⊰ 02 ⊱
HA VOTE YEE
JARI telunjuk menekan-nekan pantas butang angka pada gagang pintu rumah. Sejurus memasukkan angka kata laluan, jemarinya pun menggenggam gagang pintu lalu ditarik, membuka pintu rumahnya bersama Sinbi. Kaki pun melangkah masuk ke dalam ruangan rumah apartmen tersebut.
"Ha, balik pun kau. Dah nak pukul 1 pagi baru reti balik eh?" tegur Sinbi memerli seraya menyilangkan lengannya ke dada, merenung Yerin yang berada di muka pintu itu.
"Hantar Seoyun balik" jelas Yerin ringkas sambil berjalan masuk ke arah dapur.
"Bukan ke dia tu dah ada boyfriend?" Soal Sinbi sambil memerhati gerak-geri rakannya itu.
Yerin mengangguk seraya membuka peti sejuk di hadapan. Mata meliar mencari sebotol jus oren kesukaannya.
"Dah tu? Jantan tu tak boleh hantar dia balik? Gf sendiri pun orang kena hantarkan" sindir Sinbi jengkel.
"Entah dua ekor tu. Dah Seoyun tu minta aku hantar dia,aku hantar je la. Dah alang-alang sehaluan" balas Yerin bersahaja.
"Patut jantan tu kena belajar dengan si Wonu tu. Pandai ambik anak orang, pandai la hantar" seloroh Sinbi bersahaja.
Raut wajah Yerin sudah berubah.
"Tak gitu,Rin?" soal Sinbi selamba seraya memandang rakannya itu.
Yerin sekadar menjeling menyampah.
"Eh haah. Lupa dah nothing" seloroh Sinbi bersahaja.
Yerin berdecit jengkel.
"Dah kau sibuk sangat megahkan dia tu 24 jam, kau je la ambik dia. Single kan sekarang?" tutur Yerin langsung.
"Wo wo wo,meski se-single mana pun aku, aku memang tak berminat ambik bekas member. Maaf"
"Maleh aku"
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
:02
━━━━━━━━━━━━━━━
Seoul,Korea Selatan.
Bandar yang menjadi tumpuan masyarakat setempat. Segala-galanya ada di sini. Namun, untuk hidup di kota sebesar ini, terisi penuhnya cabaran, penuhnya keperitan.
Semuanya terlihat aman, namun telah menyimpan seribu satu cerita. Dan, ceritanya bermula di sini.
Tawa besar lantang bergema, memenuhi ruangan sunyi tempat parkir kereta di dalam bangunan. Telefon setia dilekapkan ke telinga sambil kaki sesekali melangkah. Tangan kiri pula ligat menyentuh but depan kereta sedan mewah itu.
"Tak perlu risau pasal tu la, Hong. Budak aku tahu buat kerja"
"Ya, ya. Barang lebih masuk hari ni"
"Sure, sure. Pasti. Memang akan sampai dekat tangan kau. No worries"
"Alright. Jumpa kau malam ni"
Telefon pun diturunkan dari telinga lalu dihulurkan kepada pengawal peribadinya yang tegak berdiri di samping kereta. Kemudian, lelaki tua separuh usia yang memakai sut rapi itu menyandarkan tubuhnya ke badan kereta. Sekotak rokok dikeluarkan dari poket kemeja lalu puntung rokok itu pun dicucuh api. Disedut lalu dihela keluar asap dari rokok tersebut.
Lee Sung Ki.
Merupakan seorang datuk bandar yang kaya dan berpengaruh. Dia juga merupakan seorang ketua gangster serta merupakan penyumbang dana terbesar kepada ketua-ketua gangster yang lain bagi kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah.
Dengan sikap tamak dan rakus yang ditanam di dalam diri, dia juga sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan jawatannya.
Dan, kesemua perkara ini, diselindung baik oleh orang-orang kanannya. Tiada mana-mana rakyat Seoul yang menyedari akan hal terburuk datuk bandar mereka ini.
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
: 02
━━━━━━━━━━━━━━━
"So, macam mana? Ada apa-apa info tak?" soal Taehyung seraya melabuhkan punggungnya ke atas bangku berhadapan rakan sejawatnya bersama satu mug air coklat hangat di pegangan. Sarapannya pagi itu.
"Dia ajak semua puak dia pergi parti dia malam ni" jelas Seungchol ringkas sambil memandang rakannya itu di hadapan.
"Eoh,dekat mana?" soal Taehyung penasaran.
"Katanya dekat tempat biasa dia. Entah dekat mana. Semua tempat,tempat biasa dia" balas Seungchol senada sebelum mengigit sedikit roti coklat di pegangannya itu.
Taehyung mengangguk perlahan, mengerti. Dia berfikir sejenak.
"Since semalam aku just sempat letak eavesdropper je dekat dia, so hari ni kita better ambik step besar terus la" saran Taehyung setelah berfikir singkat.
"Means? Kau nak kita serbu hari ni?" tebak Seungchol dengan kening yang dijongket sebelah.
"Eoh. Lagipun, peluang besar hari ni" jelas Taehyung ringkas setelah mengangguk kecil.
Seungchol pun mengangguk faham.
"Alright. Nanti aku inform semua team"
━━━━━━━━━━━━━━━
【 The Truth】
: 02
━━━━━━━━━━━━━━━
Malam itu, kesemua kumpulan gangster di setiap ceruk bandar Seoul kini berkumpul di ruangan luas kolam renang persendirian di sebuah hotel mewah yang sudah ditempah datuk bandar. Lokasi itulah merupakan tempat parti berseronok mereka semua hari ini.
"Bos" panggil seorang dari pengawal peribadi sang datuk bandar itu lalu sebuah beg bimbit dihulurkan kepada tuannya.
Lee Sung Ki pun menyambut huluran pengawal peribadinya itu. Kemudian, dia mengatur langkahnya dengan megahnya menuju ke meja panjang yang tersedia itu. Setiap gerangan di situ sememangnya menanti sajian kegemaran mereka itu.
"Malam ni, saya payung semua!" ujar Lee Sung Ki lantang seraya membuka beg bimbit itu. Lalu, dituang kesemua bungkus pek yang berisi serbuk putih itu ke atas meja.
Maka, bersorak sukalah hampir 50 orang yang berada di situ tika mendengarkan hal tersebut.
Manakala, di bahagian luar gerbang ruangan kolam renang peribadi itu, figura seorang Kim Taehyung sedang diam bersandar di sebalik dinding, cuba meninjau keadaan di dalam.
"Hyung, apa khabar?"
"Kejadah benda kau ni tiba-tiba tanya khabar aku" bisik Taehyung kesal tatkala mendengar suara rakan sejawatnya melalui earpiece yang disumbat di dalam telinga kiri. Dia masih mengambil langkah jaga-jaga saat berdiri sendirian di situ.
"Bukan, gila. Maksud aku, apa khabar situasi dekat sana! "
"Oh. Diorang baru start party" jelas Taehyung ringkas. Dia menjenguk sikit di antara gerbang ruangan itu. Dapat dia lihat manusia-manusia di dalam sana sedang berfoya-foya sambil menikmati pek dadah.
"Okey. Kau rilek je dulu,hyung. Jangan buat tindakan apa-apa lagi. Especially jangan buat something yang boleh tarik perhatian diorang. Buat bising maksud aku. Masak kau nanti kalau diorang nampak kau dekat situ,hyung"
"Eoh" balas Taehyung ringkas, akur saja dengan pesanan rakannya itu di hujung gajet kecil itu.
"Tunggu dalam 5 minit dulu. Biar diorang sampai bulan dulu"
"Ye" balas Taehyung lagi. Sesekali dia memantau keadaan sekeliling.
"Nanti, kalau bila dah line clear,aku-"
"Tak, kau boleh stop bercakap tak? Aku tak boleh concentrate" hambur Taehyung separuh bisik dek sebal dengan rakan sejawatnya yang tak henti bercakap itu. Dia tak tahu ke betapa gentingnya dia sendirian di sini? Budak itu boleh pula seperti berborak santai dengannya.
"Tak, aku bosan do"
"Sial la kau menyempat bosan" ujar Taehyung senada. Dia merengus perlahan. Lalu, dia kembali menjenguk sedikit ke dalam lagi, mahu melihat situasi di sana.
Drastik dia menarik kembali jengukan kepalanya itu apabila mendapati dua orang lelaki bertubuh tegap di dalam sana sedang meliarkan mata mereka ke sekeliling. Hampir saja dia tertangkap. Satu keluhan lega dihela perlahan.
"Setan kau, Hwang Eunbi! "
"Kau memang terpaling saitan dalam muka bumi ni! "
"Sialan lo! "
Drastik Taehyung menoleh kepalanya mencari suara lantang yang sedang menyumpah seranah itu. Matanya juga membuntang dek hal itu. Tertoleh-toleh kepalanya mencari
gerangan tersebut.
Ada orang lain ke dekat aras ni?
Sepasang mata milik Kim Taehyung pun akhirnya terarah pada gerangan yang menyumpah tadi. Nampaknya ada seorang perempuan sedang berjalan sambil bercakap di telefon. Bila dilihat-lihat, macam tak asing saja wajah itu.
Tak, bukan itu yang penting sekarang.
Macam mana dia boleh lepas masuk aras ni?
"Tak payah nak gelak-gelak sangat, anjeng! "
"Woi, woi! Anak siapa yang ikhlas sangat maki hamun tu?! Orang dalam dengar nanti! "
Taehyung menangkap bunyi derapan
tapak kasut dari dalam ruangan
kolam renang itu.
Bagus. Pastinya ada yang sudah mendengar suara lantang dan bergema dari wanita itu.
"Ye lah, bodoh! Aku dah sampai dekat floor tu! " hambur Yerin geram buat Sinbi di hujung talian itu. Gila tak geram, dia kena gula-gula macam tu je dengan anak Hwang tu.
"Ingat kelakar ke setan prank gin-"
Terputus langsung hamburan
seorang Jung Yerin itu apabila lengannya tiba-tiba disambar dari arah sebelah kirinya dan dia pun terdorong masuk ke dalam ruangan tangga kecemasan. Kemudian, tubuhnya dihempap perlahan ke pintu.
"Aw-"
"Shh" bisik Taehyung langsung bernada perlahan seraya menekup erat mulut Yerin. Matanya memandang sekilas sepasang mata gadis itu yang membuntang sebelum dia mengalihkan pandangannya ke sebelah kirinya. Bunyi derapan tapak kasut yang pantas kedengaran di luar.
"Woi, apa jadi? Kau okey tak,hyung? Woi!"
Taehyung hanya mengabaikan saja suara Seungchol yang menjerit di telinga kirinya itu. Memang tidaklah dia mahu bersuara. Tak pasal-pasal kantoi keberadaannya dan Yerin yang bersembunyi di dalam ruang tangga kecemasan itu oleh konco-konco di luar. Mujur saja, dia sempat mengunci pintu ruangan tersebut.
Yerin pula hanya terkebil-kebil bingung melihat lelaki di hadapannya itu. Dia bingung dengan situasi sekarang. Entah apa yang sebenarnya berlaku, dia pun belum dapat menghadam.
Tidak lama kemudian, bunyi derapan tapak kasut pun kian samar-samar. Bermaksud, dua orang pengawal peribadi yang memeriksa keadaan tadi pun sepertinya sudah beredar. Taehyung pun mengalihkan kembali pandangannya ke arah Yerin yang terpinga-pinga itu.
"Hyung? Yah, hyung! Kalau kau still ada dengan aku, tolong hembus-"
"Yah, hantar team. Aku rasa patut sekarang" tutur Taehyung perlahan sambil menekan earpiece di telinga kirinya itu. Matanya kekal menatap tepat ke sepasang mata cantik milik Jung Yerin yang kekal tampak bingung itu.
VOTE YAA GAESS ♥♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro