𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆
"MashaAllah! SubhanAllah! Astagfirullahalazim!!!" Memetir suara Aariq. Dia memegang dada kirinya. Terkejut dia melihat keadaan rumahnya tika ini.
"Afeeq, Aqeef, Aefeq!!! Menghadap Baba sekarang!!!" Tempiknya. Habis satu rumahnya. Mengalahkan tongkang pecah. Baru sahaja dia selesai menghantar isterinya ke KLIA atas urusan kerja isterinya itu ke luar negara untuk dua minggu. Balik-balik rumah dia dikejutkan dengan keadaan rumah yang dah tak serupa rumah itu.
Laju tiga anak lelakinya itu berdiri di hadapannya. Masing-masing menunduk menekur lantai.
Aariq bercekak pinggang di hadapan mereka.
"Apa semua ni hah? Korang buat apa sampai rumah jadi macam ni? Jawab! Baba tanya kenapa diam? Dah bisu? Mana suara?"
Afeeq mengangkat wajahnya, "Dah Baba je yang cakap, macam mana kitorang nak jawab?"
"Ha menjawab. Baguslah tu menjawab." Aariq memegang dada kirinya. Dia cuba beristighfar. Boleh naik tekanan darah tingginya kalau terus begini.
"Baba tanya, kitorang jawablah. Jawab salah, tak jawab salah. Baba ni perempuan ke? Complicated betul." Selamba Aqeef.
Membuntang mata Aariq.
"Menjawab lagi. Sekarang ni, Baba nak korang kemas semua mainan-mainan ni. Mama tak ada dua minggu ni jangan sesiapa berani sepahkan rumah. Baba kau ni bukannya rajin nak mengemas macam Mama kau tu. Kemas sekarang!" Arahnya.
Terus anak-anaknya itu mula mengemas semula rumah itu. Penuh mainan di atas lantai. Mahunya Aariq tidak marah, tadi dia hampir sahaja jatuh akibat terpijak salah satu mainan yang betul-betul terletak di hadapan pintu rumah. Nasib tak bergolek Baba Riq macam nangka busuk.
"Umur dah 22 tahun, perangai macam budak-budak. Ni mana princess? Dah bangun ke belum budak tu?" Aariq mencari kelibat anak bongsunya itu. Yang itu lagi sekor, perangai mengalahkan abang-abangnya. Lagi nakal. Lagi savage. Menginjak usianya yang kelima tahun ini, asyik nak orang ikut cakap kepala dia sahaja.
"Princess!!" Laung Aariq.
Turunlah seorang puteri tak beraja menuju ke arah ayahnya itu. Riak wajahnya penuh keriangan. Mesti ada something wrong somewhere.
"Baba!!!" Laju kaki kecil itu meluru ke arah Aariq. Aariq mendukung puterinya itu. Cukup melihat senyuman anaknya itu, membuatkan dia tahu.
"Hah ko buat apa plak kali ni? Pasu bunga Mama pecah ke?"
Atheefa menggeleng. Bibir bawah dikemam.
"Ikan Mama mati lemas?"
Si kecil itu geleng lagi.
"Kau gunting bulu kucing Parsi Baba?"
Sekali lagi gelengan diterima.
"Semua tak. Apa benda pulak kau dah buat ni, princess? Takkan kau baling Ipad Baba dari tingkat atas masuk longkang bawah kut?" Pening kepala Aariq dengan kerenah anak-anaknya itu.
Atheefa mengangguk.
Terus membulat mata Aariq, "Hah?! Kau buat apa ni anak? AllahuAkhbar. Princess, kerja Baba banyak dalam tu sayang. Habislah Baba nak jawab apa dengan Daddy Yan kau." Mahu sahaja dia menangis. Hancur Ipadnya. Beragaklah rumahnya itu dua tingkat, baling ipad jatuh ke bawah. Sudah pastilah hancussss.
Atheefa memegang kedua belah pipi Aariq.
"Bukan Baba patutnya suka ke? Baba tak payah buat kerja lagi dah. Baba kan pemalas." Petah si kecil itu berbicara. Namun, cukup sampai menusuk ke hempedu Aariq. Nak marah pun tak boleh, benda dah jadi. Tapi betul juga, aku ada alasan nak bagi dekat Aayyan kalau dia minta proposal kerja. Should I thank to my little princess?
"Princess, nak tolong Baba je. Daddy Yan kan selalu buli Baba bagi work banyak-banyak. Apa dia tak tahu ke Baba ni manusia paling malas di antara yang terpaling malas di bumi?" Jujur si kecil itu. Susah kalau anak terlebih pandai. Dia jadi pandai-pandai.
Aariq mengeluh besar. Pelipis dahi dipicit. Entah bagaimana hari-hari mereka anak beranak tanpa Shayla selama dua minggu. Mampukah Aariq? Selama ini kelengkapan dan semua yang berkaitan dengaj anak-anak, hanya Shayla yang uruskan.
Keluhan kecil dilepaskan.
"Boys, duduk Baba nak cakap sikit."
Aariq melabuhkan punggung ke atas sofa. Diikuti anak-anaknya.
"Selama dua minggu tanpa Mama ni, Baba lantik korang bertiga untuk jaga Princess. Memandangkan korang pun dah besar panjang. Jaga adik ni. Baba ada banyak kerja nak disiapkan. Mungkin Baba busy dengan kerja. Jadi, Baba harapkan kamu bertiga. Ini kejap lagi Baba nak masuk office. Tolong jaga rumah. Jaga princess. Tolong jangan menyusahkan Baba ya. Balik nanti Baba nak tengok semua kemas. Tersusun. Kalau sepah, korang tidur luar." Putus Aariq. Dia juga tidak boleh duduk di rumah 24 jam. Masih banyak kerjanya di pejabat. Dengan meeting lagi. Jumpa client lagi.
Aqeef mengangkat tangannya, "Jadi, kitorang tak payah masuk office?"
Aariq mengangguk. Masuk office pun macam tak, baik tak payah. Sudahlah masuk office asyik main saja. Kerjanya semua ditolak kepada Aariq. Aariq yang dulu pemalas, semua kerja serahkan kepada Aayyan pun kini sudah rajin. Abangnya itu terlalu sibuk dengan bidang lecturing.
"Ala, dah boleh main sembunyi-sembunyi dengan Ar." Decit Aefeq. Kepala otak dia pergi office main benda alah tu. Aryan sekor lagi, dah jadi bapak orang pun perangai Nauzubillah. Pada masa tertentu sahaja dia serius.
Afeeq memuncungkan mulutnya.
"Kau pehal muncung macam itik?" Aariq mengerutkan dahinya memandang anak sulungnya itu. Ada la tu benda tak puas hati.
"Macam mana dengan girlfriend-girlfriend Feeq? Feeq tak sempat ucap selamat tinggal tata titi tutu dekat diorang."
Aariq menggulingkan biji mata ke atas. Yang ini ikut perangai Aariq. Buaya tembaga.
"Tengok muka Baba."
Langsung Afeeq menilik muka Aariq. Ada apa? Tak ada apa pun? Buruk ada la.
"Nampak macam Baba kisah? Tak kan? Apa nak jadi, jadilah. Yang penting by hook or by crook, korang tetap kena jaga Princess. Dua minggu ni tak payah masuk office kecuali urgent." Tegas Aariq. Tiga kembar itu menggaru kepala mereka.
"Baba, hook crook tu apa?" Soal Aefeq penuh serba salah. Dah tahu anaknya gak bisa bahasa ingris malah ditanyain lagi. Waduh sayang sekali. Selebew.
Aariq menepuk dahinya. Langit bisakah kau turunkan anak yang lebih bijak, aku ingin anak bijak tanpa mendidiknya.
Aqeef menyiku lengan adiknya, "Itu pun kau tak faham. Maksud dia yang dalam tiktok tu. Cekik saya abah." Dengan penuh keyakinan yang tersemat dalam diri.
"Itu choke me daddy. Aku choke sekor-sekor karang!!!!" Wajah Aariq mula berubah merah. Ha ayok, Baba Riq naik angin.
Tersengih-sengih tiga kembar itu. Terkekeh Atheefa di atas riba Aariq itu melihat telatah abang-abangnya.
"Dah! Pergi sambung kemas." Arah Aariq. Sakit jiwanya melayan perangai setiap anak-anaknya itu. Sorang-sorang bagi masalah.
Dengan sepantas kilat, mereka pergi menyambung kemas rumah yang tunggang langgang itu.
Maka bermulalah misi Triplet dalam menjaga adik mereka, Princess Atheefa selama ketiadaan Shayla. Wish them luck!
P/s : Semoga Tuan Aariq Derish diberi kekuatan dan kecekalan hati sepanjang ketiadaan isteri tercinta di sisi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro