sinbi teruja sambil tangannya menampar berkali-kali peha Yerin di belakang. Matanya tak lepas merenung skrin televisyen.
"Mampus la" balas Yerin senada sambil kekal fokus pada telefon pintarnya.
"Eh, si musibat ni, aku kang–"
"Umm...saya jawab simple je lah. Saya cuma rasa dia berbeza." jelas KimTae ringkas seraya menoleh memandang wanita di sampingnya itu. Segaris senyuman kecil diukir.
"Berbeza? Apa maksud berbeza tu? Sesuatu yang istimewa ke? Itu ke yang buat kamu layan dia berbeza waktu tu?" soal penemubual itu penasaran dengan raut mesra.
KimTae langsung tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.
"No comment pasal tu. Just,saya rasa dia berbeza. Itu je."
"Apa benda yang berbezanya? Aku sama je macam dia. Ada mata, ada mulut, ada hidung. Dia nampak aku macam ada kaki tiga ke hari tu?" seloroh Yerin mendatar sambil menatap tanpa minat ke kaca televisyen itu.
"Eh, si bangang ni. Hidup-hidup tu kerja nak jadi bodooooh je kau kan? " hambur Sinbi langsung dengan kesalnya.
Yerin langsung berdecit perlahan sebelum kembali menyandarkan tubuhnya ke badan sofa. Sungguh, dia langsung tiada minat dengan si KimTae itu.
"Patutnya, sikit punya untung kau tau sebab kau satu-satunya manusia tak guna yang dia bagi compliment live dekat tv!" sambung Sinbi sebal seraya menoleh memandang Yerin di belakang.
"Kau nak tukar badan dengan aku pun boleh je, Sin" balas Yerin mendatar.
"Aku berminat. Tapi, aku tak nak otak kau sekali. Asingkan kalau boleh" ujar Sinbi senada.
Yerin langsung berdecit jengkel.
"Aku pun tak nak la swap badan dengan kau. KimTae tak habis-habis. Semak otak la" tukas Yerin dingin.
"Eh, eh kauuu. Baik sikit eh! Jangan sampai aku panggil askar aku bantal kau! " seloroh Sinbi mengugut.
"Eh, haah. Aku curious la. Fandom korang nama apa? Teh bunga? Teh hijau? Taehi–aduh! " rintih Yerin langsung apabila mukanya tidak semena-mena dilempang oleh bantal kecil ikhlas dari Sinbi.
"Haa, itu makan dia! Helokkk sikit mulut kau ehh. Offend ni offend!" hambur Sinbi.
Yerin langsung merengus jengkel sebelum mencampak kembali bantal itu ke arah Sinbi.
"Aku curious je. Dah nama dia KimTae, KimTae. Korang mesti la ada something Tae jugak kan?" tutur Yerin penasaran.
"Memang lah tapi–"
"Eh, satu lagi aku curious. Nama dia memang lahir-lahir terus nama KimTae ke? Bapak ringkas" seloroh Yerin.
"Tak adanya! Itu stage name dia, gila!" tukas Sinbi lantang.
"Oh ye? Then, apa nama betul dia?" soal Yerin penasaran.
"Kim Tae Il"
VOTE TAU MUAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro