Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 4

Terkelip-kelip mata Afeeq memandang adik-adiknya yang lain sedang bertungkus lumus di dapur. Aku mimpi atau diorang yang mimpi? Ke readers yang mimpi?

"Ha, budak bertuah! Baru nak bangun? Asal tak tahun depan je bangun?"

Suara si kecil Atheefa mengalih perhatiannya. Amboi, betul-betul anak Shayla ni. Membebel sama.

Si kecil itu sedang berdiri di atas meja makan sambil tangan mencekak pinggang. Matanya mengecil tertumpu ke arah abang sulungnya, Afeeq.

Afeeq mengusap pangkal lehernya.

"Hehe, princess. Apa pagi-pagi membebel ni? Tak comel nanti adik abang ni. Dulu masa kecil comel je. Sekarang dah besar buruk adik abang."

Membulat mata Atheefa.

"Abang Feeq cakap apa??!!!"

"Apa bising-bising ni? Huwarghh." Aariq mendekati mereka. Mata ditenyeh beberapa kali. Selepas subuh tadi baru dia dapat lelapkan mata. Dia menyiapkan semua tugasan yang diberikan Aayyan sebelum ini. Hm, Aariq dah berubah ke? Dah nak mam---

Atheefa yang sedang memerah muka menahan marah terhadap Afeeq ity akhirnya tersenyum melihat wajah Babanya. Anak baba.

"Ba, princess suruh abang-abang masak untuk kita. Baba duduk sini. Biar diorang masak." Dia menggamit sang bapa untuk duduk bersamanya di meja makan.

Afeeq menggumam perlahan, "Aku yang bukan main lama berdiri sini, tak nak pula diajak duduk. Dasar adik derhaka!"

Atheefa menjeling Afeeq setajam-tajam yang mungkin. Garang adik siapa ni?

"Tunggu apa lagi? Pergilah tolong yang lain dekat dapur!"

Mencecet Afeeq berlari menuju ke dapur yang menempatkan Aqeef dan Aefeq. Masing-masing sedang sibuk memasak. Aefeq sememangnya pandai memasak. Aqeef pula si tukang pengacau.

Aariq menggeleng kecil melihat perangai anak bongsunya itu. Dia menarik kerusi sebelum melabuhkan punggungnya.

"Sayang Baba, cuba duduk kejap. Baba nak cakap sikit."

Atheefa patuh akan arahan Aariq. Dia duduk bersila di atas meja sambil bertatapan dengan Aariq.

"Princess tak boleh buat macam tu dekat abang-abang. Diorang abang princess. Orang yang akan jaga princess selepas Mama dengan Baba pergi nanti. Tak baik tau tinggikan suara kepada yang lebih tua. Baba tak ajar princess macam tu. Lepas ni, Baba tak nak tengok princess marah-marah atau mengarah diorang. Faham?"

Puncak hidung mancung milik Atheefa dicuit lembut. Atheefa mengangguk tanda faham. Biasalah anak kecil kalau tak dididik dari awal, nanti mereka terbiasa menjadi biadab. Jadi, semuanya perlu diterapkan daripada kecil.

Tak dapat dinafikan, walaupun Aariq tak adalah betul sangat otaknya tapi bila soal anak. Didikan anak. Dia sangat tegas. Dia tak nak orang cakap dia tak pandai jaga anak. Biarlah dia pergi dengan tenang.

Sebelum Tuan Aydan pergi pun dia sempat pesan kepada Aariq,

"Riq, mati cepat tau. Teman aku dekat sana. Bagilah bini kau merasa kawin lain."

Begitulah pesanannya. Dasar Tuan Aydan.

Aariq mengelus rambut perang milik Atheefa. Wajah Atheefa itu membuatkannya rasa sayu. Sambil hatinya berbicara sendirian.

"Macam manalah kalau aku dah takda nanti? Anak-anak aku, siapa nak jaga? Harta apa aja yang aku ada selain anak-anak?"

Sedang Aariq ralit termenung, Atheefa menarik janggut sejemputnya perlahan.

"Ba, janganlah tengok princess lama-lama. Kalau Mama ada mesti dia jeles. Baba boleh tengok Mama sorang aje."

Aariq ketawa kecil dengan bicara anaknya itu. Ya, Baba akan tengok Mama je sayang.

"Ba, Princess rindu Mama la." Atheefa memuncung panjang. Sudah seminggu mereka tanpa Shayla. Bagai tidak lengkap hari mereka tanpa suara bebelan sang ibu.

Aariq mengeluarkan telefon daripada kocek seluarnya.

"Jom kita kacau Mama. Berani dia cuci mata tengok Mat Salleh dekat sana. Tak ingat dekat Baba."

Atheefa langsung ketawa. Mereka mendail nombor Shayla sebelum menukarnya kepada panggilan video. Sebaik sahaja nampak muka Shayla di skrin telefon, terus menjerit si Atheefa.

"Mama masam!"

Aariq mengemam bibir menahan tawa. Boleh pula dia memasamkan maknya?

"Hah? Masam? Aariq, awak ajar apa ni dekat anak?" Naik seoktaf suara Shayla. Langsung terlepas tawa Aariq.

"Bukan saya la. Dia yang panggil sendiri. Awak ni sayang. Yang buruk semua saya. Hmph!" Aariq pura-pura merajuk. Bibir dicebik ke depan.

Atheefa yang melihat itu terus mengikut Babanya mencebik sambil memeluk tubuh. Sebiji copy paste bapak.

Shayla ketawa melihat dua beranak itu.

"Ingat comel la tu. Tapi suami saya sentiasa comel."

Aariq mengetap bibir untuk menahan senyumannya daripada terus menguntum. Telinganya berubah warna merah. Malulah tu.

Anyonyo malu-malu tapir pula dia.

"Mana yang lain? Harini cuti kan?" Shayla melihat sekeliling skrin mencari lagi anak-anak kesayangannya lagi tiga.

"Abang Feeq, Abang Qeef dengan Abang Baby tengah masak." Jawab Atheefa dengan lancar.

Membuntang mata Shayla.

"Kalau Baby masuk dapur, Mama tak risau. Yang lagi dua ekor tu kenapa? Mengapa? Bagaimana?"

"Anak perempuan awak ni la. Jadi monster suruh abang-abang masak." Aariq mengusap rambut Atheefa. Wajah Shayla dipandang lembut. Rindu. Ya, dia rindu dengan wajah isterinya itu. Apatah lagi pelukan hangat isterinya itu. Betullah orang cakap, bila dekat gaduh, bila jauh rindu.

"Awak tak pergi tengok ke? Risaulah saya dengan anak-anak tu. Diorang dah la----"

Belum sempat Shayla menghabiskan ayatnya, suara riuh di dapur kedengaran. Mereka terdiam seketika.

"Baba!! Tengok Afeeq kacau Baby!!!"

"Baba, tengok Baby ni kacau diri sendiri!!!"

"Babaaaaaaa Aqeef main lipas!! Bongok Qeef, buanglah syaiton. Dasar loh syaitan yang direjam. Oii, jangan baling dekat aku. Baling dekat Baby tu."

"Arghh!!! Baba, Hamimah kencing dekat kaki Aqeef!!! Huwarghggg!!!"

Macam-macam karenah anak Tuan Aariq Derish. Boleh botak kepala bapaknya melayan sikap sorang-sorang.

P/s : Hamimah tu nama kucing parsi Aariq.

Aariq ketawa mendengar anak-anaknya memanggil dari arah dapur. Shayla juga ikut ketawa.

"Anak siapa tu? Saya nak refund." Aariq menggeleng lemah.

Shayla mengangguk, "Pergi refund sekarang."

Lalu mereka berdua ketawa bersama. Atheefa yang tidak mengerti apa itu hanya ikut ketawa. Gelak je la apa susah.

"Daddy, boleh tak kitorang nak tanya something?"

Aayyan memanggung kepala melihat setiap wajah anak saudaranya itu. Sama saja muka tiga-tiga, bosan hidup bapak kau.

"Nak tanya apa?" Dahi tua itu sedikit berkerut. Mahu tidaknya, tiba-tiba muncul kembar tiga itu ke bilik pejabatnya. Selalunya mesti mereka serang bilik Aryan. Ini terus direct ke bos besar.

Tiga beradik itu sedang menolak antara satu sama lain untuk mula bertanya.

"Nak tanya ke nak lawan tolak ni?"

Mereka bertiga tersengih.

"Macam ni Daddy. Feeq nak tanya Daddy. Daddy ada tahu apa-apa pasal Baba tak?"

Aayyan langsung menelan liur. Bebola matanya dilarikan daripad terus menerus melihat Afeeq.

"Ddy? Tahu apa-apa tak?"

Aayyan menggeleng, "Tak, kenapa tanya macam tu?"

Afeeq berdecit.

"Nak tanya siapa lagi ni? Mummy Yeena pun kitorang dah tanya. Nenda pun kitorang dah tanya." Keluh Aqeef. Entah siapa lagi mereka mahu bertanya. Kalau tanya google, ada jawapan tak? Selalu ada jawapan bocor.

Aayyan turut bersimpati dengan tiga beradik itu.

"Kitorang tak tahulah, Daddy. Kenapa Baba macam ada sorokkan something? Kitorang anak dia. Takkanlah dia tak nak percayakan kitorang? At least sikit ke besar tahi hidung si Baby ni ke. Ini langsung tak cerita apa. Kami ni anak yang dipungut ke?" Afeeq pula mengeluh.

Tersentuh hati Aayyan dengan luahan itu. Tapi dia tiada hak untuk memberitahu hal sebenar kepada anak-anak Aariq.

"Aef tak tahulah Daddy. Hati Aef ni sejak akhir-akhir ni rasa macam Baba ada benda dia sorokkan. Macam ada yang besar dia rahsiakan daripada kita semua. Cara dia, apa yang dia cakap, keadaan dia dah tak macam dulu. Muka dia nampak cengkung berbanding dulu. Dah tak nampak macam orang dah. Mana perginya Aariq Derish yang hot and spicy dulu tu?" Aefeq menunduk menekur lantai. Perubahan pada fizikal Aariq makin hari makin jelas. Dia seperti orang tua tak berdaya. Mukanya pucat. Bila ditanya, katanya tidak cukup tidur. Aayyan asyik membulinya bagi kerja bertimbun.

Aayyan mengetap bibirnya. Kalau semua orang nampak perubahan Aariq, apatah lagi dia abang kepada Aariq. Dari Aariq lahir sampai dah tua tapi bangang ni dia ada bersama lelaki itu. Mana mungkin dia tidak terkesan melihat adiknya begitu.

"Daddy!" Afeeq menampar meja dengan kuat. Terkejut Aayyan dibuatnya.

"Entah-entah-----" Dia membiarkan ayatnya tergantung. Aayyan pula sudah dibanjiri peluh di dahi. Takkanlah dia sudah dapat teka.

Afeeq dengan yakin mengusap dagunya, "Baba ambik dadah eh? Itu yang muka dia cengkung. Cis, Baba ni. Udah gue bilang jauhi dadah, dekati abe Feeq."

Hampir terjatuh rahang Aayyan mendengarkan itu. Ini masa buat anak ada gangguan teknikal ke apa? Apa yang wayar macam tak connect je ni?

Aqeef pula menampar meja.

Buat kali kedua Aayyan terkejut. Boleh mati akibat heart attack kalau lama-lama dengan tiga orang ini.

"Ke Baba isap gam?"

Terkebil-kebil mata Aayyan. Sampai macam tu ya pemikiran anak-anak kau, Riq. Hm, boleh pergi jauh ni. Jauh dari pandangan aku.

"Tak, aku tak rasa Baba buat semua tu." Aefeq membantah abang-abangnya.

Baru Aayyan mahu memanjatkan syukur akhirnya ada juga yang normal, Aefeq mencelah.

"Baba minum ketum. Fix no debat!"

"Okay Daddy, kami dah dapat jawapannya. Kami gerak dulu. Ciao!"

Mereka bertiga meminta diri untuk pergi. Bersama jawapan terbangang peringkat yang paling bangang.

Aayyan menayang muka pasrah. Mampus je la korang bertiga. Makin tua makin bangang. Malas aku nak layannya.

Aayyan sambung kerjanya. Seketika itu dia terfikir, "Aariq, kau betul-betul nak tinggalkan aku ke?"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro