𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 7
Afeeq mendekati Aariq yang sedang duduk sendirian di luar rumah. Selepas makan malam bersama tadi, dia perasan Aariq seperti banyak diam malam ini.
"Baba okay?"
Serentak itu Aariq menoleh ke arah anaknya yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya. Wajah anak sulungnya itu ditatap lama.
"Kalau Baba tak ada nanti, boleh ke Feeq tolong jagakan keluarga kita? Jadi abang yang baik untuk adik-adik. Jadi anak yang taat pada Mama. Boleh kan?" Bahu Afeeq diusap perlahan.
Bertindan tindih dahi Afeeq.
"Kenapa Baba cakap macam ni? Baba janganlah tinggalkan kami. Kitorang perlukan Baba. Baba satu-satunya ayah yang kami ada. Kami tokse ayah baru." Afeeq terus mendakap tubuh ayahnya. Tidak mahu dia berjauhan daripada Aariq. Walaupun Aariq kuat bebel, tapi dia lagi sanggup menadah telinga capangnya hari-hari daripada Aariq pergi meninggalkan mereka.
Aariq terasa sebak menghurung dadanya. Bagaimana dia mahu memberitahu ahli keluarganya tentang penyakit yang dia hidap. Mungkin mereka semua akan sedih.
Aariq mengusap belakang tubuh Afeeq.
"Baba cakap aje. Ajal dan maut kan di tangan Tuhan. Kalau di tangan Baba tu penampar je. Lagipun kita semua tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang sementara ni. Mana tahu esok ke lusa ke. Jadi, Baba pesan siap-siap. Kau tu anak sulung. Jaga keluarga kita." Aariq beralih merenung bintang di langit. Langit malam itu sangat indah bersama kerlipan bintang yang terang. Bagai bintang di surga...
"Baba tengok bintang tu macam keluarga kita. Dari sini kita nampak dorang dekat, tapi dari sana sebenarnya dorang jauh antara satu sama lain. Biarpun jauh, masing-masing menyinari satu sama lain." Aariq senyum bahagia melihat bintang. Teringat sewaktu kecil Tuan Aydan selalu menemaninya melihat bintang di malam hari.
"Kalau Ayah tak ada nanti, kau jangan lupa tau pesanan ayah ni. Jangan lupa menyusahkan Aayyan. Dia nanti kaya kalau dia lupakan kau, kau kacau hidup dia. Minta duit dekat dia kalau dia tak mati lagi. Dia abang, dialah kena mengalah. Anak-anak kau nanti pun tolong lahirkan yang boleh menyusahkan Aayyan. Sebab dia anak yang selalu melawan cakap aku. Kau pun nakal juga, tapi kau selalu tak dengar langsung apa aku cakap. Nak marah pun tak boleh, sebab kau memang dah bebal."
Terletus tawa Aariq mengingat kembali pesanan arwah Tuan Aydan itu. Memang dari Aayyan kecil agaknya dia berdendam dengan Aayyan.
"Riq, nampak bintang tu?"
"Nampak yah, kenapa dengan bintang?"
"Tak ada apa, ayah pun nampak."
Sekali lagi Aariq ketawa. Sungguh dia rindu gelak tawa, usikan arwah. Ayah, Aariq akan menyusul ayah tak lama lagi. Ayah tolong copkan tempat dalam organisasi ubderground untuk Aariq ya, ayah.
Bunyi dengkuran halus menyentakkan lamunan Aariq. Dia tunduk memandang Afeeq sudah dibuai mimpi indah di bahunya.
Dia senyum kecil. Rambut anak sulungnya itu dielus lembut.
"Tidurlah anakku."
Aariq menyandarkan belakang tubuhnya ke tiang gazebo. Lalu dia pun ikut terlelap. Lena betul malam itu dua beranak itu tidur.
"Dah kenapa dua orang ni tidur dekat luar?" Aqeef duduk mencangkung di hadapan gazebo yang menempatkan abang dan ayahnya itu.
Aefeq pula berdiri bercekak pinggang sambil matanya tidak lepas memerhatikan Aariq dan Afeeq yang sedang tidur berpelukan di atas gazebo.
"Kau rasa dorang ni, kenapa? Rumah kita tak cukup selesa ke sampai kena tidur luar rumah? Sudahlah subuh kelaut, apa nak jadi manusia akhir zaman ni?" Atheefa mencelah. Kepala digeleng perlahan. Tak padan dengan kecik, sibuk aja nak mengumpat yang tua.
"Abang Qeef, kejut dorang. Suruh dorang ketuk ketampi 20 kali. Now!" Atheefa melibas hujung rambutnya ke belakang sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.
Terkebil-kebil mata Aefeq dan Aqeef. Bukan main diva adik mereka itu.
Mereka beralih memandang dua orang yang masih lagi enak ketiduran. Aqeef memetik jarinya. Rasa seperti ada idea bernas sudah kesampaian.
Dia membisikkan idea kononnya bernas itu kepada Aefeq. Adiknya itu mengangguk dan mengangkat ibu jari tanda setuju.
Aqeef memulakan misi mereka untuk mengejut Aariq dan Afeeq. Dia tersengih nakal. Awalnya, dia memisahkan dua beranak yang saling berpelukan itu.
Dia menyuruh Aefeq mengambil sebaldi air dan gayung. Dia mengambil segayung air kemudian dia mencelup tangan kanannya. Lalu memercikkan air ke muka Aariq.
Aefeq melakukan perbuatan yang sama terhadap Afeeq.
"Air apa ni?" Aariq menenyeh wajahnya yang rasa seperti sedikit basah itu. Matanya belum dicelikkan.
Aqeef mengemam bibir menahan tawa. Dia mengulangi perbuatannya.
Aariq mengerutkan wajahnya.
"Air apa ni Baba?" Afeeq menyoal dalam keadaan mamai. Tangannya menguis air di wajahnya.
"Inilah air kencing daripada neraka. Muahahahaha." Aqeef membuat suara besar. Aefeq ketawa di sampingnya.
Aariq langsung mencelikkan matanya. Wajah Aqeef memenuhi kornea matanya. Dia mendengus geram.
"Aqeef Luqman!!!"
Aqeef tersengih-sengih. Segera dia menjauhkan diri daripada baldi air itu. Dia dan Aefeq berdiri bersebelahan. Sambil tangan di belakang.
Aariq segera bangun daripada posisi baring dan paha Afeeq ditepuk perlahan untuk membangunkan anaknya itu.
Afeeq menenyeh matanya sambil bangun daripada baring. Dia memandang dua orang adik kembarnya yang sedang menunduk menekur tanah itu.
"Oi, korang dah kenapa?" soalnya hairan.
Aqeef menjuih bibir ke arah Aariq yang sedang mencerlung tajam ke arahnya dan Aefeq itu.
"Lain kali nak buat lagi tak?" Aariq menyoal mereka berdua. Laju kepala dua beradik itu menggeleng.
"Bagus. Meh peluk baba." Aariq senyum bersama tangan didepakan.
Kedua-dua mereka menolak sesama sendiri, "Kaulah peluk dia."
"Kaulah."
Aariq mendecit, "Dua-dua ke sini!"
Lalu mereka berdua berlari masuk ke dalam dakapan Aariq. Walaupun bau Aariq sedikit hm biasalah tak mandi lagi.
Afeeq masih kebingungan. Dia lambat-lambat masuk ke dalam pelukan Aariq juga.
"Anak-anak Baba dah besar. Kalau Baba tak ada nanti, jaga Mama baik-baik ya. Baba sayang semua anak baba." Dia mengucup setiap kepala anak-anaknya itu. Air mata yang mengalir dari tubir matanya itu diseka dengan hujung jari.
"Baba janganlah cakap macam tu, kalau baba tak ada siapa lagi yang nak membangangkan kitorang? Siapa lagi nak maki kitorang? Atuk dah tak ada nak maki kitorang. Janganlah ikut jejak atuk. Kitorang tak boleh hidup tanpa dengar makian Baba." Aqeef mengetatkan pelukan pada pinggang Aariq.
Aariq ketawa kecil sambil menggeleng. Itu pula yang dirisaukannya.
"Hey, kenapa semua berpelukan tak ajak princess?"
Suara si kecil Atheefa mengalihkan perhatian mereka. Mereka mengangkat wajah melihat Atheefa yang sedang memuncungkan mulut di balkoni tingkat atas.
"Abaikan dia! Abaikan dia!" Aqeef menyuruh mereka buat-buat tak nampak adik bongsunya itu.
Terkekeh Aariq ketawa melihat telatah anak-anaknya itu. Tambah-tambah muncung anak perempuannya yang semakin panjang itu. Siap pakej hentak-hentak kaki.
Entah bila akan jadi kali terakhir dia melihat telatah anak-anaknya begini. Mungkin hari ini, mungkin esok. Atau nanti. Semuanya belum tentu lagi. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Astagfirullah, malam ni Mama korang balik. Kita tak kemas lagi!!!" Aariq menjerit gelabah. Selain takut mati, dia juga takut bini.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro